The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PISMPBMSK2 Nurul Hafizah Binti Imran, 2023-07-11 20:25:08

BMMB 1144_Skrip Pengacaraan Majlis

BMMB 1144 (Tugasan 2)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PERSEDIAAN) - PENTAKSIRAN BERTERUSAN - KURSUS : KESANTUNAN BERBAHASA KOD KURSUS : BMMB1144 KANDUNGAN : TUGASAN 1 – PENULISAN ESEI TUGASAN 2 – PEMANFAATAN DIGITAL TUGASAN 3 – PENGANJURAN Nama Pelajar : 1. NURUL HAFIZAH BINTI IMRAN 2. MUHAMMAD YASSIN BIN BACO 3. SITI AQMA BINTI RAHMAN No Angka Giliran : 1. 2022072310046 2. 2022072310036 3. 2022072310047 Kumpulan : PPISMP BM SK 2 Ambilan : Jun 2022 No. Telefon Bimbit : 1. 0128654640 2. 01136036732 3. 0165347605 Alamat E-mel : 1. [email protected] 2. [email protected] 3. [email protected] Nama Pensyarah Kursus : PUAN ARBIAH BINTI MADDAHIRI


Markah : KRITERIA 45% PENULISAN ESEI 30% PEMANFAATAN DIGITAL 25% PENGANJURAN 100% JUMLAH PEMERIKSA1 PEMERIKSA 2 Penghargaan A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan) Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat di dalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu. Tanda tangan pelajar : Hafizah , Yassin, Aqma Tarikh: 17.06.2023 B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan : ( diisi selepas menerima gred dan maklum balas daripada pensyarah) Tanda tangan Pelajar :- Tarikh: Sila mengimbas kod QR di atas dan isi butiran Pengesahan Pelajar.


TEKS PENGACARAAN MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA. 10 APRIL 2023 BIL. KIU TEKS 1. Salutasi Mekarnya indah kembang cempaka, Harumnya merbak memukau sudah, Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Bismillahirrahmanirahim, lafaz keramat pembuka segala. Salutasi majlis madah bermula. Yang Berbahagia Dr. Muhammad Yassin Bin Baco Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya; Yang Berbahagia Dr. Nurul Asyura Basyirah Binti Anwar Sjadat Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya; Yang Berbahagia, Puan Siti Aqma Binti Rahman, Pengerusi Buku Program Jubli Intan Barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program, para pensyarah dan staf sokongan IPGKG selaku penggerak auditee yang dihormati sekalian. Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan salam Malaysia Madani 2. Ucapan selamat datang Sidang hadirin sekalian, Kemarin adalah sejarah, besok adalah misteri, hari ini adalah anugerah. Maka dengan itu, pada hari yang beranugerah ini saya ingin mengucapkan selamat datang ke Majlis Makan Malam Perdana bagi Program Jubli Intan, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya sempena ulang tahun yang ke-60. 3. Bacaan doa Garam ada kicap pun ada, Sayang lada terlupa bagi, Pantun ada ucapan ada,


Sayang tiada berdoa lagi. Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita Bersama-sama menadah tangan mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Muzhaffar Bin Samudin, Ketua Jabatan Agama Islam dan Pendidikan Moral. Majlis dengan segala takzimnya mempersilakan. *Bacaan doa Amin Amin Ya Rabbal’ Alamin, Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Muzhaffar Bin Samudin atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. ‘Cinta tak selalu lekat pada kebersamaan, tapi doa selalu lekat jika dipanjatkan’. Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkat. 4. Ucapan pengerusi prakata Sidang hadirin yang dikasihi sekalian, Dua patah kata yang mahu dinyata Buat cendekia yang selaut budinya Maka dengan itu, majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia Puan Siti Aqma Binti Rahman untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. *ucapan Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Siti Aqma Binti Rahman atas ucapan beliau sebentar tadi. 5. Ucapan pengarah Sidang hadirin yang dikasihi sekalian, Tak bergunalah perahu jika tiada dayungnya,


Tak lengkaplah majlis jika tiada ucapannya. Tanpa melengahkan masa, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Dr. Muhammad Yassin Bin Baco Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. *Ucapan Pengarah Jangan dilihat pada rupa, jangan dilihat pada gaya, tapi lihatlah pada realistik ucapan yang dibawa. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr. Muhammad Yassin Bin Baco atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. 6. Upacara Perasmian Diminta Yang Berusaha Dr. Muhammad Yassin Bin Baco untuk terus berada di atas pentas. Majlis yang seterusnya mempersilakan Yang berusaha Dr Nurul Asyura Basyirah Binti Anwar Sjadat dan Yang Dihormati Puan Siti Aqma Binti Rahman untuk naik ke atas pentas bagi menyempurnakan majlis perasmian makan malam pada malam ini. 7. Upacara Pemotongan Pulut Kuning Majlis diteruskan lagi dengan upacara pemotongan pulut kuning sebagai simbolik perayaan ulang tahun yang ke-60 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya *Pemotongan pulut kuning Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian merasmikan Majlis Makan Malam Jubli Intan sebentar tadi. Ke Tawau sudah, Ke Semporna pun sudah, Cuma ke Tenom sahaja yang belum, Ucapan sudah, pesanan pun sudah,


Makan dan minum sahaja yang belum. Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih, Sudilah tuan jamu selera, Hidangan mesra pengikat kasih. Untuk itu, dijemput para hadirin dan tetamu yang hadir untuk menjamu selera. 8. Tayangan video Hadirin dan hadirat, Sambil-sambil menjamu selera, marilah sama-sama kita menumpukan perhatian untuk menyaksikan tayangan video sumber Pendidikan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan majlis. *Tayangan video Terima kasih diucapkan atas tayangan video itu tadi. 9. Persembahan Para hadirin yang dihormati sekalian, Marilah kita memberikan sepenuh perhatian ke tengah pentas bagi menyaksikan persembahan kemuncak yang akan dipersembahkan oleh artis jemputan kita iaitu saudari Nurul Humaira Binti Arman dengan lagunya yang bertajuk ‘Gurindam Jiwa’ * nyanyian Demikianlah persembahan yang indah dan memukau daripada saudari Nurul Humairah Binti Arman. Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas persembahan yang cukup menarik sebentar tadi. 10. Penutup Para hadirin sekalian, Dengan berakhirnya persembahan istimewa daripada saudari Nurul Humairah Binti Arman,


Maka berakhirlah sudah majlis makan malam bagi program Jubli Intan kita pada hari ini. Sebelum majlis melabuhkan tirainya, kami mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf seandainya kami menerajui majlis ini , terdapat tutur dan ungkap bicara yang menyinggung hati dan jiwa. Sesungguhnya apa yang terbaik itu adalah datangnya daripada Allah swt dan yang selainnya adalah kerana kelemahan kami sendiri. Saat sebuah pertemuan berawal dengan kebaikan, Maka akhirilah sebuah pertemuan dengan perpisahan yang memiliki kenangan terindah. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Andai tersilap tutur bicara, Jari disusun maaf dipinta. Sekian dan terima kasih. Saya sudahi majlis dengan wabilahi taufik walhidayah, wassalamualaikum wbt.


PRAKATA PENGERUSI BUKU PROGRAM JUBLI INTAN Bismilahirrahmanirahim, Yang berbahagia DR Muhammad Yassin Bin Baco, Pengarah Institusi Pendidikan Guru Kampus Gaya, Yang berusaha DR Nurul Asyura Basyirah binti Anwar Sjadat, Timbalan Pengarah Institusi Pendidikan Guru Kampus Gaya, Barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program makan malam kita pada hari ini, Para Pensyarah dan staf sokongan IPG Kampus Gaya dan hadirin hadirat yang dikasihi sekalian Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, IPG Kampus Gaya telah berjaya menerbitkan dua buah jenis buku iaitu Buku Legasi dan Buku Patriot sempena sambutan program Jubli Intan IPG Kampus Gaya tahun 2023. Buku ini merupakan satu lagi usaha untuk memberi motivasi dan melahirkan kesedaran kepada pembaca untuk dijadikan sebagai panduan yang unggul bagi melahirkan insan yang kompeten. Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menggembleng tenaga, idea, sokongan dan pandangan dalam pelbagai aspek bagi merealisasikan dan menghasilkan dua buah jenis buku sama ada secara langsung atau secara tidak langsung sempena Program Jubli Intan peringkat IPGK Gaya. Buku ini berkaitan dengan sumbangan dan kerjasama tokoh-tokoh yang telah berkhidmat dan menabur bakti serta menyumbangkan tenaga sepanjang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Buku ini dihasilkan bertujuan untuk memberi penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada tokoh-tokoh yang terlibat kerana telah menunjukkan komitmen yang luar biasa dalam melaksanakan tugas selama berkhidmat di sini. Dengan sumbangan dan kerja keras mereka selama ini, kita telah mencapai tahap kemajuan dan kecermelangan yang cukup membanggakan bagi memacu pencapaian Pendidikan guru IPG KPM selaras dengan perkembangan tranformasi Pendidikan dalam abad ke-21. Justeru, adalah diharapkan Buku Legasi & Patriot ini akan dapat dijadikan panduan dan rujukan oleh semua mahasiswa bahkan oleh semua IPT dalam memperkukuhkan dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di IPT masing-masing.


Akhir kata, saya berharap agar penerbitan Buku Legasi & Patriot ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pembaca dan menjadikan tokoh-tokoh tersebut sebagai sumber inspirasi untuk berjaya seperti mana yang mereka impikan. Diharapkan penerbitan buku-buku ini dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang agar dapat membangunkan kecermelangan pengajian tinggi negara di peringkat serantau dan antarabangsa. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada malam ini, izinkan saya untuk memberikan serangkap pantun. Madah diungkap santun bitara, Pantun dilantun mengusik hati, Salah dan silap tutur bicara, Pohon diampun seikhlas hati. Sekian, terima kasih.


TEKS UCAPAN MAKAN MALAM PENGARAH PROGRAM JUBLI INTAN Jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan pengerusi majlis. Yang berusaha Dr Nurul Asyura Basyirah Binti Anwar Sjadat, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya; Yang Berbahagia ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, pensyarah-pensyarah kanan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya; Barisan ahli Jawatankuasa pelaksana program Jubli Intan, para pensyarah dan staf sokongan IPG Kampus Gaya; Datuk-datuk, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian. Selamat malam dan salam sejahtera, Salam Malaysia Madani. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan rasa syukur ke atas tuhan, kerana dengan berkat dan izinnya dapat kita berkumpul pada malam ini dalam Majlis Malam Perdana bagi program Jubli Intan, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya sempena ulang tahun yang ke-60. Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada majlis ini bagi sama-sama meraikan sambutan ulang tahun IPG Kampus Gaya yang menjadi kebanggaan seluruh warga IPG Kampus Gaya. Ucapan tahniah dan syabas kepada semua tenaga penggerak majlis dan kepada semua ahli jawatankuasa dalam menjayakan majlis makan malam ini. Komitmen yang telah anda berikan harapnya telah dibalas dengan pengalaman yang sangat bermakna sepanjang penglibatan anda dalam menjayakan majlis ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, Bersempena dengan hari yang bersejarah ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun yang ke-60 kepada seluruh warga IPG Kampus Gaya yang telah menabur bakti dan taat setia kepada IPG. Tahniah dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua dalam menunjukkan komitmen dalam melaksankan tugas mereka selama ini. Hasilnya, IPG Kampus Gaya telah mencapai tahap kemajuan dan kecermelangan yang cukup membanggakan kita semua.


Hadirin sekalian, tujuan majlis pada malam ini diadakan bukan sahaja untuk majlis makan- makan belaka, tetapi ianya bertujuan untuk mempereratkan lagi tali silaturahim antara satu sama lain setelah penat berhempas pulas tidak kira pensyarah mahupun guru pelatih sepanjang tahun 2023 ini. Seperti yang kita sedia maklum, majlis makan malam ini diadakan khas di bawah anjuran alumni IPG Kampus Gaya sebagai bentuk penghargaan kepada seluruh warga IPG yang telah bertungkus lumus menabur bakti sehingga mencapai kejayaan sehingga ke hari ini. Secara tidak langsung, para alumni IPG Kampus Gaya akan mendapat pengalaman berharga dalam pelaksanaan dan pengurusan majlis sebegini di samping mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam tempoh menjayakan majlis makan malam ini. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, Untuk makluman semua, sambutan program Jubli Intan diadakan dengan tujuan mengenang kembali detik bersejarah penubuhan MWTC sebagai maktab perguruan pada tahun 1935. Seterusnya, program ini juga bermatlamat bagi menelusuri fasa-fasa perkembangan IPG KPM dalam mengendalikan latihan keguruan sepanjang 75 tahun penubuhannya. Secara tidak langsung, program ini mampu memacu pencapaian Pendidikan guru IPG KPM selaras dengan perkembangan dan transformasi Pendidikan dalam abad ke- 21. Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis makan malam sebegini bukanlah menjadi perkara yang baru, tetapi sudah menjadi kebiasaan bagi setiap institusi atau mana-mana organisasi untuk menyambutnya. Oleh itu, saya berharap agar sambutan majlis makan malam sebegini akan menjadi tradisi kita untuk meraikan sambutan ulang tahun kampus yang menjadi kebanggaan kita dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kita semua. Akhir kata, saya begitu yakin dengan keupayaan dan kesungguhan seluruh warga IPG, untuk menjadi sebuah institusi Pendidikan dan latihan calon guru yang unggul bagi melahirkan modal insan guru yang cemerlang pada masa yang akan datang. Saya berharap agar komitmen padu daripada semua pihak dapat melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik kearah pendidikan sekolah bertaraf dunia. Sekian dan terima kasih.


Click to View FlipBook Version