Oleh itu, umat Islam dari seluruh dunia yang berhajat untuk mengembara dengan niat untuk
beribadah mestilah pergi ke salah satu daripada tiga Masjid. Sehubungan dengan itu,
menunaikan solat di Al-Masjid Al-Aqsa menerima ganjaran pahala lebih banyak daripada di
Masjid lain. Diriwayatkan bahawa Baginda mengatakan bahawa mendirikan solat di Masjid
Al-Aqsa adalah bersamaan dengan 500 solat.
Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama solat oleh umat Islam sehingga Allah memerintahkan
Nabi untuk mengubah ke arah Kaabah di Mekah.
Al-Bara R.A meriwayatkan: "Kami solat menghadap ke Bait Al-Maqdis (Jerusalem) bersama
Rasulullah (selama enam belas atau tujuh belas bulan-Safwan tidak pasti-kemudiannya ia
ditukar menjadi Qiblah menghadap ke Kaabah”.
Kerana pendudukan Israel di Al-Quds, orang Palestin sendiri jarang-jarang dibenarkan
memasuki Masjid dan bersolat di sana. Penjajahan Israel malah menghantar tenteranya dan
peneroka untuk mencabul arena dan menyerang orang yang beribadah sebelum, semasa dan
selepas solat.
81. Siapakah Nabi yang pernah menetap di Palestin? Bagaimana dengan
pertempuran hebat antara Talut dan Nabi Daud, dan Jalut dan tenteranya?
Ya!
Seruan Islam, akidah tauhid, meskipun semua nabi dan rasul mengalami perubahan dalam
Syariah yang diwahyukan kepada mereka sepanjang sejarah. Dari Nabi Adam hingga Nabi
Muhammad, para rasul diberi tanggungjawab dakwah untuk dibawa dan disampaikan dari satu
generasi ke satu generasi. Umat Islam berpendapat, semua nabi dan rasul dicintai sama rata
dan pengembaraan mereka untuk mnyampaikan seruan Islam telah bersambung, maka akan
dinilai. Nabi Ibrahim, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Zakariah,
Nabi Yahya dan Nabi Isa antara nabi yang pernah menetap di Palestin.
Kisah terkenal Mariam dan anaknya Nabi Isa tatkala Malaikat Jibril muncul bertemu Maryam
dan memberinya khabar baik bahawa Mariam akan melahirkan Isa dan mukjizat kenabian
berlaku di Palestin. Di samping itu, tanah Palestin merupakan lokasi terakhir yang akan
menyaksikan kemukjizatan terakhir Nabi Isa kerana baginda akan kembali dan membunuh
Dajjal.
“Anak Maryam akan membunuh Dajjal di gerbang Nabi Luth”. (Sahih Muslim)
Ludd adalah sebuah kota yang terletak di utara Palestin, ditawan dan dihuni oleh orang Yahudi.
Lantaran itu, Palestin adalah tanah di mana Talut dan Dawnod berperang dengan Jalut dan
tenteranya dan menang; dan ditakdirkan menjadi tempat berkumpul pada hari kiamat. Oleh itu,
sama ada seisi dunia suka atau tidak, ia akan menjadi Tanah Islam apabila hari kiamat tiba;
maka adalah menjadi persoalan di manakah umat dunia akan berpihak?
51
82. Adakah penting bahawa Palestin berada di Al-Sham (yang Levant)?
Ya!
tanah Al-Shaam dan Palestin terkenal sebagai tanah yang diberkati dalam kalangan umat Islam.
Selain itu, Al-Shaam adalah pusat keimanan. Peringatan akan fitnah yang bakal menimpa umat
Islam pada akhir zaman tetapi Baginda Nabi S.A.W juga memberitahu umat Islam di mana
iman paling banyak ditemui: berdasarkan riwayat dari Abu ad-Darda R.A, dia berkata: Nabi
melihat tiang buku diambil dari bawah bantal saya dan saya melihatnya dan ia adalah cahaya
yang memanjang menuju ke Ash-Sham. Sungguh, keimanan pada masa itu fitan (yang diuji)
ialah di Ash-Sham. "
Umat Islam mestilah mengikut cahaya tersebut dengan membantu menyelamatkan tanah suci
ini dari penjajah yang telah mencemarkannya, memusnahkan peradaban dan berusaha untuk
mengyahudikan tempat suci melalui penghapusan identiti Islam. Turut diceritakan mengenai
Nabi pernah berkata bahawa Malaikat Allah telah melebarkan sayap mereka ke atas Al-Sham.
83. Bagaimanakah dengan penduduk Al-Quds dan sekitarnya; Palestin?
Diwahyukan kepada Nabi Muhammad bahawa orang-orang Al-Shaam akan menciptakan
tentera bersama-sama orang Yaman dan orang Iraq. Gabungan ketiga-tiga tentera akan menjadi
kuasa yang hebat dan akan membebaskan umat Islam di seluruh dunia dari segala
ketidakadilan. Lalu para sahabat bertanya kepada baginda dimanakah tempat yang harus
dikunjungi jika mereka hadir pada hari itu dan baginda Nabi S.A.W. menjawab mereka-di Al-
Shaam. Baginda mengatakan kepada mereka bahawa ia adalah tempat yang baginda pilih untuk
mereka kerana sebaik-baik hamba Allah akan tinggal di sana dan Allah berfirman akan Dia
akan menjaga mereka.
Nabi Muhammad S.A.W. juga bersabda bahawa pada akhir zaman akan ada umat yang
melindungi agama Islam, mengikuti perintahNya dan menentang musuh mereka; mereka tidak
akan diganggu lagi oleh semua orang yang bersekongkol melawan mereka tetapi mungkin akan
terancam dengan penyakit.
Kemudian para sahabat bertanya kepadanya tentang identiti orang-orang seperti itu dan dia
membalas kepada mereka bahawa mereka ini tinggal di Bait Al-Maqdis dan sekitar Bait Al-
Maqdis
84. Adakah tapak Islam di Palestin yang perlu dilindungi oleh orang Islam dari
seluruh dunia?
Sudah tentu! Orang Islam mungkin bertutur dalam pelbagai bahasa dan berasal dari negara
yang berbeza, tetapi mereka berkongsi warisan dan sejarah Islam yang sama malah masa depan
yang sama. Kota suci Al-Quds mempunyai beberapa tapak penting bagi umat Islam dan paling
terkenal dalam kalangan mereka ialah Masjid Al-Aqsa yang bukan sebarangan masjid. Ia
mempunyai banyak kubah, minaret, pagar, koridor dan laluan. Terdapat 14 gerbang, 10 dibuka
dan 4 ditutup: Gerbang terbuka adalah Al-Asbat, Huta, King Faisal, Al-Ghawanma, Al-Nathir,
Al-Hadid, Al-Qatanin, Al-Mutahara, Al-Silsila dan Al Mughrabi; yang tertutup adalah Al-
Tawba, Al-Rahma, Al-Sakina dan Al-Buraq.
Terdapat empat menara Masjid Al-Aqsa: Al-Mughrabi, Al-Silsila, Al-Ghawanma dan Al-
Asbat.
52
Selain itu, 13 kubah; Kubah Batu, Kubah Roh, Kubah Musa, Kubah Al-Khadir, Kubah Al-
Silsila, Kubah Al-Miraj, Kubah Suleiman, Kubah Yusuf, Kubah Al-Nabi, Kubah Nahw
(Tatabahasa), Kubah Sheikh Khalili, Kubah dan Kubah Yusuf Agha.
Tempat-tempat penting lain di bandar ini adalah: Makam Nabi Daud, Masjid Omar ibn Al-
Khattab, Masjid Kubah Batu, dan Tembok Al-Buraq. Tapak-tapak Islam ini berada di bawah
ancaman cubaan mengyahudikan oleh penjajahan Israel. Perkara yang paling mengancam dan
membimbangkan adalah penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa untuk mempersiapkan
kemusnahan dan penggantiannya dengan yang dikatakan sebagai Haykal (untuk orang
Yahudi). Setiap hari, para pendatang dan tentera menceroboh Masjid dan melakukan ritual
Talmud untuk membina sejarah baru bagi mereka di sana sebagai langkah menggantikan
warisan Islam. Penjajahan Israel juga berusaha mengusir penduduk Palestin dari kediaman
mereka untuk mengambil alih hartanah mereka dan memberi kepada pendatang Yahudi. Faktor
inilah menyebabkan pada bulan Mei, 2021 berlaku peningkatan (Operasi Pedang Al-Quds)
ketika perlawanan Palestin ingin menyelamatkan kawasan Sheikh Jarrah dan Al -Masjid Al
Aqsa dari pencerobohan pendatang.
85. Sejauh mana pengetahuan anda mengenai ghazawat (pertempuran semasa
zaman Nabi)?
Bolehkah anda memikirkan tiga ghazawat yang berlaku di Palestin? Baiklah, lihat kenyataan
berikut jika tidak!
Sebelum kita masuk pertempuran dalam Palestin, marilah bermula dengan kejadian Mu'tah
yang terjadi kerana ingin membalas dendam atas pembunuhan wakil Nabi malahan
menugaskan tiga orang membersihkan jalan untuk pembebasan Bait Al-Maqdis. Nabi S.A.W
melantik pemimpin tentera yang terdiri daripada: Zayd ibn Haritha, Ja'far ibn Abi Talib, dan
Abdullah ibn Rawaha. Tentera Islam menghantar sekitar 3,000 pejuang sementara tentera
musuh seramai 200,000 pejuang. Ketika umat Islam tiba di Al-Sham, mereka mendapati
bahawa Heraclius, Maharaja Byzantine, mengirimkan tentera seramai 100,000 Byzantine dan
100,000 orang Arab.
Walaupun jumlahnya sedikit, umat Islam tetap teguh di dalam hati mereka untuk mendapatkan
shahada, mati ketika berperang. Sesungguhnya, tiga pemimpin yang ditugaskan sebagai
pemimpin telah mati syahid, maka Khalid bin Al-Walid mengambil alih tampuk kepemimpinan
dan memanipulasi musuh sehingga beranggapan umat Islam menerima bantuan. Beliau
mengubah susunan tentera; bergerak dari kanan ke kiri, dan depan ke belakang. Dia berjaya
menyelamatkan umat Islam dan menjayakan sebuah pertempuran penting kearah pembebasan
Al-Quds.
Orang Islam telah membuka jalan menuju ke arah pusat Al-Sham dari Tabuk, yang mana jauh
lebih cepat dan mudah daripada kawasan pesisir yang perlu melintasi padang pasir lagi.
86. Ghazwa Tabuk (the Battle of Tabuk)
Nabi Muhammad S.A.W. mengarahkan para sahabat untuk bersiap sedia pada tahun
kesembilan Hijrah setelah menerima tentangan Bizantium kerana terdapat berita mengatakan
bahawa Heraclius dan penyokong Arab menuju kearah orang Islam. Nabi S.A.W tinggal di
Tabuk selama beberapa hari tetapi orang-orang Byzantium dan Arab tidak mengambil sebarang
langkah maka mereka pulang ke Madinah. Mengamati peristiwa perjanjian perang; dua perkara
utama yang boleh dipelajari ialah: Nabi S.A.W. menjamin sumber masa depan umat Islam:
menerima senjata dari Magna dan Udhruh dan makanan dari Ayla, kini dikenali sebagai Aqaba.
53
Kedua, hadis berikut adalah pertama kalinya Nabi S.A.W. menyebut pembebasan Bait Al-
Maqdis dan kejadian tersebut akan terjadi setelah kematiannya. Dirceritakan oleh `Auf ibn
Malik:
semasa Ghazwa Tabuk beliau bertemu dengan Nabi S.A.W. ketika baginda duduk di dalam
khemah kulit. Baginda bersabda, "Antara enam tanda-tanda yang termasuk dalam petanda Hari
Kiamat ialah: kematianku, penaklukan Jerusalem ".
Lokasi di mana pembebasan Al-Quds disebutkan, iaitu berhampiran kota. memberi
kekuatan kepada para sahabat dan memenuhi harapan mereka untuk merealisasikan janji nabi,
yang selari dengan janji Al-Quran di dalam surah Al-Israa.
87. Tentera Usamah Ibn Zayd Membuka Jalan Pembebasan Al-Quds
Sebelum wafatnya Nabi S.A.W., baginda telah mempersiapkan tentera di bawah
pimpinan Usamah Ibn Zayd dan memerintahkan mereka untuk berarak berjalan menuju ke
lokasi di mana ketiga-tiga pemimpin -Zayd ibn Haritha, Ja'far ibn Abi Talib, dan Abdullah bin
Rawaha-mati syahid. Sebagai petanda kepada para sahabat bahawa apa yang dimulakan harus
diteruskan, dan bahawa jihad dengan nama Allah adalah wajib sehinggalah para tiran
Bizantium digulingkan dan Al-Sham, termasuk Al-Quds, dibebaskan dari penjajahan Eropah
dan sekutunya bangsa Arab.
Setelah kewafatan Nabi, tentera tidak membuat sebarang langkah. Sebilangan orang
Arab meninggalkan agama, oleh sebab itu orang mengatakan kepada Abu Bakar, semoga Allah
memberkatinya, bahawa tentera Usama adalah tentera umat Islam, disebabkan orang Arab yang
memberontak terhadapnya beliau tidak boleh menghantar orang-orang Islam kerana perlu
melindungi beliau. Abu Bakar kemudian mengirim tentera Usama dan memberitahu mereka
bahawa arahan Nabi Muhammad adalah mustahak untuk ditunaikan tanpa mengira harganya.
Kisah ini membawa ketenangan dan keselesaan kepada rakyat Palestin khususnya dan umat
Islam pada umumnya. Walaupun orang Arab dan Bizantium merancang untuk mengambil
kesempatan atas kewafatan Nabi, umat Islam berpegang pada firman Allah dan menuju kearah
Jihad. Sahabat Abu Bakar memahami visi Nabi, jadi mereka bekerja dengan penuh keimanan
dan keyakinan dalam mencapai pesanan beliau iaitu pembebasan Al-Quds.
88. Pertempuran Yarmuk: Satu Langkah ke arah Pembebasan
Pada tahun ke-13 Hijrah, Abu Bakar menghantar tentera ke Al-Sham: Satu bahagian
dipimpin oleh Yazid ibn Abi Sufian dan mereka menuju ke Damsyik, bahagian kedua dipimpin
oleh Abi Ubaida ibn Al-Jarrah dan mereka menuju ke Homs, bahagian ketiga ke Palestin
dipimpin oleh Amru ibn Al-Aas, dan bahagian keempat dipimpin oleh Shurhabil ibn Hasana.
Tentera telah bertempur sehingga berita kematian sahabat Abu Bakar tersebar. Kemudian
pertempuran besar berlaku dan umat Islam berjaya memerangi tentera Bizantium, dan
mendapat kemenangan.
89. Bagaimana Al-Quds dibebaskan pada kali pertama?
Amr ibn Al-As mengepung Al-Quds, yang dijajah, sementara Abu Ubaidah ibn Al-
Jarrah dan Khalid ibn Al-Walid membebaskan utara Al-Sham. Beliau berhadapan dengan
pertarungan sengit, dan beliau mengirim kepada mereka, menuntut mereka menyerah seperti
kota-kota lain dan berjanji untuk menjamin keselamatan mereka.
54
Keadaan bertambah rumit apabila pengepungan yang bermula pada musim sejuk
menjadi kesukaran utama bagi umat Islam kerana tidak terbiasa dengan hujan lebat atau salji
lebat. Pemimpin Rom yang tinggal di kota pada masa itu, ingin memanfaatkan cuaca dan
enggan menyerah kepada umat Islam. Mereka bahkan meningkatkan serangan mereka dengan
harapan dapat mengalahkan umat Islam sekurang-kurangnya memaksa mereka berhenti
melepaskan kepungan.
Amr ibn Al-As meminta nasihat dengan menghantar surat kepada Omar ibn Al-Khattab yang
berada di Madinah. Ibn Al-Khattab bertindak berbentuk tiga tahap: Beliau mengirim bantuan
dengan Abu Ubaidah ibn Al Jarrah, beliau pergi ke Al-Sham mendekati peristiwa itu dan
mengirim Mu'awiyah ibn Abi Sufyan ke Rom. Rancangannya jelas; beliau mahu mengalihkan
perhatian orang Bizantium.
Mu'awiya tiba di Rom dan Abu Ubaidah segera mengambil alih kepemimpinan pasukan
Muslim. Perkara ini membakar semangat pejuang Muslim dan menyebarkan rasa takut di
kalangan pemimpin Rom. Bandar-bandar sekitarnya sudah dibebaskan, jadi pemimpin Rom
mulai kehilangan harapan untuk menang dan mundur ke Mesir. Patriark Sophronius yang
berkuasa keatas bandar berusaha menggalakkan orang-orangynya untuk pantang menyerah.
Abu Ubaidah memberinya tiga usul: Kembali kepada Islam, menyerahkan kota dan membayar
jizya(cukai), atau menghancurkan kota. Semestinya pemimpin itu memilih untuk tidak
memeluk agama Islam begitu juga membiarkan kehancuran kota berlaku. Oleh itu, dia
menyerah dan bersetuju untuk membayar jizya. Kemudian, Omar ibn Al-Khattab sendiri pergi
ke Al-Quds dan menerima kunci kota yang mengisytiharkan pembebasannya seperti yang telah
diramalkan oleh Nabi.
90. Sekarang Masjid Al-Aqsa sedang diduduki, adakah mengunjunginya
dibenarkan kepada orang Islam?
Oleh sebab, mengujungi Al-Masjid Al-Aqsa memerlukan permintaan izin dari pendudukan
Israeli, para syeikh pada zaman kini tidak setuju apakah itu dibenarkan atau dilarang. Mereka
yang mengatakan tidak dibenarkan menjelaskan sebab-musabab fatwa mereka dengan
mempersoalkan kunjungan tersebut hanya dibenarkan sekiranya mendapat izin dari penjajahan
Israel. Oleh itu, mengunjungi tempat itu dan mendapat kebenaran dari mereka seolah-olah satu
atau antara bentuk penerimaan hegemoni(penjajahan) mereka ke atas tanah. Tambahan pula,
para syeikh percaya bahawa berkunjung ke kawasan menyebabkan fitnah dan umat Islam
mungkin tergoda untuk berpihak kepada penjajah. Mereka yang ingin mendapat ganjaran
pahala dengan mengunjungi dua masjid lain yang disebut Nabi.
Para syeikh yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk mengunjungi Al-Masjid Al-
Aqsa, berdasarkan lawatan oleh Nabi ke Mekah untuk menunaikan Umra Al-Qadaa walaupun
semasa ia dibawah pemerintahan orang yang tidak beriman. Mereka juga berpendapat bahawa
mengunjungi Masjid menyedarkan dunia bagaimana hubungan umat Islam dengannya, bahawa
ia adalah milik umat Islam, dan untuk menunjukkan sokongan kewangan dan kerohanian
kepada rakyat Palestin di sana. Namun, mereka mengenal pasti langkah berjaga-jaga yang
harus diingat oleh pengunjung Muslim:
● Tujuan perjalanan adalah hanya untuk Al-Masjid Al-Aqsa.
● Lawatan ini tidak boleh didahului atau diikuti dengan bersiar-siar kerana dapat
memimpin kepada hasil yang tidak diingini
● Pengunjung Masjid harus menginap di hotel bukan Yahudi jika boleh. Pengunjung tidak
boleh menyokong ekonomi penjajahan dalam apa jua cara.
55
91. Apakah keajaiban Batu Terapung?
Meskipun Allah dapat meletakkan apa sahaja yang kehendakiNya di udara tanpa sebarang
sokongan ke bumi, seperti langit dan syurga, tidak ada bukti mengatakan batu di Al Masjid Al-
Aqsa terapung. Padahal, ia digantung oleh benang dan keberadaannya yang tetap kerana
keadaan semula jadi di sekelilingnya.
92. Tadi kami telah menyebut para Nabi yang tinggal di Palestin. Bolehkah anda
menyatakan para Sahabat yang tinggal disitu juga?
● Ubadah ibn Al-Samit ialah yang sahabat pertama yang ditugaskan untuk memerintah
Palestin. Beliau menetap dan dikuburkan di Al-Quds.
● Shadad ibn Aws menetap dan meninggal di Al-Quds
● Salama ibn Qaisar meninggal dunia di Al-Quds.
● Fayruz Al-Daylami tinggal di Al-Quds dan dikatakan juga telah meninggal di sana.
● Abu Abiy Al-Ansari adalah sahabat terakhir yang meninggal di Al-Quds.
93.Apa yang anda tahu mengenai Tanah Perkuburan Ma'man Allah?
Tanah perkuburan ini terletak di sebelah barat Bandar Lama Al-Quds, 2km dari pagar Al-
Khalil. Salah satu perkuburan terbesar di bandar dan berkeluasan sekitar 200 donum (ukuran
yang digunakan semasa zaman Uthmaniyyah). Pada tahun 1929, jurutera-jurutera
menganggarkan keluasannya 137,450.29m². Secara rasminya ia didaftarkan seluas 134,560
donum.
Tanah wakaf ini penting bagi umat Islam kerana menyimpan mayat orang Islam dari pelbagai
zaman. Tahukah anda bahawa para sahabat dan mujahidin yang berjuang dengan nama Allah
dan mati syahid di sana dikebumikan di tanah perkuburan ini? Ketika Sultan Salah Al-Din
membebaskan Al-Quds dari tentera salib, beliau memerintahkan para syuhada dikebumikan di
tanah perkuburan yang sama. Berdasarkan sejarah, ratusan cendekiawan Islam, saintis,
bangsawan dan penguasa dari Madinah dikebumikan di sana. Walhal, banyak ulama dibawa
dari Mesir ke perkuburan Al-Quds untuk dikebumikan di sana. Lebih dari 70,000 sahabat,
syuhada dan para ulama dikebumikan di tanah perkuburan.
94.Mengapa saya harus mengambil berat tentang apa yang berlaku di Palestin?
Jika pertanyaan pertama masih memerlukan jawapan, ingatlah kata-kata Nabi yang
diriwayatkan oleh Nu'man ibn Bashir (R.A) yang berkata: sabda baginda, "Orang-orang
beriman bersama-sama dalam kebaikan, belas kasihan bersimpati seakan berkongsi satu badan.
Apabila salah satu anggota badan menderita, seluruh badan turut rebah dan demam”.
Diriwayatkan dari Abu Musa: Nabi bersabda, “Orang yang beriman kepada orang beriman
yang lain adalah seperti bangunan yang bahagiannya saling menguatkan satu sama lain”. Nabi
kemudian menggenggam tangannya dengan jari (sambil mengatakannya).
56
57