0 HARI IHTIFAL PAFA 2023 KALI KE-5 DIRASMIKAN OLEH : HAJI SAZLI BIN KAMARUZZAMAN PRESIDEN KRMJ 2022/2023 SABTU 20 MEI 2023 30 SYAWAL 1444H 9.00 A.M. ORCHAID BEACH CAMP
1 9.00 A.M. : Pendaftaran pelajar & penerima hadiah Ketibaan tetamu 9.45 A.M. : Tetamu mengambil tempat di dewan 10.00 A.M. : Perarakan pelajar masuk dewan : Bacaan Al Quran oleh Adik Aqil Zuhayr bin Anwar & Adik Nuqman Nur Hakim bin Nur Helmi : Ucapan Aluan Tn. Hj. Zool Ihsan bin Abd Aziz Pengarah PAFA 2022/2023 : Ucapan Perasmian Tn. Hj Sazli bin Kamaruzzaman Presiden KRMJ 2022/2023 : Persembahan Montaj : Penyampaian Hadiah & Sijil Pelajar DMB : Persembahan Nasyid Pelajar DMC Tajuk : Islam Agamaku : Penyampaian Hadiah & Sijil Pelajar DMC : Persembahan Nasyid Pelajar DMB Tajuk : Open Your Eyes : Penyampaian Hadiah & Sijil Keputusan Terbaik Kelas : Penyampaian Cenderahati kepada AJK PAFA & Guru : Persembahan Nasyid Pelajar DMB & DMC Tajuk : Suasana Hari Raya : Doa Penutup : Sesi Fotografi Pelajar 12.00 P.M. : Solat dan Jamuan Hari Raya KRMJ ATUR CARA MAJLIS
2 LAPORAN PENGARAH PAFA 2022/2023 KELAS PENGAJIAN AGAMA DAN FARDHU AIN A. LATAR BELAKANG • Perkembangan Jubail sebagai salah satu pusat industri utama di negara Arab Saudi telah mengumpulkan sejumlah ramai rakyat Malaysia. • Memandangkan pakej “bekeluarga” yang ditawarkan oleh syarikat kepada rakyat Malaysia, ramai pekerja Malaysia memilih untuk membawa keluarga mereka untuk turut menetap di Jubail. • Pada masa kini, pendidikan formal terhadap anak-anak adalah sekolah antarabangsa manakala pendidikan al-quran wujud di masjid-masjid atau pusat-pusat dakwah. • Namun wujudnya jurang dari segi pendidikan Ilmu Fardhu Ain secara sistematik terhadap anak-anak pekerja Malaysia beragama Islam di Jubail B. KELAS PENGAJIAN AGAMA DAN FARDHU AIN KRMJ Bagi menampung kekurangan pengajian agama dan fardhu Ain, KRMJ telah mengambil inisiatif dan menggerakan usaha bagi mewujudkan kelas Pengajian Agama dan Fardhu Ain (‘PAFA’) kepada anak-anak rakyat Malaysia beragama Islam yang menetap di Jubail.
3 C. MATLAMAT PENUBUHAN PAFA • Menyediakan pelengkap pendidikan awal khususnya di dalam bidang pengajian agama dan pendidikan rendah Fardhu Ain bagi melahirkan generasi insan yang beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia. • Menyedarkan dan meningkatkan kesempurnaan tauhid agar beramal dengan setiap kebaikan yang diredhai Allah SWT dan RasulNya dan meninggalkan setiap kemungkaran yang dimurkai Allah SWT. • Membentuk peribadi Insan Rabbani agar mencontohi keperibadian mulia baginda Rasulullah SAW. • Memberi galakan kefahaman Islam yang sempurna kepada anakanak dalam membantu mereka menghadapi cabaran kehidupan. D. OBJEKTIF PAFA • Menyediakan proses pendidikan awal pengajian agama dan Fardhu Ain ke arah melahirkan anak yang beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia. • Mendidik jiwa dan akal anak-anak dengan didikan Islam berteraskan Al-Quran dan Hadis. • Membimbing anak-anak supaya menghayati ibadah, akhlak, dan sirah bagi melahirkan generasi yang cenderung melakukan makruf serta meninggalkan kemungkaran. • Melatih anak-anak membaca, menghafaz dan menghayati AlQuran, doa dan zikir.
4 E. SENARAI PENGARAH PAFA BIL NAMA TEMPOH 1. Hj. Nik Abdul Hafiz bin Nik Abdullah Sesi 2016/2017 2. Hj. Ruznan bin Idris Sesi 2017/2018 3. Hj. Mohammad Harris bin Hasbullah Sesi 2018/2019 4. Hj. Nik Abdul Hafiz bin Nik Abdullah Sesi 2019/2020 5. Hj. Zool Ihsan bin Abd Aziz Sesi 2021/2022 6. Hj. Zool Ihsan bin Abd Aziz Sesi 2022/2023 F. SENARAI GURU PAFA 2022/2023 BIL NAMA KELAS 1. Hjh. Sharifah Faridah Hanim bt Tg Embong DMB 2. Ustaz Mohd Azman bin Zakaria DMC G. CARTA ORGANISASI PAFA 2022/2023
5 H. MATA PELAJARAN PAFA 2022/2023
6 I. STATISTIK PELAJAR KELAS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH DMB (6 – 8 tahun) 11 9 20 DMC (9 – 12 tahun) 9 6 15 JUMLAH 20 15 35
7 J . LOKASI KELAS
8 K. ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR PAFA I. KELAS DMB (6 – 8 tahun) MATA PELAJARAN GRED TH BIL. LULUS % A B C D E LULUS AKHLAK 10 6 2 1 1 19 100 % AQIDAH 6 5 7 1 1 19 100 % IBADAH 4 8 2 1 1 19 100 % SIRAH 5 4 9 1 1 19 100 % GRED PURATA KESELURUHAN DMA 5 9 4 1 1 19 100 % II. KELAS DMC (9 – 12 tahun) MATA PELAJARAN GRED TH BIL. LULUS % A B C D E LULUS AKHLAK 12 2 1 14 93.3 % AQIDAH 10 1 4 15 100 % IBADAH 9 2 2 1 1 14 93.3 % SIRAH 7 2 4 1 1 14 93.3 % GRED PURATA KESELURUHAN DMB 10 2 2 1 15 100 %
9 L. LAPORAN PERLAKSANAAN KELAS PAFA 2022/2023 1. PENDAFTARAN & TAKLIMAT KELAS PAFA JUMAAT – 30 SEPTEMBER 2022 Pendaftaran pelajar PAFA telah diadakan pada hari Jumaat 30 September 2022 bertempat di SABIC Beach Camp. Turut diadakan Perasmian Kelas PAFA bagi sesi 2022/23. Taklimat PAFA telah disampaikan oleh Tn. Hj. Zool Ihsan bin Abd Aziz, Pengarah PAFA 2022/23. Antara maklumat yang dikongsikan adalah berkaitan objektif PAFA, carta organisasi, mata pelajaran, taburan murid, takwim tahunan, lokasi kelas dan yuran pengajian serta serta penyata kira-kira PAFA-KRMJ 2021/22. Taklimat Kelas PAFA pula telah disampaikan oleh Hjh. Sharifah Faridah Hanim binti Tg Embong, guru besar PAFA 2022/23. Antara yang disentuh dalam ucapan beliau adalah perincian silibus, Kem Penghayatan Ibadah, memperkenalkan tenaga pengajar PAFA dan laporan semasa PAFA. Turut dimaklumkan gabungan pelajar kategori A dan B memandangkan bilangan pelajar yang berkurangan. Perasmian kelas PAFA Sesi 2022/23 telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Sazli bin Kamaruzzaman, President KRMJ 2022/23.
10 2. MESYUARAT GURU PAFA KALI 1 JUMAAT – 6 OKTOBER 2022 Satu mesyuarat secara atas talian telah diadakan pada hari Jumaat 6 Oktober 2022, bagi memaklumkan pembahagian kelas, silibus dan rancangan pelajaran tahunan. AJK PAFA juga telah memutuskan kelas DMC dijalankan secara atas talian, dan kelas DMA & DMB digabungkan memandangkan bilangan pelajar yang berkurangan. Kelas ini akan dijalankan secara bersemuka. Satu perkongsian ilmu berkaitan PAK-21, Peta I-THINK dan Activities Based Learning dibincangkan sebagai persediaan mengajar untuk sesi kali ini.
11 3. HARI PERTAMA KELAS PAFA & AKTIVITI KELAS ISNIN – 10 OKTOBER 2022 Kelas pertama PAFA telah bermula pada hari Isnin, 10 Oktober 2022 dimana kelas DMB (6-9 tahun) telah dijalankan secara bersemuka di rumah Tn. Hj. Ramli dan DMC (9 – 12 tahun) berjalan secara atas talian menggunakan medium ZOOM.
12 4 . AKTIVITI KELAS DMB
13
14 5. JAMUAN PERPISAHAN ISNIN – 26 DISEMBER 2022 Jamuan perpisahan sempena kepulangan adik Sofea Annisa ke Malaysia. 6. MESYUARAT GURU JUMAAT – 6 JANUARI 2023 Mesyuarat guru secara maya telah diadakan bagi pemantauan kelas PAFA yang berjalan. Turut dibincangkan Modul bagi persediaan Kem Penghayatan Ibadah.
15 7. KEM PENGHAYATAN IBADAH SABTU – 7 JANUARI 2023 Kem Penghayatan Ibadah telah diadakan pada hari Sabtu, 7 Januari 2023, di Yasmeen Beach Camp. Seramai 43 peserta telah hadir termasuk dari anakanak yang tinggal disekitar Jubail. Antara fokus kem ialah ialah wuduk, solat dan tayammum. Secara umum ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Azman bin Zakaria. Kemudian diikuti dengan aktiviti LDK dan latihan amali.
16 8. JAMUAN PERPISAHAN ISNIN – 23 JANUARI 2023 Jamuan perpisahan sempena kepulangan adik Noor Alif Fahmi, adik Noor Afiy Fariq dan adik Aliah Tamimi ke Malaysia.
17 7. KEM ANAK SOLEH SABTU – 18 MAC 2023 Sebagai memenuhi aktiviti kokurikulum, satu Kem Anak Soleh telah diadakan pada 10 Mac 2023, bertempat di Yasmeen Beach Camp. Kem kali ini melibatkan 35 orang peserta termasuk dari anak-anak Non PAFA yang menetap di Jubail dan Khobar. Kem ini mendapat bantuan penuh dari 5 fasilitator yang terdiri dari pelajar-pelajar dari universiti sekitar Riyadh. Aktiviti melibatkan ceramah motivasi, LDK dan Explore Race. Secara keseluruhan aktiviti yang dijalankan sepanjang 1 hari kem telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari peserta.
18
19 8. PEPERIKSAAN AKHIR PAFA 2023 ISNIN/RABU – 8/10 MEI 2023 Peperiksaan Akhir PAFA 2023 telah diadakan. Secara umum peperiksaan diadakan bagi menggalakkan pelajar mengulangkaji keseluruhan topik-topik yang telah diajar sepanjang sesi ini.
20 9. LATIHAN HARI IHTIFAL 2023 ISNIN/RABU – 15/17 MEI 2023 Latihan persembahan bagi Hari Ihtifal PAFA telah diadakan pada hari tersebut.
21 SENARAI PENERIMA HADIAH KECEMERLANGAN PAFA 2022/2023 CEMERLANG DALAM KELAS DM B Pertama : Wan Nur Auni binti Wan Mohamaed Sayuti Kedua : Nik Fathimah Farha binti Nik Abdul Hafiz Ketiga : Muhammad Irfan bin Mohd Khairizul DM C Pertama : Ahmed Shaheed Zulfan bin Mohd Sharul Fadhir Kedua : Aqil Zuyr bin Anwar Ketiga : Qaisarah Batrisyah binti Mohd Sharul Fadhir PELAJAR KEHADIRAN PENUH 100 % 1. Muhammad Afeef Azzikri bin Mohd Nor Fuzaili 2. Wan Nurain binti Wan Muhamaed Sayutie Tahniah Dan Selamat Maju Jaya
22 Autograf Jawatankuasa Hari Ihtifal PAFA 2023 dengan sukacitanya merakamkan setinggitinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas kerjasama penglibatan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Hari Ihtifal PAFA KRMJ 2023 kali ke-5 ini.