The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

9 NOTA Nabi Muhammad SAW berniaga ke Syam

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cg_sfhanim, 2023-02-15 12:07:27

9 NOTA Nabi Muhammad SAW berniaga ke Syam

9 NOTA Nabi Muhammad SAW berniaga ke Syam

NABI محمد SAW BERNIAGA KE SYAM SIRAH RABU 15 FEBRUARI 2023


2


DOA KEPADA KE DUA IBU BAPA هللا Ya , ampunilah dosaku, dan dosa kedua ibu bapaku. Cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka telah mendidikku sejak dari kecil kecil.


PERISTIWA رسول SAW MENGGEMBALA KAMBING (ULANGKAJI)


NABI محمد SAW BERNIAGA KE SYAM


Setelah pengajaran dan pembelajaran anak-anak dapat : 1. Menyatakan tempat Nabi محمد SAW berniaga dengan betul. 2. Menyatakan umur Nabi ketika berniaga ke Syam. 3. Menceritakan kisah peristiwa رسول SAW berniaga ke Syam dengan ringkas. 4. Menjawab soalan lisan guru.


NABI محمد SAW KETIKA USIA KANAK-KANAK


Nabi محمد SAW mula belajar berniaga ketika mengikuti bapa saudaranya Abu Talib berniaga berniaga ke negeri Syam. Umur baginda pada masa itu baru menjangkau 12 tahun.


Pada awalnya, Abu Talib menolak permintaan anak saudaranya kerana Nabi محمد SAW masih kecil. Juga kerana perjalanan ke negeri Syam memakan masa yang lama dan terpaksa mengharungi padang pasir (desert) yang kering kontang.


Nabi محمد SAW tidak putus asa. Baginda terus memujuk dan memberi alasan akan merasa keseorangan apabila bapa saudaranya itu keluar berniaga.


Akhirnya Abu Talib mengizinkannya. Nabi محمد SAW gembira kerana hajatnya tercapai.


Walaupun perjalanan ke Syam mencabar, namun baginda hadapinya dengan tabah dan sabar. Abu Talib merasa kagum dan bangga dengan anak saudaranya itu. Nabi محمد SAW diajar cara menguruskan perniagaan oleh Abu Talib.


Dalam perjalanan kumpulan dagang berhenti rehat disatu tempat bernama Busra.


Di sana seorang rahib bernama Bukhaira memberitahu Abu Talib bahwa anak saudaranya itu akan menjadi pemimpin umat manusia pada masa akan datang.


Bukhaira menasihatkan Abu Talib supaya membawa pulang Nabi محمد SAW pulang ke Mekah kerana bimbang akan keselamatan baginda sekiranya diketahui oleh kaum Yahudi.


Lalu Abu Talib pun membawa pulang semula Nabi محمد SAW ke Mekah dengan segera.


NABI محمد SAW KETIKA USIA REMAJA


Sejak dari hari itu, Nabi محمد SAW diberi kepercayaan menjalankan perniagaan secara perseorangan atau berkongsi dengan saudarasaudaranya yang lain. Nabi محمد SAW pernah berniaga di pasar Ukaz dan Zulmajaaz, iaitu dua pasar yang terkenal di Mekah.


Semasa berusia 25 tahun, Nabi محمد SAW pergi semula ke negeri Syam menjalankan urusan perniagaan Khadijah bin Khuwailid.


Nabi محمد SAW ditemani oleh pembantu lelaki Khadijah bernama Maisarah.


Khadijah memilih Nabi محمد SAW menjalankan perniagaan ke Syam kerana kejujuran, budi pekerti yang mulia dan sifat amanah baginda. Perniagaan itu mendapat keuntungan berlipat kali ganda.


AKHLAK MULIA NABI محمد SAW


Akhlak mulia Nabi محمد SAW. JUJUR BUDI PEKERTI MULIA AMANAH


KESIMPULAN


KESIMPULAN 1. Setiap pekerjaan yang HALAL adalah MULIA disisi هللا SWT. 2. Mencontohi pekerjaan Nabi محمد SAW, bekerja dengan penuh semangat agar pekerjaan kita penuh berkat. 3. Selalu bersifat sopan dan jujur dan berbicara.


TOKMI TANYA ANAK-ANAK JAWAB…


Nabi محمد SAW mula berniaga ketika berusia berapa tahun?


Di negeri manakah Nabi محمد SAW pergi berniaga?


Nabi محمد SAW mengikut bapa saudaranya baginda yang bernama _________.


Nabi محمد SAW berniaga semula ke Syam ketika berusia _________.


Siapakah yang menemani Nabi محمد SAW ke Syam untuk kali ke 2?


Nabi محمد SAW ke Syam untuk menguruskan perniagaan siapa?


AKTIVITI


Click to View FlipBook Version