Dokumen Tarbiah SMI SAAB Pengenalan (ada) Perjalanan tarbiah (ada) Skop Kerja PK Tarbiah (dah ada) Wasail Tarbiah Liqo Usrah Usrah Gabungan PKPIM (pemtaksiran konstruk/pembentukan sahsiah pelajar) Liqo murabbi/nuqaba Daurah (pelajar umum/nuqaba) Mukayyam Tugas nuqaba guru/pelajar (ada) Marhalah/mustawa Muhib (01) (ada) Taseid (dah ada) Sasaran Pemeringkatan (ada) 1. DEFINISI TARBIAH
Tarbiah dari segi Bahasa bermaksud: i. ‘Rabba-yarbu’ (tumbuh berkembang) ii. ‘Rabbiya-yarba’ (tumbuh secara alami) iii. ‘Rabba-yarubbu’ (memperbaiki, meningkatkan) Dari segi istilah tarbiah membawa maksud: “Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata mahupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik.” 2. KONSEP TARBIAH SEKOLAH Tarbiah di sekolah terbahagi kepada dua peringkat: i. Tarbiah Ta’rifiyah ii. Tarbiah Takwiniyah 2.1 Tarbiah Ta’rifiyah - Dilaksanakan kepada mujtama’ (mass population). - Penekanan kepada ketaatan kepada Allah bukanlah ketaatan kepada dakwah dan tanzim. - Hasil yang diharapkan ialah lahir: - pelajar yang meletakkan pengabdian hidup mereka sepenuhnya kepada Allah, taat pada seluruh peraturan-Nya dan reda di bawah naungan syaria’t Islam. - peribadi yang memiliki sifat-sifat asas seorang muslim dari sudut aqidah, ibadah dan akhlaq. - mereka yang tersentuh dan berkeinginan untuk bersama-sama melaksanakan dakwah. 2.2 Tarbiah Takwiniyah - dilaksanakan untuk mereka yang berkeinginan untuk berbuat sesuatu kepada ummah secara amnya dan masyarakat sekolah secara khususnya. - Mereka akan dibina supaya sanggup bersama-sama memikul amanah dakwah dan bersedia untuk melakukan kerja secara kolektif. - Hasilnya: - Ahli yang meletakkan kecintaan kepada dakwah, merasa gembira gembira dan sedih dengan maju dan mundurnya dakwah dan bersedia untuk mengorbankan masa dan tenaga. - Pada masa ini ahli akan dibina dengan 10 muwasafat tarbiah/ 11 ciri insan rabbani dan melengkapkan ciri-ciri dalam 10 rukun bai’ah dan 6 syakhsiyah tanfiziah.
3.0 PERLAKSANAAN PRAKTIKAL 3.1 Tarbiah Ta’rifiyah Dilaksanakan melalui beberapa wasilah utama: i. Mentoring/PKPIM - Dikendalikan oleh guru mentor. Mentor akan mengendalikan sesi ini dan melakukan pentaksiran konstruk yang disediakan. ii. KRSM - KRSM merupakan satu wasilah yang sangat penting kerana perjumpaannya berlangsung setiap minggu. - Para pelajar dilatih untuk mendisplinkan diri, bermujaahadah dan patuh pada arahan. Semua aspek ini dikaitkan dengan ciri asas seorang muslim dari segi aqidah, ibadah dan akhlaq. - Kaedah perlaksanaannya ialah dengan memberi ‘ibroh pada setiap aktiviti KRSM seperti Based, Kawad Kaki, Tali Temali, Bantu Mula, Obstacle, Trecking dan lain-lain. iii. Kokurikulum - Secara keseluruhnya aktiviti2 KOKO adalah untuk melatih para pelajar membiasakan diri dengan adab-adab Islam. iv. Kurikulum - Amal Am membentuk fikrah Islamiyah dengan penerapan AMK dan bahan usrah telah dimasukkan ke dalam silibus Pendidikan Islam/ PQS/ PSI/KSSM dll. 3.2 Tarbiah Takwiniyah Pelajar-pelajar yang telah bersedia untuk ditarbiah secara serius dan intensif akan disusun dalam kumpulan-kumpulam halaqah yang baharu. Perjumpaan halaqah berlangsung di luar dari jadual waktu Pdpc atas persetujuan bersama murabbi dan Mutarabbi. 3.3 Carta Alir Tarbiah Perlaksanaan tarbiah di sekolah dirumuskan dalam carta alir berikut: Amal Am /Rabtul Am Tajmi’ 00 01 02 -dilaksanakan kepada semua pelajar (untuk Rabtul Am) - melalui pelbagai wasilah seperti mentoring, PKPIM, KRSM dan lain-lain. -Berfokus kepada ciri asas muslim seperti aqidah, ibadah dan akhlaq. - pelajar yang tersentuh dengan amal am dan di DF akan dikumpulkan dalam halaqah 00. Permulaan tarbiah secara serius dan intensif. -persediaan untuk komited dengan tarbiah dan fikrah kita. - Dibina untuk menjadi ahli 01 dalam tempoh 6 – 12 bulan -Pelajar yang telah nampak komitmennya -memenuhi syarat kelayakan 01. -Dibina untuk menjadi ahli 02 dalam tempoh 2 tahun. -Perlu mengikuti semua wasilah tarbiah -Pelajar yang yakin dengan fikrah kita dan hendak berdakwah. -memenuhi syarat kelayakan 02. - Dibina untuk menjadi ahli 03 dalam tempoh 2 tahun. - Perlu mengikuti semua wasilah tarbiah. -Penggerak/ QS di sekolah
FLOW DAURAH DAN HALAQAH 00-01A-01Q MODUL 01 AWAL Bahan-bahan IDQ,SH,GF,SJ,SU adalah bahan fikrah yang disediakan oleh Team IPT untuk memudahkan penyelasaran bahan daurah. Untuk 00- 01 sesi daurah adalah lebih banyak kekerapannya daripada marhalah 01. Bahan-bahan Tafsir dipertekankan dimarhalah ini disamping bahan-bahan yang lain. IDQ(interaksi dengan al quran): sumber tarbiah, rapat dengan Al Quran. An Nas: Cabaran dalaman, kembali kepada Allah Al Falaq: cabaran luaran: kembali kepada Allah Al Ikhlas: Islam menjadi manhaj hayah SH( Shahadatul Haq): dakwahkan islam sbg manhaj hayah Al Masad: tentangan dalam dakwah, sabar Annasr: pertolongan pasti akan datang. Al Kafirun: perlu berbeza dengan jahiliah GF(Ghazwatul Fikr): sedar jahiliah kita sekarang agenda musuh untuk jauhkan kita dari Shahadatul Haq. Al kausar: berkorban kerana Allah (korban jahiliah) Al Masad: perlu ambil islam secara syumul SJ(Sayonara Jahiliah): azam tinggalkan jahiliah Al fil: Allah pilih siapa Dia Al Humazah: jaga akhlaq dalam dakwah Al Asr: tanpa tarbiah sia2 lah hidup kita SU(Sejarah Usrah): tarbiah jalan kita At Takasur: tarbiah kerja fokus, bukan bangga2 Al Qariah: buat amal sungguh2, takut x cukup Al ‘Adiyat: kejar akhirat Lampiran Bahan2 IDQ, SH, GF, DJ & SU
SKOP KERJA PENOLONG KANAN TARBIAH & UNIT-UNITNYA (BERGANTUNG KEPADA UNIT YANG BERADA DIBAWAH PK TARBIAH SEMASA) PENOLONG KANAN TARBIAH Memantau perjalanan unit-unit di bawah unit tarbiah sekolah. Memantau sistem fail di GD 3 bulan sekali. Menghadiri mesyuarat tarbiah IkramMuseleh setaip 2 bulan sekali seperti dijadualkan. Menyediakan aktiviti & bajet tahunan unit tarbiah. Memantau laporan aktiviti dan kewangan unit tarbiah dua kali setahun. Menghadiri program-program tarbiah di luar sekolah seperti yang diarahkan. Memantau persediaan 20% murid-murid tingkatan 4 untuk ditaseid ke 02 semasa akhir tingkatan 5. Membantu pengetua/mudirah menyediakan senarai nama mentor. Menghadiri menyuarat pengerusan sekolah setiap minggu atau seperti yang diarahkan. Memberi laporan tarbiah kepada pengetua/pengurus tarbiah/ALP/pihak lain apabila diminta. Memberi taklimat dan mengedarkan bidang tugas kepada guru-guru yang terlibat dalam pengendalian/pengurusan tarbiah sekolah. Memastikan silibus dan bahan sokongan diedarkan kepada nuqaba’ daripada kalangan murid sebelum sesi usrah bermula. Menyusun penyelaras mentor mengikut tingkatan. Menyusun latihan kemahiran mengikut keperluan (berdasarkan laporan Guru Penasihat unit). SETIAUSAHA Mengemaskini semua fail di bawah unit di google drive Unit Tarbiah sekolah. Menyediakan template surat untuk digunakan oleh unit tarbiah. Menyenaraikan dan mengemaskinikan aktiviti unit tarbiah. Membantu penolong kanan memantau aktiviti unit tarbiah dijalankan seperti yang ditakwimkan. Mengemaskini program & pelaporan unit tarbiah setiap bulan. Menghadiri dan menyediakan minit mesyuarat setiap unit dalam Unit Tarbiah. Memastikan tindakan dijalankan oleh guru yang diamanahkan. Melaporkan kepada PKT sekiranya tiada tindakan dijalankan. Menyediakan diari aktiviti unit tarbiah mengikut bulan. MENTORING & QR SISTEM Menjadi penghubung antara admin QR dan sekolah. Menjadi survey solat dan puasa sunat dikalangan pelajar. Membuat analisis survey dan menghantar laporan kepada penolong kanan. Memastikan kad QR sistem diterima oleh pelajar dengan cara yang berkesan. Memaparkan keputusan leaderboard di setiap kelas/ papan board PKPIM. Memberi penghargaan kepada pemenang leaderboard. Memberitahu masalah mentee kepada mentor berkenaan analisis survey solat. Memastikan kad pelajar yang hilang diuruskan dengan segera. Membuat laporan aktiviti dan bajet 2 kali setahun.
Menyediakan takwim mentoring & QR. Memastikan guru-guru memasukan markah PKPIM ke dalam sistem yang diarahkan. Memberi taklimat mengenai perjalanan mentoring dan peranan mentor. Menyediakan takwim mentoring dan bajet unit. Menyediakan fail dan link pelaporan mentor mengenai perkembangn sahsiah pelajar setiap bulan. Mempengerusi sesi Liqo Mentoring seperti yang dijadualkan di dalam takwim tarbiah. Mengemaskini fail mentoring di google drive tarbiah. Membuat laporan kepada Penolong Kanan Tarbiah setiap bulan. Menyediakan laporan aktiviti dan kewangan diakhir sesi persekolahan. BADAN KEPIMPINAN PELAJAR (BKP) BIDANG TUGAS Bekerjasama dengan penasihat-penasihat unit/badan pelajar berhubung pelantikan ketua dan pembantu ketua bagi unit-unit berkenaan Menguruskan majlis watikah pelantikan dan angkat sumpah BKP Memantau dan menyelaras perancangan dan pelaksanaan aktiviti di bawah unit-unit pelajar agar selari dengan hasrat sekolah Menghadiri mesyuarat BKP Melaksanakan/Mengadakan program-program bagi membangunkan kemahiran kepemimpinan ahli BKP Memastikan anggota BKP memanfaatkan penggunaan Bilik Gerakan Murid. Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bersama-sama guru penasihat unit/badan pelajar 2 kali setahun Memastikan setiap anggota BKP diberikan sijil penghargaan selepas tamat tempoh perkhidmatan. B) TUGAS-TUGAS LAIN Menganggotai Jawatankuasa yang diluluskan oleh PK Tarbiah dari semasa ke semasa. Melaksanakan arahan dan tugas yang diamanahkan oleh PK Tarbiah dari semasa ke semasa Menyertai kursus kokurikulum, kempen/perkhemahan tahunan yang diadakan oleh sekolah dan badan luar. Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang kokurikulum tertentu.
TASEID JAWATAN KUASA PENILAIAN (TAS'IED) & CARTA ALIR SMSAAB Penaung: Pengurus Tarbiah Sri Al Amin Bangi Pengerusi: Pengetua S/U: PK Tarbiah JK: nuqaba guru Tugasan: Pengerusi: 1. Mempengerusikan mesyuarat taseid 2. Memilih tarikh untuk mensyuarat taseid. 3. Memutuskan kelulusan taseid S/U: 1. Mencatat minit liqo Penilaian/taseid 2. Mendokumenkan borang taseid 3. memanggil mesyuarat taseid bila diarahkan oleh pengerusi. JK: 1. Menyediakan borang taseid yang lengkap untuk mutarabbi yang hendak ditaseid. 2. Membentangkan pencalonan taseid mutarabbi kepada JK taseid kawasan (01>02). 3. Menghadiri mensyuarat taseid atas jemputan setiausaha.
TUGAS NUQABA’ 1. Membawa usrah pelajar mengikut kumpulan yang ditetapkan. 2. Menyediakan data peribadi anak usrah untuk memudahkan urusan pemeringkatan. 3. Menyediakan perancangan Liqo usrah. 4. Mengetahui objektif / matlamat yang hendak dicapai. 5. Tugas utama ialah fasa membina peribadi Muslim dan pengenalan terhadap dakwah. 6. Memilih kaedah pengajaran/penyampaian yang jelas objektifnya, yang membangkitkan minat mutarabbi, ynag mengambil kira pelbagai perbezaan yang ada pada mutarabbinya dan beransur-ansur dalam menyampaian isi kandungan ilmu. 7. Menyedari asas penting dalam melaksakan operasi liqo/wasail tarbiah: Merupakan aktiviti ibadat bagi murabbi dan mutarabbi. Ia dilakukan kerana Allah SWT dan mengharapkan redaNya. Merupakan aktiviti tindakbals di anara murabbi, mutarabbi dan subjek/isi untuk merealisasikan matlamat yang satu.mempunyai kemahiran asa dalam pemguruan siri dan berinteraksi dengan orang lain. Merupakan interaksi sosial antara mutarabbi dan mutarabbi. Sepatutnya berlaku pergaulan dan hubungan di luar sesi liqo usrah/ daurah dll. Merupakan interaksi insan bertamadun. Semua saling menghargai dan menghormati perasaan antara satu sama lain. Ia dilansungkan dalam suasana keselesaan ukhuwwah/ persahabatan. 8. Menghadiri liqo murabbi seperti yang ditakwimkan. Pelaporan mutarabbi disedia dan dibentangkan dalam liqo murabbi (LM). 9. Mendengar dan menyelesaikan masalah mutarabbi sedaya upaya. 10. Menyedarai matlamat yang dicapai ialah: Memperolehi pengetahuan asas Islam dan beramal dengannya. Mengambil berat tentang isu-isu umat Islam. Menyukai aktiviti dakwah dan kemasyarakatan. Mempunyai kemahiran asas dalam pengurusan diri dan berinteraksi dengan orang lain. 11. Menyediakan senarai nama mutarabbi untuk ditaseid/dipertingkatkan mustawa/marhalahnya dan dicadangkan kepada penyelaras mustawa.
Marhalah Muhib (01) Definasi : Fasa membina peribadi Muslim dan pengenalan terhadap dakwah. Objektif umum: Untuk menarik individu baru ke dalam dakwah serta menyiapkan mereka untuk dakwah. Matlamat: 1. Memperoleh pengetahuan Islam dan beramal dengnnya. 2. Mengambil berat terhadap is-isu umat. 3. Menyukai aktiviti dakwah dan kemasyarakatan. 4. Mempunyai kemahiran asas dalam menguruskan diri dan berinteraksi dengan orang lain. Kandungan: meliputi pengetahuan terhadap prinsip Islam secara umum pada sudut akidah, syariah, dan akhlak serta cenderung beriltizam dengan prinsip-prinsip Islam dalam diri muhib serta meningkatkan sifat terpuji dan ciri-ciri Islam yang asas dalam diri. Tempoh: min - 6 bulan dan tidak terhad tempohnya mengikit keperluan. Syarat kemasukan: 1. Menyukai kebaikan dan bersedia untuk diterbiah melalui sistem tarbiah IKRAM. 2. Diyakini kesejahteraanya (tidak menganggotai kumpulan2 yg menentang Islam atau kumpulan yang tidak mengikut syariat Islam). 3. Telah mendaftar sebagai pelajar Sekolah Musleh. PERJALANAN USRAH GRUP USRAH Semua pelajar Sekolah Menengah Al Amin Bangi akan menyertai sistem tarbiah yang Usrah adalah merupakan salah satu wasail tarbiah. Usrah adalah merupakan satu bulatan gembira yang diketuai oleh seorang ketua yang telah dipilih oleh pihak sekolah samada dikalangan guru atau pelajar ting 3, 4, dan 5. Pelajar-pelajar akan di berikan kepada kumpulan kecil yang tidak melebihi 10 orang. Sesi liqo usrah ditetapkan di dalam jadual mingguan sekolah. Semasa sesi liqo usrah pelajar-pelajar akan membincangkan bidang-bidang tafsir al quran, hadis, sirah, akhlak, akhbar islami, kenegaraan dan lainlain seperti yang telah dinyatakan dalam manhaj disediakan oleh Ikram Musleh. Ahli-ahli juga boleh berbincang masalah masing-masing bersama kumpulan mereka.
SASARAN PEMERINGKATAN MURID-MURID SEKOLAH MENENGAH SRI AL-AMIN BANGI PERINGKAT AWAL TING 1 AKHIR TING 1 AKHIR TING 2 AKHIR TING 3 AKHIR TING 4 AKHIR TING 5 M 02 20% M 01 AKHIR 40% 80% M 01 AWAL 20% 35% 40% 60% M 00 50% 45% 50% RA 100 % 30% 20% 10% CIRI-CIRI YANG DILIHAT UNTUK TASEID RA - Rabtul Am tiada ciri-ciri khas. Perhatian akan diberi untuk memastikan pelajar memenuhi ciri-ciri tersebut sebelum ditingkatkan ke marhalah/mustawa seterusnya. Wasail Tarbiah RA 00 01 Ibadah wajib dilaksanakan Tutur kata bersih daripada unsur lucah dan mencarut boleh mengikut arahan (sayang sekolah/cikgu) mula ambil berat ibadah sunat Akhlak dan tutur kata melambangkan seorang muslim Berminat mengikuti tarbiah (suka IKRAM Melazimi ibadah sunat Akhlak sebagai qudwah Iltizam dengan program tarbiah
LIQO USRAH PERJALANAN USRAH GRUP USRAH Semua pelajar Sekolah Menengah Al Amin Bangi akan menyertai sistem tarbiah yang Usrah adalah merupakan salah satu wasail tarbiah. Usrah adalah merupakan satu bulatan gembira yang diketuai oleh seorang ketua yang telah dipilih oleh pihak sekolah samada dikalangan guru atau pelajar ting 3, 4, dan 5. Pelajar-pelajar akan di berikan kepada kumpulan kecil yang tidak melebihi 10 orang. Sesi liqo usrah ditetapkan di dalam jadual mingguan sekolah. Semasa sesi liqo usrah pelajar-pelajar akan membincangkan bidang-bidang tafsir al quran, hadis, sirah, akhlak, akhbar islami, kenegaraan dan lainlain seperti yang telah dinyatakan dalam manhaj disediakan oleh Ikram Musleh. Ahli-ahli juga boleh berbincang masalah masing-masing bersama kumpulan mereka. Rukun-rukun usrah taaruf taafahum takaful