PERPADUAN MATLAMAT YANG DIIDAMKAN MPU 21072 : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
DISEDIAKAN OLEH: NURUL EZZETTY ZULAIQHA BINTI YASRI (17DUP23F2004) NUR AIN BATRISYIA BINTI MOHD TAUFIK (17DUP23F2007) MUHAMMAD FAHIM BIN AHMAD FAUZI (17DUP23F2016) SITI WARDANI BINTI BADAWI (17DUP23F2017) MUHAMMAD QAYYIM BIN HAMDAN (17DUP23F2025) MOHAMMAD NAZRIN HAKIMI BIN MOHD KHALID (17DUP23F2029) 1
ISI KANDUNGAN 1) PENGENALAN 2) DETIK PERPADUAN 3) DETIK PERBEZAAN 4) LANGKAH 5) KEPENTINGAN 6) CABARAN 7) PERANAN 8) KESIMPULAN 9) RUJUKAN 2
MATLAMAT PERPADUAN YANG DIIDAMKAN Perpaduan merupakan salah satu aspek penting bagi setiap negara. Matlamatnya adalah agar setiap bangsa dan negara dapat hidup dengan harmoni dan tenteram tanpa perkara yang dapat menggugat keamanan. Rakyat tidak akan dapat hidup dengan selesa dan negara akan bergolak setiap masa akibat tiadanya keamanan. Hal ini dapat dilihat di negara-negara yang bergolak apabila peperangan sentiasa berlaku dan rakyat hidup dalam keadaan bergantung kepada bantuan luar. Kanakkanak, perempuan dan orang tua menjadi mangsa kebuluran serta hidup dalam serba kekurangan. Daripada yang diterangkan tadi, kita dapat lihat bahawa pentingnya untuk kita membina dan memupuk perpaduan agar menjadi sesuatu budaya dan amalan kehidupan oleh setiap rakyat dalam negara ini. Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharudin,Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan, “Perpaduan sabagai suatu hasrat yang diidamkan adalah sukar diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan. Perkara ini biasanya hadir mengikut keadaan, keperluan dan detikdetik tertentu secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat”. 3
DETIK PERPADUAN SUKAN ANIMASI MAKANAN Detik perpaduan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat. Antara suasana yang sering dilihat muncul nilai perpaduan apabila ketika pergaulan di pasar, mengadakan majlis perkahwinan, tempat makan, sokongan dalam sukan, memberi bantuan ketika bencana, mengunjungi tempat percutian, menikmati cuti umum pelbagai perayaan, hadir menonton filem di pawagam dan sebagainya. 4
SUKAN Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan masyarakat.Seperti dalam bola sepak, kita dapat melihat nilai perpaduan yang tiada jurang di antara kaum melalui cara sokongan sebagai contoh ketika piala asia tempoh hari, ramai rakyat Malaysia tidak kira bangsa pergi ke Qatar untuk menyokong pasukan negara walaupun pasukan Harimau Malaya tersingkir awal. 5
MAKANAN Semua jenis makanan ini dimakan oleh setiap bangsa di Malaysia tanpa mengira rupa dan warna kulit. Hal ini amat baik untuk penyatuan semua bangsa di Malaysia. Semua bangsa dan agama pastinya telah merasa nasi lemak kerana ianya merupakan lambing negara Malaysia, malah negara luar juga turut merasa makanan Malaysia ini. 6
ANIMASI Perpaduan dapat disemai dalam diri anak-anak melalui animasi tertentu yang mempunyai unsur keharmonian dan kedamaian. Sebagai contoh, kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali lagi dengan nama gelarannya, Lat, telah banyak menunjukkan watak pelbagai kaum dalam karyanya. Salah satu daripadanya adalah animasi bertajuk Kampung Boy. Dalam animasi tersebut, watak utama dan rakan-rakannya merupakan dari kaum yang berlainan. 7
Men F eru I si fL llem E juga M , detik-detik perpaduan dapat dilihat dan disemai oleh semua rakyat. Antaranya, filem Ola Bola, yang telah membangkitkan semangat perpaduan rakyat Malaysia, dalam membentuk sebuah negara bangsa yang hebat lagi bermartabat.Dalam filem tersebut pasukan bolsepak kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai kaum(Melayu, Cina dan India) bermain bersama-sama demi mengejar kejayaan dan menjulang nama negara di persada dunia. 8
Maksud Detik Perbezaan : Detik Perbezaan adalah dimana sekeliling anda terasa berbeza contohnya semasa sambutan perayaan,pengebumian,jenayah dan tempat kerja.Perbezaan ini perlu dilihat daripada aspek positif untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan hubungan antara kaum. Detik Perbezaan dikategorikan kepada 3 : 1) PERAYAAN 2) PENGEBUMIAN 3) JENAYAH 4) TEMPAT KERJA MAKSUD DETIK PERBEZAAN 9
MELAYU ( RAYA AIDILFITRI) Merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam.Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan.Sepanjang bulan Ramadan umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya.Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran.Umat Islam saling bermaaf- maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengerjakan silaturahim.Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung PERAYAAN 10
CINA (TAHUN BARU CINA) Melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.Sebelum hari tahun baru bermula sanak-saudara yang jauh akan berkumpul.Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan menghalau puaka dan nasib malang.Rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki. PERAYAAN 11
INDIA (DEEPAVALI) Dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa' bererti cahaya dan 'Gavali' bererti barisan.Perayaan Deepavali disambut pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil antara bulan Oktober Dan November.Bagi penganut agama Hindu,Sikh Dan Jain, mereka akan menghias rumah dengan pelita dan mercun akan dibakar. Selain itu,mereka akan mengagihkan gulagula dan hadiah kepada ahli keluarga ,sanak-saudara dan jiran terdekat.Seterusnya,mereka akan melakukan upacara sembahyang dan keagamaan. PERAYAAN 12
PENGEBUMIAN Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si mati apabila berlaku kematian ialah memberitahu kepada tok imam agar dapat menuliskan nama si mati,masa dan tempat pengebumian di papan kenyataan secepat mungkin.Pada masa yang sama,memberitahu kepada saudara-mara,rakan dan jiran.Biasanya,si mati akan dikebumikan dalam masa 24 jam dari masa kematian. •Tidak boleh bercakap kuat •Kubur tidak boleh ditembok dan ditulisi •Tidak boleh memagar kawasan perkuburan dengan pagar besi yang terlalu mahal •Tidak boleh duduk di atas kuburan melayu PANTANG LARANG KEMATIAN 13
PENGEBUMIAN Orang cina memberi perhatian kepada Feng Shui ketika memilih perkuburan kerana berfikir Feng Shui yang buruk di tanah perkuburan akan memberikan kesan buruk kepada generasi muda .Si mati akan dipakaikan dengan pakaian traditional dan akan dikebumikan pada hari ketiga atau kelima setelah kematian.Orang cina akan membakar wang kertas,rumah kertas,kereta kertas dan pelbagai jenis barang yang dibuat dari kertas.Selepas itu,semasa festival orang cina,ahli keluarga si mati akan menyembah si mati. •Tidak menziarahi saudara-mara dan rakanrakan semasa berkabung •Kurangkan hiburan sosial dan luahkan kesedihan dengan tingkah laku •Menghadiri majlis perkahwinan dan pengebumian orang lain •Tidak boleh memakai baju berwarna hitam,merah dan warna terang ketika menghadiri majlis pengebumian cina PANTANG LARANG KEMATIAN 14
PENGEBUMIAN Masyarakat India mempercayai konsep kelahiran semula iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad,di mana jasad akan hancur,tetapi kembali ke alam barzakh.Mayat akan dibakar atau dikebumikan dalam masyarakat India. •Tetamu yang datang perlu memakai pakaian berwarna putih atau cerah •Semua perhiasan dalam rumah akan ditutup dengan kain putih •Ahli keluarga si mati tidak boleh meraikan sebarang sambutan dan majlis dalam masa setahun INDIA PANTANG LARANG KEMATIAN 15
JENAYAH Setiap bangsa dan agama akan mempunyai orang yang melakukan kesalahan.Oleh itu,kita tidak boleh menggunakan bangsa dan agama penjenayah untuk menentukan satu bangsa dan agama adalah baik atau buruk.Sebaliknya,jika seseorang mempunyai jati diri yang kuat dan pegangan agama yang kukuh,maka tidak akan berlaku perlanggaran had yang telah ditetapkan oleh undang-undang.Oleh itu,kita sebagai warganegara haruslah patuh kepada setiap peraturan dan undang-undang kerana hukuman tidak dijatuhkan mengikut agama dan bangsa,namun ianya dijatuhkan berdasarkan tahap jenayah yang kita lakukan. 16
TEMPAT KERJA Isu tempat kerja tidak harus timbul sebagai salah satu detik perbezaan yang akan menggugat perpaduan kaum memandangkan pekerjaan tidak terikat kepada bangsa,kaum dan agama.Sebagai majikan, mereka boleh mengiktiraf pekerjanya tanpa mengira kaum dan agama.Oleh itu,pekerjanya akan lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih teliti dan amanah.Secara tidak langsung,para pekerja akan berada lebih adil dan selesa semasa bekerja. 17
Menerapkan nilai perpaduan di sekolah •Antaranya penglibatan dalam kegiatan sukan,kelab dan persatuan di sekolah.Cara ini dapat membantu remaja pada masa kini untuk bergaul dengan rakan-rakan berbilang kaum dan bangsa,secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain •Didikan para guru di sekolah memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan kaum di dalam negara. Guru-guru yang mendapat pendidikan yang baik tentang nilai-nilai perpaduan, kesedaran budaya, dan penghormatan terhadap kepelbagaian etnik dapat membawa kesan positif kepada pelajar. Mereka dapat mengajar dengan teladan, mempromosikan sikap saling menghormati, dan mengukuhkan hubungan harmoni antara pelbagai kaum dalam masyarakat. Ini adalah aspek penting dalam menyokong pembangunan ekonomi dan sosial yang mapan dalam negara. LAGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MATLAMAT YANG DIIDAMKAN Mempupuk perpaduan adalah suatu proses yang penting dalam menciptakan keharmonisan dan kestabilan dalam masyarakat. Berikut adalah langkah-langkah yang dapat diambil untuk mempupuk perpaduan: 18
Menyambut hari perayaan bersama-sama melalui rumah terbuka. •penganjuran rumah terbuka merupakan satu tradisi yang penting di Malaysia. Ia membolehkan masyarakat berbilang kaum dan agama berkumpul bersama untuk meraikan pelbagai perayaan keagamaan dan budaya. Seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Deepavali, Wesak, Hari Gawai, Pesta Kaamatan dan Hari Natal. Ini adalah contoh yang baik bagaimana kesatuan dan perpaduan boleh diperkukuhkan melalui aktiviti yang melibatkan semua lapisan masyarakat. 19
•ibu bapa memainkan peranan penting sebagai suri teladan dalam mendidik anak-anak. Salah satu aspek penting dalam pendidikan adalah mengajar anak-anak untuk mengenali dan menghormati kawan-kawan mereka dari pelbagai kaum. Ini membantu membina perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat. •Didikan ibu bapa yang mementingkan pemahaman terhadap budaya berbilang kaum dapat membantu anak-anak memahami dan menghargai kepelbagaian budaya dalam masyarakat. Dengan pemahaman yang baik, mereka juga dapat mengelakkan perselisihan faham serta memupuk semangat perpaduan dan kesepaduan di kalangan pelbagai kaum. •Galakkan anak-anak untuk berinteraksi dengan kawan-kawan dari pelbagai kaum. Ini memberi mereka peluang untuk memahami dan menghargai perbezaan-perbezaan budaya. •Dengan mengamalkan pendidikan yang menyeluruh dan memberikan contoh yang baik, anak-anak dapat memahami dan menghormati kawan-kawan dari pelbagai kaum, mengurangkan perselisihan faham dan meningkatkan kesepaduan dalam masyarakat. Dididikan oleh Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak 20
Kesimpulan langkah-langkah memupuk perpaduan untuk mencapai matlamat yang diinginkan adalah dengan memahami bahawa perpaduan adalah kunci kejayaan dalam masyarakat yang pelbagai etnik. Ini dapat dicapai melalui pendidikan yang menggalakkan pemahaman, toleransi, dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya dan etnik. Selain itu, amalan komunikasi terbuka, saling hormat-menghormati, serta pengiktirafan terhadap hak dan nilai setiap individu juga penting untuk memperkukuhkan perpaduan dalam komuniti. 21
Perpaduan amat penting pembangunan sesebuah negara, sama ada negara tersebut maju, membangun ataupun sedangmembangun. Hal ini demikian kesatuan dankesepakatan antara rakyat amatlah pentingdalam membentuk sesebuah negara maju yangaman tanpa konflik yang menyebabkanberlakunya pertumpahan darah dan mengakibatkan kehancuran negara tersebut. KEPENTINGAN PERPADUAN DALAMMALAYSIA Menurut ‘Kamus Dewan Perdana ’ , perpaduan merupakan penyatuan dan darjah, serta jenis penyatuan yang dipamerkan oleh sesebuah masyarakat, ataupun kumpulan dan jiran. Perpaduan amatlah penting dalam membentuk sesebuah negara yang maju 22
Apabila wujudnya perpaduan, negara akan dipandang tinggi oleh negara lain. Sebagai contoh, Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mampu menjadi suri teladan kepada negara lain. Hal ini menjadikan Malaysia sebagai penanda aras kepada negara lain yang sedang membangun atas semangat perpaduan yang dimiliki masyarakat Malaysia. Dengan masyarakat yang hidup aman dan harmoni, mampu menarik pelabur asing untuk melabur dan menjalankan aktiviti perdagangan di sini. Kemasukan pelabur asing mempengaruhi kadar pertukaran wang asing yang membantu kepesatan ekonomi di Malaysia. Antara kepentingan perpaduan dalam membentuk negara Malaysia yang maju termasuklah: Meningkatkan Imej Negara Mampu Meningkatkan Ekonomi Negara 23
Mampu Menarik Pelancong Mewujudkan Masyarakat Harmoni Masyarakat yang harmoni mampu mewujudkan perpaduan yang kuat dan kukuh dalam negara. Kestabilan politik juga dipengaruhi oleh masyarakat yang harmoni, apabila semua pemimpin bersatu tanpa mengira agama dan bangsa dalam mentadbir negara. Pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi negara. Disebabkan perpaduan yang kukuh dan budaya yang unik, selain kepelbagaian adat yang membentuk sesebuah masyarakat dapat memikat hati pelancong untuk berkunjung. 24
Menjamin Keselamatan Negara Apabila rakyat bersatu, unsur atau pengaruh luar tidak dapat menceroboh pemikiran rakyat kerana perpaduan mampu menyatukan pemikiran dan hati masyarakat sesebuah negara. Kesimpulannya, perpaduan menjadi elemen yang penting dalam sesebuah negara. Negara kita perlu mengekalkan perpaduan antara masyarakat dan pemimpin juga harus memainkan peranan dalam hal ini. Perpaduan bukan sahaja dapat memajukan negara, malah dapat memupuk semangat cinta dan sayang dalam masyarakat 25
PERANAN IBU BAPA KERAJAAN MASYARAKAT 28
PERANA N IBU BAPA KELUARGA MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DALAM MERANGSANG, MEMPERKUKUH DAN MEMPERKASA KEPENTINGAN NILAI PERPADUAN. IBU BAPA MERUPAKAN PENDIDIK PERTAMA DAN BERTERUSAN DALAM MENJAMIN PEMBENIHAN NILAI PERPADUAN INI MELALUI ASUHAN DAN DIDIKAN ANAK DALAM PERSEKITARAN KELUARGA. PERANAN IBU BAPA BUKAN SEKADAR MENERAPKAN ANAK-ANAK DENGAN ILMU DAN PENGETAHUAN TENTANG DISIPLIN, BUDAYA, TRADISI MAHUPUN AGAMA, TETAPI JUGA DENGAN NILAI PERPADUAN AGAR ANAK-ANAK DAPAT MEMBESAR DALAM PERSEKITARAN YANG SIHAT TANPA DIRACUNI OLEH SIKAP PREJUDIS DAN RASISME. 29
PIHAK KERAJAAN MEMAINKAN PERANAN YANG PALING PENTING DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM. ANTARA AKTIVITI ATAU USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN ADALAH MELALUI KEMPEN ATAU MENGADAKAN CERAMAH PERPADUAN KAUM. INI BAGI MEMBERIKAN KESEDARAN KEPADA MASYARAKAT AKAN KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI DALAM NEGARA. PIHAK KERAJAAN BOLEH MENGANJURKAN PERTANDINGAN MEMBUAT VIDEO ATAU POSTER DAN MEMAPARKANNYA MELALUI MEDIA MASSA DAN MEDIA SOSIAL. INI KERANA MEDIA SOSIAL PADA MASA KINI BANYAK DIGUNAKAN OLEH GENERASI MUDA. PERANA N KERAJAA N 30
HUBUNGAN MASYARAKAT AMAT PENTING DIJAGA BAGI MEMASTIKAN KEHARMONIAN DAN KEAMANAN NEGARA MALAYSIA.SEHUBUNGAN DENGAN INI, KEPELBAGAIAN AKTIVITI INI MAMPU MEMBUKTIKAN INTEGRASI SOSIAL DALAM MASYARAKAT MALAYSIA BEGITU TINGGI WALAUPUN BERLAINAN AGAMA, BANGSA DAN KEBUDAYAAN.PELBAGAI AKTIVITI MELALUI RUKUN TETANGGA, RUMAH TERBUKA, PENERIMAAN BUDAYA DAN PROGRAM INI AMAT PENTING BAGI MEMASTIKAN PERPADUAN DAN KEHARMONIAN HUBUNGAN DALAM MASYARAKAT AKAN TERUS BERKEKALAN DAN BERTERUSAN. PERANAN MASYARAKAT 31
KESIMPULAN Kesimpulannya,sebagai rakyat yang bertanggungjawab untuk menjaga keamanan negara,kita hendaklah menjalinkan hubungan yang kukuh sesame masyarakat.Hal ini dikatakan demikian kerana,perkara itu mampu merealisasikan matlamat yang diidamkan oleh semua orang iaitu jalinan perpaduan yang baik antara kaum yang pelbagai dalam negara kita.Oleh itu,peribahasa dalam kamus dewan pustaka ada mengatakan bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat yang memberi maksud ,sentiasa saling membantu antara satu sama lain tanpa mengira bangsa 32
RUJUKAN MUSTAFFA, M., MD. RADZI, M. B., GHAZALI, N., WAN OTHMAN, W. M. T., AHMAT, M. F., & BALYA, M. T. (2020). PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN. PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA. MULKAN, J. A. (2010). ASAL USUL HARI RAYA. RETRIEVED 09 OGOS 2010. HTTPS://WWW.SCRIBD.COM/DOCUMENT/35574249/ASALUSUL-HARI-RAYA BUANG, N. H. S. (2010). PENGEBUMIAN DI MALAYSIA. RETRIEVED 21 OGOS 2010. HTTP://GRP33.BLOGSPOT.COM/2010/08/ADAB-ADAB-DANPANTANG-LARANG-DALAM.HTML?M=1 HTTPS://MATLAMATPERPADUANYANGDIIDAMKAN.BLOGSPOT .COM/2020/10/MATLAMAT-PERPADUAN-YANG- DIIDAMKAN.HTML?M=1 HTTPS://DEWANMASYARAKAT.JENDELADBP.MY/2023/02/03/12 171/ HTTPS://ECENTRAL.MY/CARA-MEMUPUK-PERPADUANKAUM/#:~:TEXT=DI%20SAMPING%20ITU%2C%20PIHAK%20KER AJAAN,PERPADUAN%20KAUM%20DI%20DALAM%20NEGARA HTTPS://IMAGES.APP.GOO.GL/45I9RW37TFGWZGM17 HTTPS://WWW.STUDOCU.COM/MY/N/73452106? SID=01711275678 33