The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas penerangan ini akan menerangkan kepada pelajar maksud jualan dan pemasaran,
maksud permintaan pasaran, jenis produk pelancongan, kategori pelanggan, produk dan pasaran niche

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TVET EDUCATION, 2023-10-01 11:22:00

SALES AND MARKETING

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas penerangan ini akan menerangkan kepada pelajar maksud jualan dan pemasaran,
maksud permintaan pasaran, jenis produk pelancongan, kategori pelanggan, produk dan pasaran niche

Keywords: SALES AND MARKETING

KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME HT-101-3:2014 TRAVEL CONSULTATION TAHAP DAN SEMESTER / LEVEL AND SEMESTER L3 (SEMESTER 3) NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE HT-101-3:2014-C03 SALES AND MARKETING NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT IDENTIFY PRODUCT / PACKAGES EXECUTE WORK STRATEGY / PLANNING PERFORM SALES VISIT / REACH OUT PROGRAMME GENERATE SALES VISIT REPORT NO. KOD KSKV / KSKV CODE NO. Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 12 NO. KOD / CODE NO. HT-101-3:2014/C03/P(1/4) TAJUK / TITLE: Mengenalpasti produk atau pakej TUJUAN / PURPOSE: Kertas penerangan ini akan menerangkan kepada pelajar maksud jualan dan pemasaran, maksud permintaan pasaran, jenis produk pelancongan, kategori pelanggan, produk dan


NO. KOD / CODE NO. HT-101-3:2014/C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 12 pasaran niche PENERANGAN / INFORMATION: 1.0 MENGENAL PASTI PRODUK DAN JENIS PELANCONGAN IDENTIFY PRODUCT AND PACKAGES Jualan dan Pemasaran Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusan-urusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk, perletakan harga, pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan sebagainya. Definisi Jualan dan Pemasaran Jualan Jualan merupakan satu aktiviti atau perniagaan yang menjual produk atau perkhidmatan bagi mendapatkan keuntungan dari segi mata wang. Pemasaran Pemasaran ialah aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang atau perkhidmatan dari pengeluar kepada pengguna akhir atau pelanggan. Pemasaran merupakan aktiviti manusia dalam memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui proses pertukaran -Philip KotlerPemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana individu atau kumpulan memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui penghasilan dan penukaran produk atau nilai di kalangan mereka.


NO. KOD / CODE NO. HT-101-3:2014/C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 12 Konsep Asas dalam Pemasaran Dalam pemasaran terdapat beberapa elemen-elemen ataupun konsep-konsep asas yang perlu anda pelajari dan fahami kerana ia saling berkaitan antara satu sama lain. Konsep yang paling asas sekali ialah konsep keperluan, diikuti dengan kehendak dan juga permintaan. Keperluan, kehendak dan Permintaan Produk dan Servis / Perkhidmatan Nilai, Kepusan dan Kualiti Pertukaran, Urusniaga dan Perhubungan Pasaran Pemasaran Cabaran Pemasaran Masa Kini Di antara cabaran-cabaran pemasaran dalam abad ke dua puluh satu adalah nilai dan orientasi pelanggan yang sering berubah, ekonomi yang lembab, kemerosotan persekitaran, peningkatan dalam persaingan global, masalah-masalah ekonomi, politik dan sosial, inilah yang dinamakan dunia tanpa sempadan. Walau bagaimanapun masalah-masalah tersebut telah mewujudkan peluang pemasaran. Kini kita dapat menyaksikan terdapat beberapa aliran dan kuasa utama yang mengubah dan mencabar strategi pemasaran seperti pertumbuhan pemasaran bukan untung, peningkatan teknologi maklumat, penglobalisasian yang pesat, ekonomi dunia yang berubah dan seruan-seruan ke arah sikap beretika dan bertanggung jawab terhadap masyarakat.


NO. KOD / CODE NO. HT-101-3:2014/C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 12 Pertumbuhan Pemasaran Organisasi Bukan Untung Kebelakangan ini organisasai bukan untung seperti bahagian pendidikan, perubatan, pos dan ketenteraan telah mula menggunakan strategi pemasaran untuk beroperasi. Sebagai contoh, Pos Malaysia telah membentuk rancangan pemasaran inovatif dengan menjual setem kenangan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-12. Penglibatan organisasi bukan untung mengaplikasikan strategi pemasaran telah memberikan cabaran–cabaran baru yang menarik kepada pengurus-pengurus pemasaran. LedakanTeknologi Maklumat Kemajuan di dalam bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi telah memberi kesan ke atas cara syarikat memberi nilai kepada pelanggan-pelanggan mereka. Ledakan teknologi maklumat membolehkan pengurus-pengurus pemasaran mempelajari dan menjejaki pelanggan, mencipta dan merekabentuk produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan pelanggan, mengagih produk dengan lebih cekap dan efektif serta berkomunikasi dengan pelanggan sama ada dalam kumpulan yang besar atau orang perseorangan. Contohnya, dengan menggunakan komputer yang berkeupayaan tinggi, pemasar boleh mewujudkan pangkalan data yang terperinci untuk mensasar tawaran-tawaran kepada pelanggan-pelanggan mereka. Penglobalisasian Kesan daripada kemajuan yang pesat di dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat, budaya dan jarak sesuatu tempat dapat dihubungkan dengan lebih mudah dan cepat. Ini telah membolehkan syarikat meluaskan liputan pasaran geografi, pembelian dan pengeluaran mereka. Hasilnya, persekitaran pemasaran menjadi lebih kompleks untuk kedua-dua syarikat dan pengguna.


NO. KOD / CODE NO. HT-101-3:2014/C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 12 Internet Kini, internet telah berkembang dengan pembangunan World Wide Web yang mesra pengguna. World Wide Web telah membolehkan syarikat menghubungkan jutaan pelanggan baru dengan kos yang hanya suku daripada kos pengiklanan menggunakan media cetak dan televisyen. Perkembangan Ekonomi Dunia Ekonomi dunia yang meleset telah mengakibatkan kesukaran kepada pengguna dan pemasar. Di seluruh dunia, keperluan manusia semakin bertambah, tetapi dalam banyak perkara , individu kekurangan wang untuk membayar barangan keperluan. Ekonomi negara maju banyak mempengaruhi ekonomi negara-negara yang sedang membangun. Situasi ekonomi semasa telah mewujudkan masalah dan peluang kepada pemasar. Sesetengah syarikat menghadapi permintaan yang berkurangan dan menghadapi masalah untuk mengembangkan syarikaT. Permintaan Terhadap Tanggungjawab Sosial dan Etika Pada masa sekarang pihak pemasar perlu bertanggung jawab terhadap kesan tindakan mereka ke atas sosial dan persekitaran. Etika korporat telah menjadi isu yang hangat diperkatakan di dalam dunia perniagaan. Masalah-masalah seperti penghapusan hutan, kehangatan ruang atmosfera, pencemaran udara dan air serta ancaman-ancaman lain perlu diselesaikan dengan cara yang lebih berkesan.


NO. KOD / CODE NO. HT-101-3:2014/C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 12 Lanskap Pemasaran Baru Syarikat-syarikat domestik telah sedar bahawa mereka tidak boleh mengabaikan pasaran dan pesaingan global. Firma-firma berjaya dalam industri matang sedar bahawa mereka perlu mengambilkira pasaran dan teknologi yang muncul dengan pendekatan pengurusan terkini. Syarikat-syarikat dari berbagai sektor semakin menyedari bahawa mereka perlu menekankan kepada aspek keperluan pelanggan dan persekitaran. Mereka akan gagal di dalam perniagaan sekiranya tidak memahami pasaran yang kian berubah. Contohnya, pembinaan KLIA ekspres telah menyediakan kemudahan pengangkutan yang pantas dari KL Sentral ke KLIA iaitu dalam masa 28 minit. Jenis-Jenis Produk Dan Pakej Ticketan / Ticketing Terdapat pelbagai produk dan perkhidmatan yang menawarkan penempahan dan pembelian tiket masuk (taman tema, zoo, Taman Tamadun Islam, Petrosains, Aquaria, muzium dan lain-lain). Harga yang ditawarkan oleh pembekal dalam “contract rate” kepada agensi pelancongan atau pengendali pelancongan lebih rendah berbanding harga “walk-in”. Dalam Negara / Inbound Pelancongan dalam negeri ertinya pelancongan ke atau di Malaysia atau mana-mana tempat di dalam Malaysia (Inbound). Pakej pelancongan Dalam Negeri ditawarkan oleh agensi tempatan dengan harga yang lebih murah dan menarik.


NO. KOD / CODE NO. HT-101-3:2014/C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 12 Luar Negara / Outbound Pelancongan ke Luar Negeri ertinya pelancongan ke atau di mana-mana tempat di luar Malaysia (Outbound). Pakej Pelancongan Dalam Negeri ditawarkan oleh agensi tempatan dengan kerjasama agensi luar negara untuk penginapan, pengangkutan dan bersiar-siar melalui perjanjian harga (contract rate) Pengangkutan / Transport Terdapat tiga jenis pengangkutan utama iaitu pengangkutan darat, udara dan air. Peluang perniagaan yang wujud di dalam kategori ini antaranya ialah perkhidmatan kereta sewa, teksi, basikal, bot, helicopter dan lain-lain. Penginapan / Accommodation Sektor penginapan merupakan sektor terpenting di dalam industri pelancongan kerana para pelancong memerlukan tempat tinggal sementara untuk tidur dan berehat serta membersihkan diri. Antara jenis-jenis penginapan adalah hotel, motel, resort, chalet, asrama, rumah tumpangan, homestay dan berkhemah. Makanan dan Minuman / Food and Beverage Sektor perkhidmatan makanan dan minuman merupakan antara sektor terpenting selepas sektor penginapan dalm industri pelancongan dengan menyediakan kemudahan makanan dan minuman kepada para pelancong di Malaysia. Pelancong boleh memilih makanan dari pelbagai kaum yang ada di negara kita seperti makanan Melayu, Cina dan India. Sektor makanan dan minuman di negara ini tidak hanya tertumpu kepada restoran-restoran besar and elit sahaja tetapi juga di gerai, kios dan cafeteria kecil. Insuran Perjalanan / Travel insurance


NO. KOD / CODE NO. HT-101-3:2014/C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 12 Insuran perjalanan adalah polisi perlindungan sepanjang melancong ke dalam atau luar negara. Lazimnya terhad kepada tempoh perjalanan sahaja. Walaubagaimanapon ada syarikat insuran yang menawarkan pelbagai gabungan pelindungan yang dapat memenuhi keperluan-keperluan pengguna termasuk polisi jangka panjang untuk mereka yang selalu melancong. Contoh: Insurans Perjalanan AirAsia telah direka bentuk untuk melindungi dan membolehkan pelancong menikmati perjalanan yang lancar tanpa kerisauan apabila terbang dengan syarikat penerbangan tambang rendah terbesar AirAsia Persidangan, Pameran dan Acara / Meeting, Incentive, Conference, exhibition (MICE) Sektor persidangan, pameran dan acara juga dikenali sebagai MICE yang biasanya diadakan di hotel atau resort yang mempunyai kemudahan bankuasi dan pusat konvensyen. Hotel-hotel dan resort perlu dilengkapi dengan kemudahan seperti dewan seminar, dewan makan dan kawasan pameran perniagaan. Kategori – kategori Pelanggan Pelanggan Korporat / Corporate Client Pelanggan yang terdiri daripada badan-badan swasta seperti TNB, Telekom, Tabung Haji, Open Universiti, Syabas, Maybank, Cimb Bank, Bank Simpanan Nasional. Kebiasaan mereka akan menempah pakej penginapan, makan & minuman atau aktiviti secara berkumpulan seperti hari keluarga, jamuan makan malam dan teambuilding. Pelanggan Kerajaan / Government Client


NO. KOD / CODE NO. HT-101-3:2014/C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of 12 Pelanggan yang terdiri daripada badan-badan kerajaan seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertahanan, Perpustakaan Negara, Agensi Antidadah Kebangsaan dan lain-lain. Badan-badan kerajaan ini kebiasaannya mengadakan seminar, taklimat, atau kursus. Individu / Individual (FIT) Dikenali juga sebagai Free Independent Traveler, Frequent Independent Traveler, Frequent Individual Traveler Ia bermaksud sebilangan kecil pelancong (biasanya kurang dari 5 orang atau pasangan atau individu) yang merancang jadual perjalanan sendiri. Pelancong ini bebas merancang jadual perjalanan atau laluan mereka sendiri tanpa bantuan dari kumpulan lawatan. Kumpulan / Group (GIT) GIT bermaksud Group Inclusive Tour. Ia bermaksud program perjalanan dengan harga pakej yang khas dan keperluan tertentu. Kebiasaannya bilangan minimum orang yang melebihi dari 5 orang dalam satu kumpulan pelancong. Secara ringkasnya ia adalah lawatan kumpulan. Pasaran dan Produk Khusus di Malaysia (Niche Product in Malaysia) Pelancongan Muslim & Halal Ia adalah pelancongan yang ditumpukan khas untuk keluarga Muslim yang terikat dengan hokum-hakam agama Islam. Penginapan yang disediakan untuk pelancongan ini tidak menghidangkan arak dan mempunyai kemudahan spa serta kolam renang yang berasingan untuk lelaki dan wanita. Contoh: Malaysia, Turki, Korea, China, Indonesia. Pelancongan Kesihatan Melibatkan aktiviti yang berkaitan perubatan atau kesihatan badan. Selain perubatan moden, tradisional juga menjadi tarikan pelancong


NO. KOD / CODE NO. HT-101-3:2014/C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of 12 Contoh: Pusat-pusat kesihatan, spa, hospital – hospital swasta dan kerajaan. Pelancongan Sukan Melibatkan penganjuran sukan di peringkat antarabangsa. Contoh: Formula One, Le Tour De Langkawi, Sukan Sea SOALAN / QUESTION: Berikan maksud jualan.


NO. KOD / CODE NO. HT-101-3:2014/C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of 12 _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ Nyatakan empat (4) kategori pelanggan dalam industri pelancongan di Malaysia. _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ Terangkan dengan jelas tiga (3) jenis perniagaan yang boleh dijalankan di dalam sektor pengangkutan. _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ AKTIVITI: RUJUKAN/REFERENCE:


NO. KOD / CODE NO. HT-101-3:2014/C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of 12 Kassim, A. Mokhtar, M.F. dan Alfian Yusof, S., 2007. Pelancongan dan Rekreasi Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nigel Evans, Warwick Frost., 2004.Travel and Tourism Management, Pearson Education Australia, ISBN: 1862505179, 9781862505179 Erve Chambers., 2010. Native Tours: The Antropology of Travel and Tourism, Waveland Press, Incorporated, ISBN: 1577666267, 9781577666264


Click to View FlipBook Version