KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN 1 KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME EE-320-2:2012 SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE TAHAP / LEVEL LEVEL 2 NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE EE-320-2:2012-C01 SINGLE PHASE DRAWING NO. DAN PERNYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1: IDENTIFY SINGLE PHASE DRAWING SPECIFICATIONS AND REQUIREMENT. 2: CARRY OUT LAYOUT DRAWING. 3: CARRY OUT SINGLE LINE / SCHEMATIC DIAGRAM DRAWING. 4: CARRY OUT SINGLE PHASE WIRING DRAWING. 5: INSPECT SINGLE PHASE DRAWING. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 1 Drp / of : 62 TAJUK / TITLE : PENGENALAN KEPADA SPESIFIKASI DAN KEPERLUAN LUKISAN SATU FASA TUJUAN / PURPOSE: Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar berkaitan tentang pengenalan kepada asas spesifikasi, keperluan, faktor kepelbagaian dan pengiraan beban maksimum bagi lukisan satu fasa
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 2 Drp / of : 62 PENERANGAN : 1.0 PROSEDUR MELAWAT TAPAK DAN PENILAIAN 1.0.1 Tatacara Merekabentuk Pepasangan Elektrik Sebelum melakukan sesuatu pepasangan elektrik, lawatan tapak perlu dilakukan. Ini diikuti dengan penyediaan pelan pepasangan dan spesifikasi peralatan. Ini dipengaruhi oleh keadaan persekitaran seperti jenis bekalan yang diperlukan (satu fasa atau tiga fasa) dan beban maksima permintaan pengguna. Kemudian borang permohonan bekalan dihantar ke pihak pembekal bekalan. Setelah mendapat kelulusan bertulis, barulah kerjakerja pepasangan boleh dimulakan. Didalam proses kerja pepasangan, penyeliaan dan pemantauan perlu dilakukan bagi mempastikan kerja dapat dilakukan dalam tempoh yang telah ditetapkan dengan memenuhi segala kehendak pepasangan pengguna (berdasarkan plan pepasangan). Setelah selesai, pemeriksaan dan pengujian dilakukan bagi pengesahan permulaan. Kemudian borang G dan H dihantar ke pihak pembekal bagi mendapatkan pengesahan perakuan ujian. Akhirnya pihak pembekal akan memasang meter, menyambung bekalan dan mengujilari bekalan. Rujuk Lampiran 1 bagi Carta Alir Tatacara Pepasangan Elektrik. 1.0.2 Kriteria Merekabentuk Seorang pendawai perlu mengadakan lawatan tapak untuk mengenalpasti keadaan persekitaran, jenis bangunan dan langkah perlindungan dalam merekabentuk pepasangan. Lawatan ini dilakukan bagi:- i. Mengenalpasti kategori bekalan (satu fasa /tiga fasa) ii. Merancang susunatur kelengkapan iii. Menentukan permintaan maksima beban iv. Menentukan jenis pendawaian v. Pemilihan kelengkapan elektrik yang sesuai
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 3 Drp / of : 62 Setelah itu, dapatkan plan lantai bangunan daripada pengguna. Jika tiada, pendawai perlu menyediakannya bagi persediaan menghasilkan lukisan susunatur pepasangan. Pendawai perlulah berbincang dengan pengguna berkaitan dengan keperluan pepasangan seperti beban diperlukan dan penempatan kelengkapan. Apabila cadangan rekabentuk telah dipersetujui, pendawai perlu membuat anggaran permintaan maksima beban pengguna bagi menentukan spesifikasi kelengkapan pepasangan seperti kabel, alatlengkap dan kelengkapan elektrik. Mengikut MS IEC 60364 Fasal 132, rekabentuk pepasangan hendaklah mengambilkira factor perlindungan pengguna, kelengkapan dan pendawaian agar berfungsi dengan betul serta selamat. Faktor ini merangkumi keperluan maklumat dalam Fasal 132.2 hingga 132.5 iaitu:- i. Mengenalpasti bekalan voltan. ii. Mengenalpasti kategori bekalan (satu fasa / tiga fasa). iii. Menentukan permintaan maksima beban. iv. Penentuan dan pemilihan saiz kabel yang sesuai digunakan. v. Pemilihan peranti perlindungan yang sesuai dan betul. vi. Menentukan jenis pembumian yang sesuai untuk pepasangan. vii. Menentukan susunan litar pendawaian. viii. Mengenalpasti keadaan persekitaran pendawaian.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 4 Drp / of : 62 1.0.3 Carta Alir Kaedah Prosedur Lawatan Tapak Rajah 1 : Menunjukkan Carta Aliran Merancang Pemasangan Pendawaian Bangunan Kediaman Bekalan Satu Fasa dan Tiga Fasa
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 5 Drp / of : 62 1.1 KAEDAH PROSEDUR SUSUNATUR LUKISAN ELEKTRIK 1.1.1 Definasi Lukisan Pemasangan Elektrik Lukisan pemasangan elektrik bolehlah ditakrifkan sebagai lukisan yang menerangkan kedudukan alat lengkap dan peralatan elektrik, kaedah kawalan litar, saiz kabel yang digunakan dan kadar arus perlindungan litar. Dengan ini ia dapat dijadikan panduan dan memudahkan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan elektrik Lukisan elektrik juga dapat memberikan maklumat yang lengkap mengenai perancangan pemasangan dan anggaran bekalan yang diperlukan bagi sesuatu pemasangan elektrik. 1. Lakaran Lakaran digunakan untuk membantu kita dalam menghasilkan idea yang hendak disampaikan sebelum kerja-kerja lukisan akhir dilakukan. Ia dapat memberikan gambaran sebenar sesuatu objek. pada permulaan rekabentuk, lakaran dibuat secara agakan tanpa mengikut skala objek. Biasanya lakaran dilukis dengan menggunakan garisan secara tangan bebas. Garisan ini akan menghubungkan titik-titik pada laluan yang betul 2. Gambarajah lukisan pemasangan elektrik Terdapat berbagai jenis gambarajah yang diperlukan dalam kerja pemasangan elektrik. Diantaranya adalah:- 1.1.1 Gambarajah Plan Tapak / Lokasi. (Location Diagram) Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan kedudukan sebenar sesebuah premis di sesuatu kawasan. Ia juga dapat menunjukkan topografi tanah, kemudahan perhubungan ketapak projek dan kedudukan bangunan serta perkhidmatanperkhidmatan lain yang terlibat dengan projek ini. Dengan ini ia dapat memberi kemudahan kepada jurutera projek, juruteknik atau pembekal mesin dan peralatan menentukan kedudukan tapak pemasangan. Tujuan utama plan tapak dan lokasi adalah:- i. Untuk menentukan kedudukan lampu jalan atau lampu kawasan. ii. Untuk menentukan laluan kabel ketapak pemasangan. iii. Untuk menentukan saluran longkang atau peparitan agar laluan talian kabel perkhidmatan dapat dirancang dengan sempurna. iv. Membantu pihak pembekal tenaga elektrik menentukan kedudukan pencawang dan membuat anggaran kos pembinaan.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 6 Drp / of : 62 Lukisan ini biasanya dilukis pada skala 1:100, 1:500 dan 1:1000. Rajah 2 : Gambarajah Tapak /Lokasi 1.1.2 Gambarajah Plan Bangunan (Building Plan Diagram) Gambarajah ini merupakan lukisan senibina. Ia menentukan jenis bangunan (kayu/ bata/ kerangka besi) dan kedudukan pintu, tingkap dan sebagainya. Dengan ini permulaan kerja pemasangan elektrik serta kedudukan peralatan dan perkakasan elektrik dapat ditentukan.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 7 Drp / of : 62 Rajah 3 : Gambarajah Plan Bangunan 1.1.3 Gambarajah tegak dan keratan (Sectioning Diagram) Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan ketinggian sesuatu premis. Dengan ini ketinggian dan kedudukan peralatan seperti lampu, soket-alir-keluar, kipas dan sebagainya dapat ditentukan. Gambarajah ini sangat mustahak sekiranya melibatkan pemasangan lampu dan kipas. Suruhanjaya Tenaga telah menetapkan peraturan bagi menentukan ketinggian minima pemasangan peralatan elektrik (dari aras lantai kebahagian bawah peralatan) iaitu:- i. Kipas gantung di siling 240 sm ii. Kipas melekat didinding. 205 sm iii. Kotak fius agihan. 205 sm iv. Suis 145 sm v. Soket-alir-keluar (permukaan) 145 sm vi. Soket-alir-keluar (tersembunyi) 30 sm
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 8 Drp / of : 62 Rajah 4: Gambarajah Tegak Rajah 5 : Gambarajah Keratan 1.1.4 Gambarajah Susunatur (Layout Diagram) Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan penempatan alat lengkap dan peralatan pemasangan elektrik pada sesuatu premis samada didalam atau diluar bangunan. Umpamanya lokasi pencahaya, soket alur keluar, kipas siling dan peralatan elektrik yang lain. Gambarajah ini merupakan plan senibina atau arkitek bagi sesuatu bangunan. Ia dilukis secara lukisan orthografik dari arah atas (plan) pada skala yang sesuai dengan menggunakan simbol grafik elektrik. Skala yang biasa digunakan dalam plan susunatur ini ialah 1:100.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 9 Drp / of : 62 Secara umumnya, gambarajah ini dapat menentukan samada pemasangan yang dilakukan memenuhi kehendak, peraturan, selesa untuk digunakan dan peralatan diletakkan ditempat yang sesuai. Ia juga dapat membantu kerja-kerja perancangan peralatan di masa hadapan. Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pendawai elektrik, semua simbol perlulah dilukis dengan jelas dan betul pada skala yang bersesuaian dengan saiz bilik dan bangunan agar kelihatan menarik dan tidak mengelirukan. Amnya skala yang lazim digunakan adalah 1/8 atau 1/16. Disamping itu maklumat yang diberikan mestilah lengkap dan tepat seperti jenis suis, kadaran, jenis kelengkapan, bilangan litar-kecilakhir dan sebagainya. Rajah 6 : Gambarajah Susunatur
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 10 Drp / of : 62 1.1.5 Gambarajah Pendawaian (Wiring Diagram) Gambarajah ini menunjukkan bentuk kumpulan dan sambungan kabel pendawaian yang sebenar. Bentuk perjalanan kabel dan kedudukan komponen perlulah dikekalkan sama dengan keadaan sebenar. Tujuan gambarajah ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pekerja pendawaian melakukan kerja serta menyurih nya untuk mencari kerosakan litar atau membuat tambahan litar. Gambarajah litar pendawaian lampu dan soket alir keluar (SAK) tidak perlu disediakan dalam pemasangan rumah dan industri kerana ianya mudah dilakukan. Diantara litar-litar pendawaian ini ialah:- i. Litar lampu dengan kawalan suis sehala, suis dua hala dan suis pertengahan. ii. Litar SAK 13A (litar jejari) iii. Litar SAK 13A (litar gelang) iv. Litar SAK 15A. v. Litar penghawa dingin. vi. Litar pemanas air. Rajah 7 : Gambarajah Litar Pendawaian Lampu Tetapi bagi litar pendawaian yang rumit dan kompleks seperti pemasangan panel kawalan penghidup motor atau kawalan lampu yang rumit, gambarajah pendawaian perlu disediakan. Tanpa bantuan gambarajah ini, sambungan litar tidak dapat dilakukan dengan baik dan kemungkinan akan berlaku kesilapan sambungan.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 11 Drp / of : 62 Rajah 8 :Gambarajah litar pendawaian kawalan motor 1.1.5 Gambarajah Satu Garisan (Single Line Diagram) Gambarajah ini digunakan untuk menunjukkan susunan turutan asas unit kawalan dan pengagihan bekalan kepada beban-beban dalam sesuatu pemasangan elektrik. Setiap blok akan mewakili satu litar beban.Pada pemasangan elektrik, gambarajah ini diperlukan bagi merancang keperluan pendawaian terutamanya pada pemasangan yang besar dan mempunyai panel kawalan. Umumnya, gambarajah ini merupakan gambaran asas yang ringkas bagi menunjukkan kawalan dan pembahagian sesuatu litar elektrik kepada beberapa unit agar mudah di fahami. Ia juga dapat menunjukkan laluan perjalanan sesuatu sistem pendawaian. Dengan ini panjang dan saiz kabel yang digunakan dapat dianggarkan dengan tepat.Ketika melukis gambarajah ini, anak panah arah aliran perlu dilukis dengan nama atau tugas setiap bahagian dicatatkan.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 12 Drp / of : 62 Rajah 9 : Gambarajah satu garisan Rajah 10 : Gambarajah Satu Garisan Pepasangan Litar Motor 1.1.6 Gambarajah Skematik (Schematic Diagram) Gambarajah ini digunakan bagi menunjukkan sambungan sesuatu litar elektrik secara urutan logik dan mudah. Ia juga menunjukkan kaedah pengagihan dan perpindahan tenaga elektrik dari peringkat awal hingga kepada pengguna atau beban.Sambungan beban perlulah ditulis dalam bentuk yang mudah difahami. Contoh:- i. 3 – 1 x 36w (P) diertikan sebagai 3 bilangan pencahaya pendaflour 1 x 36w dan P menunjukkan pencahaya yang digunakan dari jenis pendaflour. ii. 2 – 1 x 60w (T) dimana ia mengandungi 2 bilangan pencahaya tungsten 1 x 60w. iii. (M) – menunjukkan lampu dari jenis mercury/ raksa.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 13 Drp / of : 62 Gambarajah ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja menganggar keperluan arus litar, saiz kabel, kadar alat perlindungan dan kadar arus peralatan pada pemasangan elektrik. Aturan melukis gambarajah skematik hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. i. Semua alat lengkap dan komponen perlulah dilukis dalam bentuk simbol piawai pada ukuran yang sesuai. ii. Nama dan kadaran setiap alat lengkap atau komponen perlulah ditulis berhampiran dengannya. iii. Jarak diantara alat lengkap atau komponen adalah 2 – 3 sm, berdasarkan saiz kertas yang digunakan. iv. Setiap litar kecil akhir perlulah ditulis nombor. v. Setiap alat perlindungan perlulah ditulis kadarannya dengan jelas berhampiran dengannya. vi. Jumlah fius atau pemutus litar akan menentukan saiz kotak agihan yang digunakan. vii. Nama kotak agihan, bilangan kutub, bilangan hala dan jenis binaannya hendaklah ditulis berhampiran kotak. viii. Setiap kabel perlulah ditulis saiz dan jenisnya ix. Setiap litar-kecil-akhir perlu ditulis beban, kadaran arus / kuasa dan bilangan Rajah 11 : Gambarajah skematik
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 14 Drp / of : 62 1.1.7 Lukisan Kejuruteraan Elektrik Lukisan kejuruteraan elektrik domestik ialah lukisan kejuruteraan yang berkaitan dengan bekalan tenaga elektrik kepada pengguna domestik seperti rumah persendirian.Lukisan ini berfungsi untuk menjelaskan kandungan sesuatu pemasangan elektrik.Alat tambah dan kelengkapan elektrik dilukis dalam bentuk simbol yang disambungkan dalam satu gambarajah mengikut piawaian yang telah ditetapkan. 1.1.8 Teknik Penghasilan Lukisan Secara teorinya lukisan yang dihasilkan mestilah kemas, mempunyai maklumat yang jelas dan mudah difahami. Kemahiran melukis hanya boleh diasah dengan latihan yang sistematik dan mencukupi. Sebelum memulakan proses lukisan, pelukis perlulah merancang dari mula hingga lukisan itu disiapkan. Pelukis perlu menganggarkan saiz lukisan supaya dapat di lukis dalam kertas lukisan, orientasi lukisan samada menegak atau melintang, dan maklumat yang perlu dimasukkan dalam lakaran berdasarkan saiz kertas lukisan. Pelukis juga perlu memastikan saiz simbol dan objek yang digunakan dalam lukisan adalah sekata dan seragam. Pelukis disyorkan untuk menyediakan satu lakaran yang mengandungi maklumat asas lukisan sebelum menghasilkan lukisan yang tepat. 1.1.9 Asas Lukisan a) Garisan Garisan diperlukan untuk menghasilkan bentuk, simbol, kontur, dsb.Garisan yang mempunyai pelbagai saiz dan ketebalan yang menerangkan maksud tertentu. Ini membolehkan pembaca lukisan memahami lukisan tersebut dengan baik. Terdapat 10 jenis garisan mengikut piawaian BS308 seperti: Garisan objek Garisan keratan Garisan pandu Garisan unjuran Garisan dimensi
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 15 Drp / of : 62 Garisan tersembunyi Garisan tengah Garisan pecah Satah Pemotongan Garisan penyambungan Jadual 1: Jenis-jenis garisan Bil Jenis-jenis garisan Kegunaan 1. Garisan objek tebal garisan = 0.7mm Garisan yang tebal dan hitam, digunakan untuk menunjukkan garisan objek/benda 2. Garisan keratan tebal garisan = 0.3mm 0.7mm Garisan tebal dan terputus panjang dan pendek Digunakan untuk menunjukkan bahagian keratan objek 3. Garisan pandu tebal garisan = 0.3mm Garisan yang halus, digunakan untuk asas membina objek
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 16 Drp / of : 62 4. Garisan unjuran tebal garisan = 0.3mm Garisan yang halus, digunakan untuk mengunjurkan garisan objek Selalunya digunakan dalam lukisan ortografik. 5. Garisan dimensi tebal garisan = 0.3mm Garisan ini hitam dan halus Digunakan untuk mendimensi objek Ditandakan dengan anak panah dikedua-dua hujung garisan Bil Jenis-jenis garisan Kegunaan 6. Garisan tersembunyi tebal garisan = 0.3mm Garisan yang diputuskan garis-garis pendek Digunakan untuk menunjukkan garisan objek yang tidak boleh kelihatan 7. Garisan yang diputuskan oleh titik-titik
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 17 Drp / of : 62 Garisan tengah tebal garisan = 0.3mm Digunakan untuk menunjukan bahagian tengah objek yang berbantuk 8. Garisan pecah tebal garisan = 0.7mm Garisan ini dibuat sama hitam dan tebal seperti garisan objek Untuk menunjukkan struktur dalaman bagi sesuatu objek 9. Satah Pemotongan tebal garisan = 0.3mm 0.7mm Untuk menunjukkan struktur dalaman bagi sesuatu objek
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 18 Drp / of : 62 b) Penghurufan Huruf dan nombor digunakan untuk menekankan/ menerangkan dengan lebih lanjut maklumat yang terdapat dalam suatu lukisan. Saiz piawai untuk melukis huruf dan nombor adalah pada ketinggian 3mm. Terdapat 3 jenis tulisan yang digunakan dalam lukisan iaitu gothic, roman dan text. Ia boleh ditulis dalam huruf besar atau kecil. Pensel gred sederhana lembut seperti HB digunakan untuk menghuruf dan mata pensel hendaklah sentiasa dalam keadaan tajam atau menggunakan pensel mekanikal. i) Cara yang betul untuk menghuruf: Semasa menghuruf jangan campur tulisan besar dan kecil Gunakan garis panduan untuk menyeragamkan ketinggian tulisan. Garisan panduan boleh dibuat dengan menggunakan pensil gred keras seperti 2H. Elakkan dari mencampurkan kaedah menghuruf tegak dan kaedahcondong Jarak antara huruf hendaklah sama Ketebalan huruf hendaklah sama ia boleh dibuat dengan menggunakan pensil yang sama. Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz Rajah 10 :Contoh huruf jenis Gothic
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 19 Drp / of : 62 Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz 3mm Rajah 11 : Contoh huruf jenis Roman c) Teknik menghuruf Terdapat 2 jenis teknik menghuruf yang digunakan iaitu teknik menegak dimana tulisan ditulis secara menegak dan condong dimana tulisan dilukis secara condong (italic). Berikut adalah contoh dan teknik menghuruf dengan betul G H Garis Panduan Pensil 2H Pensil H Rajah 12 : Teknik menegak
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 20 Drp / of : 62 G H Garis Panduan Pensil 2H Pensil H Rajah 13 : Teknik Condong 1.1.10 Peralatan Melukis (Drawing Instrument) Peralatan melukis diperlukan untuk menghasilkan lukisan yang kemas, tepat, cepat dan benar. Peralatan yang diperlukan untuk melukis adalah; a) Papan melukis; Digunakan untuk meletakkan media lukisan. Rajah 14: Contoh papan lukisan mekanikal b) Media lukisan ; Terdapat empat jenis media yang pernah digunakan dalam lukisan kejuruteraan. I. Kertas; digunakan untuk lukisan yang dilukis menggunakan pensel dan tidak diulang cetak. Kertas II. Tracing paper; Sejenis kertas lutsinar yang digunakan untuk mengulang cetak. III. Fabrik; Digunakan bagi tujuan tahan lasak, dilukis dengan menggunakan pensel atau dakwat. Kos yang lebih mahal.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 21 Drp / of : 62 IV. Filem; Sejenis bahan lutsinar yang digunakan khas bagi tujuan ulang cetak dan blueprinting. 1.1.11 Penskalaan Jika sesuatu objek terlalu besar untuk di lukis di atas kertas lukisan, lukisan objek tersebut hendaklah dikecilkan mengikut kadaran yang tertentu. Rajah 15: Dimensi yang ditunjukkan dalam rajah adalah nilai ukuran yang sebenar 1.3 BILANGAN KUANTITI (BILL OF QUANTITY) 1.3.1 Pengiraan Permintaan Maksima Beban MS IEC 60364-1:2003 Fasal 311 menerangkan mengenai keperluan pengiraan permintaan maksima beban bagi setiap litar akhir suatu pendawaian. Pengiraan ini merupakan anggaran jumlah keperluan beban tersambung bagi sesuatu pepasangan. Ia menyediakan satu rekabentuk pendawaian yang mempunyai kriteria perlindungan untuk keselamatan terutamanya dalam penentuan saiz kabel dan kadar peranti perlindungan. Kiraan anggaran yang membenarkan pengurangan arus bagi saiz pengalir kabel,
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 22 Drp / of : 62 pengasingan dan alat perlindungan dinamakan Faktor Kepelbagaian. 1.3.2 Keperluan Faktor Kepelbagaian Dalam Pepasangan Elektrik Dalam sesuatu pemasangan elektrik, tidak semua perkakas dan peralatan elektrik akan digunakan serentak pada masa yang sama. Dalam keadaan biasa, jarang sekali pengguna menggunakan lampu, seterika, pembakar roti, dapur elektrik, televisyen, alat stereo dan lain-lain dalam satu masa yang sama. Oleh itu adalah tidak ekonomi jika saiz kabel dan kadaran peralatan perlindungan yang dipasang dibuat berpandukan kepada keupayaan membawa arus maksima keseluruhan pemasangan. Faktor pengurangan kadar arus maksima ini dinamakan Faktor Kepelbagaian (Diversity Factor). o Faktor kepelbagaian bolehlah ditakrifkan sebagai kadar pengurangan arus bagi kabel dan peralatan perlindungan elektrik. o Mengikut matematik, faktor kepelbagaian adalah nisbah peratus diantara jumlah arus beban yang digunakan serentak berbanding dengan jumlah arus maksima beban. o Faktor Kepelbagaian = Jumlah arus beban digunakan serentak Jumlah arus maksima beban o Mengikut Peraturan MS. IEC 60364, faktor ini tidak boleh digunakan pada pengiraan saiz kabel untuk litar kecil akhir dan suis peralatan kecuali untuk litar kecil akhir alat pemanas. o Peraturan ini telah menetapkan peruntukan bagi kepelbagaian pemasangan elektrik. Rujuk Jadual di bawah bagi Jadual Faktor Kepelbagaian yang telah ditetapkan.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 23 Drp / of : 62 Jadual 2: Faktor Kepelbagaian Bil Penggunaan litar akhir Jenis Pemilik Bangunan Rumah individu termasuk deretan rumah individu Kedai kecil, pejabat & bangunan perniagaan Hotel kecil, rumah tumpangan dan lainlain 1 Pencahayaan 66% jumlah permintaan 90% jumlah permintaan 75% jumlah permintaan 2 Pemanasan dan kuasa (rujuk 3 – 8) 100% jumlah permintaan arus hingga 10 A + 50% baki permintaan arus melebihi 10 A 100% permintaan arus terbesar + 75% permintaan arus peralatan selebihnya 100% permintaan arus terbesar + 80% permintaan arus kedua terbesar + 60% permintaan arus peralatan selebihnya 3 Perkakas memasak 10 A + 30% permintaan arus perkakas memasak melebihi 10 A + 5 A jika SAK digabung- kan dalam unit 100% permintaan arus peralatan terbesar + 80% permintaan arus peralatan kedua terbesar + 60% permintaan arus peralatan selebihnya 4 Motor elektrik (selain drp. motor lif yang tertakluk pada pertimbangan khas) 100% permintaan arus motor terbesar + 80% permintaan arus motor kedua terbesar + 60% permintaan arus motor selebihnya 100% permintaan arus motor terbesar + 50% permintaan arus motor selebihnya 5 Pemanas air (Jenis segera) 100% peralatan terbesar + 100% permintaan arus peralatan kedua terbesar + 25% permintaan arus peralatan selebihnya 100% permintaan arus peralatan terbesar + 100% permintaan arus peralatan kedua terbesar + 25% permintaan arus peralatan selebihnya 6 Pemanas air (dikawal oleh termostat) Tiada peruntukan kepelbagaian 7 Pemanasan pemanas lantai Tiada peruntukan kepelbagaian 8 Pemanasan storan terma pemanas ruang Tiada peruntukan kepelbagaian 9 Penyusunan piawai bagi litar kecil akhir (mengikut lampiran) 100% permintaan arus litar terbesar + 40% permintaan arus setiap litar lain 100% permintaan arus litar terbesar + 50% permintaan arus setiap litar yang lain
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 24 Drp / of : 62 10 SAK lain drp. no. 9 dan peralatan tetap lain drp. atas 100% permintaan titik penggunaan terbesar + 40% permintaan arus setiap titik penggunaan 100% permintaan arus titik terbesar penggunaan + 75% permintaan arus setiap titik penggunaan lain 100% permintaan arus titik terbesar penggunaan + 75% permintaan arus setiap titik dibilik utama (seperti ruang makan) + 40% permintaan arus bagi setiap titik penggunaan yang lain 1.4 FAKTOR KEPELBAGAIAN Faktor kepelbagaian ialah suatu kiraan anggaran yang membenarkan pengurangan arus bagi alat saiz pengalir kabel, pengasingan dan alat perlindungan. Mengapa ia diperlukan? Dalam sesuatu pemasangan pengguna, tidak semestinya semua kelengkapan elektrik digunakan serentak pada satu masa. Contohnya, jarang sekali pengguna memerlukan atau menggunakan lampu, seterika, pembakar roti, dapur elektrik, televisyen, alat stereo dan lain-lain dalam satu masa yang sama. Oleh itu, arus maksimum yang mengalir di dalam pengalir litar adalah kurang daripada jumlah arus yang dijangkakan bila kesemua alat kelengkapan elektrik digunakan serentak. Jadi adalah tidak ekonomik sekiranya kita menggunakan kabel, suis, pengasing dan sebagainya, dengan hanya berpandukan pada permintaan maksimum arus beban dalam pemasangan. Bagi tujuan ini, faktor kepelbagaian dibenarkan tetapi hendaklah berlandaskan kepada jadual B Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. Jadual 3: Permintaan maksimum arus beban Tujuan litar akhir disambungkan daripada konduktor atau gear suis yang padanya kepelbagaian terpakai Pepasangan individu rumahtangga, termasuk blok kediaman individu 1. Lampu 66% daripada jumlah permintaan arus 2. Kuasa 100% daripada jumlah permintaan arus sehingga 10 Ampere + 50% daripada mana- mana permintaan arus yang melebihi 10 Ampere 3. Perkakas memasak 10 Ampere + 30% f.l perkakas memasak yang disambungkan melebihi 10 Ampere + 5 Ampere jika air keluar digabungkan dalam unit.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 25 Drp / of : 62 4. Pemanasan air (jenis serta-merta)* 100% f.l perkakas terbesar + 100% f.l perkakas kedua terbesar + 25% f.l perkakas yang tinggal 5. Pemanas air (dikawal termostat) Kepelbagaian tidak dibenarkan 6. Susunan standard litar akhir menggunakan air keluar soket 100% daripada permintaan terbesar + 40% daripada permintaan arus bagi tiap-tiap litar lain. 7. Alir keluar soket selain daripada yang termasuk dalam 6 di atas dan kelengkapan pegun selain daripada disenaraikan di atas. 100% daripada permintaan arus daripada poin penggunaan terbesar + 40% daripada permintaan arus bagi tiap-tiap poin penggunaan yang lain. Contoh 1: Sebuah rumah kediaman setingkat dengan pendawaian permukaan memerlukan bekalan 230 V, 50 Hz satu fasa bagi dibekalkan kepada beban-beban berikut:- 15 buah lampu nyahcas 36 W 5 buah lampu filament 40 W 8 buah SAK, dipasang secara litar jejari. 5 buah kipas siling 60 W. 1 buah pemanas air 3 Kw. Kira saiz fius perlindungan dan saiz kabel bekalan yang sesuai digunakan bagi pepasangan ini. Buat perbandingan antara jumlah arus maksima dengan jumlah arus faktor kepelbagaian. (faktor kuasanya 0.85) Jadual 4: Contoh pengiraan arus maksima dan arus anggaran Pengiraan Arus Maksima Pengiraan Arus dengan Faktor Kepelbagaian Arus Maksima Arus Anggaran 1. Lampu nyahcas 15 x 18 x 1.8 = 2.11 A 230 66% x 2.11 = 1.39 A 2.11 A 1.39 A 2. Lampu filament 5 x 40 = 0.87 A 230 66% x 0.87 = 0.57 A 0.87 A 0.57 A 3. SAK 13A (4 l.k.a dikawal oleh MCB 20 A) 100% MCB terbesar = 20 A 40% baki =40% x 60 = 24 A 80 A 44
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 26 Drp / of : 62 4 x 20 = 80 A 4. Kipas siling 5 x 60 = 1.53 A 230 x0.85 66% x 1.53 = 1.01 A 1.53 A 1.01 A 5. Pemanas air 1 x 3000 = 13.04 A 230 100% alat terbesar = 13.04 A 13.04 A 13.04 A Jumlah 97.55 A 60 A Arus maksima = 97.55 A Arus anggaran = 60.0 A Saiz kabel utama = 10 mm2 PVC / PVC Saiz suis utama = 60 A Contoh 2: Sebuah rumah kediaman dengan pendawaian permukaan memerlukan bekalan 230 V, 50 Hz fasa tunggal bagi dibekalkan kepada beban-beban berikut:- 8 buah lampu filament 60 W 10 buah lampu nyahcas 36 W 10 buah SAK, dipasang secara litar jejari. 2 buah penyaman udara bilik 2 kk. 2 buah pemanas air jenis segera 1.5 Kw. 1 buah alat pemasak 3 Kw.dengan unit kawalan tanpa SAK Kira saiz fius perlindungan dan saiz kabel bekalan yang sesuai digunakan bagi pemasangan ini. Buat perbandingan antara jumlah arus maksima dengan jumlah arus faktor kepelbagaian.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 27 Drp / of : 62 Jadual 5: Contoh pengiraan arus maksima dan arus anggaran Pengiraan Arus Maksima Pengiraan Arus dengan Faktor Kepelbagaian Arus Maksima Arus Anggaran 1. Lampu filament 8 x 60 = 2.09 A 230 66% x 2.09 = 1.38 A 2.09 A 1.38 A 2. Lampu nyahcas 10 x 36 x 1.8 = 2.81 A 230 66% x 2.81 = 1.85 A 2.81 A 1.85 A 3. SAK 13A (5 l.k.a dikawal - MCB 16 A) 5 x 16 = 80 A 100% MCB terbesar = 16 A 40% baki = 40% x 64 = 25.6 A 80 A 41.6 A 4. Penyaman udara 2 x 2.0 x 746 = 15.26 A 230 x .85 15.26 A (Tiada faktor kepelbagaian) 15.26 A 15.26 A 5. Pemanas air 2 x 1500 = 13.04 A 230 100% beban penuh terbesar = 6.52 A 100% beban kedua terbesar = 6.52 A 13.04 A 13.04 A 6. Alat pemasak 1 x 3000 = 13.04 A 230 10 A pertama = 10 A 30% drpd baki = 30% x 3.04 = 0.91 A 13.04 A 10.91 A Jumlah 126.24 A 84.04 A Arus maksima = 126.24 A Saiz fius kawalan 90 A Saiz kabel bekalan - 25 mm2 PVC / PVC Kadar Suis Utama - 100 A (jenis SPN)
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 28 Drp / of : 62 a) Contoh 3 Sebuah rumah kediaman memerlukan bekalan satu fasa 240V, 50Hz mempunyai beban-beban seperti di bawah. Anda dikehendaki mengira arus maksima dan arus anggaran untuk menentukan saiz kabel utama, alat pengasing dan perlindungan dengan berpandukan jadual kepelbagaian. 1. 12 x 60W lampu filamen. 2. 10 x 40W lampu kalimantang. 3. 4 x 85W kipas siling. 4. 8 X 13A suis soket alur keluar. 5. 2 x 3KW pemanas air (serta-merta). 6. 1 x 7KW alat kawalan memasak disertakan 13A suis soket alur keluar. 7. 1 x 1.5 Hp penghawa dingin. Jadual 6: Contoh pengiraan arus maksima dan arus anggaran Pengiraan arus maksima Pengiraan arus anggaran Arus maksima Arus anggaran 1. 12 x 60W lampu filamen I = P/V = 12 X 60 = 3.13A. 230 66% daripada arus beban penuh. I = 66% x 3 = 2.07A 3.13A 2.07A 2 10 x 40W lampu kalimantang I = P X 1.8 / V = 10 X 40 X 1.8 = 3.13A 230 66% daripada arus beban penuh I = 66% x 3 = 2.07A 3.13A 2.07A 3. 4 x 85W kipas siling I = P / V Cosθ = 4 x 85 = 1.73A. 66% daripada arus beban penuh I = 66% x 1.67 = 1.14A 1.73A 1.14A
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 29 Drp / of : 62 230 x 0.85 4 8 x 13A suis SAK 2 x 13A sso = 20A 2 x 13A sso = 20A 2 x 13A sso = 20A 2 x 13A sso = 20A = 80A 100% litar terbesar + 40% litar selebihnya. 100% x 20A = 20A 40% x (80-20) = 24A = 44A 80A 44A 5. 2 x 3KW pemanas air (serta merta) I = P / V = 2 x 3 x 1000 230 = 26.09A 100% litar terbesar + 100% litar kedua terbesar + 25% litar selebihnya. 100% x 12.5A = 12.5A 100% x 12.5A = 12.5A = 25A 26.09A 25A 7. 1 x 7KW pemasak l/d 13A sso l = P / V = 1 x 7 x 1000 230 = 30.43A 10A pertama = 10A + 30% f.l melebihi 10A 30% x (30.43-10) = 6.13A. + 5A utk 13A sso. = 5A = 21.13A 30.43A 21.13A 7. 1 x 1.5Hp penghawa dingin. I = P / V Cosθ = 1 x 1.5 x 746 230 x 0.85 = 5.72A Tiada kepelbagaian 5.72A 5.72A Jumlah 150.23A 101.13A
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 30 Drp / of : 62 1.4 JUMLAH BEBAN TERSAMBUNG (TCL) Definisi Jumlah Beban Tersambung (TCL) adalah berkait rapat dengan Faktor Kepelbagaian (Diversity Factor) kerana ia mengambil kira tentang bebanan dan arus dalam sesuatu litar yang lengkap (dari DB ke litar kecil akhir). a) Contoh pengiraan Sebuah rumah kediaman dua tingkat akan menerima bekalan elektrik dari pihak berkuasa bekalan, 240V, 50Hz dengan keperluan beban pada pepasangan seperti berikut: BEBAN TINGKAT SATU 14 x 36W mata lampu pendaflour 2 x 40W mata lampu filamen 11 x 20W mata down light 8 x 60W mata kipas siling 3 x 1kW mata lampu cendelier 12 mata soket keluaran 13A (litar jejari) 2 mata pendingin udara berkadar 1.5 kuasa kuda 2 mata pemanas air berkadar 1.0kW 1 mata alat pemasak berkadar 8kW. BEBAN TINGKAT DUA 10 x 36W mata lampu pendaflour 3 x 40W mata lampu filamen 6 x 20W mata down light 3 x 60W mata kipas siling 10 mata soket keluaran 13A (litar jejari) 1 mata pendingin udara berkadar 1.5 kuasa kuda 1 mata pemanas air berkadar 1.0kW
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 31 Drp / of : 62 Soalan: Merujuk Jadual Ketiga (Peraturan 11) Jadual B Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, kirakan jumlah arus beban tersambung (TCL) dan jumlah arus kehendak maksima (MD) bagi beban tersebut Jadual 7 : Beban Tingkat 1 (Contoh pengiraan TCL dan MD) Bil Jenis Beban Bil Jumlah Arus beban Tersambung (TCL) Jumlah Arus Kehendak Maksima (MD) 1 Filamen (40W) 5 '= 5 x 40 240 '= 0.83 Amp '= 0.83 x 66% '= 0.56 Amp 2 Pendarflour (36W) 24 '= 24 x 36 x 1.8 240 '= 6.48 Amp '= 6.48 x 66% '= 4.28 Amp 3 Down Light (20W) 17 '= 17 x 20 x 1.8 240 '= 2.55 Amp '= 2.55 x 66% '= 1.68 Amp 4 Candelier (1kW) 3 '= 3 x 1000 240 '= 12.5 Amp '= 12.5 x 66% '= 8.25 Amp 5 13 Amp S SAK 22 '= 11 litar x 20 Amp '= 220 Amp 1. 100% pertama = 20 Amp 2. 200 x 40% = 80 Amp Jumlah arus = 100 Amp 6 Kipas Siling (60W) 11 '= 11 x 60 240 x 0.85 '= 3.24 Amp '= 3.24 x 66% '= 2.14 Amp 7 Pemanas Air (1kW) 3 '= 3 x 1000 240 '= 12.5 Amp 1. 100% pertama = 4.17 Amp 2. 100% kedua = 4.17 Amp 3. 25% baki = 1.04 Amp Jumlah Arus = 9.38 Amp
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 32 Drp / of : 62 8 Alat Pemasak (8kW) 1 '= 1 x 8000 230 '= 33.33 Amp 10A pertama + 30% f.l. 10A + 30%(33.33-10) + 5 = 21.99 Amp 9 Pendingin Udara (1.5hp) 4 = 4 x 1.5 x 746 240 x 0.85 = 21.94 Amp 100% arus penuh = 21.94 Amp Jumlah 313.37 Amp 148.28 Amp Jadual 8: Beban Tingkat 2 ( Contoh Pengiraan TCL dan MD) Bil Jenis Beban Bil Jumlah Arus beban Tersambung (TCL) Jumlah Arus Kehendak Maksima (MD) 1 Filamen (40W) 5 '= 5 x 40 240 '= 0.83 Amp '= 0.83 x 66% '= 0.56 Amp 2 Pendarflour (36W) 24 '= 24 x 36 x 1.8 240 '= 6.48 Amp '= 6.48 x 66% '= 4.28 Amp 3 Down Light (20W) 17 '= 17 x 20 x 1.8 240 '= 2.55 Amp '= 2.55 x 66% '= 1.68 Amp 4 Candelier (1kW) 3 '= 3 x 1000 240 '= 12.5 Amp '= 12.5 x 66% '= 8.25 Amp 5 13 Amp S SAK 22 '= 11 litar x 20 Amp '= 220 Amp 1. 100% pertama = 20 Amp 2. 200 x 40% = 80 Amp Jumlah arus = 100 Amp 6 Kipas Siling (60W) 11 '= 11 x 60 240 x 0.85 '= 3.24 Amp '= 3.24 x 66% '= 2.14 Amp 7 Pemanas Air (1kW) 3 '= 3 x 1000 1. 100% pertama = 4.17 Amp
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 33 Drp / of : 62 240 '= 12.5 Amp 2. 100% kedua = 4.17 Amp 3. 25% baki = 1.04 Amp Jumlah Arus = 9.38 Amp 8 Alat Pemasak (8kW) 1 '= 1 x 8000 230 '= 33.33 Amp 10A pertama + 30% f.l. 10A + 30%(33.33-10) + 5 = 21.99 Amp 9 Pendingin Udara (1.5hp) 4 = 4 x 1.5 x 746 240 x 0.85 = 21.94 Amp 100% arus penuh = 21.94 Amp Jumlah 313.37 Amp 148.28 Amp 1.6 JENIS-JENIS PENGALIR 1.6.1 Pengalir Pengalir adalah bahagian kabel yang berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik. Bilangan pengalir itu boleh jadi satu, dua atau tiga atau beberapa lembar mengikut keperluan kegunaannya.Pengalir lazimnya dibuatdaripada bahan jenis logam.Tidak semua jenis logam boleh digunakan sebagai pengalir, kerana setiap jenis mempunyai kerintangan yang berbezadan boleh mempengaruhi aliran arus. Untuk dijadikan pengalir yang baik hendaklah dipilih daripada jenis logam yang mempunyai kerintangan rendah. Ianya mudah membawa aliran arus.Pengalir yang kerap digunakan dalam pembinaan kabel dipilih dari bahan kuprum danaluminium. 1.6.1.1 Kuprum Merupakan bahan pengalir yang baikdan lembut serta mudah dibentuk.Selain itu harganya yang sederhana.Oleh kerana ia mudah dilenturdandibentuk, kabelberpengalir kuprumpaling sesuaiuntuk kabelpendawaian dalam rumahatau di luarrumah bagipemasangan tetap.Selain itu kuprumkeras yang mempunyaiketegasan tertinggi inidigunakan untukpengalirtalian rentangan atas yang lazimnyatidakbertebat
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 34 Drp / of : 62 1.6.1.2 Aluminium Merupakan bahan logam yang mempunyai kerintangan lebih tinggi sedikitdaripada kuprum. Untukdijadikan pengalir,luas keratan rentasnya hendaklah tidak kurang daripada 10mm.Aluminium lebih ringan daripada kuprumdan dianggarkan 1/3beratdaripada berat kuprumdi samping harganya lebih murah. 1.7 JENIS- JENIS KABEL Pengalir yang berpenebat dikenali sebagai kabel. Ia adalah suatu bahan yang membentuk suatu litar pada beban dalamsistempemasangan elektrik.Kabelberupaya : a) Mengalirkan aruselektrikdaribekalan kuasa ke dalamperalatan-peralatan elektrik atau mesin elektrikdengan selamat. b) Menghalang berlakunya denyutan daya gerakelektrikapabila tersentuh padanya. 1.7.1 Binaan Kabel yang digunakan pada litar elektrik terdiri dari berbagai jenis, semuanya mempunyai tiga bahagian utama : i) Pengalir ii) Penebat iii) Perlindungan mekanikal 1.7.2 Pengalir/Teras a) Semua kabel mempunyai satu atau lebih teras yang diperbuat dari aluminium atau kuprum yang mempunyai nilai pengaliran yang tinggi. b) Pemilihan kuprum sebagai pengalir kerana ia mempunyai nilai rintangan yang rendah, mudah di bentuk dan mudah untuk proses pemetrian. c) Ia berbentuk lembaran dawai supaya mudah dilenturkan. i ii iii Rajah 16: kabel
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 35 Drp / of : 62 Contoh ukuran kabel, 1.7.3 Luas Keratan Rentas Pengalir. Luas keratan rentas pengalir ialah jumlah keratan rentas setiap lembar. Rajah 17: Kabel 6.00 mm² - menunjukkan luas keratan rentas keseluruhan pengalir. Dimana formula luas keratan rentas ( area) ialah a = j² x 7 Contoh pengiraan. Sekiranya saiz kabel diberi 7/1.04 mm dan tukarkan saiz tersebut dalam bentuk luas keratan rentas. A = j² ATAU GP² 4 = 3.14 x ( 1.04)² 2 7/1.04 mm 7= 7 lembar 1.04 mm= garispusat setiap lembar pengalir 6.0 mm luas keratan rentas keseluruhan pengalir Garis pusat setiap lembar. Bilangan lembar Luas keratan rentas pengalir
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 36 Drp / of : 62 = 3.14 x 0.52² = 0.84 mm² / lembar 7 lembar = 7 x 0.84 = 5.94 mm² @ = 6.0 mm² 1.7.4 Perlembaran Untuk memastikan kelenturan dan mudah diperlakukan, pengalir dilembarkan.Sebilangan dawai kecil dipintal bersama secara melingkar untuk membentuk satu teras yang setara dengan satu dawai tunggal dalam saiz yang diperlukan. Bilangan lembar yang digunakan ialah 1, 3, 7, 19, 37, 61 dan 127.Saiz bagi konduktur tersebut adalah dari 1.0 mm2 (1/1.13 in) hingga 630 mm2 (127/2.52 in).Sebagai contoh, kabel bersaiz 3/0.029 in.Ini bermakna 3 adalah bilangan lembar dan 0.029 adalah garispusat bagi tiap-tiap lembar. Bagi jenis yang besar, luas keratan rentas biasanya disebut sebagai ukuran a) Teras Kabel Jenis-jenis teras kabel yang biasa digunakan dalam pemasangan ditunjukkan dalam rajah dibawah. 1. Teras tunggal 2. Kabel 2 teras 3. Kabel 3 teras 4. Kabel teras berbilang. Rajah 20: Jenis-jenis teras kabel
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 37 Drp / of : 62 b) Penebat. Penebat mestilah mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arus keluar. Jenis-jenis penebat yang digunakan ialah kertas isian minyak, varnish cambric, vulcanised bitumen, PVC dan getah. c) Pelindung mekanikal. Bahan yang digunakan disekeliling penebat untuk mengelakkan kerosakan mekanikal pada kabel semasa pemasangan atau sepanjang penggunaannya. Di antara bahan yang digunakan ialah, salutan PVC, salutan getah, pita keluli (steel tape) atau galvanizes steel wire, salutan plumbum/kuprum dan konduit atau sesalur. d) Kord Dan Kabel Boleh Lentur Ia merupakan suatu jenis kabel yang mempunyai lembaran pengalir yang banyak dan halus. Ia lebih mudah dilenturkan berbanding dengan kabel biasa. Jadual dibawah adalah perbandingan di antara kord dan kabel boleh lentur. Jadual 9 : Perbandingan kord dan kabel boleh lentur Kord boleh lentur Kabel boleh lentur 1. Luas keratan rentas keseluruhan pengalir bagi kord ialah 4.0 mm2 atau kurang Luas keratan rentas keseluruhan pengalir bagi kabel ialah lebih 4.0 mm2 2. Disambung di antara siling ros dan pemegang lampu anting-anting Disambungkan untuk kadaran beban yang lebih besar 3. Disambungkan antara plug atau palam dan alat-alat mudah alih Disambungkan di antara palam dan alat-alat tetap
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 38 Drp / of : 62 1. Penebat PVC kembar selari penebat pengalir 2. Penebat PVC kembar berpintal 3. Penebat PVC beranyam iii iv i ii i. Pengalir ii. Salut PVC iii. Anyaman Benang iv. Salut PVC Rajah 21 : Jenis-Jenis Kord dan Kabel Boleh Lentur. Jadual 10: Pengenalan warna kabel FUNGSI KABEL PENGENALAN WARNA Pengalir perlindungan Hijau dan kuning Pengalir litar satu fasa Merah atau kuning atau biru Fasa R bagi litar 3 fasa Merah Fasa Y bagi litar 3 fasa Kuning Fasa B bagi litar 3 fasa Biru Positif bagi litar 2, 3 dawai arus terus (a.t) Merah Negatif bagi litar 2 dawai arus terus (a.t) Hitam Negatif bagi litar 3 dawai arus terus (a.t) Biru Dawai tengah bagi litar 3 dawai (a.t) Hitam
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 39 Drp / of : 62 Jadual 11: Kabel Yang Digunakan Oleh TNB e) Nama kabel adalah bergantung kepada; a) Perlindungan mekanikalnya b) Penebatan yang digunakan c) Teras pengalir kabel tersebut f) Syarat-Syarat Pemilihan Kabel Untuk menghantar tenaga elektrik dengan selamat, ekonomikal, beberapa syarat/peraturan perlu diambil kira: a) Mempunyai saiz pengalir yang berpatutan supaya tidak berlaku kepanasan dan susutan voltan dalam had yang ditetapkan. b) Mempunyai penebat yang sempurna dan selamat. c) Kabel mestilah mempunyai kestabilan dari segi fizikal pada keseluruhannya. d) Mempunyai perlindungan mekanikal untuk mengelakkan daripada kerosakan yang teruk e) Penggunaan kabel mestilah mengikut had/kelas tertentu sesuai dengan nilai voltan yang digunakan. JENIS VOLTAN PVC INSULATED -Single core -Twin core -Multicore LV LV LV PAPER INSULATED -Single core -Belted -Screened 6.6kV, 11kV, 22kV,33kV LV, 6.6kV, 11kV 22kV, 33kV OIL FILLED -3 Core self contained -Single core self contained 22kV, 33kV, 132kV 132kV XLPE -Aerial cable -Single core -XLPE 3 core 11kV, 33kV{SAXKA) 11kV, 22kV,33kV,132kV 11kV
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 40 Drp / of : 62 g) Faktor Pemilihan Jenis Kabel a) Tempat hendak digunakan/keadaan sekeliling b) Jenis pendawaian/jenis beban yang digunakan c) Jangka masa ketahanan yang dikehendaki d) Kemungkinan kerosakan yang akan dihadapi e) Perbelanjaan yang dianggarkan f) Rupabentuk g) Mampu yang membawa arus maksima tanpa pemanasan yang keterlaluan. 1.8 JENIS – JENIS ALAT PERLINDUNGAN ELEKTRIK Alat perlindungan lebihan arus ialah sebarang alat yang boleh memutuskan litar bekalan dengan sendiri(automatik) apabila berlaku arus lebih yang melebihi kuantiti yang dihadkan bagi litar itu. Oleh sebab itu, alat ini hendaklah dipasang pada dawai hidup pada awal litar iaitu secara bersiri dengan litar bekalan. Arus lebih ini terjadi disebabkan oleh litar pintas atau pertambahan arus bekalan atau pun disebabkan oleh pemasangan beban yang berlebihan daripada yang sepatutnya. Tujuan memasang alat perlindungan lebihan arus ialah untuk mengelakkan berlakunya kerosakan pada sesuatu alat apabila arus yang melebihi kadaran arus keupayaan maksimum alat itu mengalir didalam llitarnya. Disamping itu juga, pelindung lebihan arus juga melindungi kabel daripada rosak. i) Faktor pemilihan jenis-jenis perlindungan arus lebihan a) Jenis beban b) Keupayaan unit perlindungan c) Suhu sekeliling d) Alat khas e) Harga ii) Jenis-jenis alat perlindungan a) Fius b) Pemutus litar
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 41 Drp / of : 62 iii) Jenis-jenis fius: a) Fius boleh dawai semula b) Fius katrij c) Fius kapasiti pemutus tinggi (hrc) 1.8.1 Fius Boleh Dawai Semula Ia digunakan pada pemasangan pengguna domestik atau untuk arus beban yang rendah di perindustrian ciri-ciri : a) terdiri dari dawai elemen yang disambungkan dalam satu penghubung fius yang boleh dikeluarkan dari tapak fius. b) Dawai elemen fius diperbuat dari aloi iaitu campuran timah dan plumbum atau dari kuprum tulin. c) Ia boleh ditukar ganti sekiranya elemen itu putus. d) Arus nominal bergantung kepada saiz dawai elemen fius. e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual A Rajah 22: Fius Jenis Dawai Semula Jadual 12 : Kebaikan dan keburukan fius boleh dawai semula. Kebaikan Keburukan 1. Dawai elemen fius murah Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi yang kuat 2. Senang ditukar ganti Kemungkinan silap mengganti saiz elemen fius
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 42 Drp / of : 62 1.8.1.2 Fius Katrij Fius Katrij digunakan dalam palam 3 pin bagi perkakasan elektrik. Ia boleh dianggap sebagai fius tambahan kepada fius dalam papan agihan. Ciri-ciri ; a) Terdiri dari satu tiub yang diperbuat dari kaca atau seramik atau tembikar. b) Arus nominal fius adalah 0.15A, 0.25A, 0.5A, 0.75A,1A, 2A, 3 A, 5A dan 13A. c) Faktor fiusan diantara 1.5 hingga 1.75 kali. d) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual B Rajah 23: Fius jenis kartrij. Rajah 23 : Fius Katrij Jadual 13: Kadaran arus dan kod warna bagi fius katrij Kadaran Arus Fius Dalam Amp Diameter dawai Fius dalam mm 5 15 20 30 45 60 Putih Biru Kuning Merah Hijau Ungu Jadual 14 : Kebaikan dan keburukan fius katrij Kebaikan Keburukan 1. Kadar arus nominal diketahui dengan tepat 2. Kapasiti pemutus tidak merosot 3. Mempunyai kod warna untuk kadaran saiz yang tertentu. 4. Dapat mengelakkan terjadinya arka dan bunyi yang kuat. 1. Jika elemen fius putus, keseluruhan fius tidak boleh digunakan. 2. Pemegang fius hanya sesuai dengan saiz katrij yang tertentu
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 43 Drp / of : 62 1.8.1.3 Fius Kapasiti Pemutus Tinggi Fius ini digunakan pada tempat atau beban yang memerlukan kadar kapasiti pemutusan yang tinggi. Ia mempunyai arus nominal yang besar dan mampu menanggung arus beban yang tinggi. Ciri-ciri ; a) Terdiri dari satu tuib seramik dengan penutup hujungnya yang diperbuat dari logam. b) Dawai elemen fius diperbuat dari jenis jalur perak dan disokong oleh silikon serta diselaputi oleh serbuk mineral. c) Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda. d) Faktor fiusan diantara 1.0 hingga 1.25 kali. e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual C. Rajah 24: Fius HRC Jadual 15 : Kebaikan dan keburukan fius pemutus tinggi Kebaikan Keburukan - Dapat mengelakkan terjadinya arka dan bunyi yang kuat. - Dapat mengawal arus yang tinggi. - Kapasiti pemutusan yang tinggi. - Mempunyai tanda pemutusan. - Paling mahal. - Mengambil masa untuk menggantikan fius yang baru. - Hanya sesuai dengan penghubung fius dan tapak fius yang tertentu. - Sukar didapati.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 44 Drp / of : 62 Jadual 16: Istilah-istilah yang berkaitan dengan fius Elemen fius adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan cair apabila arus yang berlebihan mengalir melaluinya Arus nominal arus maksima yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka masa yang tidak terhad dengan tidak memanaskan pengalir kabel atau mencairkan elemen fius. Arus fiusan arus minima yang boleh mencairkan elemen fius. Faktor fiusan nisbah arus fiusan dengan kadaran arus 1.8.2 Pemutus Litar Miniatur (MCB) BS 3871) Terdapat dua jenis pemutus litar miniatur yang digunakan untuk pemasangan domestik dan industri iaitu jenis magnet hidrolik dan jenis terma. Fungsi utama adalah sebagai peranti perlindungan kepada pemasangan.dalam keadaan litar pintas dan juga arus rosak peranti ini akan memutuskan sambungan secara automatik menjadikan litar buka dan tiada arus mengalir di dalam litar.dalam keadaan normal peranti ini akan membuat sambungan bagi membolehkan litar lengkap dan mengalirkan arus di dalam litar. Rajah 25 : MCB (Miniature Circuit Breaker)
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 45 Drp / of : 62 -Peranti ini hendaklah di dalam bekas tertutup rapat untuk perlindungan mekanisma -Nilai arus minimum untuk membuka secara automatik - Tempoh masa untuk membuka 1.8.2.1 Binaan MCB MCB BS 3871 ini mempunyai kadaran voltan sehingga 415 volt dan arus sehingga 100 ampiar serta kapasiti memutus sehingga 9 kA.Dengan yang demikian peranti ini dibuat bagi memenuhi ciri-ciri piawaian yang binaan asasnya mengandungi bahagian seperti: Satu set mekanisma pensuisan - Set mekanisma ini berbentuk punat suis yang boleh ditolak ke keadaan ON dan OFF dengan menggunakan tangan.Punat suis akan terpelantik secara automatik ke OFF apabila berlaku arus lebih mengalir melaluinya. Setelah peranti memutus iaitu berada dalam keadaan OFF,periksa litar yang bersambung dengan MCB ini dan asingkan peralatan yang telah dikenalpasti rosak.Kemudian boleh tolak punat suis ke ON semula,jika masih terpelantik semula ke OFF,periksa aksesori dan kabel pendawaian Satu set alatan automatik terdapat dua jenis alat perlantikan secara automatik yang digunakan untuk MCB iaitu jenis magnet terma haba dan jenis magnet hidrolik. 1.8.2.2 Jenis magnet terma Pelantik akan terkendali dalam jangkamasa lama.Kendalian akan dilakukan oleh alat sesentuh dwi logam (bimetal).Apabila arus lebih melaluinya,bahan logam yang satu akan pelantik dan terlepas daripada sentuhan lalu mengendali pelantik sistem mekanisma suis ke arah OFF.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 46 Drp / of : 62 Rajah 1.22: Binaan MCB Rajah 26: Binaan MCB Pelantikan serta merta dikendalikan oleh satu alat elektromagnet bagi beban lebih di sekitar 10 x kadaran arusnya. 1.8.2.3 Jenis Magnet Hidrolik Unit kawalan pelantik mengandungi satu gegelung elektromagnet dililit pada tabung berbentuk silinder berisikan minyak sebagai terasnya.Apabila arus besar melaluinya akan berlaku penjanaan kemagnetan lalu menggerak mekanisma pelantik secara automatik dan memutuskan litar. Rajah 27: Binaan MCB jenis Hidrolik Kepingan metalik membengkok apabila panas disebabkan oleh arus.Plag magnet melantik membuka sentuhan dan memutuskan litar.Fius H.B.C (BS 88 dan BS 1361) Binaan MCB Jenis Magnet Terma
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 47 Drp / of : 62 - Set pelindung pemadam arka - Alat pemadam arka dibentuk supaya apabila berlakunya arka ketika sesentuh terbuka dengan serta merta dihalakan ke arah perangkap arka dan ini membolehkan arka dipadamkan dengan serta merta - Satu set sesentuh tetap dan boleh bergerak Terdapat dua jenis kendalian pelantik dalam pembuatan MCB iaitu suis terpelantik lambat dan MCB yang suisnya terpelantik dalam tempoh tidak melebihi 0-1 saat sebagai pelantik serta merta.Mengikut piawaian BS 3871 MCB hendaklah tidak berkendali ketika mengalirkan arus dengan kadarannya secar berterusan.MCB juga dikehendaki supaya terpelantik dalam tempoh masa 1 jam jika sekiranya aliran arus 1.5 kali lebih daripada kadaran arus biasa,atau 1.35 kali daripada arus kadaran bagi kadaran lebih daripada 10 amp. Kebaikan MCB - Kapasiti memutus atau pelantik telah ditentukan oleh pihak pembuat dan tidak boleh diubahsuai - Kendalian atau keupayaan MCB boleh diuji serta di set semula - Dengan MCB segala kerosakan yang berlaku ke atas litar pemasangan dapat dikesan dengan lebih cepat. - Tidak seperti fius apabila terputus perlu diganti semula dengan yang lain manakala MCB hanya perlu diset semula atau di ON kan setelah terpelantik. 1.8.3 Pemutus arus baki (PAB atau RCD), Dikenali sebagai pemutus litar arus baki(PLAB atau RCCB), adalah sejenis pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus yang memutuskan bekalan elektrik apabila ia mengesan arus elektrik yang tidak seimbang antara arus pada wayar hidup dengan arus pada wayar neutral. Ketidakseimbangan arus ini kadang-kala disebabkan oleh kebocoran arus elektrik melalui badan mangsa yang dibumikan dan tersentuh bahagian berlogam peralatan elektrik yang mengalami kerosakan.Keadaan ini boleh menyebabkan renjatan elektrik yang boleh membawa maut. PAB direka supaya dapat memutuskan litar dengan pantas untuk mengurangkan bahaya akibat renjatan elektrik
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 48 Drp / of : 62 walaupun ia asalnya tidak direka untuk memberi perlindungan daripada keadaan beban lampau ataupun litar pintas. Rajah 28: Pemutus litar arus baki 1.9 JENIS- JENIS PENDAWAIAN SATU FASA 1.9.1 Terdapat 3 jenis pendawaian elektrik iaitu: Pendawaian Permukaan. Pendawaian Terbenam. Pendawaian Pembuluh (conduit) – o (i) Pembuluh keluli, bukan keluli dan boleh lentur, (ii) Sesalur, (iii) Salur 1.9.2 Faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan jenis pendawaian adalah: Jenis beban yang hendak dipasang Keadaan tempat pemasangan Kos perbelanjaan Tempoh ketahanan pemasangan Kekemasan dan kecantikan Keadaan sekeliling Tempoh masa menyiapkan Perubahan atau penambahan litar di masa akan datang Jenis voltan bekalan Keselamatan dan kelulusan JBE/TNB/JKR
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 49 Drp / of : 62 a) Pendawaian Permukaan (Surface Wiring) Satu sistem di mana kabel – kabel yang digunakan dalam sesuatu pemasangan dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang perlindungan tambahan. Kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut kerana terdedah kepada keadaan persekitaran dan kerosakan mekanikal. Rajah 29 : Pendawaian yang bertebat di permukaan Bagi pendawaian permukaan yang dibuat di bangunan batu satu simen, kabel akan diklipkan atas satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum ini dipakukan ke dinding atau siling. Jenis klip yang biasa digunakan ialah klip aluminium atau plumbum. Kebaikan sistem ini ialah ia mudah disiapkan dengan perbelanjaan yang murah, pemasangan tambahan juga mudah dilakukan. Biasanya diaplikasikan di rumah kediaman (lama dan sudah tidak digunakan di kawasan perumahan baru untuk tujuan keselamatan). Kelemahan sistem ini ialah ia tidak tahan dengan suhu yang panas dan lembap, tidak cantik dan sistem perlindungan mekanik yang kurang memuaskan. b) Pendawaian Terbenam (Embedded Wiring) Kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori atau beban. Kaedah ini dilakukan dengan membenamkan kabel ke lurah alur di dinding atau siling yang telah disediakan.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 50 Drp / of : 62 Pada kebiasaannya ia dibuat semasa peringkat pembinaan bangunan iaitu sebelum kerja penurapan simen (plaster) dijalankan. Kabel tersebut mestilah disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke atasnya. Kaedah ini cantik dan kemas. Ia tidak menghadapi bahaya mekanikal dn tahan pada perubahan cuaca, tahan lama dan kosnya juga rendah. Tetapi sistem ini sukar untuk dibaiki apabila berlaku kerosakan dan boleh mendatangkan bahaya semasa memaku dinding yang tersimpan kabel yang tersembunyi. c) Pendawaian Pembuluh (conduit) Dalam sistem ini, konduit digunakan untuk menyalurkan kabel–kabel. Sistem ini digunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik atau kimia, contohnya di kilang–kilang perusahaan, makmal, bengkel dll. Sistem ini boleh dipasang dipermukaan atau tersembunyi. Beberapa keistimewaan pendawaian sistem ini ialah konduit ini boleh dijadikan pengalir perlindung litar (grounding), mudah diubahsuai untuk tambahan, tahan lama, dapat mengelakkan kebakaran dan kabelnya tidak mudah tercacat. Sistem ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi serta mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Bentuknya tidak kemas jika dipasang pada permukaan. Untuk pembuluh boleh lentur (logam) yang boleh dibentuk mengikut kehendak pemasangan amat berguna terutamanya untuk sambungan bagi penghujung beban yang bergerak atau di tempat – tempat yang bebannya selalu diubahsuai. Sesalur – Sistem pendawaian ini menggunakan sesalurlogam atau bahan penebat yang pada kebiasaanya bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding atau besi rangka bangunan. Kabel dimuatkan dalam sesalur dan biasanya bersaiz besar serta bilangan yang banyak. Salur – dibuat daripada logam yang berbentuk segi empat bujur memanjang tanpa penutup. Lazimnya, salur ini tersembunyi di bawah lantai yang biasa disebut salur bawah lantai. Jika dilihat dari atas, sistem ini dipasang seperti sistem grid dalam sesebuah bangunan. Kesemua kotak simpang berada pada selekoh bengkokan 90. Sistem ini amat sesuai digunakan di pejabat kerana alatan dan perkakas sering diubah – ubah kedudukannya.