The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mujahidah110, 2021-10-20 13:04:59

PROFIL SYARIKAT AGSB DRAF 3

PROFIL SYARIKAT AGSB DRAF 3

AL BAGHDADI
GROUP SDN BHD

“Peneraju Inovasi Pendidikan Al Quran”

www.albaghdadigroup.com
[email protected]

No.13 & 13A, Wisma Al Baghdadi
Selayang 18, Persiaran 3
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves,
Selangor, Malaysia.

AL BAGHDADI GROUP
SDN BHD

www.albaghdadigroup.com
[email protected]

04
08

28

ISI KANDUNGAN

PENGASAS

A LHAMDULILLAH, dengan penuh takzim kami memanjatkan kesyukuran
kepada Allah SWT yang denga izin-Nya telah dapat kami menyusun
pelbagai program Pendidikan Al Quran Sepanjang Hayat bermula dari
dalam kandungan sehingga usia emas.

PRAKATA Bermula tahun 2009, perjalanan Al Baghdadi dari tahun ke tahun dengan dinamiknya
hanyalah dengan satu tujuan iaitu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan
memartabatkan pendidikan Al Quran kepada masyarakat Malaysia khususnya dan
antarabangsa amnya.

Teknik AI Baghdadi membawa konsep dan pendekatan kontemporari dalam pengajaran
dan pembelajaran Al Quran. Ianya menepati ciri-ciri yang diperkenalkan oleh Howard
Gardner dalam teorinya Multiple Intelligence atau Kecerdasan Pelbagai yang melibatkan
penggunaan otak kiri dan otak kanan dalam setiap pembelajaran.

Keperluan kepada transformasi pendidikan Al Quran serta minat dan kesedaran
masyarakat mencari teknik kontemporari pendidikan Al Quran menyuntik semangat dan
inspirasi kepada kami di Al Baghdadi dalam memperkenalkan Teknik Al Baghdadi. Melihat
kepada cabaran yang dihadapi serta peningkatan minat masyarakat, idea
memperkenalkan Al Baghdadi Learning Centre (ALC) merupakan pendekatan terbaik
dalam menyediakan platform berfokus kepada penyediaan Pusat Pembelajaran Al Quran
Teknik Al Baghdadi.

Bermula dari situ dan matlamat kami untuk membangkitkan kesedaran kepada keperluan
pendidikan Al Quran yang berterusan bagi melahirkan generasi genius Al Quran, kami
berusaha merangka, menyusun dan membentuk pelbagai program lain dan meluaskan
rangkaian pendidikan Al Quran untuk semua peringkat umur bermula dari dalam
kandungan, peringkat taska, tadika, sekolah rendah, pusat pembelajaran Al Quran, pusat
hafazan Al Quran dan pusat bahasa Al Quran.

Semoga usaha kecil ini dapat menyumbang ke arah melahirkan generasi masa depan
celik Al Quran dan menghasilkan generasi yang lebih terdidik jasmani, emosi dan
rohaninya melalui Al Quran.

USTAZ QR HAJI JALALUDDIN BIN HAJI HASSANUDDIN
Pengasas Teknik Al Baghdadi
Al Baghdadi Group Sdn Bhd





CARTA ORGANISASI

USTAZ QR JALALUDDIN BIN HJ
HASSANUDDIN

Pengasas Teknik Al Baghdadi

EN. AZRI BIN JEMANI EN. FARHAN BIN HJ ALIAS USTAZ MD HAKIM BIN TAMAN

Ketua Pegawai Strategi & Ketua Pegawai Pembangunan Ketua Pegawai Tanggungjawab
Pemasaran Perniagaan & Penjenamaan Korporat dan Teknologi

PN MUHAINI BINTI MAHMUD PN NORSAIDAH BT HJ ALIAS
Ketua Pegawai Akademik
Ketua Pegawai Sumber &
Pematuhan

BARISAN PENGGERAK UTAMA

Qr Hj Jalaluddin bin
Hj Hassanuddin

Azri bin Jemani

BARISAN PENGGERAK UTAMA

Farhan bin Haji Alias

Md Hakim bin Taman

BARISAN PENGGERAK UTAMA

Muhaini Binti Mahmud

Ketua Pegawai Sumber &
Pematuhan

Norsaidah Bt Hj Alias

Ketua Pegawai Akademik

KUMPULAN AL BAGHDADI

Al Baghdadi Method
Sdn Bhd
Yayasan
Al Baghdadi

Neuro Nadi
Global Sdn Bhd

Al Baghdadi Method telah ditubuhkan untuk menyebarkan pembelajaran dan pengajaran Al
Quran menggunakan teknik mudah dan seronok yang dinamakan Teknik Al Baghdadi. Teknik

yang terbuki berkesan untuk golongan dewasa dan kanak-kanak ini menawarkan satu lagi
pilihan kepada teknik-teknik pembelajaran Al Quran yang sedia ada.

Al Baghdadi telah melahirkan kanak-kanak berumur seawal empat tahun yang telah berjaya
diajar menggunakan teknik ini dalam tempoh kurang dari sebulan. Sejak ditubuhkan pada
tahun 2009, Al Baghdadi Method Sdn Bhd (AMSB) telah mempunyai lebih daripada 1000
pusat pembelajaran Al Quran Teknik Al Baghdadi atau Al Baghdadi Learning Centre (ALC)
diseluruh Malaysia dan menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records bagi kategori

The Largest Quranic Learning Centre Chain in Malaysia dalam tempoh 9 bulan.

Kini, Al Baghdadi Method bertanggungjawab mengendalikan penjualan, perancangan dan
pengedaran produk-produk jenama Al Baghdadi untuk semua rangkaian program
Al Baghdadi di seluruh Malaysia.

APeC
ACC

APC
SRI
NADI

APC
AQLC

NAC

PRODUK

Yayasan Al Baghdadi (YAB) didaftarkan pada September 2004 dan telah beroperasi secara
rasmi pada 16 September 2011 untuk mencari dana pembiayaan pengajian Al Quran, dana

kemasyarakatan dan dana kemanusiaan untuk golongan kurang berkemampuan.
Melalui program ini, rangkaian Hikmah Centre iaitu Pusat Pembelajaran Al Quran telah
ditubuhkan bagi menyediakan program pembelajaran Al Quran menggunakan Teknik Al
Baghdadi secara PERCUMA kepada golongan anak yatim, orang asal dan saudara baru.
Yayasan Al Baghdadi juga terlibat dalam program misi kemanusiaan seperti misi bantuan
banjir dan program waqaf seperti Waqaf Al Quran, Waqaf Food Pack, Waqaf Barang Dapur,

Waqaf Ambulans, Waqaf PPE dan lain-lain.

Aktiviti Bantuan
Sukarelawan Pendidikan

Program
Waqaf

Waqaf PPE

Waqaf Al Quran

Akademi Al Baghdadi (AAB) ditubuhkan sebagai sebuah platform pengajian ilmu-ilmu Al
Quran yang menawarkan program-program persijilan kepada guru-guru Al Quran rangkaian

Al Baghdadi dan orang awam.

Bertujuan untuk memenuhi keperluan kepada tenaga pengajar Al Quran yang professional,
Akademi Al Baghdadi telah ditubuhkan pada Mei 2012 dengan membangunkan modul

pertamanya iaitu Sijil Asas Perguruan Al Quran (SAPQ) yang disusun sepenuhnya oleh Fakulti
Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Terdapat dua program
utama di bawah pengendalian Akademi Al Baghdadi iaitu program jangka pendek (pelatihan

umum) dan program jangka panjang (pelatihan guru).

AAB telah berjaya menampilkan satu pendekatan pembelajaran Al Quran yang
kontemporari dan inovatif sehingga mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record
(MBOR) bagi tahun 2020 bagi kategori “The First Professional Quranic Education Teachers
Program” dan terkini menerima Anugerah bagi Kategori Prestigious Award Education and
Training Industry oleh Malaysia Prestigious Industry Awards 2020 di GrandHyatt, Kuala

Lumpur.

01 02 03 04 05

TAB KETA KENA BENGKEL SYAHADAH
TAJWID JUZUK 30
Bengkel Talaqqi Kursus Ekslusif Kursus Ekslusif
Al Fatihah Teknik Al Nadi Al Baghdadi Bengkel Tajwid Talaqqi
Bersanad Baghdadi Al Baghdadi Al Quran Juzuk

30

01 02 03 04

Sijil Asas Sijil Lanjutan Sijil Asas Guru Sijil Asas Guru
Perguruan Perguruan Tadabbur Talaqqi
Al Quran Talaqqi Al Quran Murattal
30 Juzuk
SAPQ Al Quran TADABBUR Tarannum Hijaz
Bersanad Iraqi

SANAD TARANNUM

Neuro Nadi Global (NNG) ditubuhkan pada September 2016 bagi menguruskan rangkaian
pendidikan Al Quran Al Baghdadi di luar negara.

Menggunakan penjenamaan di bawah nama Neuro Nadi Global, Teknik Al Baghdadi
diperkenalakan ke peringkat antarabangsa sebagai alternatif baru kepada teknik
pembelajaran Al Quran.

NNG menguruskan segala program seminar di luar negara, jualan dan pemasaran
antarabangsa dan berururusan dengan pengarah-pengarah Neuro Nadi yang dilantik di
setiap negara dalam hal berkaitan dengan pembukaan centre baru, pelatihan guru dan

pembekalan produk Neuro Nadi.

Sehingga tahun 2021, Teknik Al Baghdadi telah bertapak di lima buah negara iaitu
Singapura, Brunei, Indonesia, Australia dan New Zealand.

Mei Penubuhan Feb Penubuhan Aug
2015 NNG Indonesia 2017 NNG Australia 2018

Penubuhan Jan Penubuhan Penubuhan
NNG Singapura 2017 NNG New NNG Brunei
Zealand

PENYEDIA PROGRAM
PENDIDIKAN

SEPANJANG HAYAT

PROGRAM AL BAGHDADI

IBU HAMIL HINGGA 70 TAHUN
7 HINGGA 12 TAHUN
4 HINGGA 6 TAHUN
0 HINGGA 3 TAHUN
IBU HAMIL

Daripada Uthman bin Affan RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari Al-Quran dan

mengajarkannya”.
[Riwayat al-Bukhari (5027)]

RANGKAIAN DALAM NEGARA

NAC APEC ACC

251 20 94

AQLC APC

40 338

ALC SRI NADI

1,213 28

Jumlah Pusat Pengajian Rangkaian Al Baghdadi di
Malaysia

*Statistik di atas adalah jumlah keseluruhan pusat-pusat pembelajaran Al Baghdadi sejak
penubuhan sehingga September 2021

RANGKAIAN ANTARABANGSA

26
41

32

12

3

Jumlah Pusat Pengajian Rangkaian Neuro Nadi
Global di Setiap Negara

*Statistik di atas adalah jumlah keseluruhan pusat-pusat pembelajaran Neuro Nadi Global sejak
penubuhan sehingga Januari 2020

AL BAGHDADI PRENATAL EDUCATION CENTRE (APeC)

12 MINGGU - 32 MINGGU

Al Baghdadi Prenatal Education Centre (APeC) ialah Pusat Pendidikan Al Quran Prenatal Al
Baghdadi yang menyediakan program stimulasi janin bermula dari minggu kehamilan ke-12
hingga minggu ke-32. Pada peringkat ini adalah masa terbaik (prime time education) bayi

dalam kandungan menerima input untuk pendidikan anak-anak kerana ia akan memberi
kesan kepada pembangunan jangka panjang dan keupayaan pembelajaran anak-anak.

Mulanya diperkenalkan sebagai Al Baghdadi Prenational Education Program (APeP) pada Jun
2013, modul APeP 1344 adalah program stimulasi awal yang inovatif, sistematik, kreatif dan
seronok dengan pendekatan komunikasi asas melalui rangsangan visual dan pendengaran
melalui Teknik Stimulasi 1344 bunyi asas Al Quran menggunakan Teknik Al Baghdadi kepada

anak dalam kandungan.

Program ini memfokuskan kepada pembangunan intelek, perkembangan minda dan emosi
bayi sejak dalam kandungan melalui 5 prinsip utama iaitu Teknik Pernafasan, Pengurusan

Emosi, Pembentukan Rangsangan, Pengawalan Pemakanan dan Penjagaan Kesihatan.

Modul unik ini berjaya mendapat sokongan Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia
(MAMANEH) pada tahun 2013 dan telah mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of
Records bagi kategori The First Quranic Prenatal Program in Malaysia pada tahun 2015.

AL BAGHDADI CHILDCARE CENTRE (ACC)

0 HARI – 3 TAHUN

Al Baghdadi Chidcare (ACC) atau Taska Al Quran Al Baghdadi merupakan pusat asuhan kanak-
kanak yang pertama menggunakan modul Al Quran kepada kanak-kanak berusia 0 hari hingga
4 tahun. Ditubuhkan pada tahun 2015, ACC menggunakan program APeP 1000 (Al Baghdadi
Postnatal Education program yang bermatlamat membangunkan aspek utama potensi yang

ada anak-anak berkonsepkan SAFA: Sosio Emosi, Al Quran, Fizikal dan Akidah.

Program APeP 1000 terdiri daripada 7 tunjang pembelajaran untuk membentuk ransangan
aras tinggi pembelajaran Al Quran iaitu modul Prisma Islam, Prima Tahfiz, Prima Tamhid,
Prima Visual, Prima Akidah, Prima Fizikal dan Prima Situasi. Program ini juga telah mendapat

pengiktirafan The Malaysia Book of Records bagi kategori The First Quranic Postnatal
Education Program in Malaysia pada tahun 2015.

Sesuai dengan falsafah APeP 1000, stimulasi awal bertujuan untuk memastikan pembelajaran
dan pengalaman awal anak-anak menjadi pembelajaran kekal (Long Term Potentiation) bagi
melahirkan anak-anak yang mempunyai emosi yang ceria dan positif, menjadikan Al Quran

sebagai bahasa harian, memiliki fizikal yang kuat dan asas akidah yang baik.

Melalui pendekatan ini, pengalaman awal dengan pendedahan kepada ayat-ayat Al Quran itu
membawakan perbezaan yang ketara dalam menentukan bagaimana sel-sel otak berkembang

selain ia boleh mempengaruhi pembelajaran sepanjang hayat, perkembangan emosi dan
kesihatan mereka.

AL BAGHDADI PLATIME CENTRE (APC)

4 TAHUN – 6 TAHUN

Al Baghdadi Playtime Centre (APC) atau Prasekolah Al Quran Al Baghdadi merupakan program
pendidikan Prasekolah Al Quran dan Tahfiz Al Baghdadi berteraskan 50 % pembelajaran
Al Quran. Program ini disediakan untuk kanak-kanak seawal usia 4 hingga 6 tahun dengan

memberikan bimbingan bagi meningkatkan keupayaan membaca dan menghafaz ayat-ayat
Al Quran dengan Teknik Al Baghdadi.

Program ini bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak untuk mempelajari
Al Quran dan beberapa aspek berkaitan perkembangan emosi, sosial, intelek dan rohani
melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyeluruh, bersepadu, kreatif dan

menyeronokkan.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2013, APC menggunakan Teknik Al Baghdadi sebagai usaha
berterusan ke arah membina generasi yang mampu mempelajari Al Quran seawal usia empat

tahun dengan meningkatkan keupayaan membaca, menghafaz dan menulis ayat-ayat Al
Quran berdasarkan 4 teras pembelajaran utama iaitu Teras Ilmu, Teras kognitif, Teras Bahasa

dan Teras Akhlak.

APC juga menyediakan modul pembelajaran yang di susun khas untuk keperluan kanak-kanak
untuk pembelajaran Al Quran dan membentuk kemahiran asas hafazan tinggi iaitu Tamhid
Al Baghdadi dan Modul Nadi Al Baghdadi, di samping Modul Pengukuhan dan aktiviti
tambahan seperti bimbingan azan, solat berjemaah, simulasi Haji dan Umrah dan asas

teknologi maklumat. Pada tahun 2018, program ini telah mendapat pengiktirafan sebagai The
Largest Preschool Chain Focusing on Quranic Education oleh The Malaysia Book of Records.

SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TAHFIZ NADI AL BAGHDADI (SRI NADI)

Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Nadi Al Baghdadi (SRI NADI) ialah Sekolah Rendah Tahfiz
Al Quran bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun yang mengutamakan pemupukan
suasana Islam bagi meningkatkan kualiti dan keperibadian pelajar muslim. Program ini telah
mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai The First Quranic Tahfiz Module

pada tahun 2016.

Diperkenalkan pada tahun 2016, kurikulum SRI NADI disusun bagi memastikan
mengembangkan potensi keupayaan minda dalam membentuk kecemerlangan intelektual,
kecerdasan emosi, kejituan aqidah, keutuhan sahsiah dan kepemimpinan dalam diri pelajar.

Dengan separuh daripada proses pembelajaran berfokuskan kepada Kurikulum Hafazan,
penghasilan kaedah Neuro Nadi Al Hafiz Al Baghdadi yang berasaskan konsep Neurofisiologi
digunakan bagi membentuk Kemahiran Belajar Aras Tinggi dan meransang fungsi keupayaan

otak kiri dan otak kanan dalam proses hafazan.

SRI NADI atau lebih dikenali sebagai SRI Tahfiz Nadi ditubuhkan berasaskan Kurikulum Standard
SRI Tahfiz Nadi (KSSN) yang terdiri daripada 4 teras kurikulum iaitu Kurikulum Standard Hafazan

(KSH) merangkumi 50% daripada pembelajaran menggunakan Program Neuro Nadi Al Hafiz
Al Baghdadi. Kemudian, teras yang kedua, Kurikulum Standard Linguistik (KSL) yang melibatkan

modul Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab hasil kerjasama dengan pihak luar.
Seterusnya Kurikulum Standard Akademik (KSA) dirangka berpandukan subjek-subjek akademik
yang wajib bagi peperiksaan umum di Malaysia dan Kurikulum Standard Dini (KSD) yang terdiri

daripada subjek KAFA dan melibatkan kerjasama dengan pihak JAKIM dan JAIN.

SRI NADI bermatlamat melahirkan pelajar yang dapat menghafal 10 juzuk Al Quran dan berjaya
membaca 30 juzuk Al Quran dengan tartil sebaik tamat pengajian.

AL BAGHDADI LEARNING CENTRE (ALC)

7 TAHUN – 70 TAHUN

Al Baghdadi Learning Centre (ALC) ialah Pusat Pembelajaran Al Quran Teknik Al Baghdadi
khusus untuk pelajar berusia 7 hingga 70 tahun. ALC juga merupakan pusat pembelajaran
Al Quran setempat Al Baghdadi yang menawarkan pembelajaran Al Quran dari tahap asas

pengenalan bunyi-bunyi huruf Al Quran, tajwid, sehingga ke peringkat Talaqqi.

ALC ditubuhkan pada tahun 2011 dan merupakan program pembelajaran Al Quran pertama
yang diperkenalkan oleh Kumpulan Al Baghdadi. Program pembelajaran yang menyeluruh dan

sistematik untuk semua peringkat umur ini menggunakan dua modul utama iaitu modul
Tamhid Al Baghdadi iaitu pendedahan kepada 336 bunyi asas Al Quran dan modul Tajwid
Al Baghdadi yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid

Al Quran.

Pusat pengajian ini juga menawarkan tahap pembelajaran Al Quran yang lebih tinggi iaitu
Talaqqi Am dan Talaqqi Khas Al Baghdadi. Kelas Talaqqi Am iaitu program lanjutan daripada

kelas tamhid dan tajwid Al Baghdadi dengan praktikal bacaan mengikut guru sehingga
khatam Al Quran, manakala kelas Talaqqi Khas pula ialah praktikal pembacaan 30 juzuk

Al Quran di hadapan guru yang mempunyai sanad secara individu.

Program ini telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records bagi kategori The
Largest Quranic Learning Centre Chain in Malaysia pada Februari 2013 dan telah terpilih

sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara melalui Teknik Al Baghdadi.

AL BAGHDADI QURANIC LANGUAGE CENTRE (AQLC)

Al Baghdadi Quranic Language Centre (AQLC) ialah Pusat Pembelajaran Bahasa Al Quran Al
Baghdadi yang menawarkan pembelajaran bahasa daripada Tahap Tamhidi, Tahap Muayyid

dan Tahap Muntasib menggunakan modul 1 hingga modul 6.

Program ini juga menggunakan pendekatan efektif, kreatif dan menyeronokkan dengan
Modul Lughatul Quran yang disusun sesuai untuk semua peringkat umur. Pembelajaran di
AQLC disokong dengan penggunaan bahan seperti e-learning, permainan interaktif, slide
powerpoint dan rakaman audio (hiwar). Selain itu, pedagogi pembelajaran aktif diintegrasikan

ke dalam reka bentuk kurikulum melalui lagu dan kuiz online.

Dilancarkan pada tahun 2016, modul Lughatul Quran ini disusun untuk pelajar yang tiada asas
Bahasa Arab dan lengkap dengan memfokuskan kepada semua kemahiran bahasa iaitu
mendengar, membaca, memahami, bertutur dan menulis berbantukan e-learning, modul
lengkap dan praktikal hiwar di dalam kelas.

NADI AL BAGHDADI CENTRE (NAC)

Nadi Al Baghdadi Centre (APeC) merupakan sebuah Pusat Pendidikan Tahfiz menggunakan
pendekatan berasaskan Neurofisiologi dengan mengoptimakan fungsi otak kanak dan kiri
secara serentak dalam proses menghafaz dan mampu menghasilkan suatu bentuk hafazan
yang berkualiti disertakan dengan kefahaman yang jelas dan memberikan hasil hafazan aras

tinggi.

Diperkenalkan pada bulan April 2014, program NAC terbuka kepada semua peringkat umur
dari kanak-kanak, remaja hingga dewasa. Pembelajaran hafazan menggunakan Modul Nadi Al

Baghdadi adalah melibatkan penggunaan bahan, guru dan pelajar secara aktif. Program ini
mensasarkan pencapaian ‘Hafazan Tahap Tinggi’ yang mana pelajar mampu menghafaz ayat

Al Quran secara turutan mahupun secara rawak.

Modul Nadi Al Baghdadi ini disusun mengikut 5 prinsip iaitu kemahiran visual, kemahiran
auditori, kemahiran membaca, kemahiran memahami dan kemahiran menghafaz. Pelajar
bukan sahaja diajar untuk menghafaz Al Quran, tetapi mereka juga didedahkan dengan

maksud surah, bilangan ayat, asbabun nuzul, nadi ayat dan lain-lain.

Pendekatan pembelajaran hafazan yang sistematik, innovatif dan kreatif ini telah terbukti
mendapat sambutan dengan pengiktirafan The Malaysia Book of Records bagi kategori The

Largest Quranic Tahfiz Centre pada tahun 2014.

PENERAJU INOVASI

PENDIDIKAN

AL QURAN

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana
memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka

ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh
keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta

orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(Surah Al Ankabut, 69)

PENCAPAIAN 2013
2014
2015
2016
2017
2018
2019
2020

PERAKUAN & KEBENARAN

KERJASAMA MEDIA

AL BAGHDADI
GROUP SDN BHD

PROFIL
SYARIKAT

Reka Bentuk dan Kandungan: +60 03 6127 0712
Fatin Hazimah bt Kamal-Ludin +60 03 6128 2716
Editor: www.albaghdadigroup.com
Qr Haji Jalaluddin bin Haji
Hassanuddin [email protected]
Muhaini Binti Mahmud www.facebook.com/teknikalbaghdadiofficial


Click to View FlipBook Version