The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mridzwan702, 2024-02-21 13:18:13

SYAIR ROMANTIS SYAIR BIDASARI

SYAIR ROMANTIS SYAIR BIDASARI

SYAIR BIDASARI Manifestasi Akal Budi


Syair Bidasari ialah syair yang menarik untuk dikaji sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu pada abad ke-18 dan 19 kerana genrenya yang romantik merupakan karya Asli orang Melayu dan berasal dari Palembang tarikh teks dipercayai dikarang pada awal 1750 Masihi pernah diangkat menjadi satu filem yang diterbitkan pada tahun 1965 Syair Bidasari


mengisahkan tentang seorang Puteri yang sangat cantik bernama Bidasari Bidasari tidak diketahui asal-usulnya, lalu diambil sebagai anak angkat oleh sepasang orang kaya disebabkan rupa parasnya yang sangat cantik, menyebabkan ada yang dengki dengannya disebabkan rupa parasnya yang sangat cantik, menyebabkan ada yang dengki dengannya 123 Ratu Negeri cemburu dengan kecantikannya dan merancang untuk buang Bidasari ke dalam hutan Bidasari bertemu dengan Putera Raja di dalam hutan itu dan mereka pun berkahwin 456


TEMA Menceritakan Raja Kembayat Negara dan Permaisurinya yang sedang melarikan diri telah tiba di sebuah hutan. Mereka telah tiba di sebuah kampung dan permaisuri yang sarat mengandung telah tiba waktu untuk bersalin.Mereka mencari tempat persinggahan yang sesuai yang berhampiran dengan sungai.


BENTUK Terdiri daripada 8 rangkap. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5 patah kata. Semua baris adalah maksud. Rima akhir aaaa


Syair Bidasari Dengarlah tuan suatu Riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat. Rangkap 1 Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat, Pengarangnya hanya mahu dikenali sebagai fakir sebagai tanda merendah diri. Tujuan hikayat supaya menjadi perbandingan kepada pembaca. Rangkap 2 Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil daging senteri Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan yang gagah perkasa lagi bijaksana. Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada peringkat awal sebelum dilanggar geroada). Keadilan baginda telah menggamit kedatangan para pedagang dan orang soleh (pelajar ilmu agama yang merantau).


Syair Bidasari Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa. Rangkap 3 Kegagahan dan kelangsungan pemerintahan baginda memang mengkagumkan. Sesaat pun baginda tidak mengalami kesusahan. Namun, tiada sesiapa yang tahu sama ada keadaan itu akan berkekalan atau sebaliknya. Rangkap 4 Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri. Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila menempuh alam perkahwinan. Selang beberapa bulan, permaisuri pun hamil.


Syair Bidasari Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka-sukaan, Datanglah beroleh kedukaan, Baginda meninggalkan takhta kerajaan. Rangkap 5 Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan mala petaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana. Rangkap 6 Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa. Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang angkasa negeri Kembayat. Geroda, iaitu helang besar (seperti dalam epik Hindu, Visynu melanggar Kembayat sehingga menimbulkan huru-hara dan kemusnahan.


Syair Bidasari Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gelana. Membawa diri ke mana-mana. Rangkap 7 Geroda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa. Sekalian rakyat negeri Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan. Selutuh negeri dilanda duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan. Rangkap 8 Baginda pun sedang dihadap orang, Mendengar gempar seperti perang, Bertitah beginda raja yang garang, “Gempar ini apakah kurang.” Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil menerima menghadap pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di medan peperangan jelas kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang tegas tentang perkara cemas apa pula yang berlaku.


Persoalan 1. Tanggungjawab seorang pemerintah Raja negeri Kembayat menghadapi serangan Gurda sehingga negeri Baginda musnah sama sekali dan Baginda terpaksa turun takhta. 2. Keadilan dalam pemerintahan Raja Negeri Kembayat menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama apabila melayani pedagang dan ulama yang datang ke negeri baginda dengan baik.


Manifestasi Akal Budi penyair bersifat rendah diri yang boleh dilihat di rangkap pertama penyair membahasakan kata ganti nama dirinya sebagai fakir yang bermaksud miskin penyair menunjukkan bahawa sifat rendah diri perlu dijadikan sebagai satu adab apabila berkomunikasi dengan orang lain akal budi seperti ini sentiasa mengingatkan kita agar tidak berasa bangga diri dengan kelebihan yang kita ada masyarakat Melayu juga menghindari perbuatan fitnah fitnah merupakan satu perbuatan yang sangat keji dan berbahaya kesannya, menimbulkan huru-hara dan kerosakan akhlak dalam kalangan masyarakat Rendah Diri Fitnah


Terima Kasih !


Click to View FlipBook Version