The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anirbasrahim87, 2022-06-15 22:04:29

Modul Aktiviti Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Budaya dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

Modul 2 Aktiviti NURUL HAFIZUL & SABRINA (Kumpulan 12)

KAI 60404
PENGLIBATAN KELUARGA, KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN

AWAL KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN
PENYEDIAAN MODUL 2 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BERSAMA IBU BAPA ATAU KOMUNITI DI TADIKA

KUMPULAN
KUMPULAN 12

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO.METRIK NO. TELEFON
017-9949401
NURUL HAFIZUL BIN MOHAMED M20211002029 013-2080453

SABRINA BINTI ABDUL RAHIM M20211001095

KUMPULAN KULIAH
PAKK-B

PENSYARAH
DR AZIZAH BTE ZAIN

TARIKH SERAHAN
26 JUN 2022

MODUL AKTIVITI PENGLIBATAN
IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL HAFIZUL BIN MOHAMED (M20211002029)
SABRINA BINTI ABDUL RAHIM (M20211001095)

Pengajian Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Fakulti Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pahala Ibu Bapa
Mendidik Kebaikan

Sekiranya ibu bapa mendidik anak dengan perkara kebaikan,
dan anak tersebut mengamalkannya, maka pahala amalan

anak tersebut mengalir juga kepada ibu bapanya.
Sabda Rasulullah ;

“ Barangsiapa yang menyeru (mengajar) kebaikan, maka dia
akan mendapat pahala sepertimana pahala mereka yang
mengamalkan kebaikan tersebut tanpa ada sedikit
kekurangan pun (dari pahala tersebut.) “

(Hadis Riawat Muslim)

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

1 Penghargaan 1

2 Biodata Penulis 2

3 Pengenalan 3

4 Model Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti 4

5 Kepentingan Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan 5

Awal Kanak-kanak

6 Manfaat Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan 6

Awal Kanak-kanak

7 Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan 7

Awal Kanak-kanak

8 Aktiviti 1 : Aktiviti Modul Potret Keluarga 8

9 Aktiviti 2 : Aktiviti Modul Tabung Keluarga 18

10 Penutup 27

11 Rujukan 29

12 Lampiran 30

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi perghargaan serta sekalung ucapan
tahniah buat rakan pena atas usahasama dalam
menyediakan Modul Aktiviti Penglibatan Ibu Bapa dan
Komuniti dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak ini. Satu
pengalaman berharga sepanjang proses penyediaan modul
menerusi diskusi serta perkongsian buah fikiran yang
dilontarkan bagi memastikan modul yang dihasilkan mampu
menjadi bahan perkongsian terbaik.

Jutaan terima kasih buat pensyarah pembimbing yang
jauh lebih berpengalaman dan pastinya menjadi kesayangan
kami, Dr Azizah Binti Zain atas kesudian meluangkan masa,
membimbing serta memberi tunjuk ajar khasnya berkaitan
penglibatan ibu bapa, komuniti dan budaya dalam peringkat
pendidikan prasekolah. Penyediaan Modul Aktiviti
Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti dalam memenuhi
tugasan kerja kursus semester kedua kali ini, merupakan
pengalaman berharga buat kami.

Buat semua sidang pembaca, semoga Modul Aktiviti
Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti ini dapat memberi
manfaat serta info khasnya buat pasangan ibu bapa mahu
pun komuniti yang terlibat sama dalam proses Pendidikan
Awal Kanak-kanak. Akhir kalam, terima kasih diucapkan
buat semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung
mahu pun tidak secara langsung sepanjang proses
penghasilan modul ini.

1

Biodata penulis

Nama: Nurul Hafizul Bin Mohamed
Kelulusan: Ijazah Pendidikan Awal Kanak-kanak

(BED ECE Hons)
Opsyen: Pendidikan Prasekolah
Pengalaman Mengajar: 17 tahun
Tempat Berkhidmat:
1) SK Foon Yew 3 (2006-2009)
2) SK Taman Cempaka (2009-2012)
3) SK Bandar Tenggara (2014)
4) SK Mumiang, Sandakan (2014 hingga kini)

Nama: Sabrina Binti Abdul Rahim
Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Opsyen: Pendidikan Prasekolah
Pengalaman Mengajar: 11 tahun
Tempat Berkhidmat:
1) SK Sentul Utama, Kuala Lumpur

(2011-2013)
2) Sk Sri Lanang, Jasin, Melaka

(2014 hingga kini)

2

PENGENALAN

Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti
bermaksud ibu bapa mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam hal-hal yang berkaitan
dengan perkembangan kanak-kanak, terlibat dalam memahami kurikulum serta program
yang dianjurkan oleh pihak sekolah mahu pun tadika. Penglibatan ibu bapa dan komuniti
terhadap pendidikan awal kanak-kanak pastinya membantu meningkatkan kualiti sesebuah
program dengan menyumbang tenaga serta berkongsi kebolehan masing-masing dalam
program pendidikan awal kanak-kanak. Penglibatan ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan kendiri kanak-kanak itu sendiri. Ibu bapa boleh memainkan peranan di rumah
melalui penglibatan aktiviti pembelajaran anak-anak. Pendidikan awal kanak-kanak
bertujuan memberi pendedahan kepada ibu bapa untuk membantu perkembangan kanak-
kanak secara holistik melalui pengalaman belajar yang bermakna dan menyeronokkan serta
persekitaran yang diperkaya bagi merangsang otak kanak-kanak (Essa, 1996).

Kajian yang dilakukan oleh Chris dan Rosemary (2004) menunjukkan, penyertaan
sokongan ibu bapa dan penyediaan bahan pembelajaran yang sesuai dapat meningkatkan
kemampuan belajar sendiri dalam kalangan murid. Bukan itu sahaja, bahkan kajian terdahulu
mendapati bahawa keluarga yang mengamalkan komunikasi sihat di rumah bukan sahaja
dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan malahan membantu anak-anak meningkatkan
perkembangan diri, emosi dan pencapaian mereka dalam pelajaran (Cooper, Robinson &
Patall, 2006). Sejajar dengan pendapat Kanammah, Melissa & Shahizan (2013) dalam
kajiannya yang mendapati pembelajaran murid di sekolah banyak dipengaruhi oleh peranan
ibu bapa seperti membantu memeriksa kerja rumah serta memberi semangat kata-kata
nasihat.

Justeru itu, bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-
kanak di prasekolah, pendekatan aktiviti yang pelbagai perlu diperkenalkan kepada ibu bapa
bagi memberi pendedahan kepada mereka berkenaan pendidikan awal kanak-kanak. Guru
juga perlu bijak merancang pelbagai aktiviti menarik serta menyeronokkan agar dapat
menggalakkan ibu bapa untuk hadir ke prasekolah seterusnya melibatkan diri dalam aktiviti
yang dijalankan. Selian itu, guru juga perlu prihatin akan latar belakang dan juga budaya
masyarakat setempat supaya tidak berlaku ketidaksefahaman atau salah faham antara kedua-
dua pihak seterusnya kerjasama baik dapat dibina dalam usaha sama membantu
meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam pendidikan awal prasekolah.

3

MODEL PENGLIBATAN
IBU BAPA DAN KOMUNITI

Model Penglibatan Ibu Bapa oleh Joyce Epstein (2002) telah mengetengahkan beberapa
kategori. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan

dalam merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa
di prasekolah.

KEIBUBAPAAN KOMUNIKASI

Sekolah membantu ibu bapa menyediakan Sekolah berhubung dengan ibu bapa
persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran mengenai program atau aktiviti di sekolah
serta memaklumkan berkaitan kemajuan
di rumah dismaping membantu guru kanak-kanak melalui proses komunikasi
mengenal pasti latar belakang dan budaya
yang berkesan.
yang dipraktikkan dalam keluarga.

KESUKARELAWANAN PEMBELAJARAN DI RUMAH

Pihak sekolah mengelolakan bantuan ibu Sekolah membekalkan idea kepada ibu bapa
bapa serta mewujudkan pasukan untuk membantu anak-anak dalam aktiviti

sukarelawan bagi membantu pihak sekolah pembelajaran di rumah. Penglibatan ini
melibatkan aktiviti yang berlaku dalam bilik banyak mempengaruhi pencapaian serta

darjah mahu pun persekitaran sekolah. perkembangan kanak-kanak.

KEPEMIMPINAN KOLABORASI KOMUNITI

Sekolah melatih ibu bapa menjadi pemimpin Sekolah mewujudkan kerjasama dengan
dimana kebiasaannya ibu bapa mengambil komuniti dan juga masyarakat setempat.
Kerjasama ini membawa kebaikan kepada
bahagian dalam pentadbiran dan juga pihak yang terlibat supaya kebaikan tersebut
penjagaan anak-anak. dapat menikmati dan dicapai bersama-sama.

4

KEPENTINGAN PENGLIBATAN IBU BAPA
DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Ibu bapa merupakan individu yang paling penting di dalam setiap aktiviti yang dilakukan
oleh kanak-kanak sama ada di rumah mahupun di sekolah. Keterlibatan ibu bapa dalam setiap
aktiviti kanak-kanak membantu perkembangan kanak-kanak dari segi perkembangan emosi,

rohani, jasmani dan sahsiah.

5

Kajian yang dijalankan oleh Epstein (2002), mendapati penglibatan ibu bapa
yang aktif serta berkualiti dalam pendidikan anak-anak akan memberi manfaat

kepada 3 pihak iaitu pihak anak itu sendiri, pihak ibu bapa dan
juga pihak sekolah atau pun prasekolah.

KANAK-KANAK

Menghormati diri sendiri, ibu bapa dan ahli keluarga.
Kesedaran tentang ilmu.
Bertingkah laku positif dan bertanggungjawab.
Konsep kendiri yang positif.
Pencapaian akademik yang lebih baik.

IBU BAPA

Memahami perkembangan dan pertumbuhan anak-anak.
Menyokong pembelajaran anak-anak.
Memahami peranan dan tanggungjawab guru.
Sentiasa peka dengan kesihatan dan keselamatan anak.
Mengetahui pencapaian semasa anak-anak.

GURU

Memahami hasrat dan harapan ibu bapa.
Menghormati kemahuan, minat dan kekuatan ibu bapa.
Meningkatkan kehadiran murid ke prasekolah.
Sentiasa peka dengan perkembangan kanak-kanak untuk
dikongsikan Bersama ibu bapa.

6

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Menjadi ahli bagi persatuan atau program-program keibubapaan
yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Menawarkan diri secara sukarela dalam aktiviti yang dijalankan
oleh pihak sekolah.

Hadir ke majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Hadir ke mesyuarat ibu bapa yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Sentiasa berhubung dengan guru sama ada secara bersemuka

atau pun di dalam talian bagi mengetahui perkembangan
anak-anak.

Mengambil berat dan peka dengan memo atau info yang
dikeluarkan oleh pihak sekolah.

Hadir ke bengkel yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Bekerjasama dan sentiasa berbincang dengan pihak sekolah

bagi memastikan kejayaan akademik anak-anak.

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

PENutup

Penglibatan ibu bapa dalam Pendidikan Awal
Kanak-kanak perlu disokong oleh pelbagai pihak
khususnya pendidik, ibubapa dan komuniti. Sokongan ini
merupakan konsep complementary learning bagi

membantu pencapaian segala keperluan
dan kejayaan anak-anak.

Semoga Modul Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan
Budaya dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak ini dapat
memberi manfaat serta input berguna buat pasangan ibu
bapa mahu pun barisan guru yang terlibat sama dalam

proses Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Kesimpulannya, penglibatan ibu bapa dalam program
Pendidikan Awal Kanak-kanak khususnya bagi kanak-

kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun adalah
tanggungjawab semua pihak. Sejauh mana kejayaan

didikan ibu bapa adalah bergantung kepada
sejauh mana penglibatan ibu bapa dalam
Pendidikan Awal Kanak-kanak.

“ Melentur Buluh...Biarlah dari Rebungnya “

27

MODUL PENGLIBATAN
IBU BAPA, KOMUNITI

DAN BUDAYA
DALAM

PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

Disediakan Oleh:

Saudara Nurul Hafizul Bin Mohamed
Saudari Sabrina Binti Abdul Rahim
Pengajian Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Fakulti Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris

RUJUKAN
Asiah Abdul Rahim. (2001). Design of building for early childhood education. International

Islamic University Malaysia Press. Kuala Lumpur.
Azizah Lebai Nordin. (2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori dan Amali. Kuala Lumpur

: Penerbitan Universiti Malaya.
Brewer, J. A. (1995). Introduction To Early Childhood Education : Preschool through primary

grades 92nd ed. Needham Heights, MA : Allyn and Bacon.
Joyce L. Epstein, M.G. Sanders, B.S. simon, K.C. Salinas, N.R. Jansorn & F.L. Voorhis. 2002.

School, Family and Community Partnership : Your Handbook for Action 2nd edition.
Thousand Oaks, CA.
Kanammah a/p Manukaram, Melissa Ng Lee Yen Abdullah & Shahizan Hasan. 2013. Pengaruh
Faktor Keluarga Terhadap Pembelajaran Regulasi Kendiri Murid Sekolah Rendah.
Malaysian Journal of Learning and Instruction : Vol. 109 : 179-201.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(Semakan). Putrajaya.
Saifol Bahary Sulaiman & Zulkiply Yaakob (2014). Perkembangan Kurikulum Prasekolah
Malaysia, Selangor : Open Universiti Malaysia (OUM).

29

LAMPIRAN

MODUL AKTIVITI 1 : POTRET KELUARGA

30

MODUL AKTIVITI 2 : TABUNG KELUARGA
30


Click to View FlipBook Version