The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anirbasrahim87, 2022-06-12 04:09:04

Modul Aktiviti 1 POTRET KELUARGA

Modul Aktiviti 1 POTRET KELUARGA

SIRI 1
Modul Aktiviti Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Budaya
Pendidikan Awal Kanak-Kanak

AKTIVITI TUNJANG KEMANUSIAAN DAN
TUNJANG FIZIKAL & ESTETIKA

MODUL AKTIVTI
“Potret

Keluarga”

PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN BUDAYA
DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah elemen penting
dalam pelaksanaan Kurikulum Prasekolah.

Pemuafakatan antara guru, ibu bapa dan komuniti
dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan

murid secara berterusan ke arah melahirkan
warganegara yang baik dan bertanggungjawab.

Keibubapaan Komunikasi

Kesukarelawanan Kepemimpinan

Pembelajaran di rumah Kolaborasi dengan komuniti

RENUNGKAN

AKHLAK

DOA BELAJAR

FOKUS

PANDUAN

TEMA: KELUARGA SAYA

PANDUAN PELAKSANAAN MODUL

1) Ibu bapa disarankan memberi galakan kepada kanak-kanak untuk berkomunikasi dalam
melontarkan idea, pandangan, perasaan serta pengetahuan mereka berkaitan topik
keluarga.

2) Soalan berbentuk percambahan idea boleh dikemukakan kepada kanak-kanak seperti;
- Bilangan ahli dalam keluarga
- Siapa ahli dalam keluarga?
- Bagaimana cara kita sayangkan keluarga?

3) Ibu bapa juga boleh menerapkan nilai murni berkaitan kepentingan ahli keluarga
kepada kehidupan kanak-kanak.

4) Penglibatan semua ahli keluarga adalah amat digalakkan terutama dalam aktiviti
‘Cetakan Tangan Keluarga’.

Buah jambu di bawah tangga,
Buah kelapa di hujung desa,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih bapa sepanjang masa.

Maklumat murid
Nama : ……………………………………………
Umur : ……………………………………
Kelas : …………………………………………

pelaksanaan 1..1..saya sayang ibu,
2..2..saya sayang ayah,
3..3..sayang adik kakak,
1,2,3..sayang semuanya.

Objektif :-
Pada akhir aktiviti kanak-kanak dapat;
1.Menghasilkan ‘Cetakan Tangan Keluarga’
2.Melengkapkan ‘Pokok Keluarga’

AKTIVITI POTRET KELUARGA

Bahan & Peralatan

SAYANGI KELUARGA Kertas lukisan
Warna Air
1. Kanak-kanak menonton video pendek berkaitan keluarga Berus
melalui pautan berikut
https://www.youtube.com/watch?v=- 9TFmmP-Gdw&t=1s Kertas Warna
Gam
2. Ibu bapa bersoal jawab bersama kanak-kanak mengenai video
yang ditonton. Gunting
Pensel Warna
3. Ibu bapa memperkenalkan carta pokok keluarga kepada
kanak-kanak.

CETAKAN TANGAN KELUARGA

1. Ibu bapa dan kanak-kanak menonton video cara melakukan
akiviti ‘Cetakan Tangan Keluarga’ melalui pautan berikut
https://www.youtube.com/watch?v=dTAJDuq9X_A

2. Ibu bapa menyediakan bahan (kertas lukisan, warna air dan
berus).

3. Kanak-kanak melakukan aktiviti cetakan tapak tangan
dengan bimbingan ibu bapa.

POKOK KELUARGA

1. Ibu bapa dan kanak-kanak menyediakan gambar ahli keluarga
(dari koleksi album gambar, lukisan gambar atau potongan
gambar dari buku dan majalah).

2. Kanak-kanak melukis gambar sebtang pokok dan mewarna
mengikut krrativiti.

3. Kanak-kanak melengkapkan ‘Pokok Keluarga’ dengan
bimbingan ibu bapa.

4. Kanak-kanak menonton dan sama-sama menyanyikan lagu
‘1,2,3 Sayang Semuanya' melalui pautan berikut
https://www.youtube.com/watch?v=onLZHDXvvtA

PENILAIAN

Bil Perkara

1. Kanak-kanak boleh menyebut
ahli dalam keluarga

2. Kanak-kanak memberi respon
terhadap video yang
ditonton

3. Kanak-kanak seronok
melakukan aktiviti

4. Kanak-kanak boleh
menyatakan cara
menyayangi keluarga

5. Kana-kanak memberi respon
terhadap soalan ibu bapa

6. Aktiviti yang dijanlankan
melibatkan semua ahli
keluarga

Penilaian Kendiri ini diisi oleh ibu bapa setelah selesai
menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak.

PENILAIAN PENILAIAN dijalankan oleh guru bertujuan

mendapatkan maklum balas berkaitan tahap
penguasan serta perkembangan kanak-kanak
berkaitan kemahiran yang ingin dicapai melalui

objektif pembelajaran.

BIL KOMPONEN / STANDARD KANDUNGAN PENTAKSIRAN CATATAN
I II III
TUNJANG KEMANUSIAAN
KM 1 PENGETAHUAN TENTANG DIRI SENDIRI DAN

HUBUNGAN DENGAN KELUARGA, RAKAN, SEKOLAH
DAN KOMUNITI
KM 2 AMALAN SIKAP YANG BAIK DALAM HUBUNGAN
ANTARA DIRI DENGAN KELUARGA, RAKAN,
SEKOLAH DAN KOMUNITI
TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA
KE 1 KEMAHIRAN MENGHASILKAN KARYA SENI VISUAL
SECARA KREATIF
KE 2 KEMAHIRAN DALAM MENYANYI
TUNJANG KOMUNIKASI
BM 1 KEMAHIRAN MENDENGAR
BM 2 KEMAHIRAN BERTUTUR

ULASAN : _______________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________

BIL PERKARA

1 IBU BAPA DAPAT MELAKSANAKAN AKTIVITI DENGAN
BAIK BERSAMA KANAK-KANAK

2 IBU BAPA DAPAT MENYAMPAIKAN NILAI MURNI
KEPADA KANAK-KANAK MELALUI AKTIVITI

3 AKTIVITI DIJALANKAN MELIBATKAN AHLI KELUARGA
KANAK-KANAK

4 KANAK-KANAK SERONOK MELAKUKAN AKTIVITI DENGAN
PENYERTAAN IBU BAPA

5 KANAK-KANAK BOLEH MENYERTAI AKTIVITI DENGAN
KENDALIAN IBU BAPA

6 KANAK-KANAK MENUNJUKKAN PENGLIBATAN AKTIF
SEPANJANG PELAKSANAAN AKTIVITI

7 AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN DAPAT MENINGKATKAN
DAYA KEYAKINAN KANAK-KANAK

TAHNIAH !

Pagi-pagi menggilap suasa,
Sambil digilap Emas dan Perak,
Ibu ayah dan warga dewasa,
Contoh terbaik tauladan anak-anak.


Click to View FlipBook Version