The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Izzwani, 2022-08-23 11:05:02

PKES3053 - PEMBEBATAN DAN BALUTAN

Pembebatan dan Balutan

Keywords: kain kasa,opsite

A+

PKES3053

PEMBEBATAN
DAN BALUTAN

Nor Syafiqa binti Mohd Tahir
Iffah Shadira binti Hassan
Nur Izzwani binti Pazli

Kumpulan 6
"Merawat sebelum Melarat"

PEMBEBATAN
DAN BALUTAN

Terbitan 2022



PENULIS



Nor Syafiqa binti Mohd Tahir
Nur Izzwani binti Pazli

Iffah Shadira binti Hassan



PENYUNTING



Dr Fatimah binti Mustaffa



Diterbitkan:



Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
75400 Melaka
Melaka.









@ Hak Cipta Terpelihara



Tidak dibenarkan mengeluar atau ulang mana-mana
bahagian buku dan isi kandungan buku ini dalam apa jua

bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain

sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.

i

KATA ALU-ALUAN

EN RAMLE BIN TAIB
KETUA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI
DAN KESIHATAN,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
PEREMPUAN MELAYU,
75400 MELAKA,
MELAKA.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Syukur
alhamdulillah kerana saya berkesempatan untuk mengabdikan
kata alu-aluan dalam e-book Pembebatan dan Balutan ini. Saya
mengucapkan tahniah dan kagum dengan semua pelajar PISMP
Ambilan Jun 2021 di bawah opsyen Pendidikan Jasmani atas
komitmen dalam menghasilkan e-book yang hebat ini yang
bertemakan “Merawat sebelum Melarat”. Semoga guru pelatih
lebih cemerlang dan berjaya menggabung jalinkan elemen 6c di
dalam menjayakan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna di
IPG Kampus Perempuan Melayu.

Nukilan terakhir, saya mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan selamat maju jaya kepada semua guru pelatih Unit
Pendidikan jasmani. Semoga e-book ini menjadi titik permulaan
melonjakkan paradigma guru dalam membentuk insan bermoral
selaras Big Idea yang diterapkan di dalam pembelajaran agar
lebih bermakna dan mendunia.

Sekian, terima kasih.

(EN RAMLE BIN TAIB)
KETUA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu.

ii

PRAKATA

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera ebook ini dihasilkan
bertujuan untuk memberi panduan secara digital dan global
kepada semua warga pendidik mahupun masyarakat setempat
tidak kiralah di manapun mereka berada.Pembebatan dan
balutan juga sangat penting di dalam kehidupan.

Saya berasa bangga dengan para siswi yang bertungkus-lumus
dalam menghasilkan e-book ini. Di sini, saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada para siswi yang telah bekerjasama secara
efektif dengan pelbagai pihak bagi menjayakan ebook ini.
Sebagai penyelaras kursus PKES 3053, saya berharap semua
siswi dapat menjadi seorang guru yang cemerlang dan baik
dalam melahirkan masyarakat yang terbilang.

Sekian, terima kasih.
Salam hormat,

(DR. FATIMAH BINTI MUSTAFFA)
PENYELARAS KURSUS PKES 3053 PERTOLONGAN CEMAS
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka

OGOS 2022

iii

PENULIS

iv

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

KATA ALU-ALUAN ii
PRAKATA
PENULIS iii
PENGENALAN iv
1

01 Maksud dan Fungsi 2
Pembebatan

02 Maksud dan Fungsi 5
Pembalutan

03 Jenis Pembalutan 8
dan Kegunaannya

04 Aplikasi Balutan 11

PENUTUP 16
RUJUKAN 17

PENGENALAN
Pembebatan dan Pembalutan

E-book yang disediakan adalah bertujuan untuk
perkara-perkara seperti berikut:

Memahami tujuan pembebatan iaitu
menahan darah yang mengalir lebih teruk
terhadap seseorang yang sedang cedera.
Mengetahui cara untuk memakai kain anduh
dan lain-lain jenis kain pembalut dengan betul
jika seseorang itu mengalami kecederaan
yang memerlukan penggunaan kain-kain
tersebut seperti tangan patah atau retak
dan lain-lain.
Membantu mengelakkan daripada seseorang
yang tercedera daripada terdedah kepada
kekotoran yang boleh menyebabkan
jangkitan.




1

APAKAH ITU
PEMBEBATAN?

2

APAKAH ITU PEMBEBATAN?

Proses menutup luka bagi menghindarkan
kotoran dan jangkitan kuman.
Pembebatan terdiri daripada: gumpalan
kapas, tisu, kain kasa atau sapu tangan.
Biasanya kain kasa digunakan kerana ia
sesuai untuk membebat luka kerana
sifatnya yang poros (tiris) dan boleh
menyerap cecair.

3

FUNGSI PEMBEBAT

Memberi tekanan pada kawasan yang
berdarah bagi mengawal pendarahan.

Menyerap darah sekresi (rembesan)
dari luka.

Mengurangkan kesakitan dan
melindungi luka.

Mencegah pencemaran.

4

APAKAH PULA
YANG DI

MAKSUDKAN
DENGAN

PEMBALUTAN?

5

Pembalutan adalah cara atau teknik
yang digunakan bagi memastikan
pembebat kekal pada kedudukan

asalnya di kawasan yang cedera agar
tidak mudah bergerak dan tercabut.

Pembalut biasanya dililit pada
kawasan anggota yang terlibat dan

dipenghujungnya dikemaskan.

6

Menghadang pergerakan bahagian
yang tercedera.

FUNGSI Menyokong bahagian yang
PEMBALUTAN tercedera.

Melindungi bahagian yang
tercedera.

7

JENIS-JENIS
PEMBALUTAN

Pembalut kenyal (crepe bandage)

Pembalut gulung (roller bandage)

Opsite

Plaster pelekat

Pembalut kain kasa
Melolin

Pembalut tiga segi (triangular bandage)

8

Jenis-jenis pembalutan
dan kegunaannya

Pembalut Segi Tiga (kain anduh)
Mengemas kedudukan pembebat
Menganduh anggota yang cedera

Pembalut crepe
Mengemaskan kedudukan pembalut
Menganduh tegang otot yang ringan

Melolin
Pad pembalut luka berlapik
Berfungsi membalut luka agar tidak lebih merebak

Plaster pelekat
Menutup luka, calar, melepuh yang kecil
Sebagai pembalut agar luka dan kuman dapat dikawal

Opsite
Pembalut luka kalis air
Membalut luka agar terhindar dari air, kuman
dan merebak. digunakan pada luka terbuka,
terbakar atau kemalangan teruk

9

KEGUNAAN

Mengikat bebat di
tempat luka.

Mengikat tuap di
tempat patah.

Mengampu dan
menyokong.

Luka-luka tidak wajar
didedahkan kerana bahaya
dihinggapi kuman-kuman dan
dicemari oleh kekotoran atau

racun.

Dengan itu, luka akan
bernanah dan menjadi lebih
besar dan akan menimbulkan

banyak masalah.

10

APLIKASI BALUTAN

1. ANDUH PERGELANGAN TANGAN

- Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain
anduh ,
kemudian tarik dan letakkan
- bucu atas kain anduh di atas tangan.
- Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas
dan bawah.
- Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas
pergelangan tangan.


http://01serembantimur.blogspot.com/p/balutan-anduh.html

11

2. ANDUH LENGAN

- Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku
lengan yang tercedera .
- Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
- Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi
boleh dipinkan atau dilipat kebahagian dalam untuk lebih
kemas.

http://01serembantimur.blogspot.com/p/balutan-anduh.html

12

3. BALUTAN LUKA DADA HADAPAN

- Kain anduh dibalut menutupi bahagian
luka yang terdedah.
- Kain diikat dibahagian belakang badan
dengan menggunakan tiga bucu.

http://01serembantimur.blogspot.com/p/balutan-anduh.html

13

4. BALUTAN LUKA DADA BELAKANG

- Kain anduh dibalut menutupi bahagian
luka yang terdedah.
- Kain diikat dibahagian hadapan badan
dengan menggunakan tiga bucu.

http://01serembantimur.blogspot.com/p/balutan-anduh.html

14

Terdapat beberapa jenis balutan antaranya
ialah:

Balutan luka siku

Balutan luka peha

15

PENUTUP

Kesimpulannya, pembebatan dan
pembalutan objektif adalah untuk memberi
kefahaman tentang jenis-jenis bebat yang
sedia ada. Selain itu, saya dapat mengenal
pasti serta dapat memberi
rawatan/pembalutan yang sesuai mengikut
tempat kecederaan. Selain itu, sesungguhnya
terdapat banyak perkara yang perlu kita
berikan perhatian untuk hidup dalam
keadaan berjaga-jaga. Hampir kesemua
perkara tersebut berpunca daripada diri kita
sendiri. Kita adalah orang yang
bertanggungjawab menentukan keputusan
dan bukannya orang lain. Oleh itu, marilah
kita sama-sama mengenali dan mempelajari
tentang tajuk pembebatan dan pembalutan
agar kita dapat berwaspada perkara yang
tidak diketahui pada masa akan datang kelak.

16

RUJUKAN

Zaty Suhaimi. (2014). Pembalut dan Balutan (PBSM).
Slideshare.net.
https://www.slideshare.net/ZatySuhaimi/pembalut-dan-
balutan-pbsm
norazanePBSM. (2019). Bebatan Dan Balutan.
Slideshare.net.
https://www.slideshare.net/norazanePBSM/bebatan-dan-
balutan
Pembebatan Dan Pembalutan. (2022). Scribd.
https://www.scribd.com/doc/15697342/Pembebatan-Dan-
Pembalutan
Pembebatan, D., & Pembalutan. (n.d.). Retrieved August
10, 2022, from
https://bsmmterengganu.files.wordpress.com/2014/06/ba
b-9-bebat-dan-balutan.pdf

17

SINOPSIS

Pembebatan merupakan satu proses
menutup luka bagi menghindarkan
kotoran dan jangkitan kuman.
Pembebatan berfungsi untuk memberi
tekanan pada kawasan yang berdarah
bagi mengawal pendarahan dan lain-lain.
Selain daripada itu, pembalutan pula
ialah cara atau teknik yang digunakan
bagi memastikan pembebat kekal pada
kedudukan asalnya di kawasan yang
cedera agar tidak mudah bergerak dan
tercabut. Aplikasi bantuan dengan
menggunakan kain anduh diaplikasikan
pada kawasan yang cedera itu.

18


Click to View FlipBook Version