UJIAN ONLINE LENCANA KEAHLIAN OLEH APLD MANJUNG 2021
1. Selepas biodata tampal skima ini. Ahli boleh juga melukis dan menyalin skima ini- kreativiti.
2. Buku log WAJIB dilukis dan tulis sendiri.
Boleh guna Pen dan hiasi buku anda dengan Tulisan Berwarna seperti Tajuk penting.
SKIMA LENCANA KEAHLIAN PKK
1.Lambang Pengakap Malaysia Dan Lambang
Pengakap Sedunia
2. Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang
Pengakap
3. Lima Prinsip Rukun Negara
4.Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap (PKK)
5.Sejarah Pergerakan Pengakap Dunia dan di
Malaysia
6.Cerita Hutan ( Jungle Book) - Mowgli
7.Laung Agung
SKIMA 1
Melukis Lambang Pengakap Malaysia - perincian maksud boleh google - ini
contoh boleh buat design lain
SIMBOL ATAU WARNA MAKSUD/PERINCIAN
PECAHAN TIGA KELOPAK Melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga
itu:
WARNA KUNING, HIJAU DAN MERAH
1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;
DUA BUAH BINTANG PECAH LIMA 2. Menolong orang pada setiap masa;
BERWARNA HIJAU PADA KELOPAK KIRI 3. Menurut undang-undang pengakap.
DAN KELOPAK KANAN Melambangkan unit-unit Pengakap:
IKATAN HIJAU
LINGKARAN TALI BERWARNA KUNING Kuning bagi Unit Pengakap Kanak-kanak;
Hijau bagi Unit Pengakap Muda;
ANAK BULAN DAN BINTANG MerahbagiUnit PengakapRemaja.
WARNA KUNING PADA ANAK BULAN DAN Melambangkan Undang-Undang Pengakap.
BINTANG
BINTANG PECAH 14 (WARNA KUNING) Menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan
persaudaraan Pengakap Sedunia.
Menunjukkan agama rasmi Malaysia ialah Agama
Islam.
Menunjukkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang
Maha Mulia Raja-raja.
Melambangkan 14 buah negeri, termasuk
Wilayah Persekutuan yang terkandung di dalam
Malaysia.
LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA
Lukis dan warnakan
SKIMA 2
PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP
PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia,
yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan,
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut Undang-undang Pengakap.
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan
Agong dan Raja-Raja, Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, ibu bapanya, majikannya
serta orang-orang di bawahnya.
3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang pada setiap masa.
4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan bersaudara kepada lain-lain
Pengakap walau apa pun negara, negeri, bangsa, pangkat dan agamanya.
5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya.
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada haiwan.
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu
bapanya, Ketua Patrolnya, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya tanpa
persoalan.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa tabah hati dan sentiasa senyum
walaupun semasa kesusahan.
9. Pengakap sentiasa berjimat dan cermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
SKIMA 3
PRINSIP RUKUN NEGARA
1. Kepercayaan Kepada Tuhan
Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa
dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat
terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama
dalam Rukun Negara.
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki
menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin
tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
3.Keluhuran Perlembagaan
Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami
maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan
dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.
4. Kedaulatan Undang-Undang
Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu
diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara
tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman
yang bebas dan berwibawa.
5. Kesopanan dan Kesusilaan
Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk individu dan
masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci tingkah laku yang angkuh atau
menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.
SKIMA 4
HORMAT DAN COGAN KATA PENGAKAP
Lukis dan Warnakan
Mematuhi undang- Menolong Orang lain
undang pengakap Taat Kepada Allah Dan
KDYMM PADUKA SERI
Diri-Sendiri SULTAN BAGINDA
Pengakap Undang-Undang
Bersaudara Pengakap
Cogankata PKK
BUAT SEHABIS BAIK
SKIMA 5
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA
BIODATA BP
Nama Penuh Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan BP
Tarikh Lahir 22 Februari 1857
Tempat Lahir London, England
Pendidikan Awal Charter House, London
Pekerjaan Bekas Mejar Jeneral Tentera British
Nama Bapa Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia 8 Januari 1941 dan disemadikan di Kenya.
SEJARAH PENGAKAP DUNIA
Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau
Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu
perkhemahan untuk budak- budak lelaki di pulau berkenaan.
Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden
Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh
pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula
sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan
perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea
dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku ” Scouting
For Boys ” yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah
tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga,
pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa
tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun
1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia.
Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan
di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap
Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan ” Lord Baden Of
Gillwell ” kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah
beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan
pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di
Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP MALAYSIA
Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura
dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu,
beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 )
tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat
dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-
kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai
pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10.Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11.Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12.Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas
Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah
menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957.
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada
Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu,
Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965,
Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia
sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.
SKIMA 6
CERITA HUTAN- MOWGLI
MOWGLI
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan
paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau
ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan
Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, ada seorang
pemotong kayu suami isteri dan seorang anak mereka yang masih kecil sedang tidur dengan
nyenyak. Di sisi khemah itu, terdapat unggun api yang menyala dengan maraknya.
Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere
Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga
menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.
Sedang Bapa Serigala (Akela) berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba
dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia
ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu
adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri
apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi. Bapa serigala menggonggong budak itu dan
membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu
sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain
menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu
sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga
sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri. Dia mempunyai
kawan yang rapat iaitu harimau kumbang (Baghera) dan beruang (Baloo). Tetapi tidak lama
kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah yang
memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui terdahulu daripada
itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat
makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.
Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu,
yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang Shere Khan cuba hendak
mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua. Dengan
marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan
tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan
benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.
BOLEH LUKIS….TINJUKAN KREATIVITI ANDA
SKIMA 7
LAUNG AGUNG
Gambarajah Kedudukan Istiadat Laung Agung
Istiadat laung agung dilakukan pada permulaan dan akhir setiap
perjumpaan Pek Pengakap Kanak-Kanak (PKK) di seluruh dunia
Istiadat ini diadakan bagi menimbulkan semangat kekitaan,
perpaduan dan membina disiplin di kalangan ahli Pengakap
Kanak-Kanak (PKK)