The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM20622 Nik Fatin Fateha Binti Nik Mohd Zaki, 2023-03-03 08:47:45

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

NIK FATIN FATEHA PPS2-8 TUGASAN 1

KO BMMB1103 NSEP, FUNGSI & MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL NAMA PENSYARAH: PN NORLIZA BINTI KAMAL


NAMA: NIK FATIN FATEHA BINTI NIK MOHD ZAKI KELAS: PPS2-8 NO MATRIKS: P22171772 ANGKA GILIRAN: 2022172310060 PROFIL DIRI


TAKRIF CIRI-CIRI JENIS DAN BETUK PANTUN SELOKA GURINDAM 1.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU 2.0 FUNGSI KESUSASTERAAN 3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL ISI KANDUNGAN


KONSEP KESUSATERAAN MELAYU Menurut Siti Hajar Abdul Aziz dalam Bahasa Melayu 1 Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakatMelayu. Dalam masyarakat Melayu tradisional, sastera bersatu dan berintegrasi dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, seorang ibu yang menidurkan bayinya secara sengaja atau tidak, akan menyanyikan balada-balada yang berirama dan merdu. Seorang dukun yang membacakan mantera untuk menyembuhkan orang sakit secara sedar atau tidak, akan melagukan puisi yang indah dan berirama. Perkataan ‘sastera’ berasal daripada bahasa Sanskrit castra yang membawa maksud kitab suci. Kesusasteraan pula membawa pengertian sebagai segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran.(Harun Mat Piah et al;2006 hlm 6). Menurut Syed Ali Ashraf (1989:36) sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni tetapi ianya merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif. Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya. Sastera adalah ekspresi fikiran iaitu idea-idea, pandangan, perasaan, pemikiran dan semua kegiatan mental manusia yang menggunakan bahasa sebagai perantara.


KONSEP KESUSATERAAN MELAYU Dewan Bahasa dan Pustaka, melalui Kamus Dewan mentakrifkan sastera ialah bahasa-bahasa yang digunakan di dalam kitab-kitab dan bukan merupakan bahasa basahan. Contoh bahasa sastera yang paling indah ialah di dalam Surah Yusuf yang kini menjadi sandaran kepada genre baru dunia penulisan yang dipanggil sastera islami. Prof. Dr. Hasyim Yahya, mendefinasikan kesusasteraan sebagai sebuah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia menjadi indah berakar-umbikan perkataan susastera di dalam bahasa Sanskrit. ‘Su’ membawa maksud indah, baik atau lebih bermakna. ‘Sastera’ pula bermaksud buku. Secara ringkasnya, sastera adalah kumpulan buku yang menghimpunkan sesuatu yang indah, baik dan memberi makna kepada persekitarannya. Menurut Ali Ahmad dalam buku Pengantar Pengajian Kesesateraan, beliau menggariskan makna sastera sebagai sesuatu yang berseni, yang berkaitan dengan kehalusan atau estetika dan bahasa. Selanjutnya, beliau mengatakan kesusasteraan itu ialah kehalusan pencipta dan keinginan pembacanya meneroka aspek kehalusan itu. Beliau juga berpendapat bahawa estetika penggayaan bahasa merupakan asas kewujudan hasil kesusasteraan.


KONSEP KESUSATERAAN MELAYU Berdasarkan kepada etimologi, kesusasteraan berasal daripada perkataan sanskrit iaitu ‘sastra’ yang berereti karya (lisan/bertulis) atau buku. Awalan –su pula bermaksud baik, indah, cantik, seni dan berguna. Imbuhan ke- dan –an membawa maksud yang menyeluruh iaitu segala yang tertulis, yang bernilai seni dan estetik. Sastera adalah ekspresi fikiran iaitu idea-idea, pandangan, perasaan, pemikiran dan semua kegiatan mental manusia yang menggunakan bahasa sebagai perantara. Kesusasteraan menurut kamus ialah hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang terkandung ciri-ciri istimewa yang tersendiri.


Secara ringkasnya sastera dilengkapi dengan unsur-unsur yang berikut: S – Seni bahasa yang indah A – Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarang S – Sensori atau daya sensitiviti pengarang T – Tersurat & tersirat E – Estetika atau keindahan dari segi bahasa R – Realiti kehidupan A – Alternatif


CIRI CIRI KESUSASTERAAN Penyebaran diwariskan secara lisan Bersifat tradisional Wujud dalam variasi yang berbeza-beza Bersifat anonimi Bentuk rumus atau pola dengan plot yang lebih kurang sama Mempunyai fungsi tertentu Menjadi hak milik bersama Penulisan bersifat sederhana, spontan dan agak kasar


BENTUK DAN JENIS SASTERA MELAYU


LISAN (RAKYAT) SASTERA MELAYU TRADISIONAL Kesusasteraan Melayu klasik ialah hasil karya seni yang disampaikan melalui perantaraan bahasa, sama ada secara lisan atau tulisan. Kesusasteraan ini menggabungkan falsafah pencipta dengan penerimanya pada zaman tersebut. Sastera Melayu klasik atau tradisional dapat dibahagikan kepada dua genre, iaitu sastera lisan dan sastera tulisan. Sastera lisan juga dikenali sebagai sastera rakyat, manakala sastera tulisan disebut sebagai sastera istana. PROSA TRADISIONAL MITOS LAGENDA CERITA RAKYAT TULISAN (ISTANA) SASTERA SEJARAH SASTERA HIKAYAT SASTERA PANJI SASTERA EPIK SASTERA AGAMA PUISI TRADISIONAL NARATIF SYAIR BUKAN NARATIF PANTUN GURINDAM SELOKA TALIBUN TEROMBA GURINDAM NAZAM GHAZAL DIKIR/ZIKIR SASTERA UNDANG-UNDANG SASTERA KITAB SASTERA KETATANEGARAAN KEPUSTAKAAN ILMU TRADISIONAL BUKAN NARATIF NARATIF


SASTERA LISAN MITOS LAGENDA CERITA RAKYAT -Bermaksud hasil-hasil kreatif yang termasuk dalamnya daya ciptaan imaginatif pencipta yang mengandungi atau menggambarkan nilai-nilai pandangan dunia (world view) masyarakat itu sendiri (yang hidup berkelompok dan primitif). - Cerita yang dianggap benar-benar terjadi dan diangap suci - Mengisahkan kejadian alam semesta, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. - Tokoh yang terlibat pula terdiri daripada makhluk halus, dewa atau separuh dewa yang terjadi pada masa dahulu. mitos asal-usul mitos institusi sosial mitos politik jenis mitos terbahagi kepada 3: ciri-cirinya ialah -Dianggap benar-benar terjadi. - Peristiwa yang aneh, tetapi penting. - Dianggap keramat dan memberi kesan kepada masyarakat. - Latar belakang berlaku pada zaman lampau - Tokoh yang terlibat ialah tuhan atau dewa-dewa. - Cerita yang dipercayai benar-benar berlaku. - Tidak dianggap suci. - Mengalami tokok tambah daripada cerita sejarah sebenar. ciri-cirinya ialah: - Tokoh atau tempat mempunyai sifat luar biasa. - Dianggap sebagai sejarah kolektif. - Bersifat universal - Dipercayai benar-benar berlaku. lagenda keagamaan lagenda alam ghaib lagenda perseorangan lagenda tempat lagenda tokoh jenis jenis lagenda termasuklah: - Berbentuk prosa. - Dianggap tidak benar. - Sebagai hiburan. - Mengandungi nilai moral dan sindiran. cerita binatang cerita lipur lara cerita jenaka cerita teladan jenis-jenisnya ialah: Ditokohi oleh binatang. Binatang bersifat dan bertingkah laku seperti manusia. Binatang yang menjadi tokoh biasanya bersaiz kecil tetapi cerdik. Lawannya binatang yang besar, tetapi kurang akalnya dan dianggap bodoh. Contohnya, cerita Sang Kancil dan Sang Buaya. misalnya, Cerita binatang – cerita yang bersifat menghibur dan mendidik. Ciri-ciri:


SASTERA TULISAN SASTERA HIKAYAT SASTERA AGAMA SASTERA EPIK SASTERA UNDANG-UNDANG SASTERA PANJI Sastera hikayat berunsur Hindu, Hikayat Seri Rama. - Sastera hikayat berunsur Islam, Hikayat Sultan Damsyik. Sastera hikayat berunsur HinduIslam, Hikayat Putera Jayapati. Jenis-jenisnya ialah Terbahagi kepada dua kumpulan aitu: i. Adat Temenggung, seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Pahang dan sebagainya. ii. Adat Perpatih, Tambo Minangkabau, Tambo Adat, Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan, dan sebagainya. Terbahagi kepada 2 jenis iaitu: i. Epik kebangsaaan, Hikayat Hang Tuah. ii. Epik berunsur islam, Hikayat Mohamad Hanafiah Berkisahkan pengembaraan, percintaan dan peperangan Watak utamanya menggunakan watak panji. Watak utama (sang kekasih) biasanya dinamakan Cendera Kirana. Fokus kepada cerita-cerita Nabi Muhammad SAW. Kehebatan dan keagungan Nabi dalam membawa dan menyebarkan agama Islam. Contoh : Hikayat Bulan Berbelah.


JENIS SASTERA BUKAN NARATIF Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), sastera undang-undang merupakan hasil penulisan tradisional Melayu yang menjadi bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama. Dalam erti kata yang lain, sastera undang-undang merujuk kepada peraturan hidup orang Melayu yang didasarkan kepada adat resam yang turun-temurun digunakan untuk menjaga negeri dan kedudukan rajaraja Melayu. Sastera kitab merujuk kepada kitabkitab yang bermuat tentang hal-hal yang berkaitan dengan persoalan agama Islam dalam bahasa Melayu. Sastera jenis ini berkembang pesat dengan kewujudan kerajaan Melayu Islam di Alam Melayu, antaranya termasuklah Kerajaan Pasai, Kerajaan Melaka Kerajaan Acheh, Kerajaan Palembang, Kerajaan Banjarmasin dan Kerajaan Melayu Riau. SASTERA UNDANG-UNDANG SASTERA KITAB


JENIS SASTERA BUKAN NARATIF Karya yang menjadi petunjuk kapada golongan raja-raja dari segi mentadbirkan negara. Kandungan kitab ketatanegaraan merupakan penerangan secara naratif (cerita) cara mentadbirkan sesuatu negeri dengan berdasarkan contoh rajaraja zaman dahulu kala khususnya raja-raja dari Timur Tengah. Sastera Sufi ialah genre kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang yang mengamalkan ajaran tasawuf. Ciri-cirinya termasuklah Berjiwa tinggi Dalam maknanya Khayalannya melayang jauh Melukiskan sesuatu dengan menggunakan rumus yang pelik SASTERA KETATANEGARAAN SASTERA SUFI


sastera puisi bermaksud hasil kesusasteraan yang dikarang tetapi di dalam bentuk baris. Kebiasaannya ia merupakan bahasa yang berirama dan mempunyai maksud berlapis. Sastera puisi terdapat di dalam sastera rakyat, sastera epik dan dan sastera hikayat. Misalnya sajak, gurindam, pantun, syair atau mentera. PUISI TRADISIONAL terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan satu lagi bahagian maksud. Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud. Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar. Bagi pantun dua kerat rima akhir dalam bentuk 'a,a'. Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud. Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk 'a,b,a,b' PANTUN TALIBUN sejenis puisi bebas iaitu tiada rima akhir yang tetap, terkadang sama, terkadang tidak. Ia tiada pembayang. Setiap rangkap adalah menjelaskan keseluruhan cerita. Menggunakan atau mencampurkan genre puisi lain seperti pantun dan syair dalam pembentukannya Terdapat beberapa baris dalam rangkap untuk menjelaskan pemerian. Oleh itu banyak unsur hiperbola selain metafora.


GURINDAM SELOKA Setiap untai mengandungi dua baris ayat. Baris pertama disebut syarat, manakala baris kedua disebut jawab. Rima hujungnya sama, iaitu a-a. Isinya ialah hal-hal yang berat dan serius. Puisi bertulis. Sejenis puisi bebas; Rangkapnya tidak tetap; Tidak tetap jumlah baris serangkap; Tidak tetap jumlah perkataan sebaris; dan Ada yang berima dan ada yang tidak berima. Bentuk bebas atau tidak terikat Jumlah baris dalam satu rangkap adalah bebas / tidak tetap Jumlah rangkap bagi satu-satu mantera juga adalah bebas. Rima akhir baris adalah bebas iaitu tidak ada skema rima yang tertentu. berbentuk bebas. ada sisipan puisi lain seperti pantun,gurindam dan sebagainya. isi teromba berkaitan undang-undang, nilai, adat istiadat yang diamalkan oleh kelompok masyarakat. ada kata-kata hikmah TEROMBA MANTERA


Sejenis puisi naratif di dalam bahasa Melayu. Bentuknya berangkap-rangkap. Setiap rangkap yang biasa ada empat baris. Setiap baris mengandungi purata empat patah perkataan. Setiap baris mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Rima hujungnya sama, iaitu a-a-a-a. Tidak mempunyai pembayang dan maksud seperti pantun. Setiap rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan lebih daripada satu rangkap untuk melengkapkan sesuatu idea. SYAIR


puisi moden


SAJAK Menurut Hashim Awang, sajak adalah puisi baharu yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. Sajak bersifat demikian kerana puisi moden lebih bebas dan terbuka bagi menggambarkan pengucapan atau fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas. Tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap. sajak tidak semestinya mengemukakan pertentangan bunyi atau rima akhir di hujung tiap-tiap baris ayat / dimana-mana juga. Mempunyai rangkap, tetapi bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah tetap. Mempunyai baris-baris ayat yang membangunkan rangkap. Mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa. ciri-cirinya ialah: Baris: baris-baris dalam sesebuah sajak. Suku kata: tidak terikat kepada jumlah suku kata tetapi ada juga terpengaruh dengan jumlah suku kata pantun dan syair. Rima: rentak bunyi (pengulangan atau bertentangan). Bentuk terikat / bebas: terikat; sajak yang terpengaruh dengan puisi lama Rangkap: minimum: 1 rangkap. maksimum: terpulang kepada kreativiti penulis. bentuk sajak:


prosa moden


KESUSATERAAN MELAYU MODEN DRAMA CERPEN NOVEL


KESUSASTERAAN MELAYU MODEN Menurut Annas Hj. Ahmad di dalam buku Siti Hajar Abdul Aziz (2011), hasil karyasastera selepas 1800 Masihi digolongkan dalam sastera moden. Bentuk sastera terbahagi kepada Sastera prosa dan sastera puisi. Sastera prosa ditulis menggunakan tatabahasa mudah dan disusun dalam bentuk karangan dan lebih mudah difahami. Contohnya cerpen, novel, esei ataupun skrip drama. Novel merupakan prosa rekaan yang panjang di mana dalamnya termuat sebahagian daripda sebuah kehidupan. Menurut Siti Hajar Abd Aziz (2011), istilah novel berasal daripada bahasa Itali, iaitu novella yang bermaksud satu benda kecil yang baharu. perkataan tersebut kemudian menjadi istilah sebuah karya sastera dalam bentuk prosa. Isi novel lebih panjang daripada cerpen Dari segi konflik pula, novel lebih banyak berbanding cerpen. Bilangan watak lebih ramai dan berkembang sampai mengalamiperubahan nasib. Penggambaran latar lebih teliti dan seiring dengan perjalanan waktu terjadi perubahan-perubahan hingga konflik dapat diselesaikan. Novel juga mengisahkan kejadian yang dipusatkan kepada serpihan hidup manusia pada sesuatu tempat dan masa yang tertentu. NOVEL-


KESUSASTERAAN MELAYU MODEN CERPEN DRAMA perkataan cerpen merupakan sebuah akronim yang terbentuk daripada perkataan ' cerita ' dan ' pendek'. Hal ini menunjukkan bahawa, cerpen merupakan sebuah cereka yang dihasilkan dengan menggunakan bilangan perkataan, latar, watak yang sedikit berbanding prosa moden lain. Cerpen yang dihasilkan kebanyakannya berkisarkan pengalaman peribadi, realiti hidup dan imaginasi pengarang. Di samping itu, cerpen-cerpen yang dihasilkan itu mencerminkan sikap, perasaan dan fikiran pengarang Melayu pada masa tersebut terhadap persekitarannya. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2017), cerpen mempunyai 5000 hingga 20,000 bilangan patah perkataan sahaja. Hal ini dikatakan demikian kerana, cerpen hanya membawa satu tema, beberapa persoalan penting dan satu plot penceritaan sahaja. Watak-watak yang hadir juga sedikit dan sekadar untuk membantu watak utama bagi mewujudkan suasana yang sesuai dengan tema cerpen. Dalam penghasilan sesebuah drama, terdapat beberapa unsur yang perlu hadir untuk menjadikan sesebuah drama itu mantap. Unsur yang pertama ialah skrip drama. Skrip drama sangat penting kerana menentukan gerak geri pelakon bermula daripada permulaan sehingga pengakhiran drama tersebut (Ummi Hani Abu Hassan, 2011). Hal ini bermakna, tugas yang sangat penting adalah tugas penulis skrip kerana merekalah yang menentukan segala perjalanan drama dan mereka perlu memerah otak untuk menghasilkan drama yang berkualiti. Selain itu, terdapat juga unsur pengarah selepas skrip. Kehadiran pengarah dalam sesebuah drama sangat penting kerana mereka bertanggungjawab untuk menyelaras sesebuah drama yang dihasilkan supaya berjalan lancar. Unsur yang ketiga dalam drama ialah pelakon iaitu watak yang menggerakkan sesebuah cerita dalam drama. Pelakon merupakan individu yang bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej drama kepada penonton. Unsur yang terakhir ialah pentas atau latar tempat. Latar tempat berfungsi untuk menjadikan sesebuah drama kelihatan lebih nyata dan seolah-olah drama tersebut benar-benar terjadi dalam masyarakat.


CIRI-CIRI KESUSASTERAAN 1.KEINDAHAN Merujuk kepada gaya & lenggok bahasa yang digunakan serta dapat menyerlahkan keindahan sesebuah hasil karya itu. Hasil karya dikatakan indah sekiranya organisasi unsurunsur yang terkandung dalamnya tadi memenuhi empat syarat iaitu keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan berfokus atau penekanan sesuatu unsur. bentuk novel dan bentuk puisi adalah berbeza memperlihatkan keindahannya dari segi unsur-unsur yang terkandung di dalamnya 2. MENCERMINKAN PENGALAMAN Merujuk kepada tindak balas yang utuh (merujuk kepada kegiatan fikiran, tetapi juga perasaan dan imaginasi). daripada jiwa manusia yang digambarkan secara realiti. (sesuatu yang dapat merangsang atau menyentuh kesedaran manusia, sama ada di dalam atau di luar dirinya). Pengalaman pengkarya itu hanya dapat diungkapkan dan dikongsikan oleh orang lain jika direalisasikan dalam bentuk bahasa sehingga membolehkan pembaca dapat memikirkan , merasakan dan mengimaginasikan seperti yang dialami oleh pengkarya tersebut. 3. PENGALAMAN SENI Melalui peristiwa sastera, pembaca dapat memahami dan merasai fikiran dan perasaan pengkarya. Karya sastera bukan hanya memberikan kepuasan kepada pembaca dalam menyelami dan memahami isi hati pengkarya melalui gagasan dan fikiran, tetapi juga pengalaman dan nilai-nilai seni yang mengagumkan pembaca. 4. KARYA SENI 3 perkara yang dapat membezakan sama ada karya tersebut merupakan karya sastera atau bukan sastera adalah menerusi sifat fiksyen ( imaginasi pengkarya ), nilai-nilai estetik (mengungkapkan isi hati dengan sejelas-jelasnya dan mendalam) dan gaya bahasa yang khusus. keutuhan- unsur yang ada padanya menunjang kepada usaha mengungkapkan isi hati pengkarya. keseimbangan- unsur-unsur dalam karya seimbang dengan fungsinya. keselarasan- hubungan antara satu unsur atau bahagian karya sastera dengan unsur atau bahagian lain penekanan- unsur atau bahagian yang penting harus mendapat penekanan yang lebih berbanding unsur atau bahagian yang kurang penting.


Sastera ialah seni dan bukan ilmu Sastera ialah satu komunikasi Sastera mempunyai keteraturan Sastera ialah alat hiburan Sastera ialah karya yang berintegrasi Sastera merupakan ekspresi pengkarya CIRI-CIRI LAIN


FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU HIBURAN DAKWAH KRITIKAN SOSIAL PENDIDIKAN


Karya sastera juga berupaya menjadi bahan hiburan yang bermutu. Cerpen dan novel remaja, misalnya, menyajikan bahan bacaan ringan. Plotnya tidak kompleks. Temanya adalah biasa sahaja. Konflik yang timbul tidak memaksa kita berfikir secara mendalam. Selalunya ada penamat yang memberi kepuasan kepada pembaca yang mahukan hiburan. proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia tertentu sahaja disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami sebagai objek dakwah (Mad’u) Medium atau saranan dakwah adalah melalui bahasa. Bahasa berfungsi sebagai saranan komunikasi dakwah. HIBURAN Karya-karya kesusasteraan juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau sindiran terhadap raja atau orang-orang bangsawan.Contohnya: Mengkritik masalah keruntuhan moral dan akhlak, institusi kekeluargaan, pembangunan dan keagamaan. Mengkritik isu pembangunan negara yang mendatangkan implikasi negatif kepada sebahagian masyarakat tertentu. DAKWAH KRITIKAN SOSIAL


PENDIDIKAN Fungsi lain karya sastera adalah untuk memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada masyarakat.Fungsi ini juga menjadikan karya sastera sebagai suatu bahan yang dapat membawa kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran, serta memberi ruang untuk masyarakat menyerap nilai-nilai moral yang dibawa dalam karya sastera. Selain itu, kesusasteraan Melayu turut berfungsi untuk memberi pengajaran. Para sasterawan melalui karya mereka akan memberi pengajaran melalui hasil karyakesusasteraan mereka yang mana banyak menyingkap tentang nilai-nilai murni dalamkehidupan. Sebagai contoh Seloka Pak Pandir dan Pantun Nasihat. Karya-karya ini banyak menjadi rujukan buat masyarakat dalam menjalani kehidupan harian.


MANIFESTASI AKAL BUDI/PEMIKIRAN DALAM PUISI TRADISIONAL


Menurut Norazimah Zakaria (2017), akal budi dalam sesebuah karya sastera menonjolkan perlakuan, idealogi, sikap seseorang yang menyanjungi kebijaksanaan, kehalusan jiwa dan keindahan bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana, identiti pengarang dapat ditonjolkan melalui karya-karya yang dihasilkan dan mesej-mesej yang ingin disampaikan. Para pembaca juga dapat mengesan latar masyarakat, latar tempat dan juga latar masa yang terdapat dalam karya sastera tersebut. Manifestasi akal budi boleh dilihat dalam empat aspek utama iaitu pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup. TAKRIF


C O N T O H P A N T U N C e d o k a ir d e ng a n b a l di, C e d o k n a s i d e ng a n s e n d u k, B a ik dib a w a re s m i p a di, S e m a kin b e ris i s e m a kin t u n d u k.


AKAL BUDI/PEMIKIRAN MELAYU Kita sedia maklum bahawa masyarakat melayu dahulu sangat menitikberatkan aspek kesantunan berbahasa. Pada zaman dahulu, kesantunan berbahasa ialah satu aspek paling penting yang perlu diamalkan oleh masyarakat. Masyarakat yang mempunyai kesantunan berbahasa seperti sentiasa merendahkan diri apabila bertutur akan dipandang mulia oleh orang di sekeliling mereka. Hal ini demikian kerana masyarakat yang mempunyai kesantunan dalam berbahasa menandakan wujudnya sikap moral dalam diri mereka. Oleh itu, jelaslah bahawa kesantunan bahasa merupakan sesuatu perkara yang memainkan peranan yang penting untuk melahirkan seseorang yang sentiasa merendahkan diri dan bersikap mulia dalam pertuturan dan pergaulan seharian berasama orang di sekelilingnya. Menasihati masyarakat supaya sentiasa mengamalkan kesantunan berbahasa dalam kehidupan seharian


C O N T O H P A N T U N B e rb u ru k e p a d a ng j aj a r, D ap a t ru s a b e rb e l a ng ka ki, B e rg u ru k e p a l a ng aj a r, B ag a i b u ng a k e m b a ng t a k j a di..


AKAL BUDI/PEMIKIRAN MELAYU ilmu itu tidak akan mendatangkan faedah ataupun manfaat kepada seseorang itu sekiranya Sesuatu ilmu pengetahuan yang dipelajari tidak dipelajari dengan sempurna. Maksud tersirat yang terkandung dalam pantun boleh dijadikan sebagai nasihat atau peringatan untuk sentiasa belajar menuntut sesuatu ilmu itu dengan bersungguh supaya mendapat hasil yang baik dan berguna dalam kehidupan harian. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu dahulu mengutamakan ilmu pengetahuan yang berada dalam diri seseorang. Hal ini kerana ilmu pengetahuan dapat dijadikan sebagai bekalan pada masa hadapan dan digunakan dalam kehidupan seharian agar kehidupan berada dijalan yang betul. peringatan untuk sentiasa belajar menuntut sesuatu ilmu itu dengan bersungguh


C O N T O H P A N T U N Tingkap p ap a n kay u p e rs egi, S a m p a n s a ka t di P u l a u A ngs a, I n d a h t a m p a n k e ra n a b u di, Tinggi b a ngs a k e ra n a b a h a s a ..


AKAL BUDI/PEMIKIRAN MELAYU Masyarakat Melayu zaman dahulu menilai darjat sesuatu bangsa atau individu itu melalui bahasa yang dituturkan. Hal ini demikian kerana budi bahasa lebih penting berbanding kekayaan harta yang dimiliki. Budi bahasa dapat menunjukkan keperibadian seseorang dalam sesuatu bangsa dan secara tidak langsung dapat mengukuhkan perpaduan kaum dalam negara. Kebijaksanaan dan kesopanan sesuatu bangsa atau individu itu akan lebih menonjol jika dia mengamalkan amalan berbudi bahasa dalam bahasa. Dengan ini, jelaslah bahawa ketinggian budi bahasa dapat mencerminkan sikap peribadi serta melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun dan sentiasa bersopan santun.


C O N T O H P A N T U N Ka l a u b e r t a n a k d e ng a n m e ngg u l a i M e ng a c a u g u l a i p e c a h is inya Ka l a u g e l a k n a k j a ng a n m e ngi l a i Ka l a u m e ngi l a i re n d a h b u dinya .


AKAL BUDI/PEMIKIRAN MELAYU Berdasarkan contoh pantun ini, pengkarya menegur tentang cara untuk gelak iaitu tidak gelak dengan cara mengilai kerana perkara itu dianggap tidak sopan secara ringkasnya, pengkarya mengujarkan tentang nilai adab yang perlu dipatuhi oleh masyarakat dan pengajaran kepada mereka sekiranya sesuatu adab itu tidak dipatuhi. sekiranya tidak patuh, mereka mungkin akan dikenakan tekanan sosial oleh masyarakat, agama dan sistem adat itu sendiri. Oleh itu, nilai yang baik boleh membentuk jati diri orang Melayu untuk menjadi lebih beradab dan baik. Kita juga mestilah bersopan santun semasa bersosial bagi mencerminkan peribadi yang baik


C O N T O H P A N T U N Ya ng k u rik i t u k u n di, Ya ng m e ra h i t u s ag a, Ya ng b a ik i t u b u di, Ya ng in d a h i t u b a h a s a .


AKAL BUDI/PEMIKIRAN MELAYU pengarang menunjukkan gaya hidup masyarakat Melayu terdahulu yang mementingkan budi bahasa. Hal ini dapat dilihat pada bahagian maksud pantun tersebut iaitu; Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa. Dalam bahagian maksud ini, pengarang mengatakan bahawa budi baik seseorang manusia itu dapat digambarkan dengan keindahan bahasa yang digunakan olehnya. Hal ini bermaksud, setiap percakapan kita sentiasa melambangkan identiti kita sendiri kerana setiap yang dituturkan itu datang daripada hati kita sendiri. Oleh hal yang demikian, rumusan yang boleh dibuat adalah pengarang menghasilkan pantun ini untuk dijadikan pedoman dan panduan kepada orang ramai supaya sentiasa menunjukkan budi bahasa yang baik.


B a ik b u di Em a k S i R a n d a ng, D ag a ng l a l u di t a n a kka n Ti a d a kay u ru m a h diru n t u h ka n, A n a k p u l a ng k e l ap a ra n, A n a k di p a ngk u di l e t a kka n, Ke ra di h u t a n dis u s u i, D ag a ng p e rgi a w a k t e rh u t a ng, B e ra s h a b is p a di t a k j a di. M d. A l i B a c h i k (P e ny e l e n gg a r a ) Kh a z a n a h P u is i K l a s i k M e l ay u, 2 0 0 3 D e w a n B a h a s a d a n P u s t a k a C O N T O H S E L O K A E M A K S I R A N D A N G


AKAL BUDI/PEMIKIRAN MELAYU Emak Si Randang sanggup berhabisan duit dan meruntuhkan rumah sekiranya tidak berkayu sebagaimana dalam frasa “Tiada kayu rumah diruntuhkan" Disebabkan sikap boros ini, dia terpaksa menanggung beban hutang yang banyak sebagaimana dalam frasa "Dagang pergi awak terhutang” 2. Menyindir sikap masyarakat Melayu yang tidak pandai mengurus harta Emak Si Randang mengabaikan anaknya yang kelaparan dan mengutamakan kera di hutan untuk disusui. Sebagaimana dalam frasa "Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui". Sikap menguruskan hal orang lain berlebih-lebihan sedangkan hal sendiri diabaikan boleh mendatangkan kemudaratan. 1. Menyindir sikap masyarakat yang lebih mengutamakan orang luar dalam urusan berbanding keluarga sendiri.


AKAL BUDI/PEMIKIRAN MELAYU 3. Menyindir masyarakat yang terlalu baik hati Emak Si Randang bersikap terlalu baik hati walaupun dengan orang yang tidak diketahuinya Sebagaimana dalam frasa "Baik budi Emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan'' Kebaikan tersebut bukan membawa faedah malah merugikan diri dan keluarganya Oleh itu, kita mestilah bersikap baik hati secara berpada-pada dan berfikiran rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan yang buruk.


Jika hendak mengenai orang berbangsa, lihat kepada budi dan bahasa, Jika hendak mengenal orang yang berbahagia, sangat memeliharakan yang sia-sia. Jika hendak mengenal orang mulia, lihatlah kepada kelakuan dia. Jika hendak mengenal orang yang berilmu, bertanya dan belajar tiadalah jemu. Jika hendak mengenal orang yang berakal, di dalam dunia mengambil bekal. Jika hendak mengenal orang yang baik perangai, lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai. GURINDAM DUA BELAS FASAL KELIMA


AKAL BUDI/PEMIKIRAN MELAYU Dalam rangkap pertama, pengarang menunjukkan bahawa budi bahasa seseorang individu dapat mencerminkan bangsa individu tersebut. Setiap bangsa di dunia mempunyai cara yang tersendiri dalam berbudi bahasa contohnya, bangsa Eropah lebih gemar memanggil orang yang lebih tua dengan menggunakan nama sahaja tetapi bangsa Melayu lebih gemar memanggil orang yang lebih tua dengan panggilan tertentu seperti puan, tuan, nenek, datu, mak cik dan sebagainya Oleh itu, terbuktilah idea pengarang yang mengatakan bahawa budi bahasa mencerminkan sesuatu bangsa. Dalam rangkap yang kedua, pengarang memberikan satu kaedah kepada kita untuk mengenali dan menjadi orang yang bahagia. Jika hendak bahagia dalam kehidupan ini, setiap manusia janganlah mensiasiakan setiap peluang yang ada. Orang yang bahagia pasti akan menggunakan setiap peluang dengan sebaiknya kerana setiap peluang itu pasti ada kebaikannya. Oleh itu, terbuktilah bahawa pengarang ingin menyeru kita untuk menggunakan setiap peluang yang ada supaya hidup menjadi lebih bahagia.


AKAL BUDI/PEMIKIRAN MELAYU Dalam rangkap ketiga gurindam ini, pengarang menunjukkan kepada kita bahawa orang yang mulia dapat dikesan melalui perlakuannya. Perlakuan orang yang baik kepada makhluk bukan hidup dan juga makhluk hidup menjadikan dia seorang yang mulia. Kemuliaan juga dapat dilihat dari perspektif manusia dengan manusia yang lain. Perlakuan yang baik sesama manusia dapat menjadikan seseorang itu mulia di mata orang lain sehingga menyebabkan dia disanjung tinggi. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa pengarang menyeru kita untuk menunjukkan perilaku yang baik untuk menjadi mulia di mata manusia dan di sisi juga Allah SWT. Dalam rangkap keempat gurindam ini, pengarang menceritakan ciri-ciri orang yang berilmu kepada kita. Orang yang berilmu merupakan orang yang sentiasa bertanya dan belajar tanpa mengenal erti jemu dan penat. Hal ini menunjukkan bahawa, orang yang berilmu ini sangat menyanjungi ilmu dan sentiasa bertanya serta tidak mahu terlepas sebarang ilmu yang berguna. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa pengarang menyeru kita untuk sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan dengan pelbagai cara agar tidak menjadi sampah atau orang yang tidak berguna kepada masyarakat.


AKAL BUDI/PEMIKIRAN MELAYU Dalam rangkap kelima gurindam ini, pengarang menunjukkan kepada kita ciri-ciri orang berakal iaitu seseorang yang mengambil bekalan di dunia. Orang ini dikatakan berakal kerana dunia ini merupakan tempat yang sementara atau persinggahan sahaja kepada manusia manakala akhirat merupakan tempat yang kekal. Jadi, orang yang berakal ini akan memperbanyak amal ibadah untuk kesenangan hidupnya di akhirat manakala orang yang tidak berakal akan berhibur dan mengumpul kekayaan di dunia yang sementara ini. Oleh itu, dapat dilihat bahawa pengarang menyeru kita untuk menjadi seseorang yang lebih bijak dengan cara bersiap sedia untuk hidup di alam yang kekal yakni akhirat. Dalam rangkap keenam gurindam ini, pengarang menunjukkan kepada kita cara untuk mengenal pasti baik budi seseorang itu dengan melihatnya ketika dia berada dalam masyarakat atau bergaul dengan orang ramai. Sebagai contoh, seseorang murid itu akan bersopan santun jika bertemu dengan gurunya secara peribadi tetapi dia juga mungkin akan menjadi seseorang yang sombong atau tidak bersopan jika berada bersama-sama rakan-rakannya. Oleh hal yang demikian, benarlah kata pengarang bahawa baik budi seseorang individu itu dapat dilihat semasa dia bercampur dengan orang ramai.


RUJUKAN Shamsudin Othman (2006). Sastera dan Masyarakat: Analisis Fenomenologi Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Shahnon Ahmad (1991). Sastera Sebagai Seimograf Kehidupan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Hamzah Hamdani (1988). Pemikiran Sastra Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Hashim Awang (1988). Kritikan Kesusasteraan Teori dan Penulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan (2015). Kritikan Sastera Dalam Teori, Aplikasi dan Tradisi Sebuah Kaedah Seorang SarjanaTersohor. Selangor: PTS Akademia.


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version