The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUTORIAL - MODEL SAMR DAN TPACK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM20622 Nik Fatin Fateha Binti Nik Mohd Zaki, 2023-07-14 23:35:26

ss

TUTORIAL - MODEL SAMR DAN TPACK

Keywords: s

MODEL SAMR DAN TPACK T U T O R I A L PENSYARAH: MADAM WU KAM YIN KURSUS: GAPD1032 (ASAS PEMBELAJARAN DIGITAL) T A J U K 1 :


AHLI KUMPULAN Qurratul Afini Aqilatul Fitriah Fatin Fateha Siti Nor Farhanim Nurul Aini


APA ITU SAMR ? S A M R UBSTITUTION (PENGGANTIAN) UGMENTATION (PENAMBAHAN) ODIFICATION (PENGUBAHSUAIAN) EDEFINITION (TAKRIFAN SEMULA) Teknologi bertindak sebagai pengganti secara langsung tanpa melibatkan perubahan fungsi. Teknologi bertindak sebagai pengganti secara langsung dengan cara meningkatkan fungsi. Teknologi membolehkan reka bentuk semula tugas-tugas yang penting. Teknologi membolehkan penciptaan tugas yang baharu yang tidak pernah diwujudkan lagi.


Model SAMR merupakan idea ciptaan Dr. Ruben Puentedura. Beliau mengkategorikan empat peringkat integrasi teknologi bilik darjah yang berbeza-beza. SIAPAKAH YANG MENCIPTAKAN MODEL SAMR INI ? Beliau telah melaksanakan pendekatan ini selama lebih dua puluh lima tahun di pelbagai institusi pendidikan K-20, serta organisasi kesihatan dan seni. Beliau mengaplikasikan transformatif teknologi maklumat kepada pendidikan Beliau juga telah memilih, menggunakan dan menilai teknologi dalam pendidikan, yang kini membimbing kerja Inisiatif Teknologi Pembelajaran Maine, serta projek di Vermont dan Sweden. Dr. Ruben Puentedura Beliau membantu para pendidik memahami cara teknologi boleh memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran. Model ini menggalakkan guru menganalisis secara kritis integrasi teknologi dalam bilik darjah.


MODEL SAMR Model SAMR menekankan kepada penggunaan Web Portal Sekolah 2.0


SUBSTITUTION (PENGGANTIAN) Menggantikan kaedah/proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara tradisional kepada penggunaan Web Portal Sekolah 2.0 yang membolehkan bahan diakses oleh guru dan murid. Penggantian cara pengajaran daripada CPA kepada CAP C = CURRICULUM A = ASSESSMENT P = PEDAGOGY C = CURRICULUM A = ASSESSMENT P = PEDAGOGY Guru boleh menyediakan bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang dapat diakses oleh murid sebelum proses PdP dijalankan. Contoh: Guru menyediakan tugasan awal secara maya kepada murid tentang sesuatu tugasan. Sumber: Video / lagu/ gambar / sebagainya. Contoh lain: Penulisan secara fizikal kepada penggunaan gajet.


AUGMENTATION (PENAMBAHAN) Menyediakan saluran yang lebih efektif untuk memudahkan kaedah CAP Pembelajaran kendiri oleh murid untuk menambah pengetahuan tentang sesuatu topik atau tajuk yang diberikan. Murid akan lebih bersemangat dan bersedia untuk menjalani PdP bersama guru. Misalnya, guru boleh membuat soalan tugasan tambahan seperti kuiz atau soalan serta menonon video yang telah disediakan oleh guru. Pada tahap ini, kita akan menggunakan teknologi dengan menambah elemen-elemen menarik untuk lebih memperkasakan teknologi dari Substitution. Contoh penambahan yang boleh dibuat ialah menggunakan pemproses penulisan dengan beberapa ciri tambahan seperti pautan ke laman web tertentu, menambah imej, grafik, dll.


MODIFICATION (PENGUBAHSUAIAN) Peringkat ini, guru akan mula beralih kepada peningkatan transformasi dengan menggunakan Model SAMR. Perubahan kepada reka bentuk pengajaran dan hsil akhir. Teknologi yang digunakna dalam pembelajaran yang sudah dimodifikasikan lebih baik dari yang sebelumnya. Murid dapat mengakses kemudahan internet untuk menyiapkan tugasan. Contoh: Google Docs/ Canva dan sebaginya membantu murid dan guru menyiapkan kerja bersama-sama,


REDIFINITION (TAKRIFAN SEMULA) Teknologi bilik darjah boleh mengubah pengalaman murid berlaku pada peringkat ini. Murid dapat melakukan kaedah pembelajaran dengan menarik dengan mengaplikasikan pelbagai media atau aplikasi. Contoh: Murid dapat menghasilkan video grafik yang menarik untuk menceritakan hasil penulisan mereka.


KEPENTINGAN MODEL SAMR Guru dan murid dapat meneruskan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara lebih berkesan dan menarik Membantu guru dan murid dalam memanfaatkan digital atau penggunaan tools dalam PdP. Memberi ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja khususnya guru dan murid untuk mengakses bahan dengan lebih mudah.


MODEL SAMR RUJUKAN: https://kumparan.com/asep-totoh/samr-model-pembelajaran-jarak-jauh-1wA5H57V0zZ


Proses pengembangan model TPACK mula dikembangkan oleh Punya Mishra dan Matthew J. Koehler pada tahun 2006. TPACK merupakan singkatan dari Technological Pedagogical Content Knowledge ( Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Isi Kandungan ). Teori ini dibangunkan bertujuan untuk menerangkan set pengetahuan yang guru perlukan untuk mengajar pelajar mereka sesuatu mata pelajaran, mengajar dengan berkesan dan menggunakan teknologi bagi membantu proses pembelajaran berjalan secara efektif dan efisien. Fungsi TPACK: Kaedah untuk mengenal pasti pengetahuan yang diperlukan oleh guru mengenai teknologi dalam pengajaran mereka, di samping menangani sifat guru yang kompleks. APA ITU TPACK ?


KONSEP TPACK TPACK - TECHNOLOGICAL PEDAGOGICAL CONTENT KNOWLEDGE Konsep TPACK dikembangkan oleh Punya Mishra dan Matthew J. Koehler kesan daripada perkembangan teknologi yang pesat dalam kehidupan masvarakat. Konsep TPACK :Menurut Koehler dan Mishra (2008), integrasi pengetahuan teknologi, pedagogi dan kandungan dalam pengajaran akan menghasilkan PdP yang efektif dan sempurna bagi seorang guru atau pengajar. Konsep TPACK: Menurut Koehler dan Mishra (2008), integrasi pengetahuan teknologi, pedagogi dan kandungan dalam pengajaran akan menghasilkan PdP yang efektif dan sempurna bagi seorang guru atau pengajar.


Komponen TPACK terdiri daripada 3 iaitu teknologi, pedagogi dan pengetahuan. Terdapat 7 unsur yang terkandung dalam model TPACK Pengetahuan Pedagogi (PK) Pengetahuan Kandungan (CK) Pengetahuan Teknologi (TK) Pengetahuan Kandungan Pedagogi (PCK) Pengetahuan Kandungan Teknologi (TCK) Pengetahuan Teknologi Pedagogi (TPK) Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. KOMPONEN & UNSUR TPACK Rajah: Technological Pedagogical Content Knowledge Rajah: Technological Pedagogical Content Knowledge


PENGETAHUAN PEDAGOGI (PK) Pengetahuan pedagogi ialah pengetahuan mendalam guru tentang proses dan amalan/kaedah pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru berpengetahuan dalam menguruskan bilik darjah, merancang pembelajaran dan membuat penilaian terhadap murid. PENGETAHUAN KANDUNGAN (CK) Pengetahuan kandungan merujuk kepada pengetahuan guru terhadap kandungan tersebut. Pengetahuan ini merangkumi konsep, teori, bukti dan rangka kerja sesuatu organisasi dalam perkara tertentu. Penguasaan kandungan seseorang pendidik boleh mempengaruhi pemahaman murid. Oleh itu, guru harus memahami dengan baik kedudukan CK dalam pembelajaran.


Merujuk kepada pengetahuan tentang pelbagai teknologi daripada teknologi yang mudah hinggalah teknologi digital seperti internet, video digital, papan putih interaktif dan perisian program. Domain ini meliputi pengetahuan terhadap jenis-jenis alatan, perkakasan atau perisian serta berkemahiran untuk mengendalikannya dengan baik sehingga dapat membantu guru dalam proses pengajaran. PENGETAHUAN TEKNOLOGI (TK) PENGETAHUAN KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) PCK lebih tertumpu kepada proses pembelajaran yang mana guru kemudiannya akan memilih bahan yang diajar. PCK merangkumi pemilihan kaedah pengajaran, rancangan pengajaran, dan kemudahan sokongan pembelajaran.


PENGETAHUAN KANDUNGAN TEKNOLOGI (TCK) TCK ialah pengetahuan tentang pengaruh teknologi terhadap disiplin sains. Iaitu, sejauh mana pengaruh teknologi terhadap perkembangan suatu disiplin ilmu pengetahuan. PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI (TPK) TPK ialah pengetahuan yang mengandungi perkaitan antara teknologi dan proses pembelajaran. Melalui TPK, guru dapat memahami kelebihan dan kekurangan teknologi dalam pembelajaran untuk dijadikan bahan penilaian.


TPACK merupakan integrasi antara tiga komponen iaitu teknologi, pedagogi dan kandungan pembelajaran. Dalam era serba teknologi ini, guru dituntut untuk mahir dalam mengintegrasikan ketiga-tiganya. Apatah lagi, terdapat banyak platform sokongan pembelajaran (e-pembelajaran), salah satunya ialah Quipper Video. TECHNOLOGICAL PEDAGOGICAL CONTENT KNOWLEDGE (TPACK) TECHNOLOGICAL PEDAGOGICAL CONTENT KNOWLEDGE (TPACK)


KELEBIHAN TPACK Meningkatkan pemahaman pelajar melalui penglibatan teknologi. Meningkatkan kemahiran guru menggunakan teknologi dalam pembelajaran. Pelajar mendapat cabaran baru dalam proses pembelajaran. Kandungan pembelajaran yang kompleks boleh dipermudahkan dengan bantuan teknologi. Boleh membantu guru dalam mencapai matlamat pembangunan kompetensi.


Memerlukan infrastruktur tambahan, dalam bentuk penyediaan peranti teknologi. Sekiranya guru tidak dapat memantau pelajar mereka dengan teliti, pelajar akan menyalah gunakan teknologi. Bagi pelajar yang masih buta teknologi, mereka boleh ditinggalkan oleh rakan-rakan mereka yang pakar dalam teknologi. Akses internet yang tidak sama rata boleh meningkatkan jurang dalam kualiti pendidikan. Jika guru tidak begitu mahir menggunakan teknologi, maka masa guru boleh dihabiskan semata-mata untuk fokus memahami teknologi tersebut. KEKURANGAN TPACK


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version