The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Lembaran Ilmu (Fadhilat dan khasiat surah Al-waqiah)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fakriyag6696, 2021-07-06 08:58:08

Lembaran Ilmu (Fadhilat dan khasiat surah Al-waqiah)

Lembaran Ilmu (Fadhilat dan khasiat surah Al-waqiah)

LEMBARAN ILMU (Al-qur’an Kelas : 5D)

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Waqiah

- Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di
dalam Al-Quran

- Surah Al-Waqiah terletak pada juzuk ke 27
- Surah Al-Waqiah terdiri dari 96 ayat.
- Surah Al-Waqiah dinamakan Al-Waqiah kerana

diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat
pada ayat pertama surah ini, yang
ertinya kiamat.

 Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa
khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis
mengenainya adalah sahih.

(1.) Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan
rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan
kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa
hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda :-

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.

“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah,
maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

.
(2.) Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah
Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

(3.) Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW
bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap
malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau
kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

(4.) Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-
Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia
adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

(5.) Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca
surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan
tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah
Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia
dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

.
 Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya :-

“ Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari
dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama
40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya
dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai
penjuru serta berkah pula. ”

 Khasiat Surah Al-Waqiah

Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa
fadhilat dan khasiat, antara lain:

.
(1.) Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah
akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

(2.) Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap
malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan
selamanya.

(3.) Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali
setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan
dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.

(4.) Jika dibaca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu
majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya
yang berkaitan dengan rezeki.

(5.) Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur,
amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas
Solat Subuh dan 3 kali selepas Solat Isyak.
Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu
melainkan ia akan dijadikan seorang
yang hartawan lagi dermawan.

(6.) Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau
orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan
untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang
sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian
dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin,
Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga
dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai
selusuh.

Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah

seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW,

kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita

dapat menolong dan membantu orang lain yang

memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal

jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.

Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas

memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di

dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang

banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat

amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa

kita. Amin Ya Rabbal alamin.


Click to View FlipBook Version