Kata Nama Ganda
Pengertian kata nama ganda
Kata Nama Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan
menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara
seluruh/pada bahagian - bahagian tertentu dengan imbuhan atau
tanpa imbuhan.
Jenis - jenis kata nama ganda
Penggandaan terbahagi kepada 4 jenis iaitu :-
(1.) Kata nama ganda penuh / seluruh
(2.) Kata nama ganda separa
(3.) Kata nama ganda berentak / berima
(4.) Kata nama ganda berimbuhan
Pengertian kata nama ganda penuh / seluruh
Kata nama ganda penuh / seluruh melibatkan seluruh kata dasar
yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.
Contoh kata nama ganda penuh / seluruh
Contoh Contoh Contoh ayat
kata dasar kata nama ganda penuh kata nama ganda penuh
buku buku - buku Buku – buku di dalam almari itu punya ayah saya.
murid murid - murid Murid – murid jangan makan sambil berjalan.
meja meja - meja Di sekolah saya ada meja – meja yang buat dari kayu.
Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata .
Kata ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya.
Pengandaan Makna jamak Makna tunggal
Api - api banyaknya api sejenis serangga
Kuda - kuda banyaknya kuda kayu penyangga
Anak - anak banyaknya anak mainan
Pengertian kata nama ganda separa ( separuh perkataan )
Kata nama ganda separa ialah kata ganda yang mengalami
pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Selain itu, bunyi
vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang di
lambangkan dengan huruf e.
Contoh kata nama ganda separa ( separuh perkataan )
Contoh Contoh Contoh ayat
kata dasar kata nama ganda separa kata nama ganda separa
tamu tetamu - Ramai tetamu datang ke majlis perkahwinan ustaz Ahmad,
kabu kekabu - Bantalnya di isi dengan kekabu.
layang lelayang - Mereka bermain lelayang di padang.
siku sesiku - Ramli menggunakan sesiku untuk mengukur sudut tempat.
langit lelangit - Lelangit abang berdarah kerana tertusuk tulang .
daun dedaun - Dedaun itu bertaburan di bawah pokok itu.
bola bebola - Adik saya suka makan bebola yang buat dari daging.
Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru
dalam kata ganda separa ini seperti pepejal, cecair, tetuang dan
sesendi.
Pengertian kata nama ganda berentak / berima
Kata nama ganda berentak / berima merupakan proses menggandakan
kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.
Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi - bunyi tertentu diulang.
Contoh kata nama ganda berentak / berima
Kata nama ganda ini terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :-
Jenis kata ganda Contoh kata ganda Contoh ayat
Persamaan bunyi di Berentak kata ganda Berentak
hujung
Kuih – muih Kuih-muih itu terhidang di atas meja
Persamaan bunyi di Lauk – pauk makan di ruang dapur.
pangkal Batu – Batan Bukit – bukau di kampong mereka sangat
Bukit – bukau indah.
Persesuaian bunyi Rambutnya kusut-masai kerana ditiup
keseluruhan Kusut-masai angin.
simpang-siur
Pengertian kata nama ganda berimbuhan
Kata nama ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima
imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran.
Contoh kata nama ganda berimbuhan
Jenis Contoh Contoh Ayat
Imbuhan Kata Nama Ganda Kata Nama Ganda Berimbuhan
Awalan berimbuhan Baju raya Fatimah pada tahun ini berbunga – bunga merah.
Apitan Berbunga - bunga Sehari – harian adik menungu sekolah buka.
Sisipan Jari – jemari bayi itu sangat comel dan besih.
Akhiran Sehari - harian Saya dan adik lelaki suka makan buah – buahan.
Jari - jemari
Buah - buahan