The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pejabat Kesihatan WP Putrajaya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitinadiah.abas, 2021-07-19 03:03:10

Laporan Tahunan PKPj 2020

Pejabat Kesihatan WP Putrajaya

UNIT KAWALAN 51
PENYAKIT BERJANGKIT (CDC)

2.Pelaksanaan Latihan Simulasi
Pandemik Penyakit Berjangkit
Peringkat Daerah Putrajaya
2019

• Latihan simulasi pandemik penyakit berjangkit telah diadakan
serentak melibatkan 4 Klinik Kesihatan di Putrajaya pada 27
dan 28 Ogos 2019. Latihan simulasi ini bertujuan untuk menilai
dan mengemaskini mekanisma penyelarasan tahap
kesiapsiagaan di klinik kesihatan dalam menghadapi situasi
kejadian pandemik terutamanya jangkitan yang “highly
pathogenic” seperti Ebola, Avian Influenza dan Middle East
Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV).

• Selain latihan ini, taklimat kesiapsiagaan MERS-CoV dan Ebola
juga telah diadakan pada 19 dan 26 Ogos 2019.

Skop latihan simulasi kesiapsiagaan ini merangkumi :

• Menguji tindakan pantas/ rapid response klinik kesihatan
apabila menerima kehadiran kes yang disyaki MERS-CoV sama
ada mild, moderate atau severe.

• Pengurusan kes sehingga ke peringkat rujukan dan
penghantaran kes ke hospital dengan ambulans dan penilaian
komunikasi risiko kepada pesakit dan orang ramai.

• Penilaian-penilaian lain meliputi kewujudan dokumen rujukan
di fasiliti masing-masing seperti pelan kesiapsiagaan,
“stockpile” dan PPE.

Laporan Tahunan PKPj 2019

UNIT KAWALAN 52
PENYAKIT BERJANGKIT (CDC)

3. Kursus Pengukuhan
Pengurusan Penyakit Berjangkit
Di Fasiliti Kesihatan Peringkat
Putrajaya 2019

• Kursus Pengukuhan Pengurusan Penyakit Berjangkit di
Fasiliti Kesihatan Peringkat Putrajaya 2019 telah
diadakan di Auditorium Pejabat Kesihatan, Putrajaya
pada 29 Ogos 2019.

Objektif kursus ini adalah :
• Memberi maklumat terbaru berkenaan perkembangan

penyakit berjangkit dan situasi semasa jangkitan
penyakit berjangkit di Malaysia
• Memberikan latihan hands-on kepada anggota
kesihatan berkenaan tatacara pengambilan dan
pengurusan sampel penyakit berjangkit.
• Memberi pendedahan berkenaan penguatkuasaan Akta
Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988.
• Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai
jawatan yang bertugas di Pejabat Kesihatan Putrajaya,
Hospital Putrajaya dan Klinik Swasta telah menghadiri
kursus ini.

Laporan Tahunan PKPj 2019

PROGRAM- PROGRAM BAGI KESEDARAN
PENYAKIT BERJANGKIT HFMD

1 Januari 2019
Taklimat Ibu Bapa di Taska dan Tadika Generasi Gemilang

19 Januari 2019
Taklimat Ibu bapa di Tadika Seri Pagi , Presint 11

26 Januari 2019
Taklimat kepada 63 pengusaha Tadika Selian Jabatan Pendidikan Putrajaya

13 Februari 2019
Taklimat Ibu bapa di Taska dan Tadika JPM, Presint 1

4 Mac 2019
Taklimat kepada 9 pengusaha Taska dan 14 Tabika KEMAS

19 Mac 2019
Taklimat Ibu bapa di Taska/ Tadika KEMAS Permata Tanjung , Presint 17

2 Julai 2019 Taklimat dan pemeriksaan di pusat permainan kanak-kanak di Alamanda
Taklimat dan pemeriksaan di pusat permainan kanak-kanak Super Kidz- Alamanda
16 September Taklimat dan pemeriksaan di pusat permainan kanak-kanak di Bubble & Beans Presint 8
2019

21 September
2019

12 Oktober 2019
Taklimat kepada semua pengurus taska dan tadika WP Putrajaya

Laporan Tahunan PKPj 2019 53

UNIT KAWALAN PENYAKIT 54
BAWAAN VEKTOR (UKPBV)

1. Dengue Task Force &Task
Force 4 (Kesihatan) JK
Bandar Selamat Putrajaya

• Mesyuarat Dengue Task Force (DTF) melibatkan pelbagai
agensi/jabatan kerajaan mahupun swasta yang dianjurkan oleh
Perbadanan Putrajaya (peringkat daerah) dan di peringkat
Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya pada setiap
bulan. Mesyuarat DTF JKWPKLP dipengerusikan oleh Pengarah
Kesihatan Negeri. Manakala Mesyuarat Task Force JK Bandar
Selamat pula dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya sebanyak 6
kali setahun dan dipengerusikan oleh Presiden Perbadanan
Putrajaya yang dilantik oleh Menteri Wilayah Persekutuan.

• Antara isu yang dibincangkan dalam kedua-dua mesyuarat
tersebut termasuk tindakan pencegahan dan kawalan vektor
bagi mengatasi tempat pembiakan Aedes seperti di kawasan
perumahan, rumah yang kosong atau kawasan tumpuan awam.
Selain itu, isu penyelenggaraan atau sebarang isu yang berkaitan
dengan kes dan wabak Denggi turut dibincangkan bersama di
kedua mesyuarat tersebut.

• Pelbagai operasi penguatkuasaan bersama agensi lain telah
dilaksanakan seperti Operasi Pemeriksaan Premis Individu, Ops
Rumah Kosong bersama BPH serta operasi pemeriksaan tapak
bina, sekolah dan sebagainya. Di WP Putrajaya, antara aktiviti
yang dijalankan termasuk bengkel latihan COMBI kepada semua
KRT di Putrajaya, Program Roadshow Denggi di sekolah serta
mempertingkatkan program gotong-royong komuniti bagi
membasmi pembiakan Aedes.

Laporan Tahunan PKPj 2019

UNIT KAWALAN PENYAKIT 55
BAWAAN VEKTOR (UKPBV)

2. Program Gotong-Royong
Mega Perangi Aedes

• Program Gotong-Royong (Goro) Mega Perangi Aedes merupakan
satu program untuk menangani kejadian kes dan wabak Denggi,
yang dijalankan secara serentak di peringkat kebangsaan dan
semua negeri di Malaysia pada tarikh dan masa yang sama.
Penglibatan komuniti, masyarakat setempat serta pelbagai
agensi, khususnya KKM melalui Jabatan Kesihatan dan Pejabat
Kesihatan Daerah, bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT), SWCORP, jabatan dan agensi kerajaan mahupun swasta
yang lain amat dititikberatkan dalam program ini sebagai
simbolik usahasama untuk membanteras Denggi di Malaysia.

• PKPj telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah di peringkat
WP Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi Program Goro Mega
Perangi Aedes 2.0 yang telah dijalankan di PPAM Pudina Presint
17 pada 16 November 2019. Program telah dirasmikan oleh
Tuan Haji Azli bin Yusof, Setiausaha Politik Menteri Wilayah
dengan kehadiran lebih 500 peserta yang terdiri dari wakil-wakil
dari pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta serta penduduk
PPAM Pudina.

• Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah gotong-royong
pembersihan kawasan, pertandingan mewarna kanak-kanak,
pertandingan Explorace, pameran dan saringan kesihatan serta
ruang pameran informatif yang telah disertai oleh semua agensi
rakan strategik.

Laporan Tahunan PKPj 2019

UNIT KAWALAN PENYAKIT 56
BAWAAN VEKTOR (UKPBV)

3. Persediaan Pelaksanaan
Projek Wolbachia Fasa 2

• Operasi Pelepasan Telur Nyamuk berWolbachia merupakan
salah satu inisiatif KKM dalam mencegah penularan penyakit
Demam Denggi, Zika dan Chikungunya yang dilaksanakan di
negeri atau wilayah dengan beban kes dan wabak Denggi yang
tinggi, iaitu di WP Kuala Lumpur-Putrajaya, Selangor dan Pulau
Pinang. Di WP Putrajaya, Pangsapuri Sub 14-7 dan 14-12 telah
dipilih bagi pelaksanaan projek Wolbachia Fasa 2 yang
melibatkan 1,320 unit rumah dengan anggaran lebih 5,000 orang
penduduk.

• Lokaliti tersebut dipilih memandangkan Pangsapuri Sub 14-7
pernah menjadi wabak Hotspot sepanjang 102 hari dari 22 April
2019 hingga 22 Ogos 2019. Jumlah keseluruhan kes Denggi yang
dicatatkan di kedua-dua kuarters dari tahun 2015 sehingga 2019
juga adalah sebanyak 168 kes

• Pelbagai persediaan awal dari segi keperluan anggota, peralatan,
latihan dan juga sesi community-engagement telah dijalankan
sejak Oktober 2019. Beberapa siri taklimat dan pendidikan
kesihatan berkaitan Wolbachia juga telah dijalankan kepada
wakil-wakil agensi, jabatan, ketua-ketua komuniti dan penduduk
setempat

• Projek ini akan bermula pada 23 Januari 2020 dengan
penempatan batch pertama sejumlah 312 bekas telur nyamuk
berWolbachia di sekitar kedua-dua kuarters tersebut. Pusingan
ini akan dijalankan setiap dua minggu sehingga populasi nyamuk
berWolbachia mencecah ≥ 90% di lokaliti tersebut.

Laporan Tahunan PKPj 2019

UNIT TIBI DAN KUSTA ANUGERAH PEGAWAI PERUBATAN DEDIKASI 2019
Dr Nuur Falah Hidayah Binti Mohd Shafie
1. Mesyuarat Tibi Daerah (Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9)
2019
ANUGERAH PENGELOLA MAKMAL PERUBATAN
• Mesyuarat Tibi Daerah 2019 telah dilaksanakan KLINIK KESIHATAN TERBAIK 2019
pada 18 Disember 2019 dan telah Pn Marliana binti Md Nor
dipengerusikan oleh Dr Zainal Abidin bin Abu (Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9)
Bakar, Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat
Kesihatan WP Putrajaya.

• Mesyuarat ini merupakan platform
penyelarasan Program Kawalan Tibi Kebangsaan
di peringkat Pejabat Kesihatan Daerah dan
Klinik Kesihatan WP Putrajaya.

• Dua (2) anugerah juga telah diberikan sebagai
tanda penghargaan atas usaha keras Pasukan
Tibi Klinik Kesihatan Putrajaya.

Laporan Tahunan PKPj 2019 57

UNIT TIBI DAN KUSTA 58

2. Program Kesedaran
Penyakit Tibi

• Program kesedaran ini dilaksanakan di Pangsapuri
Putra Damai pada 23 Jun 2019 dengan kerjasama
Persatuan Penduduk Putra Damai.

• Objektif program ini adalah untuk memberi
kesedaran kepada komuniti tentang pencegahan
dan bahaya penyakit Tibi.

• Kehadiran adalah seramai 100 orang penduduk
dengan kekuatan anggota kesihatan seramai 15
orang dari Pejabat Kesihatan Putrajaya dan Klinik
Kesihatan Putrajaya Presint 11 telah menjayakan
program ini.

Laporan Tahunan PKPj 2019

UNIT TIBI DAN KUSTA • GAMBAR/INFOGRAFIK DLL.

3. Program Kesihatan ‘Ini 59
Masanya Hentikan Tibi!’

• Program kesihatan bersama komuniti ini telah
dilaksanakan di PPA Larai, Presint 6 pada 2
November 2019 dengan kerjasama Panel
Penasihat Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18
dan Persatuan Penduduk PPA Larai.

• Kehadiran seramai 150 orang penduduk dengan
kekuatan anggota kesihatan seramai 20 orang dari
Pejabat Kesihatan Putrajaya dan Klinik Kesihatan
Putrajaya Presint 18 telah menjayakan program
ini.

• Selain saringan simptomatik Tibi, pelbagai
pameran, ceramah dan saringan kesihatan lain
telah dilaksanakan pada program tersebut.

Laporan Tahunan PKPj 2019

UNIT TIBI DAN KUSTA 60

4. Program Kesedaran
Tentang Penyakit Tibi Di
Agensi-agensi

• Taklimat kesedaran tentang penyakit Tibi dan
saringan Tibi telah dilaksanakan di agensi-agensi
yang berisiko tinggi dan atas permintaan agensi.

• Aktiviti ini dilakukan secara berkala sekurang-
kurangnya dua kali sebulan atau lebih.

Laporan Tahunan PKPj 2019

UNIT HIV/STI 61

Majlis Sambutan
Hari AIDS Sedunia 2019

Majlis Sambutan Hari AIDS Sedunia 2019 peringkat
WPKL&P telah diadakan pada 4 Disember 2019 di
Dewan Seri Seroja, Presint Diplomatik, Putrajaya.
Sambutan Hari AIDS Sedunia ini bertujuan untuk
meningkatkan pengetahuan dan kesedaran
komuniti mengenai HIV/AIDS serta untuk
menggerakkan penglibatan komuniti dan
masyarakat pelbagai peringkat mengenai
keperluan memainkan peranan dalam usaha
menangani pandemik AIDS.
Program ini melibatkan pegawai daripada pelbagai
agensi/jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan
(NGO) dan telah dirasmikan oleh Timbalan
Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan),
JKPWKL&P.

Laporan Tahunan PKPj 2019

UNIT PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT 62
(NCD)

1. Karvival Hari Kesedaran NCD

Karnival Hari Kesedaran NCD telah diadakan pada 15-17
Oktober 2019 di Dewan Perdana Mestika, Institut
Latihan DBKL.

Antara objektif program ini adalah untuk menyampaikan
maklumat berkaitan langkah pencegahan dan kawalan
penyakit tidak berjangkit serta mempromosi cara
pemakanan sihat dan aktiviti fizikal sebagai salah satu
amalan gaya hidup sihat seterusnya sebagai langkah
pencegahan penyakit tidak berjangkit.

Pejabat Kesihatan Putrajaya telah menerima beberapa
anugerah pencapaian pada karnival ini iaitu:

• Pencapaian Audit NDR Terbaik bagi Kawalan
Diabetes Mellitus - KK Presint 11

• Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok Terbaik -
KK Presint 18

• Pemantauan Audit Terbaik Saringan Minda Sihat
- KK Presint 18

• Pencapaian Terbaik Verifikasi Kematian Yang
Tidak Disahkan Secara Perubatan -PK Putrajaya

• Booth terbaik (Kesihatan Mental) - PK Putrajaya

Laporan Tahunan PKPj 2019

UNIT PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT 63
(NCD)

2. Sambutan Hari
Kesihatan Mental Sedunia
2019

Hari Kesihatan Mental Sedunia telah berlangsung pada
31 Oktober 2019 bertempat di Sekolah Kebangsaan
Putrajaya Presint 11(3).

Program ini melibatkan kolaborasi di antara Pejabat
Kesihatan Putrajaya, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan
Mental Hospital Putrajaya dan Jabatan Pendidikan WP
Putrajaya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh
Dr. Zainal Abidin bin Abu Bakar, Pegawai Kesihatan WP
Putrajaya.

Objektif Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia ini
adalah untuk meningkatkan kesedaran dan
pengetahuan masyarakat Putrajaya khususnya kanak-
kanak dan pelajar sekolah dalam pengurusan kesihatan
mental yang lebih baik.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan dianjurkan
melibatkan pelajar- pelajar sekolah rendah dan sekolah
menengah di Putrajaya untuk memberi panduan
keupayaan kendiri dan intervensi psikososial dalam
pengurusan kesihatan mental.

Laporan Tahunan PKPj 2019

UNIT PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT 64
(NCD)

3. Program AFIAT
Putrajaya

Program Advokasi Famili Berilmu Ke Arah Amalan
dan Tingkahlaku Sihat (AFIAT) merupakan anjuran
bersama antara Pejabat Kesihatan WP Putrajaya
(PKPj) dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
(MTMZA) dalam usaha menangani isu-isu
kesihatan di Putrajaya khususnya masalah Penyakit
Tidak Berjangkit (NCD) dan Kematian Kanak-kanak
Bawah Umur 5 Tahun

Program ini telah dilaksanakan sebanyak 3 siri
sepanjang tahun 2019 iaitu :

• Siri 1 pada 14 Mac 2019
• Siri 2 pada 1 Ogos 2019
• Siri 3 pada 13 November 2019

Program ini telah diadakan di MTMZA dan
berkonsep interaktif bagi meningkatkan
pengetahuan masyarakat bagi mengubah tingkah
laku serta amalan gaya hidup yang sihat dan
selamat.

Laporan Tahunan PKPj 2019

UNIT KESIHATAN PEKERJAAN & 65
ALAM SEKITAR (KPAS)

1. Fire Drill Fasiliti
Kesihatan

• Objektif utama program ini adalah untuk
menambah pegetahuan dan pengalaman kaedah
menyelamatkan diri ketika belakunya kebakaran.

• Pada tahun 2019 Unit KPAS telah berjaya
menjalankan latihan kebakaran dan pengungsian
bangunan bersama Jabatan Bomba Dan
Penyelamat Malaysia Putrajaya dengan jayanya di
setiap fasiliti kesihatan dibawah Pejabat Kesihatan
Putrajaya.
 KK Presint 9 : 17 September 2019
 KK Presint 11 : 28 Ogos 2019
 KK Presint 14 : 14 September 2019
 KK Presint 18 : 21 Ogos 2019
 PKPj : 11 September 2019

• Pada tahun 2019 juga Unit KPAS PKPj berjaya
melakukan latihan kebakaran di fasiliti KK Presint
14 dan 11 buat pertama kali sejak klinik berkenaan
mula beroperasi.

Laporan Tahunan PKPj 2019

UNIT KESIHATAN PEKERJAAN & 66
ALAM SEKITAR (KPAS)

2. Program Suntikan
Vaksin Agensi Luar

Objektif program:
• Memastikan kesemua anggota yang berisiko

untuk mendapat jangkitan Hepatitis B dan
Influenza dilindungi dengan pemberian
imunisasi vaksin Hepatitis B dan vaksin
Influenza.
• Pada tahun 2019 Unit KPAS PKPj telah
menjalankan pemberian suntikan vaksin
Influenza dan Hepatitis B kepada anggota
agensi luar selain KKM.
• Agensi yang terlibat adalah Imigresen,
Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Alam
Sekitar, Ibu Pejabat Polis Putrajaya dan
agensi Kawalan Sempadan Malaysia.

Laporan Tahunan PKPj 2019

Laporan Tahunan PKPj 2019 SEKTOR FARMASI

67

1. Program Bersama Duta 68
Kenali Ubat Anda

Program ini telah dijalankan sebanyak 22 kali
sepanjang tahun 2019. Objektif program ini
adalah untuk menggalakkan penglibatan
masyarakat bagi menceburkan diri secara aktif
dalam mempromosikan penggunaan ubat secara
berkualiti

2. Ceramah & Pameran
Kenali Ubat Anda

Sebanyak lima (5) ceramah dan 22 pameran
Kenali Ubat Anda yang telah dijalankan
sepanjang tahun 2019. Objektif utama program
ini adalah untuk memastikan ubat-ubatan
digunakan secara bijak, sesuai, selamat dan kos
efektif kearah menggalakkan hasil kesihatan
(health outcomes) yang lebih baik.

Laporan Tahunan PKPj 2019

3. Projek Inovasi EzSPUBag GAMBAR SEBELUM INOVASI ↓
GAMBAR SELEPAS INOVASI ↓
• Projek Inovasi “EzSPUBag” merupakan salah satu
projek inovasi perkhidmatan tambah nilai Unit 69
Farmasi iaitu Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu
(SPUB).

• Projek ini dilaksanakan bagi memastikan masalah
penyimpanan, kebolehkesanan (traceability) ubat
dan masalah kekangan ruang dapat diatasi dan
ditambahbaik dari semasa ke semasa.

• Projek ini direplikasi di semua Farmasi Klinik – klinik
Kesihatan Putrajaya dan telah dibentangkan semasa
Pembentangan Projek Inovasi Peringkat Pejabat
Kesihatan dan Klinik Kesihatan bagi Kesihatan Awam
JKWPKL&P Tahun 2019 dan Pembentangan Projek
Inovasi Jawatankuasa Kualiti & Inovasi Bahagian
Perkhidmatan Farmasi JKWPKL&P Bil 02/2019.

• Projek ini juga telah memenangi hadiah Saguhati
Pertandingan “Best Quality Idea Presentation”
sempena Sambutan Hari Kualiti Peringkat PKPj
Tahun 2019

Laporan Tahunan PKPj 2019

Laporan Tahunan PKPj 2019 SEKTOR PEMAKANAN

70

1.Program BFIT Putrajaya 71
(Anggota)

Program Pengurusan Berat Badan Bfit Putrajaya bagi
anggota PKPj telah dijalankan selama 6 bulan bermula
Mac 2019 yang terdiri dari 3 komponen iaitu:

I. Intervensi Amalan Pemakanan Sihat
II. Intervensi Senaman Bagi Individu

Berlebihan Berat Badan dan Obes
III. Motivasi

Laporan Tahunan PKPj 2019

2.Program BFIT Putrajaya 72
(Warga Emas)

Program ini telah bermula pada bulan Mei 2019.
Objektif program adalah untuk:
• Menurunkan berat badan warga emas yang

mengalami masalah berlebihan berat badan/ obes

• Peserta dapat menurunkan berat badan dalam
tempoh enam (6) bulan intervensi.

• Peserta dapat mengekalkan berat badan dalam
tempoh enam (6) bulan intervensi.

• Mengurangkan peratus lemak tubuh peserta selepas
tempoh enam (6) bulan intervensi.

• Mengurangkan tekanan darah atau mengekalkan
tekanan darah dalam julat normal selepas tempoh
enam (6) bulan intervensi.

• Mengurangkan paras kolesterol darah atau
mengekalkan kolesterol darah dalam julat normal
selepas tempoh enam (6) bulan intervensi.

• Mengurangkan paras gula darah atau mengekalkan
gula darah dalam julat normal selepas tempoh
enam (6) bulan intervensi.

Laporan Tahunan PKPj 2019

3. Seminar Pemakanan 73
Bayi & Kanak-kanak 2019

• Sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu
Ibu Peringkat WP Putrajaya 2019, Pejabat
Kesihatan WP Putrajaya khususnya Sektor
Pemakanan PKPj dengan kerjasama Cawangan
Pemakanan, JKWPKL&P, Unit Laktasi Hospital
Putrajaya, Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS) Wilayah Persekutuan dan Persatuan
Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) telah
mengadakan Seminar Pemakanan Bayi & Kanak-
Kanak, sesi hands on Pengendalian Susu Ibu
Perahan di Taska dan Makanan Pelengkap Umur
6 bulan hingga 6 tahun pada 24 Ogos 2019 di
Auditorium Hospital Putrajaya.

• Program dihadiri seramai 149 orang peserta
yang terdiri daripada ahli PPBM iaitu pengusaha
daripada 3 setting TASKA di Putrajaya iaitu di
rumah, di tempat kerja & di institusi. Selain itu,
peserta juga melibatkan Pemaju Masyarakat
TASKA KEMAS di Putrajaya dan ahli Persatuan
Wanita KASTAM (PERWAKAS) Putrajaya.

• Perasmian seminar telah disempurnakan oleh
Dr. Zainal Abidin bin Abu Bakar, Pegawai
Kesihatan WP Putrajaya.

Laporan Tahunan PKPj 2019

4. Latihan Katering Sihat 74

• Sektor Pemakanan PKPj telah menganjurkan
Latihan Katering Sihat kepada pengusaha dan
pekerja kafetaria pada 27 Mei 2019. Ia
merupakan antara prasyarat pelaksanaan
Kafetaria Sihat.

• Terdapat 17 orang peserta yang terdiri daripada
pengusaha dan pekerja kafetaria/kantin di
KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Asas Tani,
Dwaris Catering Services dan SMK Putrajaya
Presint 5(1).

• Peserta dilatih dalam pemakanan sihat,
penyediaan makanan sihat dan kebersihan serta
keselamatan makanan.

Laporan Tahunan PKPj 2019

Laporan Tahunan PKPj 2019 SEKTOR PROMOSI
KESIHATAN

75

1. Seminar Pengukuhan Dan 76
Kefahaman Program Combi
Komuniti Putrajaya 2019

COMBI ialah singkatan bagi “Communication for
Behavioural Impact” atau “Komunikasi untuk
Perubahan Tingkahlaku”. COMBI merupakan
pendekatan yang diperkenalkan oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO). COMBI digunakan sebagai
salah satu strategi untuk menangani masalah Denggi
di Malaysia.
 Seminar ini telah diadakan pada 28 & 29 April

2019 bertempat di Hotel Pulse Grande Putrajaya.
 Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi

pengetahuan kepada komuniti tentang apa itu
COMBI dan cara komuniti untuk
melaksanakannya.

Laporan Tahunan PKPj 2019

2. Nafas Baru Bermula 77
Ramadhan 2019

• Program Nafas Baru Bermula Ramadhan
merupakan usaha bagi meningkatkan kesedaran
untuk berhenti merokok dalam kalangan perokok
tegar. Program ini telah diadakan di:
i) Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (26 April
2019).
ii) Surau Al-Ghazali, Presint 8 (1 Mei 2019).
iii) Surau An-Najah, Presint 9 (24 Mei 2019).

• Objektif program ini adalah untuk menggalakkan
perokok yang telah meninggalkan amalan
merokok sepanjang siang Ramadhan untuk terus
mengekalkan amalan tidak merokok.

• Antara pengisian program ini ialah tazkirah
kesihatan, saringan kesihatan dan merokok,
analisa karbon monoksida dan rujukan ke Klinik
Berhenti Merokok.

Laporan Tahunan PKPj 2019

3. Konvensyen COMBI 78

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur & Putrajaya menganjurkan Konvensyen
COMBI dan Sambutan Hari Denggi Asean Peringkat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
2019 pada 8 hingga 10 Julai 2019 di Melaka Tropika
Fruit Agro Farm.
• Konvensyen ini bertujuan untuk mencungkil idea

inovasi dikalangan komuniti COMBI dan
perkongsian ilmu serta pengalaman pelbagai
pihak dalam usaha membasmi wabak denggi.
• Pejabat Kesihatan WP Putrajaya melalui pasukan
COMBI WP Putrajaya telah menyertai
pertandingan oral dan poster semasa
konvensyen tersebut.

Laporan Tahunan PKPj 2019

4. Program Sayangi Dirimu 79

• Program ini diadakan pada 17 Julai 2019
bertempat di SK Putrajaya Presint 8(1) yang
bertujuan memberi pengetahuan dan
kesedaran tentang bahaya merokok dan vape
dalam kalangan pelajar sekolah.

• Antara aktiviti yang dijalankan adalah
ceramah, pameran, permainan interaktif dan
kuiz.

• Program ini diharapkan dapat membantu
pelajar-pelajar sekolah untuk menjauhkan diri
daripada terpengaruh dengan amalan rokok
dan vape.

Laporan Tahunan PKPj 2019

5. Program Gegar 10,000 80
Langkah Merdeka

Program Gegar 10,000 Langkah Merdeka peringkat
WP Putrajaya telah diadakan pada 19 Oktober 2019
sempena Sambutan Hari Merdeka dan Hari
Malaysia. Seramai 300 orang peserta yang terdiri
daripada pelajar dari beberapa buah sekolah dan
peserta dari agensi-agensi lain telah menyertai
program ini.
 Dr. Zainal Abidin bin Abu Bakar, Pegawai

Kesihatan WP Putrajaya telah merasmikan
program tersebut.
 Program ini bertujuan untuk menggalakkan rakyat
Malaysia khususnya golongan yang kurang aktif
dalam melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi
lebih cergas.
 Sepanjang program Gegar 10,000 Langkah
Merdeka ini dijalankan, terdapat juga beberapa
aktiviti lain yang diadakan seperti senaman
aerobik dan booth pameran kesihatan.

Laporan Tahunan PKPj 2019

6. Simposium Health 81
Promotion In Learning
Institutions (HEPILI)

Simposium ini bertujuan bagi mewujudkan satu
platform perkongsian maklumat dan amalan terbaik
dari segi pelaksanaan aktiviti intervensi tingkahlaku
kesihatan dan inovasi kesihatan di Institusi
Pendidikan.

• Membawa tema "Mobilizing Community in
Learning Institutions Towards Healthy Lifestyle",
ini adalah kerjasama Kementerian Kesihatan dan
Kementerian Pendidikan bersama agensi swasta
BookDoc, Jordan dan Anlene.

• Simposium ini melibatkan 500 orang peserta
terdiri daripada guru penasihat Kelab Doktor
Muda sekolah rendah dan sekolah menengah,
guru penasihat Program IMFree, penyelaras
PROSIS serta anggota kesihatan.

• Pejabat Kesihatan WP Putrajaya melalui Kelab
Doktor Muda dan ImFree telah menghantar 6
penyertaan bagi pertandingan Inovasi Bahan
Bantu Mengajar, Projek Khas dan Anugerah Guru
Cemerlang.

Laporan Tahunan PKPj 2019

Laporan Tahunan PKPj 2019 KLINIK – KLINIK
KESIHATAN PUTRAJAYA

82

2. Program Remaja

KLINIK KESIHATAN Tarikh : 24 April 2019
PUTRAJAYA PRESINT 9
Program bersama remaja dalam menerapkan kepentingan kesihatan
1. Dinner Moonlight antaranya pemeriksaan kesihatan, pendedahan kepada kesihatan mental,
aktiviti fizikal dan pemakanan sihat.

Tarikh : 6 April 2019

Majlis Makan Malam Tahunan bersama anggota KKPj P9
yang bertemakan “Masquerade” di Ambassador Putrajaya

3. Majlis Berbuka Puasa

Tarikh : 14 Mei 2019

Program berbuka puasa bersama anggota KKPj P9 dalam mengalu-alukan
ketibaan bulan Ramadhan.

Laporan Tahunan PKPj 2019 83

5. The Biggest Hope Expressive
Artherapy

KLINIK KESIHATAN Tarikh : 10 September 2019
PUTRAJAYA PRESINT 9
Program terapi lukisan sebagai salah satu intervensi untuk kawalan emosi
4. Jom Syawal 1440h yang dilaksanakan bersama kolaborasi antara KKPj P9 dengan Hospital
Rehabilitasi Cheras dan AKRAB JKWPKL&P. Program ini juga telah
tersenarai dalam Malaysian Book of Records.

Tarikh : 28 Jun 2019

Jamuan Hari Raya bersama anggota KKPj P9 dalam meraikan
bulan Syawal 1440H.

Laporan Tahunan PKPj 2019 84

7. Bowling Tahunan KKPj P9

Tarikh : 7 Disember 2019

KLINIK KESIHATAN Aktiviti bowling bersama anggota KKPj 9 yang diadakan di South City Plaza
PUTRAJAYA PRESINT 9 bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama anggota dan memupuk
budaya gaya hidup sihat.
6. Santai Kalori Makanan

Tarikh : 26 September 2019

Aktiviti bersama anggota KKPj P9 berkelah secara santai di
tepi tasik Ayer 8 berkongsi menu sihat dan perbincangan
kalori makanan dengan Pn Aini, Pegawai Dietetik.

Laporan Tahunan PKPj 2019 85

KLINIK KESIHATAN 86
PUTRAJAYA PRESINT 9

8. Kelab Warga Emas

Kelab Warga Emas KKPj P9 merupakan salah satu aktiviti
kelab yang sangat aktif dalam memperkasakan
kesejahteraan warga emas di Putrajaya. Antara aktiviti yang
dijalankan adalah:
 Klinik Warga Emas (dilaksanakan setiap Jumaat sebulan

sekali)
 Bfit Warga Emas (dilaksanakan sebulan sekali)
 Kem Kesihatan Warga Emas (29 September 2019)
 Ceramah Agama (6 Disember 2019)
 Chairobic Kelab Tasik (8 Disember 2019)
 Hands on Nutripod (Program Insentif Teknologi Program

Pertanian bandar Jabatan Pertanian bersama PAWE
Putrajaya) ( 13 Disember 2019)
 Senaman Guolin Qigong (22 Disember 2019)

Laporan Tahunan PKPj 2019

KLINIK KESIHATAN 11. Lawatan Delegasi Nigeria
PUTRAJAYA PRESINT 9
Tarikh : 30 Oktober 2019
10. Lawatan Akreditasi

Tarikh : 23 Januari 2019

Lawatan Akreditasi daripada KK Durian Tunggal dan KK

Berserah

Tarikh : 24 Januari 2019

Lawatan Akreditasi daripada KK Tumpat dan KK Sungai Pelek

Tarikh : 19 Disember 2019

Lawatan Akreditasi daripada KK Bukit Kuda

Laporan Tahunan PKPj 2019 87

KLINIK KESIHATAN 88
PUTRAJAYA PRESINT 11

• Program ‘Kawal Diabetes, Jauhi Komplikasi- Ayuh
kenali, Fahami, Awasi, Kuasai’ pada 2 Mei 2019 di
Dewan Serbaguna Zon 6B, Presint 11.

• Saringan Kanser Kolorektal Sempena program
‘Pondok Moden PAWE’ dengan kerjasama Panel
Penasihat KKPj11 pada 19 Jun 2019 di Surau Al
Manar, Putrajaya.

• Program Saringan Tuberkulosis Kawasan Hotspot
dengan kerjasama Panel Penasihat KKPj P11 pada
23 Jun 2019 di Blok F&G Pangsapuri Putra Damai,
Presint 11

• Program Saringan Kesihatan Warga Emas Saf di
Hatiku dengan kerjasama Panel Penasihat KKPj P11
dan surau Al Furqan pada 14 Julai 2019 di Surau Al
Furqan Presint 11

Laporan Tahunan PKPj 2019

KLINIK KESIHATAN 89
PUTRAJAYA PRESINT 11

• Program Kesihatan dan Saringan Kanser di PPAM
PALMA dengan kerjasama Panel Penasihat KKPj
P11 dan Persatuan penduduk PPAM PALMA pada
21 September 2019 di Dewan PPAM PALMA
Presint 11

• Program ‘Jom Cegah Kanser’ dengan kerjasama
Panel Penasihat KKPj P11 dan PAWE Putrajaya
pada 10 November 2019 di Dewan Pusat Kejiranan
Presint 11

• Program Saringan Kanser sempena Bicara Maghrib
dengan kerjasama Panel Penasihat KKPj P11 pada
3 Disember 2019 di Surau Az Zakirin Presint 11

Laporan Tahunan PKPj 2019

KLINIK KESIHATAN 90
PUTRAJAYA PRESINT 14

• Program Kempen Komuniti Cergas Dan Ceria (27
April 2019)

• Kem Diabetes KKPj P14 (31 Julai 2019)
• Kem Kesihatan Kejohanan Badminton Tahunan

Tertutup Komuniti MPP Sub 4 Zon (17 Ogos 2019)
• Program Kempen Kesihatan Dan Kempen Hidup

Sihat (21 September 2019)
• Karnival Kesihatan Maulidur Rasul Presint 14 (9

November 2019)
• Majlis Khatam Khatam Al-quran & Jom Jalan 10 Ribu

Langkah Ke Taman Rimba Alam (23 November 2019)
• Majlis Penutup Program Bfit Warga Emas Peringkat

PKD Putrajaya (27 Disember 2019)
Kesemua aktiviti yang dijalankan adalah dengan
kerjasama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putrajaya
Presint 14.

Laporan Tahunan PKPj 2019

KLINIK KESIHATAN Hari Perkhidmatan Kesihatan Remaja bersama Panel
PUTRAJAYA PRESINT 18 Penasihat KKPj Presint 18 pada 30 September 2019

1. Program Bersama Panel
Penasihat

• Program Ceramah dan Pameran Kesihatan bagi
murid Tingkatan 1 dan 2 pada 27 September 2019 &
15 Oktober 2019 di SMK Putrajaya Presint 8

• Hari Perkhidmatan Kesihatan Remaja “Remaja Masa
Depan” pada 30 September 2019 di KKPj Presint 18

• Program ”Ini Masanya Hentikan Tibi” pada 2
November 2019 di Surau Ar-Rayyan, PPAM Larai,
Presint 6

• Program ”Running Teens” pada 21 November 2019
di Taman Pancarona

”Running Teens”

Laporan Tahunan PKPj 2019 91

Tarikh : 16 & 26 Julai dan 6 Ogos 2019

KLINIK KESIHATAN Delegasi daripada Kementerian Kesihatan Bangladesh (Primary Healthcare &
PUTRAJAYA PRESINT 18
Services dan Maternal Nutrition in Malaysia)
2. Lawatan Delegasi Dalam
& Luar Negara

Tarikh : 13 Mei 2019

Lawatan daripada JKN Selangor (Perkhidmatan Kesihatan

Remaja)

Tarikh : 13 September 2019

Lawatan daripada Bangladesh CUCMS (Primary Healthcare)

Tarikh : 19 Jun 2019

Delegasi daripada Songkla, Thailand & JKN Kedah

(Pelaksanaan Family Doctor Concept)

Tarikh : 3 Oktober 2019

Lawatan delegasi Korea Selatan

Laporan Tahunan PKPj 2019 92

KLINIK KESIHATAN 4. Hari Khidmat Berhenti Merokok
PUTRAJAYA PRESINT 18
Objektif program adalah untuk mempromosikan
3. Hari Bebas Tanpa perkhidmatan berhenti merokok kepada orang awam.
Te m b a k a u Program diadakan pada 24 April 2019.

Objektif program adalah untuk memberi
informasi tentang bahaya rokok kepada murid-
murid sekolah rendah dan menengah. Program
telah diadakan pada 27 Februari 2019, 13 & 23
Mac 2019 dan 10 April 2019.

Laporan Tahunan PKPj 2019 93

KLINIK KESIHATAN 6. Program Gotong - royong
PUTRAJAYA PRESINT 18 Penanaman Pokok Bunga

5. Perhimpunan Bulanan 7 Disember 2019: Sumbangan Perbadanan Putrajaya kepada
PKPj Bertemakan Sambutan KKPj P18 melalui Panel Penasihat Klinik Kesihatan.
Hari Merdeka

22 Ogos 2019

Laporan Tahunan PKPj 2019 94

ANUGERAH 95
&

PENGIKTIRAFAN

Laporan Tahunan PKPj 2019

BIL. TARIKH ANUGERAH PROGRAM PENERIMA/CATATAN
1 24 Januari 2019 KKPj P14
Pengiktirafan sebagai Cawangan Promosi
2 16 April 2019 Health Promoting Clinic Kesihatan JKWPKL&P Kumpulan Inspirasi Afwah.
Wheelchair Climb: Projek
Johan Kategori Mini Konvensyen KIK hybrid PKPj bersama JBPM
Penambahbaikan JKWPKL&P 2019
Putrajaya.

3 18 Jun 2019 Naib Johan Qariah Tilawah Al-Quran KKM 2019 JM Jamaliah Ahmad
4 22-25 Julai 2019 Poster Terbaik Mokhtor, KKPj P11

6th Asia Pacific Conference Pn. Norlela bt Mohd Hussin
on Public Health, Pulau Unit Pemakanan PKPj
Pinang
Tajuk poster - Incidence and
Predictors of Mortality

Among Elderly Population in
Malaysia: Community Based

Longitudinal Study

Laporan Tahunan PKPj 2019 96

BIL. TARIKH ANUGERAH PROGRAM PENERIMA/CATATAN

5 7-8 Ogos 2019 Tempat Pertama Kategori 4th JKWPKL&P and 2nd HRC Dr Khairil Idham b Ismail

Poster Presentation Case Research Day 2019 Unit NCD PKPj

Report/Case Series

Tajuk poster - Ergonomic Risk

Assessment Among

Firefighters in Putrajaya

during High Rise Building

Operation: A Comparative

Case Study

6 12 September Naib Johan Kategori Hibrid Majlis Sambutan Hari Inovasi Kumpulan Inspirasi Afwah.

2019 Anugerah Inovasi Menteri KPKT Wheelchair Climb: Projek

2019 hybrid PKPj bersama JBPM

Putrajaya

7 21 September Tempat Ketiga Pertandingan “Pharmacy Kumpulan Koir Farmasi PKPj
2019 Got Talent” Sempena Hari
Farmasi Sedunia Peringkat

JKWPKL&P 2019

8 12 Oktober 2019 Tempat Keempat Pertandingan Sukan Futsal Pasukan Farmasi PKPj
Wanita Sempena Bulan
Sukan Negara Peringkat
JKWPKL&P 2019

Laporan Tahunan PKPj 2019 97

BIL. TARIKH ANUGERAH PROGRAM PENERIMA/CATATAN
KKPj P11
9 Anugerah Pencapaian
Audit NDR Terbaik Bagi KKPj P18
Kawalan DM PK Putrajaya

10 Perkhidmatan Klinik KKPj P18

Berhenti Merokok Terbaik Karnival Hari Kesedaran PK Putrajaya
Norasri bin Azman,
11 Pencapaian Verifikasi Penyakit Tidak Berjangkit & Pembantu Awam U11

17 Oktober 2019 Kematian Terbaik Sambutan Hari Kanser UKPBV PKPj
PK Putrajaya
12 Pencapaian Hasil Audit Sedunia 2019 Peringkat
Pemantauan Terbaik JKWPKL & Putrajaya 98

Perkhidmatan Kesihatan

Mental

13 Booth Terbaik (Kesihatan
Mental)

14 4–7 November Peserta Terbaik Teknik Kursus Latihan Intensif ORS

2019 Outdoor Residual Spray di Institut Penyelidikan

(ORS) Perubatan

15 8 November 2019 Sijil Penghargaan Majlis SIRIM Industri 2019
Penyertaan “Quality
Management System
Certification Scheme”

Tahun 2019 (ISO
9001:2015)

Laporan Tahunan PKPj 2019

BIL. TARIKH ANUGERAH PROGRAM PENERIMA/CATATAN

16 12 November Penghargaan Memorandum Program Roadshow Denggi Unit Kawalan Penyakit
Bawaan Vektor, PKPj
2019 Kerjasama Pintar (Smart Partnership) di SK Presint 11(2)

17 13 Disember Pengiktirafan sebagai Klinik Rakan Bayi Cawangan Pemakanan KKPj P14

2019 JKWPKL&P

18 Public Health Outstanding Pasukan Tibi &
Performance Award 2019: Pasukan Wound Team KKPj P9
Tibi Klinik Terbaik & Perkhidmatan
Penjagaan Luka di Fasiliti Kesihatan
Primer

19 Public Health Outstanding Unit Kesihatan Keluarga

Performance Award 2019: PKPj

Kecemerlangan Kesihatan Keluarga

20 16 Disember Public Health Outstanding Majlis Apresiasi Tahun 2019 Unit Inspektorat &
2019 Performance Award 2019: Bahagian Kesihatan Awam Perundangan PKPj
Kecemerlangan Pendaftaran Kes
JKWPKL&P

Mahkamah Tertinggi

21 Public Health Outstanding Lina bt Ibrahim
Performance Award 2019: Komitmen Unit NCD PKPj
Terbaik NCD

22 Public Health Outstanding Mohamad Ridzuan b Abu
Performance Award 2019: Pengurusan Nasir
Fasiliti Berdedikasi
Unit Pembangunan PKPj

Laporan Tahunan PKPj 2019 99

GALERI ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN PKPJ 2019

Johan Kategori Penambahbaikan Poster Terbaik di 6th Asia Pacific Tempat pertama bagi Kategori Naib Johan Kategori Hibrid
di Mini Konvensyen KIK Conference on Public Health, Pulau Case Report/Case Series di 4th Anugerah Inovasi Menteri 2019
JKWPKL&P 2019 – Projek Hybrid Pinang - Pn. Norlela bt Mohd Hussin JKWPKL&P and 2nd HRC sempena Majlis Sambutan Hari
bersama JBPM Putrajaya Unit Pemakanan PKPj. Tajuk poster - Research Day 2019 - Poster Inovasi KPKT - Wheelchair Climb:
bertajuk Wheelchair Climb Incidence and Predictors of bertajuk Ergonomic Risk Projek hybrid PKPj bersama JBPM
Mortality Among Elderly Population Assessment Among Firefighters Putrajaya.
in Malaysia: Community Based in Putrajaya during High Rise
Longitudinal Study Building Operation: A
Comparative Case Study yang
dibentangkan oleh Dr. Khairil
Idham Ismail

Laporan Tahunan PKPj 2019 100


Click to View FlipBook Version