LAPORAN PLC KALI –1/2021
“ Teacher Study Group”
KAEDAH PDPR ( PN SAHRUN BANA)
TABLET PEN (PN JULIZA)
SNAP CAMERA (PN JULIZA)
LIVEWORKSHEET (PN SAZANA)
KOMUNITI PEMBELAJARAN
PROFESIONAL (PLC)
“ Teacher Study Group”
“KAEDAH PDPR ,TABLET PEN ,SNAP CAMERA ,LIVEWORKSHEET”
TENTATIF PROGRAM
27 OGOS 2021 : Mesyuarat penyediaan keperluan
PLC
28 OGOS 2021 : Mesyuarat dalam talian Google Meet
Ahli Panitia
: Tayangan slide pembentangan bahan
: Perbincangan kumpulan
29 OGOS 2021 : Penyediaan dokumentasi dan
rumusan program.
Sesi Perkongsian Guru
Nama Ahli Kumpulan:
Sahrun Bana Binti Haron
Juliza Binti Ariffin
Sazana Binti Saad
Tempat/Tarikh/Masa:
Dalam Talian (Google Meet) / 27 Ogos 2021 / 3.00 Pm
Fokus: Nyatakan fokus perkongsian yang dijalankan
PDPC secara maya yang dijalankan oleh guru-guru sewaktu PKP menyebabkan guru perlu
menyediakan bahan untuk mengajar murid-murid.
Perkongsian ini berfokus kepada kaedah pengajaran yang akan digunakan ,cara
penyampaian konten dan cara pentaksiran untuk mengetahui sejauhmana pemahaman
murid untuk sesi pembelajaran tersebut.
Interpretasi: Apakah aspek yang paling penting/menarik/relevan yang dibincangkan? Adakan
perkongsian ini boleh memberi impak kepada pembelajaran murid? Bagaimana?
Perkara-perkara yang dibincangkan ialah
1.Sebelum proses pdpc,guru perlu merancang kaedah yang akan digunakan semasa proses pdpc .
Antara kaedah yang dibincangkan ialah
I. Pdpr menggunakan modul
II. Pdpr berasaskan projek
III. Flipped Classroom
IV. Pembelajaran berasaskan inkuiri
V. Pembelajaran Masteri
VI. Pembelajaran Kontekstual
VII. Pembelajaran berasaskan masalah
2.Medium penyampaian pdpc
Guru-guru berbincang Pdpc menggunakan Google Meet yang mana guru menayangkan slide
powerpoint. Subjek Matematik memerlukan guru menunjukkan Teknik pengiraan , maka alat yang
dikongsikan di sini ialah penggunaan ‘Tablet Pen’. Tablet pen ini memudahkan guru menulis kerana
tulisan yang dihasilkan sepertimana guru menulis di papan putih.Bagi menarik minat murid-murid,
guru-guru menambah dengan penggunaan ‘snap camera; untuk menyunting penampilan guru agar
lebih menarik dan menghiburkan murid-murid.
3.Cara pentaksiran pemahaman murid . Kaedah yang dikongsikan ialah penggunaan Liveworksheet .
Liveworksheet lebih menarik minat murid-murid kerana paparannya yang berwarna warni berbanding
buku aktiviti mereka. Murid pula boleh menjawab latihan berulang-ulang kali bagi mendapatkan
markah penuh.
Hasil: Apa yang saya pelajari? Bagaimanakah perbincangan ini boleh memberi kesan kepada
profesionalisme saya?
Guru boleh mengaplikasi perkongsian yang telah dibincangkan. PLC yang sangat
membantu guru daripada proses persediaan bahan, cara penyampaian dan cara
pentaksiran secara terus di samping memperbaiki pdpc guru-guru.
Teacher Study Group
Teacher Study Group
“ Teacher Study Group”
“ Teacher Study Group”
Sesi PLC ‘Teacher study group’ ini adalah kali
Pertama kami jalankan secara dalam talian.
Walaubagaimanapun sesi ini sangat berguna dan
kami berjaya menghasilkan satu sesi pembelajaran
dan perkongsian yang dapat meningkatkan kualiti
pdpc para guru.
Terima kasih dan sekalung tahniah kepada semua
guru Matematik dalam menjayakan PLC pada kali
ini
Disediakan oleh:
Sahrun Bana
(Sahrun Bana Binti Haron)
Ketua Panitia Matematik
Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi