LHE3117
LITERASI DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
KAEDAH PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
BACAAN AWAL
(PRAPEMBACAAN)
Aiman Syazwan (205331) Ameer Shauqi (205245)
Kaedah Pengajaran
Bacaan Awal)
1.Kaedah Abjad
2.Kaedah Fonetik
3.Kaedah Pandang-Sebut
4.Kaedah Suku Kata
Kaedah Abjad
1.Kaedah paling asas yang digunakan
dalam pengajaran kemahiran membaca.
2.Sebanyak 26 huruf (5 huruf vokal & 21
huruf konsonan).
3.Murid perlu menguasai abjad sebelum
menggabungkan antara huruf vokal dan
konsonan bagi menghasilkan bunyi.
4.Murid perlu menyebut huruf abjad besar
bermula dari huruf A - Z dan seterusnya
huruf kecil dari huruf a - z.
HURUF ABJAD
HURUF BESAR HURUF KECIL
ABCDEFG abcdefg
HIJKLMN hijklmn
OPQRSTU opqrstu
VWXYZ vwxyz
Huruf Vokal Huruf Konsonan
A B,C,D,F,G,H,J,K,L,M,N
UE ,P,Q,R,S,T,V,W,X,Y,Z
OI
Kaedah Abjad
Menggabungkan Huruf Konsonan & Vokal
1.ba (kv)
2.bu (kv)
Membentuk Perkataan daripada Suku Kata
1.da+du = dadu (kv+kv)
2.ba+ca = baca (kv+kv)
Seterusnya boleh membentuk rangkai kata.
Kaedah Fonetik
Dr. Lufti Abas (1985)
Fonetik ialah mempelajari segala bunyi
yang diucapkan oleh mulut manusia.
Kaedah Fonetik sesuai kepada murid yang
baru mengenal huruf.
Murid akan mengaitkan huruf dengan bunyi.
2 Teknik dalam Kaedah Fonetik
- Asosiasi Bunyi
- Asosiasi Gambar
Asosiasi Bunyi
CONTOH
- MENGAITKAN
BUNYI DENGAN
PERSEKITARAN
"AAA" - "AAA
SAKITNYA!"
Asosiasi Gambar
CONTOH
Huruf
ABCDEFGHI
JKLMNOPQ
RSTUVWXYZ
Kaedah Pandang Sebut
1.Kaedah ini memerlukan murid-murid
menyebut perkataan yang disebut guru
terdahulu setelah diperlihatkan gambar
atau perkataan tersebut.
2.Dinamakan kaedah seluruh perkataan
kerana pelajaran dimulakan dengan
memperkenalkan perkataan dan bukannya
huruf dan suku kata.
3.Dinamakan kaedah pandang dan sebut
kerana aktiviti utamanya ialah
memandang gambar atau perkataan
dahulu dan diikuti aktiviti menyebut.
Menurut Juriah Long (1994)
Perkataan diperkenalkan oleh murid-
murid menggunakan kad-kad perkataan.
Semasa kad-kad diimbas, murid-murid
menyebut perkataan beberapa kali.
Perkara yang dipandang ialah objek
yang terdapat pada bahan bantu
belajar.
Manakala yang disebut ialah perkataan
pada bahan yang ditunjukkan.
Kaedah Pandang Sebut
Menyebut perkataan Mencerakinkan perkataan
Membina dan membaca Membina perkataan dan
ayat menyebut semula perkataan
yang sama
Langkah pengajaran
Murid diajar menyebut ‘seluruh perkataan’
selepas guru menyebutnya dan menulisnya di
papan tulis.
Perkataan seperti ‘meja’ dan ‘cawan’ kemudian
dicerakinkan menjadi suku kata, seperti ‘me ja’
dan ‘ca wan’. Murid membaca suku kata.
Kemudian perkataan ‘meja’ dan ‘cawan’ ini
dicerkain lagi menjadi huruf. Seperti ‘m e j a’
‘c a w a n’.
Murid mengeja dan menUlis huruf dan
perkataaan.
Kaedah seluruh perkataan ini sesuai untuk
bahasa yang sistem ejaannya logografik.
Contohnya, Bahasa Cina dan bahasa Mesir
Tua.
Kelebihan kaedah pandang sebut
Murid-murid memahami apa yang mereka
baca dan ini dapat mengelakkan mereka
berasa bosan.
Mengecam huruf dan menghafaz bunyi
akan berkesan sekiranya murid-murid
telah menguasai sejumlah perkataan.
Menurut Goodman: Pengalaman
pembacaan murid akan lebih bermakna
jika yang dibacanya merupakan sesuatu
yang telah dikenali atau diketahui
mereka
Kelemahan kaedah pandang sebut
Murid cuba mengecam dan membaca
perkataan dengan cara 'meneka' dari
bentuknya.
Murid tidak dapat menggunakan
kemahiran membaca perkataan yang lalu
untuk membaca perkataan baru.
Murid perlu 'mengecam' dan 'menghafal'
banyak perkataan sebelum ia boleh
membaca sesuatu cerita.
Murid pandai menyebut perkataan tetapi
tidak pandai mengeja.
Kaedah Suku Kata
Kaedah ini diperkenalkan oleh Professor
Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid
diajar langkah demi langkah, dimulai dengan
bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf
(abjad) dan bentuk huruf. Selepas membina
suku kata dan seterusnya perkataan. Latih
tubi mengeja adalah perlu berdasarkan
pendekatan pelbagai deria (multisensory)
Kaedah Suku Kata
Suku kata adalah satu ujaran terkecil dari
sebuah kata. Sekurang-kurangnya satu suku
kata terdiri daripada satu vokal dan satu
konsonan. Kaedah suku kata ditakrifkan
sebagai tindakan atau langkah-langkah yang
perlu dilakukan oleh guru dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
melalui sama ada secara suku kata terbuka
atau secara suku kata tertutup.
Kaedah Suku Kata
1.Suku kata ialah bahagian perkataan
berasaskan kehadiran vokal.
2.Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan
wujud sebagai satu vokal atau
bersama-sama dengan konsonan.
3.Dalam Bahasa Melayu, terdapat sebelas
pola suku kata. Suku kata yang berakhir
dengan huruf vokal dipanggil Suku Kata
Terbuka.
Kaedah Suku Kata
Suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutup
k.erana diakhiri dengan huruf konsonan. Beberapa
jenis suku kata :
(a) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K
(b) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV
(ibu, ela), V + VK (air, aib), V + KVK (adat, emas), VK
+ KV (anda, unda), VK + KVK (untuk, entah), KV +
KVK (bukan, dekat).
(c) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V +
KV (biasa, cuaca), KV + V + KVK (kaedah)
(d) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV
+ KV + KV (panorama)
Langkah pengajaran
Guru menunjukkan huruf pada kad imbasan dengan
gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama huruf
tersebut.
Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.
Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama
huruf.
Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis
huruf sambil menyebut (terjemahkan bunyi yang di dengar
dengan tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf.
Murid membaca apa yang telah ditulisnya, iaitu
membunyikan huruf (terjemahkan huruf yang ditulis
kepada bunyi yang boleh didengar).
Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk
merasakan huruf tersebut
Langkah pengajaran
Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan
bentuk huruf guru boleh teruskan dengan latih/tubi
berikutnya :
a) Murid melihat semula kad imbasan dan
membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan).
b) Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara
rawak. Murid menyebut namahuruf kemudiannya
menulis ( proses mengeja).
c) Hubungan antara nama, bunyi dan bentuk huruf
hendaklah diajar terlebih dahulu dengan
pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah
vokal dan sangat diperlukan dalam setiap
perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal.
Langkah pengajaran
Othman Zakariah (1985: 5) mencadangkan langkah-langkah
seperti berikut :
2 suku kata terbuka yang bermula dengan vokal = ibu
2 suku kata tertutup = sampah
3 suku kata terbuka = kerusi
2 suku kata terbuka = baju
2 suku kata :
◦Terbuka + tertutup = bulan
◦Tertutup + terbuka = lampu
2 suku kata:
◦Terbuka yang menggunakan sy, ng, ny, gh, kh = nya nyi
◦Terbuka + tertutup = khamis
2 suku kata yang bermula dengan vokal = intan, empat
Suku kata campuran = berlari, melukis, membaca
2 vokal berganding termasuk diftong = main, kain, taat
Kelebihan kaedah suku kata
Murid dapat membaca dengan
cepat.
Murid hanya perlu mengecam dan
menghafal bentuk dan gabungan
bunyi dua, tiga atau empat huruf
lalu menyebut terus.
Kelemahan kaedah suku kata
Jika murid tidak kenal bentuk huruf, maka
dia tidak dapat menyebut suku kata
tersebut.
Murid hanya menghafal bentuk suku kata
tanpa memahami apa maksud suku kata
tersebut.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
Jumpa lagi nanti!