BUKU CERITA KANAK-KANAK
KISAH Monyet
YANG BAIK HATI
FARAH DAYANA
Pada suatu hari, monyet
sedang dalam perjalanan
keluar untuk mencari makanan.
Dia keluar bersendirian di
dalam hutan tanpa ditemani
oleh kawan-kawannya.
Tiba-tiba, dari kejauhan dia
melihat seekor kucing sedang
menangis di tengah jalan.
Monyet berasa pelik dan
berkata-kata di dalam hati,
" Adakah kucing itu sedang
dalam masalah? "
Monyet kemudiannya " Kamu kenapa kucing?
mendekati kucing dan Adakah kamu sedang
bertanya pada kucing mengalami masalah?
apakah yang boleh Mengapa kamu menangis? "
dibantu olehnya.
" Saya sedang berada dalam
kesakitan, kaki saya tercucuk
serpihan yang tajam, bolehkah
kamu menolongku wahai monyet? "
kata kucing kepada monyet dalam
nada merayu.
Monyet yang simpati akan
keadaan kucing, terus berlari
ke dalam hutan dan ingin
mendapatkan bantuan dari
kawan-kawannya kerana dia
tidak berapa pandai uuntuk
menolong kucing itu.
Kemudian monyet
berjumpa dengan arnab
dan juga anjing untuk
meminta pertolongan.
Monyet seterusnya menceritakan
tentang kejadian yang telah
menimpa kucing. Kemudian
mereka semua bergegas pergi ke
tempat kucing untuk memberikan
bantuan.
Setelah hampir sampai ke
tempat kucing, mereka dapat
lihat bahawa kucing masih lagi
menangis kerana menahan
kesakitan di kakinya.
Dengan kepakaran arnab dan
juga anjing, serpihan tajam
yang mencucuk kaki kucing
berjaya dicabut dan dibuang
dengan selamat.
" Terima kasih semua kerana telah
menolong saya. Terima kasih
monyet kerana membantu saya
dengan mendapatkan bantuan dari
kawan-kawan kamu. " Kata kucing
dalam nada terharu.
"Sama-sama" Kata
monyet dan juga
kawan-kawannya.
" Ini sudah menjadi tugas dan
tanggungjawab kita bersama bila
nampak sesiapa dalam
kesusahan, semoga kaki kamu
cepat sembuh ya, kucing. "
Tambah monyet lagi.
Kucing kemudiannya meminta diri
untuk beredar dan tidak henti
mengucapkan terima kasih kepada
monyet dan kawan-kawannya kerana
telah menolongnya mencabut serpihan
tajam yang tercucuk di kakinya.
PENGAJARAN CERITA
Berdasarkan kisah monyet yang baik hati, antara
pengajaran yang terkandung di dalam cerita ini
adalah kita perlu sentiasa mengamalkan sikap
bertanggungjawab untuk menolong sesiapa sahaja
yang berada dalam keadaan susah. Kita tidak
boleh melengah-lengahkan waktu dalam memberi
pertolongan kepada sesiapa sahaja yang
memerlukan. Selain itu, kita juga perlu
mengucapkan kata-kata yang baik seperti
berterima kasih apabila sesiapa menghulurkan
bantuan kepada kita dalam apa jua bentuk
keadaan dan situasi. Kita perlu mengamalkan
sikap baik hati dan tolong-menolong tanpa
mengharapkan apa-apa balasan kerana perbuatan
yang baik akan dibalas dengan kebaikan jua.
SOALAN KBAT
Apakah ucapan yang disebut oleh kucing
setelah monyet dan kawan-kawannya
selesai memberikan bantuan?
Berikan ringkasan cerita mengenai kisah
monyet yang baik hati ini.
Apakah sikap yang ditunjukkan oleh monyet
di dalam kisah ini?
AKTIVITI KRAF
1 2 3
Kertas segi empat Lipat bahagian bucu atas Pastikan bahagian yang
tepat dibahagikan kertas ke bahagian dilipat sama dengan
kepada dua bahagian bawah. garis di tengah.
dan dilipat menjadi
bentuk segi tiga.
4 5 6
Kemudian lipat bahagian Kemaskan bahagian Pusingkan ke bahagian
kiri dan kanan kertas ke lipatan belakang kertas depan kertas dan siap
bahagian atas. dengan gam. untuk dilukis muka
kucing atau haiwan lain.