SEKOLAH KEBANGSAAN SANTAN KM 7, JALAN SANTAN, 01000 KANGAR, PERLIS. esyuarat gung ahunan PIBG Kali Ke-50 PERASMI : EN. MUSRA BIN MAT SAMAN KETUA PENOLONG PENGARAH SEKTOR PEMBELAJARAN (UNIT SAINS SOSIAL) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 21 JUN 2024 | JUMAAT | 3:00 PETANG DEWAN SYED HUSSAIN SK SANTAN IMBAS KOD QR UNTUK KEHADIRAN M A T
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SEKOLAH KEBANGSAAN SANTAN, KM 7, JALAN SANTAN, 01000 KANGAR, PERLIS. Tel : 04 – 9381466 Fax : 04 - 9382466 Ruj. Kami : PIBG.07/01/001/Jld.3 ( ) Tarikh : 23 Mei 2024 Semua Waris dan Guru Sekolah Kebangsaan Santan Tuan, NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG KALI KE-50 SEKOLAH KEBANGSAAN SANTAN TAHUN 2024 Merujuk kepada perkara di atas, tuan/puan dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG Sekolah Kebangsaan Santan kali ke-50 pada : Tarikh : 21 Jun 2024 (Jumaat) Masa : 3:00 petang Tempat : Dewan Syed Hussain, SK Santan Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ___________________________ (FAIZA FITRIA BINTI CHE MAT) Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Santan. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- BORANG USUL Ibu bapa / waris boleh isi borang atau imbas kod QR di bawah untuk sebarang usul. Sila kembalikan borang usul / isi borang usul online selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 7 Jun 2024. Usul: _________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________ Nama Waris :___________________________________________________ Nama Anak :___________________________________________________ Kelas :__________________ Saya akan Hadir Tidak Hadir • Usul hanya akan dibentangkan sekiranya pencadang usul hadir. Imbas kod QR untuk borang usul online.
AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG KALI KE-50 SK SANTAN, 01000 KANGAR, PERLIS TAHUN 2024 Cabutan Bertuah Pn. Aida binti Mustafa (K) Pn. Azimah binti Harun Pn. Nor Halina binti Hussin Pn. Zuraini binti Md Zale Pengumpulan Usul THN 6 Pn. Izzatul Syima binti Talib (6O) Pn. Rowena binti Murtuja (6B) THN 5 En. Muzammil bin Mahmud (5O) En. Eizar Azlan bin Taharin (5B) THN4 En. Mohd Nor Shahrin bin Shamsuddin (4O) Pn. Noorasikin binti Awang Samat (4B) THN 3 Pn. Norsasirah binti Sabri (3O) Pn. Faiza Fitria binti Che Mat (3B) THN 2 Pn. Mariani binti Md Zainun (2O) Salma binti Abdullah (2B) THN 1 Pn. Fhadla binti Ismail (1O) Pn. Norhafizah binti Mahmud (1B) PPKI Pn. Wei Xin Hui PRASEKOLAH Pn. Siti Aishah binti Mat Sahir Makanan VIP/ Ibu bapa / Guru Pn. Suraya binti Man (K) Pn. Salma binti Abdullah Pn. Rogayah binti Mahamad Pn. Norhawa binti Ali Pn. Husna Syafiqah binti Mohd Hashim Pn. Siti Aishah binti Mat Sahir Cenderamata / Sijil Pn. Rowena binti Murtuja Persiapan Fizikal /Dewan Sebelum, Semasa dan Selepas Majlis En. Eizar Azlan bin Taharin (K) En. Muzammil bin Mahmud En. Zakaria bin Chin Pekerja pembersihan sekolah Jurukamera Pn. Intan Dzulhailah binti DzulkiflI (K) Pn. Aniza binti Abd Rani Buku Program VIP Pn. Nawal Faizah binti Ishak (K) Cik S. Thamayanti a/p Sathiyamurti Buku Program Ibu Bapa Pn. Norsasirah binti Sabri (K) Pn. Mariani binti Md Zainun Siaraya/Peralatan PA Sistem En . Muhammad Hamzah bin Azizan (K) En. Mohd Nor Shahrin bin Shamsuddin Dokumentasi Pn. Faiza Fitria binti Che Mat Pencatat Minit Pn. Nuraiza binti Rozelan (K) Pn. Norhafizah binti Mahmud Pn. Noor Azrella binti Mokhtar Penyambut Tetamu VIP En. Md Nazir bin Nik Ali (Guru Besar ) En. Md Radzi bin Mat Din (YDP PIBG) Pn. Syarifah binti Ramli (NYDP PIBG) Pn . Salwati binti Mokhtar (PK Pentadbiran) En. Muhamad Fisol bin Ibrahim (PK HEM) En. Mohd Syahrin bin Samsudin (PK Kokurikulum) Pn. Ruzliana binti Romali (PK PPKI) Bacaan Doa En. Mohd Nor Shahrin bin Shamsuddin Pengacara Majlis Pn. Izzatul Syima binti Talib Pendaftaran Ibu Bapa Pn. Intan Syafinaz binti Jaafar (K) Pn. Fhadla binti Ismail Pn. Noorasikin binti Awang Samat Pn. Hazirah binti Chin Pn. Suzaini binti Sabu Pendaftaran Guru Pn. Zarina binti Ramli Perhiasan Pentas Sebelum dan Selepas Pn. Izzah Dalilah binti Abdullah (K) Pn. Yusrina binti Mohamad Yusof Pn. Husniyah binti Hussain Pn. Wei Xin Hui Pn. Norzakinah binti Zamri Tan Pn. Khairul Azwan binti Idris Pn. Zaraini binti Senapi
TENTATIF PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG KALI KE 50 SK SANTAN, 01000 KANGAR, PERLIS TAHUN 2024 TARIKH : 21 Jun 2024 HARI : Jumaat TEMPAT : Dewan Syed Hussain, SK Santan MASA : 3:00 petang 2:45 petang ❖ Pendaftaran Guru dan Ibu Bapa ❖ Penyerahan Makanan 3:00 petang ❖ Ucapan Aluan Pengerusi Majlis ❖ Nyanyian Lagu Negaraku ❖ Bacaan Doa En. Mohd Nor Shahrin bin Shamsuddin 3.10 petang ❖ Penerangan tentang Program Sekolah Dalam Hospital 3:20 petang ❖ Ucapan Guru Besar SK Santan En. Md Nazir bin Nik Ali ❖ Ucapan YDP PIBG SK Santan En. Md Radzi bin Mat Din ❖ Ucapan Perasmian En. Musra bin Mat Saman Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembelajaran (Unit Sains Sosial), Jabatan Pendidikan Negeri Perlis 3: 45 petang Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG kali ke-50 dimulakan 4:30 petang Lantikan AJK Baharu 5:00 petang Cabutan Bertuah 5:30 petang Bersurai
AGENDA MESYUARAT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG KALI KE 50 SK SANTAN, 01000 KANGAR, PERLIS TAHUN 2024 TARIKH : 21 Jun 2024 HARI : Jumaat TEMPAT : Dewan Syed Hussain, SK Santan MASA : 3:00 petang AGENDA MESYUARAT : 1. Perutusan Pengerusi PIBG 2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 3. Perkara-perkara berbangkit 4. Membentang dan menerima Laporan Tahunan Aktiviti PIBG bagi tahun 2023 5. Membentang dan meluluskan laporan kewangan berakhir pada Disember 2023 6. Membahaskan usul ibu bapa 7. Lantikan AJK Baharu 8. Ucapan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-50
1 Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Santan MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-49 TAHUN 2023 Tarikh : 16 JUN 2023 Masa : 3:00 PETANG Tempat : DEWAN IBNU KHALDUN SK SANTAN Pengerusi : EN. SYAGUL YUHANIS BIN MOHD YUSOF Kehadiran (Bilangan) : 139 ORANG 11 ORANG (PRASEKOLAH) 4 ORANG (PPKI) 29 ORANG (TAHUN 1) 21 ORANG (TAHUN 2) 18 ORANG (TAHUN 3) 9 ORANG (TAHUN 4) 23 ORANG (TAHUN 5) 24 ORANG (TAHUN 6) AGENDA 1 : UCAPAN PENASIHAT 1.1 Guru Besar SK Santan, En, Syagul Yuhanis bin Mohd Yusof mengalu-alukan kedatangan ibu bapa ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-49 bagi tahun 2023. 1.2 Guru Besar turut memaklumkan SK Santan merupakan Sekolah Magnet yang sering dilawati oleh sekolah-sekolah lain. 1.3 Guru Besar mengingatkan semula mengenai sumbangan PIBG dikekalkan sama seperti tahun 2022 iaitu RM 20.00 bagi anak pertama dan tambahan RM 5.00 bagi anak kedua, ketiga dan seterusnya serta sumbangan lain dalam menaik taraf prasarana sekolah yang meliputi bayaran seperti berikut : i. Sumbangan Akademik RM 65.00 ii. Sumbangan Surau RM 10.00 iii. Sumbangan keceriaan kelas RM 5.00 Jumlah keseluruhan perlu dibayar ialah RM 100.00 bagi anak pertama dan RM 85.00 bagi anak kedua, ketiga dan seterusnya.
2 1.4 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang memberi kerjasama kepada pihak sekolah. Makluman AGENDA 2 : UCAPAN PENGERUSI 2.1 En. Md Radzi bin Mat Din selalu YDP PIBG SK Santan mengalu-alukan kedatangan para waris ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-49 bagi tahun 2023. 2.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PIBG yang dapat hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada kali ini. 2.3 Beliau memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat ini adalah untuk mencapai kesepakatan demi kejayaan anak-anak di SK Santan. Makluman AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG LALU 3.1 Pn. Faiza Fitria binti Che Mat selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-48 yang bertarikh 28 Jun 2022 untuk cadangan disahkan. Pencadang : En. Najib bin Yahya Disokong oleh : Pn. Norhafifi binti Md Nasir Makluman AGENDA 4 : MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG BAGI TAHUN 2022 4.1 Pengerusi selaku YDP PIBG membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG bagi tahun 2022. 4.2 Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah : i. Program Ihya Ramadhan – April 2022 ii. Sambutan Hari Guru – 26 Mei 2022 iii. Persaraan Cikgu Noramini (PK HEM) – 30 Jun 2022 iv. Persaraan Cikgu Mazila – 18 Ogos 2022 v. Persaraan Cikgu Nazlina (PK PPKI) – 1 November 2022 vi. Majlis Graduasi Tahun 6 – 11 Februari 2023 Makluman
3 AGENDA 5 : MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022 5.1 En. Ali bin Hamid selaku Bendahari PIBG membentangkan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 dan memohon untuk disahkan. 5.2 Pengerusi memohon agar semua ahli meneliti dan menyemak Penyata Kewangan dengan teliti terlebih dahulu dan jika berpuas hati beliau meminta agar Penyata Kewangan tersebut disahkan dan disokong. Pencadang : En. Mohd Zaidi bin Jamil Disokong oleh : Noor Asmah binti Hussin Makluman AGENDA 6 : MEMBAHASKAN USUL 6.1 Isu kelas KAFA 6.1.1 SK Santan antara 9 buah sekolah di Perlis menjadi sekolah rintis bagi program Sekolah Integrasi Perlis (SIPs) yang dititahkan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai langkah mengoptimumkan pengajian Pendidikan Islam di sebelah petang. 6.1.2 Solat Asar sebelum pulang dari kelas KAFA telah dilaksanakan. Murid mula berkumpul di surau dan dewan terbuka pada jam 4:30 petang untuk persediaan solat Asar. 6.1.3 Murid berkumpul di dua tempat untuk Solat Asar kerana tempat yang terhad. 6.1.4 Kelas KAFA bermula jam 2:30 petang adalah tidak dibenarkan kerana SIPs bermula pada jam 12:30 tengah hari. Murid tidak dibenarkan pulang, perlu teruskan kelas SIPs hingga petang. Ibu bapa dibenarkan mengurus anak di sekolah selepas tamat sesi persekolahan pagi. 6.2 Isu keselamatan 6.2.1 Penggunaan RELA untuk menjaga lalu lintas ketika murid pulang dari sekolah tidak dapat dilaksanakan kerana sekolah tidak mampu untuk menyediakan bayaran untuk RELA yang dianggarkan RM60 hingga RM 100 sehari. Pengawal keselamatan sekolah tiada hak untuk menjaga kawasan di luar sekolah. 6.2.2 Ibu bapa perlu selesaikan sendiri isu kesesakan dengan cara meletakkan kenderaan di luar pagar sekolah dan berjalan kaki masuk ke kawasan sekolah. Ibu bapa juga dibenarkan untuk meletakkan kenderaan di Dataran Perhimpunan lama sekiranya datang awal. 6.2.3 Kawasan menunggu khas untuk ibu bapa yang menaiki motosikal tidak
4 dapat dilaksanakan kerana kos tinggi. 6.2.4 Permohonan bonggol di hadapan sekolah tidak diluluskan oleh JKR kerana jalan utama. 6.3 Isu kantin 6.3.1 Pembesaran kantin masih dalam proses pihak sekolah kerana perlukan kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri Perlis. 6.3.2 Waktu rehat sesi pagi tiada masalah kerana murid tahap 1 dan tahap 2 rehat dua sesi. Masalah timbul pada sebelah petang kerana murid rehat serentak. 6.3.3 Pihak sekolah telah memperbanyakkan meja-meja kecil untuk kegunaan murid supaya semua murid dapat makan di kantin. 6.3.4 Pihak kantin juga telah memperbanyakkan menu makanan pada sebelah petang seperti roti john, bihun sup dan makanan bergoreng. 6.4 Isu tempat menunggu waris 6.4.1 Pihak sekolah tidak dapat menyediakan tempat mengunggu waris. 6.5 Isu peperiksaan 6.5.1 Pihak sekolah akan melaksanakan pentaksiran sebanyak dua kali setahun iaitu pertengahan tahun dan akhir tahun. 6.5.2 Pentaksiran adalah untuk menguji tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran dan akan ditambah baik dari masa ke semasa. 6.5.3 Jika Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) tidak diteruskan selepas ini, pihak sekolah akan memohon kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perlis untuk melaksanakan peperiksaan dalaman. 6.6 Isu kelas tambahan 6.6.1 Guru Besar sedang dalam proses untuk mengadakan kelas komputer di sekolah pada setiap hari Ahad dengan kerjasama daripada pihak dari Alor Setar. Yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM 50. Murid yang menyertai akan mendapat sijil tahap pencapaian ICT. Tempoh pelaksanaan adalah lima hingga enam bulan. Guru Besar akan memaklumkan kepada ibu bapa bila kelas komputer ini akan dilaksanakan. 6.7 Isu kokurikulum 6.7.1 Kejohanan Merentas Desa akan dijalankan pada 26 Jun 2023 iaitu pada hari Jumaat. Ibu bapa turut dijemput hadir. Hadiah turut disediakan kepada ibu bapa yang menang.
5 6.7.2 Cadangan untuk mengadakan Hari Kantin. Pada tahun ini, akan diadakan Hari Kantin atau Hari Keusahawanan. 6.7.3 Ibu bapa dan anak-anak tahun 6 akan diadakan program bersama. Makluman 7. HAL – HAL LAIN 7.1 Isu kenderaan menghantar anak ke Prasekolah oleh Puan Safini binti Omar. 7.1.1 Kenderaan ibu bapa murid Prasekolah masuk hingga ke belakang kantin untuk menghantar anak. Situasi ini mendatangkan bahaya kepada murid yang berjalan dari kantin untuk ke kelas terutama ketika kenderaan mengundur. Jawapan : Kereta dan motosikal tidak lagi dibenarkan menghantar anak hingga ke Prasekolah. Kon atau penghadang akan diletakkan supaya tiada kenderaan boleh masuk hingga ke belakang kantin. 7.2 Isu kerja rumah oleh En. Saufi bin Ridzuan 7.2.1 Memandangkan waktu persekolahan murid sehingga 5:30 petang, oleh itu ibu bapa memohon agar tiada kerja rumah diberikan kepada murid atau hanya satu kerja rumah diberikan kepada murid setiap hari. Jawapan : Guru memahami situasi murid pulang petang setiap hari. Oleh itu guru jarang memberi kerja rumah kepada murid. Kebanyakan guru akan meminta murid menyiapkan latihan di dalam kelas. Cuma ada murid yang lambat menyiapkan latihan menyebabkan murid perlu membawa pulang latihan untuk disiapkan di rumah. 7.3 Isu air minuman, tikar untuk solat, majlis anugerah dan pemakaian baju sukan oleh Pn. Syarifah binti Ramli. 7.3.1 Penyediaan air minuman kepada murid untuk sesi petang. Jawapan : Guru Besar menyatakan bahawa terdapat tiga water cooler. Water cooler ini akan diservis dan akan diletakkan di PPKI dan arus perdana. 7.3.2 Tikar sedia ada untuk solat kebanyakkan telah rosak dan usang. Jawapan : Guru Besar akan memohon dana daripada PIBG untuk membeli tikar solat baharu untuk kegunaan murid di surau dan di dewan. Ibu bapa yang ingin menderma untuk membeli tikar solat, boleh masukkan wang ke dalam Peti Sumbangan Sekolah (Peti Merah) yang terdapat di hadapan sekolah.
6 7.3.3 Majlis Anugerah Jawapan : Majlis Anugerah akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Majlis akan diadakan di SK Santan kerana SK Santan telah mendapat anugerah Premis KAFA Terbaik. 7.3.4 Pemakaian baju sukan Jawapan : Murid dibenarkan memakai pakaian sukan sehingga diberitahu kelak. Murid juga dibenarkan memakai pakaian sekolah tanpa perlu memakai tali leher. 7.4 Tiada pelantikan AJK PIBG baharu bagi tahun 2023/2024. Lantikan akan diadakan bagi sesi 2024/2025 kerana tahun ini merupakan tahun terakhir untuk YDP PIBG. Makluman 8. UCAPAN PENUTUP 8.1 Pengerusi mengalu-alukan kepada ibu bapa untuk melawat bilik-bilik khas selepas tamat mesyuarat. 8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4:55 petang. Disediakan oleh, Disahkan oleh, _____________________ (FAIZA FITRIA BINTI CHE MAT) (MD RADZI BIN MAT DIN) Setiausaha, Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Santan. SK Santan.
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK SANTAN, 01000 KANGAR, PERLIS TAHUN 2023 1. Majlis Iftar Ramadhan Al- Mubarak – 14 April 2024 2. Sambutan Hari Guru - 16 Mei 2023 3. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-49 - 16 Jun 2023 4. Persaraan Cikgu Tengku Maziah binti Tengku Zainul - 8 November 2023 5. Gotong Royong Khas oleh PIBG Peruntukan Khas - 11 Januari 2024 6. Hari Anugerah Kecemerlangan – 27 Januari 2024 7. Majlis Graduasi Tahun 6 - 7 Februari 2024
BIL HADIR DAN USUL NAMA PENGUSUL 1 Jualan roti Gardenia berperisa coklat, jagung dan vanilla di kantin atau kedai buku kerana tidak semua anak-anak boleh makan makanan yang dijual di kantin. Pn. Meriam binti Ahmad / Nur Aaira Safiya binti Mohd Shah Rizal (1O) 2 Peperiksaan sekolah pagi dan petang tidak dibuat serentak. En. Mohd Nazirul bin Mansor / Nuriz Nabila / Muhammad Aqil Anaqi (1B, 5O) 3 Tiada kelas SIPs/KAFA pada hari Jumaat. 1. Pn. Rogayah binti Omar / Alisha Safiya binti Mohd Normizam (2O) 2. Pn. Siri Zubaidah binti Md Zainul / Annur Zulaikha binti Syahril Anuar (2O) 3. Pn. Nor Shafawati binti Saad / Muhammad Aqil Naufal bin Jamari Hodi (2O) 4. En. Muhamad Zaidi bin Jamil / Finna Nur Ziya binti Muhamad Zaidi (2O) 5. En. Adika bin Khalid / Aisyah Sofia binti Adika (2B) 6. Pn. Norolaisma binti Ismail / Tuah Al-Thaqif bin Mohd Rizal (2B) 7. En. Azlan bin Abbas / Nur Humairah Husna binti Azlan (3O) 4 Laluan semasa mengambil anak selepas kelas KAFA perlu diperkemaskan kerana banyak kenderaan waris yang datang mengambil anak selepas waktu KAFA. En. Nordin bin Zakaria / Nur Alisha Sofia binti Nordin (2B) 5 Pihak sekolah tidak memperbaharui baju sukan sekolah setiap tahun kerana ada segelintir ibu bapa murid tidak mampu menyediakan setiap tahun terutama golongan M40 atau ibu bapa yang bergaji bulanan rendah yang tidak mendapat sebarang bantuan persekolahan daripada kerjaan negeri mahupun pusat. En. Adika bin Khalid / Aisyah Sofia binti Adika (2B) 6 Meletakkan penapis air yang lebih banyak daripada brand BMF En. Ahmad Auzaie bin Mohd Arshad / Ahmad Nuh bin Ahmad Auzaie (2B) PEMBENTANGAN USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SANTAN KALI KE 50 2024
7 Menyediakan loker simpanan buku bagi setiap kelas agar dapat meringankan beg murid. Pn. Husna Syafiqah / Nur Hasya Falisha (3O) 8 Mohon pihak sekolah menyediakan satu tempat khas untuk meletakkan barangan anak-anak yang tertinggal seperti botol air dan kasut. Oleh itu, mudah untuk murid atau para waris mencari barang anak yang hilang. Pn. Jarina binti Kamarudin / Muhamad Aswawi bin Azmy (3O) 9 Mengadakan kelas tambahan untuk murid En. Mohd Hairul Uzzfar bin Hairudin / Khayla Sofea (3O) 10 Harga makanan di kantin sekolah kurang berpatutan. Kuantiti makanan tidak sepadan dengan harga. En. Muhd Faisal bin Norshidi / Muhd Fayruz Qayyum (5O) 11 Menambahbaik keselamatan lalu lintas keluar masuk ke sekolah. En. Ahmad Afiq bin Haron / Ahmad Aqeel Arman bin Ahmad Afiq (6O) 12 Mengadakan kelas tambahan untuk murid tahun 6. Pn. Fauziah binti Ismail / Ahmad Faiz bin Ahmad Tarmizi (6O) 13 Memohon sumbangan duit minyak daripada PIBG untuk guru-guru yang membawa murid yang mewakili sekolah ke kejohanan sukan / program KPM En. Ali bin Hamid (GURU) 14 Memohon sumbangan hadiah yang bersesuaian kepada murid untuk majlismajlis sekolah seperti Hari Anugerah Kecemerlangan serta busana dan aksesori untuk pasukan persembahan Sahmura Kemilau Sari Pn. Noraiza binti Rozelan (GURU) 15 Memohon sumbangan Portable PA system / sistem siaraya mudah alih untuk kegunaan sekolah En. Mohd Nor Shahrin bin Shamsuddin (GURU) 16 Memohon van sekolah untuk kegunaan sekolah seperti membawa murid ke pertandingan sukan atau programprogram anjuran KPM. En. Mohd Syahrin bin Samsudin (GURU)
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN SANTAN, 01000 KANGAR, PERLIS. PENASIHAT : EN. MD NAZIR BIN NIK ALI Guru Besar YANG DIPERTUA PIBG : EN. MD RADZI B. MAT DIN NAIB YANG DIPERTUA PIBG : PN. SHARIFAH BT. RAMLI SETIAUSAHA : PN. FAIZA FITRIA BINTI CHE MAT BENDAHARI : EN. ALI B. HAMID AHLI JAWATANKUASA (GURU) : PN. SALWATI BINTI MOKHTAR PK Pentadbiran : EN. MUHAMAD FISOL B. IBRAHIM PK Hal Ehwal Murid : EN. MOHD SYAHRIN B. SAMSUDIN PK Kokurikulum : PN. RUZLIANA BINTI ROMALI PK PPKI : PN. SITI AISHAH BINTI MAT SAHIR : PN. NORHAWA BINTI ALI : PN. ROWENA BINTI MURTUJA : PN. NORHAFIZAH BINTI MAHAMUD : EN. MUHAMMAD HAMZAH BIN AZIZAN : EN. MOHD NOR SHAHRIN BIN SHAMSUDDIN : EN. MUZAMMIL BIN MAHMUD : EN. EIZAR AZLAN BIN TAHARIM AHLI JAWATANKUASA (IBU BAPA) : EN. MOHD IQBALDIN B. MOHD NAYAI : EN. AHMAD AFIQ B. HARON : PN. AIDA BT. MUSTAFA : PN. AZIMAH BT. HARUN : PN. NOR HALINA BT. HUSSIN : PN. ZURAINI BT MD ZALE JURUAUDIT DALAMAN : EN. MOHD KHAIRUL AHZAM B. AHMAD : PN. ANI ROHAYU BT. HARON