The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rizwan88smkmn, 2024-06-19 01:03:04

MORFOLOGI-NOTA KATA KERJA-DIEDIT

MORFOLOGI-NOTA KATA KERJA-DIEDIT

KATA KERJA MORFOLOGI


KATA KERJA DEFINISI Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja menjadi inti dalam binaan frasa kerja. 2


JENIS KATA KERJA Kata kerja terbahagi kepada dua jenis1. Kata kerja aktif 2. Kata kata kerja pasif 3


KATA KERJA AKTIF Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif, iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur diterangkan. Kata kerja aktif terdiri daripada kata kerja aktif tak transitif dan kata kerja aktif transitif.


KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sesudahnya.


KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF • Kata kerja aktif tak transitif terdiri daripada kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap dan berpelengkap. 1. Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap kata kerja boleh berdiri sendiri tanpa objek Sebagai contohnya, tiba, roboh, duduk, muncul, bersorak, bekerja, berniaga, terbabas.. a. Datuk Amin masih bekerja walaupun sudah tua. b. Ibu Mamat berniaga secara kecil-kecilan di pasar. c. Rumah di atas bukit itu roboh akibat hujan lebat. 2. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap kata kerja yang memerlukan pelengkap yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif atau kata sendi nama. a. Gadis yang berbaju kurung merah itu sepupu Razif. b. Pengemis tua yang berbangsa India itu kelihatan lemah. c. Kecederaan yang dialami oleh Lim Ai Mei beransur pulih.


KATA KERJA AKTIF TRANSITIF Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.


KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Sebagai contohnya, minum, mengarang, menjual, membaiki, melontarkan,membaca 1. Zarul dan Raman minum kopi ais di warung tepi jalan. 2. Puan Aminah suka membaca surat khabar digital pada waktu petang.


KATA KERJA PASIF Kata kerja pasif ialah kata kerja yang membawa pengertian mengalami yang memberikan penekanan kepada objek asal. Terdapat tujuh jenis kata kerja pasif, iaitu diri pertama, diri kedua, diri ketiga, berawalan ber, ter, kena, ke…an.


CONTOH KATA KERJA PASIF DALAM AYAT 1. Pasukan bola sepak negara perlu kita sokong. (kata kerja pasif diri pertama) 2. Bahan pembentangan untuk esok itu akan kamu hantar sebentar lagi. (kata kerja pasif diri kedua) 3. Cerpen yang ditulis oleh Zahari yang menyentuh hati pembaca. (kata kerja pasif diri ketiga) 4. Pakaian yang sudah berlipat itu masih ada di ruang tamu.(kata kerja pasif berawalan ber) 5. Kotak yang berat tidak terangkat oleh ayah dari bilik. (kata kerja pasif berawalan ter) 6. Rantai pusaka ibu Sarah kena ragut ketikan pulang dari pasar.(kata kerja pasif dengan perkataan kena) 7. Aqil yang keracunan makanan itu telah dihantar ke rumah tadi. (kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an) 10


TERIMA KASIH CIKGU KALYANI A/P MURUGIAH


Click to View FlipBook Version