______________________________________________________________________ Ruj. Kami : SKDAH1/600 - 1/1/1 Tarikh : 07 November 2023 …………………………… Jawatankuasa Kokurikulum, SK Dato’ Abdul Hamid (1), 17000 Pasir Mas. Tuan, MESYUARAT JAWATANKUASA UNIT KOKURIKULUM BIL 3 2023 / 2024 Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan sebagaimana berikut: Tarikh : 11 November 2023 (Sabtu) Tempat : Bilik Mesyuarat SK Padang Matsirat,Langkawi Jam : 10.00 Pagi 2. Berikut adalah agenda mesyuarat yang telah ditetapkan: 2.1 Perutusan Pengerusi Mesyuarat (PK Kokurikulum) 2.2 Ucapan Guru Besar 2.3 Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lepas 2.4 Perkara Berbangkit 2.5 Aktiviti Sepanjang Tahun Unit Kokurikulum 2023 / 2024 2.6 Perancangan Strategik Kokurikulum 2024 2.7 Hal-hal lain 3. Kehadiran tuan/puan adalah wajib dan tepat pada masanya. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Yang menjalankan amanah, _______________________ ( AZHAN BIN HASAN ) Setiausaha Kokurikulum, SK Dato’ Abdul Hamid (1), 17000 Pasir Mas, SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ ABDUL HAMID (1) 17000 PASIR MAS, KELANTAN. Tel/Fax : 09-7909167
KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA UNIT KOKURIKULUM BIL 3 2023 / 2024 TARIKH : 11.11.2023 (SABTU) MASA : 10.00 PAGI TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK PADANG MATSIRAT LANGKAWI,KEDAH NAMA 1. Salmee bin Jaafar (GB) 2. Zaidi bin Omar (PKP) 3. En. Mahadi bin Mustapha (PK HEM) 4. Mohammad Termizi bin Daud (PK KO) 5. Azhan bin Hasan (SU KO) 6. Nik Nur Sazlina bt Nik Mustafa (PSU KO) 7. Che Nasir bin Jusoh 8. Rahayu bt Mastor 9. Abdullah bin Seman 10.Hisham bin Mohd Yusof 11.Siti Rahayu bt Yusof 12.Noraina bt Zakaria 13.Saunah bt Zakaria 14.Saripah bt Ibrahim 15.Mohd Radzi bin Ibrahim 16.Rozana bt Ab.Rahman 17.Anita bt Che Hasan
18.Siti Hadzirah bt Ibrahim 19.Sharuddin bin Busu 20.Wan Nur Attyyah bt W, Mohd Daud 21.Ruzana bt Ariffin 22.Noraina bt Zakaria 23.Normawati bt Musa 24.Napisah bt Mat Yusof 25.Hisham bin Mohd Yusof 26.Sabariah bt Mat Ali 27.Razak bin Mohamad 28.Suriana bt Omar 29.Noor Azila bt Mohd Yusoff 30.Mek Ani bt Yusof 31.Haslina bt Hashim Tidak hadir 1. Sarimah bt Mohd Hassan 2. Salwati bt Yusof 3. Nurulhuda Hayati bt Omar 4. Fatimah bt Mat 5. Nik Muhammad Haniff bin Nik Mustapha
Agenda Minit: 1.0 Perutusan Pengerusi Mesyuarat (PK Kokurikulum) 1.1 Mengucapkan terima kasih atas kerjasama guru dan berasa gembira kerana mesyuarat ketiga telah berjaya diadakan di SK Padang Matsirat Langkawi Kedah. 1.2 Setiap perancangan mestilah selaras antara sekolah, zon daerah dan negeri. 1.3 Bekerjasama dalam memastikan pencapaian sukan dan koakademik lebih menonjol. 1.4 PKO mengucapkan Syabas kepada pasukan catur sekolah yang telah mengambil acara di SMKA Lati pada 1.8.2023 1.5 Tahniah kepada pasukan bola sepak sekolah yang telah menjadi naib johan dalam pertandingan peringkat daerah yang diadakan di SK Tok Sangkut. 1.6 Terima kasih kepada semua pasukan sekolah yang telah mengharumkan nama sekolah . Tindakan :S/U Kokurikulum 2.0 Ucapan Guru Besar 2.1 Ucapan aluan Guru Besar dimulakan dengan tahmid memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih lagi diberi kesempatan dan peluang untuk meneruskan mesyuarat Kokurikulum kali pertama. 2.2 Terima kasih kepada semua guru kerana dapat mengadakan mesyuarat di SK Padang Matsirat dengan jayanya. 2.3 Semua individu dalam Unit Kokurikulum perlu memainkan peranan dengan membuat program bermula dengan murid tahun 4. 2.4 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada Unit Kokurikulum kerana berjaya mengadakan mesyuarat kali ketiga dengan semua guru. 2.5 Tahniah kepada pasukan Karate Hayashi-Ha kerana telah berjaya bertanding di Stadium MPSJ pada tahun ini.
2.5 Latihan setiap permainan hendaklah sentiasa diadakan dan tidak menunggu tarikh kejohanan baru hendak berlatih. 2.6 Semua ketua unit dan ahli pastikan kalendar berjalan dengan sebaik yang mungkin. 2.7 Segala acara mesti siap dengan kertas kerja dan perancangan yang rapi. Tindakan : AJK Kokurikulum 3.0 Menerima dan mengesahkan minit mesyuarat lepas. 3.1 En.Hisham bin Mohd Yusof mencadangkan agar minit yang lepas disahkan dan disokong oleh En. Abdullah bin Seman. 4.0 Perkara-perkara berbangkit 4.1 Tiada perkara berbangkit 5.0 Aktiviti Yang Telah dijalankan olehUnit Kokurikulum 2023/2024. LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2023/2024 JENIS AKTIVITI ANJURAN TARIKH CATATAN 1. PAMERAN INOVASI STEM KEBANGSAAN PPD 24 – 25 MEI 2023 PENYERTAAN
2. PERTANDINGAN DISTRIC DARE TO SPELL COMPETITION PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 06 JUN 2023 PENYERTAAN 3. KEJOHANAN MERENTAS DESA UNIT KOKURIKULUM SK DAH 1 13 JUN 2023 DAERAH 4. PERTANDINGAN PING PONG MSSD PASIR MAS PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 25 – 26 JUN 2023 PENYERTAAN 5. PERTANDINGAN MAHRAJAN DAN IHTIFAL LUGHAWI ZON BANDAR PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 05 JULAI 2023 N. JOHAN TILAWAH N0.3 HAFAZAN No.3 KALAM ARABIE 6.PERTANDINGAN BOLA TAMPAR MSSD PASIR MAS PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 06 JULAI 2023 PENYERTAAN 7. PENYERTAAN PERTANDINGAN KO AKADEMIK BAHASA MELAYU PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 18 – 27 JUN 2023 DAERAH
8. PENYERTAAN PERTANDINGAN KO AKADEMIK BAHASA INGGERIS PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 11-30 JULAI 2023 DAERAH 9. PENYERTAAN PERTANDINGAN SENI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2023. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 03 JULAI 2023 DAERAH 10.PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSD PASIR MAS PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 9 – 11 JULAI 2023 NAIB JOHAN 11. PERTANDINGAN BOLA JARING MSSD PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 06 JUN 2023 PENYERTAAN 12. KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 21 – 23 OGOS 2023 DAERAH 13.SAMBUTAN HARI PUTERI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 15 JUN 2023 JOHAN DAERAH 14. KEJOHANAN KARATE DO MAJLIS SUKAN KELANTAN 16 SEPTEMBER 2023 JOHAN BERKUMPULAN 15. KONVENSYEN HePILI (DOKTOR MUDA) PASIR MAS PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 22 – 23 OKTOBER 2023 PENYERTAAN
16. PERTANDINGAN BOLA TAMPAR 2023 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 6 JULAI 2023 DAERAH 17. PENYERTAAN PERTANDINGAN BADMINTON MSSD PASIR MAS PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 24 -26 JULAI 2023 DAERAH 18. PERTANDINGAN CATUR MSSD 2023 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 1 OGOS 2023 DAERAH 19. MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA UNIT KOKURIKULUM SK DAH 1 16 SEPTEMBER 2023 SEKOLAH 20. PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM UNIT KOKURIKULUM SK DAH 1 27 -29 JULAI 2023 SEKOLAH 21. PERTANDINGAN KARATE HAYASHI HA TERTUTUP WILAYAH PERSEKUTUAN,SELANGOR DAN PUTRAJAYA 2023 MAJLIS SUKAN NEGARA 13 -14 OKTOBER 2023 KEBANGSAAN 22. BULAN SOLIDARITI PALESTIN 2023 UNIT KOKURIKULUM SK DAH 1 02 NOVEMBER 2023 SEKOLAH Tindakan :AJK Kokurikulum
6.0 Perancangan Strategik Unit Kokurikulum 6.1 Perancangan awal merentas desa akan diadakan selepas raya. 6.2 GB mengharapkan supaya SK DAH 1 dapat mencontohi kecemerlangan SK Padang Mat Sirat dalam aktiviti kokurikulum. 6.3.Pertandingan Sambutan Hari Puteri telah diadakan secara online pada 15 Jun 2023. 6.4 Peralatan dan kemudahan sukan akan dipertingkatkan supaya dapat melahirkan atlit yang berkebolehan. 6.5 Hari Anugerah Kokurikulum akan diadakan pada 3 Disember 2023. 6.6 Sambutan Hari Malaysia telah pada 18 September 2023 6.7 Evidens setiap aktiviti hendaklah dihantar kepada penyelaras masing-masing. 6.8 PKO akan menyemak semula tarikh aktiviti kokurikulum mengikut kesesuaian semasa. 6.9 Pertandingan Kejohanan Karate -Hayashi Ha terbuka antara sekolah peringkat negeri Kelantan bertempat di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu pada 16 September 2023. Peserta yang terlibat ialah Wan Uthman Ukail bi Wan Ahmad Nordin (3T), Putri Wan Nur Jannah binti Mazlan (3T), Dhofwatul Aisy binti Mohd Faizul (3T) dan Irdina Sofea binti Mohd Faisal (6G). 6.10.Pertandingan Kejohanan Karate-Hayashi Ha Jemputan Wilayah Persekutuan,Putrajaya dan Selangor telah diadakan di Stadium Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pada 13 dan 14 Oktober 2023. Tindakan :S/U Kokurikulum 7.0 Hal-hal lain 7.1 Pertandingan Konvensyen Hepili (Doktor Muda) MSSD Pasir Mas telah diadakan di SK Kampung Baru pada 22 hingga 23 Oktober 2023. Seramai 11 orang murid SK DAH 1 terlibat dalam Konvensyen Doktor Muda. 7.2 Sukan yang menaikkan nama sekolah seperti badminton memerlukan kos yang
mahal. 7.3 Tn.GB mengharapkan pada tahun 2024 , pihak sekolah dapat melahirkan lebih ramai bakat-bakat sukan yang akan menyinar diperingkat antarabangsa. 7.4 PKO menekankan mengenai pengorbanan guru untuk menentukan kejayaan murid. 7.5 Permainan ping pong juga dikenalpasti dapat menaikkan nama sekolah. 7.6 Koakademik seperti Adab dan nilai dapat mengesan dan mengasah bakat murid.- Teacher Nik Nur Sazlina bt Nik Mustapha. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 pagi dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr. Disediakan oleh, Disemak oleh, ……………………. ……………………... Azhan bin Hasan Mohamad Termizi bin Daud Setiausaha Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum SK Dato’ Abdul Hamid (1) SK Dato’ Abdul Hamid (1) Disahkan oleh, ……………………. Salmee bin Jaafar Guru Besar SK Dato’ Abdul Hamid (1)