The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by johnbryan6828, 2020-06-19 03:23:29

TOP BM TG 5

TOP BM TG 5

Kandungan

Aktiviti PAK-21 iii-vi D Puisi Tradisional 62
E Sajak 64
BA BA 1B Karangan Berdasarkan Bahan
Rangsangan SUKSES SPM 68

A Karangan Berdasarkan Gambar 2 BA BA 5B Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa
B Karangan Berdasarkan Gambar Rajah 3

C Karangan Berdasarkan Ilustrasi Kartun 4 A Morfologi 72

D Karangan Berdasarkan Peta / Pelan 5 B Sintaksis 75

E Karangan Berdasarkan Iklan / Poster 6 C Sistem Ejaan dan Penggunaan Imbuhan 78

F Karangan Berdasarkan Petikan / Catatan 7 D Penggunaan Kata atau Istilah dan
Tatabahasa 80
SUKSES SPM 8

E Peribahasa 82

B Online Quick Quiz 1 86

2 Karangan Umum Online Quick Quiz 2 91

Online Quick Quiz 3 96

A Surat Kiriman Rasmi 10 SUKSES SPM 96
B Surat Kiriman Tidak Rasmi 13
C Wawancara / Temu Ramah / Dialog 15 B
D Syarahan / Ceramah / Ucapan 18
E Laporan 21 6 Novel
F Rencana Akhbar / Berita 24
G Fakta 26 SUKSES SPM 104
H Pendapat / Perbincangan / Ulasan 29
I Karangan Sastera 31 Kertas Model SPM 105
J Perbahasan 33
K Gambaran / Keperihalan / Cerita 33 Jawapan  J1 – J28
L Peribahasa / Cogan Kata 34
Nota Bonus
SUKSES SPM 34

BA BA 3B Rumusan dan Pemahaman Petikan Arkib Peribahasa NB2 – NB6
Umum

SUKSES SPM 54 Arkib KOMSAS

B – Bahagian A:

4 Pemahaman KOMSAS Antologi Sejadah

Rindu NB7 – NB26

A Cerpen 57 – Bahagian B:
B Drama 60
C Prosa Tradisional 61 Novel NB27 – NB47

ii

B AB Karangan Umum

2

Sorotan SPM

Jadual Analisis Soalan SPM 2013 hingga 2017

Tahun 2013 2014 2015 2016 2017
Soalan
Fakta Syarahan Laporan Ceramah Pendapat / Ulasan
1 Rencana Fakta Fakta Fakta Fakta
2 Fakta Fakta
3 Fakta Perbincangan Fakta Pendapat / Ulasan
4 Perbincangan Fakta Sastera Perbincangan Rencana
5 Sastera Sastera Sastera
Cerita

Keperluan Peperiksaan SPM

Soalan Skop Soalan Markah / Masa

Bahagian B • Menulis sebuah karangan daripada lima soalan yang diberikan. 100 markah /
[Kertas 1] • Soalan-soalan ini terdiri daripada lima dimensi, iaitu: 1 jam 30 minit
– diri
– keluarga / masyarakat
– nasional
– antarabangsa
– kesusasteraan
• Panjang karangan hendaklah lebih daripada 350 patah

perkataan.

Panduan Menjawab Soalan

1. Baca dan telitilah arahan soalan. Pilihlah soalan yang anda benar-benar faham akan maksud
dan kehendaknya.

2. Bina rangka karangan yang secara amnya mengandungi:
(a) Pendahuluan – Ditulis dalam satu perenggan.
(b) Isi-isi – Sekurang-kurangnya tiga isi utama.
(c) Penutup – Cadangan atau pandangan untuk menyimpulkan idea.

3. Pendahuluan yang dibina hendaklah menarik supaya menambahkan minat pemeriksa
terhadap karangan yang anda tulis. Pendahuluan boleh terdiri daripada jenis definisi,
pendapat, peribahasa, suasana, persoalan, atau sejarah.

4. Pastikan isi karangan anda mempunyai kesinambungan idea yang berterusan. Selain itu,
anda digalakkan agar menyentuh isu-isu semasa yang boleh didapati melalui akhbar atau
majalah.

5. Bagi karangan berformat khusus, patuhilah format yang sebenar agar anda tidak kehilangan
markah.

6. Gunakan bahasa yang gramatis, kosa kata yang tepat dan luas, ragam ayat yang bervariasi,

serta peribahasa atau ungkapan yang menarik.

9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum

A Surat Kiriman Rasmi

Model Karangan

Selaku setiausaha kelab reka cipta sekolah, anda ditugaskan untuk menulis sepucuk surat kepada sebuah institusi
pengajian bagi mengadakan lawatan sambil belajar.
Tulis surat anda selengkapnya. Dimensi Nasional

Rangka Karangan

Pendahuluan: nama dan alamat pengirim – nama dan alamat penerima – tarikh – tajuk surat

Perenggan / Isi Huraian Contoh

1 / makluman tujuan maklumat asas lawatan – tarikh, hari, masa, dan bilangan
menulis surat menyatakan butiran lawatan peserta lawatan serta bilangan
guru pengiring

2 / tujuan lawatan bertukar-tukar pengetahuan ilmu tentang robotik
diadakan tentang reka cipta –
menambahkan ilmu
pengetahuan

3 / persiapan untuk berhasrat merangkul kejayaan – melantik pelatih dari kolej
menyertai pertandingan mengeratkan hubungan dengan sebagai mentor dalam usaha
di peringkat daerah, pelatih kolej mencipta robot-robot bagi
negeri, dan kebangsaan menyertai pertandingan

4 / ahli kelab sangat sanggup menggunakan wang membeli alat-alat elektronik dan
berminat akan reka saku – membina robotik bahan-bahan bacaan tentang
cipta daripada bahan-bahan kitar robotik
semula

5 / berharap agar memberikan maklum balas
dibenarkan mengadakan dengan segera – memudahkan
lawatan persiapan dilakukan – akan
terus mengadakan jalinan –

persahabatan antara kelab reka
cipta dengan pihak institusi

Penutup: ucapan terima kasih – tandatangan, nama, dan jawatan pengirim

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum 

Kelab Reka Cipta, Perkasa Karangan
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mahsuri,
09600 Padang Serai, • Surat rasmi meliputi surat
Kedah. aduan, rayuan, pesanan,
_________________________________________________________ permohonan, jemputan,
penjelasan tentang sesuatu
perkara, dan bantahan.

• Mempunyai format khusus yang
perlu dipatuhi.

Pengarah,
Kolej Kemahiran Tinggi Mara,
11000 Balik Pulau, 26 JUN 2019. • robotik – bidang sains yang
Pulau Pinang. berkaitan dengan reka bentuk,

pembuatan, dan penggunaan

robot

Tuan, • mekatronik – teknologi
yang menggabungkan ilmu

Permohonan Lawatan sambil Belajar Kelab Reka Cipta Sekolah kejuruteraan mekanikal dengan
Menengah Kebangsaan Taman Mahsuri elektronik
• mentor – pembimbing atau

penasihat

Merujuk perkara di atas, saya selaku setiausaha Kelab • kreativiti – kemampuan
Reka Cipta Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mahsuri mencipta
ingin memaklumkan bahawa pihak jawatankuasa Kelab
• inovatif – bersifat inovasi

Reka Cipta sekolah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kolej Kemahiran
Tinggi Mara, Balik Pulau. Pihak pentadbiran sekolah juga telah bersetuju dengan cadangan
lawatan yang akan diadakan ini.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa lawatan ini akan disertai oleh 40 orang murid dan diiringi
oleh tiga orang guru penasihat kelab reka cipta. Butiran lawatan adalah seperti yang berikut.


Tarikh : 15 Julai 2019
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

3. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi murid-murid pengetahuan dan bertukar-tukar
pengalaman dengan pelatih-pelatih kolej tentang ilmu robotik. Kami mengetahui bahawa
kolej tuan menawarkan jurusan mekatronik dan hal ini bermakna pelatih-pelatih ini mahir
tentang fungsi papan litar, cip elektronik, dan hal-hal yang berkaitan dengan robotik. Melalui
bacaan, saya pernah melihat pelatih-pelatih tuan telah menyertai pertandingan robotik antara
kolej kemahiran di seluruh negara dan telah meraih tempat pertama. Kejayaan pelatih tuan
mendorong kami untuk mengadakan lawatan ke sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut
tentang robotik tersebut.
4. Sebagai makluman, kelab kami akan menyertai pertandingan robotik peringkat daerah
yang akan diadakan pada bulan hadapan. Pemenang dalam pertandingan ini akan mewakili
daerah ke peringkat negeri dan seterusnya ke pertandingan pada peringkat kebangsaan yang
akan diadakan pada hujung bulan September nanti. Walaupun Kelab Reka Cipta sekolah
kami ini baru ditubuhkan, namun kami bercita-cita tinggi untuk merangkul kejayaan dalam
pertandingan tersebut. Kami amat berharap agar perkongsian ini akan membuahkan kejayaan
yang gemilang.

5. Lawatan ini diharap dapat mendedahkan keadaan sebenar tentang robotik yang telah
dihasilkan oleh pelatih kolej tuan kepada para peserta. Sebagai sebuah kelab di sekolah, sudah
tentu kami menghadapi pelbagai kekurangan seperti kemahiran dan peralatan. Kebanyakan

11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum

ilmu yang kami peroleh hanyalah daripada bahan-bahan bacaan dan menonton klip-klip
video tentang robotik. Lawatan ini sudah tentu memberikan pengalaman yang amat berharga
kepada kami. Kami berharap agar hasil lawatan ini akan mengeratkan hubungan para pelatih
kolej dengan ahli-ahli kelab reka cipta sekolah kami. Kami juga bercadang untuk melantik
pelatih dari kolej tuan sebagai mentor dalam usaha kami mencipta robot-robot bagi menyertai
pertandingan nanti.
6. Kebanyakan murid yang menyertai Kelab Reka Cipta Sekolah ini amat berminat akan
reka cipta. Mereka sanggup mengeluarkan wang saku sendiri untuk membeli alat-alat
elektronik dan bahan-bahan bacaan tentang robotik. Selain itu, jika kekurangan wang dan
tiada peruntukan, mereka akan menggunakan bahan-bahan kitar semula untuk menghasilkan
robot-robot. Kreativiti dan sikap inovatif mereka telah berjaya menghasilkan robot-robot kecil
yang dipamerkan di makmal fizik sekolah. Saya juga berharap lawatan ini akan menambahkan
minat para murid terhadap bidang robotik dan berusaha mendalami bidang teknologi yang
mempunyai masa hadapan yang cerah ini. Saya juga berharap pihak tuan dapat memberikan
penerangan tentang kursus-kursus yang ditawarkan di kolej ini dan syarat-syarat kemasukan
yang diperlukan bagi memberikan peluang kepada para murid memilih institusi ini untuk
melanjutkan pelajaran selepas tamat peperiksaan SPM nanti.
7. Akhir sekali, saya berharap agar permohonan untuk mengadakan lawatan sambil belajar
ini dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak tuan. Jawapan segera daripada pihak tuan amat
dialu-alukan bagi memudahkan kami membuat persediaan sebelum lawatan tersebut diadakan.
Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Sekian.

Saya yang menjalankan tugas,

… … ……A…zi…ra…A…t…ira…………….

(AZIRA ATIRA BINTI RAMLI)
Setiausaha Kelab Reka Cipta,
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mahsuri.

1Praktis SPM

Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
1. Kerja-kerja pemindahan tanah untuk projek pembangunan yang berhampiran kediaman

anda banyak menimbulkan masalah kepada penduduk. Selaku wakil penduduk, anda ingin
mengemukakan masalah ini kepada pihak berkuasa.
Tulis surat tersebut selengkapnya.
2. Selaku penduduk yang prihatin, anda telah memohon agar pihak berkaitan membina sebuah
dewan orang ramai bagi kegunaan penduduk setempat.
Tulis surat tersebut selengkapnya.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 12

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum 

B Surat Kiriman Tidak Rasmi

Model Karangan

Rakan pena anda ingin mengetahui barangan kraf tangan yang diusahakan oleh masyarakat di tempat anda.
Tulis surat anda itu selengkapnya. Dimensi Masyarakat

Rangka Karangan

Pendahuluan: alamat pengirim – tarikh – kata penghadapan surat dan panggilan hormat

Perenggan / Isi Huraian Contoh

1 / terdapat pelbagai kebanyakannya dibuat dengan kraf tangan yang popular
jenis kraf tangan menggunakan kemahiran tangan di tempat saya – berasaskan
– tenunan, siratan dan anyaman – bakul,
anyaman, raga, serkap, dan bubu
barangan seramik,
dan lukisan batik

2 / hasil kerja zaman dahulu – bahan kegunaan dianyam dalam bentuk
yang unik – harian – zaman kini – dijadikan pelbagai corak dan kelarai
memerlukan perhiasan yang menarik
kemahiran yang
tinggi – diwarisi
secara turun-
temurun

3 / mengalami penggunaan teknologi moden – tidak lagi berorientasikan
anjakan bantuan mesin – bahan mentah seperti perusahaan keluarga atau
paradigma – telah buluh dan rotan ditanam milik masyarakat tertentu
dikomersialkan

4 / bantuan kewangan kaedah bayaran yang kompetitif – tidak membesarkan premis –
daripada pihak membebankan pengusaha membeli mesin dan bahan
kerajaan dan bank mentah

5 / sumber galeri dan premis jualan kraf tangan cenderamata kenang-
pendapatan – – lokasi pelancongan – pusat bandar – kenangan – hadiah kepada
tarikan pelancong dijual secara dalam talian rakan-rakan

Penutup: menjemput rakan datang ke rumah pada musim cuti nanti – melihat cara-cara membuat
seni kraf tangan secara langsung – contoh-contoh seni kraf tangan boleh dilihat di laman web –
tandatangan

13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum

176, Kampung Perkasa Karangan
Sera,
Jalan Batu Lima, • Surat tidak rasmi meliputi surat
08200 Sik, kepada keluarga, saudara-mara,
Kedah Darul dan sahabat handai.
Aman.
• Kandungan surat bersifat
peribadi.

• Mempunyai format khusus yang
perlu dipatuhi.

17 Jun 2019. • popular – terkenal
Menemui sahabatku, Zamzuri yang berada di Brunei, • unik – istimewa/ luar biasa
semoga sihat sejahtera bersama-sama keluarga tersayang. • inovasi – kaedah baharu

Sahabatku,
Saya telah menerima surat saudara tiga hari yang lepas semasa pulang dari sebuah pekan
kecil yang terletak di pinggir bandar ini. Untuk pengetahuan saudara, terdapat pelbagai jenis kraf
tangan yang dihasilkan di negara saya. Antaranya, tenunan, anyaman, barangan seramik, dan
lukisan batik. Kebanyakan produk kraf tangan ini masih dibuat dengan menggunakan kemahiran
tangan. Kraf tangan yang popular di tempat saya pula ialah kraf tangan yang berasaskan siratan
dan anyaman seperti bakul, raga, serkap, dan bubu.

Produk kraf tangan ini merupakan hasil kerja unik yang memerlukan kemahiran yang
tinggi. Kemahiran ini dimiliki secara turun-temurun dalam kalangan ahli keluarga. Pada
zaman dahulu, kraf tangan ini dijadikan bahan kegunaan peribadi. Contohnya, bakul dan raga
digunakan untuk mengisi barang-barang keperluan harian seperti beras, ubi, dan sebagainya.
Serkap dan bubu pula ialah sejenis alat yang digunakan untuk menangkap ikan. Alat-alat ini
digunakan sebagai keperluan dalam kehidupan mereka. Namun begitu, pada hari ini, alat-alat
ini sudah tidak digunakan lagi tetapi dijadikan perhiasan rumah dan sebagainya. Pembuatannya
masih diteruskan dengan pelbagai inovasi. Kebanyakan kraf tangan ini dianyam dalam pelbagai
corak dan kelarai yang menarik.

Kebanyakan kraf tangan pada masa ini sudah mengalami anjakan paradigma dari segi
pembuatannya dan telah dikomersialkan. Penggunaan teknologi moden seperti mesin-mesin
menyebabkan banyak produk dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Bahan mentah pula
tidak lagi bergantung pada hasil yang dipungut di hutan, tetapi terdapat usaha-usaha menanam
pokok rotan dan buluh bagi menjamin bahan mentah yang berterusan. Selain itu, kraf tangan
ini tidak lagi menjadi perusahaan keluarga atau milik masyarakat tertentu sahaja.

Memandangkan produk-produk kraf tangan ini boleh dikomersialkan, penghasilannya
dalam jumlah yang banyak perlu dilakukan. Perusahaan perlu dilakukan dalam skala yang besar.
Pihak kerajaan dan pihak bank telah memberikan kemudahan bantuan kewangan dengan kaedah
bayaran yang tidak membebankan para pengusaha. Melalui pinjaman ini, para pengusaha boleh
membesarkan premis mereka atau membeli mesin-mesin baharu yang sesuai dengan produk
yang dihasilkan. Begitu juga dengan jumlah pekerja yang boleh ditambah bilangannya. Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) banyak memberikan nafas kepada kemajuan sektor kraf tangan ini.

Hasil seni kraf tangan ini boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan. Di pusat
bandar dan di kawasan-kawasan pelancongan, galeri dan gerai jualan kraf tangan dibuka untuk

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 14

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum 

pameran dan jualan. Kebanyakan pelancong sama ada pelancong domestik atau pelancong luar
negara akan membelinya sebagai cenderamata kenang-kenangan atau hadiah kepada rakan-rakan.
Terdapat juga produk kraf tangan ini dijual melalui dalam talian.
Setakat ini sahaja buat kali ini. Sebelum mengundurkan diri, saya ingin menjemput saudara
datang ke rumah saya pada musim cuti nanti untuk melihat secara langsung cara-cara membuat
kraf tangan ini. Produk kraf tangan ini juga boleh dilihat di laman-laman web. Saya berharap
agar kita dapat bertemu lagi di lembaran yang lain. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Mikail

2Praktis SPM

Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.

1. Anda bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke kolej matrikulasi selepas tamat SPM nanti.
Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk memaklumkan dan meminta pandangan beliau.

2. Anda menerima sepucuk surat daripada rakan anda yang baru dilantik menjadi pengawas sekolah.
Dia ingin tahu tentang tugas dan peranan pengawas di sesebuah sekolah.

Balas surat tersebut selengkapnya.

C Wawancara / Temu Ramah / Dialog

Model Karangan

Anda berpeluang untuk mewawancara seorang pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
tentang makanan halal di Malaysia.Tulis wawancara itu selengkapnya. Dimensi Nasional

Portal rasmi
halal Malaysia

Rangka Karangan INFO

Pendahuluan: maklumat ringkas tentang diri pewawancara dan pihak yang diwawancara – tarikh,
masa, dan tempat wawancara – memperkenalkan diri – menyatakan tujuan wawancara

Perenggan / Isi Huraian Contoh

1 / maksud makanan yang bersih – binatang alkohol, makanan beracun,
makanan halal disembelih – bebas daripada yang anjing, khinzir, katak, kura-kura,
diharamkan syarak dan buaya

15 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum

2 / tujuan kerajaan menjaga kepentingan makanan pelancong dari Asia Barat dan
menjadikan rakyat supaya terjamin kebersihannya Eropah makan makanan halal
negara ini – memudahkan pelancong luar
sebagai hab mendapat makanan halal – menjadikan
makanan halal negara ini pengeluar utama makanan
halal dunia

3 / kebaikan makan bersih dan menjamin kesihatan rasuah, hasad dengki, dan sikap
makanan halal pengguna – membentuk tingkah laku mazmumah
dan akhlak seseorang – menjadi insan
yang baik – menjauhi amalan tidak
baik

4 / langkah- membuat kajian terhadap makanan di orang ramai boleh memastikan
langkah yang negara ini – memberikan status halal status halal melalui logo JAKIM
dilakukan oleh bagi sesuatu barangan pada bungkusan
JAKIM

5 / cara membuat permohonan daripada pihak logo akan ditarik balik jika
mendapatkan JAKIM – pegawai JAKIM memastikan pengusaha premis ingkar akan
logo halal produk mematuhi piawaian halal peraturan yang ditetapkan
– premis akan dipantau selepas
pemberian logo

Penutup: saranan – berwaspada terhadap makanan yang dibeli – ibu bapa mendidik anak-anak
mengutamakan makanan halal – JAKIM bekerjasama dengan jabatan agama Islam luar negara –
ucapan terima kasih

Perkasa Karangan

Saya (Hakim Aiman bin Zamri) telah berpeluang untuk • Karangan wawancara bersifat
mewawancara seorang pegawai daripada Jabatan Kemajuan formal.
Islam Malaysia (JAKIM) di pejabatnya pada pukul tiga petang
bertarikh 12 April 2019. Wawancara tersebut berkaitan dengan • Mempunyai format khusus yang
makanan halal di negara ini. Ikuti wawancara saya dengan perlu dipatuhi.
beliau selengkapnya.

Hakim Aiman: Assalamualaikum dan selamat pagi, Encik • syariat – hukum Islam
Asmadi. Saya, Hakim Aiman bin Zamri, • hab – pusat
wartawan daripada akhbar Suria Utara. • fuqaha – orang yang mahir
Terima kasih atas kesudian encik menjayakan
wawancara tentang produk makanan halal di ilmu fiqah
negara kita ini.
• mazmumah – tercela
Encik Asmadi: Waalaikumussalam dan selamat pagi. Sama- • logo – lambang khas
sama. • input – sumber pengetahuan /

maklumat

Hakim Aiman: Pertama sekali, boleh encik jelaskan maksud makanan halal?

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 16

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum 

Encik Asmadi: Makanan halal ialah makanan yang bersih dan bebas daripada campuran
bahan yang haram seperti alkohol dan makanan yang beracun. Bagi makanan
yang berasaskan daging, binatang tersebut mestilah disembelih dan bukannya
haiwan yang haram dimakan mengikut syariat Islam seperti khinzir dan
anjing serta haiwan yang hidup di dua alam, iaitu darat dan air seperti katak,
kura-kura, dan buaya.

Hakim Aiman: Mengapakah kerajaan ingin menjadikan negara ini sebagai hab makanan halal
dunia?

Encik Asmadi: Pertamanya, kerajaan ingin menjaga kepentingan makanan rakyat di negara ini
kerana kebersihan makanan halal terjamin. Selain itu, pengiktirafan tersebut
memudahkan para pelancong luar, khususnya dari Asia Barat mendapatkan
makanan halal ini. Pelancong-pelancong dari Eropah pun boleh makan
makanan halal ini kerana makanan yang bersih baik untuk kesihatan semua
orang.

Hakim Aiman: Apakah kebaikan-kebaikannya apabila orang ramai makan makanan yang
halal?

Encik Asmadi: Makanan yang bersih dan halal sudah tentu menjamin kesihatan seseorang
kerana tidak mengandungi sebarang bahan yang memudaratkan tubuh badan.
Seterusnya, makanan yang halal juga akan membentuk tingkah laku seseorang
menjadi insan yang baik dan terpuji. Menurut fuqaha, makanan yang halal
dari segi sumber pendapatan mahupun penyediaannya, akan menjadi darah
daging seseorang dan mempengaruhi akhlak serta budi pekertinya. Budaya
rasuah, hasad dengki, dan sikap mazmumah lain yang ada pada diri seseorang
itu berpunca daripada makanan yang kotor dan haram.

Hakim Aiman: Apakah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh JAKIM untuk memastikan
makanan dalam pasaran di negara ini halal?

Encik Asmadi: JAKIM banyak membuat kajian terhadap halal atau haram sesuatu produk
makanan di negara ini. Tenaga pakar JAKIM, khasnya dalam bidang pemakanan
akan mengkaji bahan-bahan yang terdapat dalam produk makanan tersebut.
Senarai produk makanan yang berstatus halal dan haram akan disebarkan
kepada pengetahuan orang ramai melalui media massa malahan boleh
disemak dalam laman web JAKIM.

Hakim Aiman: Bagaimanakah orang ramai dapat memastikan bahawa produk makanan yang
dibeli adalah halal?

Encik Asmadi: Semak bahan-bahan yang digunakan dan yang paling utama, lihat logo halal
JAKIM pada pembungkus produk makanan tersebut.

Hakim Aiman: Bagaimanakah para pengusaha produk makanan boleh mendapatkan logo
halal daripada pihak JAKIM?

Encik Asmadi: Pihak pengusaha produk makanan boleh mendaftar untuk memohon status
halal premis atau perusahaan makanan mereka. Pihak JAKIM akan menghantar
pegawai untuk memastikan mereka mematuhi piawaian halal yang ditetapkan.
Selepas itu, mereka akan diberikan kebenaran untuk menggunakan logo halal
JAKIM. Produk mereka akan sering dipantau oleh pihak JAKIM agar tidak
melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Kebanyakan makanan ringan yang
diimport tidak mempunyai logo halal. Oleh itu, JAKIM bekerjasama dengan
pihak jabatan-jabatan agama Islam negara lain untuk melakukan kajian dan
mengiktiraf logo halal mereka jika produk tersebut halal.

17 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum

Hakim Aiman: Apakah tindakan JAKIM sekiranya pengusaha makanan tersebut melanggar
peraturan itu?

Encik Asmadi: Logo halal makanan mereka akan ditarik balik. Pihak-pihak yang
menyalahgunakan logo halal JAKIM pula akan dikenakan tindakan undang-
undang.

Hakim Aiman: Akhir sekali, apakah nasihat encik terhadap orang ramai berkaitan dengan
produk makanan halal?

Encik Asmadi: Saya mengambil peluang ini untuk menasihati orang ramai agar berwaspada
terhadap pemilihan makanan supaya hanya makan makanan yang halal.
Selain itu, orang ramai yakinlah akan logo halal yang telah kami berikan
kepada semua produk makanan yang terlibat. Ibu bapa pula perlu mendidik
anak-anak agar memilih makanan yang halal.

Hakim Aiman: Terima kasih atas penerangan encik. Semoga orang ramai mendapat maklumat
yang jelas dan memanfaatkan input yang diperoleh dalam mengharungi
kehidupan harian.

Encik Asmadi: Sama-sama.

3Praktis SPM

Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.

1. Banyak dalam kalangan generasi muda pada masa ini mula menceburi bidang pertanian secara
komersial kerana pertambahan penduduk yang semakin pesat menyebabkan permintaan terhadap
barang-barang makanan semakin meningkat.

Tulis temu bual anda dengan salah seorang peladang berjaya untuk dimuatkan di dalam majalah
sekolah.

2. Selaku pemberita, anda ditugaskan untuk mewawancara seorang pegawai renjer hutan tentang
kes pembalakan haram yang semakin berleluasa kini.

Tulis wawancara anda itu selengkapnya.

D Syarahan / Ceramah / Ucapan SPM SPM
2014 2016

Model Karangan

Remaja kini terdedah oleh pelbagai cabaran media sosial yang jika tidak dikawal akan mendatangkan
kesan negatif terhadap masa hadapan mereka.
Selaku kaunselor, anda diminta untuk menyampaikan ceramah tentang kaedah-kaedah menangani
penyalahgunaan media sosial kepada murid-murid di sebuah sekolah. Dimensi Masyarakat

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 18

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum 

Rangka Karangan

Pendahuluan: kata alu-aluan – ucapan terima kasih atas kehadiran – tajuk ceramah – kata panggilan
hormat

Perenggan / Isi Huraian Contoh

1 / setiap murid mempunyai mengakses pelbagai maklumat aplikasi Telegram dan WhatApps
telefon bimbit – kebanyakan murid – permainan video – terdedah
menghabiskan masa dengan kepada penyalahgunaan media
melayari Internet sosial

2 / ibu bapa gagal memantau sebaran Internet terlalu luas – kes lari dari rumah akibat
anak-anak dalam layari Internet tanpa kawalan pujukan kenalan dari media
penggunaan media sosial menyebabkan anak-anak sosial – ibu bapa perlu
terpengaruh oleh media sosial mengambil berat terhadap anak-
anak mereka

3 / tindakan pihak sekolah murid yang degil – tindakan amaran dan denda –
melarang murid-murid akan diambil kemudahan makmal komputer
membawa telefon bimbit dengan Internet berkelajuan
ke sekolah tinggi

4 / kesedaran terhadap didedahkan dengan tatacara pembelajaran melalui subjek
penggunaan media sosial dan panduan penggunaan yang Pendidikan Moral atau subjek
dalam kalangan murid betul – elakkan daripada terlibat Teknologi Maklumat dan
dalam jenayah siber Komunikasi – dilatih menjadi
pengguna yang bijak

5 / kempen akibat padah terlibat dengan jenayah menilai mesej yang diterima
penyalahgunaan media siber dan penyebaran fitnah dan sebelum disebarkan –
sosial berita palsu berwaspada dan berhati-hati

Penutup: setiap murid menggunakan telefon bimbit dengan bijak – membuat keputusan yang bijak
dan matang – berwaspada dengan buli siber – jadilah pengguna yang bijak

Selamat pagi dan salam sejahtera. Yang Berusaha Encik Abdul Hamid bin Man, Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Delima, Yang Berusaha Puan Sabariah binti Kassim,
Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Zamri bin Hashim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Encik Gunalan a/l Subramaniam, Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru dan murid-murid
yang saya kasihi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran tuan-
tuan dan puan-puan dalam menjayakan program pada hari ini. Tajuk ceramah saya pada hari ini
ialah “Kaedah-kaedah menangani penyalahgunaan media sosial dalam kalangan murid sekolah”.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi,
Dalam dunia globalisasi kini, setiap orang termasuk murid-murid mempunyai telefon
bimbit yang boleh mengakses pelbagai maklumat. Statistik menunjukkan kebanyakan murid
menghabiskan masa dengan melayari Internet dan berhubung dengan rakan-rakan menggunakan

19 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum

aplikasi Telegram, WhatApps, dan sebagainya. Selain itu, Perkasa Karangan
masa terluang juga banyak dihabiskan dengan bermain
permainan video yang terdapat dalam telefon pintar mereka.
Pemikiran murid yang masih rendah menyebabkan mereka • Penggunaan peribahasa
terdedah oleh penyalahgunaan media sosial ini. dan ungkapan menarik amat
digalakkan dalam penulisan

Kebanyakan ibu bapa memberikan telefon bimbit jenis ini.

kepada anak-anak tetapi mereka gagal memantau anak- • Mempunyai format khusus yang
anak mereka dalam penggunaan media sosial. Jaringan perlu dipatuhi

Internet terlalu luas serta mengandungi pelbagai maklumat
yang berfaedah atau tidak kepada seseorang. Kebebasan
murid melayari Internet tanpa kawalan menyebabkan mereka
mudah terpengaruh oleh pelbagai gejala sosial. Terdapat • gejala – tanda-tanda
juga kes lari dari rumah akibat termakan pujukan kenalan • proaktif – bersikap positif dalam

sesuatu tindakan
dalam media sosial ini. Ibu bapa yang prihatin dan peka • alternatif – pilihan yang
akan kesan pengaruh media sosial terhadap anak-anaknya merupakan kemestian

akan sentiasa memantau dan mengambil berat tentang apa-
apa yang dilakukan oleh anak mereka. Sikap berhati-hati ibarat beringat-ingat sebelum kena
dan berjimat sebelum habis dapat menyelamatkan anak-anak daripada terjebak dalam pelbagai
kancah sosial yang semakin parah ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Tindakan sekolah yang melarang murid-murid membawa telefon bimbit ke sekolah adalah
antara langkah proaktif bagi mendidik murid-murid agar tidak terlalu bergantung pada media
sosial ini. Murid yang masih degil dengan membawa telefon bimbit ini akan diambil tindakan
disiplin seperti amaran dan denda. Sebagai alternatif penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi di sekolah, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan kemudahan
makmal komputer dengan Internet berkelajuan tinggi yang penggunaannya sentiasa dipantau
oleh guru yang terlibat.
Kesedaran tentang penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian perlu diterapkan
dalam jiwa murid-murid. Mereka perlu didedahkan dengan tatacara dan panduan yang betul
bagi mengelakkan mereka daripada terjerumus dalam kancah buli siber dan jenayah siber.
Kesedaran ini diterapkan melalui pembelajaran di dalam kelas seperti subjek Pendidikan
Moral atau subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi itu sendiri. Mereka perlu dilatih untuk
menjadi pengguna yang bijak yang tidak mudah terpengaruh oleh audio, video, atau sebarang
catatan yang disebarkan melalui media sosial tersebut.

Hadirin yang dihormati,
Kempen tentang keburukan penyalahgunaan media sosial perlu dilakukan secara
berterusan oleh media massa seperti televisyen dan surat khabar. Padah yang telah diterima
oleh mereka yang terlibat dalam jenayah siber dan penyebaran fitnah dan berita palsu melalui
media sosial ini dihebahkan sebagai pengajaran kepada orang lain. Para pengguna perlu menilai
sebarang mesej yang diterima dengan pemikiran yang matang sebelum menyebarkannya kepada
orang lain. Sikap berwaspada dan sentiasa berhati-hati akan menyelamatkan kita daripada
sebarang kesalahan yang berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Tuntasnya, setiap murid perlu menggunakan telefon bimbit dengan bijak dan menjadikan
media sosial sebagai sesuatu yang bermanfaat. Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab
menjadikan media sosial ini sebagai medium untuk menyebarkan fitnah dan diayah-diayah
jahat yang boleh menjatuhkan imej dan maruah seseorang. Kita janganlah mudah terpengaruh
untuk menyebarkan berita-berita yang tidak benar. Kita mestilah membuat keputusan yang
terbaik menggunakan pemikiran yang matang sebelum menyebarkan sesuatu berita. Sikap alpa
dan sering mendedahkan maklumat peribadi di media sosial juga akan memudahkan seseorang
itu terdedah kepada buli siber. Jadilah pengguna yang bijak dan hindari sebarang penyebaran
fitnah dan penipuan. Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sekian, terima
kasih.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 20

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum 

4Praktis SPM

Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
1. Anda telah menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk “Semangat kejiranan menjamin

keharmonian masyarakat”.
Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.
2. Selaku kaunselor sekolah, anda diminta untuk menyampaikan ceramah tentang cabaran-cabaran

yang terpaksa dihadapi oleh remaja dalam abad ke-21 ini.
Tulis teks ceramah anda itu selengkapnya.

E Laporan SPM
2015

Model Karangan

Sekolah anda baru sahaja menyambut Jubli Emas sempena 50 tahun penubuhannya. Anda diminta
untuk menulis laporan tentang sambutan tersebut.
Tulis laporan itu selengkapnya. Dimensi Sekolah

Rangka Karangan

Pendahuluan: tajuk laporan – sambutan Jubli Emas – diadakan dengan penuh gemilang –
melibatkan pihak sekolah dan orang ramai – mengenang sejarah penubuhan

Perenggan / Isi Huraian Contoh
1 / jangka masa sambutan menampung sebahagian kos untuk kegunaan warga
pembinaan dewan tertutup – sekolah – pelbagai aktiviti –
ditetapkan dua hari anggaran sebanyak RM200 000 aktiviti sukan
satu malam

2 / perancangan diadakan pembahagian tugas – perjalanan beberapa siri mesyuarat
dengan membentuk sambutan lebih licin dan teratur diadakan – pemantauan oleh
jawatankuasa kerja pengetua dan guru penolong
kanan
3 / sambutan melibatkan karnival jualan – lot-lot gerai jualan makanan, minuman,
pelbagai pihak – PIBG, disediakan dengan bayaran yang pakaian, barangan keperluan
orang perseorangan, berpatutan – banyak peniaga harian, kraf tangan, dan
jabatan kerajaan, dan mengambil bahagian produk kesihatan
pihak swasta
pertunjukan oleh Jabatan
4 / pelbagai pameran oleh mendedahkan pelbagai pengetahuan Bomba dan Penyelamat
jabatan kerajaan dan kepada pengunjung – mendapat Malaysia
pihak swasta pelbagai maklumat

21 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum

5 / pertunjukan pentas penyanyi terkenal tanah air hasil jualan tiket
pada sebelah malam menghiburkan para pengunjung – disumbangkan ke tabung
mewujudkan suasana meriah pembinaan dewan

Penutup: sambutan mencapai matlamat – orang ramai memberikan kerjasama – mesyuarat bagi
membincangkan kelemahan diadakan – dokumentasi sambutan selesai – maklumat pelapor –
tarikh, tandatangan, nama, dan jawatan

Perkasa Karangan

Laporan Sambutan Jubli Emas Sekolah Menengah • Karangan ini bersifat formal.
Oleh itu, penggunaan

Kebangsaan Taman Mutiara peribahasa dan ungkapan
menarik tidak digalakkan.

Pada 25 Jun 2019, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman • Mempunyai format khusus yang
perlu dipatuhi.

Mutiara mengadakan sambutan Jubli Emas sempena 50

tahun penubuhan sekolah ini. Sambutan diadakan dengan

penuh gilang-gemilang yang melibatkan warga sekolah • cendekiawan – orang yang
dan masyarakat setempat. Sambutan ini bertujuan untuk cerdik pandai, golongan
mengenang kembali sejarah penubuhan sekolah ini yang
terpelajar

banyak berjasa dalam melahirkan banyak cendekiawan, • dana – kumpulan wang untuk
teknokrat, usahawan, saintis, dan ahli politik yang berjaya. sesuatu tujuan
Sekolah ini dibina pada tahun 1968 untuk memberikan
• kios – pondok kecil tempat
menjual barang

pendidikan formal kepada penduduk sekitar taman

perumahan ini. Pada asalnya, sekolah ini hanya mempunyai

dua buah bangunan dua tingkat dan kini telah bertambah kepada enam buah bangunan yang

menampung lebih 2000 orang murid.

Sambutan ini berlangsung selama dua hari satu malam dengan pelbagai aktiviti menarik.

Sambutan Jubli Emas sekolah ini juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyiapkan

sebuah dewan tertutup yang dianggarkan berjumlah RM200 000.00. Pihak Persatuan Ibu Bapa

dan Guru (PIBG) dan pihak sekolah telah berjaya mengumpulkan sejumlah wang dan mereka

mencadangkan agar majlis sempena sambutan Jubli Emas ini diadakan bagi mencukupkan

jumlah tersebut. Dewan ini akan dibina bersebelahan dengan padang sekolah dan sesuai untuk

pelbagai aktiviti termasuklah sukan badminton, ping pong, dan sepak takraw.

Perancangan diadakan lebih awal dengan membentuk jawatankuasa kerja yang terdiri

daripada para guru dan ahli PIBG. Pembahagian tugas dilakukan agar perjalanan sambutan

lebih licin dan teratur. Beberapa siri mesyuarat diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara

agar sambutan yang dijalankan tidak terganggu. Tuan pengetua dan guru-guru penolong kanan

ditugaskan sebagai pemantau supaya persiapan yang dilakukan berjalan lancar. Kesepakatan

yang ditonjolkan membuktikan bahawa kerja-kerja yang akan dijalankan akan bertambah mudah

sesuai dengan peribahasa sepakat membawa berkat.

Karnival ini melibatkan pelbagai pihak seperti orang perseorangan, jabatan kerajaan,

dan pihak swasta. Karnival jualan berlangsung sepanjang sambutan ini dengan lot-lot gerai

disediakan kepada peniaga-peniaga yang berminat dengan bayaran yang berpatutan. Banyak

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 22

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum 

peniaga mengambil bahagian dengan menjual makanan, minuman, pakaian, barangan keperluan
harian, barangan kraf tangan, dan produk kesihatan. Lot-lot gerai ini dibuat di padang sekolah.
Selain itu, pelbagai pameran oleh jabatan kerajaan dan pihak swasta turut diadakan.
Pameran in bertujuan untuk mendedahkan pelbagai pengetahuan kepada para pengunjung.
Edaran juga disediakan sebagai bahan bacaan tambahan. Para pengunjung boleh mendapatkan
pelbagai maklumat tambahan melalui kios-kios yang dibuka sepanjang sambutan tersebut.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut membuat pertunjukan memadamkan kebakaran
dan taklimat ringkas bagi mengelakkan kebakaran di rumah. Orang ramai diberikan peluang
untuk mengambil bahagian dalam pertunjukan tersebut.
Pada sebelah malam, pertunjukan pentas diadakan bagi menghiburkan para pengunjung.
Penyanyi terkenal tanah air dijemput untuk menyampaikan persembahan mereka. Sambutan
amat menggalakkan yang dihadiri oleh banyak peminat dan penduduk setempat. Cuaca yang
baik menjadikan pertunjukan tersebut berjalan lancar hingga lewat malam. Hasil jualan tiket
disumbangkan kepada tabung pembinaan dewan tersebut melalui jawatankuasa yang ditugaskan.
Kesimpulannya, sambutan Jubli emas Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara
mencapai matlamat. Orang ramai memberikan kerjasama yang jitu. Seminggu kemudian, satu
mesyuarat diadakan bagi membincangkan kelemahan-kelemahan sambutan tersebut sebagai
penambahbaikan untuk sebarang aktiviti pada masa akan datang. Jawatankuasa dokumentasi
juga berjaya menyiapkan dokumentasi sambutan tersebut dalam masa yang singkat. Semua
pihak yang terlibat diberikan pujian dan ucapan terima kasih oleh Tuan Pengetua.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, 30 JUN 2019.

………N…u…ru…l …A…fi…qa…h………….

(NURUL AFIQAH BINTI HASSAN)
Setiausaha Sambutan Jubli Emas,
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara.

5Praktis SPM

Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkatan bagi setiap soalan di bawah ini.
1. Selaku setiausaha Kelab Keceriaan sekolah, anda diminta untuk menyediakan laporan tentang

aktiviti membersihkan dan menceriakan sekolah yang diadakan baru-baru ini.
Tulis laporan anda itu selengkapnya.
2. Selaku sukarelawan yang terlibat dalam memberikan bantuan kepada mangsa bencana alam, anda

ditugaskan untuk menyediakan laporan tentang usaha-usaha menyelamatkan mangsa-mangsa
tersebut.
Sediakan laporan itu selengkapnya.

23 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum

F Rencana Akhbar / Berita SPM SPM SPM
2012 2013 2017

Model Karangan

Golongan remaja perlu didedahkan dengan ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan bagi menjamin
kehidupan yang lebih bahagia pada masa hadapan.
Tulis rencana tentang kepentingan ilmu pengetahuan pengurusan kewangan kepada remaja. Dimensi Diri

Rangka Karangan

Pendahuluan: tajuk rencana – nama penulis – banyak rakyat di negara ini diisytiharkan muflis
– golongan dewasa dan remaja – gagal membayar pinjaman – kesan jangka panjang dalam
kehidupan – perlu didedahkan dengan ilmu pengurusan kewangan

Perenggan / Isi Huraian Contoh

1 / pendedahan ilmu ibu bapa memupuk amalan disimpan di dalam tabung – di
pengetahuan menabung – dijadikan sukatan bank – menjadi amalan apabila
pengurusan pelajaran di sekolah dewasa
kewangan seawal usia
kanak-kanak

2 / memupuk amalan tidak boros dalam perbelanjaan – memperuntukkan wang untuk
berjimat cermat berbelanja mengikut kemampuan simpanan – sedikit-sedikit
– tidak mudah terpengaruh lama-lama menjadi bukit
oleh iklan atau cara hidup orang
berada

3 / didedahkan dengan mendapat keuntungan hasil mengelakkan diri daripada
pelbagai skim pelaburan – wang bertambah – skim pelaburan yang tidak sah
pelaburan – skim kegunaan masa hadapan dan meragukan
amanah dan saham
Bursa Malaysia

4 / menjamin masa keperluan asas dapat dipenuhi – menampung kos perbelanjaan,
hadapan tempat kediaman, kenderaan, dan pendidikan, dan kos rawatan
keperluan lain kesihatan

5 / mengelakkan tabiat pinjaman bank – kadar faedah hidup semakin tersepit – gaji
suka meminjam dan yang tinggi – ceti haram digunakan untuk membayar
berhutang atau along – hutang semakin hutang – berhadapan dengan
bertambah dan menggugat tindakan undang-undang –
keselamatan menjadi buruan sepanjang
masa

Penutup: pengurusan kewangan yang bijak menjamin kehidupan yang selesa dan sejahtera –
bebas daripada sebarang hutang – terhindar daripada tekanan hidup akibat masalah kewangan

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 24

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum 

Perkasa Karangan

Ilmu Pengurusan Kewangan Menjamin Kehidupan • Karangan laporan bersifat
Sejahtera formal.

Oleh: Mohd Nazmi Othman • Mempunyai format khusus yang
perlu dipatuhi.

Ilmu pengurusan kewangan merupakan satu cabang ilmu
pengetahuan yang perlu didedahkan kepada remaja supaya
mereka berkeupayaan untuk menguruskan kewangan masing- • muflis – tidak berupaya
masing dengan cara yang betul. Jabatan Insolvensi Negara membayar hutang; bankrap
mengeluarkan kenyataan bahawa ribuan rakyat di negara ini
diisytiharkan muflis bukan sahaja golongan dewasa, bahkan • tragedi – peristiwa atau
keadaan yang sedih

• along – orang yg memberikan

golongan remaja. Hal ini menunjukkan bahawa mereka pinjaman wang secara haram
gagal dalam menguruskan kewangan peribadi dengan bijak dan mengenakan bunga yang
dan terurus. Kebanyakan mereka gagal membayar pinjaman sangat tinggi

bank mengikut peraturan yang ditetapkan hingga pihak bank
terpaksa mengambil tindakan undang-undang. Mereka terpaksa berhadapan dengan masalah
ini dalam jangka masa yang agak panjang.

Remaja perlu didedahkan tentang betapa pentingnya menguasai ilmu pengetahuan
pengurusan kewangan ini seawal usia kanak-kanak. Ibu bapa perlu memainkan peranan
dengan memupuk amalan menabung sejak kecil lagi bak peribahasa meluntur buluh biarlah
dari rebungnya. Wang lebihan disimpan di dalam tabung dan di bank apabila tabungan telah
penuh. Tabiat baik ini yang dipupuk sejak kecil akan menjadi amalan apabila mereka dewasa
nanti. Ilmu pengurusan kewangan ini perlu dijadikan sukatan pelajaran di sekolah-sekolah
dan diajar sejak mereka berada di sekolah rendah lagi memandangkan hal ini hanya dipelajari
oleh pelajar-pelajar di universiti dan institusi pendidikan tinggi sahaja.

Perkara yang penting dalam ilmu pengurusan kewangan ini ialah sikap berjimat cermat,
iaitu tidak terlalu boros dalam menguruskan perbelanjaan harian. Remaja perlu berbelanja
mengikut kemampuan masing-masing dan tidak mudah terpengaruh oleh iklan atau cara
hidup orang berada. Mereka perlu mengukur baju di badan sendiri dan sentiasa mengambil
iktibar dengan peribahasa biar papa asalkan bergaya. Wang perbelanjaan atau pendapatan
yang diperoleh hendaklah diperuntukkan untuk simpanan pada masa hadapan. Walaupun
simpanan yang diperuntukkan hanya sedikit, namun akan mendatangkan manfaat yang besar
bak peribahasa sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Remaja pada masa ini juga perlu didedahkan dengan pelbagai skim pelaburan seperti skim
pelaburan amanah yang disediakan oleh kerajaan atau pihak bank. Mereka juga boleh membuat
pelaburan dalam syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Wang simpanan
boleh dilaburkan untuk mendapatkan keuntungan dalam jangka masa panjang. Wang ini akan
bertambah dari semasa ke semasa walaupun dalam jumlah yang sedikit. Namun demikian,
pelaburan skim-skim yang tidak diluluskan oleh kerajaan dan meragukan perlu dielakkan oleh
mereka. Sikap leka dan tamak menyebabkan banyak pelabur hilang wang pelaburan mereka
apabila melabur dalam skim cepat kaya atau skim yang tidak dilindungi oleh kerajaan.

Tabungan dan pelaburan yang dilakukan oleh remaja ini akan menjamin kehidupan mereka
pada kemudian hari. Hasilnya, mereka dapat membeli kemudahan asas apabila berkeluarga
nanti seperti rumah, kenderaan, dan keperluan-keperluan lain untuk keluarga. Tambahan
pula, kos sara hidup pada masa hadapan akan meningkat. Oleh yang demikian, mereka dapat
menggunakan wang tersebut untuk menampung perbelanjaan yang semakin meningkat, kos
pendidikan anak-anak, dan kos rawatan apabila sakit atau terlibat dalam tragedi yang tidak
diduga. Oleh itu, orang yang sentiasa beringat-ingat dan bersedia lebih awal akan beruntung.

25 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum

Seterusnya, tabiat suka meminjam akan berlaku apabila tiada simpanan atau tabungan.
Tabiat ini jika tidak diuruskan dengan baik akan menjerat seseorang ke kancah hutang yang
sukar dilunaskan. Pinjaman bank biasanya akan dikenakan faedah yang tinggi yang kadangkala
menyebabkan hutang sukar dilangsaikan. Sebaliknya, jika meminjam melalui ceti haram atau
along, bukan sahaja hutang berlipat ganda, malahan ada kalanya nyawa peminjam dan keluarga
dalam bahaya. Hal ini menyebabkan hidup semakin tersepit. Sebahagian besar daripada gaji
atau pendapatan akan digunakan untuk membayar hutang. Mereka juga akan berhadapan
dengan tindakan undang-undang dan menjadi buruan sepanjang masa.
Kesimpulannya, pengurusan kewangan yang bijak menjamin kehidupan yang selesa dan
sejahtera. Remaja bebas daripada sebarang hutang, tidak berhadapan dengan sebarang tindakan
undang-undang atau memikirkan untuk membayar hutang, dan terhindar daripada tekanan
hidup akibat masalah kewangan. Pelbagai masalah dalam kehidupan hari ini berpunca daripada
kegagalan menguruskan kewangan dengan bijak. Pendapatan yang sedikit, jika diurus dengan
bijak akan memberikan banyak kebaikan. Maka, wajarlah ilmu pengurusan kewangan diajar
kepada semua murid sejak bangku sekolah lagi.

6Praktis SPM

Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
1. Sikap sesetengah murid yang bekerja sambilan pada waktu petang atau malam menyebabkan

prestasi akademik mereka merosot.
Tulis sebuah rencana berkaitan fenomena tersebut yang akan disiarkan dalam sebuah majalah.
2. Sektor pelancongan menyumbang pembangunan negara yang besar. Anda ingin menulis rencana

berkaitan dengan pelancongan di negara ini bagi disiarkan dalam akhbar tempatan.
Tulis rencana anda itu selengkapnya.

G Fakta SPM SPM SPM SPM SPM SPM
2012 2013 2014 2015 2016 2017

Model Karangan

Pemanasan global antara isu antarabangsa yang sering diperkatakan. Pemanasan
Nyatakan kesan-kesan pemanasan global terhadap bumi dan hidupannya. global
INFO
Dimensi Antarabangsa

Rangka Karangan

Pendahuluan: pemanasan global merupakan masalah antarabangsa yang dihadapi oleh manusia
dan hidupan lain di muka bumi ini – berlaku disebabkan oleh penipisan lapisan ozon hasil
daripada pembebasan gas klorofluorokarbon, gas metana, dan gas karbon monoksida yang
dikeluarkan oleh kenderaan dan industri – mendatangkan ketidakselesaan

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 26

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum 

Perenggan / Isi Huraian Contoh
1 / cuaca atau haba yang aktiviti di luar rumah terpaksa menutup sekolah
dikurangkan – jerebu banyak atau menangguhkan
panas menjejaskan mendatangkan kesan yang buruk – akan sebarang aktiviti
kualiti kehidupan menjejaskan perancangan yang telah dibuat kokurikulum
manusia dan akan menjejaskan kualiti produktiviti

2 / pencairan bongkah menyebabkan peningkatan aras air laut – bandar Venice dan
ais di Kutub Utara kawasan yang rendah diancam oleh banjir Netherlands
dan Kutub Selatan kilat – kemungkinan akan tenggelam menyebabkan kanser
– bongkah ais yang dihanyutkan di laut kulit, katarak, dan
3 / memudaratkan mengundang bahaya kepada kapal dagang hidrasi
kesihatan dan kapal persiaran
sinar lembayung daripada matahari
memberikan kesan buruk – menyebabkan
hipertensi – mengganggu kerjaya dan
memerlukan bayaran yang tinggi untuk
mengubati penyakit

4 / menyebabkan akan menjejaskan pengeluaran makanan bencana kebuluran –
perubahan iklim yang – pertambahan penduduk dunia tidak inflasi
sukar diramalkan seimbang dengan peningkatan pengeluaran
makanan – negara-negara pengeluar
makanan akan mengurangkan import bagi
memenuhi keperluan penduduknya

5 / sering diancam oleh kemarau panjang, kebakaran hutan, memusnahkan
fenomena alam dan banjir kilat – bencana alam sukar banyak tumbuhan
diramalkan – menyebabkan banyak yang berharga serta
kematian dan kemusnahan harta benda melenyapkan habitat
flora dan fauna

Penutup: pelbagai usaha perlu dilakukan bagi menangani masalah pemanasan global ini bagi
menjamin kehidupan yang lebih selesa – mencari jalan penyelesaian yang baik demi kepentingan
bersama-sama

Pemanasan global merupakan masalah antarabangsa yang Perkasa Karangan
dihadapi oleh manusia dan hidupan lain di muka bumi ini.
Pemanasan global berlaku disebabkan oleh penipisan lapisan • Isi-isi hendaklah disusun
ozon hasil daripada pembebasan gas klorofluorokarbon, mengikut keutamaan berserta
gas metana, dan gas karbon monoksida yang dikeluarkan huraian dan contoh yang jelas
oleh kenderaan dan industri. Gas karbon monoksida yang dalam satu perenggan.
berawangan di atmosfera menghalang udara panas bergerak
ke atas yang menyebabkan haba di permukaan bumi semakin • Penggunaan peribahasa
panas dan bahangnya mendatangkan ketidakselesaan kepada dan ungkapan menarik amat
semua hidupan. digalakkan.

Cuaca atau haba yang panas menjejaskan kualiti kehidupan harian manusia. Aktiviti-aktiviti
di luar rumah terpaksa dikurangkan. Bagi mereka yang bekerja di lapangan, sedikit sebanyak
perkara tersebut dapat menjejaskan urusan mencari nafkah. Kejadian jerebu yang sering melanda
negara ini banyak mendatangkan kesan yang buruk. Bagi kawasan-kawasan yang mencapai tahap
indeks udara yang berbahaya, pelbagai langkah berjaga-jaga perlu dilakukan seperti menutup
sekolah atau menangguhkan sebarang aktiviti kokurikulum. Hal sedemikian akan menjejaskan
perancangan yang telah dibuat dan menjejaskan kualiti produktiviti.

27 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum

Alam sekitar yang terjejas akibat pemanasan global turut
memberikan kesan buruk di kawasan Kutub Utara dan Kutub
Selatan. Pencairan ais yang semakin serius menyebabkan
peningkatan aras air laut. Kawasan yang rendah seperti bandar • lapisan ozon – bentuk gas
Venice dan Netherlands diancam oleh banjir kilat dan yang yang bertindak sebagai perisai

terhadap sinar
paling teruk, kemungkinan kedua-duanya akan tenggelam. ultralembayung matahari
Malahan bongkah ais yang dihanyutkan di laut mengundang • atmosfera – lapisan udara yang
bahaya kepada kapal dagang dan kapal persiaran. Tambahan melingkungi bumi
pula, keadaan muka bumi di kawasan kutub yang terjejas
akan menyebabkan habitat haiwan di kawasan tersebut turut • ultralembayung – ultraungu
terganggu. yang dihasilkan oleh matahari

• hidrasi – kehilangan air di
dalam badan

Selain itu, pemanasan global juga akan mendatangkan • hipertensi – tekanan darah tinggi
impak yang buruk terhadap kesihatan manusia. Sinar
ultralembayung daripada matahari akan mendedahkan mereka kepada kanser kulit, katarak,
dan hidrasi. Cuaca panas juga dapat menyebabkan hipertensi yang akan mendatangkan kesan
buruk terhadap kesihatan. Statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan
bahawa lebih daripada dua juta rakyat di negara ini menghidap hipertensi. Semua penyakit
sebegini akan menjejaskan kehidupan manusia, khasnya mengganggu kerjaya dan memerlukan
bayaran yang tinggi untuk mengubati penyakit tersebut.

Pemanasan global juga menyebabkan perubahan iklim yang sukar diramalkan. Perubahan
iklim ini secara tidak langsung akan menjejaskan pengeluaran makanan. Pertambahan penduduk
dunia yang tidak seimbang dengan peningkatan pengeluaran makanan akan mengundang
bencana kebuluran yang dahsyat. Negara-negara pengeluar makanan akan mengurangkan import
bagi memenuhi keperluan penduduknya, justeru menyebabkan negara pengeksport terpaksa
membayar dengan kos yang tinggi. Hal ini seterusnya mengundang inflasi di negara-negara
terlibat. Kadar kemiskinan akan meningkat dan taraf hidup rakyat akan bertambah buruk.

Seterusnya, pemanasan global menyebabkan dunia hari ini sering diancam oleh fenomena
alam, antaranya kemarau panjang, kebakaran hutan, dan banjir kilat. Kejadian bencana alam
yang sukar diramalkan ini menyebabkan banyak kematian dan kemusnahan harta benda
yang melibatkan ratusan juta ringgit. Kebakaran hutan banyak memusnahkan tumbuhan
yang berharga serta melenyapkan habitat flora dan fauna. Kejadian taufan yang membadai
beberapa buah negara menggambarkan bahawa fenomena alam ini menjejaskan kehidupan dan
kesejahteraan alam sekitar.

Tidak ada kusut yang tak selesai. Tetapi, dalam usaha menghadapi fenomena pemanasan
global, pelbagai usaha perlu dilakukan dengan giat dan berterusan bagi mencapai kehidupan
yang lebih selesa. Negara-negara di dunia ini tidak seharusnya menuding jari menyalahkan
sesama sendiri, sebaliknya duduk semeja bagi mencari jalan penyelesaian demi kepentingan
bersama-sama. Jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah.

7Praktis SPM

Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
1. Kerajaan menjalankan pelbagai inisiatif agar barangan buatan tempatan bermutu dan berdaya

saing pada peringkat antarabangsa.
Jelaskan usaha-usaha yang dijalankan untuk memajukan industri pembuatan barangan tempatan.
2. Pergantungan negara terhadap makanan import mampu dikurangkan sekiranya pelbagai langkah

drastik dilakukan untuk menambahkan pengeluaran makanan di negara ini.
Huraikan langkah-langkah yang dilakukan bagi mengurangkan pengimportan makanan.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 28

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum 

H Pendapat / Perbincangan / Ulasan SPM SPM SPM SPM SPM
2012 2013 2014 2016 2017

Model Karangan

Minggu Pelaburan yang diadakan di peringkat sekolah mendedahkan kepentingan mengamalkan
amalan menabung dalam kehidupan seharian murid-murid.

Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah memupuk budaya melabur dalam kalangan generasi
muda.
Dimensi Masyarakat

Rangka Karangan

Pendahuluan: pelaburan ialah urus niaga yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan – pelbagai
skim pelaburan – skim pelaburan amanah oleh pihak kerajaan – banyak mempunyai kebaikan

Perenggan / Isi Huraian Contoh

1 / hasil pelaburan akan keuntungan secara berkala sama ada ibu bapa memupuk budaya
bertambah dari semasa bulanan atau tahunan – pelaburan menabung dalam kalangan
ke semasa memerlukan masa yang panjang untuk anak-anak sejak kecil – wang
mendapatkan keuntungan tabungan dilaburkan dalam
2 / semaikan jiwa berjimat tidak mementingkan barang-barang SSPN dan sebagainya
cermat dalam kalangan mewah – elakkan sebarang pembaziran – wang pemberian ibu bapa –
anak-anak bersikap sederhana dalam perbelanjaan kerja sambilan disimpan untuk
masa hadapan

3 / peranan pihak sekolah penubuhan koperasi sekolah memberikan pihak ANGKASA memberikan
memupuk budaya peluang kepada murid untuk belajar pendedahan tentang
melabur melabur – melabur secara kecil-kecilan – pengurusan koperasi dan
pengetahuan asas untuk pelaburan yang pelaburan
lebih besar

4 / peranan pihak bank kemudahan pinjaman dan pembayaran bantuan dan nasihat kewangan
dan syarikat kewangan balik yang fleksibel – memperkenalkan – pelbagai skim pelaburan
– memupuk budaya pelbagai skim pelaburan – kadar amanah – memudahkan
melabur dalam kalangan keuntungan yang menarik pelabur membuat pilihan
generasi muda

5 / kempen pelaburan media elektronik dan media cetak – penyebaran prospektus dan
dipergiatkan dari menarik minat generasi muda membuat pelantikan agen yang sah –
semasa ke semasa pelaburan pelaburan boleh dibuat melalui
mesin deposit wang

Penutup: generasi muda hari ini masih kurang melabur – boros dalam perbelanjaan – perlu membuat
perancangan yang strategik untuk masa hadapan – pelaburan bijak menjamin masa hadapan

Pelaburan ialah sejumlah wang dilaburkan dalam sesuatu urus niaga yang bertujuan untuk
mendapatkan keuntungan. Terdapat pelbagai skim pelaburan yang memberikan peluang para pelabur
melaburkan wang mereka. Sebelum membuat sesuatu pelaburan, para pelabur perlu mengetahui
dan memahami skim-skim tersebut secara mendalam bagi mengelakkan mereka daripada ditipu dan
diperdayakan. Pihak kerajaan telah mewujudkan banyak skim pelaburan amanah yang menjamin
keselamatan wang dan pulangan keuntungan yang lumayan. Pelaburan banyak memberikan kebaikan
kepada seseorang seperti wang pelaburan dapat digunakan pada masa hadapan. Kos kehidupan
yang semakin meningkat pada masa hadapan memerlukan seseorang itu mempunyai simpanan bagi
mengelakkan sebarang masalah.

29 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum

Peribahasa menyatakan bahawa sedikit-sedikit, lama-lama Perkasa Karangan
menjadi bukit membuktikan bahawa wang yang dilaburkan
akan bertambah dari semasa ke semasa hasil keuntungan yang
diberikan secara berkala sama ada secara bulanan atau tahunan. • Isi-isi hendaklah disusun
Pelaburan memerlukan masa yang panjang untuk mendapatkan mengikut keutamaan berserta
keuntungan. Oleh itu, ibu bapa perlu memupuk amalan huraian dan contoh yang jelas

dalam satu perenggan.

menabung dalam diri anak-anak sejak mereka kecil. Lebihan • Penggunaan peribahasa
wang saku yang dibekalkan oleh ibu bapa ke sekolah disimpan dan ungkapan menarik amat
di dalam tabung yang disediakan di rumah. Wang yang diberikan digalakkan.

oleh sanak saudara semasa hari perayaan atau semasa sambutan
hari lahir juga perlu disimpan untuk masa hadapan. Wang
simpanan ini boleh dilaburkan dalam skim pelaburan untuk
kegunaan masa hadapan seperti Skim Simpanan Pendidikan • skim – rancangan
Negara (SSPN) dan sebagainya. • berkala – berulang-ulang
Semaikan jiwa berjimat cermat dalam kalangan anak-anak
agar tidak mementingkan barangan mewah. Amalan membazir mengikut waktu yang ditetapkan

• mengaplikasikan – menggunakan

secara praktik dan amali

semasa berbelanja dengan membeli secara berlebihan atau • medium – sesuatu yang menjadi
membeli barangan tanpa sebarang keperluan ialah amalan buruk pengantara

yang sering dikaitkan dengan kata pujangga membazir amalan
syaitan. Bersikap sederhana dalam berbelanja ialah suruhan agama yang banyak memberikan kebaikan.
Wang yang diperoleh sama ada pemberian ibu bapa atau bekerja sambilan hendaklah disimpan atau
dilaburkan demi masa depan.
Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan dalam memupuk budaya melabur ini melalui
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau melalui aktiviti kokurikulum. Penubuhan koperasi
sekolah memberikan peluang kepada murid untuk belajar tentang ilmu pelaburan. Mereka melabur
secara kecil-kecilan melalui saham yang ditawarkan oleh pihak koperasi. Setiap tahun para pelabur
akan dibayar dividen yang boleh ditunaikan oleh murid. Hal ini menjadi pengetahuan asas kepada
murid yang akan mengaplikasikannya apabila mereka dewasa nanti. Mereka boleh melabur dengan
pelaburan yang lebih besar dan mendapat keuntungan yang besar apabila mereka dewasa nanti. Pihak
Angkatan Koperasi Nasional (ANGKASA) juga sering memberikan pendedahan tentang pengurusan
koperasi dan pelaburan kepada murid yang terlibat.
Pihak bank dan syarikat kewangan juga berperanan penting dalam memupuk budaya melabur
dalam kalangan generasi muda ini dengan memberikan kemudahan pinjaman dan kaedah pembayaran
balik yang lebih fleksibel. Pelbagai skim pelaburan diperkenalkan dengan kadar keuntungan yang
berpatutan bagi menarik minat generasi muda melabur. Bantuan dan nasihat kewangan amat
diperlukan bagi membantu generasi muda ini agar mereka memahami dan lebih yakin akan pelaburan
yang dilakukan oleh mereka itu. Selain itu, kepelbagaian skim pelaburan amanah yang ditawarkan
memudahkan para pelabur membuat pilihan. Keuntungan yang diberikan oleh pihak bank hendaklah
bersesuaian dengan perkembangan semasa yang tidak merugikan para pelabur.
Kempen pelaburan juga perlu dipergiatkan dari semasa ke semasa. Media massa termasuk media
elektronik dan surat khabar perlu menjadi medium yang cekap dalam menghebahkan maklumat
tentang pelaburan ini. Kempen-kempen ini dapat menarik minat generasi muda untuk membuat
pelaburan demi masa hadapan mereka. Prospektus pelaburan yang dikeluarkan oleh bank dan syarikat
kewangan perlu diperbanyakkan dan diedarkan secara meluas kepada orang ramai. Peluang pelaburan
hendaklah dilakukan dengan cara yang lebih mudah dengan pelantikan agen yang bertauliah seperti
pejabat pos dan sebagainya. Pada zaman digital ini, pelaburan boleh dilakukan secara dalam talian
atau pemindahan wang melalui mesin-mesin deposit wang di bank-bank.
Tuntasnya, generasi muda hari masih kurang membuat pelaburan dan kebanyakan wang mereka
dihabiskan dengan berbelanja secara boros. Mereka perlu diberikan pendedahan dan ilmu-ilmu
berkaitan dengan pelaburan. Mereka juga perlu membuat perancangan yang strategik demi masa depan
yang terjamin. Namun begitu, melabur dalam skim-skim pelaburan yang memberikan keuntungan
yang tidak munasabah seperti skim cepat kaya atau sebagainya perlulah dielakkan. Berwaspada dan
berhati-hati sebelum membuat pelaburan dan elakkan terpengaruh oleh ajakan rakan dan orang yang
tidak dikenali. Di samping itu, jangan mudah terpedaya oleh skim pelaburan yang dihebahkan melalui
Internet yang menawarkan keuntungan yang berlipat ganda. Pelabur bijak menjamin masa hadapan.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 30

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum 

8Praktis SPM

Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.

1. Pada setiap tahun, sambutan hari ibu diadakan bagi mengenang dan menghargai jasa ibu.
Jelaskan pendapat anda sebagai seorang anak tentang cara-cara untuk menghargai jasa dan

pengorbanan ibu anda.

2. Gejala seperti ponteng sekolah, vandalisme, buli, dan tidak menghormati guru menandakan
bahawa nilai-nilai murni semakin luntur dalam kalangan murid.

Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi melahirkan murid yang mengamalkan
nilai-nilai murni.

I Karangan Sastera SPM SPM SPM SPM
2014 2015 2016 2017

Model Karangan

Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalangan
pembaca.
Bincangkan pernyataan tersebut. Dimensi Kesusasteraan

Rangka Karangan

Pendahuluan: karya sastera mempunyai peranan yang tersendiri dalam membentuk sahsiah dan
peribadi dalam kalangan pembaca – khususnya untuk agenda pembangunan modal insan

Perenggan / Isi Huraian Contoh

1 / membentuk jati diri pembaca memperoleh pengajaran novel ‘Kabus di Perbukitan’ –
yang berguna melalui watak-watak jati diri bangsa Melayu – watak
Faridah

2 / melahirkan individu pembaca diseru agar mengutamakan ‘Pantun Empat Kerat (Budi)’
yang berbudi kepentingan hidup berbudi –
kedudukan seseorang dipandang
tinggi dalam masyarakat

3 / meningkatkan dijadikan medan oleh penulis untuk cerpen ‘Pahlawan Buntung’
patriotisme menyuburkan semangat cinta akan
negara

4 / menjadi insan yang ungkapan indah berunsur nasihat – cerpen ‘Pungut Alias Zahara
bertanggungjawab menjadi panduan hidup Alias Yap Siew Hong’

5 / melahirkan insan menyedari kepentingan ilmu ‘Syair Kelebihan Ilmu’
yang cinta akan ilmu pengetahuan dalam kehidupan

Penutup: penghayatan terhadap karya sastera menjana pemikiran yang tinggi – membangkitkan
rasa kemanusiaan – membentuk peribadi dan sahsiah yang mulia

31 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum

Perkasa Karangan

Kehidupan masyarakat moden pada hari ini menuntut • Penulisan mestilah berdasarkan
generasi alaf baharu membekalkan diri mereka dengan format jenis karangan yang
pelbagai kemahiran sehingga menyebabkan karya sastera diminta sama ada penulisan
yang merupakan warisan tradisi bangsa dipinggirkan. Pada skrip drama, cerpen, ulasan,
masa yang sama, karya sastera mempunyai peranan yang pendapat, perbincangan, atau
tersendiri dalam membentuk sahsiah dan peribadi dalam sebagainya.
kalangan pembaca, khususnya untuk agenda pembangunan
modal insan. • Patuhilah format karangan yang
berformat khusus.

Penghayatan terhadap karya sastera membentuk jati
diri pembaca. Hal ini demikian kerana, pembaca akan
memperoleh pengajaran yang berguna melalui watak-watak • genre – kategori / jenis karya
dalam sesebuah karya sastera. Misalnya, novel ‘Kabus di sastera
Perbukitan’ karya Mohamad Kholid Hamzah mengetengahkan
• era – jangka masa tertentu
• disogokkan – diunjukkan

jati diri bangsa Melayu melalui watak Faridah. Pembacaan novel ini mampu mendidik jiwa
pembaca agar mempertahankan jati diri bangsa walaupun berada lama di perantauan.

Selain itu, pembacaan karya sastera mampu melahirkan individu yang berbudi. Melalui
pembacaan genre sastera seperti pantun Melayu, pembaca diseru agar mengutamakan kepentingan
hidup berbudi yang menjadikan kedudukan seseorang dipandang tinggi dalam kalangan
masyarakat. Contohnya, melalui ‘Pantun Empat Kerat (Budi)’, pembaca sedar akan betapa
tingginya pandangan masyarakat terhadap insan yang berbudi lantas mempraktikkannya dalam
kehidupan sehari-harian.

Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera dapat meningkatkan patriotisme
dalam diri pembacanya. Karya sastera telah dijadikan medan oleh penulis untuk menyuburkan
semangat cinta akan negara. Cerpen ‘Pahlawan Buntung’ yang dikarang oleh S. Othman Kelantan
contohnya, telah menceritakan penghargaan masyarakat terhadap insan yang berjuang untuk
menentang penjajah dan pada masa yang sama menceritakan sejarah yang berlaku pada era
pendudukan Jepun di negara kita.

Di samping itu, nilai-nilai murni yang dihayati dalam karya sastera mampu membentuk
diri pembaca menjadi insan yang bertanggungjawab. Dalam karya sastera, terdapat ungkapan
indah yang berunsur nasihat yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan. Contohnya,
dalam cerpen ‘Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong’ karangan Mohamed Latiff Mohamed,
pembaca disogokkan dengan nilai bertanggungjawab, nilai keprihatinan, nilai kesabaran, nilai
kasih sayang, dan sebagainya. Kisah yang diceritakan dalam cerpen itu membawa pembaca ke
arah pengamalan sikap-sikap positif yang sememangnya sangat dituntut dalam menjalankan
urusan kehidupan.

Akhir sekali, penghayatan terhadap nilai-nilai murni dalam karya sastera mampu melahirkan
insan yang cinta akan ilmu. Pembaca akan menyedari kepentingan ilmu pengetahuan dalam
kehidupan setelah membaca karya sastera yang berkaitan. Misalnya, ‘Syair Kelebihan Ilmu’ yang
dicipta oleh Za’ba mengungkapkan manfaat-manfaat yang dimiliki oleh orang yang berilmu.
Daripada pembacaan syair itu, diharapkan pembaca menyedari pentingnya ilmu pengetahuan
dalam kehidupan kita dan seterusnya memupuk perasaan sayang akan ilmu.

Tuntasnya, penghayatan terhadap karya sastera dalam pelbagai genre bukan sahaja mampu
menjana pemikiran yang lebih tinggi dalam kalangan pembaca, terutama golongan muda,
malahan dapat membangkitkan rasa kemanusiaan. Seterusnya, hal ini dapat membentuk peribadi
dan sahsiah yang mulia.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 32

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum 

9Praktis SPM

Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.

1. Penulis-penulis muda yang melibatkan diri dalam penulisan genre cerpen dan novel semakin
berkurangan pada masa ini.

Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi menggalakkan remaja melibatkan diri dalam
penulisan kreatif.

2. Pengenalan puisi tradisional menerusi Komponen Kesusasteraan Melayu (KOMSAS) di sekolah-
sekolah telah membolehkan generasi kini mengenali beberapa genre puisi tradisional tersebut.

Huraikan kebaikan-kebaikan yang diperoleh murid-murid daripada pembelajaran puisi tradisional.

J Perbahasan

Praktis SPM 10

Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan Perkasa Karangan
bagi setiap soalan di bawah ini.
• Disoal dalam situasi
1. Anda telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan atau
pertandingan perbahasan yang bertajuk “Kemasukan Pelabur bukan pertandingan perbahasan.
Asing Mendatangkan Kebaikan”.
• Penulisan dalam situasi
Selaku pihak kerajaan, kemukakan hujah-hujah anda. pertandingan perbahasan
mempunyai format khusus yang
2. Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid banyak perlu dipatuhi.
mendatangkan keburukan.

Bahaskan.

K Gambaran / Keperihalan / Cerita SPM
2013
Praktis SPM 11

Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan Perkasa Karangan
bagi setiap soalan di bawah ini.
• Penulisan mestilah logik.
1. Anda dan beberapa orang ahli Kelab Kembara sekolah telah • Penggunaan peribahasa
mengadakan aktiviti mendaki sebuah gunung pada cuti yang
lepas. dan ungkapan menarik amat
digalakkan.
Perihalkan pengalaman anda semasa melakukan pendakian
tersebut.

2. Anda ialah salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian
banjir besar yang melanda negara baru-baru ini.

Ceritakan peristiwa kejadian banjir tersebut untuk dikongsi bersama-sama rakan yang lain.

33 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Umum

L Peribahasa / Cogan Kata SPM
2012
Praktis SPM 12

Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan Perkasa Karangan
bagi setiap soalan di bawah ini.
• Fahamilah maksud peribahasa
1. Peribahasa “sudah terhantuk baru tengadah” mengingatkan yang diberikan dalam soalan
kita supaya sentiasa berwaspada agar tidak berlaku kesusahan dengan jelas.
baru hendak beringat-ingat.
• Kaitkan peribahasa itu dengan
Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut. kehidupan masyarakat masa ini.

2. Peribahasa “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit” perlu • Kaitkan peribahasa itu
dijadikan amalan dalam kehidupan seharian. dengan peribahasa lain yang
menunjukkan persamaan
Tulis sebuah esei tentang faedah-faedah mengamalkan maksud.
peribahasa di atas.

SUKSES SPM

Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350
patah perkataan.

1. Setiap generasi muda perlu mempunyai semangat patriotisme.
Sebagai remaja yang berwawasan, huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk

menyemai semangat patriotisme dalam diri anda.
2. Berdasarkan beberapa kajian, kesedaran membaca dalam kalangan remaja masih rendah.
Huraikan peranan yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa bagi memupuk budaya membaca dalam

kalangan anak-anak.
3. Rakyat Malaysia digalakkan untuk membeli barangan buatan tempatan.
Jelaskan faedah-faedah rakyat membeli barangan buatan tempatan.
4. Pencemaran alam sekitar seperti jerebu dan tumpahan minyak oleh kapal-kapal tangki merupakan

masalah sejagat.
Bincangkan usaha-usaha yang perlu diambil oleh masyarakat dunia untuk mengatasi masalah

pencemaran alam sekitar.
5. Peribahasa "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna" bermaksud setiap orang

hendaklah berfikir habis-habis sebelum melakukan sesuatu.
Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 34

Bab 1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan Penutup:
keracunan makanan sifar kepada semua kantin sekolah – menjamin
A Karangan Berdasarkan Gambar kesihatan murid – makanan yang sihat menjamin pembelajaran
yang berkesan – pencegahan awal perlu dilaksanakan – tidak
Praktis SPM 1 mengamalkan budaya sudah terhantuk baru tengadah

Pendahuluan: B Karangan Berdasarkan Gambar Rajah
aktiviti kesukarelaan – dilakukan secara sukarela tanpa mengharapkan
sebarang balasan – secara gotong-royong – melibatkan komuniti Praktis SPM 3
masyarakat setempat – membersihkan kawasan – melibatkan diri
dalam organisasi setempat Pendahuluan:
obesiti atau kegemukan merujuk kepada berat badan yang berlebihan
Isi-isi: – menyebabkan pelbagai masalah – mudah diserang penyakit
(a) membiasakan diri dengan sikap bantu-membantu – meluangkan berbahaya – masalah pergerakan – cepat letih apabila melakukan
aktiviti fizikal – kegemukan berlaku tanpa mengira usia – kanak-
masa untuk membantu orang lain – tidak bermotifkan keuntungan kanak atau orang dewasa
– melahirkan insan yang berjiwa tolong-menolong – amalan
sepanjang masa – memupuk masyarakat penyayang Isi-isi:
(b) mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah – selepas (a) mengamalkan pemakanan seimbang – mengandungi nutrien
pulang daripada bekerja atau cuti hujung minggu – menghindari
pembaziran masa – melepak bersama-sama rakan-rakan – seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, dan garam galian
terlibat dengan gejala negatif pada kadar yang betul – mengutamakan makan buah-buahan
(c) mendapat pengalaman baharu – bertemu dan berbual-bual dan sayur-sayuran – mengurangkan makanan berlemak dan
dengan rakan-rakan – bertukar-tukar pengalaman – rakan- berminyak
rakan daripada pelbagai lapisan pekerjaan dan status sosial (b) sentiasa bersenam dan bersukan – secara berkala – tiga kali
– menambahkan pengetahuan – hubungan silaturahim dapat seminggu – membakar lemak di dalam badan – mengelakkan
dieratkan pengumpulan lemak yang berlebihan – kadar kolesterol dapat
dikawal – badan menjadi cergas – otak menjadi cerdas –
Penutup: pelbagai penyakit berbahaya dapat dielakkan
aktiviti kesukarelaan perlu diamalkan sepanjang masa – masyarakat (c) bijak menangani stres – stres menyebabkan berlakunya
perlu disedarkan tentang kepentingan amalan yang baik ini – kempen pencernaan hormon di dalam badan – sesetengah individu
atau ceramah dari semasa ke semasa – terbukti keberkesanannya akan makan banyak ketika stres – berat badan akan bertambah
oleh masyarakat dahulu – jauhi sikap seperti enau di dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing Penutup:
setiap individu bertanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri –
Praktis SPM 2 badan yang sihat menjamin kehidupan yang sejahtera – keluarga
akan bahagia – urusan seharian dapat dijalankan dengan lancar
Pendahuluan: – mencegah adalah lebih baik daripada merawat – sesal dahulu
keracunan makanan sering berlaku di sekolah – melibatkan pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
sebilangan besar murid – penyediaan makanan yang tidak bersih
– kelalaian pengusaha kantin – menyebabkan komplikasi kesihatan Praktis SPM 4
– sakit perut, muntah, dan cirit-birit – kematian – perlu dielakkan
Pendahuluan:
Isi-isi: jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan kita – terdiri
(a) pengusaha kantin hendaklah menyediakan makanan yang bersih pelbagai kaum dan agama – lebih mudah untuk mendapatkan
bantuan jiran tetangga berbanding dengan adik-beradik yang tinggal
dan berkualiti – tidak mementingkan keuntungan semata-mata berjauhan apabila berlaku kecemasan
– menggunakan bahan mentah yang segar – tidak memasak
makanan yang berkualiti rendah atau yang telah tamat tarikh Isi-isi:
luput (a) mewujudkan keharmonian – menghormati perbezaan adat
(b) kawasan kantin perlu sentiasa bersih dan ceria – longkang-
longkang dan kawasan kantin bersih sepanjang masa – tempat dan budaya jiran yang berlainan bangsa – mengelakkan
yang kotor menjadi tempat pembiakan haiwan pembawa penyakit persengketaan – membiasakan amalan bantu-membantu –
seperti tikus, lalat dan lipas – bahan mentah disimpan di tempat menzahirkan suasana ceria dan meriah
yang sesuai (b) bebas daripada sebarang wabak – contohnya denggi – aktiviti
(c) pemantauan kebersihan oleh pihak berkuasa – secara berkala gotong-royong – membersihkan kawasan persekitaran tempat
– pihak sekolah dan jabatan kesihatan – tindakan denda kepada tinggal bersama-sama – kawasan kediaman bertambah bersih
pengusaha kantin yang tidak mengutamakan kebersihan – dan ceria – menjadi contoh kepada komuniti lain
arahan menutup kantin yang kotor – pekerja kantin perlu (c) keselamatan kejiranan akan terjamin – secara bergilir-gilir –
mendapat suntikan – elakkan penyakit merebak melalui makanan bertugas untuk mengawal tempat kediaman – menjaga rumah
jiran yang pulang ke kampung untuk bercuti atau berhari raya
– masalah kecurian dan pecah rumah dapat dikawal

J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Jawapan ke semasa – tindakan tegas terhadap pihak yang mencemarkan
sungai – sungai merupakan warisan yang sangat berharga
Penutup:
semangat kejiranan perlu diamalkan – hindari sikap mementingkan D Karangan Berdasarkan Peta / Pelan
diri sendiri – hidup umpama peribahasa bagai enau melepaskan
pucuk masing-masing hanya merugikan – meluangkan masa untuk Praktis SPM 7
berbual-bual – bertanya khabar dengan jiran tetangga – jiran sepakat
membawa berkat Pendahuluan:
pelbagai kemudahan pengangkutan awam disediakan untuk
C Karangan Berdasarkan Ilustrasi Kartun kemudahan orang ramai – pengangkutan udara, pengangkutan darat,
dan pengangkutan laut – setiap tahun banyak wang dibelanjakan oleh
Praktis SPM 5 kerajaan dan pihat swasta bagi memajukan sektor pengangkutan
awam
Pendahuluan:
ibu bapa berperanan mendidik anak-anak mengamalkan budaya Isi-isi:
menabung – menyimpan wang lebihan perbelanjaan sekolah di (a) membaiki prasarana pengangkutan awam – membina
dalam tabung yang disediakan – menggalakkan anak-anak berjimat
cermat – tidak boros dalam berbelanja – melentur buluh hendaklah kemudahan lapangan terbang, stesen-stesen kereta api, teksi,
dari rebungnya dan terminal bas – penyelenggaraan dilakukan dari semasa ke
semasa – untuk keselesaan penumpang
Isi-isi: (b) jadual perjalanan yang tepat – memudahkan pengguna
(a) dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran – wang tabungan merancang perjalanan – layanan yang mesra – keadaan bas
atau teksi yang selesa – kadar tambang yang berpatutan – tidak
disimpan di dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional membebankan pengguna
(SSPN) – kos pengajian yang tinggi – tidak tercicir dalam (c) kempen oleh pihak kerajaan – pengangkutan awam menjimatkan
pelajaran – masa hadapan terjamin masa dan kos – tambang yang murah – tidak terperangkap
(b) dibuat pelaburan – skim pelaburan amanah atau melabur melalui dalam kesesakan jalan raya – contohnya perkhidmatan kereta
bank – mendapatkan keuntungan hasil dividen yang dibayar api – perjalanan lebih selamat
setiap tahun – keuntungan pelaburan boleh digunakan untuk
kegunaan pada masa hadapan Penutup:
(c) mengatasi masalah kewangan – dapat digunakan pada waktu pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan mutu pengangkutan
kecemasan – masalah kesihatan, ditimpa bencana, dan awam – orang ramai patut mengutamakan pengangkutan awam
kemalangan – mengelakkan daripada berhutang – daripada – mengurangkan pencemaran alam sekitar – menjimatkan wang
ceti haram atau bank – pengangkutan awam di negara ini perlu setanding dengan
pengangkutan awam di negara maju
Penutup:
perancangan kewangan masa hadapan yang berjaya bermula Praktis SPM 8
daripada amalan menabung – perlu dilakukan oleh semua orang
tanpa mengira usia – mengelakkan diri daripada berbelanja secara Pendahuluan:
berlebih-lebihan – sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit – pilihan pada peringkat global, Malaysia terkenal dalam bidang sukan –
pelbagai skim simpanan ditawarkan oleh bank dan pihak kerajaan mempunyai atlet yang bertaraf antarabangsa – berjaya menganjurkan
sukan bertaraf dunia – Sukan SEA, Sukan Komanwel, Formula 1,
Praktis SPM 6 sukan badminton, sukan lumba basikal – disertai oleh atlet-atlet
terkenal
Pendahuluan:
pencemaran sungai semakin berleluasa – kebanyakan sungai di Isi-isi:
negara ini telah tercemat – akibat pembangunan dan pemodenan (a) memajukan sukan tanah air – atlet tempatan berpeluang
yang tidak terancang serta sikap manusia yang tidak mementingkan
kebersihan alam sekitar – mementingkan diri sendiri untuk bertanding dengan atlet-atlet luar negara – mendapat
pengalaman baharu – prasarana sukan seperti stadium dan
Isi-isi: gelanggang sukan dibina – dapat digunakan oleh atlet negara
(a) air sungai menjadi kotor dan berbau busuk – sampah sarap dalam jangka masa panjang
(b) memperkenalkan negara di persada antarabangsa – kehadiran
dibuang sungai – sungai menjadi cetek dan alirannya tersekat atlet-atlet dan para penyokong daripada pelbagai negara –
– menjadi penyebab banjir kilat – rumah-rumah dimasuki air melihat negara ini dengan lebih dekat – pembangunan dan
– kejadian sering berulang-ulang – kerosakan harta benda – pemodenan yang berlaku – keunikan budaya negara ini – tarikan
kerugian yang banyak – meragut nyawa untuk datang lagi pada masa akan datang
(b) sungai tidak lagi sesuai digunakan sebagai tempat rekreasi – (c) menjana perkembangan ekonomi negara – atlet dan penyokong
berkelah atau memancing bersama-sama keluarga – tidak sesuai akan berbelanja di negara ini – penginapan, pengangkutan,
untuk mandi-manda – tempat pelancongan dan sukan rekreasi cenderamata, dan perbelanjaan harian – berlaku pelaburan dalam
berasaskan sungai akan terkubur bidang sukan – sumber pendapatan negara – meningkatkan
(c) kualiti air merosot – kawasan-kawasan petempatan khususnya peluang pekerjaan
di kawasan bandar akan mengalami masalah bekalan air bersih
– bekalan air bersih terpaksa dicatu – kegiatan harian akan Penutup:
terjejas – masalah kesihatan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa banyak memberikan
kebaikan – banyak negara berlumba-lumba untuk menganjurkan
Penutup: sukan ini – mampu membangunkan ekonomi negara – usaha-
pemuliharaan sungai yang tercemar memerlukan kos yang tinggi usaha untuk menganjurkan sukan ini terus dilakukan dari semasa
– kesedaran masyarakat tentang kepentingan sungai amat penting ke semasa
– kempen-kempen cinta akan sungai perlu dilakukan dari semasa

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2


Click to View FlipBook Version