The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rohaizan5286, 2024-06-22 23:28:40

SK CHE LATIFF (BUKU SKRAP DADAH)

SK CHE LATIFF (BUKU SKRAP DADAH)

Keywords: buku skrap dadah

GENERASI MADANI SEKOLAH BEBAS DADAH


BIODATA DISEDIAKAN OLEH: NAMA MURID : MUHAMMAD AFNAN ZAFRI MUHAMMAD IZZUL HAEZRAIN MUHAMMAD AQIF BAIHAQI NAMA SEKOLAH : SK CHE LATIFF KOD SEKOLAH : DBA1049 TAHUN : TAHUN 6 GURU PEMBIMBING NAMA GURU : PUAN ROHAIZAN BT. NAWI JAWATAN GURU : GURU AKADEMIK MATA PELAJARAN • ISI KANDUNGAN 2. BIODATA / ISI KANDUNGAN 3. PENGENALAN; APA ITU DADAH? 4. MAKSUD GENERASI MADANI 5. MENGAPAKAH PENTINGNYA SEKOLAH BEBAS DADAH? 6. APA PERLU DILAKUKAN KE ARAH SEKOLAH BEBAS DADAH? 7. PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 8. PENUTUP


PENDAHULUAN Masyarakat kini banyak memperkatakan tentang dadah yang sangat bahaya dan menjadi masalah yang amat serius di negara kita . Apa itu dadah?, Dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan. Sebagai contoh, antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor. Apa yang menakutkan kita ialah ada dalam kalangan murid sekolah juga terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah Sehingga kini, jumlah pelajar yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah meningkat. Namun begitu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mendidik murid agar menjauhi kegiatan penyalahgunaan dadah dengan mengadakan program-program anti dadah di setiap sekolah. Tujuannya memberi kesedaran dan keinsafan kepada murid-murid, guru, kakitangan Pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah “


MAKSUD GENERASI MADANI Istilah “Madani” merujuk kepada tatacara yang adil dan berkesan dalam sejarah umat islam di Madinah yang dipimpin oleh nabi Muhammad SAW dan didukung oleh warganya yang berbilang kaum dan agama. Manakala istilah” Generasi” merujuk kepada kelompok orang yang lahir dalam rentang waktu tertentu. “Generasi Madani adalah generasi yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan, keadilan dan kesedaran sosial yang tinggi”


MENGAPA PENTINGNYA SEKOLAH BEBAS DADAH 1. KESELAMATAN DAN KESIHATAN PELAJAR. 2. PERKEMBANGAN EMOSI DAN ROHANI PELAJAR TERJAMIN. 3. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR BERKESAN DAN BERJALAN . LANCAR TANPA PENGARUH DADAH. 4. HUBUNGAN ANTARA GURU DAN PELAJAR DAPAT DIPUPUK DAN SEMAKIN ERAT. 5. HUBUNGAN MURID DENGAN MURID JUGA DAPAT MENGERATKAN SILATURAHIM. 6. HIDUP HARMONI DAN CERIA TANPA GEJALA DADAH DURJANA. -


APA PERLU DILAKUKAN KE ARAH SEKOLAH BEBAS DADAH? Kerajaan berhasrat agar semua sekolah di Malaysia bebas daripada pengaruh dadah. 1.Ibu bapa hadir melibatkan diri dan memberi komitmen dalam aktiviti di sekolah. 2.Pelajar sekolah diberi ilmu pengetahuan untuk bertindak sekiranya berlaku isu / masalah dadah dalam kalangan pelajar. 3. Memberi pengetahuan dan Kemahiran intervensi kepada keluarga dan guru-guru berkaitan masalah penyalahgunaan dadah. 4.PIBG berperanan dalam melaksanakan program-program pencegahan dadah di peringkat sekolah. 5. Pengurusan sekolah memainkan peranan dalam melaksanakan kempen pencegahan dadah.


PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH - Bertujuan untuk menghentikan, melewatkan den mencegah penyalahgunaan dadah. 1. Menghentikan- Sekiranya seseorang individu telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah, Langkah menghentikannya perlu dilakukan segera sebelum beliau menjadi penagih dadah tegar. 2. Melewatkan- Sekiranya individu berada di Kawasan yang berisiko tinggi atau berada di sekeliling individu lain yang menagih dadah, Pendidikan pencegahan dadah mampu melewatkan beliau untuk terlibat dengan penagihan dadah. 3. Mencegah- Pendidikan pencegahan dadah mampu melindungi seseorang individu daripada terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah.


PENUTUP -Dadah boleh memusnahkan kehidupan semua orang. - Pembanterasan mesti bermula pada awal usia lagi. - Pendidikan perlu disebar luas dalam kalangan pelajar. - Semua pihak perlu berusaha menangani isu penyalahgunaan dadah. #SUMBER RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia; Program Sekolah; Agensi Antidadah Kebangsaan; Bahan Pendidikan dan Kempen;


Click to View FlipBook Version