KEPADA:
………………………………………………..
DARIPADA:
Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu
Jalan Batu Kaya
95900 Lubok Antu
Bahagian Sri Aman, Sarawak
Tel:083-584135 Fax:083-584643
1
SMK LUBOK ANTU
KANDUNGAN 5 Muka Surat 141
12 Muka Surat 137
Ringkasan Tentang sekolah 20
Perutusan-Perutusan 21
Teraju Utama 22
Ketua Bidang 23
Kakitangan Akademik 2015 24
Kakitangan Sokongan 2015 25
Pengawas 2014/2015 35
Profil Guru & AKP 2015 37
Analisis Peperiksaan Awam 56
Album Kelas 73
Progil Pelajar Tingkatan 5 90
Gambar Kokurikulum 126
Karya Kreatif Pelajar 150
Peristiwa Sepanjang Tahun 156
Wajah-Wajah Kelingkang 157
Penghargaan
Autograf
2
SMK LUBOK ANTU
Salam sejahtera,
Tahun ini merupakan tahun ke-7 saya menjadi Ketua Editor Majalah
Kelingkang. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menerbitkan Majalah Kelingkang pada tahun ini.
Kami dari sidang Redaksi sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti
majalah sekolah agar dapat memberi kepuasan kepada para pembaca. Dari
segi pengisian majalah pada tahun ini masih lagi memuatkan segala
peristiwa dan aktiviti yang berlangsung sepanjang tahun disamping
menyiarkan karya-karya yang bermutu daripada pelajar
Tahniah dan syabas kepada Sidang Redaksi Majalah Kelingkang 2015 kerana
merealisasikan penerbitan majalah sekolah pada tahun ini.
Sekian. Terima Kasih
Ketua Editor
Kelingkang Jilid Ke-28
Kelingkang Jilid Ke-28
Diterbitkan oleh Sidang Redaksi Majalah Kelingkang Jilid Ke-28, Sekolah Menengah
Kebangsaan Lubok Antu, Jalan Batu Kaya, 95900 Lubok Antu, Sarawak.
Tel: 083-584135 Fax: 083584643
Hak Cipta Terpelihara
Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluarkan ataupun dicetak sebelum
mendapat izin bertulis daripada Sidak Redaksi Majalah Kelingkang SMK Lubok Antu. Sidang
Redaksi tidak bertanggungjawab ataupun tertakluk dengan segala kandungan gambar, ilustrasi,
karya penulisan, karya seni yang terkandung dalam majalah ini. Semua material penerbitan yang
diberikan kepada Sidang Redaksi Kelingkang akan menjadi hak milik Sekolah ini.
3
SMK LUBOK ANTU
SIDANG REDAKSI MAJALAH SEKOLAH RINGKAS,
KELINGKANG JILID KE-28 PADAT
PENASIHAT &
EN. LESLIE TAWAN ANAK GANDIL
Pengetua, SMK Lubok Antu MENARIK
PENGERUSI
EN. STANLEY NILLIE ANAK MUJAP
KETUA EDITOR
EN. ALFRED ANDY GOPAL
PENOLONG KETUA EDITOR
CIK AZNI NADIA SYUHADA BT ABDUL RAZAK
SETIAUSAHA
PN. ROZIANIE BT. WAHAB
BENDAHARI
PN. CHRISTY AK. BELAT
EDITOR GRAFIK
NADZIRAH BT. JUSOH
EN. MOHD AZMI B. IBRAHIM
EDITOR KARYA
EN. FAIZAL B. MUSTAFA (BM)
PN. ENDIAN GLAGAI (JI)
CIK CORDELIA LONIE A/P KANIASEN (BI)
JURUFOTO
EN. ELEUTHERIUS BIN JULIUS (KETUA)
EN. FIRDAUS BIN SYAID
EN. MOHD AZMI B. IBRAHIM
AJK PELAJAR
4
SMK LUBOK ANTU
“STRIVE TOWARDS EXCELLENCE”
Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang
akademik, kokurikulum, sahsiah dan jasmani
melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dan berkesan
• Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan
secara menyeluruh;
• Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang
akademik dan kokurikulum;
• Memastikan setiap murid beriman, berakhlak mulia,
berbudi pekerti;
• Memupuk suasana harmoni di semua peringkat yang
melibatkan guru, ibu bapa, kakitangan dan pelajar;
• Memastikan persekitaran pembelajaran bersih,
ceria dan selamat;
• Memastikan disiplin sekolah terkawal
5
SMK LUBOK ANTU
Kami, warga Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu
dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk:
• Menyediakan pendidikan berkualiti dan terbaik kepada anak
didik dengan memberi peluang seluas-luasnya demi
memperkembangkan potensi individu selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan;
• Berusaha untuk menyediakan Sekolah Menengah Kebangsaan
Lubok Antu sebagai institusi pendidikan yang unggul dalam
bidang kurikulum dan kokurikulum;
• Memastikan kebajikan pelajar dan staf diberi perhatian yang
sewajarnya;
• Memastikan ujian dan peperiksaan dilaksanakan tanpa bocor;
• Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif akan kehendak
pelanggan dengan;
✓ Sentiasa memberi layanan perkhidmatan kaunter yang mesra;
✓ Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan,
cadangan, syor dan teguran daripada semua pihak demi
mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan
akademik
6
SMK LUBOK ANTU
LAMBANG SEKOLAH
PENGERTIAN WARNA
Kuning: Melambangkan perpaduan dan keharmonian seluruh warga sekolah ke arah Visi
dan Misi yang sama
Putih: Melambangkan kesucian ilmu yang membentuk peribadi luhur setiap warga
sekolah dengan menerapkan keikhlasan dan kejujuran sebagai teras utama.
Hitam: Melambangkan keperibadian yang luhur dan jati diri yang utuh
Merah: Melambangkan semangat juang yang tinggi dalam mengejar cita-cita dan
mencipta kejayaan dalam semua bidang.
PENGERTIAN LAMBANG
Bintang: Melambangkan matlamat pendidikan yang dijulang tinggi setiap warga sekolah
kea rah kecemerlangan berterusan.
Burung kenyalang: Lambang keharmonian alam dan kesepaduan insan selaras dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perisai/ Terabai: Melambangkan usaha dan jitu dalam menyediakan persekitaran
pembelajaran yang selesa dan kondusi.
Obor: Melambangkan semangat berkobar-kobar dalam usaha merealisasikan wawasan
kearah sekolah cemerlang. Ia juga melambangkan semangat juang yang tinggi untuk
mencapai kecemerlangan gerak kerja kokurikulum dan dan sukan.
Pena: Melambangkan budaya ilmu yang menjadi tunjang kejayaan warga SMK Lubok Antu.
Topi: Simbol pendidikan tinggi yang menjadi impian setiap warga SMK Lubok Antu
7
SMK LUBOK ANTU
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1975 dan
menggunakan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili No.2
dan terpaksa berkongsi bangunan dengan SK Lubok Antu ketika itu.
Pembinaannya amat dinanti-nantikan masyarakat setempat
memandangkan semasa itu kekurangan sekolah menengah di daerah
Lubok Antu. Pada tahun 1976, sekolah ini mula menggunakan nama
baru iaitu dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok
Antu dan nama ini kekal sehingga sekarang.
Bekalan Elektrik hanya diperolehi mulai Jun 1977 untuk
tempuh 12 jam daripada pihak swasta. Menjelang tahun 1979, pihak
sekolah telah menerima pinjaman sebanyak RM2.2 juta dari Bank
Dunia untuk kerajaan Malaysia bagi projek pembinaan bangunan
sekolah baru. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada tahun
1980.
Menjelang tahun 1983, SMK Lubok Antu mula berpindah
dari SK Lubok Antu ke tapak sekolah yang sekarang. Proses
Perpindahan telah dilakukan enam bulan lebih awal memandangkan
SK Lubok Antu terpaksa menerima pelajar-pelajar dari semua
sekolah rendah di kawasan pedalaman yang dijangka akan
tenggelam akibat pembinaan Empangan Hidro Elektrik Batang Ai.
Sejak penubuhannya, pelajar sekolah ini hanya menerima
Pendidikan Menengah rendah iaitu setakat tingkatan tiga sahaja.
Setelah tamat tingkatan tiga mereka akan berpindah ke SMK Datu
Patinggi Kedit, Betong dan SMK Sri Aman. Mulai Januari 2001,
SMK Lubok Antu mula menawarkan tingkatan empat dan
seterusnya tingkatan lima pada januari 2002.
8
SMK LUBOK ANTU
Sehingga kini SMK Lubok ANtu telah ditadbir oleh 10
orang pengetua dan pemangku. Sejak itu, pelbagai perubahan dan
perkembangan sekolah telah rirencanakan. Kini SMK Lubok Antu
berusah mewujudkan sekolah berkesan dan cemerlang dalam semua
aspek.
Senarai Pengetua SMK Lubok Antu
En. Bilun Nunoi (1975-1977)
En. Hilary Unsek Umbo (1978-1980)
En. Wong Thou Siang (1981-1982)
En. Andin Brooke ((1983-1985)
En. John Lusoi (1986-1987)
En. Sim Soo Heng (Memangku) (1988)
En. Justin Jawa Anggam (1989-1993)
En Sapawi Mahdi (Memangku) (1993)
En. Stephen Engkabi ak. tigong (1993-Feb. 2004)
En. Leslie Tawan ak Gandil (Jan. 2004 hingga sekarang)
9
SMK LUBOK ANTU
LAGU SEKOLAH
Tersergam Indah Kelingkang
Kemegahan Lubok Antu
Berbagai bangsa bertumpu
Demi Pengetahuan bermutu
Walaupun kita pelbagai bangsa
Kita gunakan satu bahasa
Maju semua sentiasa
Bergaul dan Makmur sentosa
Sekolah Menengah Lubok Antu
Agar sentiasa maju
Sekolah Menengah Lubok Antu
Agar sentiasa maju
Kita hidup mesti bercita
Bersatu padu itulah utama
Curahkan setia untukmu guru
Jasamu ku sanjung selalu
Sekolah Menengah Lubok Antu
Agar sentiasa maju
Sekolah Menengah Lubok Antu
Pelajaran kunci kejayaan
Ciptaan: Haji Rosan Awang Haji Bolhasan
Lirik: Musa Lagor
10
SMK LUBOK ANTU
IKRAR PELAJAR
Bahawasanya kami,
Pelajar-pelajar,
Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu,
Berikrar dan berjanji,
Akan mengikuti dan mematuhi,
Segala peraturan sekolah ini,
Kami juga berjanji,
Sentiasa menjaga nama baik,
Dan meningkatkan prestasi sekolah,
Dari segi Kurikulum serta Kokurikulum,
Demi memajukan diri kami,
Menuju ke arah sekolah cemerlang
11
SMK LUBOK ANTU
12
SMK LUBOK ANTU
PERUTUSAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PENGARAH PENDIDIKAN SARAWAK
PENGETUA SMK LUBOK ANTU
YANG DIPERTUA PIBG SMK LUBOK ANTU
KETUA PENGAWAS SMK LUBOK ANTU
12
SMK LUBOK ANTU
PERUTUSAN
KETUA PENGARAH
PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya tujukan kepada pihak sekolah kerana memberikan ruang kesempatan kepada saya
untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Majalah Sekolah bagi Tahun 2015.
Sekalung ucapan tahniah saya rakamkan buat warga sekolah khususnya Sidang Redaksi Majalah Sekolah SMK Lubok Antu
yang telah berjaya menerbitkan Majalah Sekolah bagi Tahun 2015. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, segala
komitmen dan sumbangan warga sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan majalah ini
amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Pendidikan di Malaysia pada masa kini sedang mengalami satu perubahan yang amat drastik seiring dengan kemajuan
pendidikan di peringkat global. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, merupakan pelan pembangunan
pendidikan yang komprehensif dan holistik dalam membina modal insan yang mampan dan berdaya saing.
Dalam mencapai aspirasi murid yang unggul, proses membina ilmu perlulah seiring dengan usaha menyempurnakan akhlak
setiap modal insan. Amalan dengan memberi sapaan dan laluan juga menitikberat tentang kebersihan merupakan elemen
yang perlu dipraktiskan oleh setiap anak didik sejak di bangku sekolah rendah lagi. Nilai-nilai murni yang sejagat ini perlu diberi
fokus utama agar generasi yang dididik pada hari ini akan menjadi insan yang berilmu, berkemahiran tinggi dan mempunyai
sahsiah terpuji.
Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah dan murid-murid untuk terus berusaha mencipta
kejayaan. Bersama-samalah kita membulatkan tekad dan berusaha gigih untuk memastikan pendidikan di Malaysia berada di
puncak kegemilangan.
Sekian, terima kasih.
Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
DATO’ SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
13
SMK LUBOK ANTU
PERUTUSAN
PENGARAH
PENDIDIKAN SARAWAK
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga sekolah, khususnya siding redaksi majalah sekolah yang telah
berjaya menerbitkan majalah sekolah bagi tahun 2015. Segala usaha gigih dan sumbangan warga sekolah dalam penerbitan
majalah ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Penerbitan majalah sekolah ini diharapkan akan menjadi pemangkin serta penyuntik semangat kepada semua warga sekolah
untuk terus memacu transformasi pendidikan dengan tekad yang digariskan dalam misi kita iaitu Melestarikan Sistem
Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Dengan tekad seluruh
warga sekolah untuk melaksanakan misi tersebut, insya-Allah sekolah ini dapat dimartabatkan ke tahap yang cemerlang
sehingga dapat merealisasikan visi bersama yang ingin dicapai iaitu Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
Dengan tercapai Visi ini, enam (6) Aspirasi Murid iaitu Berpengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran
Dwibahasa, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional serta lima (5) Aspirasi Sistem iaitu Akses, Kualiti, Ekuiti dan Perpaduan
yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 akan menjadi kenyataan.
Daya usaha yang bersungguh-sungguh seluruh warga sekolah untuk melaksanakan transfomasi pendidikan di negeri ini
dengan didukung oleh penglibatan semua pihak yang berkepentingan terutamanya ibu bapa diharapkan akan berjaya untuk
terus “Menjulang Pendidikan Negeri Sarak”. Impak yang kita harapkan daripada semua usaha murni ini ialah kemenjadian
modal insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek dan emosi serta patuh kepada Tuhan seperti yang dinyatakan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pada tahun 2015 ini, kita telah menghampiri penghujung Gelombang (2013-2015) dalam Pelaksanaan PPPM 2013-2025.
Justeru semua warga sekolah diseru untuk memberi sokongan yang padu serta melipatgandakan usaha untuk meningkatkan
kualiti pendidikan. Menjelang akhir Gelombang 1 ini, kita berharap piawaian Kualiti Pendidikan seperti yang digariskan dalam
sebelas (11) Anjakan PPPM 2013-2025 dapat dicapai.
Majalah sekolah merupakan medium untuk merakamkan semua intipati yang signifikan yang meliputi semua aspek kurikulum
dan kokurikulum dalam tempoh semasa ke semasa. Ini bermakna Pengetua, Guru Besar, guru-guru, semua warga sekolah
serta semua pihak yang berkepentingan dengan sekolah ini harus memanfaatkan majalah sekolah ini sebagai kayu ukur
kemenjadian sekolah dari tempoh semasa ke semasa itu. Semua rakaman maklumat serta peristiwa yang tersurat sperti data
prestasi dalam peperiksaan, kejayaan-kejayaan yang diraihkan dalam kokurikulum serta rakaman peristiwa pelbagai aktiviti di
dalam majalah sekolah ini menjadi ilham yang tersurat dan juga tersirat untuk menggapai hala tuju yang dihasratkan. Bagi
semua pihak yang berkepentingan dalam bidang pendidikan pula, mereka dapat menjadikan majalah sekolah ini sebagai
wacana dalam sarana penglibatan ibu bapa dalam komuniti untuk merealisasikan hasrat menjadikan sekolah sebagai sebuah
institusi pendidikan yang berkualiti.
14
SMK LUBOK ANTU
Saya berkeyaninan majalah ini menjadi khazanah kepada semua warga sekolah. Segala rakaman peristiwa serta karya
penting sepanjang tempoh yang diliputi dalam majalah skolah ini akan menjadi kenangan dan kebanggaan yang sangat
nostalgik pada masa hadapan.Oleh itu, semasa kita masih berkesempatan ini harus memberi sumbangan dan melakukan
tindakan yang sebaik mungkindalam semua peranan kita untuk menghasilkan kecemerlangan. Saya berharap semua
kandungan yang dimuatkan di dalam majalah sekolah ini akan menjadi sumber inspirasi bagi meningkatkan potensi diri dalam
kalangan warga sekolah.
Akhir kalam, saya menyeru semua warga sekolah supaya sentiasa bersiap siaga untuk menerima pembaharuan bagi
mendepani pelbagai cabaran pada alaf-21 ini. Saya mendoakan semua warga sekolah berjaya mencapai kejayaan untuk
membawasekolah ini ke mercu kegemilangan dan seterusnya memberi sumbangan untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang sejahtera.
Sekian, terima kasih.
“FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH”
RAKAYAH BINTI HAJI MADON
Pengarah Pendidikan Sarawak
15
SMK LUBOK ANTU
PERUTUSAN
PENGETUA
SMK LUBOK ANTU
Salam sejahtera,
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi majalah SMK Lubok Antu kerana sekali lagi telah berjaya
menerbitkan majalah sekolah Kelingkang edisi ke 28 pada tahun ini. Seperti tahun – tahun sebelumnya, sidang
redaksi saling bekerjasama dan bertungkus-lumus menghasilkan majalah sekolah sebegini dalam usaha untuk
mempotretkan segala momen yang berlaku di sekolah.
Sejajar dengan transformasi dunia pendidikan kini, semua tenaga pengajar SMK Lubok Antu disarankan agar
menambahbaik kualiti dalam PdP seperti mengambil bahagian dalam pelaksanaan serta pembudayaan
Professional Learning Communities (PLC), penerapan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan i – Think di
samping meningkatkan mutu kerja masing – masing. Tahun ini merupakan tahun kedua Pentaksiran Tingkatan 3
(PT3) dijalankan bagi menggantikan PMR. Walaupun PT3 masih baru dan asing dalam kalangan guru dan pelajar
yang terlibat, namun begitu saya memuji usaha – usaha yang dilakukan oleh para guru demi untuk memastikan
matlamat yang disasarkan tercapai. Begitu juga dengan peperiksaan SPM yang ditempuhi setiap tahun.
Selain itu, pelbagai kemudahan telah disediakan dan dinaiktaraf dari semasa ke semasa. Justeru, besarlah
harapan saya agar kemudahan sedemikian dapat menjadi dorongan luaran kepada warga sekolah untuk bekerja
dengan bersungguh – sungguh. Di samping itu, penyampaian sijil serta hadiah kepada pelajar yang mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan baru – baru ini diharapkan menjadi dorongan dalaman kepada para
pelajar lain agar terus berusaha meningkatkan prestasi masing – masing.
Secara tuntasnya, saya mengharapkan agar momentum yang jitu yang ditunjukkan oleh para guru di samping
kolaborasi dengan pihak lain akan terus dikekalkan agar SMK Lubok Antu dapat mencipta sejarah serta lebih
unggul pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
“FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH”
LESLIE TAWAN ANAK GANDIL
Pengetua SMK Lubok Antu
16
SMK LUBOK ANTU
PERUTUSAN
YANG DIPERTUA PIBG
SMK LUBOK ANTU
Salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua warga SMK Lubok Antu dan Sidang Redaksi kerana telah
berjaya menerbitkan majalah Kelingkang edisi ke 28 pada tahun ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas
sumbangan, komitmen dan pengorbanan setiap guru di sekolah dalam usaha membimbing dan mendidik pelajar supaya
menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Lubok Antu telah memberikan sumbangan – sumbangan yang besar demi untuk
meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang sama ada bidang kurikulum mahupun kokurikulum, malah giat
membantu program – program ceramah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar terutamanya pelajar kelas peperiksaan.
Di samping itu, Hari Permuafakatan dan Mesyuarat Agung PIBG yang dianjurkan membolehkan ibu bapa mengetahui
perkembangan dan aktiviti anak masing – masing serta maklumat penting berkaitan SMK Lubok Antu. Pelantikan wakil – wakil
PIBG juga secara tidak langsung dapat menjadi pengantara kepada komunikasi ibu bapa dengan warga sekolah.
PIBG juga akan membantu sekolah dalam memenuhi keperluan dan kehendak kegiatan pelajar di samping menjadi wadah
untuk bertukar – tukar fikiran, menambah kewangan sekolah dan sebagainya. PIBG akan menyokong dan membantu membina
kemajuan di sekolah. Justeru, peranan PIBG harus diletakkan di landasan yang betul dan berfungsi secara proaktif.
Sebagai penutup, saya mewakili PIBG SMK Lubok Antu berbesar hati dan berharap agar semua warga sekolah bekerjasama
dan berusaha mencapai visi sekolah Strive Towards Excellence pada masa akan datang. PIBG pemangkin kecemerlangan
SMK Lubok Antu.
Sekian, terima kasih.
EMBAK ANAK BALANG
Yang Dipertua PIBG
SMK Lubok Antu
17
SMK LUBOK ANTU
PERUTUSAN
KETUA PENGAWAS
SEKOLAH
SMK LUBOK ANTU
Salam sejahtera dan salam perpaduan,
Terima kasih diucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah Kelingkang tahun 2015 ini kerana sudi memberi peluang kepada
kami untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majalah kelingkang ini.
Sperti yang kita sedia maklum, tugas sebagai seorang ketua pengawas, khasnya sebagai pemimpin bagi semua pelajar di
SMK Lubok Antu amatlah mencabar, begitu juga dengan rakan pengawas yang lain. Pihak pengawas merupakan jambatan
yang begitu penting untuk menghubungkan para pelajar dengan pihak sekolah. Maka, seseorang pengawas haruslah tabah
dan cekap menghadapi cabaran semasa menjalankan tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.
Seseorang pengawas itu juga haruslah bersikap tegas dan bertindak wajar agar kepimpinannya tidak dipertikaikan.
Dengan kesempatan ini, kami mewakili pengawas SMK Lubok Antu ingin memohon maaf dan ampun kepada para guru dan
kakitangan bukan guru sekiranya tersilap kata dan tingkah laku kami semasa menjalankan tugas. Jutaan penghargaan kepada
semua pihak terutama pihak guru atas segala didikan dan tunjuk ajar kepada kami selama ini. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa jasa mereka terlalu tinggi nilainya, terutamanya dalam usaha mendidik, membimbing dan membentuk akhlak dan
keperibadian pelajar supaya menjadi insan yang baik dan berguna kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara.
Di sini, kami juga ingin menyeru kepada kepada semua pelajar supaya sentiasa menghormati guru pada setiap masa.
Tanamkan sikap positif antara satu sama lain untuk memudahkan para pengawas menjalankan tugas dengan lebih baik lagi.
Bagi mereka yang bakal menggantikan tempat kami dan pengawas lain nanti, kami berharap agar mereka akan bertugas
dengan lebih dedikasi lagi.
Sekian, terima kasih.
WIRAWALE ANSAM ANAK DAVID KING ERRA ANAK UPING
Ketua Pengawas Lelaki Ketua Pengawas Perempuan
SMK Lubok Antu SMK Lubok Antu
Sesi 2014/2015 Sesi 2014/2015
18
SMK LUBOK ANTU
GAMBAR
PENERAJU UTAMA SMK LUBOK ANTU 2015
KETUA BIDANG SMK LUBOK ANTU 2015
STAF AKDEMIK 2015
STAF SOKONGAN 2015
LEMBAGA PENGAWAS 2015
19
SMK LUBOK ANTU
20
SMK LUBOK ANTU
21
SMK LUBOK ANTU
BARIS 1 (DUDUK DARI KIRI): Pn. Maria Bunsam, Pn. Julia Maling, Pn. Dina Mit, Pn. Se
Sherti Mosidi (KBTV), En. Francis Tan (KBB), En. Irie Ambau (PK1), En. Leslie Tawan Ga
Masam (KBK), En. Sebbember Rogers (KBSM), En. Maling Rimbau, En. Huang Huat Le
BARIS 2 (BERDIRI DARI KIRI): Pn. Endian Glagai, Pn. Lin Tali, Pn. Rozianie Wahab, Pn.
Pn. Syamela Mohd Narawi, Pn. Betty Waine, Pn. Siti Hasmat, Cik Nuzikasmanuni Yuso
Muhamad, Pn. Madeline Roland, Pn. Tabitha Inting, Cik Sally, Pn. Azni Nadia, Cik Suza
Diana Unggang, Cik Nadzirah Jusoh
BARIS 3 (BERDIRI DARI KIRI): En. Peter Bunya, En. Gindi Lumang, En. Mohd Firdaus M
Ugil Ajau, En. Larryson Kuang, En. Laman Kadir, En. Yusof Qardhawi, En. Andrew Jong
Mahamad Ishak, En. Sambau Dugat, En. Kana Surang, En. Nicholas Jugah, En Sandai B
elina Thomas, En. Eleutherius Julius, En. Michael Aderus, En. Fredrick Ghinder, Cik
Gandil (Pengetua), En. Peter Toyat (PKHEM), En Stanley Nilley (PKKK), En. Jimbun
eong, Ustaz Syaifullah Ismail, En. Leo Bala, En. Brueen Manie, En. Georffery Steven
. Molly George, Cik Genevy Septy, Pn. Suliza, Cik Rita, Pn. Nor Azlinda, Pn. Suria Hussin,
of, Cik Cordelia Lonie, Cik Debra, Pn. Majorie Awang, Cik Nor Suhaida, Pn. Salwani
ana Muda, Pn. Bong Lee Kian, Cik April Ong, Cik Jaynet Anting, Pn. Dadila Adop, Pn.
Mohd Pauzi, En. Sambau Sating, En. Rimong Nam, En. Faisal, En. Hazrul Hafizyani, En.
g, En. Mohd, Azmi Ibrahim, En. Reginald Ronaldson, En. Tay Chun Mon, En. Adli
Berundang, En. Alfred Andy
BARIS 1 (DUDUK DARI KIRI): En. Robinson anak Agat, En. Michae
anak Ambau (PK1), En. Leslie Tawan anak Gandil (Pengetua), En.
Mary anak Nesaw, Arfari’ah binti Nasir
BARIS 2 (BERDIRI DARI KIRI): En. Terrence Janting anak Tembak,
Nian anak Buyong, Pn. Rokiah anak Kayong, Cik Jeneffer anak Da
el Jackson anak Renggiew, En. Ranggi anak Engkabai, En Irie
Stanley Nilley anak Mujap (PKKK), Pn. Christy anak Belat, Cik
, En. Michael anak Kudi, En. Jamba Anak Semelang, Cik Christina
aro, Pn. Miloh anak Kiai
BARIS 1 (DUDUK DARI KIRI): Sylvena Empiang, Alicecia Erra, Wilson Embah (Pen. Ke
Nicholas Jugah, En. Laman Kadir, En. Michael Aderus, En Stanley Nilley (PKKK), En. Ir
Fredrick Ghinder, En. Maling Rimbau, Cik Cordelia Lonie, Pn. Azni Nadia, Cik Sherti M
Ketua Pengawas Perempuan), Jeneffer Jawie
BARIS 2 (BERDIRI DARI KIRI): Descylia Nuying, Noami Sara, Amisha Shirly, Elina Gera
Claudia Tarina, Claudia Mai, Jurika Sari, Azira Ali, Rona Eryra, Suzalin Lingga, Nicole J
BARIS 3 (BERDIRI DARI KIRI): Dominic Junit, Ramos Ukar, Merupie Albert, Sylvester
Changgan, Samuel Nyelang, Steve Swimling
etua Pengawas Lelaki), Wirawale Ansam (Ketua Pengawas Lelaki), En. Rimong Nam, En.
rie Ambau (PK1), En. Leslie Tawan Gandil (Pengetua), En. Peter Toyat (PKHEM), En.
Mosidi, Cik Genevy Septy, Erra Uping (Ketua Pengawas Perempuan), Jenny Rinya (Pen.
ang, Famela Tan, Helvy Genta, Macheline Mandang, Alicia Cherembang, Prinitta Prada,
James, Marryline Ella, Deborah Jau, Venesa Olivia Mampa
Guyang, Marcello Jesther, Marcel Owen, Jeffery Kerandang, Owen Fabian, Aronald
25
SMK LUBOK ANTU
STAF AKADEMIK SEKOLAH 2015
ADERUS AK MEJUD@MICHAEL ADERUS ADLI BIN MAHAMAD ISHAK
GAB [DGA34-KUP] GAB [DG41]
OPSYEN: KEMAHIRAN HIDUP OPSYEN: SAINS PERTANIAN
AZNI NADIA SYUHADA
BINTI ABD RAZAK
GAB [DG41]
OPSYEN: KIMIA/PENTADBIRAN
& PENGURUSAN PENDIDIKAN
ANDY ANAK DAVID ISEK
GAB [DG44-KUP]
OPSYEN: MATEMATIK
BETTY ANAK WAINE APRIL ONG SHUK LAN
GURU PENDIDIKAN KHAS [DG41] GAB [DG41]
OPSYEN: TESL
PENDIDIKAN KHAS
BONG LEE KIAN ANDREW JONG ALFRED ANDY ANAK GOPAL
GAB [DG44-KUP] GAB [DG44-KUP] GAB [DG41]
OPSYEN: SAINS/ BIOLOGI OPSYEN: GEOGRAFI/SEJARAH
OPSYEN: PENDIDIKAN SENI VISUAL
SMK LUBOK ANTU 26
STAF AKADEMIK SEKOLAH 2015
ELEUTHERIUS BIN JULIUS DADILA ADOP AKUI FREDRICK GHINDER JAMES TUTONG
GURU AKADEMIK BIASA [DG41] GURU AKADEMIK BIASA [DG41] GURU AKADEMIK BIASA [DG44-KUP]
OPSYEN: KIMIA/BIOLOGI OPSYEN: PENGAJIAN AM OPSYEN: TESL
BRUEEN ANAK MANIE GENEVY SEPTY ANAK UNING
GURU AKADEMIK BIASA GURU AKADEMIK BIASA [DG41]
OPSYEN: PENGAJIAN KEMAHIRAN HIDUP (KMT)
OPSYEN: MATEMATIK/ FIZIK
CORDELIA LONIE A/P DIANA ANAK UNGGANG ENDIAN ANAK GLAGAI DINA ANAK MIT
KANIASEN OPSYEN: GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK BIASA GURU AKADEMIK BIASA
GAB [DG41] [DGA32-KUP]
BIASA [DG41] [DG44-KUP]
OPSYEN: TESL/PENGAJIAN MATEMATIK OPSYEN: PENGAJIAN MELAYU OPSYEN: BAHASA
INGGERIS [KESUSASTERAAN]
MELAYU/PERDAGANGAN
SMK LUBOK ANTU
27
STAF AKADEMIK SEKOLAH 2015
GEORFFERY STEVEN SEMPURAI GINDI ANAK LUMANG HAZRUL HAFIZYANI BIN ABD HALIM
GURU AKADEMIK BIASA [DG44-KUP] GURU AKADEMIK BIASA [DG44-KUP] GURU AKADEMIK BIASA [DG41]
OPSYEN: PENGAJIAN INGGERIS OPSYEN: BAHASA INGGERIS OPSYEN: PERDAGANGAN
(LINGUISTIK)
HUANG HUAT LEONG JAYNET ANTING ANAK CHELING JULIA ANAK MALING
GURU KAUNSELING GURU PENGURUSAN DATA & MAKLUMAT GURU AKADEMIK BIASA [DG44-KUP]
[DG41-SEPENUH MASA] [DG41] OPSYEN: PENGAJIAN
OPSYEN: BIMBINGAN DAN KAUNSELING OPSYEN: MULTIMEDIA INTERAKTIF/SEJ MELAYU/KESUSASTERAAN MELAYU
KANA ANAK SURANG LAMAN ANAK KADIR LARRYSON ANAK KUANG
GURU AKADEMIK BIASA [DG41] GURU AKADEMIK BIASA [DG44-KUP] GURU AKADEMIK BIASA [DG41]
OPSYEN: SEJARAH OPSYEN: KEMAHIRAN HIDUP/SPT OPSYEN: KEMAHIRAN HIDUP
SMK LUBOK ANTU 28
STAF AKADEMIK SEKOLAH 2015
LEO ANAK BALA LIN AK TALI
GURU AKADEMIK BIASA [DG44-KUP] GURU AKADEMIK BIASA [DGA32-KUP]
OPSYEN: SAINS SUKAN/SPORT PSYCHOLOGY
OPSYEN: PENGAJIAN MELAYU
MOLLY ANAK GEORGE
GURU AKADEMIK BIASA
[DG41]
OPSYEN: MATEMATIK
MOHD FIRDAUS B. SYAID
GAB [DG41]
OPSYEN: TEKNOLOGI
MAKLUMAT
MOHD AZMI BIN IBRAHIM MADELINE AK ROLAND
GURU AKADEMIK BIASA [DG41] GURU AKADEMIK BIASA
OPSYEN: PENDIDIKAN SENI VISUAL
[DGA32-KUP]
OPSYEN: ERT
MALING ANAK RIMBAU MAJORIE AK AWANG MARIA ANAK BUNSAM
GAB[DGA32-KUP] GURU AKADEMIK BIASA GURU AKADEMIK BIASA [DGA34]
OPSYEN: FIZIK/ SAINS KOMPUTER OPSYEN: PENGAJIAN INGGERIS/ SEJARAH
OPSYEN: PENGAJIAN
MELAYU 29
SMK LUBOK ANTU
STAF AKADEMIK SEKOLAH 2015
SAMBAU ANAK DUGAT REGINALD RONALDSON RANGGAU NICHOLAS JUGAH ANAK DINGUN
GURU AKADEMIK BIASA [DG44-KUP] GURU AKADEMIK BIASA [DGA29-KUP] GURU AKADEMIK BIASA [DG44-KUP]
OPSYEN: SAINS/ PENDIDIKAN MORAL OPSYEN: PENG. MELAYU/ GEOGRAFI
OPSYEN: MATEMATIK/ FIZIK
ROZIANIE BINTI WAHAB NOR AZLINDA BINTI MOHD YUSOP
GURU AKADEMIK BIASA [DG41] GURU AKADEMIK BIASA [DG41]
OPSYEN: PRINSIP AKAUN/EKONOMI OPSYEN: BAHASA MELAYU
SALWANI BT. MUHAMAD RIMONG AK NAM PETER ANAK BUNYA NUZIKASMANUNI BT.
GAB [DG41] GURU AKADEMIK BIASA GURU AKADEMIK BIASA YUSOF
OPSYEN: PENDIDIKAN [DG44-KUP] [DGA32-KUP] GAB [DG41]
JASMANI/ PENDIDIKAN OPSYEN: MATEMATIK/ OPSYEN: SAINS/ MATEMATIK OPSYEN: SEJARAH
KESIHATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
SMK LUBOK ANTU 30
STAF AKADEMIK SEKOLAH 2015
SAMBAU ANAK SATING SANDAI AK BERUNDANG
GURU AKADEMIK BIASA [DG41] GAB[DG44-KUP]
OPSYEN: BIOLOGI/ B&K OPSYEN: BM/ SAS. MELAYU
SELINA AK THOMAS SITI HASMAT BT MOHD
GAB [DG44-KUP] SALLEH
OPSYEN: PENGAJIAN MELAYU GURU AKADEMIK BIASA [DG41]
OPSYENk PEND. TEK & VOK
SURIA BINTI WAN HUSSIN SUZANA BINTI MUDA
GURU AKADEMIK BIASA [DG41] GURU AKADEMIK BIASA [DG41]
OPSYEN: PENDIDIKAN MORAL
OPSYEN: PM/BM
SYAIFULLAH BIN ISMAIL SYAMELA BT MOHD
GURU AKADEMIK BIASA [DG41] NARAWI
OPSYEN: PENGAJIAN ISLAM/ GURU PENDIDIKAN KHAS [DG41]
BAHASA ARAB OPSYEN: PENDIDIKAN KHAS
SMK LUBOK ANTU 31
STAF AKADEMIK SEKOLAH 2015
NADZIRAH BT JUSOH LITIA FRIDA JUGAH NOOR IZZATIE BT AMIR
GURU AKADEMIK BIASA [DG41] GURU AKADEMIK BIASA [DG44-KUP] GURU AKADEMIK BIASA [DG41]
OPSYEN: SAINS SUKAN/HEALTH FITNESS
OPSYEN: MATEMATIK/KH OPSYEN: BIOLOGI/KH
TONY ANAK JAWA TABITHA ANAK INTING
GURU AKADEMIK BIASA [DG44-KUP] GURU AKADEMIK BIASA [DG41]
OPSYEN: PENGAJIAN MELAYU/ GEOGRAFI
OPSYEN: SAINS/ BIOLOGI
YUSUF QARDHAWI BIN MUHAMMAD FAIZAL B. TAY CHUN MON UGIL ANAK AJAU
ABD RAHMAN MUSTAPHA GURU AKADEMIK BIASA GAB [DG41]
GAB [DG41]
GURU AKADEMIK BIASA[DG41] [DG41] OPSYRN: SAINS SUKAN/
OPSYEN: SEJARAH/ PENGAJIAN OPSYEN: PERDAGANGAN/BM OPSYEN: SAINS
PENDIDIKAN KESIHATAN
AM
32
SMK LUBOK ANTU
AKP 2015
CHRISTY ANAK BELAT EVELYN NORA ANAK
PEMBANTU TADBIR N17 BATOT
PEMBANTU MAKMAL C17
MARRY ANAK NESAW MILOH ANAK KIAI
PENYELIA ASRAMA PEMBANTU AM PEJABAT
KANAN N22
N4 (KUP)
MICHAEL JACKSON ANAK MICHAEL ANAK KUDI
RENGGIEW PENYELIA ASRAMA N22
JURUTEKNIK KOMPUTER (KUP)
JFT17
RUSH BIN BERAIM RANGGI ANAK ENGKABAI MURZIATI BINTI ABOI
PEMBANTU TADBIR N17 PEMBANTU TADBIR N17 KETUA PEMBANTU TADBIR N22
SMK LUBOK ANTU 33
AKP 2015
TERREN JANTING ANAK TEMBAK BANSING ANAK MUNAU CHRISTINA NIAN ANAK BUYONG
PEKERJA RENDAH AWAM R1 PEMBANTU AM PEJABAT N4 PEMBANTU MAKMAL C17
DYG NURRASIDAH BT AWG JENEFFER ANAK DARO JAMBA ANAK SEMELANG
JAMALUDIN PEMBANTU MAKMAL C17 PEMBANTU AM PEJABAT N1
PEMBANTU MAKMAL C17
ARFARI’AH BT NASIR ROBINSON ANAK AGAT ROKIAH ANAK KAYONG
PEMBANTU MAKMAL C17 PEMBANTU PENGURUSAN MURID PEMBANTU AM PEJABAT N4 (KUP)
SMK LUBOK ANTU (KHAS) N17
34
KEPUTUSAN SPM TAHUN 2014
(Pencapaian setiap mata Pelajaran)
GRED BM BI PM SJ M3 AM PHY KM BIO SPT PSV IBAN PI SN GEO PDG SS ICT SM
A+ 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
A 7 1 342 0 000 032 0 1 1 000 0
A- 14 0 19 7 2 0 0 0 0 0 17 2 0 4 0 0 0 0 0
B+ 9 1 13 8 1 0 0 0 0 2 17 0 0 5 1 0 0 0 0
B 19 2 23 8 4 0 1 1 1 1 6 1 2 9 3 0 1 0 3
C+ 16 4 20 14 5 1 1 0 1 1 2 0 1 12 3 0 1 1 1
C 16 9 15 16 7 1 0 1 4 4 0 2 1 36 5 0 2 4 3
D 13 14 8 19 38 3 11 8 6 4 0 9 1 26 12 3 7 5 2
E 23 32 11 21 40 4 4 7 5 8 0 2 0 15 3 10 3 0 7
G 11 64 11 31 29 5 0 0 0 8 0 3 0 3 1 0 0 0 0
GPMP 5.38 8.00 4.92 6.41 7.34 7.79 6.94 7.18 6.76 7.25 2.71 6.10 5.20 5.99 6.14 7.77 6.71 6.40 6.56
ANALISIS PERBANDINGAN KEPUTUSAN SPM 2007 – 2014
Mata Pelajaran Peratus Lulus (%)
Bahasa Melayu 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014
Bahasa Inggeris 94.74 88.97 93.25 88.55 91.54 89.09 91.35 91.4
Pendidikan Islam 47.37 53.10 46.63 61.07 51.40 46.91 69.14 49.6
Pendidikan Moral 85.71 100 100 100 87.50 33.33 100
Sejarah 80.55 78.17 83.97 80 91.04 86.54 93.63 91
Matematik 69.74 58.62 66.87 82.40 80.85 66.87 82.5 75.7
Sains 43.12 56.25 67.48 64.89 75.17 74.39 69.62 77.3
Pendidikan Seni Visual 75.76 81.91 89.28 65.65 93.47 95.96 94.31 97.2
Matematik Tambahan 100 100 100 90.41 100 100 100 100
Sains Pertanian 58.82 100 80.00 100 85.71 100 77.27 64.2
Perdagangan 25.00 48.00 76.59 90.91 67.56 82.35 71.4
Ekonomi Asas 95.24 100 78.38 91.30 87.50 50 100
Fizik 82.35 88.89 - 100 87.5
Kimia 77.78 80.00 59.09 81.82 - - 66.67 -
Biologi 88.24 100 72.34 100 93.75 88 96.88 100
EST 63.27 78.57 52.00 100 93.33 100 93.10 100
Geografi 88.24 92.16 50.65 56.90 61.53 63.1 94.74 100
Prinsip Akaun 84.62 93.75 62.38 100 -
Bahasa Iban 35.29 82.35 97.92 86.49 - 100 - -
Sains Sukan 98.44 52.63 97.29 - 100 96.5
ICT - - 100 41.66 82.05
MPV 75.00 89.65 100 - -
Kesusasteraan Melayu 100 83.33 85.7
100 100 100
SMK LUBOK ANTU 100 100
100
- 100
35
36
SMK LUBOK ANTU
37
SMK LUBOK ANTU
38
SMK LUBOK ANTU
39
SMK LUBOK ANTU
40
SMK LUBOK ANTU
41
SMK LUBOK ANTU
42
SMK LUBOK ANTU
43
SMK LUBOK ANTU
44
SMK LUBOK ANTU
45
SMK LUBOK ANTU