The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJALAH KELINGKANG EDISI 29
TAHUN 2016

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nad zira, 2021-05-17 08:50:52

MAJALAH KELINGKANG 2016

MAJALAH KELINGKANG EDISI 29
TAHUN 2016

Keywords: kelingkang,smkla,lubok antu,smk lubok antu,ppd lubok antu,jpns

Orangnya suka bernyanyi didalam kelas, Orangnya suka berangan,
Berangan-angan hendak jadi penyanyi, Entah kemana kami tidak tahu,
Bab bergendang dialah punya, Hillary Ronie nama diberi,
Siapa lagi kalau bukan Sani kita Suka sangat mengacau perempuan,

Lainlah pula cerita Corrimack kita, Kini kami perkenalkan diri,
Punya badan gemuk seperti lembu, Dua sahabat teman sejati,
Bab mengacau dialah punya, Selalu berjalan bersama-sama,
Buat semua orang lari ke sana-sini Itulah dia Ketty dan Kancing,

Kini tiba giliran Chong Siew kita, Selalu bersolek di dalam kelas,
Guna baju tidak kemas, Tidak habis-habis dengan kecantikan,
Nama sahaja anak pegawai polis, Selalu berangan nak jadi puteri,
Masih bergantung dengan ibu bapa, Kalau bukan Kancing anak Benson,

Lainlah pula Si Larry kita, Orangnya pendek cute sekali,
Suka bergendang setiap hari, Suka menyanyi itulah kerja,
Bila tiada kerja sukalah mengacau, Warna biru kesukaan di hati,
Membuat kami berasa sangat marah, Kalu bukan Ketty Engngai anak Musa,

Yang satu ini lain cerita, Tamatlah seloka kami 3F,
Cikgu mengajar dia selalu tidur, Salah bicara salah bahasa,
Benson Imban nama dalam kad IC, Kami minta maaf dahulu,
Orangnya tinggi suka sangat makan, Harap kita berjumpa lagi,
Pada masa yang akan datang.
Dia selalu berlagak dalam kelas,
Membuat kami berasa hendak takut, Ditulis Oleh:
Orangnya suka garang sekali,
Maxson Assan nama diberi, Ketty Engngai & Kancing Benson (3F)

Sirih berlipat sirih pinang Bertali leher merah setiap hari
Sirih dari negara india Brian Lihan ketua pengawas kami
Pemanis kata selamat datang Ingat kan baik berbudi pekerti
Salam sejahtera pembuka bicara Perangai dia sama macam kami

Blok tiga tingkat kelas kami Berpakaian smart dipagi hari
5B nama diberi Claudia Tarina pantang dipuji
5 raja 19 permaisuri Ketua pengawas perempuan jawatan diri
Belajar dalam riang sekali Menjalankan tugas tak jemu sekali

Memberi nasihat tanpa henti Dua sahabat pendiam sekali
Untuk kebaikan di lain hari Diane dan Sharon sahabat sejati
Cikgu Alfred guru kelas kami Lain pula si Sara kami
Guru kesayangan pelajar 5B Suka speaking tak henti-henti

Berkaca mata hensem orangnya Orangnya kecil cool sentiasa
Bila menyanyi smart bergaya Pemain bola sepak kategori wanita
Masa melawak gengsternya dia Neymar Jr pujaan hatinya
Cikgu Jimbun sejarahwan kita Kakak Clline memang bergaya

Jawatan diberi ketua kelas 5B Bermata sepet ketika ketawa
Mengambil kehadiran setiap pagi Jangan rendahkan si Jubin kita
Esmeralda Varsha happy sekali Pandai melukis semua perkara
Arahan diberi langsung tidak peduli Buku lukisan sahabat karibnya

Berkulit putih cantik berseri Orangnya aktif dalam bidang sukan
Guitarist girl gelaran diri Olahragawati negara menjadi impian
Jessica Ann fotografi kelas kami Jessy Faazlyne a.k.a Aji nama timangan
Assistant ketua kelas kami Sprinter runner menjadi idaman

Markah ujian tak boleh dilawan Orangnya ayu selalu dipuji
Nama Kezia menjadi sebutan Rossanne Bumi memperkenalkan diri
Kekadang ketawa berlebih-lebihan Suka menyanyi bila masa free
Agak ceria entah-entah sawan Serawa dan Ronie penyanyi kami

Sekali pandang macam Shah Rukh Khan Tiba giliran kami berdua
Pelakon india menjadi pujaan Pencipta seloka memperkenalkan nama
Lankesty Nyareng jangan dilawan Claudia Mai dan Yana sehati sejiwa
Bermain COC tersengih sendirian Membongkar segala rahsia bersama

Jejaka control macho kelas 5B Peperangan kami bakal menjelma
Mathew dan Ronaldo memang begini Semua tentera menyiapkan senjata
Cermin tak pernah lekang di jari Sentiasa bekorban banyak masa
Bajet nak kacak versi terkini Mencapai kejaan buat kami semua

Jika tiada sunyilah kelas kami Berakhirlah sudah seloka kelas 5B
Gelaran “PENGEBOM” sudah sebati Meninggalkan sekolah hujung tahun ini
Sikap seperti suka menyendiri Kami tingkatan 5 bakal pergi
Phaulezzea Tambi PRS kami Panjang umur kita berjumpa lagi

Bila cikgu ada fokuslah kononnya Semalam terjumpa sebungkus julap
Cikgu keluar kecoh dibuat mereka Terjumpa dekat kedai ikan
Suka berzumba di mana sahaja Jika ada salah dan silap
Sue dan Swaylin relax sentiasa Harap semua dapat maafkan

Jane dan Hazel lain pula cerita Hasil nukilan:
Suka bergosip bila-bila masa Claudia Mai dan Yana Unti
Cikgu mengajar tak dipedulikan mereka 5B(2016)
Makan kuih tabiat bersama









TEUKU ZAKARIA TEUKU NYAK PUTEH

P.Ramlee merupakan tokoh seniman yang
mempunyai nama yang besar dalam dunia seni
tanah air. P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku
Zakaria Teuku Nyak Puteh telah lahir di Pulau Pinang
pada tahun 22 Mac 1929 pada pagi Aidilfitri. Beliau
menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu
Kampung Jawa dan kemudian ke Francis Light
School. Seterusnya,beliau menyambung pelajaran di
Penang Free School sehingga meletusnya Perang
Dunia Kedua. Penglibatan beliau meliputi pelbagai
cabang seni seperti bidang lakonan,
pengarahan,pencipta lagu dan sebagainya. Terdapat
pelbagai keistimewaan tokoh seniman agung
P.Ramlee.

Antara keistimewaan yang ada pada diri P.Ramlee
ialah beliau seorang yang kreaktif dalam melakukan
sesuatu perkara. Hampir kesemua filem lakonan dan
arahannya tidak luput ditelan zaman. Sehingga kini
filem yang dilakonkan oleh tokoh seniman agung ini
masih dipandang tinggi oleh rakyat jelata. Contoh
filem yang dilakonkannya ialah Keluarga 69,
Pendekar Bujang Lapok, Laksamana Do Re Mi dan
beberapa lagi filem terbitannya yang lain.

Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh atau dikenali
sebagai P.Ramlee juga seorang yang gigih berusaha.
P.Ramlee rajin berlatih dan boleh bermain ukulele,
gitar, biola dan piano. Beliau tekun, serius dan tidak
pelupa apabila tugas diberikan kepadanya. Beliau
tidak suka membuat kerja secara terburu-buru,
beliau mahu setiap kerja yang dihasilkan dibuat
dengan sempurna. Pada awal penglibatannya dalam
bidang seni,beliau melakukan pelbagai jenis
pekerjaan semasa zaman pendudukan Jepun.

P.Ramlee banyak membintangi pelbagai filem
bersama artis veteran tanah air yang lain. Beliau
mampu memegang pelbagai watak dalam setiap
filem yang ditawarkan. Contohnya,watak antagonis,
hero dan komedi. Bukan itu sahaja, beliau juga
seorang pengarah yang tersohor tanah air. Dalam
bidang ciptaan lagu, dan nyanyian, masih tidak ada
orang dapat menandinginya. Kira-kira 250 buah lagu
pernah dihasilkan oleh beliau. Bakat seni P.Ramlee,
bermula sejak di bangku sekolah lagi.

Selain itu, P.Ramlee seorang yang aktif dalam banyak
pertubuhan. Antara pertubuhan yang disertai oleh
beliau ialah Persatuan Artis Malaya, Pasukan
Badminton Sekawan Bintang dan Sepak Raga Sangga
Buana. Malah, P.Ramlee telah menerbitkan majalah
Bintang dan Gelanggang Filem, serta menubuhkan
perkumpulan filem seperti Perusahaan Filem
Malaysia dan Sazara Film Company. Jelaslah,beliau
telah melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan
dan aktiviti yang telah dianjurkan.

Tokoh seniman agung P.Ramlee ini juga telah
dianugerahkan sebagai Aktor Pria Terbaik dalam
Festival Film Asia ke-4 di Tokyo, Filem Komedi
Terbaik dalam Festival Film Asia ke-7 di Tokyo dan
Bintang Ahli Mangku Negara. P.Ramlee meninggal
dunia pada 29 Mei 1973 ketika beliau berusia 44
tahun. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya,
beliau telah dianugerahlam bintang Kebesaran
Darjah Panglima Seri Mahkota dan Seri Paduka
Baginda yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990
yang membawa gelaran Tan Sri.

P.Ramlee ialah seorang seniman tulen atau digelar
Seniman Legenda tanah air. Beliau tidak mengejar
harta dalam kehidupannya, sedangkan berdasarkan
kebolehannya beliau boleh mencapai kekayaan dan
kesenangan. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri
ketika itu, menyifatkan kematian P.Ramlee sebagai
kehilangan seorang tokoh seni yang ulung dan sukar
dicari. Sehingga kini,sumbangan dan jasa beliau
dalam bidang seni hibuaran tanah air sentiasa
dikenang seperti kata peribahasa’harimau mati
meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan
nama.

Karya Suzalin Lingga (4SN) melalui rujukan
ensiklopedia

SEKALUNG BUDI

Dari

Pengerusi
Naib Pengerusi
Ketua Editor

Dan

Sidang Redaksi Kelingkang
Jilid Ke-29

Merakamkan

Ucapan Setinggi-tinggi
Penghargaan

Kepada

Pengarah Pendidikan Sarawak
Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu
Yang Dipertua PIBG SMK Lubok Antu

Semua Guru
Semua Staf Sokongan
Lembaga Pengawas

Semua Pelajar
Semua Penaja
Semua Penyumbang Karya dan Idea

Serta

Semua Pihak yang terlibat
Menjayakan Penerbitan

Majalah Kelingkang
Jilid Ke-29

Terima Kasih
Ikhlas

Sidang Redaksi Kelingkang

Jilid Ke-29

159

SMK LUBOK ANTU

160

SMK LUBOK ANTU


Click to View FlipBook Version