The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1 NOTA MORAL KSSM TING 4 JOHOR 2020 V2 2021 2E

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppmpmoral, 2021-07-27 04:23:39

NOTA PM4

1 NOTA MORAL KSSM TING 4 JOHOR 2020 V2 2021 2E

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

MODUL PANDUAN PENDIDIKAN MORAL
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

TINGKATAN 4

NOTA Tingkatan
PENDIDIKAN MORAL
4
V2/2021
1225 KSSM

SEKTOR PEMBELAJARAN 0
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4 JOHOR

Unit Bidang Tajuk Muka surat
2
0 18 NILAI UNIVERSAL PENDIDIKAN MORAL KSSM

5.0 INSAN BERMORAL

1 5.1 Norma Masyarakat Pemangkin 3
2 INSAN Kesejahteraan
3 BERMORAL 5
4 5.2 Peribadi Mulia Hiasan Diri 7

5.3 Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam 9
Membuat Keputusan

5.4 Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Secara Beretika

6.0 JATI DIRI MORAL

5 6.1 Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri 12
6 JATI DIRI 14
7 MORAL 6.2 Keluarga Integriti Keluarga Disegani 16

6.3 Berperikemanusiaan Membentuk
Masyarakat Sejahtera

7.0 MORAL DAN KENEGARAAN

8 7.1 Hak dan Tanggungjawab Warganegara 18
9 20
7.2 Perpaduan Masyarakat Asas
MORAL DAN Kemakmuran Negara 23
10 KENEGARAAN 25
11 7.3 Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika 28
12
7.4 Keunikan Rakyat Malaysia

7.5 Kedaulatan Negara Tanggungjawab
Bersama

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 1

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

18 NILAI UNIVERSAL PENDIDIKAN MORAL
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Bil Nilai Kata kunci nilai
1 Kepercayaan
kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi
segala ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan
信奉上苍 masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

2 Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan

负责任 tugas serta kewajipan dengan sempurna.

3 Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa
自立 bergantung kepada orang lain.

4 Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga
自尊 maruah diri dalam kehidupan.

5 Kerajinan Usaha yang berterusan bersungguh-sungguh dan berdedikasi
勤勉 dalam melakukan sesuatu.

6 Berterima kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan
感谢 penghargaan.

7 Patriotisme 爱国 Bangga dan taat setia kepada raja dan negara.

8 Kebebasan 自由 Bebas melakukan sesuatu tertakluk kepada peraturan dan
9 Keberanian勇敢 undang-undang.
10 Kejujuran 诚实
11 Rasional Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan
tabah.
理智
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap
perlakuan.

Boleh berfikir berdasarkan alasan atau bukti yang nyata dan dapat
mengambil tindakan yang wajar.

12 Baik hati Kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan diri, dan orang lain
好心 / 善良 dengan memberi bantuan serta sokongan moral secara ikhlas.

13 Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan
崇高的品德 seharian.

14 Hormat 尊敬 Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati
peraturan insitusi sosial.
15 Kasih Sayang
仁爱 Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati yang
ikhlas.

16 Kerjasama 合作 Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan semua.

17 Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan atau
中庸之道 perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

18 Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi
互相忍让 / 容忍 mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
demi kesejahteraan hidup.

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 2

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

BIDANG 5 : INSAN BERMORAL
Standard Kandungan : 5.1 @ Unit 1 : Norma masyarakat pemangkin kesejahteraan
Nilai : Hormat, Hemah tinggi, Toleransi, Kesederhanaan, Kebebasan

Adakah berswafoto diterima sebagai
norma masyarakat pada masa kini ????

1. Konsep norma masyarakat
✓ Perilaku atau pelakuan yang diterima sebagai amalan dalam sesuatu kelompok
,komuniti atau budaya.

2. Maksud norma masyarakat
✓ Peraturan sosial yang telah menjadi kebiasaan
✓ Amalan norma masyarakat yang wajar dilakukan dan patut dijauhi
✓ Amalan agama yang merupakan sebahagian norma masyarakat
✓ Tingkah laku yang dianggap wajar dan diterima
✓ akur dan dapat sesuaikan diri dengan peraturan yang telah ditetapkan

3. Contoh norma masyarakat
✓ ketuk pintu sebelum masuk
✓ beratur ketika membeli
✓ duduk ketika makan
✓ memakai pelitup mulut dan hidung ikut peraturan yang ditetapkan
✓ bersin dengan menutup mulut dengan tisu

4. kepentingan amalan norma masyarakat
✓ sebagai panduan bertingkah laku
• Membantu dan mengawal anggota masyarakat agar
• Dapat memahami dan mengamalkan tingkah laku yang diterima supaya
• mewujudkan suasana yang aman dan damai dalam negara
✓ Membentuk masyarakat yang teratur
• Dapat membuat keputusan dan tindakan yang sesuai dengan masyarakat.
contohnya mengelakkan diri daripada terjebak dengan budaya barat, K-POP
• Mampu melahirkan masyarakat yang teratur. Contohnya berdisiplin dalam
mengekalkan tradisi pelbagai kaum

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 3

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

✓ Membina masyarakat yang harmoni
• Anggota masyarakat yang sentiasa menjaga tingkah laku dan interaksi
soasial yang baik dapat menghindari daripada sebarang perselisihan faham
dan pergaduhan antara kaum dalam masyarakat
• Mengeratkan silaturahim antara kaum melalui aktiviti seperti gotong –
royong, rumah terbuka, sukaneka

✓ Sebagai ukuran bertingkah laku
• Amalan norma yang diakui dan diterima akan menjadi ukuran sesebuah
masyarakat
• Seperti pemakaian pelitup mulut dan hidung semasa pandemik Covid-19
yang melanda dunia

5. Kesan pengabaian norma masyarakat:
✓ Bersikap individualistik
• Bertingkah laku tanpa mengambil kira kepentingan orang lain
• Keputusan dan tindakan berasaskan keinginan dan pertimbangan diri
sendiri sahaja
• Sikap mementingkan diri
• Kurang melibatkan dalam aktiviti sosial
✓ Manusia kurang beradab
• Perilaku yang bertentangan daripada norma masyarakat yang
sepatutnya
• Cara berkomunikasi yang kurang sopan dalam kalangan remaja
• Menggunakan bahasa badan yang kurang menyenangkan
✓ Hubungan sosial terjejas
• Perubahan gaya hidup
• Meminggirkan orang yang lebih tua
• Pergaulan di luar batasan
✓ menjejaskan keharmonian masyarakat
• memandang rendah amalan norma yang berbeza
• mempersendakan cara berpakaian orang lain
• Tidak menghormati amalan beribadat kaum lain

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 4

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

BIDANG 5 : INSAN BERMORAL
Standard Kandungan : 5.2 @ Unit 2 : Peribadi Mulia Hiasan Diri

Nilai : Kepercayaan Kepada Tuhan, Hemah Tinggi, Harga Diri, Kejujuran, Keberanian

Konsep :
1. Keperibadian yang dimiliki oleh individu ialah corak tingkah laku sosial seseorang
individu yang meliputi kekuatan, dorongan dan keinginan.
2. Keperibadian mulia bermaksud sifat baik dan terpuji yang dimiliki oleh individu.
3. Ciri individu berkeperibadian mulia
a. Ikhlas dan jujur dalam tindakan
• Memberi bantuan atau pertolongan tanpa mengharapkan balasan.
b. Sabar dan tenang ketika menghadapi kesukaran dalam kehidupan
• Mampu mengawal emosi dalam menghadapi kesukaran hidup.
c. Berpegang teguh kepada nilai moral
• Boleh mengenal pasti tindakan yang perlu dan tidak perlu dilakukan.
d. Bersikap sederhana dalam pemikiran, pertuturan dan perlakuan
• Bersederhana dalam pemikiran, pertuturan dan perlakuan agar tidak
keterlaluan.
e. Melakukan sesuatu kebaikan tanpa mengharapkan balasan
• Melakukan kebaikan adalah untuk manfaat dan kepentingan bersama.
f. Berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan
• Berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.

4. Cara mempratikkan keperibadian mulia
a. Diri
• Menjaga batasan pergaulan
• Bersikap pemaaf / sedia memaafkan orang lain.
• Berani mengakui kesalahan.
b. Keluarga
• Mendapatkan sokongan dan dorongan ibu bapa dalam kehidupan.
• Bersederhana dalam menyambut hari keistimewaan ahli keluarga.
c. Masyarakat
• Membantu mangsa bencana
• Melibatkan diri secara sukarela dalam program kemasyarakatan
d. Negara
• Mengelakkan diri daripada melakukan penularan fitnah tentang negara.
• Mengharumkan nama negara.dalam pelbagai bidang
e. Rakan sebaya
• Menegur kesalahan rakan dengan cara yang baik.
• Memberi pertolongan / bantuan kepada rakan dengan ikhlas.

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 5

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

5. Kepentingan berkeperibadian mulia
a. Sentiasa melakukan perkara yang positif
b. Disenangi ramai
c. Menjamin kebahagian dalam kehidupan
d. Memberi ketenangkan jiwa kepada diri
e. Dihormati dan dipandang mulia oleh orang lain
f. Menjadi suri teladan kepada orang lain
g. Mencapai matlamat hidup yang diingini

6. Perbandingan tingkah laku berkeperibadian mulia dengan bukan

berkeperibadian mulia

Berkeperibadian mulia Bukan berkeperibadian mulia

1. Sanggup menghadapi cabaran Mudah putus asa

2. Sentiasa bersyukur Khianat dan bersangka buruk

3. Berjimat cermat semasa berbelanja Tamak dan boros

4. Bekerjasama dan saling tolong menolong Mementingkan diri sendiri

5. Bersikap amanah Tidak jujur

6. Bersederhana dalam pertuturan dan perlakuan Pemarah dan tidak sabar

7. Mengakui kesilapan diri Pendendam dan iri hati

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 6

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

BIDANG 5 : INSAN BERMORAL
Standard Kandungan : 5.3 @ Unit 3 : Prinsip Keadilan Dan Keprihatinan Dalam
Membuat Keputusan

Nilai : rasional, kasih sayang, baik hati, kejujuran dan keberanian

Konsep :
Prinsip keadilan

1. Sikap dan tingkah laku individu dalam hubungan antara manusia untuk
menegakkan kesaksamaan dengan keseimbangan dalam pemikiran, pertuturan,
perasaan dan perlakuan.

2. Sebarang perbuatan adil terhadap diri sendiri dan orang lain
3. Dalam membuat keputusan untuk sesuatu dilema moral, prinsip keadilan akan

digunakan sebagai nilai asas.
4. Contoh prinsip keadilan:

i. Bersikap tidak berat sebelah (pemilihan calon, pemberian ganjaran / hukuman)
ii. Memberi layanan sama rata (tanpa mengira status sosial / sosioekonomi)
iii. Menghormati hak manusia (kemudahan untuk OKU, keperluan untuk golongan

kurang bernasib baik)
iv. Bersikap rasional (menganalisis situasi, membuat pertimbangan moral)
v. Adil dalam mengagihkan sumbangan atau bantuan (mangsa bencana, rakyat

berkeperluan)

Prinsip keprihatinan
1. Perlakuan yang memberikan pertimbangan moral dalam melaksanakan peranan /
kewajipan terhadap orang lain
2. Mempertimbangkan kepentingan orang lain dalam situasi yang dihadapi
3. Dalam membuat keputusan untuk sesuatu situasi berprikemanusiaan, biasanya prinsip
keprihatinan akan digunakan sebagai asas ukuran.
4. Contoh prinsip keprihatinan:
i. Berperikemanusiaan (menunjukkan sikap simpati terhadap amngsa bencana,
mengambilkira keperluan golongan kurang bernasib baik)
ii. Pemurah (memberi bantuan kewangan apabila diperlukan, meluangkan masa
untuk membantu orang lain)
iii. Kepedulian (membantu golongan yang memerlukan bantuan, membantu dan
menyelamatkan haiwan yang dianiaya)
iv. Menunjukkan perasaan kasih sayang (menyayangi dan menghargai flora dan
fauna, menyayangi sesama insan)
v. Menjaga kebajikan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri (melibatkan diri
dalam program kesukarelawan, menyediakan keperluan asas kepada golongan
yang memerlukannya)

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 7

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

Kepentingan Membuat Keputusan
Prinsip keadilan

i. Menjaga hak kemanusiaan sejagat
ii. Membela nasib golongan yang tertindas
iii. Tidak menjejaskan kepentingan orang lain
iv. Mengelakkan perselisihan faham

Prinsip keprihatinan
i. Semua lapisan masyarakat mendapat keprihatinan yang sewajarnya.
ii. Menjamin keamanan dan kehamonian masyarakat
iii. Mengelakkan diri daripada menjadi mangsa keadaan.

Strategi Penyelesaian Konflik
1. Mengenal pasti konflik yang timbul
2. Membuat pertimbangan moral
3. Membuat keputusan dalam pemilihan prinsip keadilan atau prinsip keprihatinan
4. Justifikasi kewajaran dalam membuat keputusan

Kesimpulan
Anggota masyarakat akan berasa bangga dan bersyukur sekiranya prinsip keadilan dan
keprihatinan dilaksanakan dalam kehidupan. Kedua-dua prinsip ini meupakan prinsip yang
penting bagi melindungi dan menjaga kebajikan masyarakat.

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 8

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

BIDANG 5: INSAN BERMORAL
Standard Kandungan : 5.4 @ Unit 4: Penggunaan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi Secara Beretika

Nilai : Rasional, Kebebasan , Harga diri, Kesederhanaan , Kerajinan

1. Konsep:
➢ Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan sistem yang membolehkan

pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat
dalam pelbagai bentuk.
➢ Teknologi maklumat dan komunikasi ini patut digunakan secara beretika.

2. Etika Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

• Tidak memuat naik sebarang bahan dalam pelbagai bentuk tanpa keizinan pemilik
yang sah.

• Berkomunikasi secara berhemah dalam talian .

• Berintegriti dalam memberikan maklumat yang betul untuk sebarang penggunaan
dalam talian.

• Tidak mengeksploitasi maklumat dan data peribadi pihak lain.

• Tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu atau diragui kesahihannya yang boleh
menggugat ketenteraman awam.

• Tidak menceroboh dan menyebarkan virus yang boleh melumpuhkan sesuatu sistem
yang dimiliki oleh pihak lain.

3. Contoh Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Secara Beretika

Bil Contoh Huraian

a Penggunaan ● Merahsiakan pengguna dan kata laluan密码 daripada
Akaun E-mel
pengetahuan orang lain.

● Tidak memalsukan maklumat diri dalam pendaftaran e-mel

● Menggunakan e-mel dengan bijak dan berhati-hati.

b Penggunaan ● Mengiklankan barangan dan perkhidmatan yang tidak

Pengiklanan menyalahi undang-undang dan norma masyarakat

● Berintegriti bagi memastikan pengguna tidak berasa tertipu

● Bersaing secara sihat dengan tidak memburukkan barangan

dan perkhidmatan orang lain.

c Memuat ● Mendapat kebenaran yang sah daripada pemiliknya

Turun dan ● Tidak memuat turun dan memuat naik bahan negatif

Memuat Naik ● Tidak memuat turun dan memuat naik perisian tidak berlesen

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 9

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

4. Kepentingan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika

Bil Kepentingan Huraian

A Meningkatkan • Mengubah cara pengajaran dan pembelajaran menjadi

kualiti pendidikan lebih berinovasi

• Menjimatkan masa dan wang

• Mampu menarik minat murid

B Mempelbagaikan • Perkhidmatan yang lebih mesra pengguna
perkhidmatan • Pengguna tidak perlu bersesak-sesak di kaunter
dalam talian • Terdapat pelbagai pilihan transaksi dalam talian

C Meningkatkan • Memudahkan komunikasi secara maya dengan sesiapa
hubungan sosial sahaja di seluruh dunia

• Mengeratkan hubungan

• Mewujudkan jaringan berasaskan bidang

D Menjanakan • Menyediakan peluang perniagaan dan perkhidmatan
ekonomi
• Barangan atau perkhidmatan boleh dipromosikan dengan
meluas

• Penjualan dan pembelian boleh dibuat secara dalam talian

E Perkongsian • Pelbagai maklumat dapat diperoleh dengan mudah
maklumat • Kerja penyelidikandan pembelajaran dapat dibuat dengan

lebih sistematik

• Maklumat terkini dalam pelbagai bidang dapat disebar luas
secara menyeluruh

F Menjimatkan kos • Pelbagai kos seprti kos panggilan telefon dan
dan masa pengangkutan dapat dijimatkan

• Perbincangan atau mesyuarat dapat diadakan secara
telesidang

• Penggunaan sumber tenaga manusia dapat diminimumkan

5. Kesan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika

Bil Kesan Huraian

Pengabaian

a Ketidaktepatan ● Mengelirukan orang lain.

Maklumat ● Menimbulkan fitnah

● Mengaibkan orang lain

b Isu Keselamatan ● Risiko data peribadi digodam

● Terdedah kepada buli siber

● Ancaman keselamatan diri, keluarga dan harta bend

c Serangan ● Menjejaskan sistem komputer

Pelbagai Virus ● Megganggu penggunaan harian dalam teknologi maklumat

dan telekomunikasi

● Melumpuhkan operasi sesebuah organisasi

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 10

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

d Terdedah ● Mempengaruhi pemikiran murid
kepada Bahan ● Mendorong perlakuan yang tidak diingini
Negatif ● Meningkatkan gejala sosial

e Ketagihan ● Pembaziran masa
Penggunaan ● Mengganggu tugas harian
● Menjejaskan masa berkualiti bersama-sama dengan keluarga

6. Kesimpulan
i. Kebebasan yang diperoleh dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
mempunyai batas tertentu dan etika yang perlu dipatuhi
ii. Penilaian terhadap maklumat yang diperoleh patut dibuat secara rasional agar
setiap tindakan yang diambil adalah betul.
iii. Penggunaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi secara sederhana
akan mengelakkan individu daripada terasing dalam kalangan masyarakat.
iv. Menjauhkan diri daripada sebarang jenayah siber ketika menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi.
v. Kita akan berasa gembira dan bangga apabila menjadi pengguna yang bijak dan penuh
beretika ketika menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 11

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

BIDANG 6 : JATI DIRI MORAL
Standard Kandungan : 6.1 @ Unit 5 : MANTAP INTEGRITI MANTAPLAH JATI DIRI

Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan, Kejujuran, Harga Diri, Kerajinan, Bertanggungjawab

✓ Amalan integriti dalam kalangan semua lapisan masyarakat memerlukan pegangan hidup
yang berakauntabiliti, berwibawa dan patuh pada undang-undang.

✓ “Integer” ialah perkataan Latin bagi integriti bermaksud menyeluruh, sempurna, tulen
dan tidak berubah

1. Maksud Integriti Individu :
a. Sifat jati diri yang merangkumi kejujuran dan keikhlasan
b. Ketulusan dan keutuhan dalam setiap perlakuan dan pemikiran
c. Penghayatan dan pegangan teguh terhadap ciri dan nilai positif

2. Contoh Amalan Integriti:
• Jujur dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan
• Setia pada keluarga, tidak melakukan penipuan dan giat melakukan kerja kebajikan
• Tidak memalsukan sesuatu dokumen untuk mendapat sesuatu kepentingan
• Mengaku kesilapan diri walaupun berasa bersalah daripada berbohong
• Jujur dan amanah dalam mencari nafkah hidup

3. Kepentingan Integriti Individu
a. Melahirkan modal insan yang dapat berbakti kepada negara
b. Mendapat keyakinan dan kepercayaan orang lain
c. Menjamin hasil kerja yang berkualiti
d. Memelihara dan memperkasa imej diri serta keluarga
e. Meningkatkan kualiti diri untuk mewujudkan pentadbiran yang cekap
f. Melahirkan individu yang berpegang kepada ketinggian prinsip moral dan etika
g. Mengelakkan diri daripada penyalahgunaan kuasa
h. Membentuk keperibadian individu dan jati diri bangsa

4. Implikasi Perbuatan Individu Tidak Berintegriti
❖ Diri
• Menjatuhkan maruah diri
• Menghilangkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
• Menjejaskan masa hadapan
• Bersikap individualistik

❖ Keluarga
• Memalukan anggota keluarga
• Merenggangkan hubungan antara anggota keluarga
• Dipinggirkan oleh masyarakat

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 12

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

❖ Negara
• Menjejaskan keharmonian negara
• Mencemarkan nama negara
• Menjejaskan keyakinan pelabur asing

5. Penekanan sikap integriti menurut perspetif agama

1. Agama Islam
● Tidak mengkhianati Tuhan
● Tidak mengkhianati amanah
Contoh : jujur dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan

2. Agama Buddha
● Tidak melakukan sebarang kejahatan
● Mengamalkan semua nilai baik
● Menyucikan niat hati

Contoh : setia pada keluarga, tidak melakukan penipuan dan giat melakukan kerja kebajikan

2. Agama Hindu
• “Kebersihan badan dicapai dari air, kesucian hati dicapai dengan kebenaran”

Contoh : mengaku kesilapan diri walaupun berasa bersalah daripada berbohong

4. Agama Kristian
● “Lebih baik miskin, namun melakukan apa yang benar daripada kaya tetapi tidak jujur”

Contoh : Tidak memalsukan sesuatu dokumen untuk mendapat sesuatu kepentingan /
Kekayaan

5. Agama Sikh
● Mencari rezeki secara jujur
● Berkongsi dengan mereka yang memerlukan

Contoh : jujur dan amanah dalam mencari nafkah hidup

6. Kesimpulan
Pemantapan integriti diri perlu sentiasa dipupuk bagi mencapai aspirasi negara , hidup
bersatu padu dan sejahtera. Hal ini akan melahirkan perasaan puas hati , gembira dan
bersyukur dalam diri setiap individu.

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 13

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

BIDANG 6 : JATI DIRI MORAL
Standard Kandungan : 6.2 @ Unit 6 : Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani

Nilai : Kasih sayang, Hormat, Toleransi, kerjasama, Harga diri

1. Maksud Intergriti keluargaa
- Pembinaan keluarga yang bahagia, utuh dan penyayang berlandaskan nilai murni

2. Ciri-ciri Integriti Keluarga
i. Saling menghormati
ii. Pegangan agama yang kuat
iii. Bertanggungjawab
iv. Amanah
v. Penyayang
vi. Hubungan erat

Contoh Integriti Keluarga Huraian
Bil Contoh integriti keluarga ● Ajaran agama dipupuk dalam setiap perlakuan
1 Menjadikan pegangan agama ● Sentiasa jujur terhadap anggota keluarga
sebagai asas yang kukuh
dalam pembinaan keluarga ● Tidak menceritakan masalah yang berlaku dalam
2 Menjaga kerahsiaan keluarga keluarga kepada orang luar kecuali kepada pihak
tertentu
3 Melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebagai ● Tidak membuka rahsia keluarga kecuali kepada
suami, isteri dan anak-anak pihak tertentu

4 Menunjukkan teladan yang ● Ibu bapa memastikan setiap anggota keluarga
baik kepada anggota keluarga melaksanakan kewajipan masing-masing

5 Memupuk perasaan kasih ● Menasihat anggota keluarga yang gagal
sayang dan hubungan baik menurnaikan kewajipan
dalam keluarga
● Ibu bapa mengamalkan sikap yang positif dan
6 Mendidik anak-anak untuk proaktif
menyayangi, menghormati
dan menjaga warga tua ● Sentiasa berunding dalam menyelesaikan masalah
● Mengambil tahu tentang anggota keluarga yang
7 Menghentikan pertelingkahan
antara anggota keluarga sakit atau tidak berupaya dari segi fizikal dan emosi
secara adil ● Memaafkan kesilapan yang dilakukan oleh anggota

keluarga
● Menghargai sumbangan warga tua kepada

keluarga
● Menjaga kebajikan dan keperluan warga tua
● Mengambil berat tentang perasaan anggota

keluarga dalam setiap tindakan
● Tidak memalukan anggota keluarga di hadapan

orang lain

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 14

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

Cara Memupuk Integriti Keluarga

Bil Cara memupuk integriti keluarga Huraian

1 Memberikan penghargaan ● Ketika meraikan hari istimewa keluarga

kepada anggota keluarga ● Ketika mendapat kejayaan

2 Memberikan layanan adil ● Tidak pilih kasih

terhadap anggota keluarga ● Bersabar dengan kerenah anggota keluarga

3 Menyayangi dan menghormati ● Mendengar pendapat anggota keluarga

anggota keluarga ● Menyediakan keperluan harian

4 Mempunyai kemahiran ● Menjadi suri teladan yang baik

keibubapaan yang baik ● Meluangkan masa berkualiti dengan anggota

keluarga

Implikasi Perbuatan Yang Tidak Berintegriti terhadap Keluarga

Bil Kesan perbuatan yang tidak Huraian

berintegriti terhadap keluarga

1 Kerosakan akhlak dalam ● Tidak menghormati anggota keluarga

kalangan anggota keluarga ● Menjatuhkan imej keluarga

2 Meruntuhkan institusi ● Penceraian

kekeluargaan ● Perpecahan dalam keluarga

3 Diskriminasi dalam keluarga ● Perselisihan faham dalam keluarga

● Pilih kasih dalam keluarga

4 Penglibatan anggota keluarga ● Gejala lari dari rumah

dalam gejala sosial ● Penyalahgunaan dadah

5 Rumah tangga porak-peranda ● Keluarga tidak harmoni

● Prestasi diri terjejas

Amalan Integriti Dalam Keluarga

Bil Amalan integriti dalam Huraian

keluarga

1 Saling menyayangi ● Menghormati anggota keluarga yang lebih tua

sesama anggota keluarga ● Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara anggota

keluarga dengan aman

2 Mendidik anggota ● Membimbing anggota keluarga tentang ajaran agama

keluarga dengan ajaran atau kepercayaan

agama atau kepercayaan ● Melakukan amalan keagamaan atau kepercayaan

bersama-sama dengan anggota keluarga

3 Menunjukkan perlakuan ● Menjaga kerahsiaan dalam keluarga

mulia supaya anggota ● Menangani urusan dan permasalahan keluarga dengan

dalam keluarga dapat jujur dan adil

mencontohinya

4 Memastikan penglibatan ● Menghormati dan mendengar nasihat warga tua

warga tua dalam setiap ● Membawa warga tua bersama-sama semasa

aktiviti keluarga melancong

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 15

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

BIDANG 6 : JATI DIRI MORAL
Standard Kandungan : 6.3 @ Unit 7 : Berperikemanusiaan untuk membentuk
masyarakat sejahtera

Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan, Baik hati, Hemah tinggi, Kasih Sayang,
Berterima Kasih

Bagaimanakah anda mengamalkan sikap berperikemanusiaan dalam membantu
golongan yang memerlukan?

1. Maksud Perikemanusiaan
- Sifat yang wajar bagi manusia seperti bertimbang rasa, tolong-menolong dan
mengasihani.

2. Perlakuan Berperikemanusiaan
i. Membantu mangsa bencana alam
ii. Menjaga dan memberikan perlindungan kepada haiwan
iii. Memberikan bantuan kepada golongan gelandangan
iv. Memberi sumbangan kepada orang miskin
v. Membantu orang yang memerlukan
vi. Melayan pekerja dengan baik

vii. Mengelakkan diri daripada melakukan penderaan
viii. Mempunyai sikap empati dan simpati dengan jiran
ix. Menyantuni Orang Kurang Upaya (OKU) dengan ikhlas

x. Memelihara dan memulihara alam sekitar

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 16

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

3 Kepentingan berperikemanusiaan untuk kesejahteraan masyarakat

Bil Kepentingan Huraian

berperikemanusiaan

1 Mewujudkan ● Anggota komuniti akan saling berinteraksi dan

masyarakat yang mengambil berat antara satu sama lain.

prihatin dan penyayang ● Flora dan fauna dihargai dan disayangi.

2 Persepakatan dalam ● Anggota masyarakat akan bersatu padu dan

masyarakat dapat bermuafakat dalam semua aspek kehidupan.

dikukuhkan ● Sikap seperti tolong menolong, bekerjasama dan

baik hati akan wujud ketika membantu orang yang

dalam kesusahan

3 Melahirkan masyarakat ● Golongan yang menerima bantuan akan berasa

yang harmoni disayangi dan diambil peduli oleh orang sekeliling

● Tidak ada sikap iri hati dan bersangka buruk

terhadap kejayaan orang lain

4 Keselamatan ● Kes jenayah seperti kecurian, penipuan dan

masyarakat terjamin penderaan dapat dikurangkan

● Tidak akan melibatkan diri dalam perkara yang

menyalahi undang-undang.

4 Kesan pengabaian sikap berperikemanusiaan untuk kesejahteraan masyarakat
a. Hilang maruah dan harga diri / imej diri terjejas
b. Kebajikan warga tua akan terabai
c. Jurang komunikasi dan nilai kehidupan terjejas
d. Mementingkan diri sendiri dan materialistik
e. Bebanan kos kepada kerajaan
f. Mengancam keselamatan dan kesihatan golongan yang terabai
g. Pegangan agama dan nilai moral dalam kehidupan menjadi goyah
h. Tekanan jiwa dan emosi
i. Menzalimi haiwan dan tumbuhan
j. Menjejaskan ekosistem

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 17

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

BIDANG 7 : MORAL DAN KENEGARAAN
Standard Kandungan : 7.1 @ Unit 8 : Hak dan Tanggungjawab Warganegara

Nilai : Bertanggungjawab, Patriotisme, Berterima kasih, Kebebasan, Berdikari

1. Maksud hak dan tanggungjawab sebagai warganegara
✓ Hak ialah kuasa atas sesuatu atau kuasa melakukan sesuatu yang ditentukan

mengikut peraturan dan undang-undang negara.
✓ Tanggungjawab merupakan kesanggupan warganegara untuk melaksanakan tugas

serta kewajipan dalam menjaga kedaulatan negara.

2 Hak dan Tanggungjawab sebagai Warganegara

Bil Perkara Hak Tanggungjawab

1 5 Kebebasan (1) Tiada seorang pun boleh Memelihara diri sendiri

diri diambil nyawanya atau dan nyawa orang lain

dilucutkan kebebasan kecuali mengikut undang-

dirinya kecuali mengikut undang

undang-undang

2 6 Keabdian dan (2) Segala bentuk kerja paksa Tidak menindas golongan

kerja paksa adalah dilarang, tetapi pekerja dengan

dilarang Parlimen boleh melalui memberikan layanan adil

undang-undang membuat kepada semua pihak

peruntukan mengenai

perkhidmatan wajid bagi

maksud-maksud negara

3 8 Kesamarataan (1) Semua orang adalah sama Tidak bersikap

rata di sisi undang-undang diskriminasi kepada

dan berhak mendapat mana-mana pihak atas

perlindungan yang sama alasan kaum, agama atau

rata di sisi undang-undang jantina

4 10 Kebebasan (1) Tertakluk kepada Fasal (2), Mendapat kebenaran

bercakap, (3) dan (4) – daripada pihak berkuasa

berhimpun (a) Tiap-tiap warganegara sebelum mengadakan

dan berhak kepada kebebasan perhimpunan

berpersatuan bercakap dan bersuara

5 13 Hak terhadap (1) Tiada seorang pun boleh Bertanggungjawab untuk

harta dilucutkan hartanya kecuali membuat pengisytiharaan

mengikut undang-undang harta dan membayar cukai

(Sumber : Perlembagaan Persekutuan)

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 18

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4

__________________________________________________________________________________________

3 Kepentingan Hak dan Tanggungjawab sebagai Warganegara
1. Kepentingan Hak sebagai Warganegara
a. Mewujudkan kemakmuran dan keamanan dalam kehidupan sejagat
b. Mengelakkan perselisihan faham antara kaum
c. Merapatkan jurang antara kaum
d. Mengelakkan diskriminasi yang boleh berlaku kerana perbezaan agama, bangsa,
budaya dan bahasa
e. Meningkatkan taraf hidup sosial
f. Menjamin kebebasan hak asasi warganegara

2. Kepentingan Tanggungjawab sebagai warganegara
a. Melestarikan alam sekitar
b. Membangunkan dan memartabatkan negara
c. Memastikan dasar kerajaan dapat berjalan dengan lancar
d. Mempunyai kesetiaan yang tinggi kepada negara
e. Melincikan pentadbiran kerajaan dalam semua aspek
f. Membantu pembangunan ekonomi, sosial dan politik yang stabil

4. Kesan pengabaian hak dan tanggungjawab sebagai warganegara

Pihak Hak Tanggungjawab

Diri ✓ Dihina oleh masyarakat ✓ Kehilangan hak asasi
✓ Tersisih daripada masyarakat ✓ Berlaku diskriminasi diri

Masyarakat ✓ Perselisihan faham antara kaum ✓ Menjejaskan taraf hidup rakyat
✓ Keselamatan terancam ✓ Hidup tidak aman dan harmoni

Negara ✓ Menjatuhkan imej negara ✓ Menggugat kestabilan negara

✓ Semangat patriotik akan terjejas ✓ Pentadbiran negara kucar-kacir

5. Batasan hak sebagi warganegara

Batasan Huraian

Perkara 9 Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak

• Tidak boleh memasuki mana-mana kawasan yang mengenakan sekatan

atas alasan keselamatan dan kesihatan di bawah undang-undang

Perkara 10 Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan

• Tidak berhimpun tanpa kebenaran pihak berkuasa

Perkara 12 Hak berkenaan dengan pendidikan

• Tidak bersikap diskriminasi terhadap sesiapa sahaja dalam mendapat

pendidikan

6. Kesimpulan
a. Hak warganegara mempunyai batasan supaya individu tidak mengambil tindakan
yang menyalahi Perlembagaan Persekutuan. Batasan ini perlu dipatuhi oleh rakyat
Malaysia yang bertanggungjawab supaya kesejahteraan rakyat kekal terjamin.
b. Rakyat Malaysia akan berasa gembira dan bersyukur kerana dapat hidup dalam
negara yang aman dan sejahtera.

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 19

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

BIDANG 7 : MORAL DAN KENEGARAAN
Standard Kandungan : 7.2 @ Unit 9 : Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran
Negara

Nilai : Kasih sayang, Hormat, Toleransi, kerjasama, Baik hati

Konsep Perpaduan

1. Perpaduan ialah penyatuan masyarakat dalam membentuk satu identiti nasional dan nilai

bersama.

2. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan bahasa perlu

mengekalkan perpaduan bagi menwujudkan sebuah negara yang makmur.

3. Contoh amalan perpaduan di Malaysia

Bil Contoh Huraian

1 Keselamatan ● Membuat rondaan di kawasan kediaman

penduduk ● Mewujudkan komunikasi melalui penggunaan aplikasi media

sosial dengan beretika

2 Aktiviti patriotik ● Melibatkan diri dalam sambutan kemerdekaan

● Mengibarkan Jalur Gemilang

3 Sukan ● Menyokong pasukan negara

● Melibatkan pelbagai kaum dalam sesuatu acara sukan

4 Kelestarian alam ● Memelihara dan memulihara alam sekitar

● Menyertai program kelestarian alam sekitar

5 Majlis keramaian ● Menghadiri rumah terbuka semasa musim perayaan

● Menghormati budaya dan adat resam masyarakat Malaysia

6 Aktiviti ● Membantu mangsa bencana

kesukarelawanan ● Melakukan khidmat komuniti

4. Peranan agensi yang memupuk semangat perpaduan

Bil Agensi Kerajaan Peranan

1 Jabatan Perpaduan ● Mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan
Negara dan Integrasi ● Memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan
Nasional
(Jabatan Perdana kaum ke arah perpaduan nasional
Menteri) ● Mempromosikan persefahaman dan keharmonian antara

agama
● Menjalankan wacana perpaduan dan kajian perhubungan

kaum
● Melaksanakan langkah-langkah intervensi dalam

mengurus hal ehwal perpaduan negara dan integrasi
nasional
● Menyediakan syor kepada kerajaan dalam menyatakan
pendirian negara di peringkat antarabangsa

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 20

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

Bil Agensi Kerajaan Peranan
2 Rukun Tetangga ● Menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan

3 Jabatan Kebudayaan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan,
dan Kesenian Negara muhibbah, keharmonian, keselesaan, keamanan,
kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan,
4 Jabatan Penerangan kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan
Malaysia anggota masyarakat.
● Menerima maklumat mengenai, untuk memerhatikan dan
menyiasat, semua isu mengenai konflik masyarakat di
dalam kawasan dan melaporkan maklumat pemerhatian
dan penyiasatan itu kepada pengarah
● Mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk
membolehkan pemastautin melindungi diri mereka
terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana
● Memantapkan usaha memulihara, mengekal,
mengembang dan menyemarak seni budaya warisan
bangsa
● Menggalakkan penglibatan penggiat seni di dalam
bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya
● Menyokong pertumbuhan pelancongan negara melalui
aktiviti seni dan budaya

● Meningkatkan kefahaman, sokongan, keyakinan dan
penglibatan masyarakat terhadap dasar dan program
kerajaan ke arah pembinaan negara bangsa yang
bermaklumat, progresif, berintergriti, sejahtera serta
bersatu padu.

5. Kepentingan amalan perpaduan dalam masyarakat majmuk
i. Meningkatkan keyakinan pelabur asing
ii. Rakyat dapat menikmati pelbagai kemudahan yang berkualiti
iii. Mengukuhkan ekonomi negara / meningkat ekonomi negara
iv. Rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni
v. Mengekalkan kedaulatan dan keselamatan negara
vi. Kestabilan politik

vii. Meningkatkan imej negara

6. Elemen Perpaduan
i. Menerima kepelbagaian (bertoleransi, bekerjasama, bersikap terbuka)
ii. Menghormati Kepelbagaian (berhemah tinggi, menghargai, prihatin)

iii. Mengurus kepelbagaian (amanah, adil, rasional)

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 21

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

7. Cabaran dalam membentuk amalan perpaduan

Bil Cabaran Peranan

1 Penyebaran maklumat ● Penggunaan media sosial tanpa had

palsu dan negatif ● Isu perkauman sentiasa diungkit

2 Penguasaan bahasa ● Kelemahan individu dalam menguasai bahasa

kebangsaan yang lemah kebangsaan

● Kurang peka terhadap kepentingan menguasai

bahasa kebangsaan

3 Kurang menerima, ● Prejudis terhadap kaum lain

menghormati dan ● Kurang sikap toleransi dalam masyarakat yang

mengurus berbilang bangsa

4 Kurangnya pemahaman ● Kurang menghormati agama, kepercayaan dan

agama dan kebudayaan budaya kaum lain

kaum lain ● Kurang sensitif terhadap agama, kepercayaan dan

budaya kaum lain

8. Kesimpulan
i. Amalan toleransi dan menghormati upacara keagamaan kaum-kaum lain dapat
memupuk perpaduan antara kaum.
ii. Kita mesti menerima kepelbagaian agama dan budaya yang memperkaya ciri-ciri
masyarakat Malaysia

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 22

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

BIDANG 7 : MORAL DAN KENEGARAAN
Standard Kandungan : 7.3 @ Unit 10 Pengurusan Perbelanjaan secara beretika

Nilai : Kesederhanaan, Bertanggungjawab, Berdikari, Rasional dan Kejujuran

Konsep wang dibelanjakan dan
1. Pengurusan perbelanjaan beretika bermaksud cara sesuatu barangan dan

diuruskan dengan berhemah untuk mendapatkan
perkhidmatan.

2. Cara Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika

Bil Cara Huraian

1 Menentukan kedudukan i. Memastikan jumlah wang yang dimiliki

kewangan yang dimiliki ii. Merancang perbelanjaan berdasarkan wang yang

dimiliki

2 Mengenal pasti dan i. Membuat catatan dan mengkategorikan setiap item

membuat anggaran sebagai keperluan atau kehendak

perbelanjaan ii. Membuat peruntukan bagi setiap perbelanjaan

3 Membeli barangan secara i. Membeli barangan dengan membuat bayaran secara

tunai, kad debit atau kad tunai atau menggunakan kad debit

kredit ii. Mengelakkan diri daripada berhutang

iii. Memastikan pembayaran dibuat dalam tempoh waktu

bebas faedah jika terpaksa menggunakan kad kredit

4 Mendisiplinkan diri ketika i. Berbelanja mengikut kemampuan

berbelanja ii. Mengelakkan diri daripada membeli barangan

berasaskan jenama semata-mata

iii. Berusaha mencari alternatif lain jika terpaksa membeli

barangan mahal

5 Tidak terpengaruh dengan i. Membuat penelitian harga terlebih dahulu bagi

jualan murah atau jualan memastikan barang tersebut benar-benar murah dan

dalam talian berkualiti

ii. Membeli barangan atau perkhidmatan yang telah

dirancang sahaja

iii. Mendapatkan khidmat nasihat sebelum membeli

sesuatu barangan

6 Mendokumentasikan i. Mencatatkan semua perbelanjaan yang telah dibuat

perbelanjaan ii. Menyimpan semua resit pembayaran dengan lebih

sistematik

iii. Merancang semula perbelanjaan bagi mengelakkan

perbelanjaan secara berlebihan

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 23

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

3. Kepentingan Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika Untuk Kesejahteraan Hidup

Bil Kepentingan Huraian

1 Menjamin masa i. Menabung

hadapan ii. Persediaan untuk menyambung pelajaran

iii. Keperluan menghadapi alam dewasa

2 Mengelakkan i. Membeli mengikut perancangan

pembaziran ii. Membentuk sikap berjimat cermat

3 Menjadi rujukan i. Membantu untuk membuat anggaran yang lebih baik bagi

perbelanjaan akan perbelanjaan akan datang

datang ii. Membuat penambahbaikan dalam menguruskan

perbelanjaan

4 Mengelakkan diri i. Menjadi pengguna yang bijak

daripada ditipu ii. Sentiasa membuat semakan dan perbandingan harga serta

jaminan kualiti produk

5 Mengurangkan i. Membebaskan diri daripada bebanan hutang yang banyak

bebanan hutang ii. Memupuk sikap menghargai wang dan lebih berdisiplin

ketika berbelanja

4. Kesan perbelanjaan tidak beretika kepada

Diri i. Menghadapi masalah kewangan

ii. Bebanan hutang yang tidak sepatutnya

iii. Nama boleh disenaraihitamkan oleh bank

iv. Muflis dan tekanan perasaan

Keluarga i. Terpaksa berkongsi menanggung bebanan hutang ahli keluaraga yang

berhutang

ii. Menjejaskan perbelanjaan lain

iii. Menjejaskan hubungan kekeluargaan

iv. Meningkatkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya

Masyarakat i. Melahirkan persaingan yang tidak sihat dalam berbelanja

ii. Meningkatkan kuasa beli yang tidak sewajarnya

iii. Melahirkan tabiat masyarakat yang boros dan membazir

iv. Peningkatan pemiutang yang tidak berlesen

Negara i. Meningkatkan kadar inflasi

ii. Meningkatkan kadar barangan import

iii. Meningkatkan kadar keberhutangan dalam kalangan rakyat

iv. Meningkatkan kos pelupusan barangan yang dibuang dan dibazirkan

5. Hak pengguna 24
(a) Hak untuk bersuara
(b) Hak untuk membuat pilihan
(c) Hak untuk mendapatkan ganti rugi
(d) Hak untuk mendapat maklumat
(e) Hak untuk mendapatkan keselamatan
(f) Hak untuk mendapatkan keperluan asas
(g) Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
(h) Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

7.0 MORAL DAN KENEGARAAN
Standard Kandungan : 7.4 @ Unit 11: KEUNIKAN RAKYAT MALAYSIA

Nilai : Patriotisme, Kerajinan, Berdikari, Keberanian, Berterima kasih

1. Ciri-ciri keunikan rakyat Malaysia
KAUM MELAYU Bahasa : Bahasa Melayu

Makanan : nasi lemak, rendang, lemang, ketupat, dodol
Pakaian : baju kurung, baju Melayu, baju kebaya
Perayaan : Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Maal Hijrah,
Maulidur Rasul

KAUM CINA Bahasa : Mandarin, Hakka, Kantonis, Hokkien, Hainan, Fuzhou,Teochew
Makanan : dim sum, kuih bulan, zongzi, tang yuan
Pakaian : cheongsam, samfu, qipao, hanfu
Perayaan : Tahun Baharu Cina, Dong Zhi, Cap Goh Mei, Pesta Tanglung

KAUM INDIA Bahasa : Tamil, Telugu, Malayalam
Makanan : tose, idli , vadai, muruku, putu mayam
Pakaian : sari, dhoti, kurta
Perayaan : Deepavali, Thaipusam, Thaiponggal

KAUM PUNJABI Bahasa : Bahasa Punjabi
Makanan : Capati, dhal, saag, lassi
Pakaian : Serban, kurta-pejama, dupatta, selwar kammez
Perayaan : Hari Vesakhi / Hari Vaisakhi

KAUM KADAZAN- Bahasa : Kadazandusun
DUSUN Makanan : hinava, bosou, tuhau
Pakaian : gaung, seluar souva, sigal, bekung tangkong, himpogot

Perayaan : Pesta Kaamatan (Hari Menuai), Pesta Moginakan Nunuk
Ragang

KAUM IBAN Bahasa : Bahasa Iban

Makanan : umai, manuk pansuh, kasam ikan, salai
Pakaian : kain sirat, kelambi, kain tenun, baju burung
Perayaan : Gawai Dayak, Gawai Antu, Gawai Batu

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 25

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

2. Kepentingan keunikan rakyat Malaysia

Bil Kepentingan Huraian

i Mengukuhkan perpaduan ● Menerima persamaan dan perbezaan budaya

rakyat Malaysia ● Rakyat hidup bersatu padu

ii Mengukuhkan kestabilan ● Menarik pelancong asing

politik dan ekonomi negara ● Menggalakkan kemasukan pelabur asing

iii Melahirkan generasi baharu ● Meningkatkan kesedaran tentang kefahaman budaya

yang mengekalkan pelbagai kaum

kepelbagaian budaya ● Kebudayaan tidak akan ditelan zaman

iv Mengekalkan

keseimbangan antara ● Memelihara jati diri

kemajuan negara dengan ● Mengukuhkan persefahaman antara kaum

warisan kebudayaan

v Menjadi kebanggaan ● Mencerminkan identiti negara

negara ● Meningkatkan imej negara

3. Cabaran keunikan rakyat Malaysia :

Bil Cabaran Huraian

i Cabaran ● kepelbagaian bahasa yang tidak dapat difahami oleh segelintir

Bahasa masyarakat

● menjejaskan komunikasi antara kaum

ii Cabaran ● menghakis jati diri dan budaya sesuatu kaum

Budaya Tular ● mudah dipengaruhi dengan budaya negatif dari luar

iii Cabaran ● perasaan taksub terhadap kebudayaan sendiri

Sosial ● kecelaruan identiti bangsa

iv Polarisasi ● mencetuskan konflik yang berpunca daripada sikap tidak

kaum menghormati perbezaan adat dan kepercayaan kaum lain

● mewujudkan sikap perkauman

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 26

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

4. Strategi mengekalkan keunikan rakyat Malaysia :

Bil Strategi Huraian

i Diri ● Menerima dan menghormati keunikan semua kaum

● Tidak memandang rendah adat atau kepercayaan kaum lain

● Mengamalkan adat dan budaya dalam kehidupan harian

● Merancang dan mengadakan program yang melibatkan pelbagai

kaum yang dapat menonjolkan keunikan kaum masing-masing.

● Memberikan galakan kepada rakan untuk mengekalkan keunikan

kaum masing-masing.

● Membuat Vlog / video blog tentang krunikan budaya Malaysia dan

kongsi di media sosial

ii Ibu bapa ● Mengamalkan adat dan budaya dalam keluarga

● Mendidik anak-anak supaya menerima kepelbagaian budaya

● Membawa anak-anak untuk menyertai aktiviti kebudayaan pelbagai

kaum

iii Kerajaan ● Memperbanyakkan aktiviti kesenian dan kebudayaan peringkat

sekolah

● Memartabatkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

● Mewujudkan muzium mini kesenian dan kebudayaan

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 27

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

BIDANG 7 : MORAL DAN KENEGARAAN
Standard Kandungan : 7.5 @ Unit 12 : Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama

Nilai : Patriotisme, Bertanggungjawab, Hormat, Keberanian, Kerjasama

1. Konsep

• Negara berdaulat ialah negara yang bebas daripada penjajahan dan berupaya
untuk menguruskan hal ehwal negara secara bebas tanpa campur tangan
daripada mana-mana negara lain.

2. Ciri negara berdaulat

Bil Ciri Huraian

1 Merdeka • Bebas membuat keputusan sendiri tanpa campur tangan daripada

negara lain

• Mempunyai pentadbiran kerajaannya sendiri

• Bertanggungjawab menguruskan keperluan asasi rakyat

2 Beridentiti • Bendera rasmi
nasional • Jata negara

• Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

• Prinsip Rukun Negara

• Lagu Kebangsaan

3 Bermaruah • Kuasa politik yang stabil
dan • Ekonomi yang mantap
berwibawa • Warganegara yang berkualiti

4 Berstruktur • Antara komponen dalam perlembagaan persekutuan termasuklah
pemerintahan pemisahan kuasa antara perundangan, kehakiman dan eksekutif
sendiri
(pentadbiran).

• Mengamalkan pemerintahan Raja Berperlembagaan

• Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen

5 Bebas dari • Perpaduan rakyat terjamin
pengaruh • Keamanan dan keselamatan rakyat terpelihara
luar • Keunikan budaya dikekalkan

Ciri-ciri Negara Berdaulat

Merdeka Beridentiti Bermaruah Berstruktur Bebas
nasional dan pemerintahan daripada
pengaruh luar
berwibawa sendiri

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 28

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 4
__________________________________________________________________________________________

3 Kepentingan Mempertahankan Kedaulatan Negara

Bil Kepentingan Huraian

1 Maruah negara terpelihara ● Tidak terpengaruh dengan anasir

subversif

2 Mengekalkan kestabilan politik ● Pemerintahan mengikut acuan sendiri

3 Mengukuhkan perpaduan dan ● Memberikan sumbangan kepada

keharmonian rakyat Malaysia pembangunan negara

4 Meningkatkan semangat patriotisme ● Cinta dan setia akan raja dan negara

5 Mengekalkan kemerdekaan negara ● Sistem pemerintah yang stabil

4 Cabaran dalam Mengekalkan Kedaulatan Negara
1. Penularan berita yang mengugat kedaulatan negara
2. Taraf ekonomi dan sosial yang tidak seimbang dalam kalangan rakyat
3. Generasi muda yang kurang semangat patriotik terhadap negara
4. Tindakan kuasa besar yang mencabar kedaulatan negara
5. Rakyat kurang jati diri dan mudah terpedaya dengan hasutan dalam dan luar negara

5 Kesan Pengabaian Tanggungjawab Mempertahankan Kedaulatan Negara

Bil Kesan Huraian

1 Tradisi dan norma masyarakat semakin ● Rakyat mengagungkan budaya

dilupakan luar

2 Perpaduan dan keharmonian terjejas ● Rakyat saling bermusuhan

3 Aktiviti ekonomi negara terbantut ● Pembangunan negara terjejas

4 Ketidakstabilan politik negara ● Sistem pemerintahan tergugat

5 Campur tangan kuasa luar ● Negara tidak aman

6 Konflik yang Boleh Mengancam Kedaulatan Negara
1. Pencerobohan kuasa asing
2. Globalisasi
3. Pengaruh budaya negatif
4. Pengaruh media dan penularan informasi ekstrem
5. Konflik perkauman
6. Pengaruh materialistik

7 Cabaran Dalaman yang Boleh Menggugat Kedaulatan Negara
1. Sikap memburukkan imej negara
2. Kegagalan mematuhi peraturan dan undang-undang
3. Tiada kesedaran tentang amalan kebersihan
4. Penggunaan bahasa yang kurang sopan
5. Gejala vandalisme

Kesimpulan :
Apabila setiap warganegara berjaya melaksanakan tanggungjawab mempertahankan
kedaulatan negara, perasaan cinta dan bangga sebagai rakyat negara berdaulat kian
bertambah.

Hakmilikterpelihara@ppmpjohor 2020 edisi ke-2/2021 29


Click to View FlipBook Version