The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Den Esya, 2023-07-24 08:17:45

Masakan Tradisional Negeri Perak

8x8 inch

KUIH MUIH 47 Kundas atau Gundas sinonim dipanggil “kundeh” di daerah Kuala Kangsar merupakan kuih seakan cakoi tetapi berbezanya kundas dicicah dengan kuah kacang tidak seperti cakoi dicicah dengan kaya. Kuih ini sering dimakan sebagai sarapan sahaja. Penyediaan kuih kundas mudah sahaja hanya tepung gandum, yis, gula, garam dan air.


Serawa Kuinin 48


KUIH MUIH Serawa kuinin adalah manisan yang tidak perlu dimasak hanya menggunakan santan, gula, sedikit garam dan buah kuinin yang dicincang. Serawa ini sedap dimakan ketika sejuk dengan rasa berlemak dari santan dan manis buah kuinin. 49


Bubur Anak Lebah Bubur anak lebah merupakan manisan warisan negeri Perak dahulu yang hanya ada ketika majlis lepas berpantang, majlis berendoi dan cukur jambul namun sukar ditemui pada masa kini.Manisan ini hanya boleh dijumpai di daerah Teluk Intan dan beberapa daerah yang lain. Uniknya bubur anak lebah ini dari segi pembuatannya menggunakan acuan khas seperti bentuk sarang madu lebah dan apabila adunan tepung ditekan pada acuan ia menghasilkan bentuk seakan anak-anak lebah. 51


KUIH MUIH 51


Cecemek 54


KUIH MUIH 53 Kuih cecemek antara makanan warisan Perak yangsemakin kurang di kenali terutamanya generasi muda zaman sekarang. Kuih ini seakan kuih limas atau tepung pelita, bezanya rupa bentuk yang terhasil di mana kuih ini berbentuk lubang-lubang kecil di letakkan didalam temalong (bekas) dari daun pisang. Kuih ini diperbuat menggunakan tepung pulut, santan, gula, garam dan dikukus selama 10 minit. Kuih cecemek sangat popular di kawasan Batu Gajah serta Pasir Salak, Perak.


Click to View FlipBook Version