LABU SAYONG Gazebo Warisan KOLEJ TINGKATAN ENAM SRI ISTANA prausri.edupage.org
Labu Sayong sinonim sebagai kraf tangan terkenal dari Perak. Labu merujuk kepada tembikar. Manakala Sayong merujuk kepada sebuah kampung dalam Daerah Kuala Kangsar tempat “labu” tersebut dihasilkan. Tanah yang digunakan untuk menghasilkan Labu Sayong bewarna putih, hitam, kuning atau keperangan. Labu Sayong popular sebagai tempat penyimpanan air minuman pada zaman lampau. Ia turut dipercayai mempunyai nilai perubatan dan mampu merawati penyakit seperti migrain dan tekanan darah rendah. Pemilikan Labu Sayong kini lebih bertujuan untuk tarikan pelancongan atau cenderahati berbanding sebagai peralatan dapur pada zaman lampau. Ia turut dikomersialkan sebagai cenderahatisemasa majlis perkahwinan dengan saiz yang kecil. : SAYONG LABU Deskripsi Item
Para pembeli atau penggemar tembikar lama lebih cenderung mendapatkan Labu Sayong yang dihasilkan secara tradisional. Kaedah pembuatan Labu Sayong secara tradisional menggunakan tangan dipercayai memiliki mutu dan khasiat yang lebih baik sebagai tempat menyimpan air. Ia merujuk kepada kaedah picit dan cubit, atau picit dan lilit. Namun begitu, sehingga tahun 2012 hanya terdapat sebuah sahaja tempat yang menghasilkan Labu Sayong secara tradisional iaitu di Kampung Kepala Bendang, Sayong oleh Saparudin dan Maznah. Hal ini kerana pembuatan Labu Sayong secara moden mula diperkenalkan pada tahun 1975 dan semakin meluas selepas tempoh tersebut. SAYONG LABU Deskripsi Item
Rujukan: Azmi Ariffin. et al. 2012. “Kraf Perak: Dilema Pengkomersialan dan Tradisi Pembuatan”. dlm Abu Talib Ahmad (ed). Utara Semenanjung Malaysia: Esei-esei Warisan. Pulau Pinang: Penerbit USM. SNA Noordin et al. 2015. “Low Temperature Transparent Glaze Study in Sustaining Luminescence Substance for Local Ceramic Craft”. dlm Proceeding of the International Symposium on Research of Arts, Design and Humanities (ISRADH 2014). Singapore: Springer Nature Singapore. hlm 517-523. Sumbangan: : SAYONG LABU Rujukan dan Sumbangan