The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ALYA SYAHMINA BINTI MOHD SYAHRIMAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-11485015, 2021-09-21 21:02:44

BUKU SKRAP NEGARAKU MALAYSIA

ALYA SYAHMINA BINTI MOHD SYAHRIMAN

BUKU SKRAP DIGITAL
NEGARAKU MALAYSIA

PULAU PANGKOR : SEJARAH DAN PELANCONGAN

DISEDIAKAN OLEH:


ALYA SYAHMINA BINTI MOHD SYAHRIMAN
KELAS 5 BITARA
SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN
EMAIL : [email protected]

PENGENALAN

Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga
terbesar terletak di negeri Perak,
Malaysia di perairan Selat Melaka.
Luasnya cuma 2,200 hektar. Pulau
Pangkor merupakan salah satu destinasi
pelancongan utama di Malaysia.

GBC GRAND OPENING | 10/06/2020

.Terdapat teori asal nama bagi Pulau Pangkor Suatu
, - ,ketika dahulu pedagang pedagang dari Negara luar
,terutamanya Negara China sering melabuhkan layar

untuk beristirehat di samping menikmati keindahan alam di

. ,Pulau Pangkor Justeru itu pada suatu ketika berlaku

bencana alam di mana ribut petir melanda di keseluruhan

, .lautan lalu patahlah tiang layar pedagang China ini Oleh
,itu mereka tidak dapat meneruskan pelayaran

sehinggalah mereka diarahkan mencari pengganti kepada

. ,tiang yang patah itu di dalam hutan Semasa pencarian

mereka bertemu sejenis pokok di dalam hutan yang sangat

.berkualiti dan dapat dijadikan sebagai tiang layar Pokok
“ ”.itu bernama
Peng Ko Maka lahirlah perkataan Pangkor

“yang kekal hingga ke hari ini dengan gelaran Pulau

”.Pangkor

PERISTIWA
BERSEJARAH YANG
BERLAKU DI PULAU

PANGKOR

KOTA BELANDA

1670,Pada tahun Kota Belanda ini dibina oleh Syarikat

( )Hindia Timur Belanda VOC untuk menyimpan bijih
.timah yang diperolehi dari negeri Perak Pada tahun
1690, rakyat tempatan yang tidak bersetuju dengan

cara Belanda memperolehi bijih timah tersebut dan

. ,telah membinasakan kota ini Selepas dimusnahkan
1749pada tahun
Belanda telah membinanya semula dan

80 .menempatkan seramai
orang pengawalnya di sini

1779Selepas tahun Kota Belanda tidak digunakan lagi

kerana Belanda menumpukan kepada perdagangan

, .rempah di Maluku Indonesia Belanda juga berhadapan
. 1824dengan Perang Napoleon di Eropah Pada
Belanda

dan Inggeris secara rasmi membahagikan wilayah

-penguasaan masing masing di Nusantara menerusi
- 1824.Perjanjian Inggeris Belanda

GBC GRAND OPENING | 10/06/2020

BATU BERSURAT

BATU BERSURAT seketul batu yang sangat besar

.di mana tertera lakaran dan tulisan di atasnya

Batu itu dipercayai hidup oleh penduduk tempatan

kerana ia mampu membesar dari saiz asalnya yang

.agak kecil suatu ketika dahulu

Lakaran yang diukir di Batu bersurat tersebut

ialah seekor harimau yang sedang menumpakan

( )sesuatu dipercayai seorang budak lelaki dua
–bulatan berbentuk daun dan perkataan

perkataan Belanda serta Inggeris yang berbunyi

“ 1743”.IF CARLO

ukiran yang terdapat pada batu menceritakan al

,kisah seorang budak lelaki anak kepada pembesar

Belanda yang telah hilangdan dipercayai telah

.dibaham oleh seekor harimau

PERJANJIAN PANGKOR 1874

20 1874Januari Sir Andrew Clarke selaku Gabenor Negeri Selat yang beribu

pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian

.Pangkor Perjanjian ini bersetuju dan mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai Sultan
.Perak Pelombong bijih timah yang berperang merebut kawasan juga setuju untuk
( ).didamaikan dan perjanjian ini menguntungkan Syarikat Hindia Timur Inggeris SHTI

KRONOLOGI PERJANJIAN PANGKOR 1874

Semasa kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871, Raja
Abdullah, sebagai Raja Muda, sepatutnya dilantik sebagai

sultan baru akan tetapi disebabkan baginda tidak
menghadiri upacara pengebumian, Raja Bendahara Raja
Ismail telah dilantik pada 28 Jun 1871. Raja Bendahara Ismail

diangkat dan ditabalkan kerana mengikut istiadat
pertabalan Raja-raja Melayu, baginda ialah sultan yang sah

oleh kerana baginda memiliki alat-alat kebesaran diraja.
Baginda berkuasa dan mempunyai pengikut yang ramai di

Hulu Perak.
Sultan Abdullah II (Sultan Perak ke 26

KRONOLOGI PERJANJIAN PANGKOR 1874

Pada masa yang sama, berlaku permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin
yang dipimpin oleh Chin Ah Yam dan Hai San yang dipimpin oleh Chung Keng

Quee untuk merebut lombong bijih timah.

KRONOLOGI PERJANJIAN PANGKOR 1874

Raja Abdullah yang ingin menuntut tahta SIR ANDREW CLARKE
kerajaan Perak telah meminta pertolongan
Inggeris untuk menyelesaikan dua masalah

tersebut. Pada 30 Disember 1873 Raja
Abdullah telah menghantar sepucuk surat
kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir
Andrew Clarke meminta Inggeris menyiasat
Hal Ehwal Perak. Surat yang ditandatangani

oleh baginda itu juga meminta Gabenor
memulihkan keamanan negeri Perak dan
membenarkan Perak berlindung di bawah

naungan Inggeris.

KRONOLOGI PERJANJIAN PANGKOR 1874

Dengan kedatangan rombongan Inggeris ke
Pulau Pangkor, satu perundingan telah
diadakan di Pulau Pangkor yang kemudian
termeterainya perjanjian di antara Raja
Abdullah dan para Pembesar Perak dengan
Inggeris yang kemudian dikenali dengan
Perjanjian Pangkor pada 1874 yang
memanfaatkan persengketaan di antara
Pembesar-pembesar Melayu serta Kongsi
Gelap Cina.
PERJANJIAN PANGKOR, 1874. (SOURCE: ARKIB NEGARA MALAYSIA)

KRONOLOGI PERJANJIAN PANGKOR 1874

TAHUKAH ANDA?

Sewaktu zaman pemerintahan British dalam lingkungan sebelum tahun 1934
dahulu, sesiapa sahaja yang dengar dengan nama Pulau Pangkor pasti akan
rasa gerun kerana pulau tersebut selalu dikaitkan dengan istilah “buang ke
Pangkor” yang amat popular dan hangat oleh penduduk di negeri Perak pada
zaman itu.
Pulau Pangkor adalah tempat dan
lokasi untuk memulaukan mereka
yang didapati menghidap penyakit
kusta.

• BERITA HARIAN 31 JANUARY 1959

TEMPAT PELANCONGAN YANG MENARIK
DI PULAU PANGKOR

Pantai pasir Bogak

TEMPAT PELANCONGAN YANG MENARIK DI PULAU PANGKOR

pulau Giam

TEMPAT PELANCONGAN YANG MENARIK DI PULAU PANGKOR

Masjid Al-Badr 1000 Selawat

TEMPAT PELANCONGAN YANG MENARIK DI PULAU PANGKOR

UTUSAN MALAYSIA 7 DISEMBER 2017

pusat pemprosesan Hasil Perikanan

TEMPAT PELANCONGAN YANG MENARIK DI PULAU PANGKOR

pusat Membeli Belah Bebas Cukai

KEUNIKAN DI PULAU PANGKOR

Tortoise Hill



Teksi Merah Jambu Aktiviti Snorkeling

Mercu Tanda Pantai pasir Bogak Burung Kenyalang di Teluk Nipah

PENUTUP

Pulau Pangkor yang menyimpan titik-titik sejarah tanah air yang penting yang
akan menjadi kenangan sepanjang zaman.



Pulau Pangkor sebuah pulau tropikal yang kecil yang menarik dan terletak di
Muara Sungai Dinding di Laut Selat Melaka yang sejak dahulu lagi menjadi

lalu-lintas penting kepada para pelaut segala bangsa, termasuk para penjajah.



Luasnya hanya 8 kilometer persegi. Pulau Pangkor seumpama seorang puteri
rupawan yang menjadi rebutan kuasa-kuasa asing untuk memilikinya yang
telah berjaya mencetuskan persengketaan dan penumpahan darah yang
merupakan sebahagian daripada rentenan sejarah tanah air yang panjang.

SUMBER RUJUKAN

HTTP//.WWW.ARKIB.GOV.MY/
WWW.PERAK.GOV.MY/
WWW.ORANGPERAK.COM/

WWW.TOURISMPERAKMALAYSIA.COM/

HTTPS//.BLOGMALAYSIA.COM/TEMPAT-MENARIK-DI-PULAU-PANGKOR/
WWW. UTUSAN .COM.MY

UTUSAN MALAYSIA 7 DISEMBER 2017


Click to View FlipBook Version