MPU21302
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
NAMA PENSYARAH : PUAN NUR IDAYU BT
AWANG TEH
KELAS: DDT1B SEKSYEN 1
TAJUK : KEBUDAYAAN KEBANGSAAN MEMUPUK
PERPADUAN
AHLI KUMPULAN ✽
NURLIYANA BINTI NADZIR ROZANIZA ROZIANI BINTI MUHAMAD ROZI
21DDT20F2038 21DDT20F2031
FATIN FARHANA BINTI NORDIN
21DDT20F2036
ISI KANDUNGAN
1. Latar Belakang
2. Matlamat Perpaduan
3. Kepentingan Kebudayaan Kebangsaan
4. Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan
5. Peristiwa Kebudayaan
6. Kesan Dasar Kebudayaan kebangsaan
7. Kebudayaan Kebangsaan memupuk
Kedaulatan
8. Kesimpulan
✽LATAR BELAKANG✽
Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia
berperanan penting dalam proses pembangunan negara di
Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk
dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan
pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya
memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam
satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang
mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,
proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan
perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan
cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan
kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik,
mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan
negara.
★ M A T L A M A T P E R P A D U A N★
Perpaduan menjadi matlamat setiap bangsa Matlamat dan
negara agar hidup sentiasa harmoni dan Perpaduan
tenteram tanpa menggugat keamanan. Tanpa keamanan,
rakyat tidak akan hidup selesa dan negara akan bergolak
setiap masa. Hal ini boleh dilihat di negara-negara bergolak
apabila peperangan sentiasa berlaku dan
rakyat hidup dalam keadaan bergantung kepada bantuan luar.
Kanak-kanak, perempuan dan orang tua menjadi mangsa
dan kebuluran serta kemiskinan tidak terpisah daripada
kehidupan. Betapa pentingnya perpaduan perlu dibina dan
dipupuk agar ianya menjadi sesuatu budaya dan amalan
kehidupan oleh setiap rakyat dalam negara ini.
Kepentingan Kebudayaan Kebangsaan
1. Melambangkan identiti malaysia - amalan budaya
malaysia melambangkan sifat majmuk masyarakat
malaysia. misalnya, perayaan, pakaian tradisional dan
makanan tradisional.
2. Memupuk perpaduan negara - aktiviti kunjung
mengunjung di hari perayaan dpt mengeratkan
silaturahim sesama manusia. tidak kira agama dan
bangsa.
3. Tarikan pelancongan malaysia yang diduduki oleh
pelbagai kaum ini telah menarik minat ramai
pelancong dari luar negara, tambah lagi, dengan
kepelbagaian budaya dan adat resam setiap kaum
yang ada di Malaysia ini. contohnya, perayaan hari
raya, tahun baru cina dan deepavali.
★ OBJEKTIF ★
Dasar Kebudayaan telah diwujudkan dinegara ini adalah bertujuan
untuk menjaga perpaduan di Negara ini. Hal ini adalah kerana
Sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti
Malaysia tentu tidak akan dapat lari daripada menghadapi
pelbagai masalah sosial dan perpaduan. Oleh sebab perpaduan
amat penting dalam memupuk semangat nasionalisme dan
kenegaraan, sudah tentulah negara-negara yang menghadapi
masalah ini akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan
sebarang keretakan dan konflik perkauman di negara
masing-masing. Di Malaysia, masalah yang kerap diperkatakan
berhubung dengan perpaduan ialah masalah polarisasi.
Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak tahun
1957, namun persoalan dan masalah pembentukan kebudayaan
kebangsaan masih menjadi satu perkara yang ditinggalkan untuk
dibincangkan oleh para pengkaji budaya. Perbahasan tentang
Dasar Kebudayaan Kebangsaan sering diadakan, terutamanya di
kalangan para ahli politik, badan-badan dan
pertubuhan-pertubuhan tertentu yang ada hubungan dengan
kebudayaan. Harapan negara untuk menyatupadukan masyarakat
melalui kebudayaan kebangsaan adalah tidak mustahil asalkan
rakyat Malaysia sanggup menerima kebudayaan kebangsaan
sebagai kebudayaan setiap kaum di negara ini.
Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui
strategi-strategi berikut:
1.Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke
arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui
usahasama penyelidikan, pembangunan,
pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;
2.Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui
usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan
menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera
pembangunan yang berkesan;
3.Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran
kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;
4.Memenuhi keperluan sosiobudaya;
5..Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan beberapa lagi
menteri kabinet menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina
2020 yang dihoskan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan
Dewan Perdagangan dan Industri Cina Klang (KCCCI) di Klang.
Pembukaan Temasya Sukan (SUKMA) Perak pada tahun 2018
Pertandingan larian di sekolah rendah pada tahun 2018
Majlis perkahwinan Fila Amir dam Adama pada 13 Jun 2020 . Fila
Amir merupakan orang Malaysia manakala Adama merupakan
orang Afrika
Kesan Dasar Kebudayaan kebangsaan dan Terhadap
Pembangunan Insan
★★
Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diwujudkan semasa pemerintahan
Tun Abdul Razak yang disebabkan oleh krisis perkauman yang berlaku
pada 13 Mei 1969. Rentetan dari peristiwa ini, ahli politik mula berfikir
bahawa budaya memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan
perpaduan antara kaum. Antara tujuannya adalah untuk menyatu
padukan semua kaum melalui budaya kaum yang berbeza-beza. Namun
begitu, dasar ini akan membawa masalah pada masa hadapan kerana
perkauman akan terus berlaku disebabkan kebudayaan. Memahami
kebudayaan kaum lain penting untuk mewujudkan perpaduan diantara
rakyat. Selain itu, ia akan menyebabkan mereka saling menghargai dan
menghormati budaya kaum lain. Seni bukan sahaja hiburan malah ia boleh
digunakan untuk menyampaikan mesej-mesej seperti perpaduan dan
kerjasama. Secara amnya, prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan
berdasarkan kebudayaan rakyat, Islam dijadikan unsur utama dan
kebudayaan lain yang tidak bercanggah dengan kebudayaan rakyat dan
Islam boleh digunapakai dan dimasukkan. Perbincangan yang
dipersetujui bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan sudah tidak relevan
pada masa sekarang kerana wujudnya masalah kaum kesan daripada
dasar tersebut.
✿Kebudayaan Kebangsaan
memupuk Kedaulatan
Tun M: Rakyat perlu pupuk budaya pertahanan ✿
Rakyat berbilang kaum di negara ini perlu memupuk budaya
pertahanan bagi memastikan kedaulatan dan kemakmuran negara
terpelihara.
Menurut Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,
kegagalan mewujudkan budaya pertahanan itu boleh mendatangkan
ancaman dari segala sudut.
Tegas Dr Mahathir, dengan memupuk budaya tersebut ia secara
tidak langsung memastikan keselamatan negara tidak hanya dipikul
pasukan keselamatan tetapi seluruh rakyat negara ini.
Dr Mahathir memberikan contoh ketika negara berdepan ancaman
komunis yang menyaksikan seluruh rakyat memainkan peranan
menghapuskan musuh.
Ketika itu, seluruh rakyat tidak kira bangsa dan agama bersatu
menerusi budaya pertahanan yang sama kerana mahu memulihkan
keamanan negara.
Beliau berkata demikan ketika menyampaikan syarahan bertajuk
‘Pertahanan Negara Tanggungjawab Bersama’ di ibu negara.
✦ KESIMPULAN ✦
Sebagai Kesimpulannya, kebudayaan kebangsaan
dapat memupuk perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia. Oleh itu, sebagai seorang rakyat
Malaysia ,
kita haruslah banyak menyertai dan menyokong
aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk kebudayaan
kebangsaan dan memesrakan hubungan dengan kaum
lain agar kita dapat mewujudkan Malaysia sebagai
sebuah negara yang majmuk dalam aspek
kebudayaan dan bangsa yang bersatu . Pada masa
yang sama juga bolehlah kita mewujudkan sebuah
komuniti yang berfikiran matang dan mengelakkan
perkara rasisme berlaku di negara kita.