INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Nama : NURIN ZULAIKHA BINTI
MUHAMMAD KHALIL
No. K/P : 030313020836
Angka Giliran : 2021242310199
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : X8
Nama Pensyarah : ENCIK ABDUL RANI B HASSAN
Tarikh Hantar : 14 MAC 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar:________nurin_________Tarikh : 14 MAC 2022
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
SOALAN
TUGASAN 1: Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya
yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan
gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan
dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book
dengan menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta
memanifestasikan akal budi dalam sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan
sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang
merangkumi tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan
sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.
i.
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
BIL PERKARA 1
1. 1.0 Pengenalan 1
2. 2.0 Konsep kesusasteraan Melayu 2
3
2.1 Takrif kesusasteraan Melayu 3
2.2 Bentuk keusasteraan Melayu 3-5
2.3 Jenis Kesusasteraan Melayu 5-6
6-8
2.3.1 Prosa Tradisional 8-9
2.3.1.1 Sastera Rakyat (Lisan) 10
2.3.1.2 Sastera Istana (Tulisan)
10-11
2.3.2 Puisi Tradisional 11
2.3.3 Prosa Moden 12
2.3.4 Puisi Moden
2.4 Ciri-ciri kesusasteraan Melayu 12-13
3. 3.0 Fungi Kesusasteraan Melayu 13
3.1 Aspek Hiburan
3.2 Aspek Pendidikan 13-14
3.3 Aspek Dakwah 14
3.4 Aspek Kritikan Sosial 15
4. 4.0 Manifestasi akal budi
4.1 Sebuah Pantun 16-19
4.2 Sebuah Syair 19-20
4.3 Sebuah Seloka 20-21
4.4 Sebuah Gurindam
5. 5.0 Rumusan 22
6. Rujukan 23
ii.
1.0 PENGENALAN
Dalam kalangan masyarakat Melayu, kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya
dan ciptaan seni. Namun, setelah masyarakat berkembang pesat pada hari ini, ianya
telah menyebabkan berlaku perubahan dan menjarakkan hubungan sastera dengan
kehidupan. Hal ini demikian menyebabkan sastera menjadi satu bidang kegiatan khusus
dan tersendiri. Justeru, dahulunya sastera menjadi hak milik bersama malah kini telah
berubah menjadi kegiatan yang berkatan pernyataan diri dan hak cipta.
2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
2.1 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU
Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.
Perkataan kesusasteraan juga dikenali sebagai susastera yang terbentuk daripada
bahasa Sanskrit bermaksud huruf atau buku indah (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Dari
segi makna umum pula sastera bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab. Seni
karang-mengarang bahan sastera merupakan seni kesusasteraan yang berbentuk prosa
dan puisi. Dalam Bahasa Melayu kesusasteraan mempunyai maksud yang sama
dengan literature yang berasal daripada perkataan literate dalam Bahasa Inggeris yang
bermaksud huruf atau abjad serta digunakan untuk tatabahasa dan puisi. Kesusasteraan
Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal yang tertulis dalam Bahasa Melayu
seperti novel, cerpen, prosa tradisional, drama dan lain-lain lagi yang berunsurkan
keindahan dan kehalusan. Hal ini demikian bagi mengimbangi emosi, jamani, intelek dan
rohani seseorang.
Daripada definisi di atas, kesusasteraan Melayu disimpulkan bahawa merupakan
hasil karya masyarakat Melayu bagi memberi mesej, mempunyai kata-kata yang indah
serta dapat menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan tertentu.
1.
2.2 BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU
KESUSASTERAAN
MELAYU
Kesusasteraan Melayu Kesusasteraan Melayu
Tradisional Moden
Prosa Puisi Prosa Puisi
Rajah 1.0: Kesusasteraan Melayu
Kesuasteraan Melayu yang ada di Malaysia khususnya dan di Nusantara umumnya
dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kesusasteraan Melayu Tradisional dan
Kesusasteraan Melayu Moden. Prosa tradisional merupakan hasil karya seni yang
disampaikan melalui bahasa. Seterusnya, dari segi bentuknya Kesusasteraan Melayu
Tradisional atau dikenali juga sebagai Kesusasteraan Melayu Klasik dapat dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu Prosa Melayu Tradisional dan Puisi Melayu Tradisional.
Seterusnya, Kesusasteraan Melayu Moden juga dari segi bentuknya, ianya sama
dengan Kesusasteraan Melayu Tradisional yang juga dibahagikan kepada dua iaitu
Prosa Melayu Moden dan Puisi Melayu Moden.
2.
2.3 JENIS KESUSASTERAAN MELAYU
2.3.1 PROSA TRADISIONAL
PROSA
TRADISIONAL
Sastera Rakyat Sastera Istana
(Lisan) (Tulisan)
- Mitos
- Legenda
- Cerita Rakyat
Rajah 2: Jenis-jenis Prosa Tradisional
Prosa tradisional merupakan bentuk kesusasteraan yang masih kekal hingga ke hari ini
dan masih menjadi sumber pengetahuan, amalan, pengajaran, sempadan tingkah laku
atau sumber atau pengenalan masyarakat Melayu kepada masyarakat luar. Justeru,
ianya berbeza dengan sastera lama kerana sastera lama bersifat sementara. Prosa
tradisional merupakan sastera yang mempunyai sifat yang diwarisi secara turun-
temurun serta pada awalnya menerima pengaruh Hindu dan Buddha. Setelah Hindu dan
Buddha kurang menyumbang dalam perkembangan prosa tradisional maka
berkuranglah pengaruh tersebut. Setelah kedatangan Islam, iaitu pada abad ke-14
hingga abad ke 16, prosa tradisional mengalami perkembangan yang positif dan
menyebabkan muncul tulisan Jawi yang merupakan tulisan penting bagi penganut
agama Islam justeru mengambil alih peranan agama Hindu dan Buddha
2.3.1.1 Sastera Rakyat (Lisan)
Sastera lisan merupakan ungkapan dari mulut ke mulut di mana hasil kebudayaan lisan
dalam masyarakat tradisional yang isinya dapat disejajarkan dengan tulisan dalam
masyarakat moden. Erti kata lain, ianya merupakan sastera yang diwariskan secara lisan
seperti pantun, nyanyian rakyat, dan cerita rakyat. Justeru sastera lisan disebut juga
sebagai sastera rakyat.
3.
Konsep sastera rakyat di mana sastera ditakrifkan sebagai hasil-hasil kreatif yang
termasuk dalamnya daya ciptaan imginasi pencipta itu sendiri. Masyarakat pula
bermaksud kumpulan manusia yang hidup secara berkelompok dan bersifat primitif.
Rakyat pula ialah orang biasa yang hidup kolektif bagi membentuk satu sistem
kekeluargaan yang besar. Sastera rakyat merupakan hasil karya yang diinspirasikan dan
disampaikan secara lisan serta dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu naratif yang
merangkumi mitos, legenda dan cerita rakyat. Kategori seterusnya ialah bukan naratif
yang merangkumi puisi rakyat.
Mitos merupakan cerita yang dianggap benar-benar terjadi dan dianggap suci oleh
empunya cerita dan masyarakatnya serta mengisahkan kejadian alam semesta,
manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, bentuk muka bumi dan kejadian alam. Tokoh
yang terlibat merupakan makhluk halus serta dewa pada zaman dahulu. Dalam sastera
Melayu terdapat tiga jenis mitos iaitu mitos asal usul, mitos institusi sosial dan mitos
politik. Mitos asal usul merupakan mitos yang berlaku pada masa lampau serta
mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu melalui pemikiran yang bersifat mistik
serta magis. Sebagai contohnya, asal usul kejadian alam, kejadian bintang dan lain-lain
lagi. Seterusnya, mitos institusi sosial merupakan suatu yang mengisahkan asal usul
sesebuah institusi sosial dalam masyarakat melayu seperti kedatangan Islam, institusi
bomoh iaitu perubatan, adat berandam dan lain-lain lagi. Manakala mitos politik pula
merupakan cerita yang berkaitan dengan struktur pemerintahan dan kerajaan seperti
dalam cerita keturunan raja raja Melayu dalam penubuhan sesebuah kerajaan Pasai,
Melaka dan Samudera. Namun, pada masa kini ianya tidak lagi menjadi mitos
disebabkan oleh pengaruh agama masing-masing.
Legenda pula merupakan cerita yang dipercayai benar-benar berlaku tetapi tidak
dianggap suci. Antara jenis legenda dalam masyarakat Melayu ialah legenda
keagamaan iaitu cerita mengenai orang alim dan penyebar agama misalnya Habib Noh
dan Tok Kenali. Selain itu, legenda alam ghaib yang dianggap benar-benar terjadi serta
berfungsi meneguhkan kebenaran berkaitan dengan sesuatu kepercayaan. Legenda
yang berikutnya ialah legenda perseorangan yang berkaitan dengan tokoh-tokoh
tertentu yang dianggap segala peristiwa berkaitan dengan tokoh tersebut benar-benar
terjadi. Contohnya ialah tokoh kepimpinan berkaitan tokoh Hang Tuah dan Tun Perak,
4.
tokoh agama seperti Sheikh Omar Bashyir dan lain-lain lagi. Legenda tempat pula cerita
mengenai asal usul sesuatu tempat di mana nama tempat itu berkaitan dengan nama
tokoh ataupun binatang. Sebagai contoh, nama tempat Pekan Langgar di Kedah
dikatakan diambil sempena pelanggaran Siam ke atas Kedah. Seterusnya, legenda
tokoh seperti cerita Mahsuri yang dianggap benar kerana ruang dan masa berkaitan
cerita tersebut dipercayai benar-benar wujud seperti makam Mahsuri yang terdapat di
Pulau Langkawi.
Cerita rakyat merupakan sumber hiburan, menegakkan kebenaran dan
mengandungi moral atau sindiran yang berasaskan cerita binatang. Sebagai contoh,
Cerita Sang Kancil menipu Gergasi mengisahkan kecerdikan Sang Kancil menggunakan
helah untuk menghalau gergasi yang mengganggu ketenteraman tempat tinggal
penduduk kampung. Beberapa cerita rakyat ialah cerita penglipur lara yang dituturkan
oleh para penglipur lara seperti Tok Selampit, Awang Belanga dan Awang Batil. Ianya
berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan serta diselit dengan puisi tradisional dengan
tema berkaitan peperangan, percintaan dan pengembaraan. Di samping itu, cerita
jenaka yang menimbulkan rasa geli hati dan gembira bagi orang yang mendengarnya.
Selain itu, cerita teladan mempunyai unsur didaktif serta sarat dengan unsur moral dan
pendidikan. contoh cerita jenis ini ialah Bawang Putih Bawang Merah dan Batu Belah
Batu Bertangkup.
2.3.1.2 Sastera Istana (Tulisan)
Setelah penerimaan Islam sekitar abad ke-15 sastera tulisan mula diperkenalkan
dan berkembang dalam istana. Satu perubahan besar berlaku iaitu daripada lisan
kepada tulisan dalam penghasilan karya kesusasteraan. Dengan itu, lahirlah karya
kesusasteraan yang berpusatkan istana. Sastera tulisan ini terbahagi kepada lima iaitu
sastera hikayat seperti Hikayat Gul Bakawali, Hikayat Seri Rama dan Hikayat Raja Pasai.
Seterusnya, sastera undang-undang merupakan bahan kajian tentang sistem
pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama seperti Hukum
Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Pahang. Di samping
itu, sastera epik juga disebut sebagai sastera pahlawan dan bersifat sejagat si mana
5.
ianya mementingkan ciri kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul. Selain itu,
sastera panji yang berkisar kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan seperti
Hikayat Cendawan Putih. Seterusnya, sastera agama yang berfokus pada cerita yang
kehebatan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia
yang dapat dilihat dalam Hikayat Bulan Berbelah.
2.3.2 PUISI TRADISIONAL
PUISI TRADISIONAL
Pantun Gurindam Syair Seloka
Rajah 3: Jenis-jenis Puisi Tradisional
Puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. Ianya juga
digunakan dalam masyarakat Eropah bagi menghasilkan dua buah epik yang berjudul
Iliad dan Odyssey. Begitu juga dengan masyarakat Hindu di mana puisi digunakan untuk
melahirkan Mahabharata dan Ramayana. Genre dalam puisi tradisional ialah syair,
gurindam, pantun, seloka,mantera, teka-teki dan lain-lain lagi (Harun Mat Piah, 1989).
Namun dalam perbincangan ini hanya memfokuskan empat jenis puisi tradisonal iaitu
pantun, gurindam,syair dan seloka seperti rajah di atas.
Pantun tidak wujud dalam kekosongan atau vakum (Ungku Aziz, 2011). Pantun
merupakan asal kepunyaan masyarakat Melayu serta kaedah rangkapan yang tertua.
Ianya digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan gembira, sedih, marah
dan sebagainya. Mayarakat Melayu biasa benbalas-balas pantun sesame mereka serta
panda berpantun semenjak orang Melayu belum tahu surat menyurat. Pantun dicipta
dengan dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap
6.
dan berkait. Justeru, ianya merupakan pengungkapan yang mengandungi unsur
pembayang maksud dan maksud. Ciri-ciri pantun ialah berdasarkan bilangan baris
dalam rangkap. Bagi pantun empat kerat baris satu dan dua ialah pembayang manakala
baris tiga dan empat ialah maksud. Bilangan perkatan bagi setiap baris ialah 4 hingga 6
patah perkataan dan bilangan suku kata ialah antara 8 hingga 12. Rima atau bunyi akhir
adalah sejajar iaitu bagi pantun dua kerat ‘a’, ‘a’, manakala bagi pantun empat kerat pula
rima akhir berbentuk ‘a’, ‘b’, ‘a’,’b’. Jenis jenis pantun dibahagikan bergantung pada
fungsi dan kandungan pantun itu sendiri.
Gurindam merupakan sejenis syair yang tetap sukatannya atau rangkapnya (Za’ba,
1965). Gurindam sebagai satu bentuk puisi Melayu tradisional seperti mana yang
dikenali sekarang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui ‘Gurindam Dua Belas’ yang
dikarang pada tahun 1846. Seterusnya, ianya juga berasal dari Bahasa Tamil iaitu
‘iradam’ yang bermaksud puisi sevara terbuka. Gurindam mempunyai dua jenis iaitu
terikat dan tidak terikat di mana yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap yang
mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dengan skema rima akhir ‘a’ ‘a’.
Manakala tidak terikat pula mengandungi skema rima, baris serta jumlah suku kata yang
tidak tetap. Lazimnya, guridam mempunyai dua baris serangkap serta seuntai gurindam
memerlukan beberapa rangkap utuk melengkapkan keseluruhan idea. Justeru, bahasa
yang digunakan bernas dan serius manakala isinya mengandungi nasihat, pengajaran,
kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.
Syair merupakan sejenis puisi berlagu serta berasal dari Parsi dan dibawa
masuk ke Nusantara bersama sama kedatangan Islam. Ianya diubahsuai mengikut
kesesuaian bahasa Melayu Klasik ketika itu. Syair berasal daripada puisi Arab iaitu ‘syir’
tetapi bentuk syair dalam kesusasteraan Arab amat berbeza dengan kesusasteraan
Melayu (Mohd. Yusof Md Nor, 2016). Istilah syair berasal daripada Bahasa Arab menurut
pendapat keseluruhan pengkaji yang bermaksud puisi secara umum. Namun, dalam
Bahasa Melayu, syair tidak beracuankan mana-mana puisi tetapi dalam bentuk acuan
masyarakat Melayu sahaja. Syair Melayu mengandungi empat baris serangkap dengan
rima akhir ‘a’, ‘a/a,a serta setiap baris mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan dan
suku kata pula 8 hingga 12 bagi setiap baris. Seterusnya, setiap baris terdapat suatu
hentian dan setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap yang berurutan untuk
memberi idea yang lengkap. Syair juga merupakan pernyataan yang berlarutan bagi
mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian.
7.
Istilah seloka berasal daripada perkataan ‘shloka’ iaitu dalam Bahasa Sanskrit
yang bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Semasa perkembangan agama
Hindu di Asia Tenggara seloka mula dikenali di alam Melayu. Seloka merupakan puisi
tradisional yang bercorak karangan berangkap atau bahasa berirama. Justeru, ianya
merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka,
gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Sungguhpun begitu, isi dan mesejnya sarat
dengan sindiran yang berguna untuk menjadi pengajaran dan teladan oleh pendengar
atau pembaca. Sebahagian besar seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat
baris serangkap seperti pantun seloka namun binaannya lebih mirip kepada bentuk
pantun atau syair. Ditemui juga seloka yang ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap
barisnya menjadi isi puisi berkenaan seperti Seloka Pak Kaduk, Seloka Pandai Pak
Pandir dan Seloka Emak Si Randang.
2.3.3 PROSA MODEN
PROSA
MODEN
Cerpen Drama Novel
Rajah 4: Jenis-jenis Prosa Moden
Selepas tahun 1800 Masihi, hasil karya sastera digolongkan dalam sastera moden.
Sajak bebas pada hari ini merupakan suatu penyimpangan daripada bentuk puisi lama
seperti pantun dan syair. Pengkarya sastera Melayu moden ialah Abdullah bin Abdul
Kadir Munsyi serta Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah merupakan hasil
karya terkenal beliau.
8.
Cerpen merupakan hasil gabungan dua perkataan iaitu cerita pendek. Apabila
kegiatan persuratkhabaran Melayu mencapai zaman kegemilangannya, cerpen mula
berkembang pada sekitar tahun 1930 an. Cerpen merupakan alat yang menggambarkan
suatu zaman melalui masalah sosial, politik atau ekonomi malah bukan sahaja
menggambarkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang. Seterusnya,
cerpen membawa satu tema sahaja dan beberapa persoalan bagi menghasilkan kesan
mendalam kepada pembaca. Perwatakan dalam cerpen memusatkan perkembangan
watak kepada beberapa orang tertentu sahaja. Percetusan konflik antara watak
protagonis dan antagonis akan dianggap penting sebagai unsur dramatik. Justeru
percetusan perasaan dapat mencuit hati pembaca bagi pengalaman yang digambarkan.
Selain itu, hanya terdapat satu plot sahaja dalam penulisan cerpen.
Novel diistilahkan dengan novella daripada Bahasa Itali yang bermaksud satu
benda kecil yang baharu. Novel mengisahkan kejadian yang dipusatkan kepada
sebahagian daripada kehidupan manusia pada suatu tempat dan masa tertentu. Novel
terbina dalam bentuk sastera cereka yang merupakan satu pentafsiran rencam hidup
manusia. Tiga faktor utama yang saling berkait dalam penghasilan novel ialah
pengalaman peribadi, realiti hidup dan imaginasi. Idea yang tercetus daripada ketiga-
tiga faktor ini bukan sahaja berkisar mengenai tahap kehidupan manusia bahkan boleh
berlegar di sekitar kehidupan selain daripada manusia itu sendiri. Contoh novel ialah
Cinta Gadis Rimba, Darah Kedayan dan Minah Joget Moden. Ianya dihasilkan oleh
Harun Aminurrashid yang bercorak kemasyarakatan.
Drama digolongkan dalam genre prosa moden serta salah satu bentuk karya
sastera. Drama juga merupakan satu bentuk di mana penulis menyampaikan mesej atau
pemikiran melalui lakonan serta dialog. Justeru, drama merupakan jenis karya sastera
yang dibangunkan oleh unsur intrinsik iaitu satu kesatuan yang membentuk karya secara
keseluruhan. Skrip drama merupakan unsur yang mendukung drama itu sendiri serta
menjadi panduan kepada pengarah. Dalam menyelaraskan pementasan, pengarah juga
memainkan peranan penting serta setiap peranan yang ditulis dalam skrip penting bagi
pemegang watak tersebut. Selain itu, bagi tujuan pementasan, pentas ataupun
panggung juga penting dalam sesuatu pementasan drama itu. Beberapa unsur seperti
bunyi, cahaya, pakaian, penonton dan tata rias merupakan unsur yang penting bagi
kesempurnaan pementasan.
9.
2.3.4 PUISI MODEN
PUISI MODEN
Sajak
Rajah 4
Sajak ialah puisi baharu yang popular lahir sebagai pilihan kepada puisi tradisional
(Hashim Awang, 1985). Sajak merupakan satu-satunya genre puisi dalam puisi moden
yang lebih bebas. Dalam sajak, keberkesanan pengucapan perasaan melalui pemilihan
kata-katanya yang saling menumpang dan terjalin menurut erti serta irama lebih penting.
Hal ini bermaksud sajak adalah suara hati atau luahan perasaan seseorang serta lahir
daripada perasaan dan jiwa yang baik. Di samping itu, sajak tidak terikat pada pemilihan
kata atau diksi, pembentukan rangkap, baris serta pematuhan skima rima akhir seperti
dalam puisi tradisional. Sajak ini juga adanya nama penulis sebagai pengakuan hak ke
atas sesebuah karya walaupun menggunakan nama samaran atau nama pena. Hal ini
demikian berbeza dengan puisi Melayu tradisional yang bersifat kolektif iaitu milik
bersama.
2.4 CIRI KESUSASTERAAN MELAYU
Kesusasteraan Melayu bersifat positif dan mempunyai ciri-ciri tertentu seperti keindahan
yang merujuk kepada gaya dan lenggok bahasa yang digunakan dapat menyerlahkan
keindahan sesebuah hasil karya itu. Keindahan karya bergantung pada unsur-unsur
yang memenuhi empat syarat iaitu keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan berfokus
atau penekanan sesuatu unsur. Sebuah karya seni yang indah mengandungi kesemua
unsur bentuknya secara lengkap.
10.
Ciri kesusasteraan seterusnya ialah mencerminkan pengalaman di mana
pengalaman merujuk kepada tindak balas yang utuh dari jiwa manusia yang
digambarkan secara realiti. Ianya disebut utuh kerana bukan hanya merujuk kepada
kegiatan fikiran, tetapi juga perasaan dan imaginasi. Realiti merupakan sesuatu yang
dapat merangsang atau menyentuh kesedaran manusia, sama ada di dalam atau di luar
dirinya. Hal yang sedemikian dapat dialami melalui pancaindera seseorang secara sedar
dan hasil tindak balas terhadap fikiran, perasaan dan imaginasi, maka timbullah perkara
yang disebut pengalaman.
Pengalaman seni merupakan ciri kesusasteraan berikutnya di mana melalui
peristiwa sastera, pembaca dapat memahami dan merasai fikiran dan perasaan
pengkarya. Pembaca harus sedar akan nilai-nilai lain yang terkandung dalam karya
sastera. Nilai sastera bukan sahaja terletak pada perkara yang disampaikan oleh
pengkarya malah cara dan bentuk dititikberatkan juga. Karya sastera memberikan
kepuasan kepada pembaca dalam menyelami dan memahami isi hati pengkarya melalui
gagasan dan fikiran yang mengagumkan pembaca.
Di samping itu, karya seni merupakan ciri yang beikutnya. Bagi membezakan
karya sastera dengan karya bukan sastera ada tiga perkara iaitu sifat fiksyen, nilai-nilai
estetik dan gaya bahasa yang khusus. Sastera sebagai karya seni harus mempunyai
ciri-ciri seperti keutuhan, keseimbangan, keselarasan dan penekanan. Hasil karya
sastera tidak hanya mementingkan bentuk ungkapan yang indah malah untuk
mendapatkan hasil yang bermutu dari segi bentuk, isi, ekspresi dan bahasanya.
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
Fungsi sastera Melayu mewujudkan pemikiran yang bijaksana sentiasa memimpin
manusia untuk mencapai kemajuan yang sesuai untuk kemaslahatan hidup.
Sehubungan ini, pemikiran dalam sastera Melayu dapat membentuk sosialisasi
masyarakat dengan jelas. Pemikiran yang dimaksudkan itu masih utuh dan murni
walaupun diletakkan dalam mana-mana zaman yang sentiasa berubah.
11.
3.1 ASPEK HIBURAN
Karya sastera akan memberi keseronokan yang indah apabila hiburan terdapat
didalamnya. Ianya terhasil daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau
rentak yang indah, unsur kelucuan dan sebagainya. Hal ini demikian dikatakan penting
fungsi hiburan dalam karya sastera kerana cerita penglipurlara diterima oleh masyarakat
sebagai karya yang diminati dan digilai pada suatu ketika dahulu. Seterusnya, pantun
merupakan karya sastera yang popular kerana keupayaannya membawa keindahan
yang menghiburkan. Sebagai contoh dalam pantun yang berbunyi seperti berikut:
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Hiburan dalam pantun tersebut dapat dilihat melalui rentak dan irama yang
membentuk irama dalam pantun. Seterusnya, pelbagai variasi digunakan dalam
menyampaikan pantun seperti dapat dijadikan lirik lagu popular, lagu dikir barat dan
pelbagai lagi bagi menambahkan fungsi hiburannya. Di samping itu, dalam karya sastera
rakyat iaitu cerita jenaka Pak Kaduk yang mengisahkan Pak Kaduk yang gila berlaga
ayam. Cerita ini bukan sahaja menghibur tetapi sarat dengan mesej dan pengajaran
yang ingin disampaikan.
3.2 ASPEK PENDIDIKAN
Pengalaman-pengalaman para pengarang seperti dalam bidang ekonomi, politik, agama
dan sosiologi diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka. Sehubungan
itu, pendidikan secara tidak langsung berlaku di mana pengalaman tersebut dijadikan
prosa atau puisi dengan unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang
tinggi nilainya. Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu diperkenalkan di negara Malaysia
sejak tahun 1957 lagi. Hal ini demikian kerana matlamatnya adalah untuk membolehkan
pelajar atau rakyat Malaysia khususnya menjiwai unsur dan nilai murni dari segi
kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan dan
sebagainya tercapai. Masyarakat yang kreatif dan mampu mengkaji keindahan karya
sastera dapat dilahirkan dengan adanya pendidikan Kesusasteraan Melayu.
12.
Peranan utama sastera Melayu ialah dapat membina insaniah dalam kehidupan
manusia. Oleh hal yang demikian, Kesusasteran Melayu memainkan peranan sebagai
satu cabang ilmu dan senjata yang dapat meresapi dan berkembang dalam pelbagai
disiplin ilmu di peringkat sekolah. Seterusnya mereka didedahkan dengan Teknik
penulisan ilmiah, rencana dan sebagaimya di peringkat pengajian tinggi. Oleh sebab itu,
amatlah wajar teks-teks sastera Melayu dijadikan bahan bacaan wajib bagi para pelajar
sekolah.
3.3 ASPEK DAKWAH
Dakwah merupakan proses penyampaian pesanan Tuhan kepada manusia melalui
medium atau saranan sebagai dakwah. Dalam hal ini sudah semestinya dilakukan
melalui bahasa sebagai saranan dakwah serta efektif. Nilai-nilai kesusasteraan juga
dijunjung tinggi oleh Islam di mana dialektika yang terdapat dalam sastera
menyebabkannya mampu menyampaikan pesanan Tuhan. Dakwah dapat didefinisikan
sebagai cara mendorong manusia untuk berbuat kebaikan dan mencegah dari
perbuatan mungkar supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Kesusasteraan
berfungsi dalam dakwah bagi menyembunyikan pesanan yang hendak dituturkan
kepada pembacanya melalui metafora, ragam estetika dan sebagainya. Ianya
merupakan medium yang lebih neutral serta mempunyai waktu yang tidak terbatas
dalam menjelajahi medan makna.
3.4 ASPEK KRITIKAN SOSIAL
Sastera merupakan suatu rakaman kehidupan yang menyelongkar dan mengali dan
kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam
reality kehidupan manusia merupakan suatu yang dipaparkan dalam sastera kerana
ianya adalah gambaran kehidupan manusia. Lantaran itu, karya sasterajuga diolah
dalam bentuk karya kreatif di mana sifatnya sangatlah indah serta bukan sahaja
merakamkan sesuatu yang luar biasa. Karya sastera memfokuskan kepada masyarakat,
manusia dan kehidupan di mana ketiga-tiganya saling berkait antara satu sama lain.
Dalam konteks masyarakat yang mempunyai pelbagai susun lapis sudah tentu wujudnya
jurang dalam kalangan mereka. Oleh hal yang demikian tujuan menegur, mengkritik
akan mempengaruhi tindakan dan adab di mana terdapat pelbagai watak yang
mempunyai peranan masing-masing dalam masyarakat.
13.
Perkara ini dapat dilihat melalui konsep pejuang yang terdapat pelbagai tafsiran
dengan merujuk novel Titis Darah dan Harga Sebuah Maruah di mana pengarang bagi
kedua-dua novel ini landasan yang sama digunakan iaitu watak walaupun perbezaan
didapati dari aspek cara perjuangan terebut dinyatakan dalam karya tersebut. Sebagai
contohnya dalam petikan di bawah:
“…Dalam hidup ini kita tidak harus terus di belenggu dengan tekanan
yang melulu. Kita harus berani untuk membebaskan diri tanpa rasa
ragu kerana itu hak kita tetapi jangan sampai membelakangi
undang-undang.”
Dalam petikan di atas, telah memperlihatkan dengan jelas bahawa konsep
perjuangan berasaskan pertimbangan akal yang dapat dikesan melalui frasa “tetapi
jangan sampai membelakangi undang-undang.” Namun dalam novel Titis Darah Terakhir
terdapat perbezaan konsep perjuangan seperti dalam petikan berikut;
“… Jangan ada seinci tanah kita tergadai, biar darah
kita kering di badan, namun sesekali menyerah tidak
sama sekali. Ini hak kita dan hak kita perlu dipertahankan”
Hal ini demikian jelaslah perjuangan adalah untuk menegakkan hak pengorbanan
dan pertumpahan darah berdasarkan petikan di atas melalui frasa “biar darah kita kering
di badan, namun sesekali menyerah tidak sama sekali”.
4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI
Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang
mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan. Ianya diterjemahkan dalam
pelbagai rupa tetapi selalunya dalam bentuk penghasilan karya seni iaitu seni sastera.
Bahasa mudahnya, budi merupakan tempat perasaan, keyakinan dan lain-lain lagi. Oleh
hal sedemikian, budi dapat dilihat dalam pertuturan, perlakuan, kehalusan berbahasa
dan gaya hidup. Akal atau pemikiran merupakan proses menggunakan minda untuk
mencari makna dan pemahaman, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan membuat
pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Empat
aspek utama manifestasi akal budi ialah pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya
hidup.
14.
4.1 MANIFESTASI AKAL BUDI SEBUAH PANTUN
Pantun bukan seperti yang difahami hari ini dengan melihat bentuk fizikalnya semata-
mata. Sedangkan pantung itu kaya dengan falsafah sebagai gambaran dalam kehidupan
masyarakat Melayu. Kekayaan pantun terletak pada pembayang yang mengangkat alam
sebagai manifestasi masyarakat Melayu (T. Effendy, 2005).
Mudik sungai berakit-rakit,
Rakit bersama si Awang Budiman,
Baju Melayu berkain songket,
Warisan bangsa zaman berzaman.
Pantun tersebut menyatakan bahawa belayar di sungai dengan menggunakan rakit
bersama Awang Budiman berbaju Melayu songket. Baju Melayu berkain songket
melambangkan pakaian warisan bangsa iaitu pakaian turun temurun masyarakat
berbangsa Melayu dari dahulu lagi. Baju Melayu juga merupakan pakaian yang
bersesuaian dengan kesantunan berpakaian masyarakat Melayu kerana baju Melayu
sudah menunjukkan etika beradab dalam berpakaian sopan. Pantun ini menyatakan
bahawa percakapan seseorang masyarakat Melayu itu menunjukkan keperibadian
seseorang serta bangsanya sama ada baik atau buruk bangsa Malaysia itu. Jadi amatlah
penting bagi setiap rakyat Malaysia memelihara peribadi yang unggul di mata orang luar.
Bawa Jerami muatan sendat,
Singgah di beting tepian laman,
Datang kami kunjung beradat,
Ingin menyunting bunga di taman.
Pantun ini menunjukkan kesantunan masyarakat Melayu dalam mengekalkan adat
peminangan. Jerami seperti yang kita ketahui apabila ditindan-tindankan akan menjadi
padat dan diibaratkan sebagai hantaran. Mereka singgah ataupun berhenti di kawasan
halaman sebuah rumah bagi mengunjung. Berkunjung pula dengan beradat dengan
membawa hantaran bagi meminang si pilihan hati. Jelaslah bahawa pantun ini
menunjukkan bahawa masyarakat Melayu amat mementingkan dan menonjolkan nilai
kesantunan lisan yang tinggi dari segi penyusunan kata yang penuh beradat dan santun
ketika ingin menghalalkan sesuatu hubungan yang melibatkan kedua-dua pihak
keluarga.
15.
4.2 MANIFESTASI AKAL BUDI SEBUAH SYAIR
Syair Nasihat: Penghujung tharamat Al-Muhimat yang mengandungi lapan rangkap.
Dengarkan tuan ayah berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajikan ayahanda beri,
Amalkan jangan malas dan ngeri.
Berdasarkan rangkap pertama, pengarang menyatakan bahawa nasihat yang
diberikan si ayah adalah dengan cara yang lembut namun dengan nada yang tegas.
Nasihat yang diberikan adalah dengan ungkapan kata-kata semangat di mana
merupakan pujian yang sederhana seterusnya memberi nasihat yang sebenarnya ingin
disampaikan olehnya. Nasihat tersebut berbentuk arahan di mana si ayah menegur
supaya jangan mala dalam melakukan sebarang pekerjaan.
Ayuhai anakanda muda remaja,
Jika anakanda menjadi raja,
Hati yang betul hendak disahaja,
Serta rajin pula bekerja.
Seterusnya bagi rangap kedua, pengarang ingin memberitahu bahawa si ayah
seterusnya menasihatkan anakandanya bahawa dia masih remaja dan sekiranya
menjadi raja kelak hendaklah memimpin dengan sentiasa niat yang tulus dan ikhlas
dalam melaksanakan tanggungjawab. Hal ini demikian kerana niat yang baik akan
menyebabkan hati sentiasa tenang dalam melakukan sebarang pekerjaan. Nasihat
seterusnya ialah kerajinan dan kesungguhan seseorang pemimpin perlulah ditonjolkan
supaya rakyat senang dan tidak risau dengan sikap pihak atasan.
Kerja kebajikan janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.
16.
Bagi rangkap ketiga pula, pengarang ingin menyatakan bahawa si ayah
seterusnya menasihati anaknya supaya tidak malas dalam melaukan sesuatu perkara
mahupun dari segi zahir dan batinnya. Usaha sehabis baik perlu dilaksanakan demi
kebaikan bersama iaitu dengan menunjukkan kesungguhan dengan rajin bekerja. Air di
dalam gelas itu menunjukkan bahawa tiada sebarang kekotoran di dalam air tersebut
serta jernih airnya umpama hati seseorang di mana jia hatinya ikhlas melakukan sesuatu
tiada sebarang kekotoran atau niat jahat dalam hatinya.
Menuntut ilmu janganlah segan,
Ilmu yang benar jangan yang bukan,
Iaitu ilmu yang kebajikan,
Di kitab ini sudah disebutkan.
Seterusnya, bagi rangkap keempat, nasihat seterusnya ialah si anak seharusnya
tidak segan untuk menuntut ilmu kerana ilmu itu luas dan penting bagi setiap individu
menjalankan kehidupan sehariannya serta tidak boleh mengabaikan kepentingan ilmu.
Justeru, ilmu yang dituntut pula semestinyalah ilmu yang dapat memberi kebajikan atau
kebaikan bukan sahaja terhadap diri sendiri malah orang di sekeliling kita serta bukan
menuntut ilmu yang menjurus kepada kerosakan yang dapat memusnahkan diri. Hal ini
juga ada disebut dalam kitab al-quran setiap perkara yang perlu dilakukan oleh
seseorang pemimpin supaya dapat menjadi pemimpin yang beik terhadap rakyatnya.
Hendaklah anakanda mengaji selalu,
Dari yang lain lebihkan dulu,
Had syarak jangan dilalu,
Tidaklah anakanda beroleh malu.
17.
Rangkap kelima, pengarang ingin menyatakan bahawa dalam mengaji atau
menuntut ilmu si anak perlu digesa. Hal ini demikian kerana proses menuntut ilmu
diutamakan bagi membantu mereka terus belajar daripada terus melakukan perkara
yang tidak berfaedah. Ini juga merupakan suatu yang penting buat mereka menjalani
kehidupan dengan lebih selesa. Di samping itu, peraturan atau hukum kehidupan
semetinya tidak boleh dilanggar dengan sewenang-wenangnya. Hal ini demikian bagi
mematikan mereka tidak mendapat malu atau imej mereka buruk.
Segala perbuatan dengan berilmu,
Maka kebajikan boleh bertemu,
Jika sebarang-barang diramu
Akhirnya anakanda jatuh tersemu.
Rangkap keenam pula, pengarang ingin menyatakan bahawa si ayah juga
menasihati si anak supaya segala perbuatan hendaklah berasaskan ilmu. Hal demikian
dapat menjamin perbuatan si anak akan selaras dengan tujuan kebajikan yang hendak
dicapai. Sebaliknya jika si anak bertindak tanpa ilmu, atau semberono, kemungkinan
untuk menjadi insan yang keliru atau terpedaya sangatlah besar kemungkinan.
Ilmu itu besar faedahnya,
Membezakan hak dengan batilnya,
Mengetahui rakyat benar salahnya,
Supaya dihukum dengan adilnya.
Rangkap ketujuh, pengarang menyatakan bahawa apabila eseorang menuntut
ilmu, dia akan memperoleh faedah yang besar. Hal ini demikian kerana dengan adanya
ilmu kita dapat membezakan perkara yang benar dengan perkara yang palsu serta yang
batil dan yang hak. Justeru, dengan ilmu juga dapat membantu pemimpin dalam
mengetahui kesalahan yang dilakukan oleh rakyatnya serta dapat dapat mengadili atau
menghakimi rakyat dengan adil. Keputusan seseorang pemimpin yang berlandaskan
ilmu juga bersifat adil dan dapat diterima dengan senang hati serta penting dititik
beratkan.
18.
Jika ilmu tidak diendah,
Sebab anakanda capak permudah,
Rakyat datang membawa gundah,
Anakanda tercengang tunduk terngadah.
Rangkap kelapan, pengarang ingin menyatakan bahawa jika seseorang
pemimpin dalam sesebuah keluarga atau mana institusi tidak mempedulikan
kepentingan menuntut ilmu disebabkan sikap si anak yang mengambil mudah serta
mengabaikan ilmu, setelah rakyat datang mengadu masalah atau kemusykilan yang
berlaku bagi memohon pertolongan, tercengang dan termangulah si pemimpin akibat
tiada ilmu. Justeru, semakin pudarlah mata rakyat dengan sifat kewibawaan seseorang
pemimpin sedemikian.
4.3 MANIFESTASI SEBUAH SELOKA
Seloka yang terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seloka Pandai Pak Pandir yang
diambil dari Cerita Jenaka Rakyat. Contoh selokanya:
Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air tempayan dicurahkan
Seloka Pandai Pak Pandir bertujuan untuk berhibur dan berjenaka serta terselit
unsur sindiran. Akal budi dalam seloka ini ialah bagi menyindir seseorang yang bersikap
mengutamakan orang lain. Seharusnya, seseorang bersikap mendahului orang yang
paling rapat atau keluarga dan bukannya orang asing demi kepentingan diri. Hal ini
dibuktikan dengan Pak Pandir mengabaikan anaknya serta menyakitinya dalam frasa
‘anak dipijak’. Malah orang yang tiada kaitan dalam keluarganya diberi layanan yang
19.
baik seperti dalam frasa ‘dagang dijinjing’. Seterusnya, bagi frasa ‘hartanya habus
tergadai’ pula menggambarkan Pak Pandir tidak bijak menguruskan hartanya yang
boros serta terpaksa menggadaikan hartanya. Kemungkinan Pak Pandir berjudi dan
selalunya harta yang akan dipertaruhkan. Disebaban Pak Pandir kalah hartanya habis
tergadai dan diberikan kepada pihak yang menang. Perkara ini terbukti dalam frasa
‘hartanya habis tergadai’.
Bagi baris sedar bertelanjang merupakan suatu kritikan halus bagi maruah diri
tercalar. Semestinyalah apabila Pak Pandir sedar dirinya tidak berpakaian, dia akan
berasa sangat malu dan pakaian itu diibaratkan sebagai maruah diri. Selain itu,
pengarang juga mengkritik sikap individu yang terlalu mendengar cakap orang lain serta
cepat terpengaruh seperti dalam frasa ‘Mendengar guruh di langit, air tempayan
dicurahkan’.
4.4 MANIFESTASI AKAL BUDI SEBUAH GURINDAM
Gurindam Dua Belas
Ini Gurindam Pasal yang Pertama:
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat.
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia.
tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat.
tahulah la dunia mudarat.
20.
Akal budi gurindam ini pengarang ingin menjelaskan bahawa apabila ketika ita hidup
tidak mengenal agama, yakinlah bahawa hidupnya itu sia-sia tanpa hala tuju. Hal ini
demikian akan menyebabkan perasaan gelisah dan risau akan sering menghantui diri.
Apabila seseorang mengetahui maritat, syariat, hakikat dan tarikat, hidup seeorang akan
menjadi tenang tanpa perasaan was-was. Seterusnya, seseorang itu perlu melakukan
suruhan dan menjauhi larangn-Nya kerana akan memperoleh pahala dan syurga tempat
baginya. Namun ramai yang terperdaya dengan nikmat dunia walhal kehidupan di dunia
hanyalah sementara dan akan kekal di akhirat. Sesiapa yang sedar dia mempunyai
kekurangan, dia akan selalu berdamping dengan Tuhan yang akan memberi kejayaan
di dunia dan akhirat.
Selain itu sifat dunia yang sementara seharusnya kita ketahui dan tidak mudah
terpengaruh dengan godaannya. Jelaslah bahawa hakikat kehidupan yang sebenar
ialah menjadikan dunia sebagai jambatan kehidupan di akhirat yang kekal buat selama-
lamanya. Dalam konteks falsafah dan pemikiran juga boleh dilihat dalam puisi ini di mana
ianya membincangkan pelbagai soal kehidupan manusia sama ada di dunia ataupun
akhirat. Persoalan yang terkandung termasuklah perkara yang berkaitan mengenai
aqidah dan tasawuf, syariat rukun Islam, kepentingan menjaga akhlak, serta konsep
pemerintahan. Secara tidak langsung nilai-nilai islam yang disusun dalam Gurindam Dua
Belas ini dapat mencerminkan diri setiap individu bagi memiliki kualiti serta jati diri yang
baik dan indah serta sempurna.
21.
5.0 RUMUSAN
Tuntsanya, kesusasteraan Melayu amatlah penting dipelajari sejak kecil lagi. Hal ini
demikian kerana mesej yang ingin disampaikan melalui karya sastera ini dapat difahami
serta diserap dengan lebih mudah. Sehubungan dengan itu, keindahan bahasa seusatu
karya sastera juga dapat dinikmati dengan setiap bait-bait kata yang dipaparkan.
Justeru, karya sastera juga mengandungi banyak unsur estetika dan amatlah sesuai
diajar kepada semua pelajar dalam sistem pendidikan di negara ini. Hal ini demikian
dapat menimbulkan rasa kebersamaan bahasa dengan kebudayaan. Oleh hal yang
demikian, kita sebagai bakal guru perlulah lebih menjiwai dan mendalami ilmu
pengetahuan mengenai sastera kerana ianya melambangkan budaya kita dari nenek
moyang dulu di samping dapat melahirkan masyarakat yang kreatif.
22.
RUJUKAN
Abdul Aziz (Ungku). (2011). Pantun dan kebijaksanaan akal budi Melayu. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Effendy, T., Onong Ucjhan. (2005). Ilmu komunikasi dan praktek. PT. Remaja
Rosdakarya.
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. (1985). Mendekati kesusasteraan Melayu. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohd Yusof Md Nor & Abd. Rahman Kaeh. (2016). Puisi Melayu tradisi. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Siti Hajar Abd. Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Za’ba. (1965). Ilmu mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
23.