INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Nama : NURIN ZULAIKHA BINTI
MUHAMMAD KHALIL
No. K/P : 030313020836
Angka Giliran : 2021242310199
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : X8
Nama Pensyarah : ENCIK ABDUL RANI B HASSAN
Tarikh Hantar : 14 MAC 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar:________nurin_________Tarikh : 14 MAC 2022
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
SOALAN
TUGASAN 1: Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya
yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan
gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan
dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book
dengan menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta
memanifestasikan akal budi dalam sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan
sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang
merangkumi tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan
sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.
i.
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
BIL PERKARA 1
1. 1.0 Pengenalan 1
2. 2.0 Konsep kesusasteraan Melayu 2
3
2.1 Takrif kesusasteraan Melayu 3
2.2 Bentuk keusasteraan Melayu 3-5
2.3 Jenis Kesusasteraan Melayu 5-6
6-8
2.3.1 Prosa Tradisional 8-9
2.3.1.1 Sastera Rakyat (Lisan) 10
2.3.1.2 Sastera Istana (Tulisan)
10-11
2.3.2 Puisi Tradisional 11
2.3.3 Prosa Moden 12
2.3.4 Puisi Moden
2.4 Ciri-ciri kesusasteraan Melayu 12-13
3. 3.0 Fungi Kesusasteraan Melayu 13
3.1 Aspek Hiburan
3.2 Aspek Pendidikan 13-14
3.3 Aspek Dakwah 14
3.4 Aspek Kritikan Sosial 15
4. 4.0 Manifestasi akal budi
4.1 Sebuah Pantun 16-18
4.2 Sebuah Syair 18-19
4.3 Sebuah Seloka 19-20
4.4 Sebuah Gurindam
5. 5.0 Rumusan 21
6. Rujukan 22
ii.
1.0 PENGENALAN
Dalam kalangan masyarakat Melayu, kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya
dan ciptaan seni. Namun, setelah masyarakat berkembang pesat pada hari ini, ianya
telah menyebabkan berlaku perubahan dan menjarakkan hubungan sastera dengan
kehidupan. Hal ini demikian menyebabkan sastera menjadi satu bidang kegiatan khusus
dan tersendiri. Justeru, dahulunya sastera menjadi hak milik bersama malah kini telah
berubah menjadi kegiatan yang berkatan pernyataan diri dan hak cipta.
2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
2.1 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU
Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.
Perkataan kesusasteraan juga dikenali sebagai susastera yang terbentuk daripada
bahasa Sanskrit bermaksud huruf atau buku indah (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Dari
segi makna umum pula sastera bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab. Seni
karang-mengarang bahan sastera merupakan seni kesusasteraan yang berbentuk prosa
dan puisi. Dalam Bahasa Melayu kesusasteraan mempunyai maksud yang sama
dengan literature yang berasal daripada perkataan literate dalam Bahasa Inggeris yang
bermaksud huruf atau abjad serta digunakan untuk tatabahasa dan puisi. Kesusasteraan
Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal yang tertulis dalam Bahasa Melayu
seperti novel, cerpen, prosa tradisional, drama dan lain-lain lagi yang berunsurkan
keindahan dan kehalusan. Hal ini demikian bagi mengimbangi emosi, jamani, intelek dan
rohani seseorang.
Daripada definisi di atas, kesusasteraan Melayu disimpulkan bahawa merupakan
hasil karya masyarakat Melayu bagi memberi mesej, mempunyai kata-kata yang indah
serta dapat menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan tertentu.
1.
2.2 BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU
KESUSASTERAAN
MELAYU
Kesusasteraan Melayu Kesusasteraan Melayu
Tradisional Moden
Prosa Puisi Prosa Puisi
Rajah 1.0: Kesusasteraan Melayu
Kesuasteraan Melayu yang ada di Malaysia khususnya dan di Nusantara umumnya
dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kesusasteraan Melayu Tradisional dan
Kesusasteraan Melayu Moden. Prosa tradisional merupakan hasil karya seni yang
disampaikan melalui ahasa. Seterusnya, dari segi bentuknya Kesusasteraan Melayu
Tradisional atau dikenali juga sebagai Kesusasteraan Melayu Klasik dapat dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu Prosa Melayu Tradisional dan Puisi Melayu Tradisional.
Seterusnya, Kesusasteraan Melayu Moden juga dari segi bentuknya, ianya sama
dengan Kesusasteraan Melayu Tradisional yang juga dibahagikan kepada dua iaitu
Prosa Melayu Moden dan Puisi Melayu Moden.
2.
2.3 JENIS KESUSASTERAAN MELAYU
2.3.1 PROSA TRADISIONAL
PROSA
TRADISIONAL
Sastera Rakyat Sastera Istana
(Lisan) (Tulisan)
- Mitos
- Legenda
- Cerita Rakyat
Rajah 2: Jenis-jenis Prosa Tradisional
Prosa tradisional merupakan bentuk kesusasteraan yang masih kekal hingga ke hari ini
dan masih menjadi sumber pengetahuan, amalan, pengajaran, sempadan tingkah laku
atau sumber atau pengenalan masyarakat Melayu kepada masyarakat luar. Justeru,
ianya berbeza dengan sastera lama kerana sastera lama bersifat sementara. Prosa
tradisional merupakan sastera yang mempunyai sifat yang diwarisi secara turun-
temurun serta pada awalnya menerima pengaruh Hindu dan Buddha. Setelah Hindu dan
Buddha kurang menyumbang dalam perkembangan prosa tradisional maka
berkuranglah pengaruh tersebut. Setelah kedatangan Islam, iaitu pada abad ke-14
hingga abad ke 16, prosa tradisional mengalami perkembangan yang positif dan
menyebabkan muncul tulisan Jawi yang merupakan tulisan penting bagi penganut
agama Islam justeru mengambil alih peranan agama Hindu dan Buddha
2.3.1.1 Sastera Rakyat (Lisan)
Sastera lisan merupakan ungkapan dari mulut ke mulut di mana hasil kebudayaan lisan
dalam masyarakat tradisional yang isinya dapat disejajarkan dengan tulisan dalam
masyarakat moden. Erti kata lain, ianya merupakan sastera yang diwariskan secara lisan
seperti pantun, nyanyian rakyat, dan cerita rakyat. Justeru sastera lisan disebut juga
sebagai sastera rakyat.
3.
Konsep sastera rakyat di mana sastera ditakrifkan sebagai hasil-hasil kreatif yang
termasuk dalamnya daya ciptaan imginasi pencipta itu sendiri. Masyarakat pula
bermaksud kumpulan manusia yang hidup secara berkelompok dan bersifat primitif.
Rakyat pula ialah orang biasa yang hidup kolektif bagi membentuk satu sistem
kekeluargaan yang besar. Sastera rakyat merupakan hasil karya yang diinspirasikan dan
disampaikan secara lisan serta dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu naratif yang
merangkumi mitos, legenda dan cerita rakyat. Kategori seterusnya ialah bukan naratif
yang merangkumi puisi rakyat.
Mitos merupakan cerita yang dianggap benar-benar terjadi dan dianggap suci oleh
empunya cerita dan masyarakatnya serta mengisahkan kejadian alam semesta,
manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, bentuk muka bumi dan kejadian alam. Tokoh
yang terlibat merupakan makhluk halus serta dewa pada zaman dahulu. Dalam sastera
Melayu terdapat tiga jenis mitos iaitu mitos asal usul, mitos institusi sosial dan mitos
politik. Mitos asal usul merupakan mitos yang berlaku pada masa lampau serta
mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu melalui pemikiran yang bersifat mistik
serta magis. Sebagai contohnya, asal usul kejadian alam, kejadian bintang dan lain-lain
lagi. Seterusnya, mitos institusi sosial merupakan suatu yang mengisahkan asal usul
sesebuah institusi sosial dalam masyarakat melayu seperti kedatangan Islam, institusi
bomoh iaitu perubatan, adat berandam dan lain-lain lagi. Manakala mitos politik pula
merupakan cerita yang berkaitan dengan struktur pemerintahan dan kerajaan seperti
dalam cerita keturunan raja raja Melayu dalam penubuhan sesebuah kerajaan Pasai,
Melaka dan Samudera. Namun, pada masa kini ianya tidak lagi menjadi mitos
disebabkan oleh pengaruh agama masing-masing.
Legenda pula merupakan cerita yang dipercayai benar-benar berlaku tetapi tidak
dianggap suci. Antara jenis legenda dalam masyarakat Melayu ialah legenda
keagamaan iaitu cerita mengenai orang alim dan penyebar agama misalnya Habib Noh
dan Tok Kenali. Selain itu, legenda alam ghaib yang dianggap benar-benar terjadi serta
berfungsi meneguhkan kebenaran berkaitan dengan sesuatu kepercayaan. Legenda
yang berikutnya ialah legenda perseorangan yang berkaitan dengan tokoh-tokoh
tertentu yang dianggap segala peristiwa berkaitan dengan tokoh tersebut benar-benar
terjadi. Contohnya ialah tokoh kepimpinan berkaitan tokoh Hang Tuah dan Tun Perak,
4.
tokoh agama seperti Sheikh Omar Bashyir dan lain-lain lagi. Legenda tempat pula cerita
mengenai asal usul sesuatu tempat di mana nama tempat itu berkaitan dengan nama
tokoh ataupun binatang. Sebagai contoh, nama tempat Pekan Langgar di Kedah
dikatakan diambil sempena pelanggaran Siam ke atas Kedah. Seterusnya, legenda
tokoh seperti cerita Mahsuri yang dianggap benar kerana ruang dan masa berkaitan
cerita tersebut dipercayai benar-benar wujud seperti makam Mahsuri yang terdapat di
Pulau Langkawi.
Cerita rakyat merupakan sumber hiburan, menegakkan kebenaran dan
mengandungi moral atau sindiran yang berasaskan cerita binatang. Sebagai contoh,
Cerita Sang Kancil menipu Gergasi mengisahkan kecerdikan Sang Kancil menggunakan
helah untuk menghalau gergasi yang mengganggu ketenteraman tempat tinggal
penduduk kampung. Beberapa cerita rakyat ialah cerita penglipur lara yang dituturkan
oleh para penglipur lara seperti Tok Selampit, Awang Belanga dan Awang Batil. Ianya
berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan serta diselit dengan puisi tradisional dengan
tema berkaitan peperangan, percintaan dan pengembaraan. Di samping itu, cerita
jenaka yang menimbulkan rasa geli hati dan gembira bagi orang yang mendengarnya.
Selain itu, cerita teladan mempunyai unsur didaktif serta sarat dengan unsur moral dan
pendidikan. contoh cerita jenis ini ialah Bawang Putih Bawang Merah dan Batu Belah
Batu Bertangkup.
2.3.1.2 Sastera Istana (Tulisan)
Setelah penerimaan Islam sekitar abad ke-15 sastera tulisan mula diperkenalkan
dan berkembang dalam istana. Satu perubahan besar berlaku iaitu daripada lisan
kepada tulisan dalam penghasilan karya kesusasteraan. Dengan itu, lahirlah karya
kesusasteraan yang berpusatkan istana. Sastera tulisan ini terbahagi kepada lima iaitu
sastera hikayat seperti Hikayat Gul Bakawali, Hikayat Seri Rama dan Hikayat Raja Pasai.
Seterusnya, sastera undang-undang merupakan bahan kajian tentang sistem
pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama seperti Hukum
Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Pahang. Di samping
itu, sastera epik juga disebut sebagai sastera pahlawan dan bersifat sejagat si mana
5.
ianya mementingkan ciri kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul. Selain itu,
sastera panji yang berkisar kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan seperti
Hikayat Cendawan Putih. Seterusnya, sastera agama yang berfokus pada cerita yang
kehebatan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia
yang dapat dilihat dalam Hikayat Bulan Berbelah.
2.3.2 PUISI TRADISIONAL
PUISI TRADISIONAL
Pantun Gurindam Syair Seloka
Rajah 3: Jenis-jenis Puisi Tradisional
Puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. Ianya juga
digunakan dalam masyarakat Eropah bagi menghasilkan dua buah epik yang berjudul
Iliad dan Odyssey. Begitu juga dengan masyarakat Hindu di mana puisi digunakan untuk
melahirkan Mahabharata dan Ramayana. Genre dalam puisi tradisional ialah syair,
gurindam, pantun, seloka,mantera, teka-teki dan lain-lain lagi (Harun Mat Piah, 1989).
Namun dalam perbincangan ini hanya memfokuskan empat jenis puisi tradisonal iaitu
pantun, gurindam,syair dan seloka seperti rajah di atas.
Pantun tidak wujud dalam kekosongan atau vakum (Ungku Aziz, 2011). Pantun
merupakan asal kepunyaan masyarakat Melayu serta kaedah rangkapan yang tertua.
Ianya digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan gembira, sedih, marah
dan sebagainya. Mayarakat Melayu biasa benbalas-balas pantun sesame mereka serta
panda berpantun semenjak orang Melayu belum tahu surat menyurat. Pantun dicipta
dengan dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap
6.
dan berkait. Justeru, ianya merupakan pengungkapan yang mengandungi unsur
pembayang maksud dan maksud. Ciri-ciri pantun ialah berdasarkan bilangan baris
dalam rangkap. Bagi pantun empat kerat baris satu dan dua ialah pembayang manakala
baris tiga dan empat ialah maksud. Bilangan perkatan bagi setiap baris ialah 4 hingga 6
patah perkataan dan bilangan suku kata ialah antara 8 hingga 12. Rima atau bunyi akhir
adalah sejajar iaitu bagi pantun dua kerat ‘a’, ‘a’, manakala bagi pantun empat kerat pula
rima akhir berbentuk ‘a’, ‘b’, ‘a’,’b’. Jenis jenis pantun dibahagikan bergantung pada
fungsi dan kandungan pantun itu sendiri.
Gurindam merupakan sejenis syair yang tetap sukatannya atau rangkapnya (Za’ba,
1965). Gurindam sebagai satu bentuk puisi Melayu tradisional seperti mana yang
dikenali sekarang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui ‘Gurindam Dua Belas’ yang
dikarang pada tahun 1846. Seterusnya, ianya juga berasal dari Bahasa Tamil iaitu
‘iradam’ yang bermaksud puisi sevara terbuka. Gurindam mempunyai dua jenis iaitu
terikat dan tidak terikat di mana yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap yang
mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dengan skema rima akhir ‘a’ ‘a’.
Manakala tidak terikat pula mengandungi skema rima, baris serta jumlah suku kata yang
tidak tetap. Lazimnya, guridam mempunyai dua baris serangkap serta seuntai gurindam
memerlukan beberapa rangkap utuk melengkapkan keseluruhan idea. Justeru, bahasa
yang digunakan bernas dan serius manakala isinya mengandungi nasihat, pengajaran,
kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.
Syair merupakan sejenis puisi berlagu serta berasal dari Parsi dan dibawa
masuk ke Nusantara bersama sama kedatangan Islam. Ianya diubahsuai mengikut
kesesuaian bahasa Melayu Klasik ketika itu. Syair berasal daripada puisi Arab iaitu ‘syir’
tetapi bentuk syair dalam kesusasteraan Arab amat berbeza dengan kesusasteraan
Melayu (Mohd. Yusof Md Nor, 2016). Istilah syair berasal daripada Bahasa Arab menurut
pendapat keseluruhan pengkaji yang bermaksud puisi secara umum. Namun, dalam
Bahasa Melayu, syair tidak beracuankan mana-mana puisi tetapi dalam bentuk acuan
masyarakat Melayu sahaja. Syair Melayu mengandungi empat baris serangkap dengan
rima akhir ‘a’, ‘a/a,a serta setiap baris mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan dan
suku kata pula 8 hingga 12 bagi setiap baris. Seterusnya, setiap baris terdapat suatu
hentian dan setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap yang berurutan untuk
memberi idea yang lengkap. Syair juga merupakan pernyataan yang berlarutan bagi
mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian.
7.
Istilah seloka berasal daripada perkataan ‘shloka’ iaitu dalam Bahasa Sanskrit
yang bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Semasa perkembangan agama
Hindu di Asia Tenggara seloka mula dikenali di alam Melayu. Seloka merupakan puisi
tradisional yang bercorak karangan berangkap atau bahasa berirama. Justeru, ianya
merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka,
gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Sungguhpun begitu, isi dan mesejnya sarat
dengan sindiran yang berguna untuk menjadi pengajaran dan teladan oleh pendengar
atau pembaca. Sebahagian besar seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat
baris serangkap seperti pantun seloka namun binaannya lebih mirip kepada bentuk
pantun atau syair. Ditemui juga seloka yang ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap
barisnya menjadi isi puisi berkenaan seperti Seloka Pak Kaduk, Seloka Pandai Pak
Pandir dan Seloka Emak Si Randang.
2.3.3 PROSA MODEN
PROSA
MODEN
Cerpen Drama Novel
Rajah 4: Jenis-jenis Prosa Moden
Selepas tahun 1800 Masihi, hasil karya sastera digolongkan dalam sastera moden.
Sajak bebas pada hari ini merupakan suatu penyimpangan daripada bentuk puisi lama
seperti pantun dan syair. Pengkarya sastera Melayu moden ialah Abdullah bin Abdul
Kadir Munsyi serta Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah merupakan hasil
karya terkenal beliau.
8.
Cerpen merupakan hasil gabungan dua perkataan iaitu cerita pendek. Apabila
kegiatan persuratkhabaran Melayu mencapai zaman kegemilangannya, cerpen mula
berkembang pada sekitar tahun 1930 an. Cerpen merupakan alat yang menggambarkan
suatu zaman melalui masalah sosial, politik atau ekonomi malah bukan sahaja
menggambarkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang. Seterusnya,
cerpen membawa satu tema sahaja dan beberapa persoalan bagi menghasilkan kesan
mendalam kepada pembaca. Perwatakan dalam cerpen memusatkan perkembangan
watak kepada beberapa orang tertentu sahaja. Percetusan konflik antara watak
protagonis dan antagonis akan dianggap penting sebagai unsur dramatik. Justeru
percetusan perasaan dapat mencuit hati pembaca bagi pengalaman yang digambarkan.
Selain itu, hanya terdapat satu plot sahaja dalam penulisan cerpen.
Novel diistilahkan dengan novella daripada Bahasa Itali yang bermaksud satu
benda kecil yang baharu. Novel mengisahkan kejadian yang dipusatkan kepada
sebahagian daripada kehidupan manusia pada suatu tempat dan masa tertentu. Novel
terbina dalam bentuk sastera cereka yang merupakan satu pentafsiran rencam hidup
manusia. Tiga faktor utama yang saling berkait dalam penghasilan novel ialah
pengalaman peribadi, realiti hidup dan imaginasi. Idea yang tercetus daripada ketiga-
tiga faktor ini bukan sahaja berkisar mengenai tahap kehidupan manusia bahkan boleh
berlegar di sekitar kehidupan selain daripada manusia itu sendiri. Contoh novel ialah
Cinta Gadis Rimba, Darah Kedayan dan Minah Joget Moden. Ianya dihasilkan oleh
Harun Aminurrashid yang bercorak kemasyarakatan.
Drama digolongkan dalam genre prosa moden serta salah satu bentuk karya
sastera. Drama juga merupakan satu bentuk di mana penulis menyampaikan mesej atau
pemikiran melalui lakonan serta dialog. Justeru, drama merupakan jenis karya sastera
yang dibangunkan oleh unsur intrinsik iaitu satu kesatuan yang membentuk karya secara
keseluruhan. Skrip drama merupakan unsur yang mendukung drama itu sendiri serta
menjadi panduan kepada pengarah. Dalam menyelaraskan pementasan, pengarah juga
memainkan peranan penting serta setiap peranan yang ditulis dalam skrip penting bagi
pemegang watak tersebut. Selain itu, bagi tujuan pementasan, pentas ataupun
panggung juga penting dalam sesuatu pementasan drama itu. Beberapa unsur seperti
bunyi, cahaya, pakaian, penonton dan tata rias merupakan unsur yang penting bagi
kesempurnaan pementasan.
9.
2.3.4 PUISI MODEN
PUISI MODEN
Sajak
Rajah 4
Sajak ialah puisi baharu yang popular lahir sebagai pilihan kepada puisi tradisional
(Hashim Awang, 1985). Sajak merupakan satu-satunya genre puisi dalam puisi moden
yang lebih bebas. Dalam sajak, keberkesanan pengucapan perasaan melalui pemilihan
kata-katanya yang saling menumpang dan terjalin menurut erti serta irama lebih penting.
Hal ini bermaksud sajak adalah suara hati atau luahan perasaan seseorang serta lahir
daripada perasaan dan jiwa yang baik. Di samping itu, sajak tidak terikat pada pemilihan
kata atau diksi, pembentukan rangkap, baris serta pematuhan skima rima akhir seperti
dalam puisi tradisional. Sajak ini juga adanya nama penulis sebagai pengakuan hak ke
atas sesebuah karya walaupun menggunakan nama samaran atau nama pena. Hal ini
demikian berbeza dengan puisi Melayu tradisional yang bersifat kolektif iaitu milik
bersama.
2.4 CIRI KESUSASTERAAN MELAYU
Kesusasteraan Melayu bersifat positif dan mempunyai ciri-ciri tertentu seperti keindahan
yang merujuk kepada gaya dan lenggok bahasa yang digunakan dapat menyerlahkan
keindahan sesebuah hasil karya itu. Keindahan karya bergantung pada unsur-unsur
yang memenuhi empat syarat iaitu keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan berfokus
atau penekanan sesuatu unsur. Sebuah karya seni yang indah mengandungi kesemua
unsur bentuknya secara lengkap.
10.
Ciri kesusasteraan seterusnya ialah mencerminkan pengalaman di mana
pengalaman merujuk kepada tindak balas yang utuh dari jiwa manusia yang
digambarkan secara realiti. Ianya disebut utuh kerana bukan hanya merujuk kepada
kegiatan fikiran, tetapi juga perasaan dan imaginasi. Realiti merupakan sesuatu yang
dapat merangsang atau menyentuh kesedaran manusia, sama ada di dalam atau di luar
dirinya. Hal yang sedemikian dapat dialami melalui pancaindera seseorang secara sedar
dan hasil tindak balas terhadap fikiran, perasaan dan imaginasi, maka timbullah perkara
yang disebut pengalaman.
Pengalaman seni merupakan ciri kesusasteraan berikutnya di mana melalui
peristiwa sastera, pembaca dapat memahami dan merasai fikiran dan perasaan
pengkarya. Pembaca harus sedar akan nilai-nilai lain yang terkandung dalam karya
sastera. Nilai sastera bukan sahaja terletak pada perkara yang disampaikan oleh
pengkarya malah cara dan bentuk dititikberatkan juga. Karya sastera memberikan
kepuasan kepada pembaca dalam menyelami dan memahami isi hati pengkarya melalui
gagasan dan fikiran yang mengagumkan pembaca.
Di samping itu, karya seni merupakan ciri yang beikutnya. Bagi membezakan
karya sastera dengan karya bukan sastera ada tiga perkara iaitu sifat fiksyen, nilai-nilai
estetik dan gaya bahasa yang khusus. Sastera sebagai karya seni harus mempunyai
ciri-ciri seperti keutuhan, keseimbangan, keselarasan dan penekanan. Hasil karya
sastera tidak hanya mementingkan bentuk ungkapan yang indah malah untuk
mendapatkan hasil yang bermutu dari segi bentuk, isi, ekspresi dan bahasanya.
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
Fungsi sastera Melayu mewujudkan pemikiran yang bijaksana sentiasa memimpin
manusia untuk mencapai kemajuan yang sesuai untuk kemaslahatan hidup.
Sehubungan ini, pemikiran dalam sastera Melayu dapat membentuk sosialisasi
masyarakat dengan jelas. Pemikiran yang dimaksudkan itu masih utuh dan murni
walaupun diletakkan dalam mana-mana zaman yang sentiasa berubah.
11.
3.1 ASPEK HIBURAN
Karya sastera akan memberi keseronokan yang indah apabila hiburan terdapat
didalamnya. Ianya terhasil daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau
rentak yang indah, unsur kelucuan dan sebagainya. Hal ini demikian dikatakan penting
fungsi hiburan dalam karya sastera kerana cerita penglipurlara diterima oleh masyarakat
sebagai karya yang diminati dan digilai pada suatu ketika dahulu. Seterusnya, pantun
merupakan karya sastera yang popular kerana keupayaannya membawa keindahan
yang menghiburkan. Sebagai contoh dalam pantun yang berbunyi seperti berikut:
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Hiburan dalam pantun tersebut dapat dilihat melalui rentak dan irama yang
membentuk irama dalam pantun. Seterusnya, pelbagai variasi digunakan dalam
menyampaikan pantun seperti dapat dijadikan lirik lagu popular, lagu dikir barat dan
pelbagai lagi bagi menambahkan fungsi hiburannya. Di samping itu, dalam karya sastera
rakyat iaitu cerita jenaka Pak Kaduk yang mengisahkan Pak Kaduk yang gila berlaga
ayam. Cerita ini bukan sahaja menghibur tetapi sarat dengan mesej dan pengajaran
yang ingin disampaikan.
3.2 ASPEK PENDIDIKAN
Pengalaman-pengalaman para pengarang seperti dalam bidang ekonomi, politik, agama
dan sosiologi diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka. Sehubungan
itu, pendidikan secara tidak langsung berlaku di mana pengalaman tersebut dijadikan
prosa atau puisi dengan unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang
tinggi nilainya. Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu diperkenalkan di negara Malaysia
sejak tahun 1957 lagi. Hal ini demikian kerana matlamatnya adalah untuk membolehkan
pelajar atau rakyat Malaysia khususnya menjiwai unsur dan nilai murni dari segi
kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan dan
sebagainya tercapai. Masyarakat yang kreatif dan mampu mengkaji keindahan karya
sastera dapat dilahirkan dengan adanya pendidikan Kesusasteraan Melayu.
12.
Peranan utama sastera Melayu ialah dapat membina insaniah dalam kehidupan
manusia. Oleh hal yang demikian, Kesusasteran Melayu memainkan peranan sebagai
satu cabang ilmu dan senjata yang dapat meresapi dan berkembang dalam pelbagai
disiplin ilmu di peringkat sekolah. Seterusnya mereka didedahkan dengan Teknik
penulisan ilmiah, rencana dan sebagaimya di peringkat pengajian tinggi. Oleh sebab itu,
amatlah wajar teks-teks sastera Melayu dijadikan bahan bacaan wajib bagi para pelajar
sekolah.
3.3 ASPEK DAKWAH
Dakwah merupakan proses penyampaian pesanan Tuhan kepada manusia melalui
medium atau saranan sebagai dakwah. Dalam hal ini sudah semestinya dilakukan
melalui bahasa sebagai saranan dakwah serta efektif. Nilai-nilai kesusasteraan juga
dijunjung tinggi oleh Islam di mana dialektika yang terdapat dalam sastera
menyebabkannya mampu menyampaikan pesanan Tuhan. Dakwah dapat didefinisikan
sebagai cara mendorong manusia untuk berbuat kebaikan dan mencegah dari
perbuatan mungkar supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Kesusasteraan
berfungsi dalam dakwah bagi menyembunyikan pesanan yang hendak dituturkan
kepada pembacanya melalui metafora, ragam estetika dan sebagainya. Ianya
merupakan medium yang lebih neutral serta mempunyai waktu yang tidak terbatas
dalam menjelajahi medan makna.
3.4 ASPEK KRITIKAN SOSIAL
Sastera merupakan suatu rakaman kehidupan yang menyelongkar dan mengali dan
kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam
reality kehidupan manusia merupakan suatu yang dipaparkan dalam sastera kerana
ianya adalah gambaran kehidupan manusia. Lantaran itu, karya sasterajuga diolah
dalam bentuk karya kreatif di mana sifatnya sangatlah indah serta bukan sahaja
merakamkan sesuatu yang luar biasa. Karya sastera memfokuskan kepada masyarakat,
manusia dan kehidupan di mana ketiga-tiganya saling berkait antara satu sama lain.
Dalam konteks masyarakat yang mempunyai pelbagai susun lapis sudah tentu wujudnya
jurang dalam kalangan mereka. Oleh hal yang demikian tujuan menegur, mengkritik
akan mempengaruhi tindakan dan adab di mana terdapat pelbagai watak yang
mempunyai peranan masing-masing dalam masyarakat.
13.
Perkara ini dapat dilihat melalui konsep pejuang yang terdapat pelbagai tafsiran
dengan merujuk novel Titis Darah dan Harga Sebuah Maruah di mana pengarang bagi
kedua-dua novel ini landasan yang sama digunakan iaitu watak walaupun perbezaan
didapati dari aspek cara perjuangan terebut dinyatakan dalam karya tersebut. Sebagai
contohnya dalam petikan di bawah:
“…Dalam hidup ini kita tidak harus terus di belenggu dengan tekanan
yang melulu. Kita harus berani untuk membebaskan diri tanpa rasa
ragu kerana itu hak kita tetapi jangan sampai membelakangi
undang-undang.”
Dalam petikan di atas, telah memperlihatkan dengan jelas bahawa konsep
perjuangan berasaskan pertimbangan akal yang dapat dikesan melalui frasa “tetapi
jangan sampai membelakangi undang-undang.” Namun dalam novel Titis Darah Terakhir
terdapat perbezaan konsep perjuangan seperti dalam petikan berikut;
“… Jangan ada seinci tanah kita tergadai, biar darah
kita kering di badan, namun sesekali menyerah tidak
sama sekali. Ini hak kita dan hak kita perlu dipertahankan”
Hal ini demikian jelaslah perjuangan adalah untuk menegakkan hak pengorbanan
dan pertumpahan darah berdasarkan petikan di atas melalui frasa “biar darah kita kering
di badan, namun sesekali menyerah tidak sama sekali”.
4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI
Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang
mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan. Ianya diterjemahkan dalam
pelbagai rupa tetapi selalunya dalam bentuk penghasilan karya seni iaitu seni sastera.
Bahasa mudahnya, budi merupakan tempat perasaan, keyakinan dan lain-lain lagi. Oleh
hal sedemikian, budi dapat dilihat dalam pertuturan, perlakuan, kehalusan berbahasa
dan gaya hidup. Akal atau pemikiran merupakan proses menggunakan minda untuk
mencari makna dan pemahaman, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan membuat
pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Empat
aspek utama manifestasi akal budi ialah pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya
hidup.
14.
4.1 MANIFESTASI AKAL BUDI SEBUAH PANTUN
Pantun bukan seperti yang difahami hari ini dengan melihat bentuk fizikalnya semata-
mata. Sedangkan pantung itu kaya dengan falsafah sebagai gambaran dalam kehidupan
masyarakat Melayu. Kekayaan pantun terletak pada pembayang yang mengangkat alam
sebagai manifestasi masyarakat Melayu (T. Effendy, 2005).
Mudik sungai berakit-rakit,
Rakit bersama si Awang Budiman,
Baju Melayu berkain songket,
Warisan bangsa zaman berzaman.
Pantun tersebut menyatakan bahawa baju Melayu berkain songket adalah paaian
warisan bangsa iaitu pakaian turun temurun masyarakat berbangsa Melayu dari dahulu
lagi. Baju Melayu juga merupakan pakaian kau madam yang bersesuaian dengan
kesantunan berpakaian masyarakat Melayu kerana baju Melayu sudah menunjukkan
etika beradab dalam berpakaian sopan.
Bawa Jerami muatan sendat,
Singgah di beting tepian laman,
Datang kami kunjung beradat,
Ingin menyunting bunga di taman.
Pantun ini menunjukkan kesantunan masyarakat Melayu dalam mengekalkan adat
peminangan. Seterusnya, masyarakat Melayu juga menonjolkan nilai kesantunan lisan
yang tinggi dari segi penyusunan kata yang penuh beradat dan santun ketika ingin
menghalalkan sesuatu hubungan yang melibatkan kedua-dua pihak keluarga.
15.
4.2 MANIFESTASI AKAL BUDI SEBUAH SYAIR
Syair Nasihat: Penghujung tharamat Al-Muhimat yang mengandungi lapan rangkap.
Dengarkan tuan ayah berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajikan ayahanda beri,
Amalkan jangan malas dan ngeri.
Berdasarkan rangkap pertama, Si ayah memberi nasihat dengan cara yang lemah
lembut tetapi bernada tegas. Si ayah memulai nasihat dengan mengungkapkan kata-
kata semangat berupa pujian yang sederhana, kemudian barulah si ayah menyatakan
nasihat sebenar yang disampaikan dalam bentuk arahan iaitu jangan malas dalam
melakukan sebarang pekerjaan
Ayuhai anakanda muda remaja,
Jika anakanda menjad raja,
Hati yang betul hendak disahaja,
Serta rajin pula bekerja.
Seterusnya bagi rangap kedua, Si ayah seterusnya menasihatkan anakandanya
bahawa hendaklah menjadi pemimpin yang sentiasa berniat tulus dan ikhlas. Selain itu,
seseorang pemimpin hendaklah menunjukkan kesungguhan iaitu rajin bekerja demi
rakyat jelata.
Kerja kebajikan janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.
Bagi rangkap ketiga pula, Si ayah seterusnya menasihati anaknya bahawa jika
anaknya ingin menjadi seorang pemimpin, dia hendaklah sentiasa berniat ikhlas. Selain
itu, seorang pemimpin hendaklah menunjukkan kesungguhan iaitu rajin bekerja.
16.
Menuntut ilmu janganlah segan,
Ilmu yang benar jangan yang bukan,
Iaitu ilmu yang kebajikan,
Di kitab ini sudah disebutkan.
Seterusnya, bagi rangkap keempat, Si anaknya juga tidak boleh mengabaikan
kepentingan ilmu. Namun, ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang benar, iaitu menjurus
kepada kebajikan dan tentulah tidak pada ilmu yang menjurus kepada kerosakan.
Pedoman sudah diberikan dalam kitab.
Hendaklah anakanda mengaji selalu,
Dari yang lain lebihkan dulu,
Had syarak jangan dilalu,
Tidaklah anaanda beroleh malu.
Rangkap kelima, Si anak digesa supaya sentiasa mengutamakan proses
pengajian iaitu terus belajar daripada melakukan perkara-perkara yang lain. Di samping
itu, si anak hendaklah memastikan bahawa dia tidak melanggar mana-mana peraturan
hukum dalam kehidupan supaya terhindar daripada imej yang buruk dan tercela.
Segala perbuatan dengan berilmu,
Maka kebajikan boleh bertemu,
Jika sebarang-barang diramu
Akhirnya anakanda jatuh tersemu.
Rangkap keenam pula, Si ayah juga menasihati si anak supaya segala perbuatan
hendaklah berasaskan ilmu. Hal demikian dapat menjamin perbuatan si anak akan
selaras dengan tujuan kebajikan yang hendak dicapai. Sebaliknya jika si anak bertindak
tanpa ilmu, atau semberono, kemungkinan untuk menjadi insan yang keliru atau
terpedaya sangatlah besar kemungkinan.
17.
Ilmu itu besar faedahnya,
Membezakan hak dengan batilnya,
Mengetahui rakyat benar salahnya,
Supaya dihukum dengan adilnya.
Rangkap ketujuh, Faedah menuntut ilmu amatlah besar kerana adanya ilmu kita
dapat membezakan perkara yang benar dengan perkara yang palsu. Pemimpin juga
dapat mengadili atau menghakimi rakyat dengan adil. Keputusan seseorang pemimpin
yang berlandaskan ilmu juga bersifat adil dan dapat diterima dengan senang hati.
Jika ilmu tidak diendah,
Sebab anakanda capak permudah,
Takyat datang membawa gundah,
Anakanda tercengang tunduk terngadah.
Rangkap kelapan, Jika seseorang pemimpin dalam seebuah keluarga atau
mana institusi tidak mempedulikan kepentingan menuntut ilmu disebabkan sikap si anak
yang mengambil mudah atau mengabaikan ilmu, maka apabila rakyat jelata datang
mengadu hal, masalah atau kemusykilan, si pemimpin hanya mampu tercengang,
tunduk terngadah dan termangu kerana tidak adanya ilmu di dada. Kewibawaan
seseorang pemimpin yang bersifat sedemikian akan pudar di mata rakyat jelata
4.3 MANIFESTASI SEBUAH SELOKA
Seloka yang terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seloka Pandai Pak Pandir yang
diambil dari Cerita Jenaka Rakyat. Contoh selokanya:
Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air tempayan dicurahkan
18.
Seloka Pandai Pak Pandir bertujuan untuk berhibur dan berjenaka serta terselit
unsur sindiran. Akal budi dalam seloka ini ialah bagi menyindir seseorang yang bersikap
mengutamakan orang lain. Seharusnya, seseorang bersikap mendahului orang yang
paling rapat atau keluarga dan bukannya orang asing demi kepentingan diri. Hal ini
dibuktikan dengan Pak Pandir mengabaikan anaknya serta menyakitinya dalam frasa
‘anak dipijak’. Malah orang yang tiada kaitan dalam keluarganya diberi layanan yang
baik seperti dalam frasa ‘dagang dijinjing’. Seterusnya, bagi frasa ‘hartanya habus
tergadai’ pula menggambarkan Pak Pandir tidak bijak menguruskan hartanya yang
boros serta terpaksa menggadaikan hartanya. Kemungkinan Pak Pandir berjudi dan
selalunya harta yang akan dipertaruhkan. Disebaban Pak Pandir kalah hartanya habis
tergadai dan diberikan kepada pihak yang menang. Perkara ini terbukti dalam frasa
‘hartanya habis tergadai’.
Bagi baris sedar bertelanjang merupakan suatu kritikan halus bagi maruah diri
tercalar. Semestinyalah apabila Pak Pandir sedar dirinya tidak berpakaian, dia akan
berasa sangat malu dan pakaian itu diibaratkan sebagai maruah diri. Selain itu,
pengarang juga mengkritik sikap individu yang terlalu mendengar cakap orang lain serta
cepat terpengaruh seperti dalam frasa ‘Mendengar guruh di langit, air tempayan
dicurahkan’.
4.4 MANIFESTASI AKAL BUDI SEBUAH GURINDAM
Gurindam Dua Belas
Ini Gurindam Pasal yang Pertama:
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat.
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
19.
Barang siapa mengenal dunia.
tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat.
tahulah la dunia mudarat.
Akal budi gurindam ini pengarang ingin menjelaskan bahawa apabila ketika ita
hidup tidak mengenal agama, yakinlah bahawa hidupnya itu sia-sia tanpa hala tuju. Hal
ini demikian akan menyebabkan perasaan gelisah dan risau akan sering menghantui diri.
Apabila seseorang mengetahui maritat, syariat, hakikat dan tarikat, hidup seeorang akan
menjadi tenang tanpa perasaan was-was. Seterusnya, seseorang itu perlu melakukan
suruhan dan menjauhi larangn-Nya kerana akan memperoleh pahala dan syurga tempat
baginya. Namun ramai yang terperdaya dengan nikmat dunia walhal kehidupan di dunia
hanyalah sementara dan akan kekal di akhirat. Sesiapa yang sedar dia mempunyai
kekurangan, dia akan selalu berdamping dengan Tuhan yang akan memberi kejayaan
di dunia dan akhirat.
Selain itu sifat dunia yang sementara seharusnya kita ketahui dan tidak mudah
terpengaruh dengan godaannya. Jelaslah bahawa hakikat kehidupan yang sebenar
ialah menjadikan dunia sebagai jambatan kehidupan di akhirat yang kekal buat selama-
lamanya. Dalam konteks falsafah dan pemikiran juga boleh dilihat dalam puisi ini di mana
ianya membincangkan pelbagai soal kehidupan manusia sama ada di dunia ataupun
akhirat. Persoalan yang terkandung termasuklah perkara yang berkaitan mengenai
aqidah dan tasawuf, syariat rukun Islam, kepentingan menjaga akhlak, serta konsep
pemerintahan. Secara tidak langsung nilai-nilai islam yang disusun dalam Gurindam Dua
Belas ini dapat mencerminkan diri setiap individu bagi memiliki kualiti serta jati diri yang
baik dan indah serta sempurna.
20.
5.0 RUMUSAN
Tuntsanya, kesusasteraan Melayu amatlah penting dipelajari sejak kecil lagi. Hal ini
demikian kerana mesej yang ingin disampaikan melalui karya sastera ini dapat difahami
serta diserap dengan lebih mudah. Sehubungan dengan itu, keindahan bahasa seusatu
karya sastera juga dapat dinikmati dengan setiap bait-bait kata yang dipaparkan.
Justeru, karya sastera juga mengandungi banyak unsur estetika dan amatlah sesuai
diajar kepada semua pelajar dalam sistem pendidikan di negara ini. Hal ini demikian
dapat menimbulkan rasa kebersamaan bahasa dengan kebudayaan. Oleh hal yang
demikian, kita sebagai bakal guru perlulah lebih menjiwai dan mendalami ilmu
pengetahuan mengenai sastera kerana ianya melambangkan budaya kita dari nenek
moyang dulu di samping dapat melahirkan masyarakat yang kreatif.
21.
RUJUKAN
Abdul Aziz (Ungku). (2011). Pantun dan kebijaksanaan akal budi Melayu. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Effendy, T., Onong Ucjhan. (2005). Ilmu komunikasi dan praktek. PT. Remaja
Rosdakarya.
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. (1985). Mendekati kesusasteraan Melayu. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohd Yusof Md Nor & Abd. Rahman Kaeh. (2016). Puisi Melayu tradisi. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Siti Hajar Abd. Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Za’ba. (1965). Ilmu mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
22.