The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhaiminedu, 2021-10-12 09:22:19

PIDATO CABARAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU

pidato

Bismillahhirahmanirrahim

Lazat sungguh rasa tomato

Dimakan Bersama buah Kuini

Kalau tidak kerana pidato

Tidak berdiri saya di sini

Datang bahtera dari Medan

Singgah sebentar di Segenting Kra

Salam marhabah saya hulurkan

Kepada warga dewan pembuka tirai

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perpaduan dan Salam Satu Malaysia, Yang mulia tuan
peneraju majlis, barisan para hakim yang sentiasa berada di paksi kebenaran, penjaga
masa yang begitu peka dengan edaran jam, para guru dan seterusnya hadirin hadirat yang
dikasihi sekalian. Tampilnya saya di sini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk
‘Cabaran Memartabatkan Bahasa Melayu’

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kamus Dewan Edisi Keempat menjelaskan ‘memartabatkan’ bermaksud menjadikan
sesuatu itu mempunyai kedudukan yang tinggi pada mata masyarakat. Memartabatkan
Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai
bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia.
Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta
Pendidikan 1996. Tuntasnya tajuk pidato saya pada hari ini bakal menyingkap betapa
pentingnya memartabatkan Bahasa Melayu sebagai asas dalam merealisasikan
menjadikan Bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang tinggi di mata dunia.

Hadiri yang budiman,

Dalam mendepani arus modenisasi alaf melenia ini, Bahasa Melayu semakin terhakis
penggunaannya di segenap lapisan masyarakat kita kini. Di mana-mana kita akan
mendengar celoteh Bahasa melayu yang dirojakkan. Pernahkah kita mendengar
perkataan seperti ini ? cuba try, kejap.. on the way, wefie, selfie dan banyak lagi. Sedarkah
kita? Bahasa melayu kita kini sudah mulai kehilangan identiti murninya yang dahulunya
penuh dengan wadah makna dan budi nilaiannya yang tersendiri.

Hari ini, saya akan membawa hadiran semua membuka minda, melapangkan hati dan
meluaskan daya fikir tentang topik saya hari ini iaitu cabaran memartabatkan Bahasa
melayu.

Hadirin sekalian,

Indikator saya yang pertama ialah komunikasi harian. Dasawarsa kini, Bahasa melayu
sering kali digunakan bersama-sama dengan bahasa lain dalam komunikasi harian.
Penggunaan Bahasa melayu yang dicampur adukkan Bersama istilah-istilah baharu yang
tidak melambangkan Bahasa melayu itu sendiri. Hal ini, jelas terjadi apabila generasi Y dan
ke atas banyak mencipta Bahasa-bahasa baharu yang bersifat segar dan mengikut trend
terkini searus dengan perkembangan dunia hiburan antarabangsa. Sebagai rakyat
Malaysia, kita seharusnya menggunakan Bahasa Melayu yang juga Bahasa Kebangsaan kita
yang sekaligus menjadi identiti kebangsaan kita sebagai seorang rakyat Malaysia.

Hadirin pemikir watan,

Indikator saya yang kedua ialah penggunaan Bahasa ibunda dalam bidang Pendidikan.
Sejak kolinisasi British ke atas Tanah Melayu sejak awal abad ke 19 lagi, satu dasar pecah
dan perintah telah diamalkan oleh mereka. Melalui dasar ini, masyarakat Tanah Melayu
tidak duduk setempat malah dipecahkan mengikut kegiatan ekonomi yang menyebabkan
berlakukan perpecahan budaya dan Bahasa. Hal ini terbukti, apabila masyarakat cina dan
india yang memulakan sistem Pendidikan mereka dengan membawa pengaruh negara asal
mereka dan menggunakan Bahasa ibunda mereka. Hal ini dapat kita lihat berlarutan
sehingga hari ini. Di sekolah jenis kebangsaan, cabaran penggunaan Bahasa kebangsaan
dalam kalangan murid wujud kerana mereka cenderung menggunakan Bahasa ibunda atau
dialek mereka semasa proses pembelajaran berlangsung. Hal ini sekaligus menyebabkan
penguasaan terhadap Bahasa kebangsaan akan menjadi lemah dan sukar dikuasai oleh
mereka

Hadiran sekalian,

Indikator saya yang terakhir ialah kekangan bahasa dalam perkembangan bidang
teknologi.tahukah anda bahawa suatu masa dahulu Bahasa Melayu pernah menjadi
Bahasa terpenting di dunia pada kurun ke 16. Pada zaman itu, Bahasa Melayu dikenali
sebagai Lingau Franca. Ironinya, kini Bahasa Melayu sudah hilang ketajamannya di mata
dunia. Perkembangan teknologi moden yang bermula pada adab ke 17 telah perlahan-
lahan menafikan kepentingan Bahasa Melayu sebagai Lingau Franca. Kini kita melihat
bidang terpenting iaitu bidang teknologi maklumat banyak memanfaatkan Bahasa inggeris
sebagai Bahasa pengantar di dalam paparan antaramuka di dalam sesebuah aplikasi atau
program serta alatan elektronik. Bahasa Melayu kini hanyalah terpakai di peringkat
domestik dalam bidang teknologi maklumat khususnya.

Hadirin sekalian,

Kesimpulannya, hari ini kita melihat satu Bahasa yang gah dilaungkan serata dunia dan
tidak kurang juga dijadikan halwa telinga sering didendang megah melayar samudera.
Tidak mahukah kita sebagai satu bangsa bangkit memartabatkan Bahasa ini kembali?
sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu
perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk
memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini
tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada
menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita
bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus
berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan “Bahasa
Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata

dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum

warahmatullahiwabarakatuh.


Click to View FlipBook Version