The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-90346278, 2021-06-04 02:57:53

DFLY D SIFIR

SIFIR

SEMINAR AMALAN TERBAIK :
MEMBUDAYA INOVASI MENGUPAYA TRANSFORMASI

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLANG
LAPORAN KERTAS SEMINAR

1. NAMA PEMBENTANG : SANISAH BINTI ABDUL AZIZ

2. SEKOLAH : SMK JALAN KEBUN
SEKSYEN 32,
40460 SHAH ALAM SELANGOR

3. TAJUK / TEMA INOVASI : “EZ SIFIR 2-DIGIT”

4. TAJUK KAJIAN ATAU AMALAN TERBAIK : KEBERKESANAN
PENGGUNAAN “EZ SIFIR 2-DIGIT” DALAM PDP MATEMATIK

5. SINOPSIS INOVASI :

Bila sebut operasi pendaraban, murid sudah mula takut. “Pendaraban?.
Susahnya.”Markah rendah dalam matematik.” Ini adalah sebahagian daripada
ungkapan keluhan yang sering didengari guru sewaktu dalam pdp. Kajian ini
bertujuan untuk membantu meningkatkan kefahaman dan kemahiran mendarab dari
kalangan murid Tingkatan 3 seramai 30 peserta di SMK Jalan Kebun. Masalah
ketidakupayaan dan ketidakkecekapan murid dalam mendarab dua digit nombor
adalah faktor yang menunjukkan murid tiada konsep asas pendaraban. Tetapi ini
bukanlah satu penghalang untuk murid perbaiki pencapaian mereka.

Tinjauan awal telah dibuat berdasarkan latihan pra ujian. Hasil menunjukkan
penguasaan murid dalam pendaraban dua digit agak lemah sekali tanpa menggunakan
kalkulator. Perbandingan keputusan aktiviti yang dijalankan amat
memberangsangkan dan mendapat perhatian serta respon yang baik dari kalangan
peserta. Walaupun pada awalnya ada banyak halangan dari tingkah laku peserta
sendiri. Tetapi daripada beberapa aktiviti soalan yang dijalankan membuktikan
peserta amat berpuashati, dan kagum dengan kaedah yang mereka gunakan.

Berdasarkan Ujian post yang dijalankan, mereka memberi maklum balas yang
positif. Menurut mereka penggunaan kaedah EZ Sifir 2-Digit ini sebagai satu tool
yang banyak membantu dalam mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran pendaraban dua digit dan pdp.

6. REFLEKSI PENGAJARAN / PENGALAMAN LALU

Masih lemah dalam operasi pendaraban? Kelemahan dalam mendarab merupakan
masalah kepada murid yang mengambil mata pelajaran Matematik. Ini terbukti di
mana murid kerap kali tidak menjawab soalan yang diberi dan tidak lulus dalam ujian
bulanan dan peperiksaan. Murid sendiri mengakui mereka mundur, masih teraba-raba

(tidak dapat menguasai sifir) dan seterusnya tidak dapat mengimplementasikan
kemahiran asas ini dalam penyelesaian Matematik. Mereka lebih cenderung untuk
meniru rakan-rakan yang boleh mendarab tetapi akan menyebabkan suasana yang
bising atau sebaliknya sunyi sepi. Ada juga yang tidak hantar buku latihan . Oleh itu
murid perlu menguasai kemahiran pendaraban yang merupakan konsep asas yang
maha penting dalam matematik. Lebih-lebih lagi melibatkan dua digit.

Maka penyelidik mengambil inisiatif untuk menghasilkan sendiri kaedah “EZ
Sifir 2-Digit” untuk membantu murid dalam meningkatkan kemahiran mendarab.
Sekaligus dapat menaikkan pencapaian prestasi mereka.

7. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN / PERNYATAAN MASALAH

Fokus kajian ini merupakan kesinambungan daripada kaedah sifir jari dalam
membantu murid mendarab nombor satu digit atau digit yang lain. Kajian ini
dijalankan kerana masih terdapat murid yang tidak berminat dengan pendaraban dua
digit. Ada juga yang tidak cekap untuk menggunakan kaedah lazim. Dengan
kewujudan kaedah EZ Sifir 2- Digit ini dapat mempercepatkan lagi proses pendaraban
sifir dengan lebih pantas serta cekap mengungkapkannya tanpa menghafal. Hal ini
memudahkan mereka menjawab soalan yang melibatkan pendaraban dua digit
dengan mudah tanpa bantuan kalkulator.

8. OBJEKTIF INOVASI / KAJIAN / AMALAN TERBAIK

8.1 Sejauhmanakah kaedah “EZ Sifir 2-Digit “ dapat memarik minat murid dalam

proses pendaraban dua digit.

8.2 Sejauhmanakah kaedah ini dapat mempertingkatkan keupayaan murid
memahami dan mengaplikasikan kaedah ini yang melibatkan soalan-soalan berupa
nombor negatif , isipadu dan proses pengembangan.

9. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan Kelas 3 Iltizam seramai 30 orang. Kesemua murid yang
terlibat adalah Melayu.

10. PELAKSANAAN KAJIAN

Jadual Pelaksanaan

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

1. Mengenal Pasti Masalah Januari / awal Februari 2020

2. Menulis Proposal Kajian 10 Feb 2020

3. Melaksanakan Aktiviti ( Pre Ujian/ Ujian 13 Feb 2020

Post)

4. Refleksi kajian Sepanjang P& P / Kuiz / Ujian /

Peperiksaan

10.1 TINJAUAN MASALAH

“Susahnya matematik”. Inilah keluhan murid jika ditemubual oleh penyelidik.
Mereka akan menyebut operasi darab memang susah. Berdasarkan keputusan ujian
dan peperiksaan sebelumnya membuktikan murid masih lagi di tahap lemah dalam
matematik. Berdasarkan soalan kuiz spontan juga didapati hampir 50% murid dalam
kelas tidak dapat menjawab dengan betul.

10.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Kuiz spontan yang telah dijalankan oleh penyelidik ke atas responden terhadap
pendaraban dua digit dengan menggunakan kaedah lazim dan melintang. Di dapati
mereka tidak dapat menjawab dengan tepat. Ada kesalahan meletakkan kedudukan
angka . Terdapat juga kesalahan jika melibatkan dua digit perpuluhan. Berdasarkan
hasil temubual pula, murid memang tidak suka dengan operasi pendaraban , lebih-
lebih lagi yang melibatkan angka dua digit. Murid-murid ini juga menghadapi
masalah menghafal sifir. Penyelidik sebagai guru/pemudahcara berkongsi Ez Sifir 2-
Digit sebagai ‘tool’ untuk memudahkan dan meningkatkan kefahaman dan
memperkukuhkan kemahiran pendaraban mereka. Tool ini dapat membantu murid
sepanjang hayat.

10.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN (LANGKAH-LANGKAH
MENJALANKAN INTERVENSI)

Penyelidik berkongsi dengan murid-murid EZ Sifir 2-Digit melalui instrumen
berikut:
10.3.1 Temubual
10.3.2 Pemerhatian
10.3.3 Soal Selidik
10.3.4 Kuiz

10.4 PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah berikut :
10.4.1 Kaedah lipan bara
10.4.2 Kaedah Butterfly

10.5 REFLEKSI KAJIAN

Hasil himpunan dapatan analisis kajian yang telah dijalankan menunjukkan
peningkatan kefahaman, kemahiran, dan tahap keyakinan yang tinggi pada
murid/responden dalam menjawab soalan. Ini membuktikan penggunaan kaedah EZ
Sifir 2-Digit dapat membantu murid dapat menjawab dengan tepat. Masalah tidak
menjawab soalan dapat dikurangkan. Mereka seronok menjawab soalan.

Hasil temubual yang dijalankan didapati mereka memberi respon yang positif
terhadap tugasan yang diberi. Berdasarkan pemerhatian ada perubahan tingkahlaku

murid kerana mereka tekun menjawab soalan semasa sesi pdp dijalankan dalam bilik
darjah.

Melalui instrumen soal selidik, didapati murid menunjukkan minat dan mudah
menjawab kerana masalah pendaraban tidak ada lagi.

11. CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

11.1 Kaedah pendaraban 2 digit susunan nombor

11.2 Kaedah pendaraban 3 digit.

12. BIBLIOGRAFI

Wong Khoon Yoong (1987) .Effective Mathematics Lessons Through An Eclectic
Singapore Approach, Journal of Education Volume 8, page 45-55 : Institute of
Education Singapore

Effandi Zakaria (2005). Asas Pembelajaran Koperatif dalam matematik. Shah Alam:
Karisma

Robert Mills Gagne (1970) .The Condition of Learning : Holt, Rinehart and Winston
International

Bruner, J (1996) .The Culture of Education, Cambridge, Mass : Harvard University

Cobb , P. dan Steffe (1983) .The Constructivist Researcher as Teacher and Model
Builder. Journal for research in Mathematics Education, 14(2), 83-94.

James S.Tanton, Ph.D. The Power of Mathematical Visualization.The Power of
Mathematical Picture. Perolehi melalui aplikasi https: www.TheGreatCoursesPlus.com/l

Geogia Department of Education (2007).Georgia Performance Standards (GPS)
Mathematics Curriculum Summary. Perolehi melalui aplikasi https: www.gadoe.org

Fatimah Nazeri (2010) . Kajian darab dengan kaedah tangga Pelangi: PISMP Matematik

Cikgu Saffuan. Kaedah pendaraban : Perolehi melalui aplikasi
https:www.cikgusaffuan.com

Norhafizan Abdul Wahab (2014). Kajian Gabungan Operasi Melalui Kepelbagaian
Aktiviti : Perolehi melalui aplikasi slideshare.net


Click to View FlipBook Version