PROFIL SEKOLAH
Nama Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU AMPUAN MARIAM
Alamat : Jalan Tengku Ampuan Mariam,
20200 Kuala Terengganu, Terengganu
Kod Sekolah
Guru Besar : TBA 3001
Penolong Kanan Pentadbiran : En. Mohd Jalani B Mat Desa
: En. Shukri B Mohamad
Penolong Kanan HEM : Pn. Norzie Rohayu Bt Jusoh
Penolong Kanan Kokurikulum : En. Mohd Yusoff B. Muda
Sesi : Pagi (Satu Sesi Sahaja)
Keluasan : 3.55 ekar
Telefon : 09 – 6221114
Faksimili : 09 – 6230800
E-mel : [email protected]
Facebook : https://www.facebook.com/sktamterengganu/
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam (SKTAM) telah ditubuhkan atau didirikan
pada tahun 1937 di atas sebidang tanah seluas 3.55 ekar. Sebuah bangunan kayu yang
mengandungi dua bilik darjah adalah kurniaan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar
Terengganu. Bangunan ini berukuran 60 x 24 kaki. Jumlah pelajar pada masa itu adalah seramai
30 orang. Kesemuanya murid perempuan dan belajar dalam darjah dua sahaja. Tenaga
pengajarnya pun seorang guru perempuan.
Kedudukan sekolah ini terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Terengganu iaitu di
Jalan Tengku Ampuan Mariam. Sekolah ini terletak bersebelahan dengan Bangunan Wisma Darul
Iman yang menempatkan jabatan-jabatan kerajaan di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Terengganu
dengan diketuai oleh Pejabat Menteri Besar. Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam telah
dibuka secara rasmi pada tahun 1937 oleh DYMM Sultan Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Zainal
Abidin iaitu Sultan Terengganu yang keempat.
Gambar kenangan pembukaan rasmi SKTAM oleh Al-Marhum DYMM Sultan Sulaiman Ibni Al-Marhum
Sultan Zainal Abidin pada tahun 1937
Tahun 1950, sebuah bangunan kayu dua tingkat berukuran 140 x 22.5 kaki telah dibina oleh Kementerian
Pendidikan bagi menampung keramaian murid yang bertambah kepada 639 orang. Tahun 1964, bilangan murid menjadi
802 orang. Dengan keramaian ini, pada 20 Jun 1964, murid-murid dibahagi kepada dua iaitu 515 orang di bawah
kelolaan Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam Satu manakala 287 orang di bawah pengawasan Sekolah
Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam Dua.
Pada 1 Januari 1972, Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam Satu dan Dua dicantum semula dengan
nama Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam sahaja. Murid-murid lelaki juga diterima masuk untuk belajar
bersama dengan murid perempuan. Pada tahun 1975, satu bangunan batu dua tingkat telah dibina bagi menggantikan
bangunan kurniaan 1937 yang tidak sesuai lagi digunakan. Bangunan baru ini mengandungi 6 bilik darjah, sebuah bilik
guru, pejabat, bilik Guru Besar, stor serta tandas lelaki dan perempuan. Manakala bangunan kurniaan telah diubah suai
oleh pihak JPNT untuk dijadikan bilik kurikulum dan kokurikulum. Pada tahun 1992 di bawah Rancangan Malaysia ke-6,
sebuah bangunan baru tiga tingkat telah dibina yang menempatkan 8 bilik kelas, sebuah bengkel kemahiran hidup,
sebuah perpustakaan, bilik tayangan, stor dan tandas.
Pada tahun 2018, tenaga pengajar SKTAM adalah seramai 43 orang guru terlatih sepenuhnya. Daripada jumlah
itu. 16 orang terdiri daripada guru lelaki dan selebihnya seramai 27 orang terdiri daripada guru-guru perempuan. SKTAM
mempunyai 2 orang pembantu tadbir, seorang pembantu am rendah dan seorang juruteknik komputer. Di samping itu,
Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam juga mempunyai lima orang pekerja swasta untuk membantu
membersihkan kawasan sekolah. Bilangan murid Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam pada tahun 2018 ialah
seramai 521 orang semuanya . Ianya terdiri daripada 247 orang murid lelaki dan 274 orang murid perempuan.
Pada tahun 2021, bilangan tenaga pengajar SKTAM adalah 40 orang guru iaitu 18 orang guru lelaki dan 22
orang guru perempuan. SKTAM mempunyai 2 orang pembantu tadbir, seorang pembantu operasi dan seorang juruteknik
komputer. Di samping itu, SKTAM juga mempunyai empat orang pekerja swasta untuk membantu membersihkan
kawasan sekolah dan 4 orang pengawal keselamatan. Bilangan murid Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam
pada tahun 2022 ialah seramai 531 orang semuanya . Ia terdiri daripada 263 orang murid lelaki dan 268
orang murid perempuan.
Kebanyakan murid-murid di sini tinggal di persekitaran sekolah dan ada juga yang tinggal jauh dari
sekolah. Murid-murid yang tinggal berjauhan ini ialah anak-anak pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja
berhampiran dengan sekolah. Ramai di antara murid-murid yang tinggal berhampiran atau sekitar kawasan
sekolah datang dari keluarga yang berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka bekerja sendiri (peniaga
kecil), buruh, nelayan, pengayuh beca dan lain-lain. Sebahagian murid-murid yang belajar di sini terdiri
daripada anak-anak pegawai kerajaan yang bekerja di pejabat-pejabat yang terdapat di sekitar kawasan
sekolah terutamanya yang bertugas di Bangunan Wisma Darul Iman. Terdapat juga anak-anak polis kerana
SKTAM terletak berhampiran dengan berek Polis FRU yang terletak di tengah-tengah pusat bandar.
LOGO SEKOLAH
BENDERA SEKOLAH
WE LOVE TeAMS MERCU TANDA SEKOLAH
TeAMS
Makna bagi perkataan WE LOVE TeAMS atau KAMI SAYANG TeAMS adalah seperti berikut;
= KAMI LOVE = SAYANG
Te = TENGKU A = AMPUAN M = MARIAM S = SCHOOL (SEKOLAH)
TEAM melambangkan sepasukan/sekelompok individu yang bekerjasama atau
berkolaborasi untuk mencapai sesuatu tujuan/matlamat atau dengan erti kata
lainnya, bekerja secara berpasukan.
Ciri-cirinya;
1. Sepasukan/sekelompok orang
2. Memiliki tujuan/matlamat yang sama
3. Ada kerjasama/kolaborasi
T E A M SOGETHER VERYONE CHIEVES ORE UCCESS =
SEMUA ORANG BERSAMA-SAMA MENCAPAI KEJAYAAN
COGAN KATA SEKOLAH
DON’T GIVE UP
Orang yang hebat dan optimis sentiasa berusaha, tidak pernah berhenti mencuba dan
tidak mudah menyerah kalah atau pantang menyerah kalah.
WE ARE FAMILY
Membawa maksud Kita Satu Keluarga atau Kita Semua Bersaudara. Melambangkan
kita bekerja seperti sebuah keluarga yang harmoni dalam membina kejayaan dan
kecemerlangan serta kemenjadian murid. Cubit paha kanan, paha kiri akan terasa. Kita
akan berusaha menjaga sesama kita demi kebaikan bersama. Kebahagaian,
kegembiraan dan susah senang dalam mengharungi sesuatu perkara dikongsi dan
ditangani secara bersama.
SENARAI NAMA GURU BESAR SK TENGKU AMPUAN MARIAM
NAMA GURU BESAR DARI TARIKH
1. PN. BUSU BT MD. AMIN 1938 HINGGA
2. PN. ZAHARAH BT ALI
3. PN. HAJAH SALMAH BT AHMAD 31.12.1960
4. PN. HAJAH KHATIMAH BT MUHD
5. CIK HASNAH BT HAJI ABDULLAH 01.01.1961 31.12.1972
6. PN. HAJAH WAN HASMAH BT YUSOF
7. PN. HAJAH SALBIAH BT EMBONG 01.01.1973 30.09.1976
8. PN. MAHANI BT ISMAIL
9. EN. OMAR BIN ABD. RAHIM 01.10.1976 31.03.1979
01.04.1979 30.06.1982
SEPT 1982 DIS. 1987
DIS. 1987 DIS. 1994
MAC 1995 30.11.1995
01.12.1995 30.08.1998
10. PN. AZIZAN BT ABDULLAH 01.09.1998 17.05.1999
11. EN. NGAH@MAZUKI BIN ABD. RAHMAH 16.07.1999 08.07.2001
12. PUAN HAJAH SHARIFAH ANISAH
13. PN. HAJAH ROSHAYATI BT ISMAIL 2001 2004
14. TUAN HAJI MOHD SAFEE BIN ISMAIL 2004 2006
15. TUAN HAJI AMIRUDDIN BIN IBRAHIM 2006 31.12.2010
16. TUAN HAJI MASLAN BIN MOHAMAD 01.01.2011 08.06.2014
17. EN. MD NAWAWI BIN MUDA 16.06.2014 30.11.2016
18. EN. WAN ZAINULDDIN BIN WAN ISMAIL 01.12.2016 15.12.2017
19. EN. MOHD JALANI BIN MAT DESA 16.12.2017 02.01.2021
03.01.2021 SEKARANG
PELAN TAPAK SEKOLAH
LAGU SEKOLAH
Letak di Tengah Kota
Bandaraya Warisan Kita
Megah Berdiri Indah Sekali
SKTAM Sekolah Kami
Di sini kami belajar
Mengejar cita yang murni
Menjadi insan berilmu dan beriman
Sekolah yang tercinta
Guru yang budiman
Kami beriltizam mencapai kecemerlangan
Kami sungguhlah bangga
Belajar di sekolah ini
Secebis jasamu tetap dikenangi
Hinggalah akhir hayat nanti
SENARAI NAMA GURU DAN AKP TAHUN 2022/2023
BIL NAMA OPSYEN / JAWATAN
1 MOHD JALANI BIN MAT DESA PENGAJIAN MELAYU
2 SHUKRI BIN MOHAMAD PENGAJIAN MELAYU
3 NORZIE ROHAYU BINTI JUSOH MATEMATIK/PENG. MELAYU
4 MOHD YUSOFF BIN MUDA BAHASA INGGERIS
5 ABDULLAH BIN ALI SAINS/PENGAJIAN MELAYU
6 AMER BIN ARIFFIN PENGAJIAN MELAYU
7 CHE MOHD FAWZI BIN ABDULLAH
8 FADLI BIN SEMAN MUZIK
9 HAMZAH BIN MAN KEMAHIRAN HIDUP
10 KAHARUDDIN BIN ALI PENGAJIAN MELAYU
11 MAZRI BIN ROMLY PENDIDIKAN ISLAM
12 MOHD AZMITARMIZY BIN KASSIM PEND. ISLAM /USULUDDIN
13 MUHAMMAD FAHMI BIN MANSOR KEMAHIRAN HIDUP
14 ROSDI BIN SENIK
15 ROSLI @ MOHD NOR AZMAN BIN DAUD BAHASA ARAB
16 W ROSLI HISHAM BIN WAN ABDUL KADIR PENGAJIAN MELAYU
17 YAMANI BIN SALEH
18 AHA’DA BINTI YUSOFF MATEMATIK
PENGAJIAN MELAYU
19 AISHA AFIDA BINTI AHMAD PENGAJIAN MELAYU
PENDIDIKAN ISLAM
20 AMINAH BINTI ABU BAKAR
MATEMATIK
21 FARHANA BINTI ZAWAWI
PENGAJIAN MELAYU
22 FAUZIAH BINTI MOHD NOR
23 MAZIHA BINTI YUSUF BAHASA INGGERIS
24 MAZLINA BINTI AHMAD MANSOR BAHASA INGGERIS
MATEMATIK/BIMB. KAUNSELING
25 MUNIRA BINTI MANSOR
26 NABILA HANUM BINTI YOON MATEMATIK/PENG. MATEMATIK
27 NORHAIZAN BINTI YAACOB
28 NORSUWAIBAH BINTI KAMARUDDIN SAINS
29 NOR ASMAH BINTI MOHAMAD MATEMATIK/PENG. MATEMATIK
30 NOR AZLEENA BINTI MOHD KHALID
31 NOR MARSITA BINTI ABDULLAH PENGAJIAN MELAYU
SAINS
32 NOR SYAKIRAH BINTI HASSAN
PENGAJIAN ISLAM
33 NUR HANANI BINTI YUSUFF PENGAJIAN BAHASA INGGERIS
34 RAZINAH BINTI CHE WAHID BIMBINGAN & KAUNSELING
35 RUBANI BINTI ABDUL AZIZ
36 RUSHIDAH BINTI ABD RAZAK PEMULIHAN
37 SYEERI SYAHIDA BINTI MOHAMMAD
38 TUAN RASIDAH BINTI TUAN HARUN PENG. INGGERIS/KAJIAN TEMPATAN
39 TUAN SARIPAH RABIAH BINTI TUAN MARJAM
40 WAN ZURAIDAH BINTI WAN ABDUL JALIL SAINS
41 ZAWATI BINTI AHMAD PENGAJIAN MELAYU/SEJARAH
1 KHAFIDZAH BINTI EMBONG
2 NOR AZIRA BINTI ZAKARIA SAINS
3 NOR ASMADI BIN MOHAMAD@SHAMSUDDIN PENDIDIKAN ISLAM/BAHASA MELAYU
4 MUHAMMAD SAUFI BIN ROZLAN
1 ZUKIFLI BIN GHANI@JUSOH SAINS/MATEMATIK
2 TUN MOHD FAUZI BIN TUN WAHAB PENDIDIKAN ISLAM
3 TUAN SHARIFAH NORONI BINTI TUAN SIFAT PENDIDIKAN ISLAM
4 ROSLI BIN YUSOF PENG. ISLAM/AL-QURAN/ USULUDDIN
5 SITI AISYAH BINTI RAMLI PEMBANTU TADBIR
1 ZULKIFLI BIN JUSOH PEMBANTU TADBIR
2 KAMARUL AZHAN BIN HASSAN PEMBANTU OPERASI
3 MOHD FAZURI BIN MOHD ROZI JURUTEKNIK KOMPUTER