The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Brown Blue Minimalist Paper Border

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaimhasif5, 2025-03-11 11:07:51

KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH

Brown Blue Minimalist Paper Border

KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH NAMA PENSYARAH:En Abdul Razak Bsin Yaakob KUMPULAN 4


Osman I (Uthman bin Ertuğrul) Nama penuh: Osman Gazi bin Ertuğrul Tarikh lahir: Sekitar tahun 1258 Tempat lahir: Söğüt, Anatolia Meninggal dunia: 1323/1324 (usia sekitar 65-66 tahun) Bapa: Ertuğrul Gazi Ibu: Halime Hatun (mengikut sumber legenda) Isteri: Malhun Hatun, Rabia Bala Hatun Anak: Orhan Gazi (pengganti dan Sultan ke-2 Uthmaniyyah) Pencapaian: Pengasas Empayar Uthmaniyyah (dinamakan sempena namanya) Memerintah dari 1299 hingga 1323/1324 Memperluaskan wilayah Islam dengan menawan banyak kota Byzantine Mengasaskan sistem pemerintahan yang menjadi asas empayar selama lebih 600 tahun Nama penuh: Sultan Muhammad II bin Murad (Muhammad Al-Fatih) Gelaran: Al-Fatih (Sang Penakluk) Tarikh lahir: 30 Mac 1432 Tempat lahir: Edirne, Empayar Uthmaniyyah (kini di Turki) Meninggal dunia: 3 Mei 1481 (umur 49 tahun) Tempat meninggal: Gebze, Empayar Uthmaniyyah Bapa: Sultan Murad II Ibu: Hüma Hatun Pemerintahan: 1444–1446 (pertama kali), 1451–1481 (kedua kali) Agama: Islam BIODATA


KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH LATAR BELAKANG KERAJAAN UTHMANIYAH UTHMAN ERTUGHRUL Pembentukan Kerajaan Turki Uthmaniyah. 1. Perkataan Uthmaniyah berasal daripada nama pengasas kerajaan ini, iaitu Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal dari suku Qayi. 2. Pada peringkat awal, Uthman ialah Amir ataupun gabenor Saljuk bagi kawasan sebelah barat daerah Anatolia. Kawasan ini bersempadan dengan kawasan empayar Byzantine, ataupun dikenali juga sebagai Rom Timur. 3. Kawasan di bawah pentadbiran Uthman ini menghadapi ancaman yang lebih tinggi berbanding dengan wilayah yang lain. 4. Pada tahun 1301M, Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine. Kemenangan ini menyebabkan ramai ghazi ataupun pahlawan tentera serta pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman dalam memperluas kawasan penaklukannya. 5. Uthman mula menakluki kawasan sekitar Anatolia dan kemudiannya menjadikan bandar Bursa sebagai ibu negeri. 6. Uthman meninggal dunia pada tahun 1326M dan usaha perluasan kuasa diteruskan oleh anaknya Orhan 1 dan pemerintah Uthmaniyah seterusnya. SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH 7. Kerajaan Uthmaniyah mula terkenal dan bertambah kukuh apabila Kota Constantinople telah ditakluk oleh Muhammad alFatih (1432M-1481M). Penaklukan kota ini oleh umat Islam telah membawa erti sebuah kejayaan yang besar iaitu menewaskan pihak yang menjadi seteru kepada Islam. Ia menjadi lambang kejatuhan empayar yang terkenal iaitu Empayar Byzantine (Rome) yang berteraskan Kristian. Empayar Rome Byzantine dan Empayar Parsi adalah antara empayar yang berjaya ditakluk oleh Islam. Kejatuhan Empayar Byzantine juga telah membuka ruang dakwah yang luas untuk Islam terus tersebar di Eropah, terutama Eropah Timur. 8. Pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah boleh dibahagikan kepada beberapa penggal: Peringkat awal penubuhan (1299 – 1453). Perkembangan dan pengukuhan (1453 – 1682). Perkembangan mendatar, kebangkitan nasionalisme dan cabaran pihak Barat (1683 – 1827). Kemerosotan dan kejatuhan (1828 – 1908). Pembubaran pemerintahan (1908 – 1924). 9. Zaman perkembangan Kerajaan Uthmaniyah bermula selepas kejayaan pemerintahnya, Sultan Muhammad 2 (Sultan Muhammad Al-Fateh) menakluki Kota Konstantinople dari kekuasaan Empayar Byzantine pada 29 Mei 1453. 10. Sultan Abdul Majid II merupakan pemerintah terakhir bagi kerajaan Turki Uthmaniyah. 11. Bilangan keseluruhan pemerintah bagi kerajaan Turki Uthmaniyah adalah 37 orang.


FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN UTHMANIYAH. 1. Aspek Pentadbiran. i. Pemerintah berperanan dengan berkesan sebagai ketua tentera, ketua agama dan hakim tertinggi. ii. Pemerintah menyelaraskan pemerintahan dan keagamaan dibantu oleh pegawai pentadbiran. iii. Penguasaan laluan di antara Benua Eropah dengan Benua Asia apabila menguasai Selat Dardanelles dan Selat Bosporus. 2. Aspek Keilmuan. i. Menjadikan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu sehingga mencapai kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan, pembangunan, falsafah, kesenian seni bina dan teknikal. ii. Menaik taraf dan membina institusi masjid seperti Masjid Kasbah di Algeria untuk merancakkan aktiviti keilmuan. iii. Mempunyai sistem Pendidikan yang terancang dan sistematik seperti sistem madrasah, sekolah pendidikan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan. iv. Menggalakkan penulisan ensiklopedia yang berkaitan sains Islam. v. Menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital dan rumah untuk membudayakan masyarakat dengan ilmu pengetahuan. 3. Aspek Sosial. i. Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada golongan yang memerlukan. ii. Mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat. iii. Sistem wakaf yang sistematik meliputi aspek keperluan asas, pendidikan dan kesihatan.


4. Aspek Ketenteraan. i. Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan tentera demi mempertahankan agama dan negara. ii. Menjaga kebajikan tentera dengan menyelaraskan sistem kenaikan pangkat, imbuhan serta kelengkapan senjata. iii. Antara kelebihan ketenteraan pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah ialah: Mempunyai tentera berkuda. Mempunyai kumpulan infantri yang kuat. Mempunyai kumpulan Janissari, iaitu kumpulan elit yang sangat terlatih dalam taktik peperangan. Semasa perluasan kerajaan kecemerlangannya, iaitu semasa zaman Murad III (1574-1595), jumlah ahli Janissari meningkat kepada 54,000 orang. Mempunyai senjata moden seperti meriam besar – peralatan senjata moden ini sangat membantu perluasan empayar Uthmaniyah seperti yang dibuktikan dalam penawanan Constantinople. Mempunyai armada laut yang kuat – semasa pemerintahan Suleiman al-Kanuni, armada tentera laut Uthmaniyah mempunyai 300 buah kapal yang digunakan untuk mengawal keselamatan di kawasan Laut Mediterranean.


IKTIBAR KEGEMILANGAN KERAJAAN UTHMANIYAH. 1. Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa supaya urusan pentadbiran berjalan lancar. 2. Kita hendaklah sentiasa memperbanyakkan penerokaan ilmu agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa. 3. Kita hendaklah sentiasa menghayati semangat cinta akan negara agar rela berkorban mempertahankannya daripada serangan musuh. 4. Kita hendaklah sentiasa berpegang pada ajaran Islam supaya hidup diberkati Allah SWT. 5. Kita hendaklah menolak campur tangan asing untuk menjaga kedaulatan negara.


FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYAH Secara ringkas, kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah boleh digambarkan berpunca daripada beberapa perkara, antaranya seperti berikut: 1. Masalah ekonomi di mana kerajaan Uthmaniyah berhadapan dengan kesukaran untuk membayar kembali hutang mereka dengan bank-bank Eropah. 2. Kebangkitan nasionalis wilayah-wilayah taklukan Uthmaniyah termasuk di negara Arab dengan tercetusnya Kebangkitan Arab pada tahun 1916M. 3. Perjanjian Sykes-Picot 1916M yang dibuat secara rahsia telah menjadi plan strategik pihak kuasa barat untuk memecahbelahkan kerajaan Uthmaniyah. Ini juga berlaku disebabkan kuasa-kuasa Barat ini beranggapan Uthmaniyah akan jatuh apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914M. 4. Penyertaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama. Mungkin mereka tidak mempunyai pilihan untuk tidak terlibat kerana desakan untuk mempertahankan wilayahnya yang cuba dirampas. Selepas Uthmaniyah menandatangani persetujuan pada bulan Oktober 1914M untuk menyokong Jerman menentang Rusia dengan sokongan dari United Kingdom. 5. Teknologi ketenteraan yang ketinggalan berbanding dengan kuasa Barat sehingga kalah dalam peperangan. 6. Kemerosotan ekonomi dan beban hutang negara yang tinggi. 7. Gerakan yang menuntut kemerdekaan daripada wilayah-wilayah menyebabkan negara tidak stabil. 8. Kelemahan Pendidikan menyebabkan kekurangan tenaga mahir untuk membangunkan negara. 9. Persaingan politik dalaman istana dan perebutan dalam kalangan puteraputera raja untuk mendapatkan kuasa.


IKTIBAR KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYAH 1. Hutang kewangan boleh menjadi beban yang boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan sehingga menjadi masalah dalam ekonomi diri sendiri dan negara. Oleh itu, kita hendaklah merancang kewangan dengan baik supaya tidak terjerat dengan beban hutang. 2. Rasuah merupakan musuh besar kepada ekonomi sesebuah negara. Rasuah juga menjejaskan kecekapan dan kredibiliti negara. Rasuah juga menjejaskan kecekapan dan kredibiliti dalam pentadbiran sehingga memburukkan sistem sosial serta kestabilan politik. Oleh itu, kita hendaklah menjauhi rasuah serta menjadikan rasuah serta memilih pemimpin yang bersih daripada rasuah. 3. Kehilangan institusi khilafah dalam kerajaan Islam dan perpecahan negara-negara Islam di bawah satu pemerintahan telah menjejaskan kestabilan politik negara Islam. Oleh yang demikian, kita hendaklah mengekalkan sistem khilafah yang telah dilaksanakan dalam kerajaan Islam supaya rakyat dapat hidup dalam aman dan sejahtera. 4. Umat Islam semakin merosot dalam menguasai perdagangan sehingga orang bukan Islam telah memonopoli sistem ekonomi negara. Oleh itu, kita hendaklah bersatu hati untuk mengembalikan kuasa ekonomi kepada umat Islam dengan membeli barangan keluaran orang Islam. 5. Rakyat yang berpecah belah memberi kesan negatif terhadap kestabilan negara Islam. Oleh yang demikian, kita hendaklah memperkukuhkan perpaduan sesama umat Islam agar dijauhi oleh pihak musuh. Contohnya mengamalkan adab berjiran dengan baik, membantu umat Islam ketika dalam kesusahan dan menegakkan amar makruf nahi mungkar. 6. Penyalahgunaan teknologi masa kini menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak masyarakat umat Islam. Oleh itu, kita mestilah mengembalikan akhlak umat Islam dengan memberi kempen kesedaran tentang keburukan kesalahan teknologi ini. Secara tidak langsung dapat menerapkan akhlak yang baik sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh para sahabat yang mendapat tarbiyah langsung daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.


Click to View FlipBook Version