JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL IHSAN EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Nama : NURJEHAH AQILA BINTI MOHAMAD NOOR No. K/P : 030617-14-0618 Angka Giliran : 2021202340411 Program : PISMP Ambilan : JUN2021 Unit : T2S2.05 Nama Pensyarah : DR. ROSNINAH BINTI GHANI Tarikh Hantar : 8 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:_____ nurjehah_________Tarikh : ____8.3.2024______ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:_____nurjehah____ Tarikh : ______8.3.2024______
1 PENGHARGAAN Assalamualaikum, bersyukur kepada Tuhan dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan cadangan dan idea yang membina bagi menyiapkan tugasan kerja kursus EDUP3143 Sosiologi Dalam Pendidikan saya ini dalam masa yang diperuntukkan. Saya akan cuba memastikan hasil t ugasan yang dihasilkan ini dapat memuaskan hati semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak secara langsung. Sekalung penghargaan kepada Dr. Rosninah selaku pensyarah subjek EDUP3143 yang banyak memberi pertolongan dan merancang jadual tugasan dengan baik dan teliti sehingga saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini sebelum tarikh akhir penghantaran tugasan. Tugasan ini tidak akan lengkap sekiranya tiada bimbingan dan tunjukajar daripada beliau yang tidak pernah putus semangat dalam memberi suntikan yang membangun dari awal hingga akhir tugasan ini. Beliau juga sanggup meluangkan masanya untuk memberi saya peluang bertanya sekiranya terdapat kekeliruan. Saya berharap beliaudapat menerima hasil tugasan yang telah saya siapkan ini. Tidak dilupakan juga kepada kedua orang tua saya yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan yang padu serta adik-beradik saya sedia membantu melengkapi keperluan saya tanpa mengira masa. Turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya dan rakan sebilik saya yang sentiasa memberikan sokongan moral dan kata-kata semangat sepanjang saya menjayakan tugasan ini.
2 ISI KANDUNGAN HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN SENARAI KANDUNGAN 1 2 1.0 PENGENALAN 3 2.0 STRATIFIKASI SOSIAL DAN INSTITUSI SOSIAL 2.1 BENTUK STRAFIKASI SOSIAL 2.1.1 STRATIFIKASI EKONOMI 2.1.2 STRATIFIKASI POLITIK 2.1.3 STRATIFIKASI STATUS SOSIAL 4 3.0 BUDAYA SEKOLAH 5 4.0 IMPAK NEGATIF STRATIFIKASI SOSIAL KEPADA BUDAYA SEKOLAH 4.1 SIKAP PILIH KASIH 4.2 PENGKELASAN MURID 6 5.0 6.0 CARA UNTUK MEMBENTUK BUDAYA POSITIF DI SEKOLAH 5.1 MENYEDIAKAN PELUANG SAMA RATA 5.2 MEWUJUDKAN AAMALAN 3S (SENYUM, SALAM DAN SAPA) PENUTUP RUJUKAN 7 8 9
3 1.0 PENGENALAN Sosiologi pendidikan adalah cabang ilmu yang menjelaskan perhubungan pendidikan dan masyarakat. Menurut S. Nasution, sosiologi pendidikan adalah ilmu yang berusaha untuk mengetahui cara-cara mengendalikan proses pendidikan untuk mengembangkan kepribadian individu agar lebih baik. Oleh itu, melalui sosiologi kita dapat menganalisis tentang proses sosiolisasi antara sekolah dan masyarakat dan status pendidikan dalam masyarakat iaitu untuk mengenal pasti kesannya terhadap hierarki sosial. Contohnya Guru memupuk perwatakan murid supaya menjadi ahli masyarakat yang berguna, sesuai dengan nilai dan kehendak masyarakat dengan menggunakan disiplin dan teknik sosiologi. Objektif sosiologi pendidikan adalah untuk memahami sumbangan pembelajaran sekolah kepada masyarakat dan sebaliknya, dengan tujuan untuk memperbaiki tingkah laku manusia. Maka, fokus perbincangan dalam penulisan ini adalah berkaitan dengan stratifikasi sosial dan institusi sosial serta bagaimana kesan daripada stratifikasi sosial tersebut dapat membentuk budaya positif di sekolah. 2.0 STRATIFIKASI SOSIAL DAN INSTITUSI SOSIAL Dalam kamus sosiologi dijelaskan stratifikasi sosial adalah pelapisan sosial atau sistem hierarki kelompok di dalam masyarakat. Fuad Hassan (2010) mendefinisikan stratifikasi sosial adalah strata atau pelapisan orang-orang yang berkedudukan sama dalam rangkaian kesatuan status sosial. Hal ini, kedudukan perbezaan sosial yang menghasilkan stratifikasi sosial. Di mana terdapat stratifikasi sosial, pasti ada perbezaan sosial, tetapi sebaliknya tidak benar. Stratifikasi dalam sistem sosial bukan sahaja menggambarkan perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat tetapi juga menentukan peranan mereka yang harus dimainkan. Manakala setiap peranan dan tugasan juga turut mempunyai nilai-nilai tertentu dan perkara inilah yang mewujudkan kepentingan dalam sosiologi (Rohana,2010). Selain itu, definisi institut sosial adalah sekumpulan orang berkedudukan sosial sama ada mempunyai hubungan dan peranan kemasyarakatan serta mempunyai hubungan dan peranan kemasyarakatan serta mempunyai fikiran, peraturan dan praktis bagaimana kehendak asas masyarakjat itu dicapai. Contohnya tempat beribadat, institut pendidikan dan bahan-bahan kebajikan dan sebagainya. Menurut Nickerson (2022) menyatakan institusi sosial merupakan pola-pola tingkah laku kelompok sesebuah masyarakat yang telah dipersetujui seperti undang-undang.
4 2.1 BENTUK STRATIFIKASI SOSIAL Stratifikasi sosial juga terbentuk kerana faktor ekonomi, politik, dan status sosial. 2.1.1 STRATIFIKASI EKONOMI Stratifikasi sosial ekonomi merupakan masyarakat menjadi beberapa kelompok berdasarkan kemampuan ekonominya. Berdasarkan buku Antropologi dan Sosiologi Pendidikan (2021) oleh Erdinson Simbolon dkk, stratifikasi ekonomi biasanya merangkumi pendapatan, kekayaan, dan pekerjaan. Jika pendapatannya tinggi maka seseorang itu tergolong dalam lapisan sosial yang tinggi dan kehidupannya dijamin. Manakala, seseorang yang berpendapatan kurang bermakna orang itu tergolong dalam lapisan sosial yang rendah. Stratifikasi ekonomi dinilai berdasarkan jumlah aset yang dimiliki oleh seseorang individu seperti simpanan wang dalam bank, pemilihan saham, bangunan atau gedung-gedung perniagaan. 2.1.2 STRATIFIKASI POLITIK Sekiranya individu mempunyai autoriti atau kuasa yang tinggi, mereka mampu mempengaruhi masyarakat yang lain. Menurut Ignatius (2017) bahawa stratifikasi politik wujud disebabkan perbezaan kuasa dan jawatan yang dipegang oleh setiap manusia. Oleh itu, semakin tinggi kekuasaan seseorang, maka semakin tinggi status sosial individu tersebut. Kekuasaan ini biasanya dilihat melalui jawatan sesorang dalam jabatan formal di sesebuah lembaga, parti atau institut.
5 2.1.3 STRATIFIKASI STATUS SOSIAL Linton(1936) menyatakan bahawa status dalam sosiologi wujud dalam dua bentuk iaitu stratifikasi berdasarkan status sosial dilihat dari hak dan kewajiban individu dalam masyarakat. Jenis stratifikasi ini juga boleh berubah mengikut di mana individu tersebut itu berada. Stratifikasi sosial yang terbentuk disebabkan ketidaksamaan keturunan, kelas tertentu dalam masyarakat, harta kekayaan, artis popular dan sebagainya. Menurut Rohana Yusuf (2010) bahawa status sosial biasanya dihubungkaitkan dengan darjat, penghormatan, dan pangkat sosial kerana kedudukan sosial dalam masyarakat adalah terbentuk dalam dua keadaan yang dikenali sebagai superioriti (tinggi) dan inferior (rendah). Secara ringkasnya boleh dikatakan bahawa stratifikasi dalam sosial yang menjadi asas kepada ketaksamaan sosial ini wujud dalam tiga unsur iaitu status sosial, kelas sosial dan kuasa. 3.0 BUDAYA SEKOLAH Sekolah merupakan satu institusi yang banyak mengalami perubahan dinamik selari dengan perkembangan pendidikan terkini. Matlamat Kementrian Pendidikan Malaysia (KPM) Terry Deal dan Kent Peterson (1993) mentakrifkan budaya sekolah sebagai "realiti dalaman". Secara khusunya, budaya sekolah merupakan kualiti dan ciri-ciri kehidupan di sebuah sekolah yang berhubung kait dengan norma, matlamat, hubungan sesama manusia, corak pengajaran, dan pembelajaran, kepimpinanan dan juga stuktur organisasi di dalam sekolah. Budaya sekolah yang sihat dapat membantu melahirkan generasi pelajar, keluarga dan pendidik yang bekerjasama dalam menjayakan setiap visi, misi dan aspirasi sekolah (Cohen,2007). Sebagai contoh, peranan pemimpin sekolah dan komuniti perlu saling bekerjasama bagi menerapkan nilai yang baik seperti nilai-nilai murni, akhlak mulia kepada warga sekolah. Justeru itu, pentadbir sekolah juga memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif dan menyediakan kemudahan fizikal yang mencukupi supaya dapat merealisasikan budaya sekolah yang positif seiring mencapai visi dan matlamat sekolah.
6 4.0 IMPAK NEGATIIF STRATIFIKASI SOSIAL KEPADA BUDAYA SEKOLAH 4.1 SIKAP PILIH KASIH Antara impak stratifikasi sosial kepada budaya sekolah adalah sikap pilih kasih guru terhadap anak murid iaitu guru bersikap “double standard” terhadap stratifikasi pelajar tersebut. Sebagai contoh, pelajar yang datang daripada keluarga yang berada akan diberi perhatian dan layanan yang lebih berbanding pelajar yang datang daripada keluarga yang miskin. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Prof Dr, Hardil’s terhadap “Diskriminasi Terhadap Kanak-Kanak Yang Kurang Berpelajaran Dari Keluarga Berpendapatan Rendah” mendapati kanak-kanak dari kelas sosial rendah hanya mempunyai 76% peluang untuk memasuki sekolah aliran akademik sedangkan kanak-kanak dari kelas sosial tinggi mempunyai 96% peluang untul dipilih walaupun gred yang sama diambil kira. Oleh itu, guru haruslah memahami dan peka terhadap amalan belajar dan penampilan yang berbeza hasil daripada perbezaan etnik, kepercayaan, status sosial dan latar belakang keluarga tersebut. Menurut Boon dan Ragbir (1997) setiap individu berbeza dari segi lahiriah dan rohaniah , kadar perkembangan dan kebolehan. Seterusnya, berlaku juga jurang antara murid kaya dan murid miskin. Contohnya murid kaya tidak mahu berkawan dengan murid miskin disebabkan mereka tidak setaraf. Guru perlu memainkan peranan untuk mengurangkan jurang antara mereka dengan memberi pendedahan keperlbagaian strata dalam masyarakat. 4.2 PENGKELASAN MURID Pengkelasan murid mengikut tahap pencapaian akademik juga boleh menyekat peluang dan hak sama rata. Hal ini disebabkan guru-guru hanya fokus terhadap murid di kelas pertama untuk mencapai kecemerlangan di sekolah manakala murid di kelas hujung diendahkan. Menurut Datuk Dr Radzi Jiddin (2021) menekankan bahawa pengasingan kelas yang dibuat berdasarkan prestasi akademik memberi kesan psikologi terhadap kanak-kanak sekolah. Justeru itu, Kementrian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan agar semua sekolah menghentikan pengasingan kelas mengikut pencapaian murid. Mohamad Raimi selaku Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata bahawa arahan ini dapat memberi ruang untuk murid yang berprestasi tinggi boleh membantu murid yang berprestasi rendah. Tambahan lagi, pemansuhan pengkelasan ini juga dapat mewujudkan satu persekitaran sekolah yang penyayang serta kondusif.
7 5.0 CARA UNTUK MEMBENTUK BUDAYA POSITIF DI SEKOLAH 5.1 MENYEDIAKAN PELUANG SAMA RATA Budaya penyertaan dan kepimpinan di sekolah harus diambil cakna oleh guru untuk mengelakkan golongan yang tertentu sahaja. Oleh demikian, dasar penempatan murid dalam kalangan anak guru ini perlu ditapis supaya menggelakkan amalan pilih kasih antara murid. Buktinya sering terdengar rungutan ibu bapa mengenai pemilihan murid dalam apa-apa program di sekolah. Isu ini disebabkan wujudnya amalan mendahulukan anak guru walaupun murid lain juga berkelayakan. Dengan itu penyediaan peluang untuk murid adalah cara terbaik bagi membentuk budaya positif dan memastikan stratifikasi sosial tidak berlaku. Pihak sekolah perlu memastikan semua pelajar dapat hak yang sama dan berpeluang dalam menyertai program dan memegang jawatan di sekolah tersebut. Setelah itu, pihak sekolah dapat merealisasikan budaya positif seiring mewujudkan persikataran yang baik di mana semua pelajar boleh berkembang maju tanpa mengira status sosial. Jelaslah bahawa pihak sekolah wajib menyediakan peluang yang sama rata untuk semua pelajar bagi melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik mahupun sahsiah. Setiap lapisan masyarakat sewajarnya mendapatkan hak kesamarataan yang sesuai dengan setiap keadaan tanpa mengira latar belakang, sosial atau ekonomi mereka. Ini bagi memastikan sistem pendidikan dapat diselaraskan dengan baik tanpa berlakunya sebarang keciciran terhadap setiap individu demi masa depan negara. 5.2 MEWUJUDKAN AMALAN 3S (Senyum, Salam dan Sapa) Antara budaya positif yang sekolah boleh terapkan adalah amalan 3S iaitu senyum, salam dan sapa. Amalan ini dapat mewujudkan hubungan saling hormat menghormati dan sifat kasih sayang antara warga sekolah. Hal ini, sekolah tersebut dapat membina hubungan rapat dan mewujudkan suasana kondusif di sekolah. Berdasarkan artikel pelaksanaan amalan 3S di Sekolah Menengah Bemban, penulis menyimpulkan bahawa amalan ini dapat mencapai objektif iaitu membentuk budaya amalan 3S iaitu senyum, sapa dan salam dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran. Di samping itu, penulis mengatakan bahawa amalan dapat meningkatkan sikap hormat-menghormati dan bertegur sapa dalam kalangan murid dan guru serta mengeratkan kasih sayang yang semakin kurang dapat dilihat
8 dalam kalangan mereka. Tambahan lagi, melalui amalan ini, hubungan kemesraan antara murid dan guru serta sesama murid akan semakin erat. Menurut Valentine (2006) bahawa sekolah yang dipimpin dalam suasana yang demokratik dan budaya kerjasama akan menghasilkan pelajar yang lebih cemerlang dari segi pemahaman dan kemahiran. Sudah terang lagi bersuluh, budaya sekolah yang harmoni dan sihat dapat membantu melahirkan pelajar, keluarga dan pendidik yang bekerjasama dalam merealisasikan setiap misi,visi dan aspirasi sekolah. Pengisian atau mewujudkan budaya sekolah yang positif selalunya memerlukan usaha bersepadu oleh semua pihk berkepentingan, termasuk pentadbir, guru, pelajardan ibu bapa. Oleh itu ,budaya sekolah positif adalah proses berterusan yang memerlukan perhatian dan pemerhatian dan juga pemupukan dari semasa ke semasa. 6.0 PENUTUP Isu stratifikasi sosial ini bukanlah sesuatu yang asing dan baharu. Sekolah merupakan satu ruang yang baik untuk mewujudkan proses sosiolisasi. Budaya sekolah memberikan kesan positif kepada proses perubahan dalam pendidikan, pemerkasaan guru, prestasi sekolah, pembangunan profesionalisme dan transformasi pendidikan di sekolah (Balkar,2015; Kilinc, 2014; Zhu, Devos, & Li, 2011). Kita tidak dapat menyangkal bahawa pembentukan budaya sekolah banyak memberi pengaruh dan impak kepada warga sekolah terutamanya dari segi pencapaian, emosi dan juga tingkah laku. Melalui penglibatan, kerjasama dan juga kepercayaan dari seluruh warga sekolah dapat menjayakan visi dan misi sekolah yang jelas berupaya melonjakkan kemajuan dan pencapaian sesebuah sekolah. Penglibatan dari semua pihak dalam membantu menambahbaik sistem dan menyediakan fokus dan tujuan yang jelas penting dalam membangunkan sekolah. Semua pihak perlu menitikberatkan nilai, kepercayaan dan juga norma sesebuah sekolah untuk melahirkan komuniti sekolah yang terbaik selari dengan pembangunan masyarakat dan negara agar terus membangun secara mampan serta memastikan rakyat bersatu padu tanpa prasangka dengan meraikan keperlbagaian dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa. ( 1625 Patah Perkataan )
9 RUJUKAN Anismunirah.mohdnor. (2021, November 21). Stratifikasi Sosial Dan Institusi Sosial - Membalik Buku Halaman 1-32 | AnyFlip | anismunirah.mohdnor. Anyflip.com; anismunirah.mohdnor. https://anyflip.com/pedaw/mjaa/basic#google_vignette Nur Faizah. (2021). BAB 1: Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Academia.edu. https://www.academia.edu/5006127/BAB_1_PENGENALAN_SOSIOLOGI_PENDIDIKAN Bobo. (2023). Jenis Stratifikasi Sosial Berdasarkan Kriteria Ekonomi, Sosial, dan Politik - Bobo. https://bobo.grid.id/read/083969091/jenis-stratifikasi-sosial-berdasarkan-kriteria-ekonomi-sosialdan-politik?page=all Dr. Ali Maksum, M. Ag. , M. Si. (10 Desember 2013) Sosiologi Pendidikan Buku Perkuliahan Program S-1 Fakultas Tarbiyah dan Keguruan UIN Sunan Ampel Surabaya https://core.ac.uk/download/pdf/146820399.pdf Othman Ab Rahman, Salhah Abdullah & Sapora Sipon. (2014). Sosiologi salam pendidikan: program pensiswazah guru. Universiti Sains Malaysia. Nickerson (2022). Social Institutions in Sociology: definition & examples. Simply sociology. https://simplysociology.com/social-institution.html Nurhijrah Zakaria, Sharifah Nor Puteh, Amla Salleh. (2018). Pemupukan Kesepaduan Sosial Melalui Kurikulum Persekolahan di Malaysia. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/325247620_Pemupukan_Kesepaduan
10 Yong Hie Hie & Ku Hasnita Ku Samsu. (2019). Sikap Negatif Guru Sebagai Penghalang kepada Pembentukan Perpaduan Etnik di Sekolah Teacher's Negative Attitude as a Barrier to Forming the Ethnic Unity in Schools. Retrieved from https://journalarticle.ukm.my/14983/1/27648- 100771-1~B.pdf