The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ETIKA DAN UNDANG-UNDANG SIBER MEMBANTU PEMBENTUKAN JATI DIRI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHAW MEI KUAN, 2021-10-11 22:27:56

ETIKA DAN UNDANG-UNDANG SIBER MEMBANTU PEMBENTUKAN JATI DIRI

ETIKA DAN UNDANG-UNDANG SIBER MEMBANTU PEMBENTUKAN JATI DIRI

ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
SIBER MEMBANTU

PEMBENTUKAN JATI DIRI

CHAW MEI KUAN 2 AZALEA

Alam siber ialah alam
yang berkait rapat

dengan komputer dan
Internet seperti yang
ditunjukkan dalam peta
pemikiran di bawah.

ETIKA YANG BOLEH DIAMALKAN SEMASA
BERKOMUNIKASI DALAM ALAM SIBER

• Menggunakan bahasa yang sopan.

• Tidak memuat naik gambar atau komen yang tidak senonoh.

• Tidak berkongsi atau menyebarkan keburukan orang lain.

• Tidak menghina, mencela, menyindir, mahupun melemparkan
tuduhan yang tidak berasas kepada orang lain.

• Tidak menyebarkan maklumat yang belum pasti kesahihannya.

• Mematuhi akta undang-undang siber

Selain etika, kerajaan telah menggubal undang-undang siber untuk
mengawal pengguna Internet agar tidak melakukan kesalahan semasa
menggunakan media siber. Antaranya termasuklah Akta Hak Cipta
(Pindaan) 1997, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta
Jenayah Komputer 1997.

Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997.

Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk. Ini
bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui internet adalah
terlindung di bawah Akta Hakcipta.

Undang-undang siber ini bertujuan untuk melindungi pengguna yang menjadi
mangsa jenayah siber, penyalahgunaan Internet, pencurian data dan sebagainya.
Penjenayah siber pula akan dibawa ke muka pengadilan untuk didakwa dan dijatuhi
hukuman. Oleh itu, pengguna lain akan lebih berhati-hati ketika menggunakan media
siber. Walaupun etika dan undang-undang siber bertujuan untuk memberikan garis
panduan dan mengawal selia penggunaan Internet, namun kedua-duanya berbeza

antara satu sama lain.

PERBEZAAN ANTARA ETIKA DENGAN UNDANG-UNDANG
SIBER

ETIKA UNDANG-UNDANG SIBER

• Garis panduan untuk • Peraturan untuk mengawal
pengguna media siber. pengguna media siber.

• Tiada hukuman • Boleh dikenakan hukuman jika
dikenakan. tidak mematuhi undang-undang yang
ditetapkan.
• Dianggap tidak bermoral
jika tidak mematuhi etika. • Digelar sebagai penjenayah siber
jika menyalahi undang-undang



Namun, terdapat segelintir pihak yang menggunakannya secara tidak beretika dan
menyalahi undang-undang siber. Mereka sanggup melakukan jenayah siber yang
boleh menjatuhkan maruah seseorang atau imej sesebuah negara.

PERLAKUAN JENAYAH SIBER :

● Penipuan
● Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
● Kecurian maklumat.
● Capaian secara tidak sah keatas sistem
● Menyalin perisian secara tidah sah.
● Pengintipan
● Judi siber
● Skim cepat kaya
● Pornografi
● Penggodam atau "Hacker"
● Penyebaran virus



Kesimpulannya, semua pihak perlu mematuhi etika dan
undang-undang siber. Dengan mengamalkan nilai
bertanggungjawab, harga diri, patriotisme, hemah
tinggi dan kesederhanaan semasa berkomunikasi
dalam alam siber, kita dapat hidup dalam suasana yang
lebih tenang, aman dan sejahtera.

RUJUKAN

1)BUKU TEKS PENDIDIKAN MORAL

TINGKATAN 2

2)http://etikadanundangundangsiberh.simplesite.com/

TAMAT


Click to View FlipBook Version