BUDAYA SENI TARIAN SABAH WARISAN BUDAYA MALAYSIA: KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN
AHLI KUMPULAN 6 NUR ASHIKIN Afza Farina Dhiya Izzati Farina Hiranie SYARAH YAZHIEYRAH LO SU SHAN
PENGENALAN Warisan budaya Malaysia adalah kaya dengan kepelbagaian dan keunikan. Sabah, salah satu negeri di Malaysia, memiliki warisan budaya yang sangat beragam, termasuk warisan budaya perkauman. Kelestarian etika dan peradaban dalam konteks ini adalah penting untuk memastikan warisan budaya ini terus hidup dan dihargai oleh generasi sekarang dan yang akan datang.
Kaum Di Sabah 02 03 01 Kaum Kadazandusun Kaum Bajau Kaum Rungus
kaum kadazandusun Kaum Kadazandusun adalah salah satu kumpulan etnik asli di negeri Sabah, Malaysia. Mereka adalah penduduk asal di sebahagian besar wilayah pedalaman Sabah dan merupakan salah satu etnik paling besar di negeri ini. Kaum Kadazandusun mempunyai budaya, adat istiadat, dan tradisi yang unik yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya Malaysia yang kaya. suku kaum kadazandusun
Pakaian Tradisional Suku Kaum Kadazan Penampang dikenali sebagai 'Sinuangga' yang dipakai oleh kaum wanita dan 'Gaung' untuk para lelaki. Baju ini selalunya menggunakan kain hitam (kain baldu) yang bersulamkan benang emas. Ia dipakai semasa sambutan Pesta Menuai atau dikenali sebagai perayaan ‘Tadau Kaamatan’ pada hujung bulan Mei setiap tahun. Sewaktu perayaan ini, diadakan pelbagai acara seperti pertandingan ratu cantik ‘Unduk Ngadau’ , di mana para peserta akan memperagakan pelbagai jenis busana tradisi suku kaum Kadazandusun. PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZANDUSUN
TARIAN SUMAZAU Sumazau bermaksud menari Tarian Kadazandusun (Daerah Penampang) Sering dipersembahkan pada hari kaamatan. (Hari penuaian yang disambut pada bulan mei). Gaya terbang burung helang Setiap penari hendaklah bergerak beberapa sentimeter dari penari lain tanpa bersentuhan. ·Asal-usul gerakan : .
Tarian Sumazau :
ALAT MUZIK TARIAN SUMAZAU GONG GENDANG Tempoh dan rentak bermain alat muzik berbeza ikut daerah dan desa
Makanan Tradisional Kadazandusun Antara makanan yang terkenal dalam kaum kadazandusun ialah Hinava. Hinava biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan. HINAVA
kaum bajau Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Kaum Bajau kebanyakkannya beragama Islam dan berasal dari dua kumpulan etnik yang tidak jauh bezanya iaitu Bajau di pantai Timur dan juga Bajau di pantai Barat. Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di Sabah. Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang sederhana saiznya dalam beberapa catatan sejarah. suku kaum bajau
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BAJAU Kaum Bajau juga mempunyai perbezaan dalam ciri pakaian tradisi mengikut kawasan. Bagi yang berada di Kota Belud, lelaki akan menggayakan Badu Sampit (baju), tanjak, Suar (seluar), Ingkot Pangkat (tali pinggang) dan selendang. Wanita pula akan memakai Badu Sipak (blaus yang berwarnakuning keemasan), Sarimpak (hiasan kepala), Olos Berangkit (kain sarong), Keku (kuku palsu buatan), Ingkot Pangkat, selendang dan sumbang. Pakaian ini akan digunakan dalam Majlis Bersanding dan Sepak Manggis. Bagi masyarakat kaum Bajau yang tinggal di Semporna, pakaian tradisional dipanggil Alal Bimbang yang biasanya dipakai ketika pesta Regatta Lepa ataupun pesta sukan air di mana penari-penari akan memakai pakaian tersebut dalam pelbagai warna. Mereka akan memakai baju baldu hitam dan seluar/kain sarong dan perhiasan seperti Jabang (mahkota), Kambut(tali pinggang), manik bulat pada baju, Bungkah (gelang keemasan) dan Salung (sarung kuku).
TARIAN DALINGDALING Tarian ini adalah tarian tradisi bagi suku kaum Bajau dan Suluk Sabah. Ia sangat popular di kalangan suku kaum berkenaan terutamanya yang tinggal di Bahagian Pantai Timur Sabah seperti di Semporna, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan. Perkataan 'Daling' dipercayai diambil daripada perkataan Bahasa English iaitu 'Darling' yang bermaksud kekasih kerana ketika menari pasangan penari lelaki dan wanita akan saling berbalas pantun sambil sebut perkataan daling yang bermaksud kekasih.
ALAT MUZIK BAJAU Gabbang adalah alat muzik etnik Bajau Semporna yang diperbuat daripada buluh yang dipotong untuk mendapatkan antara 14 sehingga 22 kepingan yang ukuran panjang setiap satu adalah tidak selari. Kepingankepingan ini disusun di atas papagan (alas) dan dipisahkan oleh paku kecil antara satu sama lain. Gabbang Kulintangan Kulintangan diperbuat daripada logam tembaga.Namun,pada masa ini, besi biasa seperti M15, M16, M18 dan besi tangki 48 telah digunakan bagi menggantikan logam tembaga dalam pembuatan alat muzik Kulintangan.
Putu merupakan salah satu makanan tradisi suku kaum Bajau Pantai Timur di Sabah dan mempunyai peranan yang sama dengan nasi iaitu sebagai makanan utama. Putu atau piutu ini boleh dijadikan makanan untuk menggantikan nasi. Orang tua suku kaum Bajau lebih suka makan putu berbanding nasi. Putu dihasilkan sepenuhnya dari ubi kayu yang diparut halus. Rasa putu agak kenyal dan masam sedikit. Sesuai dimakan dengan ikan bakar, ikan goreng, ampap, sagol dan lain lain lauk tradisi Sabah.
Kaum Rungus Juga dikenali sebagai Momogun, Dusun Laut dan Dayak Dusun Berasal daripada perkataan ‘Rungsud’ - nenek moyang suku kaum Rungus yang berpindah randah datang di kawasan Nunuk Ragang ke pesisiran pantai Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran dan Telupid Majoriti beragama Kristian / menurut Kon Ling - beragama Pagan juga dianggap tidak beragama ( kepercayaan animisme) Kudat - petempatan utama
Pakaian Tradisional Kaum Rungus
tarian mongigol sumundai tarian etnik Rungus di daerah Kudat dan Pitas tanda penghormatan - kepada suami dan kesetiaan tarian mongigol ditarikan oleh penari lelaki dan tarian sumundai ditarikan oleh penari wanita tujuan - menyatakan rasa syukur kepada Bambarayon(semangat padi) upacara tolak bala dan pindah ke Rumah Panjang Baru
tontog alatan muzik tradisional sandanga u, somponu kul, soludon,t awagtawag
makanan tradisional sinamu makananberasaskan buah-buahan makananpembuka selera
KESIMPULAN warisan budaya tarian di Sabah, Malaysia adalah memainkan peranan penting dalam memelihara, mengekalkan, dan mewarisi warisan budaya masyarakat tempatan. Tarian tradisional Sabah adalah manifestasi kepelbagaian etnik dan kebudayaan yang kaya di rantau tersebut, yang merangkumi suku kaum seperti Kadazandusun, Bajau, Murut, Rungus, dan banyak lagi.
sekian terima kasih