TAJUK MUKA SURAT
OBJEKTIF 3
PENGENALAN 4
5 - 14
HURAIAN 15
KESIMPULAN 16
RUJUKAN
OBJEKTIF
Memperkembangkan keupayaan fizikal serta
mempraktikan amalan kesihatan dan keselamatan
yang betul.
Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian.
Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti
kehidupan masyarakat secara keseluruhan.
Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai
dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi
membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi
dan sosial yang produktif.
Menguasai secara asas kemahiran menghadapi dan
menangani masalah dan isu berkaitan dengan
kesihatan.
Memastikan persekitaran yang berkualiti,teratur
bersih,indah menjamin keselesaan dan kesejahteraan
masyarakat.
KESIHATAN DAN PERPADUAN
PENGENALAN
Kesihatan semestinya amat penting dalam meningkatkan kualiti hidup.
Setiap masyarakat perlu menguasai secara asas dalam mengetahui
hidup sihat dari aspek pemakanan, bersukan dan mental yang sihat. Ini
dapat meningkatkan taraf kesihatan yang baik malah
ekonomi,perkhidmatan dan perpaduan turut terkesan ke arah negara
yang sihat serta maju. Kerajaan berperanan penting dalam mengalakkan
program seperti kesedaran mengenai penyakit talasemia dan program
kesukanan yang diadakan setiap tahun. Sekiranya kesihatan rakyat
terjamin dengan itu aktiviti kemasyarakatan dapat diadakan bersama
secara umumnya dapat memupuk perpaduan. Kesepaduan rakyat dapat
dilahirkan daripada semangat penerimaan dan rasa hormat tinggi antara
kaum dan agama. Dengan itu, setiap individu hendaklah menitikberatkan
kebersihan,kesihatan serta keselamatan dalam mencapai kesejahteraan
dan keharmonian hidup.
KESIHATAN DAN PERPADUAN
HURAIAN
Program Kesihatan
Sukan
Kesihatan Fizikal
dan Mental
Kesan
Kepentingan
KESIHATAN DAN PERPADUAN
PROGRAM
KESIHATAN
Program promosi kesihatan telah mula diperkatakan sejak dua abad
lalu tetapi hanya mendapat perhatian yang serius mulai tahun 1980an.
Ia merupakan satu proses atau gerakan radikal yang menekankan
kepada aspek kesejahteraan sosial, ekonomi dan kesejahteraan
kehidupan sebagai perkara asas dalam kesihatan masyarakat. Dalam
mempromosikan kesihatan juga menekankan aspek kesihatan positif,
di mana setiap individu perlu mengambil tindakan positif atau
berusaha memainkan peranan dalam menjaga kesihatan, dengan
memastikan mereka sihat, tidak dijangkiti penyakit dan bukan semata-
mata hanya memberi tindak balas terhadap tanda penyakit yang
mereka alami. Pelbagai strategi, pendekatan dan kaedah bagi
membantu dan menggerakkan individu atau masyarakat mengekalkan
tahap kesihatan dan menjaga kesihatan mereka.
KESIHATAN DAN PERPADUAN
KESIHATAN DAN PERPADUAN
SUKAN
Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat
pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara.
Gaya hidup sihat juga didefinisikan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat,
cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan
masyarakat.
Malaysia menyasarkan menjadikan sukan sebagai medium
penyatuan dalam kalangan masyarakat negara ini di samping
mencungkil bakat sukan untuk diketengahkan dan membentuk
komuniti membudayakan sukan sebagai gaya hidup sihat.
Aktiviti seperti bersenam, berbasikal, badminton dan lain – lain
adalah contoh sukan yang boleh dilakukan setiap individu.
Sukan juga merupakan cara terbaik untuk membantu
meningkatkan kesihatan diri semua masyarakat selain mampu
menyumbang ke arah meningkatkan produktiviti kerja.
KESIHATAN DAN PERPADUAN
Seluruh masyarakat disarankan untuk meluangkan masa dengan
menjalankan aktiviti bersukan, bersenam dan beriadah bagi
mengekalkan kesihatan fizikal dan mental.
Bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang. Masa lapang
amat berharga bagi setiap individu atau masyarakat. Dalam
melibatkan diri dalam bidang sukan juga adalah salah satu cara
mengisi masa lapang dengan berfaedah. Impaknya bersukan dapat
mengembalikan tenaga dan melegakan ketenangan.
Selain bersukan, pemakanan merupakan perkara yang penting
untuk kesihatan diri. Makanan seimbang ialah pengambilan
makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan.Manusia
memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga
kesihatan.
Media massa mempopularkan pemakanan seimbang menerusi
pelbagai program artikel mengenai pemakanan yang sihat.
Oleh itu, setiap individu perlu prihatin terhadap kesihatan tubuh
badan bak kata pepatah galilah telaga sebelum kehausan
KESIHATAN DAN PERPADUAN
KEBAIKAN PROGRAM KESIHATAN,SUKAN,PEMAKANAN.
Meningkatkan stamina
Membantu membina tulang dan otot yang sihat.
Meningkatkan keyakinan diri.
Membantu mengawal berat badan.
Memberi pengesanan awal terhadap sesuatu
penyakit
Mengurangkan tekanan (stres)
KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL
Kesihatan mental merupakan satu konsep yang memerlukan keseimbangan
di antara aspek fizikal, psikologi, kerohanian dan sosial.Kesemua aspek ini,
ada salingkaitannya yang boleh mempengaruhi kebolehan seseorang
bertindakbalas dengan cara yang sesuai dan sewajarnya.Kesihatan mental
tidak boleh dipisahkan daripada kesejahteraan fizikal. Selain itu, menurut
Md. Safian bin Mohd Tajuddin, melalui kajiannya, menyatakan bahawa
kesihatan membawa konsep bahawa seseorang itu berada dalam keadaan
yang sempurna dari segi jasmani, mental, emosi, sosial dan rohani dan
bukan hanya tidak berpenyakit.
Sebarang peningkatan kes gangguan mental akan juga mendatangkan
peningkatan beban yang teruk kepada kesejahteraan fizikal.
Bagi menghindari perkara ini, sebarang bentuk gangguan mental atau
perkara yang menjurus kepadanya wajar dicegah dari awal lagi.
KESIHATAN DAN PERPADUAN
Kesihatan serta penyakit mental dan fizikal merupakan sebahagian
daripada kehidupan.Kehidupan yang penting dan saling bergantungan
antara satu sama lain.Jelasnya di sini, sebarang penyakit atau gangguan
fizikal boleh memberi kesan emosi terhadap individu dan ahli
keluarganya serta masyarakat. Kesihatan mental memerlukan kita untuk
memiliki pandangan dan sikap yang positif dan proaktif terhadap diri
sendiri dan orang lain serta dalam perhubungan kita dengan mereka, di
samping memiliki sikap yang positif terhadap persekitaran kita.
Ini turut memberi impak kepada perpaduan dan masyarakat dengan itu
hendaklah kita menghormati sesama kaum, dan agama supaya tidak
berlakunya perpecahan kaum.
Kesan penyakit mental sebenarnya lebih banyak mendatangkan
keburukan dan bebanan kepada kita semua dalam pelbagai aspek
kehidupan, khusus terhadap pesakit, keluarga mereka, majikan,
kehilangan produktiviti dan pendapatan, seterusnya menjejaskan
ekonomi negara dan sistem penjagaan kesihatan.
KESIHATAN DAN PERPADUAN
KEPENTINGAN
Kesihatan yang sejahtera amat penting dalam kehidupan. Adalah menjadi
tanggungjawab individu untuk mengetahui akan kepentingan kesihatan fizikal
dan mental.Hal ini bertujuan menjadikan ia sebagai panduan dalam penjagaan
kesihatan
Kesihatan daripada aspek fizikal membawa kepentingan yang besar kepada diri
seseorang individu, masyarakat dan negara.Antara kepentingannya ialah
mengurangkan insiden penyakit kronik. Penjagaan kesihatan mampu
membantu jantung berfungsi dengan baik
Kesihatan mental merupakan ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan
untuk menyesuaikan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan
tuntutan hidup.
Program kesedaran kesihatan membolehkan masyarakat membuat pengesenan
awal pada masa yang sama menambah pengetahuan dan berjaga- jaga terhadap
sesuatu penyakit yang boleh membawa ke tahap serius.
KESIHATAN DAN PERPADUAN
KESAN
Strategik dalam program kesihatan akan dapat memberi impak yang positif di
dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan pengalaman
cara hidup sihat serta penjagaan dan pengawalan kesihatan kendiri di
peringkat komuniti kolaborasi Kementerian Perpaduan Negara dan inisiatif
Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di bawah Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Tujuan Program kesedaran kesihatan adalah untuk membantu masyarakat
dan komuniti memenuhi keperluan dan meningkatkan kesejahteraan hidup
melalui pelaksanaan projek, perkhidmatan, peningkatan kemahiran atau hasil
inovasi menggunakan teknologi sedia ada.
Kesan melibatkan diri dalam aktiviti sukan juga membantu dalam
menguatkan tulang dan otot serta memudahkan pergerakan. Apabila menjaga
kesihatan dengan melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, berbasikal dan
membuat kerja rumah, ia akan membantu dalam ketahanan dan kekuatan
otot.
KESIHATAN DAN PERPADUAN
KESIMPULAN
Kesedaran tentang kesihatan adalah perkara penting yang perlu diterapkan dalam diri
seseorang individu bagi mencapai tahap kesejahteraan hidup. Ia perlu dipupuk bermula
sejak peringkat kanak-kanak lagi. Apabila kurangnya kesedaran tentang kepentingan
kesihatan, membuatkan seseorang akan mengambil sambil lewa tentang keadaan ini. Secara
keseluruhannya, kesihatan mempengaruhi segala aktiviti harian dan juga gaya hidup
seseorang individu.Kesihatan yang merangkumi fizikal dan mental adalah sangat
berhubungkait dan memainkan peranan yang saling bergantung. Sesungguhnya badan yang
cergas akan menghasilkan minda yang cerdas.Oleh yang demikian, adalah menjadi
tanggungjawab individu, masyarakat, komuniti dan negara bersama-sama menggembleng
usaha dalam mencapai kehidupan yang sejahtera.Dalam pada itu, cara hidup sihat adalah
kunci utama dalam mendapat kesihatan yang baik.Kesimpulannya, kesihatan bukanlah
perkara yang rumit ataupun menjadi masalah jika penjagaannya dilakukan sejak usia muda
lagi
RUJUKAN https://www.researchgate.net/publication/315456905_K
ESIHATAN_FIZIKAL_DAN_MENTAL
https://belia.org.my/wp/2020/05/11/sukan-boleh-
melindungi-golongan-belia-dari-terjebak-gejala-yang-
tidak-sihat/
https://www.scribd.com/doc/245483823/Unit-5-Program-
program-Kesihatan
https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/137?mid=
14
https://www.utusanborneo.com.my/2019/05/15/program-
kesihatan-berupaya-perkukuh-perpaduan-komuniti-kata-
ibrahim
https://www.infosihat.gov.my/projek-khas/kem-i-
want.html
https://www.ikim.gov.my/new-
wp/index.php/2010/11/19/kesihatan-mental-dan-
kesejahteraan-fizikal/
https://jknlabuan.moh.gov.my/v4/index.php?option=com
_content&view=article&id=173&Itemid=1682&lang=my
http://www.myhealth.gov.my/hubungkait-antara-
kesejahteraan-kesihatan-fizikal-dan-mental/