1 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli
Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula, disimpan dalam sistem simpanan kekal atau dipindahkan ke dalam sebarang bentuk atau sebarang cara elektronik, mekanik, penggambaran semula dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat izin daripada penulis. Perpustakaan Negara Malaysia Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA / Othman Talib & Nur Farhana Ramli Tmn Desa Karunmas, Seri Kembangan, Selangor Rupa taip teks : Lemon/Milk & Roboto Saiz taip teks : 11 pt Irfanfoner.com Irfan foner Concept visualizer Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA eISBN 978-967-18797-0-2 NFR Bizz Resources ©, 2020 Sekiranya anda memperoleh e-book ini tanpa membuat apa-apa transaksi yang dibenarkan, hendaklah menghubungi e-mel ini : [email protected] Othman talib Nur farhana ramli Nfr bizz resources penulis Diterbitkan oleh
Nur Farhana Ramli Othman Talib
4 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli kandungan manuskrip 7 9 13 Petik sumber Format apa bahagian 1 bahagian 2 bahagian 3 2.1 Kenapa Perlu Sumber Rujukan? 2.2 Contoh Petikan Sumber 2.3 Penomboran 3.1 American Psychological Association (APA) 3.2 Petikan dalam Teks a. Parentesis dan Naratif b. Bilangan Penulis 3.3 Rujukan: Cara Menulis Nama Penulis a. Surname b. Penulis Tunggal c. Dua Orang Penulis d. Tiga hingga 20 Orang Penulis e. Kumpulan Penulis atau Institusi 3.4 Rujukan: Artikel Terbitan Berkala a. Maklumat Asas b. Artikel daripada Jurnal Bercetak (tanpa DOI) c. Artikel daripada Jurnal Elektronik (dengan DOI) d. Tesis dan Disertasi e. Artikel daripada Majalah f. Artikel daripada Surat khabar g. Artikel Belum Terbit 13 14 14 14 15 15 17 17 17 18 18 18 19 19 19 20 20 21 9 10 11
5 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli kapsyen 27 bahagian 4 3.5 Rujukan: Buku a. Format Asas b. Artikel atau Bab dalam Buku 3.6 Rujukan: Kamus a. Nama Pengarang b. Tiada Nama Pengarang c. Rujuk Istilah 3.7 Rujukan: Media dalam Talian a. E-buku (dengan DOI) b. E-buku (tanpa DOI) c. Media Sosial d. Laman Sesawang 3.8 Rujukan: Temu Ramah 3.9 Rujukan: Pengarang yang Sama a. Pengarang Tunggal b. Pengarang Tunggal dan Ramai 3.10 Rujukan: Bahasa Melayu dalam Manuskrip Bahasa Inggeris a. Buku b. Artikel Jadual dan Rajah a. Jadual b. Rajah 21 21 22 22 22 23 23 23 23 23 24 24 25 25 25 26 26 26 26 27 27 28
6 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Buku ringkas ini ditulis untuk rujukan penting bagi membantu pelajar dan penyelidik menggunakan format penulisan yang melibatkan petikan dan rujukan dengan betul. Othman Talib Nur Farhana Ramli 29 45 Mantapkan penulisan sumber PESANAN KEPADA PELAJAR PASCASISWAZAH bahagian 5 bahagian 6 5.1 Penulisan ‘as cited in’ 5.2 Bezakan Penyataan Spesifik dan Umum 5.3 Kupas Sumber yang Dibaca 5.4 Sumber Asal 5.5 Tidak Semua yang Dibaca Perlu Dijadikan Petikan 5.6 Adakah Sumber Rujukan Mesti Terkini? 5.7 Beberapa Bentuk Petikan Sumber Rujukan 5.8 Penulisan Nipis dan Tebal 5.9 Penulisan ‘direct quotation’ 29 30 32 35 39 41 41 43 44
7 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli manuskrip Penulisan manuskrip bahagian 1 Terdapat pelbagai peraturan yang perlu dipatuhi ketika menyiapkan penulisan manuskrip. Menyediakan penulisan dengan jenis dan saiz font yang sesuai adalah antara yang diperlukan. Penulisan dengan jenis font Arial bersaiz 12 memudahkan komunikasi manuskrip tersebut kepada semua pembaca. American Psychological Association (APA) sebagai contoh, telah menyediakan manual penerbitan yang menyenaraikan pelbagai peraturan kepada pengarang dan penyunting dengan stail dan format penulisan yang khusus. Penyelidikan dijalankan oleh pelbagai pihak memerlukan satu format penulisan untuk digunakan secara seragam bagi tujuan berkongsi dapatan kajian. Penulisan manuskrip dalam jurnal, tesis, disertasi dan laporan akan menjadi repositori untuk rujukan dari semasa ke semasa. Manuskrip yang disediakan perlu mempunyai rujukan kajian lepas dan proses ini semakin rumit apabila semakin banyak manuskrip yang dihasilkan dari seluruh dunia. Penulisan manuskrip yang mengikuti format tertentu seperti APA, memudahkan persoalan asas dibuat untuk menilai kualiti sesuatu kajian sebelum diterbit dan diedarkan. Persoalan asas meliputi isu, teori, kaedah kajian, pensampelan, kesahan dan analisis yang digunakan oleh sesuatu kajian boleh dilakukan jika manuskrip yang ditulis dapat difahami organisasi penulisannya.
8 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Begitu juga dengan ‘pemilikan’ hak atas manuskrip dengan pengarang atau kumpulan pengarang bertanggungjawab kepada manuskripnya. Sebarang pengiktirafan, persoalan, isu dan etika berkaitan dengan manuskrip tersebut akan berada dalam tanggungjawab pengarang. Maka, format penulisan aturan pengarang akan memberi isyarat sumbangan setiap pengarang kepada manuskrip yang dihasilkan. Terdapat pelbagai jenis manuskrip yang mempunyai cara organisasi penulisan yang berbeza. Jenis-jenis manuskrip termasuklah laporan, review article dan artikel penyelidikan yang setiap satunya mempunyai anggaran bilangan perkataan dan organisasi penulisan yang berbeza. Review article misalnya memerlukan sekitar 6000 perkataan sementara artikel penyelidikan sekitar 4000 perkataan. Terdapat banyak istilah yang sering tidak difahami oleh penyelidik muda, termasuklah pelajar yang perlu menyediakan laporan tesis dan disertasi seawal penulisan tajuk. Perkataan melibatkan istilah yang bertindih pada tajuk seperti ‘Kajian studi kes ...’ perlu dielakkan. APA misalnya menyarankan tajuk kajian mestilah ringkas sekitar 12 perkataan sahaja. Menamakan pengarang juga memerlukan satu pendekatan kerana wujudnya kepelbagaian dan tradisi nama yang berbeza seluruh dunia. Perkara yang perlu dielakkan ialah penggunaan nama yang berbeza pada setiap penerbitan manuskrip supaya tidak berlaku kekeliruan pada identiti pengarang. Maka, pengarang boleh memastikan cara nama mereka perlu muncul dalam setiap manuskrip. Pemilik nama Othman Talib mungkin tidak sama dengan pemilik nama Talib O. atau O. Talib atau Othman T. Nama dalam tradisi di negara Barat seperti Robert Samuel Matthews boleh sahaja menjadi Robert S. Matthews, atau R. S. Matthews atau S. Matthews. Kekeliruan ini semakin menjadi-jadi jika affliation tempat pengarang bertugas pula berubah-ubah sehingga pengarang yang berbeza memiliki nama yang sama. Perkara ini akan dibincangkan dalam bab selepas ini.
9 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli PETIK SUMBER 2.1 Kenapa Perlu Sumber Rujukan? bahagian 2 Terdapat beberapa sebab utama kita memetik sumber dalam penulisan ilmiah. Antara sebab tersebut adalah seperti berikut: • Integriti akademik. Apabila menggunakan sumber rujukan, penulis perlu melaporkan sumber rujukan. • Menunjukkan kaedah penyelidikan yang sistematik dengan menyenaraikan sumber yang dirujuk. • Memberi kredit (penghargaan) kepada idea dan kerja orang lain. • Menunjukkan kepada pembaca tentang asas kepada analisis, kupasan atau kesimpulannya dalam penulisan ilmiah. • Memandu pembaca kepada bahan yang menjadi rujukan pengarang supaya pembaca dapat memeriksa sumber rujukan tersebut dan membacanya sendiri dengan lebih mendalam. • Mengelakkan plagiarisme. Apabila pengarang mengambil mana-mana sumber tetapi tidak menyatakan sumbernya dalam penulisan, perbuatan ini seolah-olah sumber tersebut adalah idea penulis sendiri. • Memberi maklumat kepada pembaca tentang rujukan yang berkaitan dengan bidang yang dikaji. • Meletakkan karya dan idea pegarang ke dalam konteks ilmiah dengan memberikan senarai rujukan yang tepat dengan format yang betul.
10 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli 2.2 Contoh petikan sumber Berikut ialah contoh beberapa pernyataan yang menunjukkan pelbagai cara memetik sumber rujukan: STEM has been embedded in the Malaysian Curriculum starting 2017 in the Secondary School Standard Curriculum (Curriculum Development Division, 2016). Professional development, briefing and training are courses provided to in-service teachers to ensure that their level of competency remains up-todate with the changing trend of time (Niemi, n.d.) Teachers as the backbone in this process require knowledge of content, teaching skills and values in implementing STEM at schools (Alves et al., 2015; Hollins, 2011; Jackson & Ash, 2012). STEM in teaching and learning requires that the borders between disciplines involved are abolished for the solution of proposed problems. The Department of Sport has just released a new sportal called sport4all at https://www.sporth4all.gov to encourge young citizens to get healthy. Constructing scientific explanations and participating in argumentative dis- course are seen as essential practices of scientific inquiry (e.g., R. Driver, P. Newton, & J. Osborne, 2000). Without it, teachers will find challenges to implement STEM in schools (see Siew, Amir, & Chong, 2015). Altan (2016, p.13) argued that, from having the disciplines basic knowledge, teachers “need to be competent in planning, implementation and measurementevaluation”
11 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli 2.3 penomboran Manuskrip penyelidikan memerlukan penomboran untuk menjelaskan dapatan kajian. Antara cadangan APA apabila melibatkan penggunaan nombor dalam penulisan manuskrip adalah seperti berikut: Semua nombor ‘1’ hingga ‘9’ hendaklah dieja. Sementara itu, nombor dalam situasi berikut hendaklah ditulis nombornya: � nombor yang lebih besar daripada ‘9’ � nombor yang mempunyai fungsi pengiraan matematik � nombor pecahan � nombor peratus � nombor yang mewakili waktu dan tarikh � nombor bersiri Contoh: � Kajian ini melibatkan murid tahun enam dan tingkatan satu sekolah di seluruh daerah Hulu Langat. � Seramai sembilan pakar telah bersetuju untuk ditemu bual sebanyak dua pusingan. Contoh: � Terdapat 200 pelajar perempuan dan 120 pelajar lelaki telah dipilih untuk mengikuti program ABC. � Malaysia berada pada kedudukan yang kelima dalam acara berpasukan semasa temasya sukan ABC dari 88 negara yang mengambil bahagian. � Berat purata pokok X adalah 20 kali lebih dari berat purata pokok Y (fungsi pengiraan matematik).
12 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli � Nilai purata skor kumpulan 1 ialah 12.4, sementara nilai purata skor kumpulan 2 ialah 5.56. � Kajian menunjukkan lapan remaja berusia lebih 20 tahun tidak mempunyai IQ yang berbeza dengan lapan kanakkanak berusia lebih 9 tahun. � Seramai sembilan pelajar 12 tahun telah menyertai rombongan melawat Pulau Langkawi dan selamat tiba pada pukul 5.30 petang. � Ketinggian semua lapan atlet diukur menggunakan pita sepanjang 2.5 m. � Panjang ukuran kayu yang diproses diukur menggunakan pembaris 12 inci. � Bahan yang diproses dijadikan pepejal berbentuk guli 150 g. � Peserta kajian telah dipilih dalam kalangan murid yang mempunyai berat badan tidak melebihi 100 kg. � Kaji selidik ABC menggunakan skala 7 poin. � Kumpulan 1 yang terdiri daripada 50 murid Tahun 1 dan Tahun 2 diminta berada di Tingkat 3 blok A bangunan utama sekolah. Nombor yang menjadi permulaan ayat, hendaklah dieja sepenuhnya. Contoh: Empat puluh lima peratus daripada responden telah memberikan jawapan yang positif sementara 55% lagi memberikan jawapan negatif.
13 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Format apa 3.1 American Psychological Association (APA) bahagian 3 Terdapat pelbagai sumber yang boleh dipetik dalam penulisan. Antaranya ialah buku, artikel, jurnal, surat khabar, majalah, dan bahan Internet. Bahan yang tidak diterbitkan seperti temu bual juga boleh dipetik untuk menguatkan justifikasi dalam penulisan. Di dalam buku ini, dikongsikan cara memetik pelbagai jenis sumber berdasarkan format yang ditetapkan oleh American Psychological Association (APA) edisi ketujuh, terbitan American Psychological Association, Washington DC. Stail atau format APA ialah gaya rujukan ‘authordate’ berasaskan panduan dalam ‘Publication Manual of the American Psychological Association 7th edition (2020). Selain daripada gaya rujukan mengikut format APA, terdapat banyak format lain untuk memetik sumber, antaranya ialah: � The Chicago Manual of Style (Chicago) dalam kebanyakan bidang � Modern Language Association (MLA) dalam bidang kemanusiaan � Council of Science Editor (CSE) untuk sains biologi � American Chemical Society (ACS) untuk kimia � American Institute of Physics (AIP) untuk fizik, astrofizik, astronomi � American Mathematical Society (AMS) untuk matematik dan komputer sains � The Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE) untuk bidang kejuruteraan � American Society of Civil Engineers (ASCE) untuk bidang kejuruteraan Makluman pembaca Sumber rujukan dummy digunakan di dalam buku ini bagi tujuan memudahkan pemahaman
14 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli 3.2 Petikan dalam Teks Terdapat pelbagai gaya petikan sumber rujukan yang ada kalanya sangat mengelirukan. a) Parentesis dan Naratif Secara asasnya, petikan sumber dalam penulisan terbahagi kepada � Petikan parentesis (parenthetical citation) � Petikan naratif (narrative citation). b) Bilangan Penulis Selain perbezaan yang disebutkan di atas, cara menulis petikan parentesis dan petikan naratif juga berbeza berdasarkan jumlah penulis seperti berikut: Petikan naratif pula dilakukan dengan meletakkan nama penulis sebagai sebahagian daripada ayat. Keadaan ini selalunya berlaku apabila penulis membuat parafrasa atau petikan langsung. Contoh petikan parentesis: Dalam laporan ini, permintaan untuk tenaga kerja yang berkaitan dengan STEM telah meningkat kepada 10.5% dari tempoh bulan Mei 2009 hingga Mei 2015 berbanding hanya pertumbuhan bersih 5.2% dalam tenaga kerja yang tidak berkaitan dengan STEM untuk tempoh yang sama (Fayer et al., 2017). Contoh petikan naratif: DeVellis (2017) menetapkan lapan langkah asas dalam pembangunan instrumen.
15 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli 3.3 Rujukan: Cara Menulis Nama Penulis a) Surname Cara memetik nama penulis adalah dengan menggunakan nama keluarga (surname) diikuti dengan tahun. Namun begitu, bagi nama yang tidak mempunyai nama keluarga, terdapat beberapa cadangan penulisan rujukan seperti berikut. Jenis penulis Petikan parentesis Petikan naratif Seorang penulis (Mike, 2020) Mike (2020) Dua orang penulis (Jack & Jill, 2020) Jack dan Jill (2020) Tiga orang atau lebih penulis (Sangan et al., 2020) Sangan et al. (2020) Kumpulan penulis dengan singkatan Petikan parentesis Petikan naratif Petikan pertama (Persatuan Guru STEM Malaysia (PGSM), 2020) (Persatuan Guru STEM Malaysia (PGSM), 2020) Petikan seterusnya (PGSM, 2020) (PGSM, 2020) Kumpulan penulis tanpa singkatan (Universiti Pintar, 2020) Universiti Pintar (2020)
16 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli nama penulis Nama keluarga Cadangan nama penulis Louisa Picco Picco Picco, L Boon Yiang Chua Boon Boon, Y.C Chua, B.Y (format ini pun ada digunakan oleh pengarang) Huang Keng-Yen Huang Huang, K.-Y Edimansyah bin Abdin Tiada Edimansyah Abdin Mythily A/P Subramaniam Tiada Mythily Subramaniam Dayangku Nursyahirah Sabrina binti Awangku Zainol Abidin Tiada Dayangku Nursyahirah Sabrina David Koh Thong Bee Koh Koh, D.T.B Stephen H. Chen Chen Chen, S. H. Bagi nama yang terlalu panjang, nama bapa boleh diabaikan dalam menulis petikan. Terdapat juga amalan meletakkan nama bapa sebagai surname dalam menulis petikan. Sila rujuk organisasi tempat anda bertugas atau tempat pengajian untuk kepastian. Rujukan artikel dengan menggunakan beberapa contoh sebelum ini akan ditulis seperti berikut. Contoh: Mythily Subramaniam, Edimansyah Abdin, Picco, L., Boon, Y. C., Saleha Shafie, & Chong, S. A. (2014). Development, validity and reliability of the short multidimensional positive mental health instrument. Quality of Life Research, 23(5), 1459–1477. https://doi.org/10.1007/s11136-013-0589-0
17 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli nama penulis Nama keluarga Cadangan cara menulis nama penulis Robert DeVellis DeVellis DeVellis, R Ahmad Zamri bin Khairani Tiada Ahmad Zamri Khairani nama penulis Nama keluarga Cadangan cara menulis nama penulis Nur Farhana binti Ramli Othman bin Talib Tiada Nur Farhana Ramli & Othman Talib Trevor Bond Christine Fox Bond Fox Bond & Fox Karya oleh seorang atau dua orang pengarang, sertakan nama pengarang dalam setiap petikan. Untuk karya dengan tiga orang atau lebih pengarang, sertakan nama pengarang pertama ditambah ‘et al.’ dalam setiap petikan (bahkan petikan pertama). Contoh penulisan adalah seperti berikut: Berikut adalah beberapa contoh cara penulisan rujukan berdasarkan bilangan penulis : b) Penulis tunggal c) Dua orang penulis d) Tiga hingga 20 Orang Penulis
18 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli nama penulis Nama keluarga Cadangan cara menulis nama penulis Nur Farhana binti Ramli Othman bin Talib Siti Aishah binti Hassan Umi Khalthom binti Abdul Manaf Tiada Nur Farhana Ramli et al. James Stronge Thomas Ward Leslie Grant Stronge Ward Grant Stronge et al. nama penulis Nama keluarga Cadangan cara menulis nama penulis Kementerian Pendidikan Malaysia Tiada Kementerian Pendidikan Malaysia e) Kumpulan penulis atau institusi 3.4 Rujukan: Artikel Terbitan Berkala a) Maklumat asas Dalam penulisan rujukan artikel, maklumat asas berikut perlu ditulis : � Nama pengarang � Tahun artikel diterbitkan � Tajuk artikel � Tajuk jurnal � Nombor volume dan isu.
19 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli d) Tesis dan disertasi Rujukan tesis atau disertasi pascasiswazah dibezakan sama ada manuskirp tersebut diterbitkan ataupun tidak diterbitkan. Manuskrip yang diterbitkan boleh diperoleh daripada pangkalan data universiti atau daripada laman sesawang peribadi. b) Artikel dari jurnal bercetak (tanpa DOI) c) Artikel dari jurnal elektronik (dengan DOI) Selain itu, pengarang juga perlu memasukkan maklumat DOI. DOI atau Digital Object Identifier merupakan rentetan angka, huruf dan simbol yang digunakan untuk mengenal pasti artikel atau dokumen secara kekal dan memuatkannya di laman sesawang. DOI akan membantu pembaca mencari sumber petikan dalam artikel yang dibaca. Sekiranya DOI diberikan kepada artikel yang anda gunakan, anda harus memasukkannya selepas nombor halaman untuk artikel tersebut. Jika tidak ada DOI yang ditetapkan dan anda mengakses secara berkala dalam talian, gunakan URL laman web sumber anda mengambil artikel tersebut. Bentuk asas bagi penulisan rujukan artikel adalah seperti berikut: Contoh: Ramley, N.T., & Romey, C. B. (2018). The model for reaction mechanism. Journal of Science for Secondary Education, 21(13), 123-144. https://doi.org/10.1047/SE000000126 Lawshe, C. H. (1975). A quantitative approach to content validity. Personnel Psychology, 28(4), 563–575. Sulaiman Ahmad. (2017). Assessing urban and rural school achievement in STEM integrated education in Malaysia. Science Education Jornal, 87(3), 1-5. https://doi.org/10.1051/ matecconf/20178704004
20 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Contoh: ProQuest Dissertations and Theses Global Rose, J. J. (2015). The ecosystem of Murray river [Doctoral dissertation, Arizona State University]. ProQuest Dissertations and Theses Global Contoh: Institution repository Robert, W. (2020). Computer-aninated instruction and students’ readiness [Master's thesis, ABC University]. Adelaide. https:// aurepository.edu.au Sally, A. B. (2020). STEM for primary schools textbooks. [Doctoral thesis, The University of Malaya]. The Malaya University Educational Center. https://umrepositoty.edu.my Contoh: Tidak diterbitkan Thomson, S. Y. (2010). Implimentation of problem-based learning among special needs learners [Unpublished master's thesis]. Curtin University of Technology. Baharom Isa (2019). Creative and innovative modul for STEAM education in Malaysia [Unpublished master's thesis]. Liverpool University. Rasch, S. (2020, November 23). The measurement of health care organization. Health News, 100(10), 6 Razak Saleh (2020, April 15). Telemarketing: How to be rich in 24 hours. Telemarketing Magazine, 64(8). https://www.telemarketing.net/ Suhaila Ali. (2019, November 26). Saya cipta komik STEM dan ANAcube. GPS Bestari, pp. 1–2. https://www.gpsbestari.com/rencana e) Artikel daripada majalah f) Artikel daripada surat khabar
21 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Contoh: Field, A. (2016). An adventure in statistics: The reality enigma. SAGE Publications Inc. Abdul Samad Said (2009) Cinta Fansuri. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad g) Artikel belum terbit Terdapat situasi artikel yang sudah diterima namun menunggu untuk diterbitkan. Bagi artikel sebegini, disebabkan masih belum menerima maklumat tentang volume dan DOI (Digital Object Identifier), maklumat akan diganti dengan perkataan ‘in press’. Berikut adalah format penulisan artikel yang sudah diterima namun belum lagi diterbitkan Amos. S & Jackson, F (in press). Differences in valuation from experience: A cognitive modeling approach. Education Bulletin & Review. � Petikan Parentesis: (Amos & Jackson, in press) � Petikan Naratif: Amos and Jackson (in press) 3.5 Rujukan: buku a) Format asas Format asas bagi penulisan rujukan buku adalah seperti berikut: � Penulis (Tahun Terbit). Tajuk. Nama Penerbit
22 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Contoh: John, A. , & Samuel, B. (2020). Beyond appearance in 2020. In E. Brown & F. Jack (Eds.), Literacies for girls. (pp. 12-20). Springer. Capraro, M. M., & Jones, M. (2013). Interdisciplinary STEM projectbased learning. In R. M. Capraro & M. M. Capraro (Eds.), STEM project-based learning: An intergrated Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) approach (2nd ed., pp. 47– 54). Sense Publishers. Petersons, A. C (1989). Dictionary of chemical science (3rd ed.). University Press b) Artikel atau bab dalam buku Ada juga artikel-artikel atau bab-bab dalam penerbitan buku ditulis oleh penulis yang berbeza. Berikut merupakan cara asas penulisan rujukan bagi artikel atau bab dalam buku: Penulis (tahun penerbitan). Tajuk bab. Dalam Editor (Edisi), Tajuk buku (muka surat). Penerbit. 3.6 Rujukan: kamus Kamus merupakan antara rujukan penting dalam penyediaan manuskrip. Terdapat tiga cara petikan biasa dilakukan. a) Nama pengarang Jika anda merujuk kamus sepenuhnya, maka anda perlu menulis nama pengarang.
23 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Merriam-Webster’s Dictionary (4th ed.). (2014). Merriam-Webster Publication. Ontology. (n.d.) In Oxford dictionary. http:// www.oxford.com/ontology Salme, W. (2018). Creativity and innovation for the 21st Century school. Wiley & Sons. https://doi.org/ 10.1017/938-3 Salme, W. (2018). Creativity and innovation for the 21st Century school. Wiley & Sons. 3.7 Rujukan: Media dalam Talian Media dalam talian adalah antara sumber yang paling kerap dirujuk pada masa kini. Kewujudan DOI menjadikan stail petikan rujukan semakin bertambah. a) E-buku (dengan DOI) b) Tiada nama pengarang Jika tiada nama pengarang, anda boleh menggunakan nama kamus tersebut seperti berikut : c) Rujuk istilah Jika anda merujuk hanya satu perkataan seperti ontology dari kamus dalam talian, begini cara penulisannya: b) E-buku (tanpa DOI)
24 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Zarfan Osman (2020, Oktober 27). Tutorial amatur untuk rakan yang berminat buat education TikTok [Image attached] [Status update]. Facebook. https://bit.ly/2HJcv2E Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri [@MKNJPM], (2020, Oktober 29) Status Terkini COVID-19 Di Malaysia [Tweet]. Twitter. https://twitter.com/MKNJPM/ status/1321757555966664704 c) Media sosial d) Laman sesawang Berikut merupakan contoh rujukan laman sesawang sebagai panduan. Terdapat juga maklumat pada rujukan tidak lengkap seperti ketiadaan nama pengarang dan tahun sumber diterbitkan seperti berikut: Pusat Kanser Negara. (2020, April 22). Cancer among women between 2000 to 2020. http:// www.pusat.kanser.negara./women_cancer/ Hamdan Ali (2018, April 12). Panduan menanam pokok cili di kawasan rumah dan sekolah. https:/ /hamdanalipage/pokok-cili-sekolah/ Persatuan Budaya Melaka (n.d.). Tarian Zapin Melayu dan Nyonya dalam budaya Melaka. http:// www.doc.govt.malacca/zapin/
25 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Contoh: Steven also claimed that many of postgraduate students had difficulties with citation format including APA and IEEE styles (personal communication, Januari 2, 2020). Mayer, R. E. (2008). Applying the Science of Learning: EvidenceBased Principles for the Design of Multimedia Instruction. American Psychologist, 63(8), 760–769. https://doi.org/ 10.1037/0003-066X.63.8.760 3.8 Rujukan: temu ramah 3.9 Rujukan: pengarang yang sama Oleh sebab pembaca tidak dapat mengambil maklumat dalam komunikasi peribadi, komunikasi peribadi tidak termasuk dalam senarai rujukan. Mereka dipetik dalam teks sahaja. Berikan nama komunikator dan berikan tarikh setepat mungkin dengan menggunakan format berikut: � Petikan naratif: James, D. (komunikasi peribadi, Oktober 3, 2020) � Petikan parentesis: (James, D., komunikasi peribadi, Oktober 3, 2020) Terdapat situasi sumber rujukan datangnya daripada pengarang yang sama. Cara penulisan rujukan sedikit berbeza jika wujud situasi ini. a) Pengarang tunggal Dahulukan mengikut tahun:
26 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Mayer, R. E. (2010). Unique contributions of eye-tracking research to the study of learning with graphics. Learning and Instruction, 20(2), 167–171. https://doi.org/10.1016/ j.learninstruc.2009.02.012 Mayer, R. E. (2017). Using multimedia for e-learning. Journal of Computer Assisted Learning, 107, 878–884. https:// doi.org/10.1111/jcal.12197 Mayer, R. E., Heiser, J., & Lonn, S. (2001). Cognitive constraints on multimedia learning: When presenting more material results in less understanding. Journal of Educational Psychology, 93(1), 187–198. https://doi.org/ 10.1037/0022-0663.93.1.187 Othman Talib (2017). SPSS untuk penyelidik muda [SPSS for young researchers]. ABC Press. Chiu, H. J, Kim, G. S., Othman Talib, & Aminuddin Yusof. (2017). Persepsi pelajar terhadap makanan seimbang [Students’ perception towards healthy diet], Health & Exercise, 6(2), 135–145. b) Pengarang tunggal dan ramai Dahulukan pengarang tunggal: 3.10 Rujukan: Bahasa Melayu dalam manuskrip Bahasa Inggeris Sering kali pengarang menggunakan rujukan dalam bahasa ibunda seperti bahasa Melayu dalam manuskrip bahasa Inggeris. a) Buku b) Artikel
27 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Nur Farhana Ramli, & Othman Talib. (2017). Can Education Institution Implement STEM? From Malaysian Teachers’ View. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(3), 721–732. https:// doi.org/10.6007/IJARBSS/v7-i3/2772 a) Jadual Jadual dan rajah diperlukan untuk meringkaskan teks yang panjang dengan perkataan seperti “As shown in Table 1, the nombor of teachers ....” atau menulis dalam kurungan “As one of the pillars in the curriculum, STEM is expected to produce students with science literacy (see Figure 3) that can ...”. Terdapat tambahan (jika perlu) bahagian Nota (Note) untuk menjelaskan isi jadual mahupun rajah. Label dan pernomboran seperti Table 1 atau Figure 2 perlu ‘bold’. Pengarang tidak boleh menulis seperti “Merujuk kepada jadual di atas, bilangan guru....” atau “Questions were prepared in advance based on the themes studied as shown in the table below”, kerana menyukarkan pembaca untuk mengetahui jadual atau rajah yang perlu dirujuk. kapsyen Jadual dan rajah bahagian 4 Berikut cara menulis kapsyen (keterangan) bagi Jadual (Table) dan Rajah (Figure) yang dipetik dari artikel berikut: Contoh: Table 1 Teachers’ Demographic Note. Only STEM teachers involved in this study
28 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli b) Rajah Nota. Rajah dalam bahasa Inggeris menunjukkan perkaitan segi tiga antara kehidupan seharian, persekitaran dan komuniti dalam pengajaran dan pembelajaran STEM. Rajah 1 STEM sebagai Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
29 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli MANTAPKAN PENULISAN ANDA bahagian 5 Katakan anda membaca artikel yang ditulis oleh Othman (2020), dan terdapat pelbagai petikan di dalamnya. Tiba-tiba anda tertarik dengan satu pernyataan yang dipetik oleh Othman (2020) daripada sumber Jonas (2015). Anda juga perlu mendapatkan sumber Jonas (2015) jika sumber ini: � melibatkan asas utama dalam hujah kajian anda; � ditulis oleh pengarang utama/pakar/pengasas idea dalam kajian anda. Anda boleh menulis dengan dua cara: � According to Jonas (2015, as cited in Othman, 2020), learning Biology “can be confusing and complicated" (p. 13). � Learning the science subject such as Biology can be problematic (Jonas, 2015, as cited in Othman, 2020). Inilah prinsip yang perlu difahami sebelum anda menggunakan ‘as cited in’. Anda perlu membaca dan memahami sumber petikan anda iaitu Othman (2020) terlebih dahulu. Kemudian, anda boleh memetik sumber kedua (Jonas, 2015) sebagai ‘as cited in’ jika sumber Jonas (2015) tersebut: � sukar diperoleh kerana tidak diterbitkan lagi (seperti bahan sejarah) � diterbitkan sebagai koleksi terkawal / sulit (bukan untuk rujukan awam) � diterbitkan dalam bahasa yang tidak anda fahami (seperti bahasa Jerman) 5.1 Penulisan ‘as cited in’
30 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Jika sumber Jonas (2015) bukan sumber utama, sekadar satu idea biasa dalam literatur anda, carilah artikel lain yang relevan dengan idea dalam artikel Jonas (2015) tersebut untuk petikan. Katakan dalam artikel yang lain, Noah (2015) pun membincangkan idea yang sama, maka petiklah artikel Noah (2015) ini kerana cara ini lebih berwibawa daripada menulis ‘as cited in’ menggunakan Jonas (2015) yang tidak diperoleh untuk dibaca. Jika anda mengambil jalan mudah menggunakan ‘as cited in’ untuk menyokong idea anda, sedangkan sumber tersebut adalah terbitan daripada sumber yang boleh diperoleh, maka kredibiliti anda akan terjejas sebagai seorang penulis kerana memetik sumber daripada artikel atau penulisan orang lain. 5.2 Bezakan Penyataan Spesifik dan Umum i) Penyataan spesifik daripada pengarang yang dirujuk Perhatikan contoh penyataan spesifik yang wajib ada petikan seperti yang diberikan. Perkataan yang bergaris adalah indikator penyataan spesifik. Jika anda menulis penyataan spesifik tanpa sumber rujukan, anda akan dipersoalkan: � Bagaimanakah kamu tahu? � Siapakah yang berkata begitu? � Apakah sumber rujukan kamu untuk menulis begitu? Contoh: Berdasarkan sudut pandang konstruktivis, A (2016) mengembangkan model perubahan konseptual yang menekankan syarat yang harus dipenuhi agar pelajar mengalami perubahan konsep. Brown (2019) mendefinisikan animasi sebagai proses memindahkan dan mengubah sebarang objek pada layar komputer untuk meniru simulasi proses, peristiwa atau fenomena yang berkembang secara teori.
31 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Perkataan yang bergaris menunjukkan penyataan yang ditulis merujuk secara spesifik kepada pengarang. Dalam konteks ini nama pengarang menjadi petikan naratif. Perkataan yang bergaris menunjukkan pernyataan yang ditulis merujuk kepada satu idea dan idea ini diperoleh dari pengarang kajian lepas. Dalam konteks ini nama pengarang lebih sesuai menjadi petikan berbentuk parentesis bukan dalam bentuk naratif. ii) Penyataan spesifik kepada suatu perbandingan Selalunya ada penyataan yang berbentuk perbandingan seperti ‘lebih daripada’, ‘beberapa’, ‘kurang daripada’ atau kata tertentu yang berkaitan dengan idea tertentu. Contoh: � Kesalahan konsepsi sebahagiannya dapat disemak dengan mudah, tetapi ada yang sangat sukar untuk berubah terutamanya jika mereka memberikan penafsiran yang memuaskan kepada pelajar (Dolly, 2017). � Pendidik dan penyelidik sains telah mengkaji cara-cara konsep berkembang (Elly, 2012), disusun semula (Foss et al., 2017), dan diperkaya (Gross, 2018) secara individu dan sosial. � Adalah lebih praktikal menyampaikan animasi dan penjelasan langsung daripada pengajar bagi meningkatkan pemahaman konsep pelajar (Holland & Marry, 2019). � Animasi berpotensi menvisualkan konsep saintifik kerana dapat merapatkan idea sedia ada pelajar dengan maklumat baru (Samy et al., 2018). Crown et al. (2020) berkomentar bahawa konflik kognitif harus terlebih dahulu bermakna bagi pelajar, yang dihasilkan oleh motivasi, rasa ingin tahu untuk mengetahui, dan kemampuan berfikir yang mencukupi.
32 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli iii) Penyataan umum - Tidak perlu petikan Contoh: � Pelajar sering menggunakan sumber daripada Internet untuk mengakses maklumat tambahan berkaitan pembelajaran di dalam kelas. � Kemajuan sains dan teknologi telah menjadikan bidang automasi menjanjikan kerjaya masa depan yang lebih baik. � Othman (2020) menyatakan bahawa ... � Robert (2019) menegaskan bahawa ... � Mathew dan Stewart (2015) dalam kajian mereka menyatakan … � Ong (2019) dalam kajiannya mendapati ... 5.3 Kupas Sumber yang Dibaca Adakalanya penulis gagal mengupas sumber yang dibaca dalam konteks kajian sendiri, lalu menulis semula dengan permulaan ayat seperti: Namun begitu, pembaca ingin membaca kupasan kritis pengarang, bukan ulangan penulisan atau ringkasan daripada sumber yang dibaca. Katakan terdapat dua sumber untuk petikan iaitu Othman (2017) dan Othman dan Robert (2018) yang ingin dirujuk oleh pengarang untuk mengupas kajiannya yang berkaitan dengan miskonsepsi dalam sains. Sila baca dengan teliti petikan berikut:
33 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli This study also found at least three specific misconceptions demonstrated by the subjects from both the computer-based animation and conventional groups, which can be added to the list of students’ misconceptions documented in previous research. These misconceptions were found written by the students in the pre-test and post-test and detected during the interview sessions. These misconceptions were (a) a reducing agent is only in atomic form (b) there are positive atoms and negative atoms, and (c) in electrochemical cells, the cathode is always a negative electrode and the anode is always a positive electrode. Another common misconception held by the subjects was that they believed the salt bridge supplied electrons which flowed through electrolyte solutions as electrical current in order to complete the galvanic cell Miskonsepsi adalah fenomena yang sering berlaku dalam pembelajaran sains. Secara umumnya miskonsepsi merujuk kepada pemahaman konsep pelajar yang bertentangan dengan konsep sains seperti yang difahami oleh ahli sains. Fenomena miskonsepsi ini wujud dalam kognitif pelajar tanpa disedari. Misalnya dalam mempelajari sains, terdapat miskonsepsi terhadap kewujudan atom positif dan atom negatif (Othman, 2017), sedangkan mengikut pemahaman saintifik, semua atom adalah bersifat neutral. Pengarang perlu membaca sumber Othman (2017) dan memahaminya lalu menulisnya semua dengan ayat dan pemahaman sendiri. Berikut adalah cadangan penulisan semula (parafrasa) sumber tersebut: Cadangan penulisan semula berdasarkan petikan Othman (2017):
34 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Petikan 2 (Othman Talib & Robert, 2018): Pengarang juga perlu membaca sumber Othman dan Robert (2018) dan memahaminya, lalu menulisnya semua dengan ayat dan pemahaman sendiri. Berikut adalah cadangan penulisan semula (parafrasa) sumber Othman Talib dan Robert (2018): Cadangan penulisan semula Othman Talib dan Robert (2018): Perhatikan dalam kedua-dua penulisan semula petikan sumber di atas, pengarang hanya mengambil idea dan mengupasnya berdasarkan isi dan fakta yang relevan dengan kajiannya sendiri. The research process demonstrated that factual knowledge such as definition of terminologies can be remembered and understood easily by the students in computer-based instruction and talk-andchalk. Some misconceptions about simple concepts can also be restructured and resolved through both instructional approaches. In other words, it seems adequate for the factual knowledge to be intelligible in order to facilitate weak conceptual change, regardless of the method of instruction. For example, by just memorizing the facts, the subjects might have been able to give a correct definition of electrolyte. Dalam mempelajari sains, pelajar masih boleh memberikan jawapan kepada soalan-soalan berbentuk fakta yang boleh diingati dengan mudah. Namun begitu, pelajar akan berhadapan dengan kesukaran untuk menjelaskan konsep yang lebih kompleks kerana mengingat fakta hanya dapat menjelaskan definisi sesuatu konsep (Othman Talib & Robert, 2018) tetapi bukannya pemahaman terhadap konsep tersebut.
35 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli 5.4 Sumber Asal Apabila penyelia menyuruh seorang pelajar membaca ‘sumber asal’ artikel yang dibaca, adakah perlu pelajar tersebut mencari dan membaca juga artikel sumber asa’ idea tersebut? Cuba fahami tiga istilah ini. i) Artikel releven Ketika menyiapkan penulisan ilmiah, pelajar perlu mencari dan membaca artikel yang releven iaitu artikel yang berkaitan dengan kajian pelajar seperti konteks, pemboleh ubah, teori, metodologi, analisis dan konsep. Ketahuilah bahawa banyak artikel yang dirujuk oleh pelajar. Katakan artikel Adam (2018) releven dengan kajian pelajar tersebut, tetapi tidak semestinya semua sumber yang dipetik oleh artikel Adam (2018) juga releven kepada kajian pelajar tersebut. Mungkin terdapat beberapa sahaja artikel yang menjadi sumber rujukan artikel Adam (2018) yang menjadi artikel releven dengan kajian pelajar. ii) Artikel sumber asal Isu artikel sumber asal timbul apabila pelajar diberitahu bahawa setiap petikan daripada satu artikel yang dirujuk, katakan artikel Adam (2018), dimestikan juga membaca sumber asal dari mana idea yang telah dipetik oleh artikel Adam (2018). Jika pelajar memetik satu idea daripada satu perenggan dalam artikel Adam (2018) yang di dalamnya terkandung lima petikan daripada lima artikel berbeza yang lain, adakah pelajar mesti mendapatkan dan membaca kesemua lima artikel tersebut yang dikatakan menjadi sumber asal rujukan Adam (2018)?
36 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Jika idea daripada artikel Adam (2018) yang dirujuk oleh pelajar, katakan melibatkan 10 artikel lain, adakah pelajar perlu mencari dan membaca kesemua 10 artikel berkenaan ? Bagaimanakah pula jika 10 artikel tersebut masih belum bertaraf artikel sumber asal kerana ada berlapis-lapis lagi artikel terdahulu yang membawa idea yang sama ? Persoalan: � Apakah maksud artikel sumber asal ? � Adakah menjadi kewajipan membaca dan merujuk sampai ke artikel sumber asal ? � Adakah artikel sumber asal hanya setakat artikel yang dirujuk oleh artikel yang dipetik? Bagaimanakah dengan puluhan artikel lain yang juga terdapat dalam rujukan yang dikatakan sumber asal tersebut? � Bagaimanakah untuk mengetahui bahawa artikel sumber asal yang cuba diperoleh tersebut benar-benar adalah artikel sumber asal bukannya artikel lain? � Adakah idea asal (kalaulah diketahui artikel tersebut) masih relevan dengan keadaan dan kajian yang dijalankan ? � Apakah perlunya dicari idea asal, jika idea kontemporari lebih relevan dan memadai untuk menjadi asas rujukan pengarang?
37 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli iii) Artikel primer Pelajar berkewajipan membuat rujukan, mendapatkan dan memahami aktikel sumber primer yang releven, iaitu artikel yang diterbitkan oleh jurnal dan sebaik-baiknya ditulis oleh pengarang tersohor (leading author) dalam bidang tersebut. Katakan pelajar membaca artikel sumber primer oleh Adam (2020) dan ada petikan dalam artikel Adam (2020) tersebut yang masih perlu dirujuk dan difahami, katakan daripada artikel Boris (2018) dan Chen (2016), lakukan snowball untuk mendapatkan artikel Boris (2018) dan Chen (2016) ini. Maka, artikel Boris (2018) dan Chen (2016) ini akan menjadi artikel sumber primer yang baharu. Adalah sesuatu yang mustahil untuk menentukan artikel primer kepada kebanyakan idea dalam kajian, kerana sifat idea yang berkembang sejak berkurun lamanya oleh pelbagai penyelidikan dengan pelbagai sebab kewujudannya. Namun, terdapat artikel primer yang betul-betul khusus dan breakthrough seperti Teori Relativiti Einstein yang diterbitkan dalam jurnal berikut, itupun jika difahami bahasa German setebal 53 muka surat: Pelajar ingin merujuk kepada teori yang khusus seperti Cognitive Load Theory dalam pembelajaran multimedia, terdapat beberapa artikel primer ditulis oleh Sweller sebagai penyelidik yang mencetuskan teori tersebut antaranya: Einstein, A (1916). Die Grundlage der allgemeinen Relativitätstheorie. Annalen der Physik. 354 (7), 769–822. Sweller, J. (1994). Cognitive load theory, learning difficulty, and instructional design. Learning and Instruction, 4(4), 295–312.
38 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Sweller, J. (2010). Element interactivity and intrinsic, extraneous, and germane cognitive load. Educational Psychology Review. Blayney, P., Kalyuga, S., & Sweller, J. (2015). Using cognitive load theory to tailor instruction to levels of accounting students’ expertise. Educational Technology and Society, 18(4), 199–210. Jika pelajar merujuk kepada artikel Blayney et. al. (2015), dan mendapati perlu lagi merujuk untuk penjelasan lanjut teori yang dipetik, maka pelajar boleh sahaja mendapatkan manamana artikel primer oleh Sweller (2010, 1994) yang terdapat perbincangan khusus kepada teori tersebut. Jika memang terdapat perbincangkan yang diperlukan dalam artikel Blayney et. al. (2015), termasuk perkembangan teori tersebut, maka tiadalah lagi keperluan untuk merujuk artikel primer terdahulu tentang perkara yang sama.
39 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli 5.5 Tidak Semua yang Dibaca Perlu Dijadikan Petikan Ada satu persoalan yang pernah diajukan kepada penulis buku ini: Ya, soalan yang baik! Mari kita fahami tujuan petikan dan kategorinya seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Menulis penyataan yang spesifik daripada satu sumber seperti ‘lebih, sangat, banyak, sedikit, kurang, meningkat, menurun’ yang menggambarkan sesuatu yang ada nilai atau kuantiti, mesti disertakan dengan sumber rujukan. Menulis satu pernyataan umum yang boleh difikirkan secara common sense dengan pernyataan yang telah difahami umum, sumber rujukan tidak diperlukan. Penyataan boleh ditulis kerana telah menjadi pengetahuan umum walaupun dibaca daripada pelbagai sumber lain. “Salam Dr. OT, baru-baru ini ada seorang senior memberitahu saya supaya sebarang penyataan yang ditulis tetapi bukan daripada idea sendiri perlulah disertakan dengan sumber rujukan. Contoh pernyataan yang diberikan adalah seperti - Kangaroo hanya ada di Australia (Brian, 2010).” Contoh: � Kajian animasi menunjukkan terdapat peningkatan minat pelajar untuk mempelajari sains (Ali, 2015; Dollah, 2016). � Arif et al. (2019) dalam kajian mereka merumuskan bahawa hampir 20% perokok tegar didapati membelanjakan 30 hingga 40 % pendapatan untuk membeli rokok dalam satu bulan.
40 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Contoh: Behavioural finance is known as a study of the influence of psychology on the behaviour of financial practitioners and the subsequent effect on markets. By writing the literature review, the researcher will be exposed to the overall aspects of the research involved and this can allow the students to discover the novelty in a more comprehensive manner. Contoh: Cluster sampling is a sampling technique often used in social science research especially in education (Creswell, 2010) Instrumen yang baik perlu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi sebelum boleh digunakan dalam kajian (Chua, 2009). Sama halnya apabila pelajar membaca sebuah buku umum untuk penulisan ilmiah, lalu ditulis seperti contoh berikut: Kedua-dua contoh di atas TIDAK memerlukan petikan, kerana penyataan yang ditulis adalah maklumat umum yang boleh difahami dan boleh dibaca dari pelbagai buku teks yang lain juga. Maka, penyataan “Kangaroo hanya ada di Australia” adalah penyataan umum yang telah diketahui dan tidak memerlukan petikan.
41 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Disputes about the impact of instructional guidance during teaching have been ongoing for at least the past half-century (Ausubel, 1964; Craig, 1956; Mayer, 2004; Shulman & Keisler, 1966)..... � Previous studies (e.g. Azrev, 2009; Broen et al., 2008; Chin, 2010; Dorey, 2009) revealed that boys are better than girls in creativity. 5.6 Adakah Sumber Rujukan Mesti Terkini? 5.7 Beberapa bentuk petikan sumber rujukan Perhatikan petikan daripada artikel Kirschner, Sweller & Clark, R. E. (2006): Berikut pelbagai lagi bentuk rujukan yang anda perlu manfaatkan dalam penulisan ilmiah, disertakan dengan contoh: i) Cara penulisan untuk menunjukkan terlalu banyak kajian lepas dalam bidang yang dirujuk (creativity) sehingga memerlukan 'e.g' atau ‘see’ demi menggambarkan konteks kajian yang bersifat global dan kronologi sehingga masih dikaji dalam kajian semasa . Kedua-dua pengarang, Sweller dan Clark merupakan pakar tersohor tetapi mereka masih merujuk kepada sumber yang bermula dari tahun 1956 sehingga 2004 bagi menunjukkan berlakunya perkembangan dalam kajian berkaitan pengajaran. Jika perkara seperti ini perlu ditulis, pencarian artikel yang menepati tujuan tersebut lebih utama berbanding pencarian artikel terkini sahaja.
42 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Cara begini digunakan apabila penulis ingin mencadangkan kepada pembaca supaya membaca mana-mana rujukan menggunakan ‘see’ jika inginkan maklumat lanjut atau khusus. ii) Penulisan dengan menggabungkan pelbagai pandangan berdasarkan sumber rujukan berlainan. iii) Kombinasi secara umum satu penyataan dengan persamaan pendapat beberapa sumber rujukan. � Previous studies revealed that boys are better than girls (Arron, 2017; see Brian et al., 2016; Corey, 2017) in creativity. The integration of computer animation in science instruction has been proposed as tool that can facilitate students’ conceptual change (Bond, 2000; Samuel et al., 2000; Wright, 1998) and provide an opportunity for the students to organize and comprehend the sequences of the abstract, dynamic and complex processes (Allan, 2003; Zack & Coney, 2003). For example, animation can be used by chemistry teachers to show the donation of electrons during the process of electrolysis (Willian et al., 2010). The constructivist theory of learning has been accepted as one of the dominant epistemological which can be applied to develop theories of teaching and learning in science education (Alley et al., 2002; Boss, 2003; Cameroon, 2008; Daisy, et. al., 2007).
43 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Contoh: Tebal tapi hambar (112 perkataan, 5 ayat) Buah durian sebagaimana yang kita semua tahu adalah buah tempatan yang sangat terkenal di Malaysia dan di seluruh rantau Asia, khususnya Asia Tenggara (Abu Kasim, 2000). Buah durian ini sering dikenali sebagai raja segala buah kerana kulitnya yang keras dan berduri. Gelaran ini muncul adalah disebabkan oleh buah durian sangat digemari oleh kebanyakan penduduk tempatan tidak kira tua ataupun muda, lelaki dan perempuan. Penduduk tempatan Asia sangat menggemari buah durian kerana ianya disebabkan oleh isinya yang lazat dan lembut serta disukai ramai (Borhan et al., 2000). Buah durian yang sangat digemari oleh penduduk tempatan Asia ini menyebabkan bekalannya selalu kehabisan maka dengan itu harga buah durian menjadi mahal berbanding dengan buah-buahan tempatan yang lain (Camelia & Darus Ahmad, 2016). Contoh: Nipis tapi kritis (36 perkataan, 1 ayat). Buah durian tersenarai antara buah paling digemari oleh penduduk Asia (Abu Kasim, 2000) kerana rasanya yang unik dan tekstur isinya yang lembut (Borhan et al., 2001). Harga pasaran buah durian juga sentiasa tinggi (Camelia & Darus Ahmad, 2016) berbanding harga buah-buahan tempatan yang lain. 5.8 Penulisan Nipis dan Tebal Menggunakan rujukan bertujuan untuk menjadikan penulisan ilmiah anda kukuh dan boleh dipercayai, namun begitu, penulisan yang meleret-leret walaupun dengan rujukan, perlu dielakkan. Berikut diberikan satu contoh secara dummy.
44 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli 5.9 Penulisan ‘direct quotation’ Berikut adalah contoh penulisan petikan langsung daripada sumber rujukan: i) Gunakan simbol ‘[ ]’ ini dengan permulaan huruf besar dari petikan langsung sumber rujukan yang dipendekkan untuk memberitahu pembaca ada lagi ayat asalnya sebelum [ ]. ii) Gunakan elipsis atau simbol tiga titik ‘...’ pada awal dan akhir petikan bermaksud terdapat satu atau lebih perkataan yang dihilangkan daripada petikan asal, TANPA menghilangkan maksud penyataan yang dipetik. iii) Kedua-dua cara di atas boleh digabungkan menjadi: Contoh: Ayat asal (Othman, 2020, muka surat 211): Di Malaysia, bidang pertanian adalah bidang utama penduduk Melayu di kawasan kampung dan pedalaman. Ayat dalam penulisan: [Bidang] pertanian adalah bidang utama penduduk Melayu di kawasan kampung dan pedalaman (Othman, 2018, ms. 211). Contoh: Ayat asal (Ali, 2018, muka surat 12): Dapatan kajian telah menunjukkan terdapat dua universiti tempatan iaitu UPM dan UKM telah dipilih sebagai universiti terbaik negara dalam pendidikan sejak sedekad yang lalu. Ayat dalam penulisan: Ali (2018, ms. 2) menyatakan “… UPM dan UKM telah terpilih sebagai universiti terbaik negara dalam pendidikan ...". "... [Dua] universiti tempatan iaitu UPM dan UKM telah dipilih sebagai universiti terbaik negara ..." (Ali, 2018, ms. 12).
45 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli Contoh: 'To be included in this review, articles had to meet four criteria. First, the study had to target at least one dependent variable .... (Bond, 2016)' Bagi memasukkan dalam kupasan, artikel hendaklah menemukan empat kriteria seperti mensasarkan sekurangkurangnya satu pemboleh ubah merdeka ... (Bond, 2016). PESANAN KEPADA PELAJAR PASCASISWAZAH bahagian 6 Penulisan yang tidak dilakukan dengan berhati-hati hanya akan menyukarkan pembaca. Bagi pelajar pascasiswazah, perhatikan perkara berikut: i) Apabila menulis, pembaca terutamanya penyelia tidak tahu apa-apa yang ada dalam pemikiran anda. Maka janganlah menulis sesuatu yang anda sendiri faham tetapi sukar difahami pembaca kerana anda menggunakan ayat yang panjang dan berjelajela. ii) Kuasai penulisan sumber rujukan yang dipetik. Janganlah sampai bercampur dan tidak seragam seperti menulis 'and' kemudian '&' atau pada mulanya 'et. al.' kemudian 'et, al.' dan sebagainya. iii) Elakkan penulisan semula (parafrasa) daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu secara ‘perkataan-demi-perkataan’. Ditulis sebagai:
46 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli iv) Pelbagaikan ayat dalam penulisan supaya tidak menjemukan pembaca. Janganlah tulis berulang-ulang kali dengan cara yang sama. Contoh ayat yang sering ditulis berulang-ulang kali oleh pelajar pascassiwazah: � 'Ini kerana....' � 'Ini disebabkan oleh...' � 'Ianya adalah untuk...' � ‘Perkara ini berlaku di mana ....’ v) Belajarlah menulis perenggan yang seragam supaya jangan ada muka surat hanya ada satu perenggan, sementara muka surat lain ada empat perenggan pula. Sebaikbaiknya ada tiga hingga empat perenggan pada setiap satu muka surat. vi) Mana-mana ayat yang ada kuantiti dan perbandingan seperti ‘lebih baik, kurang digunakan, banyak dihasilkan, meningkatkan skor, kenaikan peratusan atau melibatkan fakta, statistik, angka mestilah disertakan dengan sumber rujukan. vii) Ayat-ayat umum yang anda baca daripada buku-buku umum yang diketahui umum tidak memerlukan rujukan. Ayat seperti “Kajian kuantitatif melibatkan pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar (Creswell, 2001)” atau “Instrumen kaji selidik sesuai digunakan dalam kajian tinjauan (John, 2001)” sepatutnya tidak memenuhi penulisan anda. viii) Sering kali kedapatan dalam teks ada petikan yang dirujuk, tetapi tidak ditulis pada bahagian senarai rujukan. Hal ini menunjukkan ketidaktelitian anda dalam mengurus sumber rujukan dan akan membuatkan pembaca menilai tahap kesarjanaan anda. Akhir kata, semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Semoga berjaya!
47 Panduan Tulis Sumber Rujukan Ilmiah Stail APA Othman Talib Nur Farhana Ramli rujukan American Psychological Association. (2020). Publication manual of the American Psychological Association (7th ed.). https:l/doi.org/10.1037/000016S-000