IBU GAJAH DAN KANCIL
Gajah dan Kancil ,
kisah mengenai
keberanian . Cerita ini
mengajar kanak kanak
tentang nilai
keberanian seekor Ibu
Gajah yang
menentang seekor
Harimau yang liar .
ISI KANDUNGAN
M/S Tajuk Catatan
1 Muka depan
2 Isi kandungan
3 - 12 Penceritaan
13 Pengajaran
KIDS PROFESSIONAL COLORING BOOK - PICTURE 2
Di pinggir sebuah hutan , tinggal
dua ekor Gajah iaitu Ibu Gajah
dan Anak Gajah .
Tempat tinggal mereka
berhampiran dengan hutan dan
hamper juga dengan sungai . Oleh
itu , tiadalah sebarang masalah
mereka untuk mencari makanan .
Mereka boleh mencari hasil
pemakanan di pinggiran hutan .
Mereka juga hidup dengan aman
dan bahagia . Akan tetapi . . . . . . .
Pada suatu Ketika , berlakunya musim kemarau . Dimana tumbuhan dan pokok-
pokok besar pula hanya tinggal rantingnya sahaja . Semua daun telah gugur . Lagi
menyedihkan air sungai juga kering . Oleh itu , Ibu Gajah dan Anak Gajah
dilempar kesusahan sumber pemakanan yang mereka ada telah pun habis
dimakan . Tambah tambah lagi cuaca tengah panas terik . Maka , terpaksalah Ibu
Gajah mencari makanan di merata rata tempat .
KIDS PROFESSIONAL COLORING BOOK – PICTURE 3
“Apakah kamu lapar anakku?”
Tanya Ibu Gajah
“Iya Ibu , saya sangat lapar .
Saya mahu makan” jawab
Anak Gajah dengan menahan
rasa lapar
Dalam keadaan yang risau
terhadap anaknya lalu Ibu
Gajah berkata “Tidak
mengapa anakku , esok Ibu
carikan makanan untuk kamu
ya , kalau Ibu sudah dapat
mencarinya makanlah kamu
sehingga kenyang”
“Baik Ibu” jawab Anak Gajah sambal senyum menanda sedang dilemma
kegembiraan akan dapat makan esok harinya
KIDS PROFESSIONAL COLORING BOOK - PICTURE 4
Keesokan harinya diawal pagi Ibu Gajah keseorangan pergi mencari makanan ke
dalam hutan dan meningglakan anakna yang sedang tidur . Lalu , Ibu Gajah berjanji
kepada dirinya sendiri bahawa pulangnya nanti didepan anaknya terdapat penuh
hasil pencarian makanan untuknya . Sekiranya dia tidak dapat mencari selagi itu
dia tidak akan pulang .
Setelah sekian lama di dalam hutan mencari makanan Ibu Gajah hamper berputus
asa kerana tidak ada sebarang pun makanan untuknya dibawa pulang . Dia rasa
kecewa dengan dirinya jika gagal membawa pulang pembekal makanan untuk
anaknya . Namun bagaimana pun mengingat Kembali kepada janjinya dia tetap
meneruskan makanan sehingga dapat .
Ibu Gajah terus mencari makanannya , mencari
dan terus mencari makin lama kelamaan hasil
pencariannya sedikit nampak . Namun katanya
tidak cukup untuk di bawa pulang . Dia tetap
mencaei dan terus mencari sehingga dia berasa
letih dan memerlukan rehat secukupnya . Dia
pun bercadang untuk berehat seketika .
Ketika dia sedaKnIDgSbePrRehOaFtE, StibSaIOtiNbAaLdaCtOanLgOsReINekGorBKOaOnKcil-dPaIlCaTmUkReEad5aan cemas
seperti ada yang mengejarnya . Lalu Kancil pun berehat di tempat yang sama Ibu
Gajah itu berehat namun kerana Kancil terlalu letih berlari dia dia tidak perasan
keberadaan Ibu Gajah di situ . Lalu Ibu Gajah bertanya dengan secara mengejut . . .
“Kau dah kenapa ini Kancil?” tanya Ibu Gajah
“Ooh , mak kau pocot! (terkejut) Eeeeee Ibu Gajah ni terkejut tahu . Eh bila masa
kau ada kat sini , buat apa ? Aku kena kejar dengan Harimau tadi , Harimau nak
makan aku . Itu yang lari ni nak berehat sekejap , penat” jawab Kancil dengan
tercungap cungap
“Ooh , patutlah nampak cemas je . Aku kat
sini sajalah daripada tadi rehat rehat , baru
lepas cari makanan tapi itulah makanan
yang aku dapat cari pun tak banyak sangat
hmm” kata Ibu Gajah dengan yang sedikit
sedih
Tanya Kancil dengan berasa pelik “Kau
kenapa nampak sedih je ni?”
KIDS PROFESSIONAL COLORING BOOK - PICTURE 6
Lalu Ibu Gajah menceritakan tentangnya ,
kenapa dia berada perlu ada disini , untuk
siapa dia mencari makanan itu dan kenapa
tetap mencari makanan walaupun sudah ada
sedikit .
Kancil ini adalah seekor haiwan yang paling
bijak . Lalu berfikir bagaimana dapat
menolong Ibu Gajah ini mendapatkan
makanan . Dengan terus berfikir Kancil pun
mendapat idea dalam hatinya berkata ‘aku
boleh tolong dia tapi dengan syarat dia kena
tolong aku jugak untuk takutkan Harimau’
“Haaaaaaaa , aku boleh tolong kau tapi . . . “ kata Kancil
Belum sempat Kancil menghabiskan pertanyaannya , lantas Ibu Gajah menjawab
pertanyaannya “TAPI APA!”
“Kau mesti tolong aku juga hm kau tolong takutkan Harimau dari mengejar aku nanti
aku akan dapatkan makanan untuk kau , boleh?” kata Kancil
Ibu Gajah berfikir panjang dan bersetuju dengan syarat yang diletakkan oleh Kancil
lalu berkata “Emmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.Boleh”
Tiba tiba kendengaran bunyi haiwan
mengaum yang menakutkan dari semak
samun dihadapan yang tidak jauh daripada
dari tempat mereka berehat . Pantas Kancil
berlari mencari tempat untuk bersembunyi .
Sangkaan Kancil itu adalah Harimau yang
mengejarnya tadi . Lalu keluar seekor haiwan
dari semak itu . Ya , betul sangkaan Kancil itu
adalah Harimau .
Tiba tiba Ibu Gajah mendapat idea untuk
menakutkan Harimau . Lalu dia berkata
dengan suara yang besar dan menakutkan
“Kau jangan ganggu lagi dengan Kancil kalua
kau cuba untuk ganggu dia , aku akan pijak
kau”
Harimau pun berkata “Aku tidak takutlah dengan mempunyai taring yang tajam
kau tak akan hidup lagi disini, heh (senyum jahat) masih berani?”
“Oooh , kau tidak takut ya , tunggu kau” kata Ibu Gajah
Ibu Gajah pun bergegas mengeluarkan bunyinya dengan kuat dan menghentakkan
kakinya yang besar berkali kali dihadapan Harimau dan membuatkan Harimau
kelihatan ketakutan selepas melihat kaki Ibu Gajah yang besar itu dan dia pun
berimaginasi didalam fikirannya seakan akan dia dipijak sehingga mati oleh Ibu
Gajah dengan menggunkan kakinya besar itu . Segera Harimau memohon maaf lalu
berkata . . . .
“ok,oookk-ok aku minta maaf ,
aku janji tidak akan menganggu
Kancil lagi” jawab Harimau
dalam ketakutan dan bergetar
getar
“SEKARANG AKU NAK KAU
PERGI DARI SINI , KALAU AKU
NAMPAK KAU , AKU PIJAK
SAMPAI MATI!!!” kata Ibu Gajah
dengan nada jahat
Tidak lama kemudian , Harimau
pun pantas berlari meninggalkan
tempat tersebut .
Kancil pun keluar dari
tempatnya bersembunyi
dan memuji pada Ibu
Gajah ia adalah seekor
Gajah yang berani dan
hebat
“wah beraninya kau Ibu
Gajah , macam itu saja
kau dapat takutkan
Harimau . Kalau aku tahu
dari dulu tidak payah
susah susah berlari , aku
panggil saja kau mesti
Harimau sudah takut”
kata Kancil dengan
seronok
“Ehehehehe , tidaklah” kata Ibu Gajah sambil segan silu menerima pujian
“Eh lupa pula , terima kasihlah Ibu Gajah sebab dah tolong aku kalua tidak
sudah kena baham” kata Kancil
“Sama sama” kata Ibu Gajah
“Eh marilah” kata Kancil
Dengan berasa pelik dan Ibu Gajah
bertanya “Nak kemana”
“Kan aku dah berjanji kalua kau
tolong aku , aku akan tolong kau
balik . Nak bagi makanan kan” kata
Kancil
“Oh , yayayayayayaaa jom jom” kata
Ibu Gajah
Llau Ibu Gajah dan Kancil bergerak
dari tempat itu . Terus menuju ke
tempat kediaman Kancil untuk
mengambil sedikit makanan .
“Nah (makanan) kau ambillah ini”
kata Kancil sambal memberi banyak
makanan kepada Ibu Gajah
Terkilan Ibu Gajah melihat
pemberian makanan oleh Kancil
kerana terlalu banyak untuknya
menerima lalu Ibu Gajah berkata
“terlalu banyak ni Kancil , sedikit
sudahlah kami tidak banyak mana
pun , cuma berdua saja”
Jawab Kancil “Eh tidak
mengapalah , ambil saja . Kan
boeleh simpan untuk hari lain”
Ibu Gajah mengambil kesemua
makanan pemberian Kancil
dengan segan silu lalu berkata
“Terima kasih Kancil”
Jawab Kancil “Sama sama “
Segera Ibu Gajah meninggalkan
tempat itu . Berasa tidak sabar
untuk berjumpa dengan anaknya
dengan membawa semua
makanan itu .
PENGAJARAN
Pengajaran dalam cerita ini ialah kita harus berusaha untuk
mendapatkan sesuatu yang kita mahu dan menolong orang yang
memerlukan bantuan berada dalam kesusahan .