TUN HUSSEIN
BIN DATO'
ONN
Murid: Chloe Ong
Kelas :5A
Alamat e-mail :[email protected]
Alamat sekolah: Jalan Sekolah, Jemaluang,
86800 Mersing, Johor
p
E Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 – 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri
Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau dilihat sebagai seorang
N yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi
D untuk bertindak keras kepada sesiapa yang cuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam
A negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun
Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".
H
U
L
U
A
N
B Tun Hussein bin Dato' Onn dilahirkan di Johor Bahru serta merupakan anak sulung kepada Dato'
I Onn Jaafar yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun
O 1946.
D Ibunya bernama Datin Halimah Hussein. Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok
A Kurau School Singapura, kini Telok Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di
T English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein
A Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau
dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst, di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai
Regimen Hyderabad ke-19 (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan.
Selepas peperangan, kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan
Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi
Tun Hussein Onn menerima pendidikan awal di Telok Kurau School Singapura (Sekolah
Rendah Telok Kurau) dan di English College (Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Selepas
tamat persekolahan,Tun Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada
tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst bertempat
di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-19 (Tentera
India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan. Selepas peperangan,
kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan Latihan Polis
Malaya" di Rawalpindi.
Bermula tahun 1942, beliau terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin, Iran dan
Iraq. Apabila Perang Dunia Kedua meletus di rantau Asia, beliau ditempatkan di Cawangan Perisikan
Ibu Pejabat Tentera British, India di New Delhi. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke unit
pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah tanah Malaya menentang tentera
Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras Tun Hussein merancang dan menggerakkan operasi
peperangan gerila terhadap Jepun.
Beliau pulang ke Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) pada 1945 dan dilantik sebagai
Komandan Depot Polis Johor Bahru. Beliau kemudiannya bersara daripada perkhidmatan ketenteraan
dengan berpangkat kapten. Itu merupakan satu pencapaian yang cukup cemerlang bagi seorang
bumiputera semasa penjajahan British. Selama 6 tahun berkhidmat dalam tentera, beliau dikenali
sebagai seorang yang berdisiplin dan menepati masa. Seterusnya, beliau menyertai Perkhidmatan
Awam Malaya sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor. Beliau juga pernah bekerja di
negeri Selangor sebagai pegawai daerah untuk Klang dan Kuala Selangor.
• Semangat Dato' Onn Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan semangat Tun Hussein untuk
bersama bapanya menentang Malayan Union. Beliau kemudiannya menyertai bapanya dalam bidang
politik apabila bapanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung. Apabila UMNO
ditubuhkan, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya sebagai
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama pada usia 28 tahun. Beliau kemudiannya menjadi
Setiausaha Agung UMNO dan Tun Abdul Razak pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO.
• Di samping penglibatannya dalam bidang politik, beliau memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu
dan berkhidmat di Kuala Selangor dan Kelang sebagai Penolong Pegawai Daerah. Pada tahun 1949,
beliau telah menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama
dan kemudian, pada tahun 1950, beliau dipilih menjadi Setiausaha Agung. Pada tahun 1950, beliau
dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan di samping menyandang jawatan dalam Majlis
Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.
• Walau bagaimanapun, penglibatan beliau dalam bidang politik mulai pudar apabila cadangan
bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat diterima
oleh orang Melayu. Apabila bapanya menarik diri daripada UMNO, beliau kemudiannya
menyertai bapanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
pada tahun 1951 dan kemudiannya Parti Negara. Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan
yang baik, beliau meninggalkan bidang politik apabila menukar arah dengan melanjutkan
pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus sebagai Barrister-
at-Law pada tahun 1958.
• Sekembalinya ke Malaya, beliau membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Pada
masa itu, beliau sudah pun berkahwin dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Mohammad
Noah dan mempunyai enam orang anak. Ibarat sireh pulang ke ganggang, beliau kembali
menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak yang ketika itu
memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertua UMNO pada tahun 1964. Pada Jun 1969, beliau
dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO ( Majlis Kerja Tertinggi UMNO). Walaupun
beliau telah lama menghilangkan diri daripada arena politik, tetapi UMNO telah
mencalonkannya sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur.
Kepercayaan terhadap kepimpinannya diyakini masyarakat terbukti apabila beliau
memenangi kerusi Parlimen ini dengan mudah pada Mei 1969.
• Beliau kembali ke politik untuk menyertai UMNO pada tahun 1968 selepas dipujuk oleh Tun
Abdul Razak yang menjadi Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu. Beliau bertanding dan
menang dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.
• Kenaikan pangkatnya yang pantas itu berterusan sewaktu beliau mewarisi Tun Dr. Ismail yang
meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada 15 Januari 1976,
beliau dilantik untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun
Abdul Razak.
S • Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik
U menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak. Di bawah pentadbiran beliau,
M Kementerian Pelajaran terus meningkat maju. Beliau maju setapak lagi apabila dalam
B Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau telah menjadi salah seorang daripada tiga
A orang Naib Presiden yang dipilih. Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos
N 1973, beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian daripada Tun
G Dr. Ismail. Apabila Tun Dr. Ismail meninggal dunia, beliau dilantik menjadi Timbalan
A Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973 sekaligus merangkap Menteri Perdagangan dan
N Perindustrian. Pemergian Tun Abdul Razak ke rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah
mengejutkan rakyat di seluruh negara ini.
S Berikutan itu, dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17 Januari, beliau
U telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada hari Khamis, 15 Januari 1976,
M Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana
B Negara. Pada tahun 1978, beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden
A UMNO. Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau telah meneruskan agenda
N pembangunan yang telah digariskan oleh Tun Abdul Razak khususnya dalam
G menggerakkan Dasar Ekonomi Baru. Sebagai seorang pemimpin, beliau arif tentang hal
A ehwal keselamatan. Beliau juga memberi penekanan kepada konsep Rukun
N Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah. Di bawah pentadbirannya,
angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi pada
ketika itu rantau di Asia Tenggara telah menjadi gempar ekoran jatuhnya kerajaan
Vietnam Selatan ke tangan komunis dan terbinalah cita-cita "Teori Domino" komunis.
Semasa pentadbirannya pada tempoh darurat, usaha membanteras pengganas komunis
di hutan dan bandar telah diperhebat malah golongan yang bersimpati dengan aliran
komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengintipan yang dikatakan berjaya.
S • Beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang menyebabkan Malaysia meniti arus
U pembangunan dengan konsisten tanpa menimbulkan banyak kontroversi. Dasar-dasar dan
M program-program yang diketengahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi
B Baru. Walaupun pada ketika itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia,
A beliau berjaya untuk mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi
N ekonomi dan sosial. Beliau pernah menjalani rawatan jantung atau pintasan koronari pada
G awal 1981. Beliau juga telah berjaya melancarkan Rancangan Malaysia Keempat pada bulan
A April 1981. Beliau juga telah mengikuti jejak langkah bapanya yang sentiasa mencuba untuk
N meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan
dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981,
beliau melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana
amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
Keamanan negara yang diperkukuhnya telah menarik pelabur luar untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dari segi politik dan ekonomi. Sumbangan beliau
yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh.
S • Selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri, beliau meneruskan sumbangannya kepada
pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Beliau memainkan peranan utama dalam pertubuhan Hospital
UP Mata Tun Hussein Onn. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Institut Kajian Strategik dan
Antarabangsa (ISIS) dan penasihat kepada Petronas.
MS E )
( • Sewaktu krisis kepimpinan UMNO yang berlaku pada tahun 1987, hubungan beliau dengan Tun Dr.
B ER Mahathir menjadi buruk kerana beliau menyokong "Team B" bersama-sama dengan Tunku Abdul
LS Rahman. Mulai dari saat itu, beliau dan Tunku telah menjadi pengkritik yang kuat terhadap
pentadbiran Tun Dr. Mahathir.
A EA
PR • Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur 68 tahun di
N AA Pusat Perubatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung dan
disemadikan pada hari Jumaat di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.
G SA
N
A
N
K Beliau ialah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan hal ehwal
E negara. Beliau sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman dalam
P bidang ketenteraan telah menjadikan beliau sebagai seorang yang berdisiplin dan mementingkan
N ketepatan masa. Beliau telah memberikan kebebasan kepada akhbar dan majalah untuk
I melontarkan kritikan dan ulasan dengan harapan bahawa perkara itu akan meningkatkan prestasi
I pentadbirannya. Beliau ialah seorang negarawan yang disegani dan dihormati. Beliau juga terkenal
M dengan sifat merendah diri serta jujur. Dalam sejarah, beliau akan sentiasa dikenang sebagai
L "Penyambung Warisan Yang Terbilang". Usaha beliau dalam memupuk semangat perpaduan antara
P berbilang kaum telah berjaya dicapai dalam konteks masyarakat Malaysia. Beliau mewarisi
A kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya serta pogram pembangunan yang
I dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi. Malah, beliau juga telah
I mewariskan pentadbiran kerajaan serta UMNO kepada Tun Dr. Mahathir dalam keadaan yang
N stabil dan begitu kukuh pada ketika itu.
A
N
p Selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri, beliau meneruskan sumbangannya kepada
E pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Beliau memainkan peranan utama dalam pertubuhan Hospital
N Mata Tun Hussein Onn. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Institut Kajian Strategik dan
U Antarabangsa (ISIS) dan penasihat kepada Petronas.
T Sewaktu krisis kepimpinan UMNO yang berlaku pada tahun 1987, hubungan beliau dengan Tun Dr.
U Mahathir menjadi buruk kerana beliau menyokong "Team B" bersama-sama dengan Tunku Abdul
P Rahman. Mulai dari saat itu, beliau dan Tunku telah menjadi pengkritik yang kuat terhadap
pentadbiran Tun Dr. Mahathir.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur 68 tahun di
Pusat Perubatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung dan
disemadikan pada hari Jumaat di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.
• "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1981" (PDF).
• ^ "Anugerah Tun untuk Hussein kerana jasanya pada negara" (PDF). Utusan Malaysia. Yayasan
Kepimpinan Perdana. 17 Julai 1981. Dicapai pada 23 Januari 2021.
S R • ^ "DK 1977". awards.selangor.gov.my. Dicapai pada 26 December 2020.
U • ^ "Hussein orang pertama terima darjah Seri Paduka Negeri Sembilan" (PDF). Utusan Malaysia.
U Yayasan Kepimpinan Perdana. 26 Februari 1980. Dicapai pada 23 Januari 2021.
J
M • ↑ Tan, Chee Khoon & Vasil, Raj (ed., 1984). Without Fear or Favour, m.s. 38. Eastern Universities
B U Press. ISBN 967-908-051-X.
E K
R A
N