The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by limhanlu29, 2021-09-19 23:39:43

Bab 9:Bumi 9.4 Fenomena Geobencana

HUJAN ASID PRESENTATION PDF

BAB 9:BUMI

9.4 FENOMENA
GEOBENCANA

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

• MENGENAL PASTI KONSEP HUJAN ASID.
• MEMAHAMI BAGAIMANA HUJAN ASID BERLAKU.
• MENGETAHUI PUNCA-PUNCA DAN KESAN DARIPADA HUJAN

ASID.
• DAPAT TERANGKAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK

MENGURANGKAN BERLAKUNYA HUJAN ASID.

HUJAN ASID

Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air
hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-
gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan
pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah
menyebabkan bahan api fosil di bakar dalam jumlah yang banyak.
Pembakaran bahan api fosil seperti minyak dan arang batu oleh loji
tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton
sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini
disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang
turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

KONSEP HUJAN ASID

Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan
cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14:
pH kurang daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang
melebihi 7 adalah alkali.

Hujan asid ialah air hujan yang mengandungi tahap keasidan yang tinggi
(pH kurang daripada 5) seperti air hujan yang mengandungi asid sulfurik dan
asid nitrit. Pembentukkannya berkait rapat dengan proses kondensasi yang
dijalankan oleh bahan-bahan pencemar di udara seperti sulfur dioksida,
nitrus dioksida, karbon monoksida dan lain-lainlagi. Bahan pencemar ini
berfungsi sebagai nukleus kondensasi yang mampu menyerap wap air ke
arahnya, tepu dan akhirnya turun sebagai hujan berasid.

PROSES PEMBENTUK HUJAN ASID

Bagaimanakah hujan asid terhasil..?

Hujan asid terbentuk hasil gabungan air hujan dengan komponen-komponen tertentu
seperti karbon dioksida (CO2), sulfur dioksida (SO2), nitrous oksida (NOx),
hidrokarbon, arsenik, kadmium, plumbum, merkuri, nikel, zink dan logam toksid.

Hujan asid terdiri daripada dua jenis:

Hujan asid lembap (mendapan basah)
Hujan asid kering (mendapan kering)

HUJAN ASID LEMBAP(MENDAPAN BASAH)

Fenomena ini berlaku apabila pebakaran bahan api fosil dibakar dalam jumlah
yang banyak sehingga membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen
oksida ke udara. Bahan-bahan ini kemudiannya disebarkan oleh angin dan akan
bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan membentuk asid
sulfurik dan asid nitrik. Hujan akan menunjukkan keasidan yang tinggi apabila
kepekatan asidnya tinggi. Hujan asid jenis ini aktif berlaku semasa hujan yang
disertai dengan kilat.

Nitrogen + Oksigen → Nitrous oksida → Nitrogen dioksida (NO2) + air hujan
(H2O) → Asid nitrik dan asid nitrus

HUJAN ASID KERING(MANDAPAN KERING)

Gas sulfur dioksida, nitrogen oksida dan asid nitrik serta aerosol asid juga
termendap apabila tersentuh dan terlekat pada permukaan tumbuhan, tanah dan
bahan lain dalam keadaan cuaca baik. Bukan itu sahaja, asid-asid tersebut
melekat pada zarah-zarah terampai di udara dan akan termendap ke permukaan
tanah, bangunan dan tumbuhan dan ini menyebabkan berlakunya pemendapan
kering berasid. Gas berasid ini bertindak balas dengan oksigen di atmosfera
membentuk pelbagai jenis asid (asid sulfur trioksida, asid sulfurik, asid nitrus dan
asid nitrik).

Antara contoh proses : letupan gunung berapi di mana gas sulfur dioksida,
nitrogen dioksida, karbon dioksida dan kerbon monoksida bertindak balas dengan
air hujan menjadi asid sulfurik dan asid nitrik.



PUNCA-PUNCA HUJAN ASID

Kejadian hujan asid boleh berpunca daripada aktiviti manusia
atau pun berlaku secara semula jadi.

Punca daripada kegiatan manusia:

• Kegiatan industri : menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di
kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas sulfur
dioksida yang banyak ke atmosfera.

• Proses peleburan bijih timah : peleburan yang banyak akan membebaskan gas sulfur dioksida
terutamanya peleburan timah kuprum.

• Aktiviti sistem pengangkutan : asap ekzos membebaskan gas nitrogen dioksida dan nitrik oksida
semasa pembakaran pada suhu tinggi di silinder kereta.

• Kegiatan pertanian : penggunaan baja nitrogen akan menghasilkan gas nitrogen, pembakaran terbuka
bungkusan plastik baja dan sisa kayu membebaskan sulfur dioksida dan pereputan najis lembu akan
membebaskan gas metana dan oksida nitrus menyebabkan hujan asid nitrik.

PUNCA-PUNCA HUJAN ASID

Punca semulajadi:

• Letupan gunung berapi membebaskan gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan
karbon monoksida.

• Penguraian bahan organik : aktiviti bakteria dalam tanah menukarkan nitrat kepada nitrit dan
menghasilkan gas nitrogen semasa hujan kilat. Selain itu, penguraian bahan organik dan najis
haiwan oleh bakteria anaerobik mengakibatkan penurunan sulfur seperti desulfovibrio di mana
ianya menukarkan sulfat kepada hidrogen sulfida. Anaerobik beerti dalam keadaan tidak
beroksigen biasanya di kawasan air bertakung seperti di kawasan tanah lembap. Dalam proses
penurunan sulfat ini, bakteria mendapatkan tenaga untuk hidup. Hidrogen sulfida bergabung
dengan oksigen (udara) untuk membentuk sulfur dioksida. Sulfur dioksida ini bertindak balas
dengan air hujan dan menghasilkan hujan asid.

• Semburan Lautan : lautan memang kaya dengan kandungan klorida dan sulfat yang terdapat di
atas permukaan atau di bawah lautan. Fitoplankton marin adalah merupakan sumber penting
dalam edaran sulfur di lautan di mana ianya akan membebaskan bahan sulfur yang mudah meruap
seperti dimethylsulfida (DMS). Kandungan DMS di udara akan dioksidakan kepada sulfat dan
menghasilkan hujan asid. Fitoplankton membebaskan DMS untuk melindungi diri daripada kesan
negatif kemasinan tinggi lautan dan kesan pembekuan.

• Kebakaran hutan membebaskan gas-gas pencemar seperti gas nitrogen dioksida









LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN
BERLAKU HUJAN ASID

• Menghadkan pelepasan gas pencemar udara ke atmosfera dengan menggunakan bahan
api yang rendah kandungan sulfur dan secara tidak langsung boleh mengurangkan gas
sulfur dioksida.

• Memperkenalkan pemasangan 'scrubbers' di cerobong asap di kilang-kilang untuk menapis
gas sulfur dioksida.

• Dari segi perundangan, boleh ditingkatkan lagi mengenai pengawalan pencemaran alam
sekitar.

• Sebagai individu, kita perlu sentiasa memastikan kenderaan kita dalam keadaan yang baik
memandangkan bilangan kenderaan berdaftar di Malaysia adalah semakin meningkat.

• Bagi meningkatkan kesedaran dalam masyarakat, perlu adakan kempen, ceramah atau
pun aktiviti kemasyarakatan bagi memastikan setiap individu dalam sesuatu masyarakat
memainkan peranan untuk memelihara alam sekitar.


Click to View FlipBook Version