The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PERPUSTAKAAN MINI CIKGU KD, 2021-06-20 20:55:07

Nota Sains Tahun 3 (TUMBUH-TUMBUHAN)

Cara pembiakan tumbuh-tumbuhan.

SAINS
TAHUN 3

Cikgu KD

TUMBUH-TUMBUHAN
JUGA MEMBIAK

UNTUK MEMASTIKAN
AGAR SPESIESNYA

TIDAK PUPUS

Tumbuh-tumbuhan membiak dengan pelbagai cara.

 Pokok yang berbuah membiak
melalui biji benih.

 Biji benih daripada buahan akan
tumbuh menjadi pokok.

 Contohnya apabila biji daripada
buah mangga ditanam, ianya akan
tumbuh menjadi pokok mangga
yang baru.

 Contoh tumbuhan yang membiak
melalui biji benih ialah;

1. Cili
2. Durian
3. Manggis
4. Labu

 Ada tumbuhan yang boleh tumbuh daripada
keratan bahagian batangnya.

 Apabila bahagian batangnya dikerat dan di
tanam, batang tersebut akan tumbuh dan
mengeluarkan akar dan daun dan seterusnya
akan membesar menjadi pokok yangbaru.

 Contohnya;
1. Tebu
2. Bunga ros
3. Limau
4. Daun pudina

Anak pokok ialah pokok-pokok Anak
kecil yang tumbuh di sekeliling pokok
pokok induk.
 Anak-anak pokok ini akan
membesar menjadi pokok yang
baru
 Contohnya;
1. Pokok Pisang
2. Pokok Nanas
3. Pokok Buluh

 Batang bawah tanah
adalah bahagian yang
membolehkan pokok
baru tumbuh apabila
ditanam ke dalam tanah.

 Contohnya;
1. Bawang putih
2. Kunyit
3. Bawang Merah
3. Ubi Kentang

 Spora adalah berupa seperti
serbuk halus yang biasanya
didapati pada tumbuhan
yang tidak mengeluarkan
bunga.

 Spora ini adalah ringan dan
boleh ditiupkan oleh angin
jauh daripada pokok induk.

 Spora itu kemudiannya boleh
tumbuh menjadi pokok baru.

 Sesetengah tumbuhanakan
bercambah melalui tunas
yang ada pada daun.

 Tunas yang baru itu kemudian
akan menjadi pokokbaru.

 Contohnya;
1. Daun Setawar
2. Pokok Begonia
3. Pokok Lidah Jin
4. Pokok Lidah Buaya

TERIMA KASIH. Cikgu berharap
kamu boleh

faham tentang 6
cara

pembiakan
tumbuhan yang
telah dijelaskan

tadi.


Click to View FlipBook Version