Selamat Sejahtera dan Salam Perkenalan S E P A T A H K A TA
PENGARAH
IKM SEBERANG
PERAI UTARA
Saya mewakili seluruh Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara, Pulau
Pinang atau singkatannya IKM SPU mengucapkan selamat datang kepada pelajar-
pelajar baharu IKM SPU. Sekalung ucapan tahniah dan syabas juga kerana terpilih
bagi mengikuti pengajian di IKM SPU.
Pihak IKM SPU akan terus berusaha untuk memberikan khidmat dan curahan ilmu
yang terbaik bagi memastikan kejayaan kepada pelajar-pelajar IKM SPU sendiri.
Oleh itu, sama-sama kita bekerjasama dalam mengecapi kejayaan dan saya
menasihatkan para pelajar untuk merebut peluang yang terhidang dan sekali gus
akan menjadi insan yang cemerlang dan dapat menyumbang di dalam
pembangunan negara kita.
Sekian dahulu dari saya dan tahniah serta selamat datang kepada pelajar-pelajar
baharu IKM SPU bagi sesi November 2020-April 2021.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
LUAR BANDAR SEJAHTERA”
Saya yang menjalankan amanah,
SUPARDI BIN AMALUDIN
Pengarah
Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara
Pulau Pinang
UCAPAN TAHNIAH & PENGHARGAAN
DARIPADA :
Pengerusi dan AJK Minggu Silaturahim serta
Majlis Perwakilan Pelajar dengan bangga dan sukacitanya
merakamkan ucapan
ribuan terima Kasih dan sepenuh penghargaan
KEPADA :
Pentadbiran IKM SPU
Penceramah-penceramah Jemputan
Yang telah menyumbangkan tenaga dan idea
Secara langsung atau tidak langsung
bagi menjayakan
PROGRAM MSR PELAJAR SESI NOVEMBER 2020 - APRIL 2021
VISI
Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk
mengangkat martabat bangsa.
MISI
Membentuk modal insan TVET yang holistik dan berteraskan nilai-nilai
keusahawanan.
OBJEKTIF
i. Menjadi Institusi Pendidikan Tinggi TVET MARA yang unggul berteraskan
industri dan teknousahawan.
ii. Membentuk modal insan TVET yang holistik dan seimbang berteraskan
R.I.S.E (Religious, Innovative, Skills and Entrepreneurship).
iii.Pemangkin dalam revolusi teknologi industri bagi meningkatkan daya
saing.
iv.Membentuk tadbir urus korporat TVET MARA yang mampan dan dinamik.
v. Menjadi institusi pendidikan TVET yang di iktiraf di peringkat antarabangsa.
Wise Words…
Education is the most powerful weapon which
you can use to change your world!
- Nelson Mandela -
“ Give a man a fish and you feed him for a
day; teach a man to fish and you feed him for a
lifetime”.
RENUNGAN
KELEBIHAN MENUNTUT ILMU
Imam al-Syafie telah berkata :
Ilmu itu memiliki keutamaan. Keutamaannya
ialah membuat semua orang mengabdikan kepadanya.
Memelihara ilmu itu wajib sebagaimana wajibnya
seseorang manusia menjaga pergerakkan dan alir
darahnya. Sesiapa yang memiliki ilmu, kemudian dia me-
wariskan ilmunya kepada orang tidak berhak
menerimanya, perbuatannya adalah zalim.
“Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah
kita,semalam adalah teladan serta pengajarannya dan untuk
menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai
pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan…”
Prosedur Umum Sesi Pendaftaran dan Pengajaran &
Pembelajaran Pelajar KKTM, MJII dan IKM
PENTING:
Prosedur umum yang dinyatakan ini adalah tertakluk kepada perubahan menerusi
arahan terkini daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM), Kerajaan Negeri, Penguatkuasa Tempatan dan MARA.
A. PENDAFTARAN / LAPOR DIRI
1. Pelajar baharu sesi November-April 2020 akan melaporkan diri secara dalam
talian (online) sebelum atau pada 25/26 Oktober 2020.
2. Pelajar kanan sesi November-April 2020 akan melaporkan diri secara dalam talian
(online) sebelum atau pada 1/2 Novemver 2020.
3. Pelajar kanan bagi semester lima (5) Diploma boleh memohon kepada
pengurusan senat untuk melapor diri secara fizikal atas keperluan penting seperti
latihan amali, makmal, bengkel, studio, praktikal, Final Year Project atau yang
memerlukan peralatan khusus mengikut tarikh dan tempoh yang ditetapkan oleh
IKM.
4. Proses pendaftaran secara dalam talian (online) adalah melalui sistem CMS yang
dibangunkan oleh KKTM Kemaman, Terengganu atau sistem yang dibangunkan
sendiri oleh IKM.
Prosedur Umum Sesi Pendaftaran dan Pengajaran &
Pembelajaran Pelajar KKTM, MJII dan IKM
B. MINGGU SILATURRAHIM (MSR)
1. Program / aktiviti MSR secara bersemuka adalah ditangguhkan.
2. Informasi penting bagi ibu bapa / penjaga dan pelajar-pelajar hendaklah
disampaikan secara dalam talian (online) melalui aplikasi ICT yang mudah diakses
atau edaran handout.
C. PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
1. Pelajar baharu dan kanan sesi November-April 2020 akan mengikuti proses
pembelajaran teori secara dalam talian (online) mengikut pensyarah masing-
masing.
2. Pihak pengurusan IKM boleh mengatur jadual kemasukan secara fizikal ke IKM bagi
membolehkan pelajar-pelajar baharu dan kanan sesi November-April 2020
mengikut pembelajaran amali di IKM dengan memastikan SOP penjarakan fizikal
dipatuhi semasa berada di kelas/bengkel dan asrama. NOTA: Pelajar yang menetap
di kawasan zon merah/PKPB/PKPD, berada dalam kuarantin wajib dan Patient
Under Investigation (PUI) adalah TIDAK DIBENARKAN untuk kemasukan secara
fizikal ke pusat.
3. Pelajar-pelajar yang mengalami masalah akses terhadap rangkaian internet di
rumah; boleh memohon untuk berada di IKM atau Institusi Pendidikan MARA yang
lain yang berdekatan.
Prosedur Umum Sesi Pendaftaran dan Pengajaran &
Pembelajaran Pelajar KKTM, MJII dan IKM
4. Pelajar baharu dan kanan yang telah melaporkan diri dan berada di IKM boleh
meneruskan pembelajaran secara bersemuka di kelas/bengkel dengan
mematuhi SOP yang telah ditetapkan kecuali jika kawasan tersebut diisytiharkan
sebagai zon merah/PKPP/PKPD oleh pihak MKN.
5. Sesi ko-kurikulum secara bersemuka dengan penglibatan yang ramai adalah
ditangguhkan.
6. Kajian lapangan boleh dilaksanakan merujuk kepada tempat/kawasan yang tidak
berada dalam zon merah/PKPP/PKPD. Namun begitu, kajian lapangan secara
dalam talian (online) adalah digalakkan.
7. IKM boleh menggunakan pendekatan pengajaran yang berbeza untuk
disesuaikan dengan pembelajaran secara dalam talian (online) seperti modular.
8. Pematuhan yang tinggi terhadap SOP yang berkuatkuasa adalah diperlukan
bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 di IPMA.
D. LATIHAN INDUSTRI
1. Pelajar-pelajar boleh menjalani latihan industri secara fizikal dengan mengikuti
SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN, KKM, MARA dan juga syarikat/
industri.
Prosedur Umum Sesi Pendaftaran dan Pengajaran &
Pembelajaran Pelajar KKTM, MJII dan IKM
2. Pelajar-pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat/industri yang berada
di dalam zon merah/PKPB/PKPD; boleh memohon untuk meneruskan latihan
industri secara in-house di pusat masing-masing.
E. KEBAJIKAN PELAJAR
1. Semasa tempoh PKPB/PKPD, pelajar boleh memohon untuk pulang ke rumah
ibu bapa/penjaga dengan mendapat kebenaran daripada pihak penguasa
melalui pengurusan IKM.
2. Semasa dalam tempoh PKPB/PKPD, pengurusan IKM hendaklah membantu
pelajar-pelajar yang berada di dalam kawasan IKM di dalam menyediakan
keperluan makan minum dan keperluan penting yang lain.
F. PERGERAKAN PELAJAR
1. Semasa dalam tempoh PKPB/PKPD, pelajar-pelajar tidak dibenarkan untuk
keluar daripada kawasan IKM kecuali atas keperluan penting dan kes kecemasan
sahaja serta mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan IKM.
2. Semasa dalam tempoh PKPP, pengurusan IKM disarankan untuk menghadkan
aktiviti keluar masuk pelajar terutama bagi pelajar yang menetap di asrama.
Bagi pelajar-pelajar yang tinggal di luar, pematuhan yang tinggi kepada SOP
hendaklah dilaksanakan.
IKRAR PELAJAR IKM SEBERANG PERAI UTARA,
PULAU PINANG
Bahawasanya Kami
Pelajar-pelajar Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara Pulau Pinang
Berikrar
Untuk Menjunjung Nilai-nilai Murni Sejagat
Dan Mematuhi Segala Peraturan Institut
Demi Kebaikan Semua Pihak
Kami Juga Sedar Akan Tanggungjawab Kami
Dalam Mempertingkatkan Ilmu Kemahiran
Dan Tidak Akan Mempersiakan
Peluang Yang Diberi
Tandatangan Pelajar : ___________________________________
Tarikh : ___________________________________
Nama Pelajar : ___________________________________
No. Pelajar : ___________________________________
Program : __________________________________
Lagu Negaraku Lagu Negeri Pulau Pinang
NEGARAKU SELAMAT TUHAN KURNIAKAN
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU SELAMAT PULAU PINANG
RAKYAT HIDUP NEGERIKU YANG MULIA
BERSATU DAN MAJU KUTAAT DAN SETIA
RAHMAT BAHAGIA, TUHAN KURNIAKAN AMAN DAN BAHAGIA
RAJA KITA, SELAMAT BERTAKHTA MAJULAH JAYALAH
RAHMAT BAHAGIA, TUHAN KURNIAKAN NEGERIKU YANG KUCINTA
RAJA KITA, SELAMAT BERTAKHTA BERSATU DAN BERSAMA
UNTUK NEGERI KITA
Lagu Amanah Rakyat
Lagu IKM
DEMI SATU KEUNGGULAN
BANGSA YANG BERDAULAT IKM TERCIPTA NAMANYA
SEBUAH LAMBANG MENAWAN ILHAM PEMIMPIN NEGARA
MEMAJUKAN RAKYAT BUMIPUTRA
PUNCAK JAYA MEMBIMBING DALAM KERJAYA
PERKASA DI PERSADA DUNIA
ANEKA BIDANG DIUSAHAKAN
OBOR PARA CENDEKIA KEMAHIRAN DIUTAMA
MERENTAS MASA HADAPAN MENEMPUH CABARAN
USAHAWAN JAYA TERCIPTA BAHAGIA
MENINGGIKAN NILAI KERJA
MAJU MARA MAJU JAYA
KAMI PELAJAR
MARA PERKASA, MENJUNJUNG AMANAH BERCITA TINGGI
RAKYAT BINA NEGARA
HIDUP JAYA BERDIKARI
MEMAYUNGI BANGSA DAN NEGARA
BERSEMANGAT PERINTIS PENUH YAKIN IKM DI SELURUH MALAYSIA
INDAH HARUM SENTIASA
DEMI SATU AMANAH MULIA
NAMAMU DIPELIHARA
MARA PERKASA, MENJUNJUNG AMANAH LAMBANG CITA BUMIPUTERA
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI
Tn. Hj. Supardi bin Amaludin 019-7903045
Pengarah
En. Hizal bin Abu Bakar 013-4893676
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik
Tn. Hj. Iswady bin Ismail 019-4111567
Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar
En. Mohd Nasir bin Osman 012-4052803
Ketua Jabatan Elektrik
En. Mohamad Habil bin Abdul Majid 019-4004023
Ketua Jabatan Elektrik
En. Mohd Amirul Mukminin bin Mohd Fadzil 010-3690706
Ketua Warden
En. Muhammad Farhan bin Ahmad Fauzi 018-8726376
Warden
En. Mohd Saiful bin Che Seman @ Nordin 013-9181995
Warden
Pejabat Pentadbiran 04-5732136
LOKASI INSTITUSI PENDIDIKAN TVET MARA DI
SELURUH MALAYSIA